Anda di halaman 1dari 2

Teks upacara penyerahan wang sempena program Kitar semula

ISTANA KOTA SEBELAS TINGKAT TEMPAT BAHARU NAKHODA PEKAN SAMA KATA SAMA SEPAKAT PROGRAM KITAR SEMULA KITA JAYAKAN. BATU BERNAMA SI BATU BATA TEMPAT HINGGAP SIBURUNG BALAM Kitar semula Program mulia Memberi manfaat sekalian alam

Yang berusaha Pn Hjh Sopiah bt Ibrahim Pengetua SMK Langgar. Yang berusaha Penolong-penolong kanan SMK Langgar Guru-guru kanan, guru-guru serta para pelajar yang disayangi sekalian. BISMILLAHIRAHMANIRAHIM ASSALAMUALAIKUM , SALAM SEJAHTERA DAN SELAMAT PAGI Bersyukur kita kehadrat Illahi kerna dengan limpah kurniaNYA dapat kita berkumpul di dataran perhimpunan buat kali terakhir bagi sesi 2011 yang bakal melabuhkan tirainya tidak beberapa minggu lagi. Justeru,rasa syukur kita panjatkan kehadrat rabbul Jalil kerana memudahkan perjalanan segala urusan kita sepanjang tahun ini. Untuk makluman semua, sekolah kita amat beruntung kerana telah diberi kepercayaan oleh Pihak Perbadanan Sisa Pepejal mewakili negeri Kedah untuk menerima kunjungan wakil Kementerian Perumahan dan Krjan Tempatan untuk menerima sebuah alatan yang diberi nama Friendly Composter Container teknik Takakura. Alatan ini kini di bawah seliaan Panitia Sains Pertanian. Dapatlah disimpul dan dirumus bahawa Program kitar semula yang telah kita jalankan sebenarnya mempunyai banyak manfaatnya . Antaranya memupuk amalan menabung dimana wang yg diperoleh disimpan untuk aktiviti kelas. Justeru,sewajarnya kita seluruh warga SMKLanggar mengambil inisiatif untuk meneruskan program ini pada masa hadapan.Insyakallah,berdasarkan maklumat dari pada Pihak Perbadanan ,program kitar semula akan diadakan pertandingan untuk mengumpul kutipan tertinggi untuk dicatatkan dalam Malaysia Book of Record pada bulan Feb nanti. Para pelajar yg dikasihi,

Dari bulan April hingga Oktober 2011,sebanyak empat kal ikita telah menjalankan kutipan barang2 yang boleh dikitar semula. Untuk kutipan kali ke-4 kita telah Berjaya memperoleh sebanyak RM 989.00. Setelah dihitung dan dicongak oleh juru audit program, kita telah Berjaya mengumpul sebanyak RM3794.00. Jumlah ini amat besar dan amat bermakna bagi kita semua. Majlis berbesar hati menjemput Pn. Pengetua untuk menyampaikan kutipan yang Berjaya diperoleh bagi setiap tingkatan. Kita mulakan dengan tingkatan 1. (rujuk azreen)

Penutup AKHIR KATA TAMATLAH SUDAH MAJLIS KITA PADA PAGI INI. SEKALI LAGI SYABAS DAN TAHNIAH KEPADA WARGA SMK Langgar KERANA DAPAT BERSAMA-SAMA DALAM PROGRAM KITAR SEMULA BAGI TAHUN INi SEMOGA ALLAH MENGANUGERAHKAN ILHAM KEPADA SEMUA GURU DAN PELAJAR UNTUK MENJADI INSAN YANG GEMILANG.SEMOGA BENIH-BENIH KEIKHLASAN BERJAYA DITANAM DALAM SETIAP BATAS KEHIDUPAN,KERANA DENGAN KEIKHLASAN,AKAN TERPANCAR KEJERNIHAN DAN KEJAYAAAN YANG MUTLAK.MUDAH MUDAHAN Akhir kalam hayatilah pantun ini. PUTIK BARU MEKAR DI LAMAN KEMBANG KUDUP KUMBANG TERIKAT HARGAI ALAM SEPANJANG ZAMAN AGAR HIDUP BEROLEH BERKAT.

Sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai