Anda di halaman 1dari 1

Adakah anda berasa anda telah cukup gagal dalam hidup?

Lihat tokoh-tokoh terkenal ini yang juga mengalami kegagalan dalam hidup tapi bangkit kembali,malah menguasai dunia!! -Saintis Isaac Newton sering gagal ketika sekolah dan diberi gelaran oleh guru-guru sebagai murid yang tiada harapan! -Pengasas Disneyland, Mr Walt Disney ketika bekerja di syarikat akhbar pernah dimarahi oleh editornya oleh kerana Tidak mempunyai imaginasi dan tidak pernah mempunyai idea yang bernas! Walt Disney juga dipecat oleh editor suratkhabarnya kerana beliau dikatakan ketandunsan idea. Michael Jordan, pemain basketball terulung pernah dikeluarkan dari pasukan basketball ketika di sekolah menengah! -Thomas Edison, pencipta lampu mentol pula ketika sekolah sering dimarahi oleh gurunya dengan Seorang murid yang terlalu bodoh untuk pelajari apa sahaja! Thomas Edison juga gagal dalam lebih 1,000 eksperimen dalam mencipta lampu mentol sebelum menjumpa formula sebenar cara menyalakan lampu mentol! King C. Gillette (pengasas Gillete) gagal hampir 6 tahun untuk mengumpulkan dana mengetengahkan ciptaannya yakni pisau pencukur Gillitte. Nick Vujicic,seorang pakar motivasi terkenal yg dilahirkan tanpa tangan dan kaki pernah berkata, 'I was deeply depressed when I was eight years old,' he said. 'I went to my mum crying and told her I wanted to kill myself. Adakah ikon-ikon di atas pernah mengalah dan berhenti daripada melakukan apa yang mereka percaya? Sudah tentunya tidak. Kegagalan adalah sesuatu yang pasti dilalui oleh setiap insan dalam mencapai kejayaan. Apa yang membezakan mereka yang berjaya kini dan mereka yang tidak adalah, mereka yang berjaya melihat kegagalan sebagai peluang untuk belajar supaya kegagalan tersebut tidak diulangi. Apabila jatuh, mereka akan bangun semula! Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Orang mukmin sama ada lelaki ataupun perempuan akan sentiasa diuji oleh Allah s.w.t, sama ada dirinya, anaknya ataupun hartanya sehinggalah dia menghadap Allah s.w.t tanpa dia membawa dosa sedikitpun. (Hadis riwayat Imam Tirmizi)
Suatu ketika seorang ketua komandan di satu kem pernah berkata sesuatu kepada kami anak muridnya yang saya x akan lupakan. Ia berbunyi begini: "Jika kita berada dalam kumpulan 1000 orang ,kita adalah yang 100 kedepan. Dalam kumpuan 100 itu,kita adalah yang 10 kedepan. Dalam kumpulan 10 itu,kita adalah yang ke-1 kedepan. Dan dalam 1 yang dihadapan,Itulah kita"

Anda mungkin juga menyukai