Anda di halaman 1dari 18

ISI KANDUNGAN

NO. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. Tajuk Pengenalan Objektif Undang-undang berkaitan Pegawai yang terlibat Senarai rekod daftar Proses kerja analisis kimia Senarai semak kit persampelan makanan Senarai semak peraturan untuk menghantar sampel TAJUK MUKA SURAT

1.TAJUK -PROSEDUR PERSAMPELAN MAKANAN

2.PENGENALAN

Unit makanan merupakan salah unit yang diwujudkan dalam bahagian inspektorat di pejabat kesihatan. Di Pejabat Kesihatan Hilir Perak unit makanan di diangotai oleh 4 orang Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran. Tugas tugas pegawai di unit makanan ini antaranya persampelan makanan.setiap tugas yang dilaksakan perlu mengikut procedur yang di tetapkan oleh Kemanterian Kesihatan / Jabatan Kesihatan Negeri. Contoh sampel Kimia, sampel Mikrobiologi dan sampel Kilang.

3.OBJEKTIF

Tujuan Prosedur ini adalah untuk menggariskan tatacara pengambilan sampelsampel makanan untuk analisis kimia, mikrobiologi dan fizikal, supaya mematuhi keperluan yang telah ditetapkan dalam Akta Makanan 1983 dan PeraturanPeraturan Makanan 1985. Prosedur ini juga akan menjadi rujukan kepada Pegawai Diberi Kuasa supaya dapat menjalankan tugas-tugas dengan lebih tersusun dan terperinci. Ia juga akan menyeragamkan aspek teknikal dan penguatkuasaan.
4.UNDANG-UNDANG BERKAITAN

4.1. 4.2. 4.3. 4.4. 4.5. 4.6.

Akta Makanan 1983 Peraturan-Peraturan Makanan 1985 Akta Keterangan 1950 (Disemak 1971) Akta 56 Kanun Tatacara Jenayah (Disemak 1999) Akta 593 Akta Tafsiran 1948 (Disemak 1989) Akta 388 Kanun Keseksaan (Disemak 1997) Akta 574

5. 5.1. 5.2. 5.3. 5.4.

PEGAWAI YANG TERLIBAT Pegawai Kesihatan Persekitaran Ketua Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Kanan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran

PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN (PPKP) UNIT MAKANAN 1. ENCIK SYARMIZI ARIZAL MAMAT PPKP U29 2. ENCIK HASHARILL BIN SHAHARUDDIN PPKP U29 3. ENCIK IDRIS BIN ISA PPKP U29 4. CIK HASLIZA BINTI MOKHTAR PPKP U29

6.SENARAI REKOD / DAFTAR

6.1. Daftar Sampel Makanan 6.2. Kilang Makanan 6.3. Agen Pengimport 6.4 Agen Pembungkus 6.5 Kedai-Kedai Runcit 6.6 Gerai Makan 6.7 Kedai Makan/Restoran 6.8 Kantin (Sekolah/Kilang/Hospital) 6.9 Dapur Asrama/Hospital 6.10 Buku Pendaftran Penutupan Premis Makanan.

7.PROSES KERJA ANALISIS KIMIA

DiPejabat Sebelum Pensampelan

1. Mengenalpasti premis yang akan dikunjungi, bilangan dan jenis sampel yang hendak diambil, jenis makanan yang akan disampel dan tentukan jenis parameter analisis.

Pilihan premis : Keutamaan y y y y Pengilang Pengimport atau agennya Pembungkus atau agennya Penjual

Pilihan makanan, bilangan dan jenis. Pelan perancangan Pensampelan Arahan Kementerian/JKN Isu semasa/ Krisis makanan Senarai semak kit pensampelan dan penghantaran sampel Kenalpasti Pegawai Diberi Kuasa lain yang akan terlibat dalam aktiviti ini. Pastikan Kad Perakuan Kuasa ada dibawa bersama Sediakan wang tunai yang mencukupi untuk tujuan pembelian sampel makanan

DI LAPANGAN SEMASA PERSAMPELAN 1.Pegawai Diberi Kuasa memperkenalkan diri kepada orang yang bertanggungjawab di dalam premis berkenaan.   Tunjukkan Kad Perakuan Kuasa Nyatakan tujuan kedatangan

. 2.Kemudian, dengan disaksikan atau ditemani oleh orang yang bertanggungjawab di dalam premis berkenaan memilih makanan yang akan disampel. Pemilihan sampel ditentukan oleh Pegawai Diberi Kuasa. 3.Setelah makanan dipilih, dapatkan resit pembelian untuk makanan tersebut. Seboleh-bolehnya dapatkan satu resit untuk satu jenis makanan yang diambil. Pastikan resit ditandatangani dan dapatkan juga cop premis tersebut.

Jika sampel makanan diambil dari pengilang atau agen pengimport atau agen pembungkus, tiada bayaran dikenakan tetapi dapatkan akuan pengambilan sampel makanan dari pengilang atau agen pengimport atau agen pembungkus. 4.Laksanakan prosedur pensampelan mengikut Peraturan-Peraturan Makanan 1985. 5. Label dan tandakan bahagian sampel makanan tersebut serta lakkan dengan lak rasmi. 6. Tawarkan salah satu daripada tiga bahagian sampel makanan berkenaan kepada

orang yang bertanggungjawab dalam premis berkenaan. Tawaran tidak perlu dibuat jika satu bahagian sampel diperolehi. 7. Keluarkan notis pensampelan makanan kepada orang yang bertanggungjawab

DI PEJABAT SELEPAS PERSAMPELAN 1. Rekod sampel dalam buku daftar sampel. 2.Isi borang permintaan analisis dan nyatakan jenis analisis secara spesifik. 3.Simpan satu bahagian sampel makanan di tempat yang berkunci dan selamat di pejabat.

4.Hantarkan satu bahagian sampel makanan kepada juruanalisis. Penghantaran sampel untuk dianalisis boleh dilakukan sendiri oleh Pegawai Diberi Kuasa atau melalui Pegawai Diberi Kuasa yang lain atau melalui mel berdaftar A.T. (Akuan Terima).

5.Dapatkan surat akuan penerimaan sampel daripada juruanalisis. 6.Membuat laporan polis sekiranya berlaku apa-apa kecacatan/kerosakan/kehilangan sampel makanan yang disimpan di pejabat. 7.Daftarkan sampel makanan tersebut dalam Sistem Maklumat Pengurusan Kesihatan (HMIS) program Keselamatan dan Kualiti Makanan.

PROSEDUR PENSAMPELAN MAKANAN SENARAI SEMAK KIT PENSAMPELAN MAKANAN

Bilangan 1. 2. 2.1. 2.2. 2.3. 2.4. 3. 3.1. 3.2. 3.3. 3.4. 3.5. 3.6. 3.7. 3.8. 3.9. 4. 4.1. 4.2. 4.3. 4.4. 4.5. 4.6. 4.7. 5. 6. 7. 8. 9. 9.1. 9.2. 9.3. 9.4. 9.5. 9.6. 9.7. 9.8. 9.10.

Perkara Probe Thermometer Alat -alat untuk membuka bungkusan Gunting Pisau Pembuka Tin Pliers Alat-alat untuk mengambil sampel Probe Drill Spoons/spatula Scoop Stirrer Pipet Dipper Penyepit besar Penyepit kecil Alat-alat untuk membungkus sampel Beg plastic Thio beg Jak gelas Jak plastic Tutup skrew Getah pengikat/tali Stapler Label sampel makanan Lak Rasmi Kementerian Borang akuan pengambilan sampel Buku Resit pembelian sampel Alat-alat perlindungan keselamatan Tudung kepala But Getah Wellington Sarung tangan getah Sarung tangan steril Pelindung keselamatan mata Penutup telinga Topeng habuk Baju overall UV goggles

Tandakan Ada / Tiada

9.11. 9.12.

Mask mulut Helmet Tandakan Ada / Tiada

Bilangan 10. 10.1. 10.2. 10.3. 10.4. 10.5. 10.6. 10.7. 10.8. 10.9. 10.10. 10.11. 10.12. 10.13. 10.14.

Perkara Alat-alat am lain Pembaris Tali penyukat Pengukur Ph Lampu ultraviolet Jam randik Kanta saku Kalkulator Kertas tisu/kain sapu Berus cat Tray Mancis Alat tulis Kamera dengan Zoom lens Meter Lux

SENARAI SEMAK PERALATAN UNTUK MENGHANTAR SAMPEL

Bilangan 1. 1.1. 1.2. 1.3. 2. 2.1. 2.2. 2.3. 3. 3.1. 3.2.

Perkara Sampel Mudah Rosak (0o - 5oC) Bekas penebat Jangka suhu Ais kecil dalam plastic besar Sampel Beku (< -10oC) Bekas penebat Ais Kering Jangka suhu Sampel Tidak Mudah Rosak Beg sampel biasa Kotak sampel biasa

Tandakan Ada / Tiada

PROSEDUR PENSAMPELAN MAKANAN CARTA ALIR PROSES KERJA (ANALISIS KIMIA)


Mula

Buat perancangan untuk pensampelan makanan

Ke premis yang dikenalpasti bersama PPKP (Saksi) Perkenalkan diri dan saksi dengan menunjuk kad perakuan kuasa dan terangkan tujuan kedatangan. Periksa dan pilih makanan yang perlu disampel. Buat bayaran dan dapatkan resit (penjual) atau surat akuan pengambilan sampel ( pengilang/pengimport)

Jalankan pensampelan mengikut Peraturan-Peraturan Makanan 1985 Label dan lakkan sampel

Tawarkan ketiga-tiga bahagian sampel dan minta penjual/pengilang/ pengimport untuk memilih salah satu bahagian untuk simpanan. Keluarkan notis pengambilan sampel seksyen 6(1) Akta Makanan 1985

Bawa kedua-dua bahagian sampel balik ke pejabat. Rekodkan maklumat sampel dalam rekod/daftar sampel dan sediakan borang permohonan analisis.

Hantar satu bahagian sampel bersama borang analisis ke makmal yang diluluskan oleh Pegawai Diberi Kuasa atau melalui pos berdaftar AR. Dapatkan akuan penerimaan sampel dari makmal.

Simpan bahagian ketiga dalam kabinet berkunci.

Rekodkan

Tamat

CARTA ALIR PROSES KERJA (ANALISIS MIKROBIOLOGI)


Mula

Buat perancangan untuk pensampelan makanan Ke premis yang dikenalpasti bersama PPKP (Saksi) Perkenalkan diri dan saksi dengan menunjuk kad perakuan kuasa dan terangkan tujuan kedatangan. Memeriksa dan memilih makanan yang perlu disampel. Buat bayaran dan dapatkan resit bayaran (Penjual) atau surat akuan pengambilan sampel ( Pengilang/Pengimport) Laksanakan pensampelan mengikut Peraturan-Peraturan Makanan 1985. Label dan lakkan sampel Masukkan sampel dalam kotak sejuk yang diisi dengan ais atau cold pack. Rekodkan tarikh, masa, suhu. Sediakan borang permohonan analisi dan hantar sampel ke makmal yang diluluskan dengan kadar segera. Dapatkan akuan penerimaan sampel. Rekodkan tarikh, masa, suhu.

Rekod dan kemaskini reten.

Tamat

PROSEDUR PIAWAIAN PENGAMBILAN SAMPEL MAKANAN MIKROBIOLOGI

Kaedah sampel aseptic hendaklah diamalkan untuk mengambil produk makanan yang mudah dicemari kuman mikrobiologi. PPKP haruslah menentukan supaya bahagian asal makanan atau sampel yang diambil tidak terdedah dari pencemaran. Sampel aseptik yang diambil hendaklah dihantar ke makmal dengan selamat supaya menunjukkan keadaan makanan ada sama seperti keadaan asal.

Prosedur Pensampelan

1. Pensampelan hendaklah dirancang lebih awal dengan menyediakan alat-alat dan bekas-bekas yang bersih dan steril.

2. Pegawai yang mengambil sampel hendaklah memakai overall, mask, tudung kepala atau lain-lain bagi mengelakkan pencemaran silang. Tentukan supaya alat-alat dilindungi dari pendedahan dan pencemaran sebelum dan selepas digunakan.

3. Elakkan pencemaran silang semasa Pensampelan dijalankan.

4. Semasa membuka bekas sampel, buka dengan cermat supaya sampel makanan mudah dimasukkan dan ditutup kembali,

5. Jangan sentuh bahagian dalam, tepi dan penutup bekas sampel.

6. Tentukan supaya penutup bekas sampel tidak dicemari.

7. Buang angin yang terkandung dalam beg plastic atau beg thio yang digunakan. (Adalah lebih baik jika beg plastik atau thio yang kosong dihantar bersama sampel, sebagai control).

8. Pegawai yang mengambil sampel perlu menentukan supaya tangan tidak menyentuh mulut, hidung, mata dan muka beliau.

9. Tangan haruslah dicuci sebelum pensampelan.

10. Semua alat-alat pensampelan yang telah digunakan hendaklah disimpan dalam bekas yang sesuai untuk pembuangan atau pensterilan.

Rujukan: y y Food and Agriculture Organization. (1988). Manuals of Food Quality Control. Rome: The United Nations. Food Control Division. (1996). Malaysian Guidelines on Food Sampling. Part 1: General Principles and Procedure. Kuala Lumpur: Ministry of Health.

AKTA MAKANAN 1983 [ SEKSYEN 6(1) ] NOTIS PENSAMPELAN MAKANAN

Kepada : ________________________________________ No. K/P: ________________________________________ Alamat: ________________________________________ ________________________________________ Sila sambil perhatian bahawa, saya __________________________________________ (Nama Pegawai Diberi Kuasa)

Telah membeli/memperolehi sampel makanan yang tercatit di bawah untuk dianalisa oleh seorang Juruanalisis: Bil. Tarikh & Masa Pensampelan Jenis Makanan Jenama Makanan Pengimpot/Pengilang/ Pembungkusan/Pembekal

Bertarikh pada _________________

Tuan/puan dinasihatkan untuk menyerahkan salinan notis ini kepada pengimport/ pengilang/ pembungkus/ pembekal makanan berkenaan. Tandatangan Penerima Notis: _____________________ Nama :_____________________________ No. K/P: __________________________ Cop Rasmi :

___________________________ (Tandatangan Pegawai Diberi Kuasa)