Anda di halaman 1dari 4

KOMUNIKASI VISUAL A. REKA BENTUK GRAFIK 1. SENI GRAFIK a.

Grafik bermaksud gambaran bukan fotografi yang berbentuk 2 dimensi b. Grafik meliputi lukisan, catan, carta, graf, poster dan kartun c. Grafik diguna untuk menyampaikan mesej dengan lebih jelas dan ringkas d. Gambar foto yang diubahsuai, dimasukkan gambar lain, muka taip, logo dan lain-lain adalah sebagai grafik e. Contoh grafik boleh dilihat pada bilbod, kain rentang, papan tanda, akhbar, majalah, pembungkusan, digital dan sebagainya. 2. RISALAH a. Risalah berfungsi sebagai promosi, penerangan, pengiklanan dan memberi maklumat b. Terdapat pelbagai bentuk risalah seperti sehelai kertas berlipat dua atau tiga, beberapa lipatan dan seperti buku

c. Unsur reka letak sesebuah risalah mengutamakan ilustrasi, kaligrafi, tipografi, simbol dan logo d. Antara corak yang popular ialah Mondrian, Tingkap Gambar, Bingkai, Multipanel, dan Sarkis 3. PEMBUNGKUSAN a. Pembungkusan ialah bekas untuk melindungi barangan semasa dihantar, disimpan dan dipamer b. Jenis pembungkusan ialah pembungkusan kertas, plastik, botol, tin, kotak kayu dll c. Fungsi pembungkusan ialah untuk: i. Melindungi barangan ii. Memudahkan kerja menyimpan dan penghantaran iii. Menyampaikan maklumat dan mempromosi d. Ciri-ciri pembungkusan yang baik mengandunggi i. Jenama ii. Keterangan iii. Gambar / ilustrasi iv. Logo, nama dan syarikat

4. LOGO a. Merupakan tanda sesuatu syarikat, pertubuhan, institusi, kempen, perkhidmatan dan sebagainya b. Setiap benda, perkara, warna, dan lambang yang ada pada logo mempunyai maksud tertentu seperti keris lambang keberanian & padi lambang muafakat c. Sumber logo biasanya daripada sumber huruf, angka, geometri, flora, fauna, campuran dan sebagainya

5. SIMBOL a. Merupakan tanda sesuatu benda atau perkara b. Merupakan tanda yang dapat dikenal di peringkat antarabangsa c. Menggunakan rupa mudah ( rupa positif / rupa negatif ) d. Rupa yang biasa diguna seperti rupa geometri, huruf, dan alam semulajadi e. Biasanya kurang menggunakan teks / tulisan

f. Mudah difahami seperti tanda tandas, surau, hospital dan sebagainya. 6. MASKOT a. Sebagai lambang sesuatu acara rasmi syarikat atau sukan b. Dapat menarik minat terutama kanak-kanak c. Kostum yang dipakai oleh manusia memerlukan fabrik yang tidak panas d. Menampilkan identiti tempatan dan asli e. Sumber maskot diambil daripada haiwan liar atau haiwan peliharaan seperti tupai, panda, lebah dan sebagainya.

Anda mungkin juga menyukai