Anda di halaman 1dari 12

Kadar Tindak Balas

NOTA Maksud Kadar Tindak Balas 1. Tindak balas kimia berlaku dengan kadar yang berbeza-beza. 2. Di dalam industri pembuatan bahan-bahan, pengetahuan tentang kadar tindak balas adalah sangat penting kerana dapat membantu dari segi penjimatan kos dan masa. 3. Di dalam suatu tindak balas perubahan tertentu dapat diperhatikan secara kualitatif atau disukat secara kuantitatif. 4. Pertimbangkan tindak balas yang berlaku di antara ketulan batu marmar ( kalsium karbonat ) dengan asid hidroklorik cair : CaCO3 (p) + 2HCl (ak) CaCl2 (ak) + CO2 (g) + H2O Kadar pengurangan bahan-bahan tindak balas, iaitu kalsium karbonat atau asid hidroklorik adalah berkadar terus dengan kadar pembentukan hasil tindak balas, iaitu kalsium klorida, gas karbon dioksida, atau air. Oleh itu, kadar tindak balas bagi suatu tindak balas boleh diukur dengan: - menyukat kadar pengurangan mana-mana bahan tindak balas atau - menyukat kadar pembentukan mana-mana hasil tindak balas. Bagi tindak balas di atas, kuantiti bahan yang paling sesuai disukat ialah kadar pembentukan gas karbon dioksida.

Unit kadar tindak balas bergantung kepada unit kuantiti bahan yang disukat (g s-1, mol s-1, cm3 s-1). Menghitung kadar tindak balas purata daripada keputusan eksperimen Contoh : 10 g kalsium karbonat, CaCO3 bertindak balas dengan lengkap dengan asid hidroklorik berlebihan dalam tempoh masa 100 saat. Tentukan kadar tindak balas purata dalam unit g s-1 dan mol s-1. [ Jisim atom relatif : C,12 ; O,16 ;Ca,40 ]

Menghitung kadar tindak balas pada masa tertentu daripada keputusan eksperimen Contoh : Masa (saat) Isi padu CO2 (cm3) 0 0 60 28.5 120 180 48.5 62 Jadual 1 240 67 300 70 360 70 420 70

Jadual 1 menunjukkan jumlah isi padu karbon dioksida yang dikumpul dalam suatu tindak balas antara kalsium karbonat dengan asid hidroklorik cair. Berapakah kadar tindak balas pada minit kedua?

Kadar tindak balas pada ketika tertentu boleh ditentukan daripada kecerunan tangen pada minit kedua: Langkah 1: Langkah 2: Langkah 3: Langkah 4: Lukiskan tangen ( garis AB) pada titik P. Pastikan garis AB hanya menyentuh titik P dan tidak memotong mana-mana bahagian lain pada garis lengkung. Lengkap segi tiga bersudut tegak ABC. Ukur jarak AC dan BC.

Pastikan anda boleh menghuraikan dan menerangan eksperimen-eksperimen yang telah dijalankan di dalam makmal. Ini adalah penting kerana soalan menghuraikan dan menerangkan eksperimen sering ditanya dalam soalan esei dan struktur.

Kadar Tindak Balas


BAHAN P&P Lampiran 1 - Lembaran Eksperimen A . Eksperimen mengkaji kesan saiz zarah (luas permukaan) kalsium karbonat dengan asid hidroklorik cair terhadap kadar tindak balas Eksperimen I

Rajah 1 Kaedah: 1. Timbangkan 10 g ketulan marmar dan masukkan ke dalam sebuah kelalang kon. 2. Sediakan radas seperti dalam Rajah 1. 3. Dengan menggunakan silinder penyukat, isikan 150 cm3 asid hidroklorik 2 mol dm-3 ke dalam kelalang kon. Dengan serta merta tutup kelalang kon dengan penyumbat yang telah dipasangkan dengan salur penghantar dan serentak dengan itu mulakan jam randek. 4. Catatkan jumlah isi padu gas karbon dioksida yang dibebaskan pada setiap selang masa 30 saat. Eksperimen II 5. Ulangi langkah 1 hingga 4 dengan menggunakan serbuk marmar yang halus untuk menggantikan ketulan marmar, tetapi kekalkan semua keadaan yang lain dalam Eksperimen I. 6. Catatkan keputusan-keputusan bagi Eksperimen I dan Eksperimen II dalam jadual. Keputusan Eksperimen I Masa (saat) Isi padu CO2 (cm3) Keputusan Eksperimen II Masa (saat) Isi padu CO2 (cm3) 0 60 120 180 240 300 360 420 0 60 120 180 240 300 360 420

Soalan untuk perbincangan 1. Nyatakan pemboleh ubah yang dimanipulasikan dan bergerak balas. 2. Nyatakan hipotesis yang anda telah bina untuk eksperimen ini. 3. Plotkan graf isi padu gas karbon dioksida melawan masa bagi kedua-dua eksperimen itu pada paksi yang sama. 4. Berdasarkan graf yang dilukiskan, jawab soalan-soalan berikut: (a) Tentukan masa yang diambil untuk tindak balas antara asid hidroklorik dengan ketulan kalsium karbonat dan serbuk kalsium karbonat berlaku dengan lengkap. (b) Hitungkan kadar tindak balas pada ketika 120 saat bagi kedua-dua Eksperimen I dan Eksperimen II itu dan nyatakan unitnya. (c) Hitungkan kadar tindak balas purata bagi Eksperimen I dan Eksperimen II. 5. Bedasarkan jawapan dalam Soalan 2 di atas, apakah kesan saiz zarah (luas permukaan) ke atas kadar tindak balas? 6. (a) Tuliskan persamaan kimia bagi tindak balas antara kalsium karbonat dengan asid hidroklorik. (b) Berdasarkan persamaan di (4)(a) di atas, hitungkan isi padu gas karbon dioksida yang dibebaskan apabila 10 g kalsium karbonat bertindak balas dengan asid hidroklorik yang berlebihan. 7. Adakah keputusan eksperimen menyokong hipotesis anda? Jawapan soalan untuk perbincangan: 1. Pemboleh ubah dimanipulasikan :Saiz kalsium karbonat Pembolehubah yang bergerak balas : kadar pembebasan gas karbon dioksida 2. Semakin kecil saiz kalsium karbonat (luas permukaan besar), semakin tinggi kadar pembebasan gas karbon dioksida (kadar tindak balas). 3.

Rajah 2 Graf isi padu CO2 melawan masa 4. (a) Ketulan kalsium karbonat : 450 saat Serbuk kalsium karbonat : 240 saat (b) Kadar tindak balas pada ketika 120 saat bagi Eksperimen II boleh ditentukan daripada kecerunan tangen: Langkah 1 : Lukiskan tangen ( garis AB) pada titik P. Pastikan garis AB hanya menyentuh titik P dan tidak memotong mana-mana bahagian lain pada garis lengkung. Langkah 2 : Lengkap segi tiga bersudut tegak ABC.

Langkah 3 : Ukur jarak AC dan BC. Langkah 4 :

Kadar tindak balas pada ketika 120 saat bagi Eksperimen I boleh ditentukan daripada kecerunan tangen: Langkah 1 : Lukiskan tangen ( garis KL) pada titik Q. Pastikan garis KL hanya menyentuh titik Q dan tidak memotong mana-mana bahagian lain pada garis lengkung. Langkah 2 : Lengkap segi tiga bersudut tegak KLM. Langkah 3 : Ukur jarak KM dan LM. Langkah 4 :

(c)

5. Semakin besar luas permukaan zarah bahan tindak balas, semakin tinggi kadar tindak balas. 6. (a) CaCO3 + 2HCl CaCl2 + CO2 + H2O (b) Daripada persamaan : 1mol CaCO3 1mol CO2 Mol CaCO3 yang bertindak balas = 10/100 = 0.1 Maka, mol CO2 yang dibebaskan = 0.1 Isi padu gas CO2 yang dibebaskan = 0.1 x 24 dm3 7. Ya, keputusan eksperimen menyokong hipotesis.

NOTA A . Teori Perlanggaran Teori perlanggaran terdiri daripada tiga idea utama, iaitu untuk suatu tindak balas berlaku: - Zarah-zarah bahan tindak balas sentiasa bergerak dan berlanggar antara satu sama lain supaya tindak balas dapat berlaku.

B .

- Perlanggaran zarah-zarah bahan tindak balas perlu melebihi suatu tenaga minimum yang di panggil tenaga pengaktifan. - Zarah-zarah bahan tindak balas yang berlanggaran bukan sahaja perlu mencapai tenaga yang melebihi tenaga pengaktifan, tetapi juga perlu mempunyai orientasi yang betul supaya perlanggaran berkesan dapat berlaku. Menggunakan teori perlanggaran utnuk menerangkan kesan saiz zarah (luas permukaan ) bahan-bahan tindak balas terhadap kadar tindak balas - Lebih kecil saiz zarah bahan tindak balas, lebih besar jumlah luas permukaan zarah-zarah yang terdedah kepada perlanggaran. - Frekuensi perlanggaran zarah-zarah bahan tindak balas bertambah. - Frekuensi perlanggaran zarah-zarah bahan tindak balas yang melebihi tenaga pengaktifan dan mempunyai orientasi yang betul bertambah. - Frekuensi perlanggaran berkesan bertambah - Kadar tidak balas bertambah

LATIHAN - Fokus peperiksaan A. Pilih jawapan yang betul. 1 Eksperimen-eksperimen berikut telah dijalankan di bawah keadaan-keadaan yang sama untuk mengukur isi padu gas karbon dioksida yang dibebaskan pada selang masa yang tetap. Eksperimen I : 2 g ketulan marmar dimasukkan ke dalam asid hidroklorik 2 mol dm-3 yang berlebihan. Eksperimen II : 2 g serbuk marmar dimasukkan ke dalam asid hidroklorik 2 mol dm-3 yang berlebihan. Graf Isi padu gas karbon dioksida yang dikumpulkan dalam Eksperimen I dan Eksperimen II melawan masa pada paksi yang sama ialah

CaCO3 (p) + 2HCl (ak) CaCl2 (ak) + CO2 (g) + H2O (ce) Dalam tindak balas di atas, apakah kesan ke atas kadar awal tindak balas dan isi padu akhir bagi karbon dioksida yang dibebaskan jika kalsium karbonat yang digunakan digiling menjadi serbuk? Kadar awal tindak Isi padu akhir karbon dioksida yang balas terkumpul A bertambah bertambah B bertambah sama C berkurangan berkurangan D berkurangan bertambah Zn (p) + 2HCl (ak) ZnCl2 (ak) + H2 (g) Persamaan di atas mewakili tindak balas serbuk zink dengan asid hidroklorik 2 mol dm-3 yang berlebihan dalam suatu eksperimen. Perubahan bahan tindak balas dan hasil tindak balas terhadap masa telah direkodkan. Antara graf berikut, yang manakah menunjukkan perubahan yang betul?

II

III

IV

A I dan III sahaja B I, II, dan IV sahaja C II, III dan IV sahaja D I, II, III dan IV Eksperimen Bahan tindak balas I II III 3 g pita magnesium dengan 10 cm3 asid hidroklorik 1 mol dm-3 3 g pita magnesium dengan 10 cm3 asid hidroklorik 2 mol dm-3 3 g pita magnesium dengan 20 cm3 asid hidroklorik 1 mol dm-3 Jadual 1

Kadar awal tindak balas a b c

Jadual 1 menunjukkan tiga eksperimen yang telah dijalankan untuk mengkaji kadar awal tindak balas antara magnesium dengan asid hidsroklorik cair. Yang manakah antara berikut menunjukkan susunan menaik kadar awal tindak balas dalam ketiga-tiga eksperimen ini? A a, b, c B a, c, b C c, a, b D b, c, a Masa yang diambil untuk 5 g ketulan zink selesai bertindak balas dengan 50 cm3 asid hidroklorik 2 mol dm-3 boleh dipanjangkan dengan A menambahkan air suling kepada campuran tindak balas.

B menambahkan mangkin kuprum(II) osida kepada campuran tindak balas. C menggunakan 5 g serbuk zink untuk menggantikan 5 g ketulan zink. D menambahkan asid hidroklorik pekat kepada campuran tindak balas. Antara campuran marmar dengan 50 cm3 asid hidroklorik berikut, yang manakah boleh menghasilkan gas dengan kadar awal paling tinggi? A 5 g serbuk marmar dengan asid hidroklorik 0.2 mol dm-3 B 5 g ketulan marmar dengan asid hidroklorik 0.2 mol dm-3 C 10 g serbuk marmar dengan asid hidroklorik 0.1 mol dm-3 D 10 g ketulan marmar dengan asid hidroklorik 0.2 mol dm-3 Antara asid berikut, yang manakah akan menghasilkan kadar awal tindak balas paling tinggi apabila 1 g serbuk marmar dimasukkan ke dalamnya? A 50 cm3 asid nitrik 1.0 mol dm-3 B 50 cm3 asid sulfurik 1.0 mol dm-3 C 50 cm3 asid etanoik 1.0 mol dm-3 D 50 cm3 asid hidroklorik 1.0 mol dm-3

Rajah 1 8 Rajah 1 menunjukkan graf jumlah isi padu gas terbebas melawan masa bagi tindak balas antara marmar dengan asid hidroklorik cair. Daripada graf itu boleh disimpulkan bahawa A kadar tindak balas pada saat ke-10 lebih rendah daripada pada saat ke20. B jumlah isi padu gas yang terkumpul bagi 20 saat pertama ialah v/2 cm3. C jumlah isi padu gas yang terkumpul dalam eksperimen itu ialah v cm3. D kadar maksimum pembebasan gas ialah pada saat ke-40.

Rajah 2 9 Rajah 2 menunjukkan graf jumlah isi padu gas hidrogen terbebas melawan masa bagi tindak balas satu logam dengan asid satu asid cair bagi Eksperimen I dan Eksperimen II. Antara berikut, yang manakah mungkin dapat menerangkan perbezaan pada kedua-dua lengkung yang didapati daripada kedua-dua eksperimen itu. I Suhu asid Eksperimen I lebih tinggi dari pada suhu asid Eksperimen II. II Mangkin digunakan dalam Eksperimen I tetapi tidak digunakan di dalam Eksperimen II. III Bilangan mol logam dan bilangan mol asid yang digunakan dalam Eksperimen I lebih banyak daripada Eksperimen II. IV Serbuk logam digunakan di dalam Eksperimen I dan ketulan logam digunakan dalam Eksperimen II. A B C D III dan IV sahaja I, II, dan III sahaja I, II, dan IV sahaja I, II, III dan IV sahaja

Rajah 3 10 P bertindak balas dengan Q untuk mebentuk R. Graf jumlah kuantiti R yang

terbentuk melawan masa adalah seperti pada Rajah 3. Berdasarkan graf itu boleh dibuat kesimpulan bahawa I Tindak balas P dan Q telah selesai pada masa t2 saat. II Kuantiti maksimum bagi R yang terbentuk ialah y mol. III Kadar tindak balas yang paling tinggi ialah pada masa t2 saat. IV Kecerunan graf pada titik z memberikan kadar tindak balas pada ketika t1 saat. A B C D I dan III sahaja II dan IV sahaja I, II, dan IVsahaja I, II, III dan IV

B. Jawab soalan yang berikut ini. Dua eksperimen untuk mengkaji kadar penguraian hidrogen peroksida dijalankan seperti berikut dalam keadaan-keadaan eksperimen yang serupa. Eksperimen I: 20 cm3 hidrogen peroksida 2-isi padu dimasukkan ke dalam kelalang kon. Kemudian 3 g serbuk mangan(IV) oksida ditambahkan. Eksperimen II: 20 cm3 hidrogen peroksida 4-isi padu dimasukkan ke dalam kelalang kon. Kemudian 3 g serbuk mangan(IV) oksida ditambahkan. (a) Cadangkan satu kaedah pengutipan gas di mana jumlah isi padu gas yang dibebaskan dapat dibaca dengan mudah pada sela masa min. (b) Tuliskan persamaan tindak balas bagi penguraian hidrogen peroksida. (c) Lakarkan graf isi padu gas yang dikutip melawan masa bagi kedua-dua eksperimen, pada paksi yang sama. (d) i. Dalam eksperimen manakah kadar penguraian hidrogen peroksida lebih tinggi? ii. Terangkan jawapan anda kepada (d)(i). (e) i. Mangan(IV) oksida bertindak sebagai mangkin dalam eksperimen ini. Terangkan mengikut teori perlanggaran zarah, peranan mangan(IV) oksida dalam menambahkan kadar pembebasan gas dalam eksperimen ini. ii. Namakan satu bahan lain yang boleh menggantikan mangan(IV) oksida dalam eksperimen ini. Jawapan: A: 1. 2. 3. 4. 5. C B D D A 6. 7. 8. 9. 10. A B C C C

B: (a) Gas yang dibebaskan disalurkan ke dalam sebuah buret berisi air yang ditelangkupkan di dalam sebuah besen berisi air. (b) 2H2O2 O2 + 2H2O (c)

(d) i. Eksperimen II ii. Eksperimen II menggunakan hidrogen peroksida yang lebih pekat. Bilangan molekul hidrogen peroksida per unit isi padu lebih banyak. Frekuensi pelanggaran berkesan bertambah. Kadar penguraian hidrogen peroksida bertambah. (e) i. Penambahan mangan(IV) oksida memberikan suatu lintasan baru dengan tenaga pengaktifan yang lebih rendah. Lebih banyak perlanggaran molekul-molekul hidrogen peroksida yang mencapai jumlah tenaga yang melebihi tenaga pengaktifan yang lebih rendah ini. Bilangan perlanggaran berkesan bertambah. Kadar penguraian hidrogen peroksida bertambah. ii. Kuprum(II) oksida

Anda mungkin juga menyukai