Anda di halaman 1dari 3

Contoh Syarahan MTQSS Tahun 2012 Muamalat Islam Menjamin Keadilan Sosial Assalamu alaikum wrt. Wbt.

Terima kasih, tuan pengacara majlis. Para hakim yang arif lagi bijaksana, para guru dan rakan-rakan yang dirahmati Allah s.w.t. Muamalat Islam Menjamin Keadilan Sosial. Begitulah bunyi tajuk syarahan saya pada pagi ini. Sebelum saya pergi lebih jauh, ada baiknya kita memahami tajuk terlebih dahulu. Muamalat bermaksud perhubungan atau saling berinteraksi. Manakala dari segi istilah ialah Muamalat ialah aktiviti yang

melibatkan perhubungan manusia dengan manusia. Muamalat juga merupakan tatacara atau peraturan dalam perhubungan manusia sesama manusia untuk memenuhi keperluan masingmasing yang berlandaskan syariah Allah s.w.t yang melibatkan ekonomi dan sosial Islam. Muamalat dewasa ini lebih popular digunakan untuk aktiviti dalam sistem kewangan dan ekonomi Islam. Islam memberi kelonggaran kepada manusia bagi menggunakan akal fikiran yang diberikan oleh Allah bagi mencari cara-cara yang sesuai dengan kehendak manusia dan kemampuannya untuk mencapai kehidupan yang baik dan selesa selaras dengan prinsip Syarak.
Keadilan adalah kata terbitan dari kata "adil" yang terambil dari bahasa Arab " 'adl". Kamus-kamus bahasa Arab menjelaskan bahwa kata ini pada mulanya berarti "sama". Dalam Kamus Dewan, kata "adil" diartikan: (1) tidak berat sebelah/tidak memihak, (2) berpihak kepada kebenaran, dan (3) sepatutnya/tidak sewenang-wenang. Adil juga diertikan sebagai meletakkan sesuatu di tempatnya yang sesuai. Berdasarkan definisi tadi, dapat difahami bahawa muamalat atau sistem perhubungan dan interaksi Islam dalam bidang ekonomi atau sosial adalah jaminan kepada kewujudan kehidupan manusia yang harmoni dan bahagia apabila hak setiap individu dalam setiap masyarakat terpelihara mengikut aturan Islam. Persoalannya mengapa muamalat Islam yang perlu dipilih? Tuan-tuan dan puan-puan, 1.Muamalat Islam diasaskan di atas wahyu Islam yang selari dengan aqal dan fitrah manusia berbeza dengan sistem konvensional masa kini yang terbina di atas dasar memisahkan agama daripada kehidupan atau di atas asas materialistik golongan yang tidak percayakan Tuhan. Kaedah jelas menyatakan bahawa sesuatu yang dibina di atas perkara yang rosak maka ia akan rosak sebagaimana firman Allah s.w.t Maka apakah orang-orang yang mendirikan mesjidnya di atas dasar taqwa kepada Allah dan keridhaan(Nya) itu yang baik, ataukah orang-orang yang mendirikan bangunannya di tepi jurang yang runtuh, lalu bangunannya itu jatuh bersama-sama dengan dia ke dalam neraka jahannam. dan Allah tidak memberikan petunjuk kepada orang- orang yang zalim. Surah At-Taubah. Sistem muamalah khususnya sitem ekonomi kapitalis masakini jelas menjerumuskan manusia ke dalam jurang kebinasaan apabila aspek halal dan haram dikesampingkan. Lihatlah Indeks Rasuah oleh badan membanteras rasuah, Transparency International (TI) tahun 2011. Malaysia telah turun ke ranking 56 daripada 23 akibat mengesampingkan ajaran wahyu. Tuan-tuan dan puan-puan,

2. Muamalat Islam adalah mempunyai nilai rohani, berlandaskan keimanan kepada Allah s.w.t. Ia bukan semata-mata material atau habuan dunaiwi semata-mata malah ia merangkumi nilai dan akhlak yang memberi kesan kepada kehidupan manusiawi. Manakala konvensional adalah bersifat kebendaan semata-mata yang didorong oleh kebendaan yang mengenepikan nilai-nilai keagamaan dan kemanusiaan.. Sebagai contoh, lihatlah kerakusan Amerika dan NATO menyerang Iraq pada tahun 2004 demi melangsungkan penguasaan mereka terhadap kepentingan minyak tanpa mempedulikan nyawa manusia melayang. Demi mencapai matlamat kebendaan itu juga, mereka berbohong kepada dunia bahawa Iraq mempunyai senjata pemusnah dan member ancaman kepada dunia. Namun dunia juga kerana keuntungan duniawi tidak berani menegakkan kebenaran ke atas kezaliman yang dilakukan. Tuan-tuan dan puan-puan, 3. Muamalat Islam mepunyai kaedah atau prinsip yang konsisten di samping mempunyai cabangcabangnya yang bersifat anjal dan fleksibel. Keistimewaan inilah yang menyebabkannya mampu mendepani pelbagai cabaran baru yang mendatang dalam kehidupan manusia di setiap zaman dan lokasi. Bersalahan pula dengan muamalat konvensional yang bersifat tidak konsisten malah terdedah kepada perubahan dan pertukaran. Kegagalan sistem ekonomi kapitalis mendepani krisis ekonomi pada tahun 1998 menjadi bukti kegagalan sitem ekonomi ciptaan manusia yang jauh daripada wahyu Ilahi. Kesan buruknya dapat dilihat dengan ketara sehingga menyebabkan golongan miskin semakin terhimpit sehingga menimbulkan masalah sosial seperti pelacuran, pemerdagangan manusia, rasuah dan sebagainya. Tuan-tuan dan puan-puan, 4. Kebahagian dan keharmonian berjalan seiring dengan sistem muamalat menurut syariat Islam., manakala kesusahan senantiasa mengiringi sistem konvensional yang tidak berlandaskan ajaran islam. Kenyataan ini jelas melalui firman Allah s.w.t 123. Maka jika datang kepadamu petunjuk daripada-Ku, lalu barangsiapa yang mengikut petunjuk-Ku, ia tidak akan sesat dan tidak akan celaka. 124. Dan barangsiapa berpaling dari peringatan-Ku, Maka Sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit, dan kami akan menghimpunkannya pada hari kiamat dalam keadaan buta". Surah Toha. Tuan-tuan dan puan-puan, 5. Sistem Muamalat Islam lengkap merangkumi segenap sudut kehidupan samada berkaitan dengan hubungan sesame insan atau hubungan manusia dengan dirinya dan tuhannya. Sistem konvensional hanya menyusun satu sudut daripada bahagian kebebendaan daripada kehidupan manusia. Justeru, banyak kekurangan-kekurangan ini menimbulkan permasalahan lain yang saling berkait seperti perundangan dan kezaliman kepada sesetengah pihak terutama kepada pihak yang lemah. Tuan-tuan dan puan-puan, 6. Sistem Muamalat Islam merupakan sistem yang memenuhi keperluan hidup manusia samada kepada individu ataupun kepada masyarakat. Amalan sistem muamalat Islam yang seimbang menjamin kesejahteraan hidup samada secara individu mahupu kepada masyarakat. Manakala sistem konvensional dia atas pakej mana sekalipun gagal memenuhi keperluan ini. Contohnya, di Barat, individu dibenarka berbuat apa sahaja walaupun menyalahi norma agama dan masyarakat di atasa nama kebebasan . Disetengah Negara pula terutama yang menganut fahaman sosialis, mereka menekankan kepentingan masyarakat umum sehingga kemaslahatan individu diabaikan sehingga tiada nilai lagi. Sekian sahaja syarahan saya pada kali ini. Saya akhiri dengan serangkap pantun

Ada ulam Ada ikan, Makan nasi dalam dapur Muamalah Islam Jamin Keadilan Baldatun Toyyibatun Wa Rabbun Ghafur. Sekian. Wabillahit Taufiq wal Hidayah, Wasssalamu alaikum wrt. Wbt.

Anda mungkin juga menyukai