Anda di halaman 1dari 309

BIDANG 4:

MENGENAL KRAF TRADISIONAL


Disediakan Oleh, Kirheba Murugan A/L Krishnan

DEFINISI

Kraf tradisional boleh didefinisikan sebagai perusahaan (kerja seni) yang melibatkan kemahiran kerja tangan yang memerlukan daya cipta oleh masyarakat yang diwarisi turun temurun.

Di sekolah rendah, murid diperkenalkan dengan kraf tradisional seperti: 1. Alat domestik 2. Alat permainan 3. Alat pertahanan diri 4. Perhiasan diri(ornamen) 5. Batik 6. Tekat 7. Ukiran 8. Tenunan 9. Anyaman 10. Tembikar

Bidang ini memberi kesedaran tentang adanya beberapa jenis kraf tradisional dalam budaya tanah air. Kegiatan kraf tradisional memperkenalkan fungsi, proses, dan teknik membuat, alat dan bahan, motif, corak dan hiasan. Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran yang merangkumi pengenalan, proses pembuatan serta mengenali tokoh-tokoh bagi setiap bidang kraf yang dinyatakan . Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pernyataan puisi, lakonan, nyanyian dan cerita.

Dapur kayu dibuat berbentuk kotak empat persegi bertiang paras pinggang dan diisi dengan tanah liat atau pasir. Palang-palang besi dengan disokong oleh batu-bata di bahagian kiri kanan dapur berfungsi sebagai tungku dan tempat meletakkan periuk semasa memasak. Kayu api pula biasanya diletakkan di bahagian bawah dapur untuk keperluan semasa memasak Apabila api dapur mulai malap, buluh digunakan untuk meniup bara api untuk memarakkan api

Batu giling diperbuat daripada batu dan terdiri daripada dua komponen iaitu ibu dan anak. Ibu adalah bahagian dasar batu giling yang digunakan untuk meletakkan bahan-bahan untuk digiling. Anak pula ialah anak batu yang digunakan untuk menggiling bahan gilingan di atas ibu. Cara menggiling adalah anak digerakkan dengan memegang bahagian kiri dan kanannya secara sorong tarik. Batu giling biasanya digunakan untuk menggiling cili, rempah, kelapa, kacang dan bahan-bahan lain. Dengan cara menggiling, bahan gilingan mudah lumat. Biasanya menggiling dilakukan secara duduk atau berdiri.

Batu kisar diperbuat daripada batu granit dan terdiri daripada dua komponen iaitu ibu dan anak. Bahagian anak mempunyai lubang untuk mengisi bahan kisar dan kayu pemegang untuk mengisar. Bahagian ibu mempunyai alur dan muncung untuk mengalirkan cecair kisaran. Batu kisar biasanya digunakan untuk mengisar bahan-bahan seperti beras, pulut, kacang hijau dan sebagainya bagi menghasilkan cecair tepung untuk membuat kuih-muih. Juga digunakan dalam bidang perubatan bagi mengisar ramuan untuk ubat-ubatan tradisional. Bahagian muncung yang terdapat pada ibu kisar hendaklah ditadah dengan besen ini kerana hasil kisaran akan keluar melalui muncung yang terdapat pada ibu kisar. Hasil kisaran seterusnya bolehlah digunakan untuk membuat kuih kacau seperti kuih lompat tikam, cendol, puteri mandi dan onde-onde buah melaka.

Cerek tembaga digunakan untuk mengisi air dan juga memasak air. Bahagian-bahagian cerek tembanga ialah tudung, tangkai, muncung, badan dan tapaknya. Kegunaan biasa cerek ialah untuk mengisi air minuman sebelum dihidangkan. Ada juga cerek yang dibentuk untuk kegunaan membasuh tangan. Cerek basuh tangan ini mempunyai bekas tadahan air seperti ketur iaitu bertepi bulat rata dengan bahagian mulutnya sama dengan tapak cereknya. Pada hari ini, cerek tembaga sering digunakan untuk dijadikan tempat untuk membasuh tangan bagi para tetamu yang datang menziarahi sanak saudara mahupun sahabat handai.

Dulang tembaga digunakan untuk mengisi pelbagai jenis masakan. Terdapat pelbagai jenis dulang yang boleh didapati antaranya ialah, dulang tanpa penutup dan dulang berpenutup. Dulang Tembaga ini berfungsi sebagai bekas serbaguna, ia digunakan untuk mengisi makanan, dulang hantaran dan dulang mengisi pelbagai barang kemas. Kebanyakan bahagian bawah dulang dihiasi dengan corak motif daun.

Dulang paha tembaga air mawar

Kukuran ialah sejenis alat yang bergerigi digunakan untuk mengukur, mengeruk (mengikis) isi kelapa. Ia merupakan salah satu alat terpenting dalam kehidupan masyarakat Melayu terutamanya di kawasan kampung. Meskipun penggunaan kukuran semakin dilupakan oleh penduduk kota yang lebih cenderung menggunakan peralatan moden, namun penggunaannya masih lagi diteruskan di kampungkampung

Kukuran silang Kukuran duduk

Cara-cara menggunakan kukuran

Tudung saji merupakan hasil kraftangan masyarakat Melayu yang kebiasaannya dihasilkan daripada daun mengkuang, pandan, rotan atau buluh. Terdapat juga tudung saji daripada mengkuang yang disalut dengan kain baldu. Kegunaan tudung saji adalah untuk menutup hidangan daripada dihinggapi lalat atau terkena habuk dan kotoran lain.

Tudung saji mengkuang

Tudung saji ati rotan

Tudung saji rotan

Tudung saji sulam

BATU SEREMBAN

Batu Seremban juga dikenali sebagai permainan Selambut atau Serembat. Sering dimainkan di waktu lapang.Permainan ini dimainkan oleh kanak-kanak perempuan sama ada secara individu atau berpasangan. Ianya dimainkan secara berkumpulan seramai dua hingga empat orang atau lebih. Biasanya ia menggunakan guli kaca, biji getah, ketul batu yang kecil atau ketulan-ketulan objek lai berbentuk bulat. Bilangan yang biasa digunakan sebanyak lima biji. Objek-objek ini dikenali sebagai buah.

GASING

Gasing popular di Pantai Timur Semenanjung Malaysia terutama di Kelantan. Terdapat pelbagai jenis gasing di Malaysia seperti gasing jantung, gasing piring atau leper, gasing kelamar, gasing telur, gasing berembang, gasing Melayu, gasing Cina, gasing buku benang dan gasing pinang. Kanak-kanak lebih gemar dengan gasing Melayu dan Cina, kerana saiz yang kecil dan mudah dipermainkan.

SEPAK RAGA

Permainan sepak raga telah sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka. Pada masa itu permainan ini dimainkan oleh golongan bangsawan.Rakyat Biasa juga menggemari permainan ini. Pada masa sekarang sepak raga lebih dikenali dengan nama sepak takraw. Ia bukan hanya dimainkan oleh orang Melayu sahaja tetapi bangsa-bangsa lain, malah telah dikenali di seluruh dunia. Bola sepak raga diperbuat daripada bilah-bilah rotan yang dianyam bulat seperti raga sebesar isi buah kelapa dua atau tiga lapis.

WAU

Permainan wau ini juga dikenali dengan layang-layang.Permainan wau amat digemari oleh penduduk-penduduk kampung. Permainan ini dimainkan sejak kurun ke 15. Wau masih digemari dan dimainkan di kawasan-kawasan seperti Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis. Wau dicipta dalam pelbagai bentuk dan mempunyai nama tersendiri seperti wau burung, wau pari, wau katak, wau bayan, wau merak, wau kucing, wau jala budi, wau lenggang kebayan, wau sewah dan wau barat. Begitupun wau bulan sangat digemari oleh orang Melayu. Reka corak biasanya bermotifkan awan larat akan menghiasi kebanyakan wau yang dihasilkan dan diwarnakan dengan pelbagai warna. Selain dijadikan bahan permainan, wau juga menjadi hasil kraftangan dan hiasan dinding

CONGKAK

Permainan congkak ialah sejenis permainan Melayu tradisional yang digemari oleh kaum wanita dan kanakkanak. Permainan ini memerlukan dua orang pemain.Alatan yang digunakan dalam permainan ini adalah papan congkak dan buah congkak. Kadang-kadang sebagai ganti papan congkak, lubang-lubangnya dibuat di atas tanah. Sementara biji-biji congkak pula ialah guli-guli kaca, buah getah, biji saga, batu-batu kecil dan sebagainya. Setiap papan congkak hanya boleh dimainkan oleh dua orang sahaja. Papan congkak mengandungi 14 lubang yang dipanggil "kampung". Terdapat dua lubang besar di setiap hujung papan congkak. Lubang ini dipanggil "rumah".

Dulang paha tembaga air mawar

Kukuran silang Kukuran duduk

Cara-cara menggunakan kukuran

Tudung saji mengkuang

Tudung saji ati rotan

Tudung saji rotan

Tudung saji sulam

BATU SEREMBAN

GASING

SEPAK RAGA

WAU

CONGKAK

ALAT PERTAHANAN DIRI

CONTOH ALAT PERTAHANAN DIRI

PELBAGAI JENIS SENJATA HASIL SENI RAKYAT

PERISAI HASIL SENI KAUM IBAN DI SARAWAK

UKIRAN BURUNG KENYALANG

SENI MANIK PADA TOPI PETANI

PERALATAN SENJATA: KERIS

KERIS MERUPAKAN SENJATA MELAYU

PERHIASAN DIRI (ORNAMENT)

RANTAI WANITA IBAN

GELANG TANGAN WANITA IBAN

GELANG KAKI WANITA IBAN

CONTOH PERHIASAN DIRI

GELANG TANGAN

RANTAI

CUCUK SANGGUL

CAPING

PENDING

CUCUK SANGGUL

SISIR RAMBUT

MAHKOTA RAJA

SUBANG

CINCIN

RANTAI PENGANTIN LELAKI

DOKOH

BATIK

PENGENALAN
Batik ialah sejebis barangan kraf yang dihasilkan melalui proses menerap lilin dan mencelup kain Batik terkenal dinegeri-negeri dalam gugusan kepulauan Melayu seperti Indonesia, Singapura, Brunei, dan Malaysia

Tahun 2000 tahun dahulu Abad ke-7 Abad ke-15 Abad ke-18 Tahun 1910-an Tahun 1920-an

Kraf Seni Batik Telah wujud di Mesir dan Parsi Digunakan di Jepun dan China Diperkenalkan di Tanah Melayu pada pemerintahan Parameswara di Melaka Batik Minah Pelangi memulakan perusahaan batik di Terengganu Perusahaan batik dimulakan di Kota Bahru, Kelantan Teknik terap hitam digunakan untuk mengecap kain.blok kayu yang terukir dengan gaya ukiran timbul dicelupdengan pewarna sebelum diterap pada kain putih. Pewarna kimia dari Eropah diperkenalkan pada tahun 1926 Perusahaan batik mengunakan teknik terapan lilin bermula di Terengganu dan Kelantan. Batik skrin diperkembangkan dan terkenal di Kelantan

Tahun 1930-an

Tahun Selepas perang dunia Kedua Kini

Seni Kraf Batik Perusahaan batik berkembang dengan pesat dan menjadi industri kampung utama Industri batik telah sampai ke peringkat pengeluaran secara besar-besaran. Pengeluarannya telah menembusi pasaran dunia

MOTIF BATIK

Kebanyakan ragam hias yang terdapat pada batik Malaysia dipercayai dipengaruhi oleh ragam batik Indonesia Terdapat dua gaya bentuk motif di Malaysia iaitu gaya organik dan gaya geometri Motif batikgaya organik biasanya berdasarkan: Sumber alam Unsur fauna Unsur benda buatan manusia Motif batik bergaya geometri merujuk kepada pengolahan garis-garis halus, bentuk s, swastika, parang rosak, segi empat, dan susunan rupa geometri lain.

UNSUR MOTIF : UNSUR FLORA


1.

2.

3.

Fungsi utama unsur flora adalah: Untuk menghiasi kain batik ela bunga, kuntum, putik, daun, ranting, dan pucuk diguna secara tunggal Untuk menghiasi badan batik sarung helaian daun, kelopak etc disusun secara tegak Untuk menghiasi bahagian kepala kain (gunung) dan kaki kain (gigi), motif pucuk rebung digunakan, biasanya bukan corak organik tulen tetapi campuran gaya organik dan geometri

CONTOH UNSUR FLORA

UNSUR MOTIF : UNSUR FAUNA


1.

2.

3.

Fungsi motif unsur fauna adalah: Motif kupu-kupu, rama-rama etc adalah dilukis atau dicetak beriringan dengan bentuk tumbuhan sebagai pelengkap Motif ayam, burung merak, rusa biasanya dilukis dengan gaya organik dalam bentuk abstrak Motif yang dibentuk secara seimbolik simbol bagi bentuk burung garuda iaitu bahagian sayap yang dipergayakan

CONTOH UNSUR FAUNA

MOTIF : UNSUR BENDA BUATAN MANUSIA

Fungsi motif unsur benda buatan manusia ialah sebagai hiasan kain taik ela

CONTOH MOTIF BENDA BUATAN MANUSIA

MOTIF : UNSUR RUPA GEOMETRI


Fungsi motif unsur rupa geometri ialah: 1. Untuk hiasan kaki kain (gigi) 2. Untuk menghiasi kain batik panjang 3. Motif ceplok dengan susunan empat segi berisi bentuk lain dimana bentuk ini bukan geometri tulen tetapi campuran gaya organik dan geometri

CONTOH UNSUR RUPA GEOMETRI

MOTIF ISEN

Isen ialah motif pengisi untuk memenuhi kain batik tradisonal atau sebagai latar belakang kepada sesuatu pola corak

CONTOH ISEN

SUSUNAN REKA CORAK MOTIF

KAEDAH MEMBATIK : BATIK BLOK/BATIK CAP/BATIK TERAP


Blok kayu berukir dengan gaya ukiran timbul digunakan untuk mengecap sebelum tahun 1920an Teknik ini disebut terap hitam kerana biasanya blok dicelup dengan pewarna hitam sebelum diterapkan diatas kain putih Kemudian warna berbeza digunakan tetapi warna latar tetap putih. Sehelai kain batik cap sekurangkurangnya dicorakan dengan 3 blok Pada tahun1930-an , sarang (acuan kain batik) yang diperbuat dari bahan besi dipelopori oleh Haji Che Su dari Kota Bahru, Kelantan yang telah mengambil alih tugas blok kayu

Bahan tembaga mula digunakan bersamasama sarang besi bersama-sama pada awal abad ke-20 disebabkan bahan mudah potong dan dipaterikan antara satu sama lain Sarang jenis ini meninggalkan garis dan titik yang halus dan kemas pada terapan lilin apabila dicelup dengan warna Corak motif yang lebih rumit dan sempurna dapat dihasilkan Terdapat juga blok yang diperbuat dari kepingan timah dan zink. Corak yang dihasilakn jega kemas dan halus

ALAT DAN BAHAN


Alatan Blok bunga (sarang) Kuali leper Kuali kawah Meja mengecap/pukul/terap Fungsi Untuk memukul lilin di atas kain dasar Untuk memasak campuran lilin Untuk mencelup, merendam atau merebus kain Meja membatik yang dilapisi sekam padi, guni dan kelopak pisang untuk menyejukkan lilin yang dipukul Untuk memasak dan memanaskan campuran lilin yang akan dipukul

dapur

Bahan Kain putih (jenis kain kapas) Campuran lilin

Fungsi Kain dasar yang hendak dibatik Terdiri daripada rosin (damar), lilin putih parafin, lilin lebah, dan lemak binatang (atau minyak kelapa) yang dipukulkan pada kain dan bertindak sebagai penahan warna

Bahan pewarna

Bahan pencelup jenis naftol (Napthol) untuk mewarnakan kain Bahan kimia berupa sodium karbonat untuk menanggalkan dan membersihkan lilin semasa kain direbus Untuk mengilatkan permukaan kain batik

Debu soda (pelarut)

Kanji

KEMASAN DAN PERSEMBAHAN


Sambungan corak pada kain tidak kelihatan Warna kain tidak bertelau-telau Capan lilin sama jelas Susunan motif utama dan motif isen seimbang, serta harmoni Bentuk kain sarung lengkap Warna tidak luntur Kaki kain dan gigi kain kemas

KAEDAH DAN PENJAGAAN


Warna kain tidak akan pudar dan tahan lama jika dijaga dengan baik Petua membasuh: 1. Guna campuran air dengan cuka 2. Cuci dengan air the untuk menahan warna daripada luntur Kain yang telah dicap tidak boleh direndam lama semasa mencuci Elakkan daripada menjemur kain dibawahan pancaran matahari yang terik

KAEDAH BATIK TULIS/CANTING/LUKIS Batik tulis atau batik lukis merupakan suatu kaedah baru dalam membuat batik yang telah mengembangkan lagi perusahaan batik Pada mulanya batik tulis dipersembahkan sebagai hiasan dinding dalam bentuk pemandangan dan dijual kepada pelancong Pada tahun 1970-an, teknik ini telah diterapkan dalam pembuatan skaf, tali leher, dan selendang

Kemudian diperluaskan lagi dalam bentuk baju kurung wanita, kemeja lelaki, sarung kusyen dll Corak batik tulis lebih luas dan kreatif serta mempunyai warna dalam pelbagai ton namun mengekalkan ciri-ciri tradisonal

CONTOH CORAK BATIK TULIS

ALATAN

Canting - alat yang diperbuat daripada tembaga yang menjadi bekas lilin cair yang digunakan untuk melukis corak pada kain Pemidang alat yang diperbuat dari kayu, rotan atau buluh yang digunakan untuk meregangkan kain urat supaya tidak melendut semasa mencanting Berus terdiri daripada beberapa saiz dan bentuk digunakan pelbagai pewarna dan lilin cair Periuk untuk memasak campuran lilin Kuali atau bekas untuk mencelup, merendam dan merebus kain Dapur tempat meletakkan kuali untuk memanaskan dan memasak campuran lilin

BAHAN
Kain putih jenis sutera, voil, kapas, krep, poplin, rayon, drill, lawn kimia dan sebagainya Campuran lilin lilin putih (parafin), lilin lebah, damar (rosin) dan minyak kelapa Bahan pewarna jenis bahan pencelup aktif seperti remazol dan primazin Bahan fixer (pemati warna) cecair sodium silikat untuk proses fixing iaitu merendam kain yang telah siap dicanting dan diwarnakan untuk mengekalkan corak dan warna Debu soda untuk menanggalka lilin

KAEDAH BATIK SKRIN BATIK YANG TIDAK MENGUNAKAN LILIN


Batik skrin dipercayai telah dipelopori oleh sekumpulan pembuat batik di Kelantan pada awal tahun 1900 Teknik dikatakan dibawa masuk dari Thailand Perusahaan batik skrin telah dikembangkan oleh Mohd Yusoff dan Haji Che Su mulai tahun 1933 dan terkenal di Kelantan Sebenarnya teknik ini sama dengan teknik cetak saring sutera hanya corak yang digunakan mempunyai ciri-ciri batik tradisional Motif corak sama dengan motif batik blok

Perusahaan batik skrin terus berkembang menjadi satu industri kampung selepas Perang Dunia Kedua Tekstil batik yang paling banyak dihasilkan melalui cetakan skrin ialah kain sarung Warnanya lebih tahan lama dan tidak mudah luntur Permintaan terhadap batik skrin meningkat kerana proses pembuatan yang lebih menjimatkan masa iaitu 10 kali ganda lebih cepat dari batik blok

CONTOH CORAK BATIK SKRIN

ALAT
Skrin: 1. dibuat dari bingkai kayu yang biasanya sebesar kain batik sarung 2. Kain nipis yang dikenal sebagai sutera saring digunakan sebagai kainn pemidang 3. Setiap skrin digunakan untuk menyapu satu warna sahaja 4. Kadangkala 5 atau 6 skrin diperlukan untuk menghasilkan sehelai kain batik cetak saring sutera

Sekuji (squeegee) : 1. Digunakan untuk mengokok atau menyapu bahan pewarna dengan rata di atas permukaan skrin 2. Dibuat dari kayu dibahagian atas dan getah dibahagian bawah 3. Panjang sekuji sama lebar dengan pemidang 4. Sekuji juga dikenal sebagai sudip atau sodek Kelonsong stensil (funnel pen) : 1. Diisi dengan bahan laker yang bertindak sebagai lilin 2. Alat ini berfungsi sebagai pen yang berbentuk kelongsong (kon) 3. Diguna untuk melukis corak dan motif 4. Dikenal sebagai corong stensil

Meja mengecap meja yang cukup besar untuk memuatkan pemidang skrin bagi proses mencetak Kuali dan bekas untuk merendam dan membersih kain Pengukus untuk proses pengewapan (proses mengekalkan cetakan warna pada kain)

BAHAN
Kain putih kain jenis kapas dan berukuran sama dengan saiz pemidang Bahan pewarna jenis aktif dan dan bahan pewarna (pigment dye) Bahan laker/sampang (lacquer) 1. Sejenis campuran bahan thinner dan emulsi yang dimasukkan dalam kelonsong untuk melukis corak pada skrin 2. Bertindak seperti lilin

KAEDAH BATIK PELANGI


Juga dikenal sebagai batik ikat dan celup. Bekas kain akan menghasilkan kesan lingkaran warna apabila proses mewarna dilakukan Batik pelangi diperkenalkan di Kepulauan Melayu pada tahun 1770-an Perusahaan batik pelangi dimulakan oleh Batik Minah Pelangi di Terengganu pada abad ke-18 Perusahaan batik pelangi dipelopori oleh Haji Che Su bin Haji Ishak di Kota Bahru pada tahun 1911

CONTOH CARA IKAT DAN KESAN CORAKNYA

ALAT, BAHAN DAN TEKNIK


Kain putih jenis halus yang bersih Tali pengikat jenis rafia atau benang jahitan jika perlu Pencelup warna Baldi untuk celupan

JENIS-JENIS BATIK KLASIK


Batik biasa kain batik yang direbus sekali sahaja dalam proses pembuatannya Batik lasem melalui 2 kali proses rembusan Batik lasem Kelantan seperti batik lasem tetapi mengutamakan motif pucuk rebung di kepala kain Batik conteng terapan lilin pertama digunakan untuk membuat garis luar yang membentuk motif, warna diconteng pada terapan lilin,dan bahagian yang diwarnakan ditutup dengan lilin dan kain dasar dicelup untuk mendapat warna latar belakang

Batik Pekalongan Kelantan kaya dengan motif bunga dan ragam warna, motif bunga pada badan dan kepala kain Batik Solo Kelantan dikenal sebagai batik panjang atau batik belit, dipakai tanpa jahit seperti kain sarung, hanya 3 jenis warna diguna iaitu kuning, biru, hitam Batik selapis mempunyai ragam hias bebas, hanya satu warna digunakan

RUPA BENTUK BATIK


Kain sarung : 1. Kain dibahagi kepada 3 ruang iaitu kepala, badan dan kaki 2. Bentuk-bentuk tertentu ditempatkan di tempat-tempat tertentu 3. Panjang sarung lebih kurang 180 cm-215 cm dan lebar lebih kurang 106 cm

Batik panjang : 1. Dikenal sebagai batik solo, pekalongan, yogya gaya kelantan atau terenggganu 2. Dipakai dengan cara melilit di bahagian pinggang ke bawah 3. Bahagian pinggir kain disebelah atas digulung setelah dililit 4. Susunan corak serong dalam warna coklat/hitam sangat digemari 5. Motif paling popular ialah bentuk garuda 6. Panjang sarung kira-kira 250 cm dan lebar lebih kurang 106 cm

Kain batik ela dicetak secara berela-ela panjang dan kemudian digulung, dijual dalam ukuran ela atau meter

TOKOH
Haji Che Su b. Haji Ishak dari Kelantan (awal tahun 1920-an). Beliau adalah pelopor perusahaan batik yang memulakan penghasilan batik pelangi pada tahun 1911 kemudian batik blok kayu pada 1926 dan batik blok besi pada 1930-an Haji Ali b. Ismail dari Terengganu. Beliau membawa masuk contoh blok kayu dan blok tembaga yang dipengaruhi oleh Batik Jawa dari Singapura pada tahun 1930-an

Haji Mohd Yussof- dari Kelantan. Beliau memulakan batik skrin pada tahun 1933, mengunakan pewarna batik yang dimport dari Eropah dan batik cetakan skrin menjadi terkenal di Kelantan Haji Yusoff b. Haji Abudllah dari Kelantan. Lebih terkenal sebagai Ayah Soh, seorang pakar dalam penghasilan batik. Pernah dipilih oleh Kraftangan Malaysia sebagai guru pelatih dalam bidang batik

PENGENALAN

Batik ialah sejenis barangan kraf yang dihasilkan melalui proses menerap lilin dan mencelup kain Batik terkenal di negeri-negeri dalam gugusan kepulauan Melayu seperti Indonesia, Singapura, Brunei, dan Malaysia

UNSUR MOTIF : UNSUR FLORA


1.

2.

3.

Fungsi utama unsur flora adalah: Untuk menghiasi kain batik ela bunga, kuntum, putik, daun, ranting, dan pucuk diguna secara tunggal Untuk menghiasi badan batik sarung helaian daun, kelopak etc disusun secara tegak Untuk menghiasi bahagian kepala kain (gunung) dan kaki kain (gigi), motif pucuk rebung digunakan, biasanya bukan corak organik tulen tetapi campuran gaya organik dan geometri

CONTOH UNSUR FLORA

UNSUR MOTIF : UNSUR FAUNA


1.

2.

3.

Fungsi motif unsur fauna adalah: Motif kupu-kupu, rama-rama etc adalah dilukis atau dicetak beriringan dengan bentuk tumbuhan sebagai pelengkap Motif ayam, burung merak, rusa biasanya dilukis dengan gaya organik dalam bentuk abstrak Motif yang dibentuk secara seimbolik simbol bagi bentuk burung garuda iaitu bahagian sayap yang dipergayakan

CONTOH UNSUR FAUNA

MOTIF : UNSUR BENDA BUATAN MANUSIA

Fungsi motif unsur benda buatan manusia ialah sebagai hiasan kain taik ela

CONTOH MOTIF BENDA BUATAN MANUSIA

MOTIF : UNSUR RUPA GEOMETRI


Fungsi motif unsur rupa geometri ialah: 1. Untuk hiasan kaki kain (gigi) 2. Untuk menghiasi kain batik panjang 3. Motif ceplok dengan susunan empat segi berisi bentuk lain dimana bentuk ini bukan geometri tulen tetapi campuran gaya organik dan geometri

CONTOH UNSUR RUPA GEOMETRI

MOTIF ISEN

Isen ialah motif pengisi untuk memenuhi kain batik tradisonal atau sebagai latar belakang kepada sesuatu pola corak

CONTOH ISEN

SUSUNAN REKA CORAK MOTIF

ALAT DAN BAHAN


Alatan Blok bunga (sarang) Kuali leper Kuali kawah Meja mengecap/pukul/terap Fungsi Untuk memukul lilin di atas kain dasar Untuk memasak campuran lilin Untuk mencelup, merendam atau merebus kain Meja membatik yang dilapisi sekam padi, guni dan kelopak pisang untuk menyejukkan lilin yang dipukul Untuk memasak dan memanaskan campuran lilin yang akan dipukul

dapur

Bahan Kain putih (jenis kain kapas) Campuran lilin

Fungsi Kain dasar yang hendak dibatik Terdiri daripada rosin (damar), lilin putih parafin, lilin lebah, dan lemak binatang (atau minyak kelapa) yang dipukulkan pada kain dan bertindak sebagai penahan warna

Bahan pewarna

Bahan pencelup jenis naftol (Napthol) untuk mewarnakan kain Bahan kimia berupa sodium karbonat untuk menanggalkan dan membersihkan lilin semasa kain direbus Untuk mengilatkan permukaan kain batik

Debu soda (pelarut)

Kanji

CONTOH CORAK BATIK TULIS

ALATAN

Canting - alat yang diperbuat daripada tembaga yang menjadi bekas lilin cair yang digunakan untuk melukis corak pada kain Pemidang alat yang diperbuat dari kayu, rotan atau buluh yang digunakan untuk meregangkan kain urat supaya tidak melendut semasa mencanting Berus terdiri daripada beberapa saiz dan bentuk digunakan pelbagai pewarna dan lilin cair Periuk untuk memasak campuran lilin Kuali atau bekas untuk mencelup, merendam dan merebus kain Dapur tempat meletakkan kuali untuk memanaskan dan memasak campuran lilin

BAHAN
Kain putih jenis sutera, voil, kapas, krep, poplin, rayon, drill, lawn kimia dan sebagainya Campuran lilin lilin putih (parafin), lilin lebah, damar (rosin) dan minyak kelapa Bahan pewarna jenis bahan pencelup aktif seperti remazol dan primazin Bahan fixer (pemati warna) cecair sodium silikat untuk proses fixing iaitu merendam kain yang telah siap dicanting dan diwarnakan untuk mengekalkan corak dan warna Debu soda untuk menanggalka lilin

CONTOH CORAK BATIK SKRIN

KAEDAH BATIK PELANGI


Juga dikenal sebagai batik ikat dan celup. Bekas kain akan menghasilkan kesan lingkaran warna apabila proses mewarna dilakukan Batik pelangi diperkenalkan di Kepulauan Melayu pada tahun 1770-an Perusahaan batik pelangi dimulakan oleh Batik Minah Pelangi di Terengganu pada abad ke-18 Perusahaan batik pelangi dipelopori oleh Haji Che Su bin Haji Ishak di Kota Bahru pada tahun 1911

CONTOH CARA IKAT DAN KESAN CORAKNYA

RUPA BENTUK BATIK


Kain sarung : 1. Kain dibahagi kepada 3 ruang iaitu kepala, badan dan kaki 2. Bentuk-bentuk tertentu ditempatkan di tempat-tempat tertentu 3. Panjang sarung lebih kurang 180 cm-215 cm dan lebar lebih kurang 106 cm

TOKOH
Haji Che Su b. Haji Ishak dari Kelantan (awal tahun 1920-an). Beliau adalah pelopor perusahaan batik yang memulakan penghasilan batik pelangi pada tahun 1911 kemudian batik blok kayu pada 1926 dan batik blok besi pada 1930-an Haji Ali b. Ismail dari Terengganu. Beliau membawa masuk contoh blok kayu dan blok tembaga yang dipengaruhi oleh Batik Jawa dari Singapura pada tahun 1930-an

Haji Mohd Yussof- dari Kelantan. Beliau memulakan batik skrin pada tahun 1933, mengunakan pewarna batik yang dimport dari Eropah dan batik cetakan skrin menjadi terkenal di Kelantan Haji Yusoff b. Haji Abudllah dari Kelantan. Lebih terkenal sebagai Ayah Soh, seorang pakar dalam penghasilan batik. Pernah dipilih oleh Kraftangan Malaysia sebagai guru pelatih dalam bidang batik

SENI TEKAT

SENI TEKAT DI MALAYSIA

Seni tekat merupakan hiasan sulaman benang emas atau perak yang dijahit pada kain dasar (irasan) jenis baldu untuk menghasilkan motif hiasan timbul Sebutan lain untuk seni tekat ialah tuji timbul, suji timbulan, tekat bersuji, dan tekatan Seni tekat yang berasal dari negara India dan negara China dengan ragam hias motif yang menampakkan pengaruh dari Arab telah wujud serta berkembang di Istana Seni Tekat telah di kesan pada zaman Kesultanan Melayu Melaka pada awal kurun ke-15. Hasil tekat telah dijadikan pakaian dan adat kelengkapan dikalangan kerabat di raja

Tradisi kesenian ini juga dilangsungkan oleh kalangan masyarakat China Peranakan berketurunan Baba atau Nyonya Melaka, serta orang-orang tempatan di beberapa negeri melayu lain setelah kejatuhan kerajaan Kesultanan Melayu Melaka Gadis pada zaman dahulu yang akan berkahwin akan melakukan sendiri kerja tekat-menekat bahan atau alat hiasan pada hari perkahwinan Contohnya : penyangkut kelambu, alas tempat tidur, muka kasut pengantin dll

Kini seni tekat di usahakan di : 1. Kawasan istana, Kuala Kangsar, Perak 2. Kawasan Sayong, Kota Lama Kanan, Kota Lama Kiri, Parit, Teluk Intan, Perak 3. Pekan, Pahang 4. Kota Tinggi dan Kluang, Johor Konsep seni ini bersifat 2 dimensi tetapi kebanyakan hasil tekatan digunakan untuk penghasilan barangan 3 dimensi seperti tudung saji

CIRI-CIRI ISTIMEWA TEKAT


Baldu dan benang emas merupakan barangan mewah Kombinasi keemasan dari cahaya benang emas dan membentuk corak dan warna tanah kain menghasilkan seni rupa yang indah Bentuk, corak, ruang yang tepat, cahaya benang yang bergemilauan, warna baldu yang lembut, jalinan motif yang halus dan rumit, telah mewujudkan suatu pengutaraan seni rupa Melayu dengan identiti yang tersendiri

RAGAM HIAS TEKAT


Sulam Penuh dibuat di atas mempulur berbatang kecil (0.5 cm hingga 0.75 cm). Kebanyakan motif dibentuk dengan susunan panjang lancip dan halus Sulam Pahat dibuat diatas mempulur yang lebih besar (0.5 cm hingga 1.5 cm) untuk menghasilkan sulaman yang seakan-akan ditebuk atau berlubang seperti diukir

JENIS TEKAT
Tekat timbul benang emas atau perak benang emas atau perak dituji berulang-ulang dan berturut-turut di atas irasan baldu, melangkahi mempulur kertas yang digunakan sehingga seluruh permukaan mempulur kertas diliputi benang emas atau perak Tekat gubah selain kain baldu, kain biasa boleh digunakan sebagai dasar. Mempulur tidak digunakan. Acu yang diperbuat dari kertas yang ditebuk diletakan di atas kain dasar sebagai panduan untuk melukis corak

Tekat gubah benang ijuk urat dari pelepah pokok kabong atau enau berwarna hitam dililit rapi dengan benang sutera merah (benang untina) sebagai bahan membentuk motif. Beberapa benang emas atau perak boleh diatur diatas kain dan ditindih ikat pada kain dengan mengunakan benang sutera berwarna. Kedua-dua jenis tekat timbul dan tekat gubah diserikan dengan labuci dan manik pada ruang kosong atau yang tidak bertekat

Tekat perada kertas yang agak tebal permukaannya diliputi perada emas tulen yang ditebuk berkerawang, kemudian ditampal pada kain. Bahagian tepi kerawang disusur dengan empat lembar benang emas, ditindih ikat dengan benang sutera merah. Kadangkala bahagian bawah kerawang yang bertebuk dilapikkan dengan kain berwarna lain atau cermin untuk mengindahkannya lagi. Tekatan jenis ini tidak lagi diusahakan sekarang

UNSUR DAN BENTUK MOTIF : FLORA

MOTIF GEOMETRI

MOTIF UNGGAS/BURUNG

MOTIF AWAN LARAT

SUSUNAN BENTUK MOTIF

Susunan Tunggal mengunakan satu bentuk motif sahaja, biasanya menghiasi permukaan bersegi.

Susunan sulur bayung susunan secara menjalar, motif disusun secara seimbang,

Susunan awan larat motif tumbuhan atau unggas disulam slaing berkait dan bersentuhan antara satu sama lain sehingga sukar ditentukan puncanya. Memerlukan masa yang panjang untuk menyiapkan.

BAHAN
Baldu : 1. Jenis kain yang berbulu, halus, dan lembut, biasanya berwarna tua dan gelap 2. Digunakan sebagai kain dasar (irasan) Mempulur : 1. Isi tekatan yang lazimnya diperbuat daripada kertas tebal (sesuai untuk motif organik) rotan saga, lidi, atau bilah buluh (sesuai untuk motif geometri) 2. Juga dikenal sebagai empulur, tempisung atau tempulur

Benang emas/perak : 1. Benang daripada logam berwarna emas atau perak untuk membuat sulaman atau tekat 2. Kerikam, sejenis benang kasar daripada logam yang berwarna emas atau perak digunakan untuk tekat gubah Benang ijuk : 1. Urat dari pangkal pelepah enau yang lembut, mudah dibentuk, dan sukar patah ketika dijahit 2. Dililit rapi dengan benang atau benang sutera berwarna-warni sebagai garisan luar corak tekat

Benang putih benang kapas biasa yang digunakan untuk menjahit atau mengetatkan kedudukan tekat benang emas pada mempulur Kain kapas/kain lapik kain putih untuk membuat lapik kain baldu, juga disebut kain pemidang atau lapik kain baldu Manik/labuci bahan aksesori yang digunakan untuk menghias ruang kosong

ALATAN
Pemidang kayu : 1. Alat daripada kayu, berbentuk empat segi, tepat atau bujur, berkaki atau tanpa kaki, berbingkai dan berperegang 2. Berfungsi sebagai penegang kain sewaktu ditekat Cuban : 1. Alat daripada kayu atau buluh berbentuk palang atau kayu bercabang tiga yang digunakan untuk mengulung benang emas 2. Juga disebut ulei-ulei, laula, atau geligin

Jarum alat daripada logam bermata halus untuk menjahit atau mengetatkan kedudukan tekat Pisau atau gunting untuk memotong Papan alas untuk memotong

TOKOH
Hajah Zainab Abu Bakar Kuala Sayong, Perak Puan Anatishah bt. Bilal Din Kuala Kangsar Hajah Zabedah Ibrahim Kampung Belanja Kiri, Parit Ahdijah bt. Hasim anak Puan Anatishah bt. Bilal Din Hajah Azizah bt. Mohd Yusof Kampung Padang Changkat, Kuala Kangsar

SENI TEKAT DI MALAYSIA

Seni tekat merupakan hiasan sulaman benang emas atau perak yang dijahit pada kain dasar (irasan) jenis baldu untuk menghasilkan motif hiasan timbul Sebutan lain untuk seni tekat ialah tuji timbul, suji timbulan, tekat bersuji, dan tekatan Seni tekat yang berasal dari negara India dan negara China dengan ragam hias motif yang menampakkan pengaruh dari Arab telah wujud serta berkembang di Istana Seni Tekat telah di kesan pada zaman Kesultanan Melayu Melaka pada awal kurun ke-15. Hasil tekat telah dijadikan pakaian dan adat kelengkapan dikalangan kerabat di raja

CIRI-CIRI ISTIMEWA TEKAT


Baldu dan benang emas merupakan barangan mewah Kombinasi keemasan dari cahaya benang emas dan membentuk corak dan warna tanah kain menghasilkan seni rupa yang indah Bentuk, corak, ruang yang tepat, cahaya benang yang bergemilauan, warna baldu yang lembut, jalinan motif yang halus dan rumit, telah mewujudkan suatu pengutaraan seni rupa Melayu dengan identiti yang tersendiri

RAGAM HIAS TEKAT


Sulam Penuh dibuat di atas mempulur berbatang kecil (0.5 cm hingga 0.75 cm). Kebanyakan motif dibentuk dengan susunan panjang lancip dan halus Sulam Pahat dibuat diatas mempulur yang lebih besar (0.5 cm hingga 1.5 cm) untuk menghasilkan sulaman yang seakan-akan ditebuk atau berlubang seperti diukir

JENIS TEKAT
Tekat timbul benang emas atau perak benang emas atau perak dituji berulang-ulang dan berturut-turut di atas irasan baldu, melangkahi mempulur kertas yang digunakan sehingga seluruh permukaan mempulur kertas diliputi benang emas atau perak Tekat gubah selain kain baldu, kain biasa boleh digunakan sebagai dasar. Mempulur tidak digunakan. Acu yang diperbuat dari kertas yang ditebuk diletakan di atas kain dasar sebagai panduan untuk melukis corak

Tekat gubah benang ijuk urat dari pelepah pokok kabong atau enau berwarna hitam dililit rapi dengan benang sutera merah (benang untina) sebagai bahan membentuk motif. Beberapa benang emas atau perak boleh diatur diatas kain dan ditindih ikat pada kain dengan mengunakan benang sutera berwarna. Kedua-dua jenis tekat timbul dan tekat gubah diserikan dengan labuci dan manik pada ruang kosong atau yang tidak bertekat

Tekat perada kertas yang agak tebal permukaannya diliputi perada emas tulen yang ditebuk berkerawang, kemudian ditampal pada kain. Bahagian tepi kerawang disusur dengan empat lembar benang emas, ditindih ikat dengan benang sutera merah. Kadangkala bahagian bawah kerawang yang bertebuk dilapikkan dengan kain berwarna lain atau cermin untuk mengindahkannya lagi. Tekatan jenis ini tidak lagi diusahakan sekarang

UNSUR DAN BENTUK MOTIF : FLORA

MOTIF GEOMETRI

MOTIF UNGGAS/BURUNG

MOTIF AWAN LARAT

SUSUNAN BENTUK MOTIF

Susunan Tunggal mengunakan satu bentuk motif sahaja, biasanya menghiasi permukaan bersegi.

Susunan sulur bayung susunan secara menjalar, motif disusun secara seimbang,

Susunan awan larat motif tumbuhan atau unggas disulam slaing berkait dan bersentuhan antara satu sama lain sehingga sukar ditentukan puncanya. Memerlukan masa yang panjang untuk menyiapkan.

BAHAN
Baldu : 1. Jenis kain yang berbulu, halus, dan lembut, biasanya berwarna tua dan gelap 2. Digunakan sebagai kain dasar (irasan) Mempulur : 1. Isi tekatan yang lazimnya diperbuat daripada kertas tebal (sesuai untuk motif organik) rotan saga, lidi, atau bilah buluh (sesuai untuk motif geometri) 2. Juga dikenal sebagai empulur, tempisung atau tempulur

Benang emas/perak : 1. Benang daripada logam berwarna emas atau perak untuk membuat sulaman atau tekat 2. Kerikam, sejenis benang kasar daripada logam yang berwarna emas atau perak digunakan untuk tekat gubah Benang ijuk : 1. Urat dari pangkal pelepah enau yang lembut, mudah dibentuk, dan sukar patah ketika dijahit 2. Dililit rapi dengan benang atau benang sutera berwarna-warni sebagai garisan luar corak tekat

Benang putih benang kapas biasa yang digunakan untuk menjahit atau mengetatkan kedudukan tekat benang emas pada mempulur Kain kapas/kain lapik kain putih untuk membuat lapik kain baldu, juga disebut kain pemidang atau lapik kain baldu Manik/labuci bahan aksesori yang digunakan untuk menghias ruang kosong

ALATAN
Pemidang kayu : 1. Alat daripada kayu, berbentuk empat segi, tepat atau bujur, berkaki atau tanpa kaki, berbingkai dan berperegang 2. Berfungsi sebagai penegang kain sewaktu ditekat Cuban : 1. Alat daripada kayu atau buluh berbentuk palang atau kayu bercabang tiga yang digunakan untuk mengulung benang emas 2. Juga disebut ulei-ulei, laula, atau geligin

Jarum alat daripada logam bermata halus untuk menjahit atau mengetatkan kedudukan tekat Pisau atau gunting untuk memotong Papan alas untuk memotong

TOKOH
Hajah Zainab Abu Bakar Kuala Sayong, Perak Puan Anatishah bt. Bilal Din Kuala Kangsar Hajah Zabedah Ibrahim Kampung Belanja Kiri, Parit Ahdijah bt. Hasim anak Puan Anatishah bt. Bilal Din Hajah Azizah bt. Mohd Yusof Kampung Padang Changkat, Kuala Kangsar

SENI UKIRAN: UKIRAN KAYU

KONSEP
Merupakan sejenis seni warisan yang menerapkan unsur-unsur alam sekitar yang menjadi identiti ukiran mereka. Ukiran kayu tradisional adalah hasil kreativiti orang-orang Melayu yang unik yang dapat dilihat pada binaan istana, masjid, rumah, makam, kepala sampan, perabot serta barangan kegunaan harian.

UKIRAN KAYU BERBENTUK WAU

Bentuk Bujang

2. Bentuk Pemidang Bentuk ini menampilkan motif yang menggambarkan pergerakan sederhana dan tidak berbelit-berbelit. Bentuk ini mempunyai bingkai atau pemidang. Ukiran patung kayu Ukiran-ukiran yang dibuat dalam bentuk ini diberi namanama yang menarik seperti itik pulang petang, badak mudik, setampuk manggis dan lain-lain. Biasanya bentuk pemidang digunakan untuk jala-jala rumah serta benda-benda yang terdapat di dalam rumah seperti tepak sirih, almari dan dulang kayu.

UKIRAN PATUNG KAYU

UKIRAN KAYU [KHAT]

REHAL

UKIRAN TEBUK TEMBUS

UKIRAN BUNGA TIMBUL

UKIRAN ARCA

LARIK

UKIRAN KAYU HANYUT

TOKOH-TOKOH UKIRAN
1.Encik Latiff bin Long 2. Tuan Haji Wan Su bin Othman

SEJARAH TENUNAN Tenunan adalah suatu proses hasil jalinan atau sulaman benang-benang secara selang-seli antara benang loseng ( yang menunggu ) dengan benang pakan ( yang mendatang ) untuk dijadikan sehelai kain. Seni tenunan adalah suatu warisan yang terus mendapat tempat istimewa dalam kebudayaan Nusantara. Faktor yang mendorong perkembangan seni tenunan ini dapat disorot pada kepentingan kedudukan rantau ini dari segi geografi.

JENIS HASIL TENUNAN


Negeri Terengganu Jenis hasil Tenunan Songket benang emas dan benang perak

Kelantan Pahang

Songket benang emas dan benang perak Mengutamakan tenunan sutera tidak berbenang emas Kain pua kumbu [iban] Tenunan tubau [bajau] Tenunan mogah dan baraguru [ilanun] Tenunan rungus [rungus]

Sarawak Sabah Sabah Sabah

JENIS-JENIS KAIN TENUNAN Kain Cindai Kain ini berasal dari Hadrami di wilayah Gujerat, India dan dibawa ke negara ini oleh pedagang Islam melalui pelabuhan Terengganu. Kain cindai ialah sejenis kain nipis dan ringan yang ditenun daripada benang sutera yang sederhana kasar.

Coraknya dihasilkan dengan teknik ikat dan celup. Kain cindai dibahagikan kepada dua jenis iaitu cindai jantan dan cindai betina. Perbezaannya dikenali pada corak atau bunga dan pada warna latar atau tanahnya. Cindai jantan mempunyai bunga yang kasar dan garang, manakala cindai betina menampilkan bunga yang halus dan lembut. Bunga kain cindai diberi nama yang unik seperti giling kacang, hujan lebat, sekawan merpati dan tikar ru.

Kain Limar Pada tahun 1773 pemerintah Melaka, Sultan Mansur Syah I telah meminta para penenun istana mencipta sejenis kain yang menyerupai kain cindai dan kain songket. Daripada pemerintahan di-Raja itu, lahirlah kain limar. Ketika kain limar mula-mula dihasilkan dahulu, kombinasi warna-warna buah limau iaitu rentetan warna dari hijau kuning ke merah tua digunakan.

Kain limar ditenun daripada benang sutera dan bersulam benang emas. Teknik buatan kain limar sama dengan kain cindai cuma perbezaannya sebelum ditenun, coraknya ditentukan dengan cara mengikat benang-benang itu berkelompok pada alat aning. Kain limar merupakan pakaian wanita istana pada zaman dahulu.

Tenunan Pahang Kain tenunan Pahang dipercayai berasal daripada Sulawesi dan dibawa ke Pahang pada abad ke-16. Tokoh yang bertanggungjawab ialah Tuk Tuan atau Keraing Aji yang berketurunan Bugis dan bermastautin di Kampung Mengkasar, Pekan, Pahang. Dari Pahang, corak ini berkembang ke Kelantan dan Terengganu. Tenunan Pahang menggunakan alat yang dikenali sebagai kei siam. Kedua-dua benang sutera dan benang kapas boleh digunakan. Motif utama ialah petak-petak dan jalur tegak atau melintang.

Tenunan Rungus Kain yang ditenun secara tradisional ini diusahakan oleh kaum Rungus yang mendiami daerah Kudat, Sabah. Tenunan Rungus menggunakan benang kapas.

Warna tradisi kain Rungus ialah hitam, merah, kuning dan putih. Warna kuning dan putih digunakan sebagai warna rekacorak dan jalur. Motif tenunan Rungus berunsurkan bentuk binatang, manusia, senjata dan tumbuhtumbuhan.

Tenunan benang kapas Tenunan ini adalah tenunan biasa termasuk dalam kelompok tekstil sederhana iaitu jenis awal yang ditemui di wilayah budaya tekstil Melayu pesisir. Tekstil ini khususnya yang diperbuat daripada kapas dipakai oleh kalangan rakyat biasa. Tenunan biasa berhias corak hasil jalinan tenun benang pakan dan loseng berwarna.

Hampir seluruh wilayah budaya tekstil melayu seperti Kelantan, Terengganu, Pahang, RiauSiak, Sulawesi, Minangkabau, Palembang menghasilkan tenunan biasa atau tenunan becorak yang seperti ini.

TENUNAN SONGKET

SEJARAH SONGKET Songket, lambang kehalusan seni tenunan Melayu yang diwarisi zaman berzaman. Kemahiran dan kreativiti tukang tenun terserlah melalui pengolahan corak dan hasil tenunan yang indah lagi menarik. Kedatangan pedagang-pedagang ke Tanah Melayu telah menggiatkan lagi perkembangan tenunan tempatan. Tenunan songket mula berkembang dibeberapa negeri terutama di negeri-negeri Pantai Timur seperti Kelantan, Terengganu dan

Di zaman silam, motif dan warna yang terdapat pada tenunan songket melambangkan strata atau kedudukan seseorang. Secara tradisi, songket ditenun dengan menggunakan benang sutera halus dan benang emas serta dipakai oleh kerabat diraja Melayu dan golongan Bangsawan.

Kini, songket ditenun dengan benang kapas dan mula dipakai oleh golongan rakyat biasa sebagai pakaian rasmi untuk majlis-majlis tertentu. Keanggunan kain songket, selain dijadikan sebagai pakaian tradisi untuk mempermanis dan memperaga seni budaya, ia juga turut diilhamkan pada pelbagai barangan dalam bentuk beg, bingkai gambar, hiasan dinding, kusyen dan sebagainya.

MOTIF Ragamhias masih dipertahankan terutama dalam aspek pembahagian dan penempatan beberapa bentuk bahagian kain seperti kepala, kaki dan badan kain. Penyusunan motif pula terbahagi kepada dua susunan bunga penuh dan bunga tabur. Motif kain songket terdiri daripada dua unsur penting iaitu unsur alam dan tumbuhan.

Motif yang sering digunakbentuk bunga, daun atau pucuk dan bahagian tampuk buah-buahanan meliputi. Motif-motif rekacorak yang menghiasi kain songket kebanyakannya berasaskan bunga-bungaan. Dengan teknik menenun yang tersendiri, kesemua bentuk motif terhasil dalam corak geometrik. Motif-motif pada kain songket disusun dengan susunan bunga penuh, bunga bertabur atau susunan bercorak. Motif pucuk rebung dan lawi ayam sering ditempatkan dikepala kain. Manakala motif 'awan larat' pula dijadikan sebagai kaki kain (border design).

SUSUNAN MOTIF SONGKET 1. Susunan bunga penuh


corak penuh bersulam juga dikenali songket cuban. Motif benang emas dan perak ditenun memenuhi keseluruhan kain.

2. Susunan bunga tabur

corak ditenun secara bertaburan dan tidak terikat atau berangkai antara satu sama lain. Motif bunga yang ditenun ialah bunga tanjung, bunga buah cermai, bunga buah kesemak dan lain-lain. Taburan pada kain songket juga dilengkapi dengan garisan corak di kepala dan kaki kain.

3. Susunan bercorak

susunan motif dibuat secara jaluran berdiri atau melintang.

PROSES TENUNAN SONGKET

BAHAN DAN ALAT

Benang dan pewarna ialah bahannya. Alatnya pula terdiri daripada kek tenunan, kek mengarat, rahak, peleting buluh (bobbin), lidi daun kelapa, papan gulung, anak kayu, dua belira, sikat dan jentera, jarum culik, batang anak kayu, kayu karat, benang losen, lidi nibung atau buluh, benang batang bunga songket, darwin pakan, darwin benang emas, cuban, torak pakan, torak benang emas dan sumbi.

TEKNIK DAN PROSES

Setelah benang dibersihkan dan dimasukkan ke dalam pencelup warna, ia dibilas dengan air dan dijemur hingga kering. Lapan proses lagi yang terlibat sebelum sesuatu tenunan boleh disiapkan ialah melerai, menganing, menggulung, menyampuk, menghubung, mengarak, menyolek dan menenun. 1. Melerai Benang yang telah kering dimasukkan ke dalam sejenis alat yang bernama rahak untuk diputarkan pada satu alat yang bernama peleting. Proses ini dipanggil melerai. Terdapat dua jenis rahak, iaitu darwin pakan dan darwin emas. Darwin pakan digunakan untuk benang pakan sahaja. Ia diperbuat daripada buluh dan tali atau rotan. Darwin emas pula digunakan untuk benang emas sahaja dan diperbuat daripada kayu atau dawai kerana benang emas kasar dan berat.

2. Menganing Benang yang telah menjalani proses melerai dimasukkan ke dalam alat menganing untuk menentukan ukuran panjang benang yang hendak dimuatkan pada alat ini. Biasanya segulung benang pakan atau seloseng yang berukuran 26 31 m boleh menghasilkan 12 - 14 helai kain. 3. Menggulung Benang yang telah dianing akan digulung pada papan gulung mengikut lebar gigi jentera dan panjang losen pada papan gulung yang hendak dipasung. Losen ialah benang yang memanjang pada kek. Kedudukan benang perlu diperiksa setiap tiga kali menggulung untuk memastikan susunan kemas.

4. Menyampuk Menyampuk ialah proses memasukkan benang losen ke dalam gigi jentera atau sikat. Biasanya, proses ini dilakukan di dalam kek mengarak supaya senang untuk menyampuk benang kepada jentera. Setiap lubang sikat disusukan dua urat benang losen. Pada kedua belah hujung sikat itu disusukkan empat urat benang supaya tepi kain tidak terkoyak apabila disangkutkan pada kayu sumbi kain. Sumbi kain ialah sebatang anak kayu yang mempunyai paku di kedua-dua belah hujungnya. Sumbi kain menjaga tepi kain tenun supaya sama jarak dan tidak berkedut.

5. Menghubung Menghubung ialah proses menyambungkan benang daripada losen kepada benang yang tertinggal pada jentera. Cara ikatannya dipanggil ubung tindas. Proses ini bertujuan menyambungkan benang losen untuk menenun. Meja kecil dinamakan meja hidangan berukuran 10 cm panjang, 8 cm lebar dan 20 cm digunakan untuk menghubung. 6. Mengarak Kerja mengarak dilakukan setelah selesai proses menyampuk. Mengarak dilakukan dengan melilit benang asing atau benang karat kepada kayu karat, termasuk benang losen. Jumlah karat yang digunakan biasanya hanya dua karat dan setiap karat mempunyai empat batang anak kayu.

7. Menyolek Kerja menyolek bunga merupakan kerja yang paling rumit dalam proses menenun kain songket. Cara menyolek reka corak adalah dengan menyusulkan lidi-lidi buluh pada benang losen yang dikehendaki. Biasanya kain songket ditenun dengan teknik tekat tiga atau tekat lima. jjka menggunakan tekat lima, setiap lima unit benang losen, satu benang alas ditolak ke bawah dan benang-benang alas ini disengkang pula dengan belira.

Setelah benang losen berada di atas, barulah boleh menyolek dalam pelbagai corak pada benang losen dengan menggunakan lidi buluh. Belira dimasukkan pada setiap lidi buluh tadi mengikut giliran. Belira ditegakkan untuk menyenangkan ikatan benang butang. Butang-butang inilah yang akan menjadikan corak atau motif bunga di atas kain songket. Apabila selesai proses menyongket, benang losen bersama karat-karatnya ditukar ke kek tenun untuk ditenun agar menjadi kain songket.

8. Menenun Menenun adalah proses terakhir, iaitu benang losen dipangkah oleh benang pakan untuk dijadikan kain. Bagi kain songket bercorak penuh, benang emas dilayarkan melalui torak benang emas untuk menghasilkan sulaman motif bunga atau hiasan reka corak penuh. Bagi kain songket corak melintang atau corak bunga bertabur, benang emas dilayarkan melalui cubaan untuk mendapatkan motifmotif yang dikehendaki. Lazimnya selepas satu benang emas dilayarkan, ia dikepuh dan diikuti pula dengan melayarkan dua benang pakan. Penenun akan menukarkan benang butang mengikut giliran dan corak yang telah ditentukan. Proses ini diulangi sehingga menghasilkan sehelai kain songket.

TENUNAN PUA

Kehalusan dan keindahan seni kraftangan Sarawak jelas terpancar melalui warisan pelbagai hasil kraftangan kaum etnik yang terdapat di Sarawak. Pua, tenunan ikat -lungsin yang diwarisi turuntemurun oleh suku kaum Iban memaparkan identiti dan pegangan kuat kaum tersebut kepada adat dan tradisi hidup.

Kombinasi warna coklat kemerah-merahan yang terdapat pada tenunan pua cukup harmonis dan menarik.

Motif tumbuh-tumbuhan, binatang dan lambang makhluk seperti corak cicak (engkarong), buaya, lembaga manusia (engkaramba) dan sebagainya memaparkan keunikan rekacorak tradisi tenunan pua. Namun demikian, penenun pua kini lebih tertumpu kepada motif moden seperti bentuk tumbuh-tumbuhan dan geometrik. Selain daripada kegunaan di upacara adat istiadat dan keagamaan, tenunan pua juga boleh dijadikan pelbagai jenis pakaian tradisi. Antaranya ialah bidang (skirt), sirat (cawat), kalambi (jaket) dan dangdong (kain sarung). Jalinan hasil tenunan dan kegemilangan kombinasi warna dan corak tenunan yang mempersonakan, memaparkan keindahan serta nilai estetika dan mistik tenunan pua yang masih terpelihara hingga ke hari ini.

ALAT DAN BAHAN


1. Jengkuan 2. Kayu tebal 3. Lidi panjang 4. Kayu lambongan 5. Kayu karap 6. Beliak 7. Pelayang 8. Kayu rakup 9. Sengkabit 10. Benang 11. Tali rafia 12. Pewarna

PROSES MENENUN KAIN PUA

Memproses Benang Benang putih yang telah dipilih direndam semalaman di dalam air bersih. Kemudian dimasukkan ke dalam campuran kanji supaya benang yang akan digunakan dalam tenunan pua ini tidak berbulu dan tidak mudah putus.

Menggulung Benang Benang mentah yang telah dikanji dan dikeringkan akan dimasukkan ke dalam 'Pelayang Benang' untuk digulung dalam bentuk bebola.

Menggirit Alat tenunan (tumpoh) akan digunakan dalam proses ini. Proses menggirit dilakukan dengan membawa mangkuk yang berisi benang dari bahagian kiri alat tenunan dan dibawa dari bawah ke atas dan diselitkan anak-anak kayu di antaranya untuk memudahkan kerja-kerja mengarap kelak.

Mengarap 'Kayu Lambongan' digunakan untuk memasukkan benang yang terselit antara kayukayu kecil dan dikait menggunakan jari. Benang ini kemudian akan diikat pada kayu kecil yang disusunkan antara 'Kayu Lambongan' dan 'Beliak'.

Menegi Proses menegi dilakukan supaya memudahkan lagi proses mengikat. Benang yang telah digarap akan ditegi kepada dua bahagian (bahagian atas dan bawah). Setelah siap ditegi dan dijahit pada bahagian atas dan bawah, benang akan ditegangkan dengan diselitkan dua batang kayu di atas 'Tangga Benang'.

Mengikat Motif (Pertama) Jaluran-jaluran benang tadi akan diikat berpandukan corak yang dikehendaki dengan tali 'rafia'. Tujuan mengikat ialah supaya ikatan tidak diserap oleh warna apabila melakukan proses pencelupan kelak.

Mencelup Warna (Pertama) Benang yang telah diikat dikeluarkan dari tangga benang, direndam dan dibilas dengan air. Kemudian, ia dicelup ke dalam bahan pewarna mengikut warna yang dikehendaki. Selalunya warna merah menjadi pilihan proses mewarna pertama tenunan pua ini.

Mengikat Motif (Kedua) Benang yang telah dikeringkan, akan menjalani proses mengikat kali kedua tapi ikatan yang pertama tadi dibiarkan (tidak dibuka). Cuma ikatan pada benang ditambah untuk tujuan mencelup warna kedua.

Menenun Pua Benang yang telah dibuka ikatan akan dimasukkan pada alat tenunan. Bahagian atas benang dimasukkan pada kayu rakup dan bahagian bawah akan disusupkan pada kayu panjang sebelum diikat pada bahagian bawah alat tenunan dan ditarik sehingga tegang. Bahagian bawah ini disambung dengan 'Sengkabit' (alas belakang semasa menenun). Kemudian, benang yang dilancarkan dengan 'Jengkuan' akan dipangkah oleh benang kapas untuk dijadikan kain pua pula.

MOTIF

TOKOH TOKOH SENI TENUNAN


HAJAH NGAH BINTI TAIB TENGKU ISMAIL TENGKU SU HAJAH ATIKAH BINTI AHMAD HAJJAH KALSOM BINTI HAJI HUSSEIN

ANYAMAN

Daripada tikar hingga kepada dinding pelindung kediaman, hasil kerja menganyam membentuk persekitaran hidup yang boleh dilihat di mana-mana. Ini tidak menghairankan kerana tumbuh-tumbuhan tropika banyak yang sesuai untuk dijadikan bahan anyaman. Keseluruhannya, kemahiran asas dalam seni anyaman tidak banyak berbeza, cuma bergantung kepada jenis tumbuhan yang dijadikan bahan anyaman. Antara tumbuh-tumbuhan yang paling banyak digunakan dalam seni anyaman ialah buluh, mengkuang, rotan, ribu-ribu dan lidi. Perbezaan ciri tumbuh-tumbuhan ini menghasilkan pelbagai bentuk dan barangan seni anyaman.

Jenis Anyaman Anyaman Mengkuang

Bahan Daun mengkuang

Hasil anyaman Tikar, tudung salji, bekas pakaian dan lain-lain Tikar sembahyang, hiasan dinding, Bakul, bekas pakaian, nyiru, beg dan lain-lain Bakul, bekas pakaian, tempat buaian anak dan lain-lain Lekar, bekas buah, bekas telor. Tempat tembakau, bekas sirih terbus, bakul, bekas seba guna dan lain-laina.

Anyaman pandan Daun pandan duri Anyaman Buluh Jenis-jenis buluh yang sesuai Rotan yang telah diproses Lidi kelapa Paku pakis riburibu.

Anyaman Rotan

Anyaman Lidi Anyaman riburibu

ANYAMAN RIBU-RIBU

ANYAMAN ROTAN

ANYAMAN LIDI

FUNGSI
Tikar mengkuang yang lebar anyamannya biasanya digunakan untuk menjemur padi, mengalas lantai dapur atau jemuran dan sebagainya. Tikar yang dianyam untuk kegunaan demikian tidak dicelupkan warna, berlainan daripada tikar yang dikhaskan untuk tetamu. Tetamu dibentangkan tikar yang bukan sahaja halus anyamannya malah bercorak dan berwarnawarni.

CARA ANYAMAN
Bergantung pada jenis benda yang ingin dihasilkan serta corak hiasan yang dipilih. Anyaman tikar misalnya, boleh dimulakan di tengah-tengah ataupun di bucu. Tetapi, bagi tudung saji, anyaman mesti dimulakan di puncaknya yang berbentuk kon.

PANDAN DAN TUDUNG SAJI

MENGKUANG DAN TIKAR

BAKUL DAN TUDUNG SAJI

CORAK ANYAMAN
Corak anyaman umumnya disebut kelarai. Bagaimanapun, khususnya untuk tikar mengkuang, kelarainya dirujuk sebagai ragi. Kelarai dibuat dalam pelbagai motif dan peranannya sama seperti corak bunga dalam tenunan, iaitu sebagai suatu ciri perhiasan. Anyaman kelarai disusun secara tunggal dan lepas (menyeluruh) atau disusun di dalam ruang tertentu. Susunan menegak disebut kelarai berdiri dan susunan sendeng, kelarai serong. Untuk hiasan pinggir atau birai pula terdapat satu kelarai khusus iaitu kelarai pucuk rebung.

Semua jenis kelarai berunsurkan alam semula jadi. Motif tumbuhan menjadi pilihan utama. Daripada bentuk bunga, terdapat kelarai bunga atur, berembang, cengkih dan cengkih beranak, bunga cina, bunga durian, bunga kundur, bunga pecah lapan, bunga tanjung, bunga telur, dan bunga rumput. Unsur-unsur tumbuhan yang lain termasuk akar, pucuk (rebung) dan tampuk (jantung pisang, manggis, pinang).

Daripada unsur fauna pula, ada motif anggota haiwan, seperti siput, kepala gajah, mata berkait, tapak anjing dan tapak harimau. Juga kelarai dengan bentuk-bentuk bahagian tertentu ikan, serangga dan unggas. Antaranya ialah anak ikan, belalang cucuk, jari kedidi, mata ketitir, pusat belanak, siku keluang, sisik kelah dan tulang ikan.

TOKOH ANYAMAN
Puan Aminah binti Ali dilahirkan pada tahun 1944. Berasal dari Rusila Terengganu Darul Iman, iaitu tempat penghasilan kraftangan anyaman yang terkenal. Lain-lain tokoh yang telah mencipta motif anyaman: i.Cik Siah bt Jumaat berasal dari negeri Terengganu mencipta kelarai Sambas Ii Hajah Asiah bt. Salleh dari negeri Terengganu mencipta kelarai Tapak harimau Iii Hajah Semek dari negeri Terengganu mencipta kelarai Mak Mek iv. Esah bt Said dari negeri Kelantan mencipta kerai Sisik Kelah. v. Dayang Aisah bt. Awang Husin dari negeri Sabah mencipta kelarai bunga

SUMBER RUJUKAN
http://www.museum.sarawak.gov.my http://www.jma.gov.my http://www.members:tripodasia.com.my http://www.archeology.com.my http://www.anjungseri.com.my http://www.virtualmalaysia.com Dicatat oleh Idris Bin Saleh on Khamis, 30.08.2007

TEMBIKAR
Tembikar merupakan salah satu hasil kraftangan tradisional yang diperbuat daripada tanah liat. Tembikar telah digunakan sejak zaman dahulu lagi untuk tujuan keperluan harian, upacara kematian, dan keagamaan seperti yang diamalkan oleh masyarakat peribumi di Sarawak. Zaman Neolitik merupakan zaman bermulanya penggunaan dan perkembangan tembikar. Bukti penemuan bahan-bahan artifak ini telah dijumpai di Kedah, Perak, Pahang, Sabah dan Sarawak.

KEGUNAAN MASA DAHULU


a)Alatan memasak b) Ritual atau keagamaan c) Candi d) Perhiasan diri

ALATAN MEMASAK

RITUAL (KEPERCAYAAN)

KEAGAMAAN (CANDI)

PERHIASAN DIRI

KEGUNAAN SEKARANG
a) Aksesori fesyen dan hiasan b) Ikon hiasan dalaman.

Salah satu barangan tembikar yang begitu popular di Malaysia ialah labu sayong. Cara menghasilkan tembikar juga dipanggil seramik di empat kawasan tersebut tidak banyak berbeza cuma jenis barangan yang dihasilkan dan reka corak hiasan atau pengemasannya.

Perbezaan ini wujud kerana pengaruh adat dan cara hidup mesyarakat tempat, serta daya cipta pengusahanya. Hal ini juga memberi gambaran bahawa barangan tembikar tradisional mengutamakan ciri fungsional dari ciri perhiasan. Labu ialah sejenis buyong, takar atau kendi tembikar yang bentuk asasnya menyerupai buah labu. Sayong pula nama merupakan sebuah kampung yang terletak di Kuala Kangsar.

MOTIF HIASAN

Motif yang digunakan untuk menghias labu sayong ialah hiasan daripada tumbuh-tumbuhan dan juga motif geomatrik seperti:Bunga cengkih Bunga kedudut Bunga tanjung Bunga padi Bunga pecah empat Bunga pecah lapan Bunga lawang Pucuk rebung

Hiasan umum yang terdapat pada labu ialah hiasan panai dan gelugur. Hiasan panai iaitu jaluran timbul yang disusn secara menyerong atau tegak. Hiasan gelugur pula ialah jaluran cekung di permukaan yang menimbulkan kesan cembung. Hiasan jaluran cekung ini juga dikenali sebagai bekas taliair. Dua garis timbul atau turis yang melingkar di bahagian badan labu disebut gelang puyoh.

Anda mungkin juga menyukai