Anda di halaman 1dari 8

JURNAL (Minggu pertama)

Bilangan Jurnal Minggu Praktikum Tarikh Peristiwa/ Kejadian Tajuk Jurnal

: : : :

1/8 Minggu pertama 4 Julai sehinggah 8 Julai 2011 Minggu pertama di SK Desa Baiduri

Pada hari pertama, saya bersama pasangan praktikum melaporkan diri kepada Guru Penolong Kanan 1 iaitu...... Kami memperkenalkan diri dan menyerahkan Surat Pengenalan Diri kepada beliau. Kemudian taklimat kepada kami telah dilaksanakan oleh beliau sebagai pengganti kepada Guru Besar yang hanya akan bertugas di Sekolah ini pada keesokkan hari, kami difahamkan Guru Besar baru ini daripada Sekolah SK Taming Jaya di mana merupakan tempat saya menjalani praktikum pertama, kami menganggap ini satu kebetulan. Pelbagai pekara diterangkan kepada kami antaranya ialah: y Disiplin dan peraturan sekolah y Waktu datang dan pulang guru mengikut hari y Pengelolaan aktiviti kokurikulum dan maklumat-maklumat lain yang berkaitan y Memperkenalkan dan menyerahkan kami kepada guru pembimbing. Selepas selesai taklimat tersebut, kami berkenalan dengan guru pembimbing kami iaitu Pn Maziah yang merupakan Kemahiran Hidup sesi petang, selain itu kami juga sempat berkenalan dengan guru-guru yang lain. Cikgu Maziah membawa kami ke bengkel KH dan kami agak mengkagumi beliau kerana apa yang kami lihat di bengkel tersebut beliau dapat menguruskan bengkel tersebut dengan baik walaupun beliau seorang wanita. Setelah itu, saya dan rakan di berikan taklimat oleh Cikgu Maziah mengenai pembahagian jadual. Setelah berbincang kami telah diberikan sebanyak 4 kelas yang mempunyai 8 waktu keseluruhanya bagi setiap seorang. Selain itu beliau juga memberikan taklimat mengenai tajuk pnp yang perlu kami laksanakan sepanjang melaksanakan praktikum ini dan takwim sekolah. Selepas Cikgu Maziah kami berjumpa pula dengan guru pembimbing untuk subjek minor iaitu Cikgu Salina dimana beliau merupakan guru Bahasa Melayu untuk tahun 4. Setiap orang daripada kami mendapat satu kelas yang mempunyai 4 waktu untuk seminggu daripada subjek ini. Pada hari kedua, mengikut jadual yang telah diberikan saya perlu mengedalikan kelas untuk tahun 4 Kasih dan 4 Jujur. Kelas 4 Kasih merupakan pengalaman pertama saya memberikan pengajaran dan pembelajaran di sekolah ini manakala 4 Jujur pula saya tidak lagi memulakan pengajaran pada hari ini kerana Cikgu Salina akan mengamibil alih terlebih dahulu, saya hanya akan memulakan tugas untuk mengajar Bahasa Melayu pada minggu hadapan. Hari ketiga pula merupakan hari yang tanpa kelas, akan tetapi selalunya pada hari ini saya akan menggantikan guru yang tidak hadir. Pada hari ini saya telah menggantikan Cikgu.. untuk kelas 6... Dalam kelas ganti tersebut saya hanya menjalankan sesi pengenalan dan bertanya serba sedikit mengenaik sekolah itu terhadap murid-murid. Kelas dimulakan dengan sesi pengenalan diri saya sendiri agar murid-murid mengetahui kewujudan saya disekolah tersebut, kemudian murid-murid pula yang memperkenalkan diri. Saya membuat rumusan daripada sesi pengenalan ini, kebanyakan daripada murid-murid di kelas ini dan umumnya di sekolah ini merupakan anak kepada pegawai polis. Hal ini disebabkan terdapatnya perumahan polis yang berdekatan sekolah.

Pada hari keempat dan kelima seperti biasa saya mempunyai kelas tahun 4 pada keduadua hari ini. Setakat ini kawalan kelas masih dalam keadaan terkawal akan tetapi masih terdapat beberapa kesilapan yang saya lakukan seperti BBM saya tidak mencukupi, arahan saya yang kurang jelas dan masalah dalam pembahagian masa. Saya berazam pada minggu hadapan saya akan memberikan yang terbaik daripada minggu ini. Selain itu pada hari keempat juga kami telah menemui Guru Besar iaitu En Mohammad Jaafar B. Ibrahim, saya mendapati beliau seorang yang baik dan ramah kepada saya dan guruguru yang lain. Pada pertemuan itu kami juga sekali lagi diberikan taklimat seperti yang diberi oleh GPK akan tetapi Guru Besar lebih menekankan kepada disiplin seorang guru.

Disemak oleh Guru Pembimbing Tandatangan : ............................................ Nama : ............................................ Tarikh : ............................................

Disahkan oleh Pensyarah pembimbing Tandatangan : ...................................... Nama : ...................................... Tarikh : ........................................

JURNAL (Mingu Kedua)

Bilangan Jurnal Minggu Praktikum Tarikh Peristiwa/ Kejadian Tajuk Jurnal 1. Masalah / Peristiwa

: : : :

2/8 Minggu kedua 14 Julai 2011 Memberi arahan

Pada hari ini (14 Julai 2011) saya telah masuk ke kelas 4 Murni, dan tajuk pembelajaran pada hari ini ialah Pemilihan bijih benih. Dalam tajuk ini terdapat tiga hasil pembelajaran yang perlu dicapai iaitu pemilihan bijih benih yang berkualiti, menyediakan medium tanaman dan alatan dan bahan yang digunakan semasa menyediakan medium semaian. Pada hari ini juga saya telah dinilai oleh pensyarah dimana beliau akan memerhatikan sepanjang perjalanan di dalam kelas yang saya uruskan. Walaupun kawalan kelas yang saya lakukan dalam keadaan terkawal tetapi saya mempunyai masalah dalam memberikan arahan. Masalah timbul apabila saya akan mengambil masa agak lambat untuk ke aktiviti atau topik yang seterusnya. Kesannya saya kelihatan kekok dan muridmurid sentiasa tertunggu-tunggu arahan daripada saya dan hal ini menjejaskan perjalanan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. 2. Analisis Berdasarkan masalah yang saya hadapi, saya sebenarnya banyak merujuk buku RPH dan pekara ini akan mengambil masa sedikit sekiranya diguna pakai ketika proses PnP. Selain itu, kebiasaan saya yang banyak bergantung merujuk buku RPH walaupun sebelum ini saya mempunyai pengalaman berpraktikum selama sebulan telah memerangkap diri sendiri kerana apa yang saya lakukan ini telah melambatkan sedikit proses Pengajaran dan Pembelajaran. Masalah lebih ketara apabila saya ingin beralih kepada topik yang lain, saya tidak dapat mengaitkan dengan pengajaran dan pembelajaran yang sebelumnya, akibatnya arahan yang diberikan kurang jelas semasa saya ingin beralih kepada topik yang sebelumnya. Semua hal ini berpunca kerana saya amat bergantung kepada buku RPH. Masalah yang saya hadapi ini juga telah dinyatakan oleh penysarah saya sendiri, beliau melihat saya terdapat banyak kelemahan dalam pnp yang saya jalankan walaupun saya berasa telah banyak usaha yang saya lakukan untuk menjalankan pnp pada hari ini. 3. Cadangan Tindakan Susulan a) Saya perlu lebih bersedia tentang apa yang harus saya lakukan supaya tidak kelihatan kekok di dalam kelas b) Menyediakan nota ringkas untuk menggantikan RPH semasa melaksanakan pengajaran dan pembelajaran. c) Jika perlu saya akan membuat raptai di dalam kelas sebelum melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang sebenar, oleh itu saya dapat melihat segalanya dari segi strategi, penyediaan BBM samada cukup atau tidak dan keperluankeperluan yang lain d) Saya akan meminta nasihat daripada guru dan pensyarah pembimbing di samping berbincang dengan rakan-rakan guru pelatih.

4. Tempoh Masa Tindakan Susulan Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam minggu seterusnya dan akan memastikan pekara ini tidak akan berlaku sepanjang pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, saya akan mengambil masa seminggu untuk mengatasi masalah ini. Memberi arahan yang jelas sangat penting untuk seorang guru, kelebihan mempunyai arahan yang sistematik mempengaruhi kejayaan objektif yang saya inginkan.

Disemak oleh Guru Pembimbing Tandatangan : ............................................ Nama : ............................................ Tarikh : ............................................

Disahkan oleh Pensyarah pembimbing Tandatangan : ...................................... Nama : ...................................... Tarikh : ........................................

JURNAL (Minggu ketiga) Bilangan Jurnal Minggu Praktikum Tarikh Peristiwa/ Kejadian Tajuk Jurnal : : : : 3/8 Minggu ketiga 19 Julai 2011 Penggunaan ICT

1. Masalah / Peristiwa Pada minggu ini masalah yang sering mengganggu fikiran saya ialah semasa saya menjalankan pengajaran dan pengajaran pada kelas 4 Jujur semasa mengajar subjek Bahasa Melayu, di mana saya tidak dapat menggunakan ICT dalam pnp saya pada hari Selasa, hal ini kerana penggunaan ICT ini perlu dikongsi bersama rakan sepraktikum. Perkara ini telah mengganggu saya kerana sekiranya saya dinilai pada hari selasa maka markah untuk penggunaan ICT sudah tentu tidak diberi oleh guru pembimbing atau pensyarah yang akan menilai saya pada hari tersebut. 2. Analisis Rancangan Pengajaran Harian hanyalah sebuah perancangan, pada hari sebenar kita tidak tahu apa yang akan berlaku. Begitu juga dengan keadaan saya pada minggu ini semasa mengendalikan kelas 4 Jujur di mana dalam perancangan saya akan menggunakan kemudahan LCD sebagai Bahan Bantu Mengajar di dalam kelas. Semalaman saya menghasilkan slide yang bakal digunakan pada keesokan harinya, dan berharap murid-murid tertarik dan menyukai seterusnya bersemangat untuk belajar pada hari tersebut. Akan tetapi, tidak seperti yang dirancangkan, saya tidak dapat menjalankan PnP di dalam bengkel Kemahiran Hidup yang hanya biasa dilakukan pada hari Isnin sahaja, segala unsur ICT yang digunakan dalam PnP terdapat di sini sahaja. Hal ini menyebabkan terdapat kepincangan di dalam pnp yang saya jalankan pada hari tersebut. 3. Cadangan Tindakan Susulan a. Saya perlu lebih kreatif dalam menyediakan Bahan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran walaupun tanpa menggunakan unsur ICT. b. Perlu lebih berhati-hati semasa membuat perancangan di dalam RPH. c. Mengkaji kreteria-kreteria yang diperlukan (pada borang kreteria pemarkahan) untuk mendapat markah yang baik dalam kesemua langkah dalam RPH. d. Saya akan meminta nasihat daripada guru dan pensyarah pembimbing di samping berbincang dengan rakan-rakan guru pelatih. 4. Tempoh Masa Tindakan Susulan Saya akan mengubah rancangan pengajaran pada minggu hadapan dan akan mengelakkan daripada melakukan kesilapan lagi. Dan saya akan berusaha untuk merancang segala aktiviti pengajaran dan pembelajaran tanpa menggunakan ICT dengan menarik. Disemak oleh Guru Pembimbing Tandatangan : ............................................ Nama : ............................................ Tarikh : ............................................ Disahkan oleh Pensyarah pembimbing Tandatangan : ...................................... Nama : ...................................... Tarikh : ........................................

JURNAL (Minggu keempat) Bilangan Jurnal Minggu Praktikum Tarikh Peristiwa/ Kejadian Tajuk Jurnal : : : : 4/8 Minggu keempat 28 Julai 2011 Masalah pelajar

5. Masalah / Peristiwa Pada minggu ini masalah yang sering mengganggu fikiran saya ialah semasa saya menjalankan pengajaran dan pembelajaran sering kali terjadi pelajar yang tidak membawa buku ke kelas. Walaupun bilangan pelajar yang tidak membawa buku adalah kecil sahaja tetapi perkara ini kerap kali berlaku dan sering kali menjadi rungutan terhadap guru-guru yang lama. Selain itu, pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran juga merupakan kekangan yang saya hadapi semasa pengajaran dan pembelajaran di jalankan. 6. Analisis Saya tidak menganggap perkara ini sebagai bebanan semata-mata dan saya sedar masalah ini juga merupakan tanggungjawab saya sebagai seorang guru, oleh itu saya sempat membuat soal selidik untuk pelajar-pelajar berkenaan supaya saya dapat mengenal pasti masalah sebenar. Untuk kelas 4 Murni di mana saya mengajar pada hari ini, saya telah mengesan beberapa orang pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran, menurut maklumat yang saya dapat daripada rakan kepada murid yang berkenaan, pelajarpelajar tersebut mempunyai masalah lambat untuk mendapatkan maklumat yang telah di sampaikan dan yang seorang lagi mempunyai masalah pendengaran. Manakala bagi pelajar yang tidak membawa buku alasan yang selalu diberi ialah mereka terlupa untuk membawa buku dan kehilangan buku. 7. Cadangan Tindakan Susulan a. Saya perlu menggunakan peneguhan yang dapat memperbaiki tingkahlaku pelajar. b. Perlu lebih berhati-hati semasa membuat perancangan di dalam RPH. c. Saya perlu merancang aktiviti yang sesuai dengan semua tahap pencapaian pelajar d. Saya akan meminta nasihat daripada guru dan pensyarah pembimbing di samping berbincang dengan rakan-rakan guru pelatih. 8. Tempoh Masa Tindakan Susulan Pada minggu hadapan, saya akan berusaha untuk menumpukan perhatian kepada pelajar-pelajar yang dikenalpasti. Selain itu, bagi pelajar yang tidak membawa buku saya telah mengarahkan mereka menulis sekali lagi pada buku asal dan saya telah memberi amaran bahawa pada minggu hadapan mereka akan diperiksa sekali lagi. Disemak oleh Guru Pembimbing Tandatangan : ............................................ Nama : ............................................ Tarikh : ............................................ Disahkan oleh Pensyarah pembimbing Tandatangan : ...................................... Nama : ...................................... Tarikh : ........................................

JURNAL (Minggu kelima)

Bilangan Jurnal Minggu Praktikum Tarikh Peristiwa/ Kejadian Tajuk Jurnal

: : : :

5/8 Minggu kelima 2 Ogos 2011 Perubahan jadual

9. Masalah / Peristiwa Pada minggu ini bermulanya sesi persekolahan dibulan ramadhan. Pekara ini merupakan pengalaman pertama saya mengajar di bulan ramadah. Tidak banyak bezanya jika dibandingkan dengan hari-hari yang lain, akan tetapi perubahan jadual untuk bulan ini menyebabkan beberapa masalah telah berlaku, bukan pada saya sahaja malahan kepada guru-guru yang lain. Masalah yang paling ketara ialah pelanggaran waktu yang dilakukan oleh guru-guru tanpa disedari. 10. Analisis Untuk bulan ini waktu pulang sekolah telah di awalkan daripada 6.30 petang kepada 5.30 petang, oleh itu waktu-waktu bagi setiap masa guru-guru telah diawalkan lima minit setiap waktu. Masalah berlaku apabila terdapat guru-guru yang tidak dapat jadual untuk bulan ini pada awalnya menyebabkan banyak pelanggaran waktu di ambil oleh guru lain, selain itu saya juga telah membuat kesilapan apabila saya telah mengambil sedikit waktu untuk pelajar tadarus al-quran yang dijalankan selepas waktu rehat sempena bulan ramadhan ini. Selain itu, aktiviti yang dijalankan juga adalah terhad kerana masa bagi setiap sesi yang saya ada Cuma 50 minit berbanding sebelum ini ialah 60 minit, maka untuk amali saya terpaksa gantikan dengan demonstrasi sahaja untuk mengurangkan penggunaan masa. 11. Cadangan Tindakan Susulan a. Perancangan waktu dengan lebih tersusun selaras dengan aktiviti yang dijalankan b. Perancangan aktiviti yang ringkas tetapi praktikal dan dapat membantu dalam hasil pelajaran. c. Peka terhadap waktu yang ada. d. Saya akan meminta nasihat daripada guru dan pensyarah pembimbing di samping berbincang dengan rakan-rakan guru pelatih. 12. Tempoh Masa Tindakan Susulan Pada minggu hadapan, saya akan cuba untuk menguruskan masa saya dengan lebih baik dan mengatur strategi pembelajaran dengan lebih praktikal walaupun masa yang telah diberi adalah terhad. Disemak oleh Guru Pembimbing Tandatangan : ............................................ Nama : ............................................ Tarikh : ............................................ Disahkan oleh Pensyarah pembimbing Tandatangan : ...................................... Nama : ...................................... Tarikh : ........................................

JURNAL (Minggu keenam)

Bilangan Jurnal Minggu Praktikum Tarikh Peristiwa/ Kejadian Tajuk Jurnal

: : : :

6/8 Minggu kelima 11 Ogos 2011 Penerapan nilai

13. Masalah / Peristiwa Pada minggu ini merupakan minggu kedua saya melaksanakan praktikum dibulan ramadhan, dan pada minggu ini juga saya dinilai setiap kali masuk ke kelas, di mana pensyarah dan guru pembimbing menilai saya setiap kali masuk ke kelas. Walaupun kelihatan segalanya seperti berjalan dengan lancar, sebenarnya terdapat kelemahan yang saya dapat simpulkan daripada pnp yang saya laksanakan setelah keempat-empat penilai ini memberikan ulasan terhadap pnp yang saya jalankan. Masalah yang dimaksudkan adalah penerapan nilai di dalam pnp. 14. Analisis Saya sedar penerapan nilai ini sangat penting semasa menjalankan pnp kerana saya juga sedia maklum dengan perkara ini. Walaubagaimanapun kefahaman saya terhadap aplikasi nilai ini berbeza dengan apa yang di maksudkan oleh pensyarah dan guru pembimbing. Di dalam pnp yang saya laksanakan saya tidak akan memberitahu mengenai nilai murni terhadap sesuatu aktiviti yang di jalankan, saya lebih banyak menerapkan secara tidak sedar terhadap murid, perkara ini telah disangkal oleh pensyarah major kerana saya perlu memberitahu mengenai nilai yang terdapat dalam sesebuah pnp terhadap murid kerana murid-murid dalam umur sebegini perlu jelas dengan apakah moral yang mereka dapat setelah melakukan sesuatu aktiviti. 15. Cadangan Tindakan Susulan a. Saya perlu kerap memberitahu apakah nilai murni yang terdapat dalam setiap akativiti yang dilakukan. b. Saya perlu lebih menanamkan sifat untuk mendidik daripada mengajar murid. c. Komunikasi yang jelas tentang sesuatu perkara. d. Saya akan meminta nasihat daripada guru dan pensyarah pembimbing di samping berbincang dengan rakan-rakan guru pelatih. 16. Tempoh Masa Tindakan Susulan Saya akan berusaha memperbaiki cara pengajaran yang saya lakukan, segala kelemahan yang telah disampaikan akan diperbaiki secepat mungkin. Sifat mendidik perlu ditanam dalam diri supaya mudah mengaplikasi sesuatu nilai dalam pnp. Disemak oleh Guru Pembimbing Tandatangan : ............................................ Nama : ............................................ Tarikh : ............................................ Disahkan oleh Pensyarah pembimbing Tandatangan : ...................................... Nama : ...................................... Tarikh : ........................................