Anda di halaman 1dari 7

9-Jun-2006 SOALAN: Saya hamba Allah yang taat, mempelajari ilmu kebatinan kerana mencari keredaan Allah.

Saya berzikir selepas sembahyang dengan niat mendampingi Allah. Bayarannya RM350 dan amalan ini diiktiraf oleh Jabatan Agama Islam. Kelebihan amalan ini, saya mempunyai ilmu persilatan biarpun tidak mempelajarinya, boleh mengubati orang sakit seperti saka atau disihir. Apabila yuran ahli dibayar, guru akan menetak dengan parang di badan untuk mengetahui keberkesanannya. Apakah pandangan ilmu kebatinan ini dan adakah ia diharuskan? Jawapan: Membayar yuran dan masuk mana-mana pertubuhan atau kumpulan adalah perkara biasa. Tetapi apabila saudara menjelaskan yang pejabat agama Islam telah mengiktiraf amalan kebatinan yang saudara pelajari, saya mula terasa apa yang terjadi adalah gimik semata-mata. Adakah pengiktirafan itu diberi dengan surat atau dengan mulut oleh salah seorang daripada kakitangan pejabat agama setelah satu fatwa dikeluarkan. Saudara perlu pergi ke pejabat agama untuk memastikan apa yang saudara anggap sebagai pengiktirafan. Apa yang didakwa adalah semata-mata untuk menarik orang ramai memasuki amalan kebatinan ini. Apabila dikatakan yang seseorang itu boleh bersilat biarpun dia tidak mempelajarinya, maka ia adalah satu yang memelikkan. Tidak makan tetapi kenyang. Tidak bekerja tetapi dapat upah. Terlalu mudah hidup ini.

Dan dengan berzikir selepas sembahyang itu boleh bersilat, itu lagi mengelirukan. Tidak terdapat dalil daripada mana-mana sumber sama ada al-Quran, hadishadis, amalan sunah, amalan sahabat dan sebagainya membuktikan bahawa dengan zikir seseorang itu boleh bersilat biarpun tanpa mempelajarinya. Tidak dapat keterangan menyatakan bahawa baginda dan sahabat berzikir di waktu malam, lalu pada keesokan hari ketika berperang memerangi musuh-musuh Islam boleh bersilat atau menjadi kebal seperti apa yang saudara pelajari. Apa yang jelas Rasulullah ada bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya syaitan itu berupaya berlari dalam tubuh anak Adam melalui pembuluh darah. Apabila jin-jin telah memasuki tubuh manusia, maka ia akan menggunakan tubuh manusia, seperti lidah, tangan, kaki dan seluruh badan untuk tujuan tertentu, menyebabkan seseorang itu boleh melakukan rawatan. Dalam masyarakat Melayu apabila ia terjadi maka seseorang itu dianggap sebagai ``menurun'' menyebabkan orang yang terlibat tidak sedarkan diri, atau separuh tidak sedarkan diri. Terdapat juga orang yang mengurut ketika jin-jin itu meresap masuk ke dalam tubuh manusia. Ketika jin-jin itu keluar daripada tubuh orang berkenaan, dia tidak boleh mengurut, tidak boleh menurun menyebabkannya tidak boleh mengubati penyakit, tidak tahu perkara-perkara ghaib, menilik dan sebagainya, padahal ketika dalam keadaan diresapi jin-jin dia berupaya melakukan pelbagai perbuatan luar biasa yang tidak

dilakukan oleh manusia biasa yang tidak menurun. Begitu halnya dengan mereka yang terlibat dengan persembahan teater tradisional, yang ada kalanya melibatkan alat-alat muzik, nyanyian dan tarian untuk tujuan rawatan atau sematamata untuk hiburan. Orang yang melakukan rawatan terhadap orang yang dirasuk hantu atau yang kena sihir dengan memanggil jin-jin yang meresap ke dalam tubuh, atau tidak meresap dalam tubuh, diistilahkan sebagai an-nusyrah. Baginda ketika ditanya hukum orang yang mengubat pesakit berpunca daripada angkara jin dengan memanggil jin-jin, menyatakan bahawa perbuatan tersebut adalah daripada perbuatan syaitan. Terdapat pelbagai upacara atau kaedahkaedah yang tidak saudara jelaskan dalam surat saudara, biarpun saudara terlalu yakin dengan hakikat amalan tersebut, sebagai salah satu cara menghampirkan diri kepada Allah. Amalan kebatinan seperti ini sering menyeru namanama panglima, seperti Panglima Hitam, Hang Tuah, Hang Jebat dan sebagainya dan berniat saudara akan bersilat, membuka langkah seperti langkah panglima yang diseru dan ini benarbenar boleh berlaku. Sekiranya dalam satu kumpulan yang sedang mengamalkan persilatan ini terdapat lima orang yang menyeru roh Hang Tuah dan kelima-lima orang itu boleh bersilat, saudara cuba fikir baikbaik, setiap manusia Allah berikan satu roh sahaja. Apabila dalam satu sidang persilatan itu ada lima orang yang diresapi oleh lima roh Hang Tuah, maka saudara akan terfikir yang mana satu daripada lima orang

tadi yang benar-benar diresapi oleh roh Hang Tuah yang sebenar, kerana setiap manusia itu hanya mempunyai satu roh. Ternyata di sini bahawa seruan terhadap namanama panglima yang disebutkan tadi sebenarnya ialah seruan kepada jin-jin supaya masuk ke dalam tubuh. Orang yang menyeru atau orang yang memandangnya tertipu kerana nama yang disebut itu nama manusia seperti dijelaskan. Amalan seperti ini terlalu lumrah dalam amalan kebatinan Melayu. Saudara menyeru supaya berkeupayaan bersilat seperti silat Hang Tuah, padahal buat masa sekarang tidak seorang pun yang tahu silat Hang Tuah yang sebenar. Kalau silat yang diperagakan itu datang daripada jin-jin yang meresap ke dalam tubuh, lalu saudara dakwa atau guru saudara mendakwa ia adalah silat Hang Tuah, tidak ada orang yang tahu. Kecelaruan yang jelas dalam amalan seperti ini ialah kerana adanya zikir-zikir yang dibaca atau diamalkan selepas sembahyang. Malah ada orang yangberkeyakinan bahawa ayat-ayat alQuran itu boleh digunakan dalam jampi mantera dan serapah. Tidak dinafikan bahawa anggapan ini ada benarnya. Walaupun demikian sekiranya di samping amalan zikir atau bacaan ayat-ayat alQuran, apatah lagi ayatayat yang salah, disertakan dengan panggilan atau pemujaan terhadap jin-jin, lalu jinjin itu datang, maka amalan tersebut tetap ditegah. Apabila seseorang yang didampingi oleh jin-jin itu melakukan sesuatu perbuatan seperti mengubat pesakit, mengurut, bersilat atau melibatkan persembahan

teater tradisional, hakikatnya orang berkenaan telah melibatkan diri dengan amalan sihir. Dosa syirik Sihir adalah kombinasi yang melibatkan amalan manusia dengan jin-jin. Amalan ini boleh menyebabkan syirik. Hati-hatilah, kerana Allah tidak mengampunkan dosa mereka yang syirik, yang menyengutukannya dan mengampunkan selain daripada dosa syirik. Satu perkara lain yang menjadi kecelaruan masyarakat Melayu ialah anggapan bahawa tidak mungkin ayat-ayat alQuran yang dibaca itu boleh digunakan untuk memanggil jin. Ayat-ayat al-Quran dibaca dan dipelajari merupakan ibadah yang utama. Namun apa yang berlaku dalam masyarakat Melayu, guru yang mengajar ilmu kebatinan itu menurunkan ijazah kepada muridnya, lebih jelas bahawa dengan ijazah yang diturunkan seseorang murid itu akan didampingi oleh jin-jin, apatah lagi dengan adanya pengunaan ayatayat al-Quran yang salah kalimahnya, huruf makhraj dan sebagainya. Amalan zikir-zikir yang diamalkan selepas sembahyang waktu, atau pada waktu malam menyebabkan berlaku kecelaruan. Iblis dan syaitan tidak takut kepada bacaan al-Quran, zikir-zikir atau kepada zat tulisan ayat-ayat tersebut. Iblis dan syaitan itu takut dan menjauhkan diri daripada manusia yang takwa, warak dan zuhud kepada Allah hasil daripada amalan sunat yang dilakukan berterusan. Apabila seseorang itu beramal sedemikian rupa dan Allah mengasihinya, maka Allah akan memelihara dirinya.

Ketika itu, apabila seseorang itu memohon, Allah akan memperkenankannya dan akan melindunginya apabila dia memohon perlindungan. Allah menjelaskan bahawa iblis dan syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi manusia, dalam keadaan apa sekalipun hendaklah dianggap ia sebagai musuh (Fatir: 6). Memang ada manusia yang memohon perlindungan kepada jin-jin, maka jinjin itu akan menambahkan lagi kesesatan (al-Jinn: 6). Sesungguhnya iblis dan syaitan itu tidak mendampingi kecuali mereka yang banyak dosa lagi banyak tipunya. Penglibatan diri dalam amalan kebatinan Melayu sebahagian daripadanya tidak ubah seumpama bermain api, atau lebih daripada itu. Jangan terlalu ghairah menggembala kambing di tepi telaga takut terbelus dalamnya tidak boleh keluar, lemas antara gembala dengan kambing-kambingnya sekali. Iblis dan syaitan ini, yang dikategorikan dalam kumpulan jin-jin, apabila telah masuk meresap dalam tubuh manusia, lain kali mudah baginya berbuat demikian kerana dalam diri orang berkenaan telah wujud laluan, lebih jelas, ketahanan dirinya telah ditembusi oleh iblis dan syaitan. Apa yang banyak berlaku, ketika seseorang ini menuntut ilmu kebatinan seperti saudara pelajari, atau ilmu kebatinan yang lain, yang melibatkan jinjin, badan menjadi kebal, muka menjadi cantik kerana mempelajari ilmu seri muka, ilmu sirih pinang, atau pengamal minyak senyonyong, berdampingan dengan jin-jin, makhluk ini akan datang masuk ke dalam tubuh manusia ketika dia

tua, badan sakit tetapi amalannya tidak ada, atau ketika stress menyebabkan rohnya lemah. Ketika itu makhluk ini akan masuk meresap, lebih-lebih lagi ketika seseorang itu dalam keadaan risau, stress, depress dan sebagainya. Sasaran makhluk iniialah pada otak atau pemikiran manusia. Apabila ini berlaku, orang berkenaan akan kehilangan sebahagian daripada fungsi akal atau sebahagian daripadanya menyebabkan tingkah lakunya tidak normal, seperti mencarut, telanjang, bercakap bersendirian dan sebagainya. Apabila makhluk ini mengganggu hati seseorang, orang yang berkenaan akan menjadi waswas, sukar mendirikan sembahyang, sekejap ketawa, sekejap menangis. Lepas itu bercakap sendirian, berjalan tidak sedarkan diri, atau separuh tidak sedarkan diri, tiba-tiba dia menyedari dirinya berada di KLCC, padahal dia tinggal di Gombak ketika tengah malam, di mana sepatutnya ketika itu manusia sedang tidur. Terlalu banyak kecelaruan dalam amalan kebatinan seperti saudara pelajari. Sebagai orang yang ikhlas, mahu menolong saudaranya yang lain, menuntut keredaan Allah, saudara perlu meneliti, agar tidak terjebak dengan amalan seperti ini, yang menyebabkan terpesong iktikad. Oleh: Dr. Amran Kasimin Mingguan Malaysia