Anda di halaman 1dari 21

Evolusi dasar luar Malaysia dipengaruhi oleh empat faktor yang menyumbang kepada penggubalannya iaitu eco-sejarah, aspek

luaran, elemen dalam dan personaliti Perdana Menteri yang menerajui pada ketika itu. Memandangkan dasar luar negara sebahagian besar bergantung pada keputusan pemimpin negara dalam menentukan hala tuju negara serta hubungan diplomatik dengan negara lain, maka adalah amat tepat jika urutan perkembangan dasar luar negara dibincangkan mengikut tahap-tahap pemerintahan Perdana Menteri. Titik tolak Dasar Luar Malaysia bermula dengan naiknya bendera Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) pada 15 Oktober 1957 di luar bangunan Ibu Pejabat Bangsa-Bangsa Bersatu di New York.

Gaya dan pendekatan dasar luar Malaysia banyak berbeza dari segi personalitipersonaliti Perdana Menteri selepas dan sekarang. Analisa secara kritikal boleh dibahagikan mengikut tahap-tahap tempoh pemerintahan sesuatu Perdana Menteri. Bermula dengan tahap pertama antara tahun 1957 hingga tahun 1969 pimpinan Al Marhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj diikuti tahap kedua di antara tahun 1970 hingga 1976 pimpinan Allahyarham Tun Abdul Razak dan seterusnya tahap ketiga di antara tahun 1976 hingga 1981 pimpinan Allahyarham Tun Hussein Onn tahap empat merupakan tahap yang paling banyak membawa perubahan dasar luar negara akibat pemikiran Tun Dr Mahathir bin Mohamed yang orthodox memimpin lama di antara 1981 hingga 2003. Diikuti oleh pemimpin Tun Abdullah bin Ahmad Badawi pada tahap ke lima pada tahun 2004 hingga 2009 sehingga kini pimpinan Datuk Seri Mohd Najib bin Abdul Razak.

Tahap pertama (1957-1969), kajian dasar luar Malaya/ Malaysia dari jangka masa sejak kemerdekaan pada Ogos 1957 hingga 1970 secara asasnya ialah kajian mengenai pengaruh kepimpinan YTM Tuanku Abdul Rahman Putra Al haj. Tunku adalah Ketua
1

Menteri sejak 1955 lagi dan menjadi Perdana Menteri Pertama Malaya/ Malaysia dari tarikh kemerdekaan sehinggalah beliau bersara pada September 1970 . Tunku merupakan seorang putera Raja Melayu yang mempunyai pendidikan di Cambridge, sejak zaman remajanya lagi beliau telah memperoleh pendidikan dari guru-guru private dan dilahirkan dalam keluarga yang mewah dan berpendidikan tinggi serta banyak juga terdorong dalam kehidupan di istana sebagai golongan bangsawan. Dalam jangka masa ini beliau telah menguasai perkembangan politik negara ini dan pengaruh beliau tidak pernah dapat ditandingi oleh ahli politik lain di negara ini. Peranan dan pengaruh dominan Tuanku dalam dasar luar negara ini juga diperkukuhkan oleh faktor-faktor lain seperti bentuk birokrasi Kementerian Luar Negari ketika itu dan minat serta perhatian kerajaan dan parti pemerintah yang lebih tertumpu pada masalah-masalah politik dan pembangunan dalam negeri dalam konteks negara baru merdeka. Semasa di bawah pimpinan Al Marhum Tuanku Abdul Rahman Putra Al Haj dasar luar negara ke arah survival negara baru mencapai kemerdekaan. Dasar luar anti-Komunis dan pro-Barat dengan talian rapat dengan Komanwel serta menentang dasar apartheid.

Selepas perang dunia kedua, order baru dunia, terbahagi berasaskan kepada ideologi yang melahirkan dua blok iaitu blok timur dan barat termasuklah dalam sistem pengurusan ekonomi negara-negara berkenaan. Perang Dingin masing-masing membentuk jalinan serta rangkaian kerjasama di peringkat rantau dan antarabangsa yang menyerlahkan pegangan ideologi masing-masing. Blok Timur (Komunis/ kiri) dipelopori oleh Soviet Union (USSR), sedangkan Blok Barat pula Amerika Syarikat dan sekutunya. Malaysia (pada mula Malaya) sebagai sebuah negara yang pernah dijajah oleh Inggeris dan ditadbir pada awal kemerdekaannya terus dipengaruhi oleh Britain, justeru dasarnya lebih mirip kepada Barat. Malaysia juga secara kebetulan bersikap anti komunis, kerana di dorong oleh sejarah dan

pengalamannya berhadapan dengan ancaman komunis melalui Parti Komunis Malaya yang mahu membentuk kerajaan melalui kekerasan.

Keperibadian Tunku yang paling jelas mempengaruhi dasar luar Malaysia ialah bersikap proBarat dan anti-Komunis yang keterlaluan. Tunku mendominasi sepenuhnya tugas dalam membentuk dan memperkasa dasar luar negara pada 1957. Disebabkan adanya pengaruh pendidikan Barat dan keperibadian sebagai seorang bangsawan dengan nilai-nilai Barat yang telah bertapak kukuh dalam dirinya menyebabkan Tunku mempunyai inisiatif dan cara tersendiri dalam mengembangkan konsep dasar luarnya. Sikap pro-Barat dan anti-Komunis yang keterlaluan merupakan sendi utama dalam pengasasan Dasar Luar Tanah Melayu semasa era Tunku.Dasar pro-Barat dan anti-Komunis ini dapat dilihat dengan jelasnya dalam 3 aspek utama iaitu politik, ekonomi dan pertahanan yang dapat mempengaruhi dan memberi kesan terhadap dasar luar negara di arena antarabangsa.

Ancaman komunis di negara-negara Asia Tenggara dan juga di dalam negara melalui Parti Komunis Malaya. Dari segi hubungan luar, dasar luar sepanjang tahap 1957-1963 memperlihatkan Tanah Melayu lebih menumpukan hubungan luar dengan negara-negara barat yang mempunyai sistem pemerintahan dan ideologi yang sealiran dengannya. Tunku yang bertanggungjawab dalam mengemudikan dasar luar negara ketika itu memang dikenali dengan sifat beliau yang sangat anti komunis. Tunku tidak mahu mengadakan sebarang hubungan dengan Russia atau negara China dan beliau juga tidak bersedia untuk bertolak ansur dengan pihak komunis. Oleh itu, Malaysia memerlukan bantuan pertahanan daripada negara-negara Komanwel terutama Britain, Australia dan New Zealand. Bagi menyekat perkembangan pengaruh komunis, Malaysia telah menandatangani Perjanjian Pertahanan Inggeris-Tanah Melayu atau Anglo-Malayan Defence Treaty (AMDA) pada tahun 1956.
3

Mengikut perjanjian ini pihak British akan memberikan bantuan kepada Malaysia sekiranya diserang oleh mana-mana negara.

Sebenarnya pendirian Malaysia bukanlah sesuatu yang luar biasa. Dalam menentukan hala tujunya,, sebuah negara yang baru merdeka akan mengambil contoh dari negara yang mereka rasa selesa serta lebih kenal dan biasa dengannya. Lantas keutamaan yang diguna pakai adalah mengikut contoh dari Britain selain berpandukan kepada situasi keperluan domestik dan antarabangsa Malaysia sendiri.

Berlatar belakang sejarah dan pengalaman tersebut, bermulalah era Tuanku Abdul Rahman. Beliau membawa pendekatan dasar luar negara dengan mengambil pendirian antikomunis dan pro-barat. Sebagaimana lazimnya berlaku pada negara-negara lain yang baru merdeka, salah satu tindakan Malaya (dan kemudiannya Malaysia) untuk mendapat (endorsement) pengiktirafan dan seterusnya meluaskan pengaruh dan kesatuan. Keanggotaan dalam Bangsa-Bangsa Bersatu sekali gus menjadikan negara diiktiraf sebagai sebahagian dari masyarakat antarabangsa yang berdaulat dan merdeka. Ini terbukti dengan penyertaan Sarawak dan Borneo Utara (Sabah) serta Singapura menjadikan Malaysia walaupun Indonesia dan Filipina membantah.

Seterusnya, dasar luar negara pro-British dan Amerika Syarikat dapat membantu Malaysia mengatasi konfrontasi dengan jirannya Indonesia (1962-1966) yang nyata ketika itu pro-komunis di bawah pimpinan Soekrano. Agensi perisik Amerika Syarikat banyak membantu Malaysia menangkis ancaman tentera Indonesia. Contoh pendaratan melalui payung terjun tentera Indonesia di Labis, Johor dapat dipatahkan melalui maklumat CIA. Pada waktu itu Malaysia aktif di dalam pertubuhan Komanwel. Ini terbukti dengan termeterai
4

Anglo-Malaya Defence Agreement. Malaysia juga pada masa sama menjalinkan hubungan rapat dengan negara-negara Asia Tenggara di mana mula wujudnya hubungan serantau dengan tubuhnya ASA (1960); MAPHILINDO (1963).

Pertelingkahan yang timbul antara Malaysia dengan kedua dua negara tersebut adalah disebabkan oleh cadangan pembentukan Malaysia. Indonesia tidak bersetuju dengan pembentukan Malaysia kerana Presiden Soekarno menganggap pembentukan Malaysia sebagai satu neokolonalisme atau penjajahan bentuk baru. Tentangan Filipina pula adalah kerana negara tersebut menuntut Sabah yang didakwanya masih menjadi hak milik negara mereka. Bagi menyelesaikan pertelingkahan ini, Malaysia telah mengambil langkah rundingan dengan Filipina dan Indonesia. Rundingan ini akhirnya membawa kepada penubuhan MAPHILINDO. Ketiga tiga negara ini telah mencapai kata sepakat memohon bantuan PBB untuk mendapatkan pandangan rakyat Sarawak dan Sabah tentang cadangan penubuhan persekutuan Malaysia. PBB telah menghantar perwakilannya pada tahun 1963 yang diketuai oleh Lawrence V. Michael More untuk meninjau rakyat di kedua dua negeri berkenaan. Hasilnya, majority rakyat di kedua dua negeri bersetuju dan menyokong pembentukan Malaysia. Sungguhpun begitu, Indonesia dan Filipina kurang berpuas hati dengan siasatan PBB dan terus menentang pembentukan Malaysia. Persengketaan yang berterusan ini menyebabkan MAPHILINDO telah tidak berperanan lagi.

Hasrat Malaysia untuk berbaik baik dan mengadakan kerjasama dengan negara negara jiran tetap diteruskan walaupun dua buah pertubuhan yang dibentuk sebelum ini, iaitu ASA dan MAPHILINDO gagal dan tidak dapat bertahan lama. Usaha ini akhirnya berhasil dengan termeterainya Deklarasi Bangkok pada 8 Ogos 1967 yang membawa kepada penubuhan Persatuan Negara Negara Asia Teenager atau lebih dikenali sebagai ASEAN.
5

Antara matlamat pembentukan ASEAN termasuklah mengekalkan kestabilan politik di rantau Asia Tenggara, membantu antara satu sama lain dalam bidang ekonomi, sosial dan kebudayaan, meningkatkan taraf hidup penduduk melalui kerjasama dalam bidang pertanian, perdagangan dan perindustrian, memberikan kerjasama dan membantu dalam bentuk latihan dan penyelidikan serta mengadakan hubungan yang erat dengan persatuan atau pertubuhan serantau dan antarabangsa. Keanggotaan ASEAN pada ketika itu terdiri daripada lima buah negara, iaitu Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina dan Singapura. Malaysia telah memainkan peranan penting dalam mewujudkan kerjasama serantau melalui dasar berbaik baik dengan negara jiran. Ini jelas kelihatan melalui peranan Malaysia dalam pertubuhan ASA, MAPHILINDO dan ASEAN.

Begitu juga hubungan erat dengan negara-negara Islam dengan menyertai OIC pada tahun 1969. OIC yang beribu pejabat di Jeddah, Arab Saudi, ditubuhkan pada tahun 1971 daripada idea Tuanku Abdul Rahman. Semasa ditubuhkan, ahlinya terdiri daripada 57 buah negara dengan tiga buah negara lagi sebagai pemerhati. Matlamat utama penubuhannya adalah untuk mengeratkan hubungan sesama negara Islam dalam segala bidang dan bersuara dalam satu nada bagi kepentingan umat Islam. Matlamatnya juga adalah untuk mengekalkan perdamaian dalam segala persengketaan antara negara Islam serta bersama-sama memastikan tempat-tempat suci Islam dihormati dan tidak dicemari. Malaysia telah memainkan peranan penting dalam pertubuhan ini apabila Tunku Abdul Rahman diberikan penghormatan untuk menjadi Setiausaha Agung OIC yang pertama. Malaysia telah menjadi perantara dalam menyelesaikan peperangan Iran Iraq. Di samping itu, Malaysia juga memberikan sokongan kepada rakyat Palestin dalam perjuangan mereka untuk mendapatkan semula tanah air mereka daripada Israel.

Gaya hidup Al Marhum Tuanku yang dipengaruhi Inggeris semasa menetap di England dan menuntut pengajian undang-undang telah membawa kepada dasar luar negara yang berpaksikan kepada hubungan erat di kalangan negara-negara Komanwel. Keputusan menjadikan Tanah Melayu sebagai anggota Komanwel telah diputuskan oleh Tunku secara peribadi sebelum Tanah Melayu merdeka lagi. Hal ini terbukti melalui Manifesto Parti Perikatan dalam pilihanraya 1955. Manifesto ini menyatakan Tanah Melayu akan menjadi negara anggota Komanwel pasca merdeka, dan Tanah Melayu juga turut mengiktiraf Ratu Inggeris sebagai simbol persatuan negara-negara yang bebas merdeka. Ini terbukti dengan kerjasama ekonomi dan bantuan teknikal dan pendidikan yang diterima dari United Kingdom, Kanada, Australia, India di samping sumbangan PEACE CORPS oleh Amerika Syarikat. Lawatan Presiden Amerika Syarikat yang julung kali ke Malaysia oleh L.B Johnson semasa pemerintahan Tuanku membuktikan ikatan erat luar negara untuk menghalang Teori Domino akibat pengaruh Komunis meluas ke rantau ini.

Tahap Kedua (1970-1976) Pada tahun 1947, Tun Abdul Razak Dato' Hussein dikurniakan biasiswa oleh Kerajaan Kolonial sebagai balasan jasa-jasanya untuk melanjutkan pengajian di bidang undang-undang di England. Pada tahun 1950, beliau menerima Degree of an Utter Barrister daripada Lincoln's Inn dan menjadi seorang peguam yang berkaliber pada tahun 1950. Sewaktu di England, Tun Abdul Razak Dato' Hussein adalah salah seorang `King's Scolar'. di bawah pimpinan Tun Abdul Razak bin Hussein mula memantapkan kerjasama serantau dengan melaksanakan beberapa dasar ke arah berkecuali dan tidak memihak kepada mana-mana kuasa besar. Bila Tun Abdul Razak pula mengambil alih pucuk pimpinan negara pada tahun 1970 dengan adanya asas yang kukuh, beliau bertindak lebih bebas dan mengelakkan dari kongkongan kepada hubungan erat dengan negara-negara barat sahaja. Malaysia telah menghadiri Persidangan Negara-Negara Berkecuali (NAM) di Lusaka,
7

Zambia di mana Tun Abdul Razak mengisytiharkan dasar utama Malaysia dalam hubungan antarabangsanya sebagai berkecuali dan tidak akan sesekali menyebelahi mana-mana blok dalam pertikaian Perang Dingin. Malaysia yang juga masih lagi berhadapan dengan ancaman komunis sudah mula lebih terbuka dalam dasarnya terhadap negara-negara komunis. Pemberontakan komunis yang masih bergerak aktif di Malaysia pada ketika itu diharap dapat diakhiri dengan jalan perundingan tanpa perlu mengorbankan nyawa.

Justeru hubungan diplomatik Malaysia lebih bebas dan meluas termasuk dengan mengadakan hubungan diplomatik dengan negara China. Malaysia telah buat pertama kalinya menjalinkan hubungan dua hala dengan negara komunis China. Ini kerana sebelum ini, iaitu di era Tunku Abdul Rahman, dasar luar negara kita lebih bersifat anti-komunis dan bersekutu dengan British dan Amerika Syarikat. Dasar yang telah di bawa oleh Tun Abdul Razak dengan menjalinkan hubungan dua hala Malaysia - China ini merupakan perang saraf terhadap PKM, apabila pihak komunis China sendiri tidak mengisytiharkan kesahihan PKM. Malahan, hasil daripada hubungan dua hala ini, ia telah mengubah dasar luar negara kepada lebih bersifat neutral dan tidak menyebelahi mana-mana pihak sama ada di pihak anti-komunis dan di pihak komunis. Tun Abdul Razak merupakan pengasas jambatan hubungan dua hala Malaysia - China. Objektif Malaysia adalah untuk memelihara keamanan, keselamatan serta kestabilan di rantau ini. Oleh itu hubungan diplomatik dengan negara-negara jiran khususnya Indonesia di perhebatkan lagi setelah berakhirnya konfrontasi dan munculnya pemerintahan Jeneral Suharto.

Pada tahun 1971, Malaysia telah mengundi negara China untuk diterima masuk ke dalam PBB dan seterusnya Malaysia mengorak langkah yang lebih jauh dengan mengadakan hubungan dengan negara-negara komunis. Sekitar tahun 1972-1973, Malaysia mula
8

mewujudkan hubungan yang lebih sihat dengan mengadakan hubungan diplomatik dengan Vietnam Utara, Korea Utara dan Jerman Timur. Pada 1974 pula, Tun Abdul Razak ingin mengasaskan hubungan diplomatik dengan mengadakan lawatan ke negara China. Selain daripada hubungan dengan negara-negara Komunis, Malaysia turut mengambil berat dan mengeratkan hubungan sedia ada dengan negara pro demokrasi yang lain. Hal ini dapat dilihat semasa era pemerintahan Tun Abdul Razak yang sentiasa menguatkan lagi kerjasama serantau dan hubungan Malaysia dengan negara-negara Islam dan Afrika. Malaysia turut berperanan aktif dalam ASEAN,OIC, NAM dan juga Pertubuhan Negara-Negara Komanwel.

Lagi pula pendekatan yang berorientasikan ideologi tidak lagi dijadikan penentu kepada pendekatan dasar luar Malaysia dalam hubungan diplomatik serta antarabangsanya. Pimpinan Tun Razak mula mendapat identiti negara Islam dengan penyertaan aktif dalam OIC. Dalam usaha mendapat lebih rakan baru, Malaysia menyertai NAM (Non-Align Movement) pada tahun 1971 dan mula menunjukkan dasar berkecuali, aman dan berdikari. Tun Abdul Razak mula menjauhkan diri dari pengaruh besar, terutamanya Amerika Syarikat dan mewujudkan hubungan diplomatik dengan negara-negara Komunis.

Penglibatan langsung Tun Abdul Razak dalam merangka dan menandatangani Deklarasi Bangkok pada 8 Ogos 1967 yang menubuhkan ASEAN menjadi kenyataan, ASEAN seterusnya menjadi tunggak dasar luar negara sehingga ke hari ini. Deklarasi Kuala Lumpur pada tahun 1971 oleh ASEAN di bawah pengaruh Tun Abdul Razak telah menjadi rantau ini bebas dari pengaruh kuasa asing yang menjadi titik tolak pegangan ASEAN hingga ke hari ini. Ini telah membawa kepada penamatan penempatan pengkalan tentera Amerika Syarikat di Filipina dan Thailand. Maka wujud Zon Bebas, Aman dan Berkecuali (ZOFPAN) pelaburan dari negara-negara selain British mula dipelawa.
9

Tahap ke tiga (1976-1981) pimpinan Tun Hussein Onn, biras kepada Allahyarham Tun Abdul Razak telah meneruskan dasar luar negara yang berkecuali yang berpaksikan hubungan kerjasama serantau, terutamanya ASEAN; Latar belakang kerjaya awalnya dalam angkatan tentera mempengaruhi dasar luar negara dalam membanteras kebangkitan semula pengaruh Komunis susulan kejatuhan Indo China ke pihak Komunis pada tahun 1975. Beliau telah mengambil tindakan diplomatik berhati-hati dengan USSR yang mula meluaskan pengaruhnya di Asia terutama di Asia Tenggara di mana Vietnam telah menjadi sekutu rapatnya setelah berperang dengan China. Berikutan itu juga Vietnam menubuhkan kerajaan proksi pimpinan Hun Sen setelah menjatuhkan rejim Pol Pot. Ini terbukti dengan ke enggan ASEAN untuk mengiktiraf kerajaan Hun Sen kerana campur tangan Vietnam walaupun berjuta penduduk dibunuh semasa pemerintahan Pol Pot (1975-1979) yang digulingkan. Kerajaan Malaysia terpaksa berpakat dengan anggota ASEAN yang lain walaupun ramai mangsa pembunuhan rejim Pol Pot merupakan masyarakat Muslim Champa di Kumpuchea kerana dasar luar ASEAN melarang campur tangan dalam urusan dalaman sesuatu negara.

Pendirian Tun Hussein Onn anti-Komunis jelas terserlah apabila beliau telah menangani elemen dalaman yang pro-Komunis dengan mengenakan tahanan ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960). Di antara beberapa pimpin politik, wartawan dan kakitangan kerajaan yang dipengaruhi fahaman komunis Russia ialah Datuk Abdullah Ahmad dan Datuk Abdullah Majid yang kedua-dua merupakan Timbalan Menter dalam pentadbiran Tun Abdul Razak. Selain itu Datuk Abdul Samad Ismail, Ketua Pengarang NST serta Siddque Ghouse, Setiausaha Sulit Dr Mahathir Mohamed semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri. Dasar Luar Negara Hussein Onn sedikit sebanyak dipengaruhi perkembangan dalaman tersebut yang ditangani oleh Tun Ghazali Jawi sebagai Menteri Dalam Negeri yang
10

merupakan diplomat tertinggi luar negara semasa pentadbiran Tuanku Abdul Rahman. Pada 1979 juga, berlakunya penaklukan Afghanistan oleh USSR untuk menegakkan kerajaan Komunis.

Justeru, dasar luar negara yang di dokong oleh Wisma Putera di bawah pimpinan Tun Hussein Onn berpaksikan pendirian ASEAN secara keseluruhan. Ini jelas dalam hal pengiktirafan kerajaan Kampuchea dan boikot Sukan Olimpik di Moscow sebagai bantahan pendudukan USSR di Afghanistan walaupun pencerobohan Indonesia ke atas Timur Timur selepas kemerdekaan dari Portugis pada tahun 1976 dianggap hal dalaman Indonesia. Permuafakatan ASEAN amat menyerlah sijak sedang Kemuncak Ketua-Ketua Negera ASEAN pertama kali di Bali pada tahun 1976.

Tahap ke empat, Dasar Luar Negara Malaysia di bawah pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamed amat drastik dan lama (1981-2003). Apabila Tun Mahathir mengambil alih pimpinan negara dari Tun Hussein Onn pada tahun 1981 kelihatan perubahan yang radikal dan ketara. Boleh dikatakan satu transformasi dan perubahan besar telah berlaku kepada dasar luar Malaysia. Peranan Malaysia terhadap isu-isu hubungan antarabangsa menjadi lebih terbuka dan kritikal. Beliau mengambil sikap di peringkat global yang berteraskan apa yang difikirkan terbaik untuk kepentingan Malaysia dan keadilan antarabangsa.

Justeru Malaysia menjadi lebih aktif di arena antarabangsa hasilnya Malaysia lebih dikenali dan dihormati kerana ketegasan dan kelantangannya memperjuangkan kepentingan negara-negara kecil dan membangun. Justeru suara Malaysia terdengar dalam kritikan terhadap sistem multilateral. Banyak perkara dan tajuk disuarakan Malaysia kerana tidak berpuas hati dengan order baru dunia yang dianggap pincang serta berat sebelah kepada
11

negara maju terutama di negara barat. Persoalan keadilan antarabangsa politik, kewangan ekonomi serta peranan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ditegur dan dikritik berulang-ulang kali demi mencari order baru dunia yang lebih adil dan saksama.

Malaysia percaya bahawa PBB adalah mustahak serta penting dalam sistem multilateral . namun Tun Mahathir terus sinis serta kritikal kepada apa yang dianggap sebagai kegagalan dalam menyelesaikan masalah keamanan dunia dan sistem ekonomi dunia yang seimbang. Beliau berpendapat PBB mudah di manipulasi oleh negara-negara kuasa besar yang menguasai majlis Keselamatan PBB. Beliau menjadi pengkritik utama kepada sistem multilateral (pelbagai hala).

Pada ketika itu dapat dirasai bahawa Malaysia lebih menekankan kepada diplomasi bilateral lebih-lebih lagi dengan negara-negara kecil dan membangun. Di peringkat memiliki undi terbanyak dan mereka sering memberi sokongan kepada Malaysia bila bertanding di PBB. Malaysia disegani dan dihormati oleh mereka kerana berjaya menjuarai perjuangan mereka. Contohnya berjaya menjadi Pengerusi Perhimpunan Agong PBB ( Tan Sri Razali Ismail), Pengerusi NAM, OIC dan ASEAN. Malaysia juga pernah dipilih menjadi ahli Majlis Keselamatan PBB pada tahun 1965, 1989 dan 1999. wakil Malaysia ke PBB, Tan Sri Razali Ismail menjadi Pengerusi Perhimpunan Agung PBB dan beliau dilantik sebagai wakil khas PBB untuk menyelesaikan konflik politik negara Myanmar. Malaysia juga berpendirian tegas dalam mendesak PBB menjalankan usaha menyelesaikan masalah Palestin dengan menganjurkan Persidangan Antarabangsa tentang Palestin di Kuala Lumpur. Prinsip perjuangan NAM adalah mengelakkan campur tangan asing dalam hal ehwal sesebuah negara, menyelesaikan sebarang pertelingkahan antara negara melalui perundingan dan persefahaman serta menghormati hak asasi manusia. Dalam Sidang Kemuncak Ketujuh di
12

New Delhi pada tahun 1987, Malaysia telah membuat beberapa usul bagi membela kepentingan negara-negara yang sedang membangun. Anataranya termasuklah isu Palestin, kerjasama ekonomi dan isu Benua Antartika. Dalam Sidang Kemuncak Kelapan di Harare (Zimbabwe), Malaysia telah mengemukakan cadangan bagi menghapuskan dasar apartheid di Afrika Selatan. Pada tahun 1989, Malaysia telah diberikan penghormatan apabila dipilih sebagai Naib Presiden dalam Sidang Kemuncak NAM di Belgrade, Yugoslavia. Pengaruh Malaysia melangkaui kedudukannya sebagai sebuah negara membangun yang saiznya tidak begitu besar.

Tindakan radikal Tun Mahathir amat dipengaruhi oleh sikap nasionalis dan antiBritish yang tersemai sejak di Universiti Malaya., Singapura di mana beliau tidak diberi biasiswa melanjutkan pelajaran di bidang undang-undang di United Kingdom. Di antara tindakan drastik yang diambil ialah melancarkan kempen Buy British Last dan

memboikot Persidangan Komanwel pada tahun permulaan pemerintahannya. Namun beliau berbuat demikian untuk menarik perhatian Britian supaya diberi layanan yang sewajarnya kepada Malaysia. Beliau telah memberi keutamaan membina hubungan lebih erat dengan negara-negara Asia. Antara contoh hubungan tersebut ialah dengan Kazakhistan melalui Presiden Nursultan Nazarbayer.

Pada tahun-tahun pemerintahan Tun Dr Mahathir, era globalisasi telah menyumbang kepada dasar luar negara untuk memperluaskan hubungan diplomatik ke seluruh pelosok dunia. Ini bertujuan untuk menarik pelaburan langsung asing serta pasaran kepada hasil perindustrian negara. Contoh pasaran kereta Proton. Pimpinan Tun Dr Mahathir melakukan lonjakan paradigma demi tanggapan negara pertanian ke negara perindustrian melalui wawasan 2020 untuk mencapai status negara maju.
13

Di samping itu, beliau telah memulakan Dasar Pandang ke Timur untuk menggalakkan rakyat Malaysia mencontohi budaya kerja Korea Selatan dan Jepun yang maju. Melalui dasar ini juga dasar luar negara lebih bertumpu ke hubungan diplomatik yang begitu erat dengan kedua-dua negara tersebut terutama dari segi ekonomi, pendidikan dan pelaburan asing. Usaha ke arah pemindahan teknologi juga dititik beratkan dengan penubuhan pusat latihan teknologi di Malaysia serta penghantaran pelajar-pelajar Malaysia ke Korea dan Jepun.

Di bawah pentadbiran Tun Dr Mahathir, Malaysia turut meluaskan dasar luarnya dengan menyertai Persidangan Alam Sekitar di Rio de Jeneiro pada tahun 1992 dalam usaha untuk memperjuangkan hak alam sekitar negara-negara membangun. ASEAN pada masa ini juga telah berkembang lebih besar dan turut dianggotai oleh lebih banyak negara. Pada masa kini, negara-negara ASEAN turut dianggotai oleh sepuluh buah negara Asia Tenggara iaitu Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina, Singapura, Myanmar, Laos, Kemboja, Vietnam danBrunei Darussalam.

Pimpinan Tun Dr Mahathir telah lihat pelbagai inisiatif baru dasar luar Malaysia. Di antaranya :- Antartika sebagai milik bersama masyarakat dunia - kerjasama Selatan-Selatan - GIS-ASEAN Kerjasama Lembah Mekong - Perpaduan Islam - menyuarakan perjuangan negara-negara membangun dalam isu-isu alam sekitar, hak asasi manusia dan demokrasi.

14

Tahap Ke Lima, bawah pimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi (2003-2008) merupakan kesinambungan dasar luar era Tun Dr Mahathir iaitu respon yang pragmatik terhadap cabaran ekonomi dan geopolitik semasa. Pimpinan beliau meneruskan Pengerusi OIC dan NAM mempamerkan negara Islam yang toleransi dan progresif melalui konsep Islam Hadhari. Penyelesaian melalui ICJ (International court of Justice) persengketaan sempadan dengan Indonesia mengenai isu Pulai Sipidan dan Ligitan menunjukkan dasar luar negara melalui perundingan dan menghormati undang-undang antarabangsa. Begitu juga pertikaian Pulau Batu Putih melalui ICJ.di Hague, Belanda.

Akhir sekali tahap terkini iaitu pemerintahan Datuk Seri Mohd Najib bin Abdul razak amat dinamik penglibatannya di forum antarabangsa. Personaliti beliau yang sangat liberal amat disegani oleh pimpin-pimpin dunia, terutama barat. Penggubalan dasar luar negara kini adalah bersesuaian dengan kehendak negara dari segi politik, keselamatan, ekonomi dan kepentingan lain. Sejajar dengan arus globalisasi tanpa sempadan. Lebih-lebih lagi dalam dunia yang penuh dengan ancaman pengganas serta peperangan , dasar luar Malaysia mesti bertujuan ke arah promosi keamanan serantau dan persekitaran antarabangsa yang akan memberi Malaysia ruang untuk mencapai objektif negara tanpa gangguan dan ancaman luar. Pelbagai penentu iaitu geografi, sejarah dan sosial serta perkembangan politik menyumbang dalam membentuk dasar luar Malaysia dan peningkatan hubungan antarabangsa sepanjang evolusi dasar luar Malaysia yang dibincangkan di atas.

Pandangan saya ke empat-empat faktor sama penting di dalam mempengaruhi dasar luar negara kita, kalau dilihat kembali faktor sejarah negara ini boleh dibahagi kepada zaman British sebelum merdeka dan selepas merdeka semasa pemerintahan Tunku Abdul Rahman pada 1957. Negara ini telah dijajah oleh British sejak 400 tahun lalu, Kerajaan British banyak
15

mempengaruhi dasar luar negara pada ketika itu kerana kepentingan pemerintahan British. British mahukan Semenanjung Tanah Melayu berada di bawah naungan walaupun selepas merdeka. Banyak dasar-dasar luar negara yang dibuat menjaga kepentingan British terutama di rantau Asia Pasifik. British tidak mengambil berat rantau ini sehinggalah pada perang Dunia yang kedua, Semenanjung Tanah Melayu telah dapat ditakluki oleh Jepun pada tahun 1942. Ekoran daripada itu penduduk Tanah Melayu melihat British sebenarnya tidak mampu untuk menjaga Tanah Melayu sehingga Jepun berjaya menduduki Tanah Melayu. Malaya akhirnya berjaya merdeka pada 1957 dan menentukan halatuju dasar luar negara sendiri.

Faktor luaran pula, Malaya yang baru merdeka pada 31 Ogos 1957 masih baru dan memerlukan sokongan negara barat, pada ketika itu pengaruh Komunis semakin kuat di rantau Asia banyak negara telah jatuh kepada Komunis. Situasi ini menimbulkan kebimbangan Tunku kerana Komunis dilihat sangat ganas dan menjalankan pemerintahan kuku besi. Hubungan baik dengan barat dilihat dapat menyekat pengaruh Komunis ke rantau ini. Apabila Tun Razak dilihat mengambil pendekatan yang seimbang dengan mengadakan hubungan baik dengan negara-negara Komunis terutama China dan juga hubungan baik dengan negara barat. Tun Razak mengambil pendekatan yang liberal kerana mahukan rantau ini berkecuali dari mana-mana kuasa besar dunia. Di ikuti oleh Dato Hussein Onn dan lainlain Perdana Menteri seterusnya.

Faktor dalam, Malaya yang baru merdeka di bawah pimpinan Tunku Abdul Rahman telah berjaya dalam politiknya dengan rakan-rakan yang lain dari bangsa China dan India. Parti Perikatan dilihat amat kuat dan sentiasa menyokong apa-apa yang dilaksanakan oleh Tunku, ini dapat dilihat apabila Tunku berjaya menggabungkan negeri Singapura, Sabah dan Sarawak dalam kerajaan Persekutuan dikenali Malaysia. Selain itu juga, Malaysia yang kaya
16

dengan berbagai-bagai hasil bumi seperti timah berpotensi menjana ekonominya dengan lebih luas. Hubungan baik dengan negara-negara perindustrian memberi kelebihan kepada Malaysia.

Faktor personaliti atau keperibadian pemimpin juga mempengaruhi dasar luar negara kita. Tuaku Abdul Rahman merupakan seorang pelajar Undang-undang di Universiti London, sikap dan tindakan beliau dilihat lebih pro kepada barat kerana ramai di kalangan pemimpin tersebut merupakan rakan beliau semasa belajar di sana. Ideologi barat masih kuat dipegang dan menjadi halatuju dasar yang dibuat. Sementara itu, Tunku juga dikatakan membuat sesuatu keputusan mengikut pandangan dan keperibadian sendiri berbanding dengan keputusan rakan-rakan menteri. Berbanding Tun Razak walaupun belajar di England tetapi ia dilihat lebih seimbang dalam menentukan halatuju dasar luar Malaysia. Tun Abdul Razak mengamalkan dasar berbaik-baik dengan negara barat dan juga timur. Tun Abdul Razak mahukan Malaysia tidak menyebelahi mana blok kuasa dunia bebas dan berkecuali sebagai sebuah negara yang merdeka dan bebas.

Ketika era pemerintah Tun Mahathir beliau lebih bersifat drastik dan sentiasa menggeritik cara barat yang berat sebelah. Mahathir mempengaruhi negara-negara membangun lain untuk menentang dasar-dasar barat yang merugikan negara-negara membangun. Pimpinan Mahathir secara personaliti lebih keras dan tegas dalam menangani sesuatu isu-isu berkaitan dasar luar. Di bawah pimpinan Dr. Mahathir, Malaysia dikenali sebagai sebuah negara membangun yang lantang, tegas, berprinsip dan sentiasa berani menyarankan ketidakadilan kuasa besar. Dr. Mahathir juga akan sentiasa diingati sebagai pemimpin yang mempunyai keupayaan menewaskan hampir kesemua musuh politik Malaysia di peringkat antarabangsa dari Margaret Thecher, Paul Keating, Al Gore George
17

Soros hinggalah ke jutawan media seperti Rupert Murdoch dan pengarang utama Britain, Andrew Neil. Senarai yang ada sebenarnya cukup panjang untuk menggambarkan kekuatan Dr. Mahathir sebagai pemimpin dunia.

Dr. Mahathir bermula dengan memalukan Britain di Britain, kemudiannya meletakkan pembersihan imej penjajah di dalam negara. Rakyat telah disediakan dengan psikologi bahawa Malaysia telah bersedia untuk keluar dari kerendahan diri dan terhutang budi kepada bekas penjajah-British. Serangan ke atas Bursa Saham London seolah-olah strategi awal Dr. Mahathir menyediakan minda rakyat ke arah yang lebih global.

Pada 1983, Dr. Mahathir telah mengejutkan Britain dengan dasar Buy British Last. Bayangkan selepas sebuah syarikat milik negara kecil seperti Malaysia mengambil alih sebuah syarikat perladangan Britain, ia kemudiannya mengisytiharkan dasar Buy British last. Kedua-dua kejutan ini membuka mata negara bekas penjajah ini. Begitu pun hubungan Malaysia-Britain tidaklah menjadi semakin buruk. Sebaliknya mengundang rasa hormat daripada Britain dan hubungan kedua-dua negara memasuki era baru yang lebih sama taraf berbanding hubungan bekas penjajah dengan bekas tanah jajahan.

Dasar luar Malaysia di bawah pimpinan Dr. Mahathir sungguhpun meneruskan kelangsungan asas yang diletakkan oleh Tunku yang cenderung ke arah negara membangun, negara-negara berkecuali dan negara-negara Islam, Namun cara dan gaya diplomatiknya cukup berbeza. Dr. Mahathir jelas mempunyai perancangan yang besar untuk Malaysia memainkan peranan di pentas dunia.

18

Berbanding Nehru, Sukarno dan Tuito yang memilih untuk menjadi kurang senang dengan Amerika atau kuasa Barat, Dr. Mahathir adalah sebaliknya. Ia tidak mahu menjadi pak turut Amerika seperti Jepun dan juga anti barat seperti Sukarno. Dr. Mahathir mengamalkan dasar diplomatik pragmatik. Beliau boleh menjadi sekutu Amerika dalam hal yang dipersetujui dan beliau boleh menjadi musuh Amerika dalam hal yang lain.

Ketika sentimen umat Islam di Malaysia bersimpati dengan Iraq, Dr. Mahathir memilih untuk menyokong Amerika membebaskan Kuwait pada 1991. Malaysia di bawah pimpinan Dr. Mahathir sedar bahawa tidak ada sebuah negara lain wajar dibenarkan menakluki negara lain seperti Iraq lakukan ke atas Kuwait.

Sedekad kemudian Dr. Mahathir juga yang paling lantang menentang pencerobohan tentera Amerika ke atas Iraq. Kali ini kerana Amerika dan Britain bukan sahaja tidak mempunyai sebab yang jelas malah tidak mendapat kelulusan PBB. Namun penentangan Dr. Mahathir tidak menjadikan beliau sebagai anti-barat. Beliau bukan sahaja sanggup belajar dari Barat malah mengadakan kunjungan rasmi ke Amerika, Britain dan lain-lain negara Barat.

Salah satu kekuatan Dr. Mahathir di peringkat antarabangsa ialah kecekapan dan kebijaksanaan beliau menangani media antarabangsa. Kehebatan Dr. Mahathir berhadapan dengan media antarabangsa sering menjadi satu kekaguman kepada penulis. Dr. Mahathir juga mempunyai hubungan yang cukup akrab dengan negara-negara besar di luar lingkungan anglo-saxon (Inggeris). Hubungan akrab dengan Perancis, Jerman memberikan Malaysia kekuatan dalam memastikan pandangan dan tindakannya di peringkat antarabangsa sentiasa mempunyai impak dan juga selamat.
19

Dr. Mahathir menentang Forum Kerjasama Asia Politik (APEC) tajaan Amerika Syarikat kerana berpendapat Amerika tidak perlu masuk campur dalam ekonomi Asia Timur. Beliau merupakan seorang Ketua Negara kecil bukan sahaja menentang malah memboikot persidangan pertama yang berlangsung di Seattle, US. Namun menyedari kepentingan Malaysia setelah, beliau menghadiri persidangan seterusnya yang di adakan di luar Amerika. Dr. Mahathir tahu di mana had dan sempadan ketegasan bagi sebuah negara seperti Malaysia. Namun pada pendapat saya, perkembangan faktor luaran menjadi

penyumbang yang amat dominan terhadap dasar luar Malaysia. In adalah kerana suasana hubungan dengan jiran telah menentukan dasar sejak mencapai kemerdekaan Malaya sehingga pembentukan Malaysia. Ini diikuti oleh pengaruh Perang dingin di rantau Asia Tenggara sehingga tamatnya Perang Dingin yang membawa kepada Vietnam, Kumpuchea dan Laos menyertai ASEAN bersama Berunai dan Myanmar. Begitu juga era globalisasi dan perkembangan ekonomi dunia membawa kepada keterbukaan hubungan diplomatik dengan lebih ramai rakan perdagangan.

Justeru, pengaruh aspek luaran jauh lebih berpengaruh berbanding dengan ketiga-tiga faktor lain iaitu elemen dalaman, eco-sejarah serta personaliti ( idiosyncratic) pemimpin negara. Lebih-lebih lagi dalam era globalisasi negara kita tidak terlepas dari apa juga ancaman sejagat yang bakal atau sedang dialami seperti gejala pemanasan dunia, krisis ekonomi, pencemaran alam sekitar dan sebagainya. Maka dasar luar negara mesti digubal ke arah menangani isu-isu tersebut dan mampu membawa keuntungan.

Bibilografi
20

Ibrahim Saad 1990, Perubahan Pendidikan di Malaysia: Satu Cabaran ; Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka Robiah Sidin ; 1994, Cabaran Untuk Masa Depan. KualaLumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. http://www.ukm.my/jebat/v2/?cont=v&item=2&vols=18&art=264 Kaminder singh Dhillon, 2009; Malaysian foreign policy in the Mahathir era, 1981-2003; Singapore; NUS Press. Johan Saravanamuttu, 2010; MALAYSIAS FOREIGN POLICY The First Fifty Years Alignment, Neutralism and Islamism ; Institute Of Southeast Asian Studies (ISEAS) Haji Dr Syed Ibrahim 2006 Malaysia Kita ILBS Selangor.Darul Ehsan

21

Anda mungkin juga menyukai