Anda di halaman 1dari 33

ANATOMI DAN PENGURUSAN JANTUNG

PENGURUSAN JANTUNG

PENGURUSAN JANTUNG
Tahukah anda betapa pentingnya jantung kepada manusia? Beberapa masalah kesihatan akan berlaku sekiranya anda tidak rajin menjaga jantung. Ramai yang menderita diitimpa pelbagai penyakit disebabkan masalah kesihatan dan ada yang berpunca daripada jantung

Pengurusan jantung boleh di bahagikan kepada beberapa amalan: Pemakanan Senaman Gaya hidup Pengawalan berat badan

Senaman
Bersenam adalah cara terbaik untuk menjaga kesihatan. Cth: Joging, berjalan dan berbasikal Sebarang bentuk senaman yang dibuat secara teratur adalah baik dan dapat mengurangkan risiko mendapat penyakit jantung. Membantu jantung mengedarkan darah secara lebih berkesan. Senaman secara teratur dapat menurunkan tekanan darah.

Pemakanan
Pengambilan makanan yang kaya lemak seperti mentega, keju, minyak sapi dan makanan bersantan akan membahayakan kesihatan jantung Makanan yang mengandungi kolesterol yang tinggi termasuklah telur, makanan bergoreng, makanan segerahendaklah diminimakan. Lebihkan pengambilan sayur-sayuran hijau seperti bayam, sawi, kailan dan sebagainya. Dalam Islam-umat disuruh bersederhana dalam mengambil makanan

Allah berfirman yang bermaksud: "Wahai anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (solat), dan makanlah dan minumlah, dan jangan kamu melampau-lampau; sesungguhnya Allah tidak suka akan orang yang melampaui batas." - (Surah al-A'raf,31)

"Wahai orang beriman. Makanlah daripada rezeki yang baik yang sudah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu beribadat kepada-Nya." - (Surah al-Baqarah, ayat 172)

Gaya Hidup
Amalkan gaya hidup yang sihat- Amalan yang meningkatkan tahap kualiti kesihatan dan meninggalkan tabiat yang memudaratkan kesihatan. Bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu, 30 minit setiap sesi Hindari pengambilan dadah dan alkohol Dapatkan rehat yang mencukupi Kesihatan ditentukan berdasarkan gaya hidup seseorang. Sikap dan pertimbangan diri sangat penting dalam menentukan gaya hidup. Ubah gaya hidup untuk mendapatkan kesan kesihatan yang baik

Elakkan dari merokok Dua pertiga dari mereka yang meninggal akibat penyakit jantung adalah perokok Terdapat lebih 4,000 bahan kimia dan 40 jenis karsinogen di dalam asap rokok.
Sekiranya anda menyayangi jantung anda, berhentilah merokok dengan serta merta. Sekiranya anda tidak menyayangi jantung anda, sayangi jantung mereka yang berada di sekeliling anda. Sekiranya anda tidak sanggup berbuat demikian, fikirkan bahawa adakah wajar untuk mereka menyayangi anda?

Pengawalan Berat Badan


Kegemukan sering mencetuskan risiko penyakit seperti darah tinggi, kencing manis dan sebagainya. Berat badan berlebihan hendaklah dikurangkan kepada nilai yang sesuai bagi bentuk badan seseorang itu. (BMI) Mereka yang memiliki berat badan berlebihan tidak bergiat aktif - kalori yang tinggi dalam makanan tidak digunakan. Lebihan makanan itu ditukarkan kepada lemak yang berkumpul pula pada bahagian-bahagian tertentu di badan seperti paha, perut dan sebagainya tanpa ketinggalan jantung-ganggu pergerakan jantung

DEGUPAN JANTUNG
Sel penguncupan jantung Sistem konduksi jantung Elektrokardiogram Kitaran kardiak

SEL PENGUNCUPAN JANTUNG


Dinding jantung terbina dari gentian otot yang dinamakan 'myocardium'. Dinding ventrikel kiri lebih tebal dari ventrikel kanan kerana ia harus menampung tekanan darah yang lebih tinggi

Dinding yang tebal juga diperlukan kerana ventrikel kiri berfungsi untuk mengepam darah dari jantung keseluruh bahagian badan

Bahagian interior jantung terdiri dari empat bahagian iaitu dua atrium dan dua ventrikal

Penguncupan otot jantung adalah berkait rapat dengan pengaliran impuls-impuls seperti sinoatrikal node (S.A.Node), atrioventrikular node (A.V. Node), atrioventrikular bundle( A.V. Bundle) dan Purkinje fiber. Jantung menguncup dan mengendur secara berulang. Penguncupan jantung sistol Pengenduran jantung - diastol

Semasa sistol ventrikel menguncup, tekanan ventrikel adalah tinggi. Injap biskupid dan triskupid tertutup lalu menghasilkan bunyi denyutan pertama. Semasa diastol ventrikel mengendur, tekanan darah dalam ventrikel adalah rendah berbanding dalam aorta dan arteri pulmonori. Injap semilunar tertutup dan menghasilkan bunyi denyutan yang kedua.

SISTEM KONDUKSI JANTUNG

Sistem konduksi elektrik yang mengawal denyut jantung. Sistem ini menghasilkan impuls elektrik dan menyebarkan ke seluruh otot jantung. Ia merangsang jantung mengecut dan mengepam darah.

Sistem Konduksi Jantung meliputi:


1) The Sinus Node di atrium kanan atas 2) Sebuah cabang memanjang dari Sinus Node ke atrium kiri tinggi yg disebut Bundle Brachman 3) The Antriovercular Node (AV) atrioventrikular 4) His Bundle yang cabang menjadi dua bahagian besar yang disebut cabang fail kiri dan kanan, yang terletak di sisi masingmasing dari septum intervent riculare (IV

Aliran Sistem Konduksi Jantung


SINOATRIAL NODE AV NODE

BUNDLE OF BRANCHES

BUNDLE OF HIS

PURKINJE FIBERS

SINOATRIAL NODE
Sinoatrial node juga dikenali juga sebagai sinus node. Sinus node adalah sekumpulan sel yang terletak di bahagian atas dinding atrium kanan. Impuls elektrik dihasilkan di sini.

ATRIOVENTRICULAR NODE
Sekumpulan sel yang terletak di tengah jantung antara atrium dan ventrikel. AV node berfungsi sebagai pintu gerbang yang melambatkan arus elektrik sebelum isyarat dibenarkan untuk melalui ke ventrikel

BUNDLE OF HIS
a band of a typical cardiac muscle fibers connecting the atria with the ventricles of the heart, occurring as a trunk and two bundle branches; it propagates the atrial contraction rhythm to the ventricles, and its interruption produces heart block. The term is sometimes used specifically to denote only the trunk of the bundle.

BUNDLE OF BRANCHES
Bundle branches are a continuation of the atrioventricular (AV) bundle, which extends from the upper part of the intraventricular septum.

PURKINJE FIBER

the muscle tissue of the heart; adapted to continued rhythmic contraction. A network of Purkinje fibers that carry the cardiac impulse from the atrioventricular node to the ventricles of the heart and causes them to contract.

Elektrokardiogram
Perakam aktiviti elektrik jantung Elektrokardiogram memberi anda maklumat tentang: i. Kehadiran penyakit jantung Iskemia(disebabkan oleh kekurangan bekalan darah kepada otot jantung) ii. Ini sangat berguna untuk pesakit yang pernah mengalami serangan jantung iii. Penyakit struktur jantung seperti pembesaran ruangruang jantung atau penebalan otot-otot jantung. iv. Keabnormalan ritma degupan jantung sama ada laju atau perlahan.

Penggunaannya tidak membahayakan Untuk mengesan kehadiran penyakit jantung iskemia, penyakit struktur jantung atau keabnormalan ritma degupan jantung Individu yang disyorkan menjalani ujian elektrokardiogram: 1. Tekanan darah tinggi 2. Penyakit injap jantung, contohnya deruan jantung 3. Penyakit jantung kongenital (penyakit yang ada sejak lahir) 4. Debaran jantung 5. Kerap pengsan 6. Sukar bernafas

Bacaan elektrokardiograf untuk degupan jantung yang normal

KITARAN KARDIAK
Turutan setiap degupan jantung. Terbahagi kepada tiga bahagian: i. "sistol atrium" (atrial systole), ii. "sistol ventrikel" (ventricular systole) iii. "diastol kardiak sepenuhnya" (complete cardiac diastole). Sistol atrium adalah pengecutan kedua-dua atrium, sistol ventrikel adalah pengecutan kedua-dua ventrikel, manakala diastol kardiak pula merupakan pengenduran keseluruhan otototot jantung.

Apabila sistol atrium berlaku, injap atrioventrikular (atrioventricular valves) akan terbuka. Darah dipam masuk ke dalam ventrikel. Apabila sistol atrium berakhir, sistol ventrikel pula bermula. Tekanan tinggi dalam ventrikel menyebabkan injap atrioventrikular tertutup, dan injap sabit (semilunar valves) terbuka. Ini menyebabkan darah hanya dipam ke dalam aorta dan arteri pulmonari tetapi tidak ke dalam atrium.

Diastol kardiak berlaku setelah darah dipam keluar dari jantung. Pada masa ini, darah di dalam aorta akan mengalir balik ke dalam jantung, tetapi ini tidak berlaku kerana penutupan injap sabit. Bunyi jantung yang kita dengari adalah disebabkan oleh penutupan injap atrioventrikular (Lub) dan penutupan injap sabit (Dub).

Injap-injap jantung

Aturan Kitar Kardiak


Otot kardiak adalah myogenik iaitu rangsangan otot jantung adalah secara automatik. Pengecutan berirama berlaku sendiri, walaupun frekuensi boleh berubah disebabkan keresahan, kesan hormon, senaman atau berasa terancam. Irama pengecutan diselaraskan oleh nodus sinoatrial dan nodus atrioventrikular. Nodus sinoatrial, sering dikenali sebagai perentak jantung, terletak di bahagian atas dinding atrium kanan dan bertanggungjawab menghasilkan impuls eletrik yang memulakan pengecutan atrium. Apabila impuls ini tiba di node atrioventrikular yang terletak di dinding antara ruang ventrikel, ia akan dilambatkan sedikit.

Ini bertujuan memastikan atrium telah mengecut sepenuhnya. Selepas itu, impuls ini dialirkan melalui berkas His (bundle of His) di dalam septum dan dialirkan ke dalam dindingdinding ventrikel. Impuls ini menyebabkan pengecutan ventrikel berlaku. Jantung mampu terus berdegup walaupun setelah dikeluarkan dari tubuh manusia yang hidup.