Anda di halaman 1dari 12

3.0 KEMAHIRAN MEMBACA 3.

1 KONSEP MEMBACA
Mengikut fahaman dahulu membaca ialah semata-mata memindahkan tulisan kepada suara. Seseorang murid yang boleh menyuarakan tulisan dengan lancar adalah dianggap pandai membaca walapun isi bacaan itu tidak difahaminya. 0leh itu pelajaran membaca sentiasa dijalankan dengan cara membaca kuat dan perhatian ditumpukan semata-mata kepada suara, kelancaran dan sebutan murid itu. Soal memahami isi bacaan tidak dihiraukan kerana murid itu membaca bahasanya sendiri dan daripada itu difikirkan tentu mengerti apa yang dituturkannya. Mengikut fahaman sekarang membaca itu bukanlah bermakna

memindahkan tulisan kepada suara sahaja bahkan menangkap makna dan memahami apa yang dibaca. Seseorang murid yang boleh memindahkan tulisan kepada suara, walau bagaimana lancar sekalipun, jika tidak memahami apa yang disuarakan maka murid itu tidaklah boleh dihitung pandai membaca. Memahami isi bacaan adalah tujuan yang berjalan 'serentak dengan kelancaran membaca. Dalam hal yang demikian bolehlah didefinisikan bahawa membaca ialah menyuarakan tulisan, mengambil isi dan fikiran yang tertulis dan

memahamkan kandungannya. Mengajar membaca bererti mengajar muridmurid memindahkan tulisan kepada suara serta melatih mereka memahami apa yang terkandung dalam bacaan itu.

3.2 KONSEP DAN DEFINISI KEMAHIRAN MEMBACA Mengikut fahaman dahulu, mereka menyatakan bahawa membaca ialah semata-mata memindahkan tulisan kepada suara walaupun seorang murid dapat membaca dengan lancar tetapi tidak memahami isi bacaan yang dibacanya. Kini, membaca dinyatakan bahawa bukan sahaja memindahkan tulisan kepada suara tetapi tidak memahami isi bacaan yang dibacanya. Oleh itu, definisi membaca ialah menyuarakan tulisan, menambil isa dan fikiran yang tertulis dan memahamkan kendungannya. Kemahiran membaca merupakan satu proses poemikiran yang membina. Melalui pembacaan seseorang itu boleh menilai, mengulas dan mengkritik, memahami kehendak situasi dan aspirasi masyarakat, membina sikap, berfikiran terbuka dan positif. Deboer dan Daliman mengatakan mambaca melibatkan pemahaman dan interpretasi idea yang dilambangkan melalui penulisan. Juriah Long pula mengtakan kemhairan membaca merupakan satu kecakapan yang hanya member perhaian pada perkataan-perkataan yang penting sahaja. Ia juga member tumpuan kepada kebolehan memproses bagi mendapatkan makna dengan menggunakan strstegi analisi dan sintesis dalam bacaaan.

Kementerian Pelajaran Malaysia pula menyatakan para pelajar harus cekap membaca dan mehami pelbagai bahan dengan kritis dan kreatif. Membaca juga boleh didefinisikan sebagai satu proses mengubah symbol-simbol grafik iaitu huruf-huruf dan tulisan kepada konsep-konsep intelektual yang dimainkan melalui proses daya mental.

3.3 TUJUAN MEMBACA


Kemahiran membaca mempunyai beberapa tujuan. Kemahiran membaca bertujuan untuk melatih murid:

y y y

Mengenal huruf, suku kata, dan perkataan dan membunyikannya. Membaca dengan sebutan, tekanan nada dan intonasi yang betul. Membaca senyap dengan pantas di samping dapat memahami isi yang di baca dengan pantas.

Membina

kebiasaan

menuturkan

ayat-ayat

yang

gramatis

sebagaimana dalam bahan bacaan. y Memetik isi-isi bacaan dengan betul cepat dan tepat dan menyatakan semula dengan ayat yang betul serta boleh difahami dengan mudah. y Menghidupkan minat suka menyiasat dan mendalami maksud yang dibaca. y Meluaskan kosa kata mengenal pasti perbezaan maknanya dalam konteks yang berbeza. y Menanamkan kemahiran menangkap makna perkataan dan ayat dengan cepat, jelas dan tepat.

Terdapat dua jenis tujuan bagi kemahiran membaca iaitu tujuan sertamerta dan tujuan lanjut. Kedua-dua tujuan ini membezakan tujuan bagi kemahiran membaca. Bagi tujuan semerta, ia membolehkan murid-murid membaca dan memahami sesuatu bahan bacaan. Tujuan ini juga

membolehkan murid membaca dengan sebutan dan rentak irama yang betul. Selain itu, ia juga membolehkan murid-murid membaca senyap tanpa merasa sebarang gangguan. Sikap suka dan mahu membaca serta mencari pengertian daripada bahan yang dibaca juga dapat diwujudkan. Tujuan lanjut pula mendedahkan murid supaya dapat membetulkan fahaman yang salah. Ia juga merupakan menambahkan pengetahuan dan pengalaman. Selain itu, murid-murid juga mendapat bahan fikiran untuk dijadikan panduan hidup. Kemahiran ini juga membantu murid membandingkan fikiran dan pengalaman orang lain untuk selesaikan masalah hidup sendiri.

3.4 TEKNIK MEMBACA Teknik SQ3R Teknik SQ3R digunakan oleh guru untuk membimbing pelajar bagi meningkatkan kemahiran belajar. Pelajar dapat membaca secara kendiri bagi memperkukuh kemahiran berfikir. Maksud SQ3R ialah; S - Survey (meninjau) Q - Question (menyoal) R - Read (membaca) R - Review (menyemak) R - Recite (menyebut / mengulang) Servey (meninjau) Sebelum membaca seseorang murid perlu meninjau secara sepintas lalu tentang teks / bahan yang akan dibaca untuk mendapat gambaran awal sesuatu teks / bahan tersebut. Biasanya ditinaju panjang teks, lakaran / garfik, sinopsis dan tajuk-tajuknya. Question (menyoal) Setelah membuat tinjauan seseorang pembaca itu perlu membina soalansoalan (boleh juga dalam fikiran) tentang tajuk yang akan dibaca. Fokus kepada apa-apa yang ingin diperolehi daripada teks tersebut. Read (membaca) Setelah dibina soalan, barulah pembaca membaca teks tersebut dengan memfokus kepada isi-isi yang berkaitan dengan soalan yang telah dibina, membaca sambil menjawab soalan yang dibina. Dengan ini bacaan itu berfokus.

Review (menyemak) Setelah menbaca teks tersebut, pembaca perlu menyemak semula bahagian-bahagian tertentu sama ada kefahamannya tentang sesuatu idea yang disampaikan itu betul / tepat. Mungkin juga terdapat isi-isi lain difikirkan penting. Recite (menyebut / mengulang) Seseorang pembaca itu akan lebih faham bahan yang dibaca sekiranya dia menyampaikan isi bahan tersebut kepada pihak lain atau dalam bentuk lain. Sebagai contoh: menceritakan isi-isi penting yang terdapat dalam teks tersebut, atau menulis ulasan / komen tentang bahan yang dibaca.

Teknik KLWH Teknik KWLH bertujuan menggalakkan pelajar mencari maklumat tambahan daripada pelbagai sumber selepas membaca sesuatu teks. Teknik ini juga sesuai dilaksanakan untuk bacaan ekstensif dan kritis. Teknik ini mementingkan pengetahuan sedia ada pembaca kerana pengetahuan sedia ada pembaca tentang tajuk yang akan dibaca akan memudahkan pemahaman. Teknik ini hampir sama dengan teknik SQ3R kerana pembaca perlu menentukan fokus bacaannya melalui soalan-soalan yang dibina. Walaupun fokus / tujuan bacaan telah dibina tetapi pembaca boleh juga mengambil isi-isi lain yang difikirkan menarik. Sekiranya teks yang dibaca tidak menjawab soalan-soalan yang telah dibina, pembaca perlu memikirkan bagaimana soalan-soalan itu boleh dijawab, seperti membaca bahan-bahan lain, bertanya guru / pakar, membuat rujukan daripada internet dan sebagainya. Ini akan menggalakan pembaca / pelajar terus membaca sebagai belajar sepanjang hayat.

Maksud KWLH ialah; K - Know (tahu) W - Want (hendak/ingin tahu L - Learn (pelajari) H - How (bagaimana) Bacaan mekanis (bersuara) y Bacaan bersuara dengan sebutan yang jelas dan tepat mengikut sistem bunyi bahasa Melayu. y Membaca dengan gaya dan intonasi yang betul.

Bacaan mentalis / akliah (kefahaman) y y y Bacaan dalam hati tanpa suara Dijalankan selepas pelajar menguasai bacaan bersuara Membaca untuk memahami maklumat/ idea/ buah fikiran

Bacaan intensif (mendalam) y Dilaksanakan dengan tujuan memperkembang kebolehan meneliti, memahami, dan mentafsirkan perkara yang dibaca y y Bacaan yang memfokuskan kepada ciri-ciri tatabahasa Bacaan yang meneliti pembentukan dan penggunaan bahasa dalam konteks dan situasi yang berlainan

Bacaan ekstensif (meluas) y Bacaan meluas yang dilaksanakan di luar bilik darjah biasanya tanpa kehadiran guru y Bacaan yang menikberatkan pengukuhan asas bacaan, menambah kemahiran pemahaman dan meningkatkan kepantasan membaca y Bacaan yang membolehkan pelajar mencari isi-isi penting.

Bacaan rekreasi y y Membaca untuk mendapatkankepuasan Membaca untuk menghayatisesuatu bahan bacaan

Bacaan krtitis y Membaca secara mendalam bertujuan untuk mengupas sesuatu idea yang dikemukakan dalam teks yang dibaca. y Pembaca perlu mempunyai pengetahuan berkaitan tajuk yang dibaca

TEKNIK BACAAN PANTAS Skiming Bacaan pantas untuk mendapatkan idea keseluruhan. Fokus diberikan prakata, kepada isi bahagian-bahagian tajuk tertentu seperti dan bacaan

pengenalan. rujukan indeks

kandungan,

utama, rumusan

untuk mendapatkan gambaran umum tentang bahan bacaan tersebut. Skaning Bacaan pantas untuk mendapatkan maklumat khusus daripada sesuatu teks. Dengan menggunakan teknik ini pembaca boleh meiangkau bahagianbahagian tertentu yang difikirkan kurang penting. Bacaan ini lebih pantas daripada bacaan luncuran (skimming)

3.5 PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KEMAHIRAN MEMBACA (a) Pendekatan Binaan Pendekatan binaan bermaksud pengajaran kemahiran membaca

dengan memperkenalkan unsur / unit yang terkecil iaitu huruf-huruf terlebih dahulu. Kemudiannya unit-unit yang kecil ini akan membentuk unit yang lebih besar. Contohnya: Guru memperkenalkan huruf-huruf terlebih dahulu. Kemudiannya huruf-huruf itu dicantum menjadi

sukukata, perkataan dan ayat. Pendekatan ini membuatkan muridmurid mengenali semua huruf, tetapi mungkin membosankan kerana huruf-huruf tersebut agak abstrak bagi kanak-kanak. (b) Pendekatan Cerakinan Pendekatan cerakinan bermaksud murid-murid didedahkan dengan unsur / unit yang besar dan kemudiannya dicerakinkan unit yang besar tersebut kepada unit-unit suatu yang lebih kecil. Contohnya: Ayat Guru

memperkenalkan

ayat

terlebih

dahulu.

tersebut

kemudiannya dicerakinkan kepada perkataan, diikuti dengan perkataan dan seterusnya kepada huruf. (c) Pendekatan Komunikatif Kemahiran membaca berdasarkan fungsi bahasa merupakan alat

perhubungan atau berkomunikasi. Menurut pendekatan ini, guru patut memilih bahan-bahan bacaan yang berfungsi untuk berkomunikasi seperti surat, brosur. laporan dan sebagainya. Murid-murid digaiakkan

mengemukakan pendapat mereka tentang sesuatu idea. Penggunaan bahan rangsangan seperti bahan multimedia dapat membantu murid-murid memahami bahan yang dibaca.

(d) Pendekatan Pengalaman Bahasa Guru meransang perbincangan berkaitan dengan tajuk yang akan dibaca. Pengalaman sedia ada murid-murid tentang sesuatu tajuk yang dibaca akan membantu mereka memahami bahan yang dibaca. Di samping rtu guru juga perlu mengambil kira pengalaman bahasa kanak-kanak. Adakah mereka sudah biasa terdedah dengan bentuk bahasa yang terdapat dalam teks bacaan? Bentuk bahasa yang agak asing bagi kanak-kanak, akan menyebabkan mereka sukar memahami teks yang dibaca. Begitu juga dengan kosa kata yang digunakan.

3.6 KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KEMAHIRAN MEMBACA Pelbagai kaedah diperkenalkan oleh pakar-pakar dalam bidang kemahiran membaca. Setiap kaedah mempunyai kekuatan dan kekurangan tertentu. Antara kaedah pengajaran membaca ialah; (a) Pandang dan sebut Kaedah pandang sebut bermaksud kanak-kanak diajar membaca dengan menyebut keseluruhan perkataan dengan berpandukan gambar yang disertakan bersama-sama tulisan. Sebagai contoh: Guru menunjukkan gambar harimau bersama-sama dengan perkataan harimau (kad). Pada peringkat awal, kanak-kanak akan menyebut perkataan harimau

berdasarkan gambar yang ditunjukkan. Kemudiannya mereka diajar mengeja perkataan "harimau" berdasarkan kad perkataan yang dilampirkan bersama.

Kaedah Abjad

Kaedah ini telah lama diamalkan oleh guru-guru bahasa. Kaedah ini juga dikenali dengan nama kaedah huruf atau mengeja. Mengikut kaedah ini muridmurid diperkenalkan dengan semua huruf-huruf dalam sistem ejaan iaitu dari huruf /a/ hingga Izl (huruf kecil dan huruf besar). Murid-murid dikehendaki mengenal bentuk-bentuk huruf dan namanya. Kemudiannya mereka akan diperkenalkan dengan huruf vokal (a,e,i,o,u) dan huruf konsonan selebihnya. Huruf-huruf konsonan digabungkan dengan huruf vokal untuk membentuk suku kata. Daripada suku kata itu, dibentuk pula perkataan.

Sesuatu

perkataan

dieja

mengikut

nama

huruf dan

kemudian

disebut

perkataannya dengan cara; Mengeja Suku kata. Murid-murid menyebut huruf bagi suku kata pertama (b,u) dan diikuti dengan bunyi suku kata pertama "bu". Kemudian murid-murid menyebut huruf bagi suku kata kedua (k,u) dan diikuti dengan bunyi suku kata kedua "ku". Lepas itu barulah kedua-dua suku kata di gabungkan menjadi perkataan. Proses ini diulang-ulang dengan huruf-huruf lain pula.

Kaedah Fonetik Kaedah fonetik hampir sama dengan kaedah abjad, cuma yang membezakan kedua-dua kaedah ialah dalam kaedah fonetik nama huruf dikenali dengan bunyi, bukan nama huruf tersebut. Contohnya; huruf i dikenali dengan bunyi [e].