Anda di halaman 1dari 16

Aneka Resepi Almond London

LONDON ALMOND sumbangan Puan Rozita MTM (Cikgu kelas Cookies Raya) 250 GM BUTTER 125 GM GULA ICING 100 GM TEPUNG JAGUNG 200 GM TEPUNG HONKWEE (PUTIH,KERTAS TULISAN BIRU) 250 GM TEPUNG GANDUM 1 BIJI TELUR (PUKUL SEDIKIT) 1. PUTAR BUTTER, ICING SUGAR DAN TELUR. 2. MASUKKAN SEMUA JENIS TEPUNG DAN ULI LEMBUT. 3. SUKAT MENGGUNAKAN 1 STEH DAN MASUKKAN BADAM YANG SIAP DIBAKAR DI DALAMNYA. 4. BAKAR 5. DAH MASAK, CELUPKAN KEDALAM COKLAT MASAKAN DAN TABUR DENGAN BADAM NIP (BAKAR) Komen : Ini merupakan secret resipe Puan Rozita so cuba jangan tak cuba. London Almond sumbangan Rafidah Junid Sumber : ResepiNet Bahan biskut : 150 gm mentega 50 gm gula aising 1 butir telur 170 gm tepung gandum 50 gm tepung jagung 60 gm nestum (saya guna nestum madu sebab lebih wangi, tapi nestum perisa asli pun ok jugak kot) 50 gm susu tepung 1/5 sudu teh esen vanilla 1 sudu teh garam halus

lebih-kurang 100 biji badam (masa saya buat bebaru ni, satu adunan menghasilkan 110 biskut) Bahan salut : coklat masakan (tapi, saya buat guna coklat masakan putih) serpihan badam/chocolate rice/sprinkles - untuk hiasan Cara : 1.Panggang badam dalam ketuhar sampai rapuh & merekah sedikit kulitnya (saya panggang pada suhu 180C, 10 minit). sejukkan ke suhu bilik. 2.Putar mentega & gula aising hingga sebati. 3.Masukkan telur & esen vanilla, gaul hingga sebati. 4.Ayak bersama tepung gandum, tepung jagung, susu tepung & garam. masukkan nestum & gaul rata. 5.Masukkan campuran tepung ke dalam campuran mentega. gaul hingga sebati. 6.Ambil 1/2 sudu teh adunan, buatkan bebola (saya guna sudu sukatan, bukan sudu teh biasa, supaya saiz biskut akan sekata). 7.Leperkan bebola, masukkan sebiji badam & bentuklah mengikut citarasa (bulat atau bujur). 8.Bakar pada suhu 180C selama 12 minit. 9.Keluarkan dan biarkan sejuk ke suhu bilik sebelum disadur dengan coklat, dihiasi serpihan badam/chocolate rice/sprinkles & dimasukkan ke dalam cawan kertas. 10.Biarkan coklat betul-betul kering sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.

Almond London (Amy Beh) Sumber : Kuali, The Star Bahan 125g butter 75g gula icing 1 kuning telur Ayak Bersama: 225g tepung gandum 1/2 tsp tepung beras 300g badam, dipanggang 450g coklat masakan, dicairkan Badan cincang, dipanggang Mangkuk kertas Cara Pukul butter dan gula hingga kembang. Masukkan kuning telur. Pukul lagi. Masukkan bahan kering yang sudah di ayak. Adun sehingga menjadi doh yang boleh dibentuk. Ambil sedikit doh, saiz sebesar guli, balut badam dan bentukkan menjadi sebiji bola. Letakkan doh dalam loyang yang bergris. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu175 C selama 20-25 minitatau sehingga masak dan keemasan. Sejukkan apabila sudah masak.

Letakkan cookies ke dalam mangkuk kertas dan tuang coklat yang dicairkan di atasnya. Hiaskan dengan badam yang dicincang. Almond London Cookies sumbangan Hasnee MTM Bahan-bahan 260gm Butter/mentega 550gm tepung Top 120gm gula kastor 2 biji kuning telur 1 biji putih telur 1 sudu Emplex (Jumlah sukatan badam: agak2 sendiri lerr : 100biji kerr lebih boleh disimpan ) Badam di bakar/sangrai garing ~ di bahagi spt. berikut 3/4 Badam biji ~ inti 1/3 Badam hancur ~ hiasan 100gm coklat masak di campur dengan 1 sudu makan Crisco (lemak sayuran) di masak dengan cara double cook ( coklat diletak di dalam periuk~1 dan dimasak di atas air panas di dalam periuk~2 sambil di kacau perlahan2) gunakan api yang perlahan. Cara-cara Pukul telur, gula, butter emplex hingga putih, masukkan tepung top sedikit2 sambil di gaul rata. Badam biji di salut dengan doh tadi dan dibentuk lonjong (ketebalan tepung ikut suka anda..) kemudian di bakar hingga masak atau dengan suhu 1800C selama 15 minit. Setelah masak dan di sejukkan..bolehlah di celup kedalam coklat yang telah di cairkan, kemudian letakkan di dalam cawan kertas. Ketika coklat masih basah taburkan badam hancur sedikit di atas biskut tersebut supaya ianya mudah lekat. Setelah coklat kering barulah boleh disimpan di dalam bekas. Panduan. 1. Coklat hendaklah di masak setelah biskut tadi siap di bakar. 2. Untuk yg nak simpan lama...Biskut yang telah siap di masak jangan di celupkan dengan coklat. Simpan di dalam bekas yang kering & kedap udara. Agak2 nak makan (sehari dua kerr) barulah di masak coklat dan di celupkan biskut tersebut. Coklat yang agak sedap untuk biskut ini brand Tulip.. London Almond sumbangan Sifu Suria RN 250g butter 1 cup icing sugar 1 cup serbuk almond ( kisar punya) 1 cup tepung jagong 1/2 cup tepung beras 1 sudu kecil emplex Tepung gandum guna sampai boleh uli doh tu, lebih kurang 2+ cup lah. saya guna measuring cup standard ni kat bake with yen ada jual cup ni. Almond kena goreng dulu ( sangai ke orang biasa cakap, tanpa minyak tu), saya biasa masuk aja dlm oven

dalam 10 min, jgn hangus pulak nanti tak sedap. Bulat2kan letak almond sebiji(setengah biji tak jadi nya), susun banyak2 dalam loyang bakar dalam oven. Lapik loyang dgn kertas daripada sapu marjerin, senang nak angkat tak pecah kuih. As usual salut dgn choc. choc murah boleh + coco butter nak cairkan choc, tak pun guna choc mahal, nama dia lebih kurang morangue glance ke, satu bar kat bake with yen tu cost 25+++ tapi hasil cantik, berkilat. Kuih ni kembang sikit so jgn buat besar2, bagi comel2 muat isi satu biji almond tu dahlah. Adunan jgn keras sangat, nanti tak boleh bentukkan bentuk bujur tu. Almond London sumbangan Nor Faizah Che Din Restoren Pak Amir Bahan2 250gm mentega 130gm gula aising 450gm tepung protin sederhana 2 kuning telur 1 camt esen vanila Biji badam dipanggang Badam cincang dipanggang Cooking choclate Cara2 1.Pukul mentega & gula aising sehingga kembang & lembut 2.Masukkan esen vanila & kuning telur & pukul lagi sehingga 2 minit 3.Masukkan tepung & kacau rata 4.Ambil sebiji badam yg tlh dipanggang baluktkan dgn adunan tepung & bentukkan membujur 5.Bakar pada suhu 180 darjah Celcius sehingga kuning. Apabila sudah sejuk, celupkan biskut kedlm coklat cair. Masukkan kedalam mangkuk kerta warna coklat/hitam dan taburkan badam cincang. * Coklat tu dicairkan dgn kaedah double boiling. Komen dari sorang ahli Restoren Pak Amir : Ini resepi almond london yg diperolehi dari netters baru2 ni. I dah cuba last weekend. Cumanya bila I nak beli bahan bakery I tanya the bakery girl, dia syorkan I guna satu jenis tepung - namanya red roses flour menggantikan tepung protein sederhana (TPS) tu. I tanya adakah red roses and TPS tu sama. TPS dijual berasingan disitu. Dia kata tak sama (Wallahualam). So I pun gantikan TPS dgn red roses. The result was

Bahan & Ramuan Biskut Almond London 250 gram mentega/butter 125 gram gula halus 1 biji telur 1 sudu teh esen vanilla 50 gram serbuk badam (sediakan kalau nak rasa lagi best) 200 gram tepung jagung 300 gram tepung gandum 2 sudu tepung beras 1 sudu teh baking powder 200 gram kacang badam (digoreng tanpa minyak) 50 gram badam cincang (untuk hiasan) +/- 700 gram coklat masakan (budget sendiri yerk) Resepi Membuat Biskut Almond London Langkah 1 : Pukul mentega bersama-sama dengan gula sehingga kembang

Langkah 2 : Selepas itu, masukkan telur dan esen vanilla ke dalam adunan tersebut. Adunan itu dipukul lagi. Kemudian, masukkan serbuk badam. Langkah 3 : Dengan menggunakan bekas lain : ayak tepung jagung, tepung beras, baking powder dan tepung jagung. Selepas itu, masukkan adunan di langkah dua (telur+esen vanilla+serbuk badam) ke dalam adunan tepung nie sedikit demi sedikit sambil gaul. Langkah 4 : Teruskan gaul sehingga menjadi doh. Bentukkan doh tersebut dalam bentuk bulat-bulat kecil ataupun lonjong. Masukkan kacang di dalamnya ataupun di tengah-tengahnya. Langkah 5 : Letakkan doh-doh kecil itu diatas dulang pembakar yg telah dilenserkan dengan sedikit mentega. Ini bagi memastikan doh Almond London tu tak melekat di atas dulang pembakar nanti. Langkah 6 : Bakar pada suhu 200'c.d selama 20 minit. Langkah 7 : Cairkan coklat masakan dengan kaedah "double-boil" . Masukkan biskut Almond London yang telah dibakar tadi ke dalam mangkuk kertas. Tuangkan ataupun celupkan dengan coklat masakan. Taburkan sedikit badam cincang sebagai hiasan ataupun penyeri. Langkah 8 : Biarkan ia kering seketika. Sekarang biskut Almond London dan siap untuk dimakan ataupun disimpan.

Biskut Coklat Chip Rangup


Projek hari ini ialah Biskut Coklat Chip Rangup. Resepi ini diperolehi daripada Kak Mas yang berniaga biskut ni bila musim raya menjelma. Disebabkan kerangupan biskut ini..setiap musim raya aku kena buat 2 kali..sebab biskut ini macam chipsmore...kejap aje abis...

Bahan-bahannya: 250g butter 150g brown sugar + 150g castor sugar 3 eggs yolk 300g flour } 3 camt baking powder } 2 camt bikarbonat soda } di ayak bersama 2 camb serbuk koko } 100g coklat chip / white coklat 100g badam cincang sedikit esen vanila Cara membuatnya: 1. Pukul butter dan gula hingga kembang. Kemudian masukkan telur dan pukul lagi. 2. Masukkan tepung yang telah diayak dengan baking, bikarbonat soda dan koko dan gaul hingga sebati. Kemudian masukan badam cincang dan coklat chip. 3. Bulatkan adunan sebesar syiling 10 sen dan susun dalam dulang. Bakar hingga kekuningan.

BISKUT COKLAT CIPS RANGUP Bahan A 250 g butter 160 g gula halus 1 biji kuning telur 1 s/k esen vanilla Bahan B [gaul rata] 230 g tepung gandum] 20 g serbuk koko ] ayakkan 100 g coklat cips 50 g white coklat cips [boleh gantikan dgn coklat rice] 50 g badam cincang [roasted] 50 g nestum Cara 1. Gaulkan butter dan gula sehingga sebati. 2. Masukkan kuning telur dan esen vanila. Kacau rata. 3. Masukkan bahan B perlahan dan kacaukan dengan senduk kayu. 4. Sudukan adunan kecil2 [besar guli] dalam loyang. 5. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan suhu 180'C selama 25 minit atau sehingga masak. 6. Sejukkan dan simpan dalam balang kedap udara. NOTA : boleh juga gunakan tepunng gandum.. don wori sebab ada ahli forum cari.com.my dah buat gunakan tepung gandum dan hasilnya memuaskan hati..

KRK COKLAT

Bahan-bahan ( saiz 20 cm )
y y y y y y y y y y y y y y y y y

2 biji telur 1 cawan minyak masak 1 cawan gula pasir 1 cawan gula perang Bahan A 1 sudu kecil vanila 1 1/2 cawan susu segar perisa coklat 1/2 cawan air campur dgn 2 sudu kecil nescafe Bahan B 2 sudu kecil sodium bicarbonate 1 sudu kecil baking powder 1/2 cawan serbuk koko 2 cawan tepung gandum ============================== * Topping ** 1/2 cawan koko van hauten 1/2 cawan susu pekat

1 sudu besar minyak masak

Cara-cara
1. 2. 3. 4. Pukul telur hingga kembang Masukkan gula dan pukul lagi Kemudian masukkan minyak masak Ayak semua bahan B dan masukkan sedikit demi sedikit ke dalam telur tadi berselang seli dengan bahan A. Gaul sehingga sebati. 5. Bakar pada suhu 170 degree selama 1 jam atau sehingga masak 6. Untuk toppingnya.. masukkan semua bahan-bahan ke dalam periuk, dengan api kecik panaskan sampai nampak dah ok...taruk je atas kek yg dah sejuk

Kek Coklat Lembab yang Mudah & Sedap

Bahan-bahan: 2 biji telur 1 cawan minyak masak 1 cawan gula pasir 1 cawan gula perang Bahan A 1 sudu kecil vanila 1 1/2 cawan susu segar perisa coklat 1/2 cawan air campur dgn 2 sudu kecil nescafe Bahan B 2 sudu kecil sodium bicarbonate 1 sudu kecil baking powder 1/2 cawan serbuk koko 2 cawan tepung gandum ============================== ** Topping **

1/2 cawan koko van hauten 1/2 cawan susu pekat 1 sudu besar minyak masak Cara-cara:
y y y y y y

Pukul telur hingga kembang Masukkan gula dan pukul lagi Kemudian masukkan minyak masak Ayak semua bahan B dan masukkan sedikit demi sedikit ke dalam telur tadi berselang seli dengan bahan A. Gaul sehingga sebati. Bakar pada suhu 170 degree selama 1 jam atau sehingga masak Untuk toppingnya.. masukkan semua bahan-bahan ke dalam periuk, dengan api kecik panaskan sampai nampak dah oktaruk je atas kek yg dah sejuk

Tart Nenas Gulung (Gebu)

Bahan-bahan ( 150 Biji )


y y y y y y y y y y y y

100 gm tepung gandum 100 gm tepung jagung 20 gm tepung Kastard 150 gm buttercup/planta 2 biji kuning telur Sedikit Pewarna Kuning Telur & Esen Vanilla Bahan untuk Intinya: Sebiji nenas gula secukupnya Pewarna kuning *Untuk aduan tart.. 1/2 cwan gula halus sudah mencukupi Klik di sini untuk isi bahan

Cara-cara
1. Pukul Majerin dah Gula sampai keputihan. Masukkan Kuning telur, pewarna kuning dan sedikit esen Vanilla.Pukul sehingga sebati. Masukkan tepung Kastard, tepung jagung dan tepung gandum sedikit demi sedikit. Uli perlahan dengan tangan hingga sebati. 2. *Jika adunan terlalu lembut dan melekit , tambahkan sedikit tepung gandum. *Jika adunan terlalu keras tambahkan lagi butter semasa menguli sehingga adunan betul2 lembut.

3. Setelah siap adunan, gelekkan adunan sehingga rata dan gelek menggunakan pengelek tart untuk mendapatkan corak berbelang. Potong mengikut panjang dan lebar yang disukai. 4. Letakkan sedikit jem nenas dan gulung. Sapukan bahagian atas Tart Nenas dengan kuning telur yang telah dicampur dengan pewarna kuning. Bakar selamat 15-20 minit pada suhu 150 C. 5. *Untuk jem, nenas yang diparut dimasak bersama gula dan ditambah pewarna kuning. Masak sehingga nenas kering dan tidak berair

TAT GULUNG Bahan 60 gm butter 190 gm majerin 70 gm gula halus 1 biji kuning telur 1 s/k esen vanilla 350 gm tepung gandum 50 gm tepung jagung Jem Nenas.. boleh dibeli dikedai bahan kueh/kek atau.. 1 biji nenas ] blend dan masak sampai pekat baru + gula 1/2 cawan air ] 1 cawan gula Bahan Glaze/pengilat 2 kuning telur 2 s/kecil air pewarna kuning Cara. 1. Gaulkan butter,majerin dan gula supaya rata. 2. Masukkan kuning telur dan esen vanilla dan gaul sehingga rata. 3. Masukkan tepung gandum dan tepung jagung yg telah diayakkan. 4. Gaulkan sehingga rata dan sebati. 5. Gunakan acuan Nestar dan pamkan adunan. 6. Kepalkan jem nenas sebesar biji kurma. 7. Letakkanjem nenas diatas adunan dan gulungkan. 8. Masukkan adunan biskut dalam acuan kertas. 9. Sapukan dengan bahan glaze tadi. 10. Bakar dalam oven suhu 180'C sehingga kuning keemasan atau masak dalam 20 minit. 11. Bila telah masak, sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara. Kalau kak liza rajin dan ada pembantu/kawan..kak liza selalu buat kueh ni.. kalau rasa macam nak cepat jer..

kak liza buat saperti ini.. masukkan bahan adunan dalam acuan bunga dahlia/bunga cina tu dan pamkan dlm acuan kertas.. tekan tengah sikit.. pastu kak liza mmasukkan jem nenas dalam beg pelastik kecil dan lubangkan hujung bucu.. pamkan jem kedalam adunan bunga dahlia tadi.. bakar sehingga kuning keemasan..[15 - 20 minit gak]. cara ni memang cepat..dan ada kelainan dari biskut tat yg selalu disajikan dirumah orang lain..

tat dahlia sebelum dibakar

tat dahlia setelah dibakar

JEM NENAS 1 biji nenas muda [yg kulit hijau tu] kupaskan kulit dan buangkan mata...pastu racikkan semua nenas tu kecik sikit. [batang tengah pun pun amik..jangan buang..rugi wooo] Masukkan dalam blender..+ 1/2 cawan air..kisarkan [JANGAN TAPIS selepas kisar] Masukkan dalam kuali [kalu boleh gunakan non-stik wok/kuali..kalau tak der..p beli kat COSWAYker..kat GIANT ker..K4 KER..] Panaskan [masakkan] sehingga agak pekat. Masukkan 1/2 cawan gula..tambah 1 s/b gula kalau nak manis sikit tapi kak liza rasa dah okey dah tu.. Pastu kacaulah..jangan tinggal sebab dia akan hangus oleh kerana ada gula.. kak liza tidak bubuh pewarna kuning..nanti jem tu lebam..dan juga apa asam limau sebab nenas tu kak liza amik airnya..dah cukup masam dah..original masam sebab nenas tu kan nenas muda.. kacau sehingga agak pekat dari jem nenas yg kita beli [dalam botol tu].. so bila nak gunakan masukkan dalam pelastik saiz 5' x 7' tu.. aduhai panjangnye bab jem ni..

Cara membuat tart gulung

1. Bulatkan jem nenas dan ketepikan dalam pinggan [tujuannya untuk mengelakkan tangan berlengas nanti]

2. Pamkan doh. Terbalikkan bahagian bunga jalur tart itu ke bahagian bawah.

3. Letakkan inti jem yg telah dibulatkan dan gulungkan. Potong bahagian yg berlebihan.

4. Susunkan tat dalam loyang.

5. Sapukan kuning telur. Bakar sehingga kuning keemasan.

6. Siap untuk dihidangkan.

Bahan-bahan ( dalam 60-70 cawan mini cookies )


y y y y y

250gm cornflakes (kotak kecil) 125gm butter (1/2 buku) 1/2 cawan gula perang (tambah kalau suka manis) 5 sudu makan madu (saya guna golden syrup masa ni sebab tak ada madu) manik warna warni untuk hiasan

Cara-cara

1. Campurkan butter dan gula dan masak atas api perlahan hingga gula larut bersama butter

2. (saya terlebih rajin so masuk microwave je dalam masa 2-3 mins tapi kena kacau setiap min)

3. masukkan cornflakes ke dalam adunan yang dah cair dan masukkan madu (masa ni saya guna golden syrup)

4. aduk sampai rata

5. masukkan dalam acuan dan taburkan manik warna warni dan bakar selam 10-15 mins atau sampai dasar kekuningan (jap je tau)