Anda di halaman 1dari 189

Areila Sahimi

Bab 1
ETUL nak pergi jugak ni? Suara dari hujung talian bagaikan tidak percaya dengan SMS yang diterima sebentar tadi. Yup. Confirm. Memang nak pergi. Sekali lagi Suraya Dania mengiakannya. Sudah masuk kali sepuluh Azim bertanyakan soalan yang sama. Memang dia nak pergi. Rancangan telah pun diatur. Masakan mahu dibatalkan hanya kerana Azim tidak dapat turut serta. Penat-penat dia merancang itu ini, takkan nak senang-senang batal macam tu aje. Sue, saya macam tak sedap hati nak biarkan awak pergi sorang-sorang ke tengah pulau tu. Azim meluahkan rasa hatinya kepada Suraya. Gilalah dia sebagai tunang, memberi keizinan kepada Suraya untuk ke pulau itu seorang diri walaupun Suraya mengatakan yang dia akan diescort dengan Anisa dan Zulaika. Mereka bertiga tetap perempuan. Anak dara berkelana sampai ke tengah pulau, mahu buat apa? Macam-macam

Iman Suraya

benda tak elok bermain di dalam kepala. Lagipun dia bukan tak kenal sikap Suraya serta teman-temannya itu, suka bikin gempak dengan buat benda yang bukan-bukan. Sayang, awak tak payah risau. Anne dengan Ika kan ada. Dia orang boleh jaga saya. Suraya memujuk. Di dalam hati dia tersengih panjang. Untuk kesekian kalinya dia berbohong pada Azim. Tak apa. Azim jauh nun di Putrajaya. Bukan Azim boleh hidu apa yang dia buat. Pandai buat pandailah tanggung kalau terkantoi dengan tunang tercinta. Mahu Azim mengucap panjang kalau dapat tahu dia ke Langkawi seorang diri. Anne dengan Ika nak teman? Ho ho ho.... Tak ada maknanya budak berdua ni nak temankan. Awal-awal lagi mereka berdua dah siap bagi alasan tak mau join sekapal pergi jelajah pulau tu kalau setakat nak mencari tempat-tempat yang menarik untuk dijadikan kenangan pada sekeping gambar. Cuba kalau ajak turun KL, tak payah jemput, dua-dua datang ke depan, angkat tangan. Nak ikut! Nak ikut! Kata-kata Anne dan Ika bermain di dalam kepala setiap kali cadangan turun ke KL diutarakan. Cikgu Azim, tolonglah izinkan. Suraya merayu. Risau sahaja dia kalau Azim berkeras tidak izinkan dia pergi. Beg dah siap packing sejak dari minggu lepas lagi. Abah tak kata apa-apa selain dari hanya boleh menggeleng kepala. Azim yang mahu melebih pula. Risaunya mengalahkan dia ini isterinya pulak. Azim selalu sahaja terlupa yang dia ini hanya tunangannya sahaja. Suraya masih lagi tegak berdiri bersama pendiriannya selama ini. Selagi belum diijabkabulkan, dia punya hak untuk buat apa yang dia suka. Janji apa yang

Areila Sahimi

dibuat itu tidak melanggar batas-batas seorang wanita muslim. Lagipun saya dah ajak awak sekali. Awak yang tak nak join. Saya dah janji dengan Anne dan Ika. Takkan nak mungkir janji pulak. Munafik namanya tu. Suraya masih meneruskan sesi pujuk memujuk. Dikeluarkan segala fakta yang boleh menguatkan lagi hujahnya. Amboi. Kalau mahu cover diri sendiri, pandaipandai sahaja ayat agama boleh keluar dari mulut. Bendabenda fakta yang berkaitan dengan agama mana berani Azim nak menyangkal. Hati Suraya ketawa lagi. Bakat lakonan yang tak tau diwarisi dari siapa. Dia adalah ratu telenovela siaran televisyen tidak berbayar! Pandailah awak bercakap. Azim menggetus geram bila Suraya bijak mengarang ayat untuk mempertahankan dirinya. Dan Suraya Dania memang seorang yang bijak menyusun kata. Dari hujung talian, jelas Suraya sudah pecah tawanya. Jika tadi hanya hatinya sahaja ketawa, tapi apabila lubang telinga ini jelas dapat menangkap intonasi Azim yang tengah naik geram, dengan sendiri ketawanya itu boleh terburai keluar. Memang tak mampu untuk ditahan. Tengok tu. Boleh pulak gelak kat sana, gumam Azim lagi. Mode geram campur bengkek (menyampah) tadi masih bersisa lagi. Sue, tak boleh ke kalau awak pergi bercuti dekatdekat sini aje? Kenapalah pulau itu yang awak pilih. Sekali lagi Azim cuba menghalang. Digunakan bahasa selembut mungkin. Pelik Azim dengan perangai Suraya. Semakin dekat hari bahagia mereka, semakin kerap Suraya buat perangai.

Iman Suraya

Semedang (selalu) mahu ikut kepala Suraya sahaja, cakap orang langsung tak ambil pusing. Kalau setakat nak memuaskan hobinya itu, di Putrajaya ini pun banyak tempat menarik Suraya tak habis jelajah. Sekali lagi Suraya Dania buat Ikmal Hazim pening kepala. Tak boleh. Sebab kita orang memang dari awal semester ni lagi dah plan. Tamat final pulau tu kita orang akan jejak. Lagipun, awak tau, kan. Saya pergi sana just nak have fun aje. Bukan nak cari lelaki lain pun. Dalam hati saya ni, cuma ada awak sorang aje Encik Ikmal Hazim. Penuh drama Suraya berkata-kata. Ini kalau Azim tak cair-cair jugak, sahlah apa benda yang dah masuk dalam molekulmolekul Azim tu. Ayat mantap ni!!! Silent mode. Lima minit telah berlalu, masih lagi dengan mode senyap sepi. Sesekali deru angin dari luar menghembus perlahan sahaja yang menangkap masuk lubang telinga. Mata Suraya ditala pada beg troli dan beg galas yang sudah siap berkemas di tepi pintu bilik. Kamera digitalnya sudah diletakkan berdekatan dengan beg troli tadi. Segala macam aksesori kamera digital itu, awal-awal sudah dimasukkan ke dalam beg. Mana boleh tinggal. Hancus plan kalau benda-benda tu tertinggal nanti. Bila sudah masuk sembilan minit lima puluh sembilan saat Azim masih lagi dengan mode diam seribu bahasa dia tu, Suraya mulalah terasa panas semacam. Apa kes buat amal jariah tengah-tengah malam buta dekat syarikat telekomunikasi yang tentu-tentunya sudah kaya itu. Pakai line Aktifkan Dirimu pun Azim tetap pasif tak tau nak cakap apa. Azim!!! Awak dah tidur ke? jerit Suraya perlahan. Bibir bawah digigit. Geram.

Areila Sahimi

Ada. Azim menjawab sepatah. Tidak bernada. Hush.... Apa bendalah Azim ni fikir lama sangat. Ingat dia sudah goal tadi. Suraya berkata di dalam hati. Azim, awak jangan risau. Sekali lagi Suraya cuba meyakinkan Azim. Kenapa susah sangat nak faham bahasa ni. Adoyai... please... please.... Ini yang last. Yelah. Saya izinkan. Azim mengalah jugak akhirnya. Bibir Suraya menarik senyum segaris. Alhamdulillah. Ingat nak goreng apa lagi tadi kalau Azim tetap tak bagi pergi jugak. Nanti kalau nak mandi laut kat Langkawi tu nanti, awak pakai bikini ke pakai short? Azim bertanya dengan nada penuh sarkastik. Bukan tidak tahu tunangnya itu. Daring tak bertempat. Ingat lagi, pertama kali bertemu Suraya ketika hari pendaftaran pelajar junior di UPSI beberapa tahun yang lalu. Semua mata-mata senior tertala pada gadis yang serba rugged dari hujung rambut ke hujung kaki. Suara-suara nakal sibuk berkata-kata bahawa Suraya itu tersalah masuk universiti. Sepatutnya Suraya itu patut ambil jurusan Komunikasi dan Pengajian Media sahaja di UiTM. Sesuailah dengan perwatakan dan penampilannya. Ini Sarjana Muda Pendidikan (Bahasa Melayu) yang dia pilih. Semua orang naik confius. Boleh ke orang jenis macam ni jadi seorang pendidik yang kerjanya mendidik anak bangsa? Anasir tak baik. Manalah ada cikgu yang selamba pakai gelang tangan hitam, gelang kaki hitam, rantai hitam, serba-serbi aksesori warna hitam melilit di badan. Ini macam tangkal jangan bagi kencing malam aje. Azim! getus Suraya. Dia mencebik. Tak puas hati.

Iman Suraya

Saya taulah saya macam mana. Tak ada maknanya nak pakai bikini ke, short ke. Awak ingat saya tak tau malu ke? Suraya menggumam rendah. Macamlah dia ini tidak bermuka, boleh pakai macam tu. Gila apa. Dia ini orang Melayu. Tahulah etika berpakaian cara orang Melayu. Walaupun memang dah lama sedar yang ada sesuatu yang tak kena pada dirinya. Sampai sekarang pun tak dapat seru lagi nak pakai tudung. InsyaAllah. Sampai masa nanti dia pakailah. Kira okeylah tu, bila mula-mula jadi awek Azim dulu boleh tahan aje telinga kena bebel itu ini. Kena cuci sampai bersih. Sampai semua aksesori hitam gaya mutu keunggulan tu pun dah simpan elok dalam tin Vochelle masuk dalam laci kat rumah. Dalam kepala pun dapat tangkap sedikit-sedikit yang tak ada cikgu dalam Malaysia tanah air tercinta pakai segala benda alah tu. Awak terasa ke? Azim buat-buat tanya. Terasa ek? Ada. Ada, balas Suraya laju. Terasa macam nak pelangkung aje awak kalau awak ada kat depan mata sekarang ni. Bercakap ikut sedap mulut aje, marah Suraya akhirnya. Azim hanya mampu menahan tawa. Cikgu Sue dah marahlah. Saya main-main ajelah. Azim mengalah. Jangan sengaja-sengaja buat Suraya merajuk. Karang tak cukup minyak kereta nak drive dari Putrajaya balik Ipoh sebab nak pujuk Cikgu Sue yang kalau dah merajuk memang susah nak dipujuk. Nak bagi senang sikit kerja pujuk memujuk petuanya cuma satu, payungkan Suraya dengan dua belas kuntum bunga ros merah dalam jambak yang cantik menawan dan satu kotak besar coklat Ferrero Roche. Bapak

Areila Sahimi

demand. Kopak. Kopak. Itu pun hanya enam puluh peratus aje merajuk Suraya tu dapat dipujuk, lagi empat puluh peratus tu, kena tunggu dalam satu dua minggu jugaklah baru dia boleh reda sendiri. Dan itu yang tak boleh tahan tu. Moralnya. Jangan sengaja cari pasal kalau tak nak kopak, tak nak tanggung rindu lama-lama. Saya tahu. Awak kan sayang saya sangat-sangat. Suraya bersuara manja. Di dalam hati berbunga girang. Mana nak cari lelaki yang sebaik Azim di dalam dunia ini. Nak jumpa lelaki macam Azim satu dalam seribu mungkin. Kerana itulah dia merasakan, dialah manusia paling bertuah di dalam dunia ini apabila dia yang terpilih untuk menjadi suri di hati lelaki itu. Senyum masih mekar di bibir. Bahagia. Azim geleng kepala. Suraya... Suraya.... Macammacam. Tahu. Dari segi penampilan ada sedikit perubahan tapi daring tu tetap ada. Kalau dulu ruggednya yang lebih. Tapi kini lebih feminin, kadang-kadang maskulin jugak apabila boyfriend nombor dua dia itu sudah ada di tangan. Camera digital pelbagai fungsi hadiah daripada abang sulungnya. Ke mana sahaja Suraya pergi, kamera itu diusungnya. Hobi Suraya itulah satu. Gemar mengambil gambar tidak kira ke mana sahaja dia pergi. Mengambil gambar pemandangan dan tempat-tempat cantik di dalam Malaysia adalah minatnya. Suraya boleh dikelaskan sebagai jurufoto amatur yang berbakat. Ditambah pula dengan kecanggihan teknologi digital. Itu alasan yang Suraya berikan ketika dia mula-mula menyatakan hasratnya untuk bercuti di Pulau Langkawi sebulan yang lepas. Tidak dinafikan, dia jugak sudah mula mengikut jejak Suraya yang suka mengambil gambar-gambar untuk diabadikan di dalam lensa kamera. Mereka berkongsi minat yang sama.

Iman Suraya

So, ni dah habis packing barang dah ke ni? tanya Azim. Sudah. Petang tadi dah siap semua dah, balas Suraya bersahaja. Amboi. Excited sangat awak ni. Memanglah. Tak sabar nak ambil gambar kat tempat-tempat yang cantik kat sana tu. Itulah awak. Saya ajak, awak tak mahu. Aktiviti sekolahlah. Student nak examlah. Apalah, ngomel Suraya macam mak cik-mak cik. Cikgu Suraya Dania, nanti kalau awak dah start mengajar nanti, tahulah awak macam mana. Ingat. Jadi cikgu ni, pelajaran pelajar adalah yang paling utama. Azim berhujah panjang lebar. Suraya perlu diingatkan. Jangan dibuat perangai yang sama apabila sudah masuk mengajar nanti. Mahu haru jadinya apabila diajar para pelajar dengan kepala gila-gilanya itu kalau tidak pandai cover diri sendiri. Yes sir! Faham sir!!! Suraya mengangkat tangan memberi tabik hormat walaupun tahu, bukan Azim boleh nampak pun. Dia punya tangan, dia punya sukalah. Naik bas pukul berapa esok? Azim masih lagi tidak puas menyoal selidik Suraya sebelum Suraya berangkat esok. Bas Express Perlis pukul dua belas malam esok. Sampai Kuala Perlis dalam pukul tujuh, lepas tu naik feri dalam empat puluh lima minit, lepas tu check-in dalam Twins Peak Resort anggaran jam sembilan pagi selepas sarapan, lepas tu masuk bilik, baring-baring kejap, lepas tu... Sudah... sudah! Pantas Azim memotong. Sampai macam tu sekali dibacanya itinerary untuk tempoh percutian dia selama lima hari empat malam itu.

Areila Sahimi

Memang sengaja betul Suraya Dania mahu mencipta rasa hangin dalam diri dia. Memang sengaja nak bagi jeles. Sue, ini yang terakhir, kan? Azim bertanya lagi. Ingin kepastian. Yup. Suraya menjawab dengan seribu keyakinan. Lepas ni... Belum sempat Azim menghabiskan kata, Suraya pantas memotong. Lepas ni, walau apa pun, kita akan buat berdua. Saya tahu. Ini percutian terakhir saya sebagai Cik Suraya Dania. Lepas ni kalau nak pergi bercuti pun dah pakai title baru. Puan Suraya Dania. Lagipun bagilah can pada saya nak enjoy puas-puas dulu sebelum masuk mengajar. Suraya mencuri nafas seketika. Awak jangan risau banyak sangat. Balik aje dari bercuti ni, kita uruskan soal majlis kita pulak. Okey. Saya janji. Dah tak ada main-main lagi, sambung Suraya lagi. Ini adalah yang terakhir. Itu janji dia pada Azim. Takkanlah apabila sudah selamat menjadi isteri kepada Ikmal Hazim nanti boleh buat perangai pelik pergi bercuti dengan kawan-kawan pulak (kawan-kawan itu untuk cover line, sebenarnya pergi sorang-sorang), biarpun sudah berkali-kali Anne dan Ika tumbuh tanduk di kepala menyarankan yang bukan-bukan apabila dia menerima lamaran Azim untuk menjadi suri di hati lelaki itu. Macam-macam dia orang berdua momokkan Suraya tentang hidup berumah tangga. Jika sudah jadi isteri somebody, alamatnya akan terkongkonglah hidup. Semua hasutan itu Suraya buat-buat pekak aje. Dia yakin dan percaya sepenuhnya pada Azim. Azim lelaki yang baik. Azim cukup sempurna di mata Suraya. Semua kriteria lelaki idaman ada dalam diri Azim. Munculnya Azim sedikit

Iman Suraya

sebanyak mengubah diri Suraya. Dan Azim adalah seorang lelaki yang tahan sabar dengan setiap tindakan Suraya yang di luar dugaan dan ada masa (sebenarnya setiap masa) gilagila bahasa, sepatah cakap, satu pun tak boleh pakai. Suraya bahagia kerana Tuhan menemukan dia dengan Azim. Malah dia juga sudah berjanji pada diri sendiri, apabila sudah sah menjadi Puan Suraya Dania nanti, dengan segera dia akan memakai tudung di kepala. No cap. No key. Tudung. Tidak kira tudung bawal ke, tudung kerapu ke, tudung Wahida ke, tudung Ekin ke mahupun tudung Yuna sekalipun. Janji tudung yang mampu menutup seluruh rambut panjang separas bahu ini. Itu pinta Azim. Hanya itu yang Azim inginkan dari Suraya sebagai hadiah perkahwinan mereka nanti. Manisnya Azim. Tanpa sedar Suraya memuji Azim di dalam hati. Betul ni? tanya Azim meminta kepastian. Betullah. Awak kena percaya saya. Suraya berkata. Sedikit tegas. Ternyata dia tidak main-main apabila perkara berkaitan dengan diri sendiri dan masa depan dibincangkan dengan Azim. Lagipun mereka berdua dalam fasa mencorak masa hadapan bersama-sama. Awak nak saya nyanyi lagu Percayalah dari Datuk Siti ke malam-malam buta ni? Suraya kembali senget macam biasa. Susahnya nak jadi manusia yang serius. Macam manalah agaknya kalau sudah mula masuk mengajar nanti. Agak-agak boleh tahan ke para pelajar dapat cikgu separuh tiga suku macam dia ini. Suraya ketawa di dalam hati. Dia memang tidak boleh lari dari menyanyi barang sebaris dua lagu-lagu Melayu apabila sudah asyik sangat bersembang dengan Azim di dalam telefon. Azim tentu sudah muak mendengar suara sumbangsih yang kalau masuk AF sudah tentu orang ramai-ramai pakat akan vote

10

Areila Sahimi

untuk AF keluar-Suraya dan bukannya Afundi-Suraya Bombomkababoom (trademark yang macam budak-budak AF selalu buat). Tak payah. Tak payah. Hari ini, katak-katak Satu Malaysia kerja shift malam. Tak payah awak volunteer nak panggil hujan. Azim bersuara nakal. Suraya mencebik. Tak patut betul punya cikgu. Cikgu tak pandai berbahasa betul. Cikgu yang dalam diri tu langsung tak berjiwa seni. Boleh dengan selambanya berkata suara dia disamakan dengan katak-katak seluruh Malaysia pulak. Suraya anak oranglah. Bukan anak katak. Dan harus diingatkan katak tak boleh menyanyi lagu Datuk Sitilah!!! Sue... Azim memanggil lembut. Yup. Pergi tidurlah. Esok nak jalan jauh. Take care ye sayang. Sekali lagi senyum manis ditarik. Memang tengah bahagia sangat-sangat ni dapat lelaki macam Azim. Okey, Suraya membalas sepatah. Good night. Nite. Assalamualaikum. Waalaikummusalam. Talian dimatikan. Suraya merebahkan badan ke atas tilam empuk. Lampu tidur dimatikan.

11

Iman Suraya

PINTU BILIK dihempas kuat. Kemudian dia merebahkan badan di atas katil. Lengan kanan diletakkan di atas dahi. Remote control penghawa dingin dicapai malas. Suhu penghawa dingin direndahkan sedikit. Sekejap-sekejap mata ditutup. Sudah masuk hari ke tujuh Amelia menjadi isteri kepada Abang Adam. Sakitnya di dalam hati apabila selama itu terpaksa menjadi penonton setia romantika de amor pasangan suami isteri itu di hadapan mata. Terseksanya diri kerana terpaksa duduk satu rumah dengan mereka. Sungguh terseksa batin seorang lelaki, apabila bekas kekasih sendiri kini telah selamat menjadi kakak ipar pula. Dia sudah tidak bisa mempercayai perempuan lagi. Mata masih belum mahu lelap. Masakan mahu lelap jika jarum jam dinding baru menginjak ke pukul sembilan malam. Segera dia bangun, menuju ke almari empat pintu dan mengeluarkan pakaiannya. Dilempar kasar ke atas katil. Kemudian beg galas di rak bawah almari empat pintu itu ditarik keluar. Pakaiannya tadi dimasuk kasar ke dalam beg galas. Main masuk aje. Tidak perlu lipat-lipat. Esok dia akan keluar dari rumah ini seketika untuk mencari sedikit ketenangan. Tidak kiralah ke mana pun. Janji keluar. Pintu bilik sedikit terkuak. Terpacul Hajah Maimon dari balik pintu yang sudah terbuka sedikit itu. Perlahan Hajah Maimon menapak masuk ke dalam bilik anak terunanya itu. Dia mengambil tempat di sebelah Iman. Kepala Iman dibelai lembut penuh kasih sayang. Nak ke mana ni Man? tanya Hajah Maimon lembut. Iman yang masih lagi memasukkan pakaian ke dalam beg mengalihkan pandang ke arah ibunya. Iman nak keluar sekejap ibu, jawab Iman. Wajah

12

Areila Sahimi

ibu yang sudah sugul itu membuatkan hatinya dihambat perasaan sayu. Iman nak ke mana? Sekali lagi Hajah Maimon bertanya. Dirasakan Iman tidak menjawab sepenuhnya soalannya tadi. Ke mana-mana ajelah ibu. Iman menjawab malas. Tangannya kembali rancak menyambung kerja mengemas pakaian di dalam beg galas. Iman, janganlah macam ni sayang. Risau hati ibu tengok Iman macam ni. Ibu faham perasaan Iman. Tapi dah takdir, jodoh Abang Adam dengan Amelia. Hajah Maimon memujuk. Tahu benar apa perasaan yang bersarang di hati Iman Radhiff, anak keduanya itu. Semenjak Iman mendapat tahu yang Adam akan menikahi Amelia melalui kiriman e-mel yang diutuskan, Iman terus jadi seperti ini. Dingin dengan ahli keluarga sendiri. Bagaikan semua orang dalam rumah yang merestui pernikahan itu dijadikan musuhnya. Pada ayahnya. Juga pada ibunya. Sudah puas dipujuk, barulah dia balik menjejakkan kaki balik ke rumah semula. Padahal sudah setahun lebih dia tamat belajar baru seminggu lepas dia pulang. Sampainya hati Iman buat ibu dan ayah begini. Iman tak ada apa ibu. Ibu janganlah risau. Iman tahu jaga diri Iman. Iman dah besar. Iman jawab endah tak endah. Iman marahkan ibu dan ayah sebab kahwinkan Adam dengan Amelia? Hajah Maimon bertanya perlahan. Air matanya sudah mengalir perlahan. Iman memandang sekilas ibunya. Berdosa besar rasanya membiarkan ibu menangis kerana sikapnya sendiri. Ibu, janganlah macam ni. Benda dah jadi. Jangan

13

Iman Suraya

panjang-panjangkan cerita. Iman malas mahu berbicara mengenai perkara ini. Kalau ikutkan hati, ya, dia memang sakit hati. Tergamak Abang Adam potong jalan masuk ke dalam hati Amelia ketika dia berada di luar negara melanjutkan pelajaran. Bukan Abang Adam tidak tahu Amelia itu buah hatinya yang ditinggalkan seketika hanya kerana mahu mengejar ilmu di rantau orang. Harapkan pagar, pagar yang makan padi. Amelia itu pun satu. Patutlah beria-ia benar dia mahu memutuskan hubungan dengan alasan jarak yang jauh membuatkan mereka sudah tidak sesuai untuk bersama. Alasan yang langsung tidak boleh pakai. Langsung tidak relevan. Kalau setia ada dalam diri, seorang di Kutub Utara, seorang di Kutub Selatan pun tidak ada masalah. Iman... Ibu jangan risaulah. Iman bukan nak lari dari rumah. Iman cuma nak keluar sekejap. Bagi fikiran Iman ni tenang sikit. Iman akan balik kalau perasaan Iman boleh kembali seperti sediakala. Iman pantas memotong. Kemudian dia melentokkan kepalanya pada bahu ibunya. Manja. Lagipun Iman ni anak lelaki. Apa yang ibu nak risaukan, sambung Iman lagi. Tangan Hajah Maimon pantas meluku manja anak terunanya. Kemudian bibirnya mengukir senyum segaris. Ibu takut Iman lari lagi. Lepas tu tak nak balik rumah ni dah, balas Hajah Maimon. Iman angkat kepala dari bahu ibunya. Wajah ibunya direnung dalam-dalam. Taklah ibu. Nak lari pergi mana. Iman mana ada

14

Areila Sahimi

kerja lagi kat Malaysia ni, jawab Iman sambil berpaling muka ke arah tingkap. Hajah Maimon tersenyum. Jawapan Iman tadi sedikit sebanyak menyedapkan hatinya. Ni agak-agak nak berjalan jauh ke ni? Hajah Maimon bertanya lagi. Tidak puas rasanya jika Iman masih lagi tidak memberitahu ke mana tempat dia ingin pergi. Tengok tiket apa yang ada dekat Pudu tu nanti, jawab Iman bersahaja. Main serbu datang Pudu, tanggung risikolah tiket apa aje yang ada. Beg galas yang sudah siap kemas dizip dan diletakkan di tepi katil. Takkan macam tu pulak. Sekurang-kurangnya mestilah tahu tempat yang nak dituju. Takkan main redah aje pergi ke mana-mana macam orang kena buang daerah. Suara Hajah Maimon sedikit tinggi. Dari tadi Iman bagi jawapan yang langsung tak macam jawapan pada soalannya tadi. Iman ketawa kecil melihat ibunya sudah mula naik suara. Lama tak dengar ibu membebel. Dulu dialah yang selalu kena bebel campur kena piat campur kena rotan masa kecil-kecil. Naik remaja sikit, lebih kena tadah telinga dengar ibu bebel lagi walaupun masa tu, ibu tak guna cara kekerasan. Bila dah belajar dekat luar negara, langsung tak dengar dah. Masa balik sini pun, ibu berhati-hati menjaga hati Iman. Maklumlah dia balik selepas merajuk yang panjang. Mana ibu nak menambahkan lagi sengsara di jiwa. Ingat nak pergi Langkawi la bu. Lama tak pergi. Malas-malas Iman menjawab. Kat tempat orang tu jangan buat benda yang bukan-bukan, ujar Hajah Maimon berpesan. Lega hati tuanya apabila Iman beritahu juga tempat yang dia ingin pergi nanti.

15

Iman Suraya

Alah ibu. Iman bertahun dekat negara orang. Tak pernah pun buat benda yang bukan-bukan, balas Iman laju. Dia buat muka toya. Iman ni ada rupa penjenayah ke ibu? Auch! sambungnya dengan pertanyaan nakal. Kemudian peha Iman menjadi mangsa cubitan Hajah Maimon. Kita betul-betul, budak bertuah ni boleh pulak buat main-main! Ibu tak adalah cakap yang anak ibu ni buat jenayah. Tapi... Kata-kata Hajah Maimon tergantung seketika. Matanya memerhati Iman dari atas ke bawah. Kemudian dia menggeleng perlahan. Tapi apa bu? Iman mencelah. Tapi tengoklah ni. Hajah Maimon menarik lembut rambut Iman yang panjang paras bahu itu sedikit ke depan agar Iman boleh nampak dan boleh perasan yang rambutnya itu sudah sama panjang dengan rambut adik bongsunya. Adik bongsunya itu perempuan. Tidak mengapalah berambut panjang. Ini Iman anak lelaki. Anak lelaki yang memang lelaki sejati. Yang bukan kategori lelaki adik-adik yang berbahasa noks-mak-nyah. Serabut mata memandang. Ayahnya sahaja sudah sakit mata melihat rambut Iman yang panjang itu. Nak ditegur, takut nanti merajuk lagi. Iman buat muka. Alah bu. Ini style. Dapat kerja nanti Iman potonglah, balasnya spontan. Rambut panjang yang sedikit serabut bahana kena tarik dengan ibu tadi dirapikan dengan jari. Macam iklan Rejoice. Guna jari pun boleh. Yela style. Ini? Hajah Maimon menunjuk pada cincin dan gelang di tangan Iman. Yang ini. Ya Allah, Iman Radhiff, tolonglah jangan pakai dah. Tak elok lelaki pakai semua ni. Dah macam mami

16

Areila Sahimi

jarum ibu tengok, sambung Hajah Maimon. Kepala digeleng laju. Iman sekadar tersengih. Cincin silver dan bangle di tangan pula menjadi mangsa yang seterusnya. Biarlah bu. Iman janji, dapat kerja nanti dengan rambut, dengan barang kemas mami jarum ni semua tak pakai dah. Time-time ni aje bu. Iman menjawab bersahaja. Hajah Maimon sudah malas mahu bercakap panjang. Janji dia tahu, Iman masih tahu menjaga amalan solat hariannya sehari-hari dan tak buat benda jahat itu pun sudah cukup baik. Ibu... Iman memanggil manja. Kenapa? Ibu berkenan sangat ye dengan Melia tu sampai sanggup buat menantu. Kalau Iman, tak hingin beriparkan Melia tu, ujar Iman penuh sarkastik. Pantas tangan Hajah Maimon memukul peha kiri Iman. Auchh! Iman mengaduh. Peha yang merah digosok laju. Perit. Wah... marah sungguh ibu bila dia mengutuk menantu sulungnya itu. Tak baik Iman cakap macam. Melia tu sekarang dah jadi kakak ipar Iman. Ingat tu. Hajah Maimon bersuara datar tapi penuh ketegasan. Iman menggaru kepala. Dia tersengih. Sayangnya ibu pada Melia. Ho ho ho.... Yela ibu. Iman menjawab malas. Dahlah. Pergi tidur. Esok nak berjalan jauh. Hajah Maimon sudah mengangkat punggung dan menuju ke pintu. Sampai di muka pintu dia berhenti dan menoleh ke arah Iman yang masih duduk goyang kaki di katil dengan muka yang bersahaja.

17

Iman Suraya

Esok ni nak suruh ayah hantar ke Pudu ke tak ni? sambungnya kemudian. Tak apa. Iman pergi sendiri naik train. Balas Iman. Ermmm.... Hajah Maimon terus keluar dari bilik. Iman menghampiri pintu bilik yang ternganga luas. Segera pintu bilik tadi ditutup rapat. Takut sangat jika Abang Adam menjengah masuk ke biliknya. Kemudian dia menghampiri meja belajarnya. Laci ditarik. Bingkai gambar kayu dikeluarkan. Gambar dia dan Melia dahulu ditatap. Bingkai gambar itu disimpan kembali ke tempat asalnya. Jangan Iman. Melia itu milik mutlak Abang Adam. Hatinya berpesan. Lampu bilik dipadamkan.

18

Areila Sahimi

Bab 2
ASKHAH Pergilah Air Mata yang baru suku buku dibaca dibuka. Sementara menanti feri, Suraya duduk di kerusi yang disediakan sambil menyambung kembali membaca Pergilah Air Mata di tangan. Karya terbaharu dari penulis berbakat besar, Hanni Ramsul itu amat menarik. Penceritaan yang penuh suka dan duka sangat menyentuh jiwanya. Ini semua terkena serangan penyakit berjangkit dari Anne yang gila sangat dengan setiap tulisan Hanni Ramsul. Jika bukan kerana Anne yang beria-ia merekomenkan tulisan penulis ini, rasanya memang Suraya tidak akan membuka kalam setebal lapan ratus lima puluh lapan muka surat sebegini. Nak baca buku ilmiah pun dia malas, inikan pula novel yang tebal sebegini. Memang betul juga cakap Anne. Jika sekali sudah baca, boleh gian jadinya. Memang betul pun. Dulu-dulu punyalah dalam kepala dah set, orang-orang yang membaca novel cinta ini kebanyakannya senang kena virus-virus jiwang yang memang boleh tahap membunuh. Tak sangka. Dia sendiri pun dah terkena virus yang sama. Virus jiwang tahap membunuh.

19

Iman Suraya

Mata Suraya sesekali memerhati orang ramai yang berada di jeti Kuala Perlis ini. Hari Isnin pun ramai jugak ke orang nak pergi ke Langkawi? Suraya tertanya-tanya di dalam hati. Yelah. Kalau diikutkan sekarang ini bukannya cuti sekolah pun. Tapi keadaan di jeti tetap sesak. Kemudian Suraya menarik keluar botol air mineral dari poket tepi beg galasnya. Haus. Botol mineral tadi dibuka dan diteguk. Bosan menunggu, tin Mr. Potatoes pula dibuka dan isi dalam diambil. Terus masuk ke dalam mulut. Kalam Hanni Ramsul tadi sudah pun ditutup dan disimpan di dalam beg galas. Tangan Suraya teraba-raba sesuatu dari dalam poket jeans yang dipakainya. Zen Neeon dikeluarkan. Earphone disumbat ke dalam lubang telinga lalu tangannya menekan-nekan butang kecil pada pemain MP3 tersebut. Mencari frekuensi Hot FM. Pagi-pagi begini dengar Hot FM AM Krew pun best jugak. Layan aje dengar celoteh Fafau dan FBI. Dia nak tahu jugak kalau e-mel yang dihantar kepada Hot FM untuk menghangitkan Azim tu terkena ataupun tidak. Mulut Suraya masih lagi mengunyah Mr. Potatoes diselang-seli dengan air mineral. Baik punya diet sarapan pagi. Elok sangatlah tu makan segala macam makanan ringan dalam perut tengah kosong. Suraya berkata sendiri. Memang tak elok. Tapi dah nak berkejar feri pukul tujuh pagi, balun ajelah apa yang sempat beli dekat Medan Gopeng malam semalam. Malam semalam semasa di Medan Gopeng macammacam abah tinggalkan pesan. Tahan. Tahan. Janji abah dah sama-sama berkompromi tak akan bagi tahu pada Azim kes dia pergi Langkawi sengsorang. Baik punya pakatan anak beranak. Dan paling best sekali, abah bagi tahu semalam, yang along dan angah dah bank-in duit dalam akaun semalam juga bila dapat tahu dia akan ke Langkawi. Seperti yang

20

Areila Sahimi

dijanjikan. Sorang seribu. Best sangat. Dua orang jadi dua ribu ringgit Malaysia. Kaya sekejap. Bagus betul kekandakekanda dia ni. Itulah. Siapa suruh pandai-pandai betting. Tengok orang tak pakai mata. Last-last dua-dua padan muka. Dah berjanji. Tak tunai pasti dia ungkit. Tu tak termasuk duit poket yang abah bagi. Cayalah Sue. Sekali dua abang-abang kau, kau pergi ketuk. Ha ha ha... kelakar gila muka along dengan angah masa dia mula-mula habis belajar di UPSI hari tu. Terkedu lidah tak terkata apa-apa bila dia mengungkit semula kisah dulu-dulu masa mula-mula masuk UPSI pada dia orang berdua. Ternyata along dengan angah masih ingat lagi semua tu. Dan pasti semalam terketar-ketar tangan dia orang berdua bank-in kan duit dalam akaunnya. Suraya tersenyum sendiri. Cik, boleh saya duduk? tegur seorang pemuda dengan beg besar di belakangnya. Suraya yang dapat menangkap butir bicara walaupun Hot FM masih menjadi halwa telinga segera angkat muka melihat wajah orang yang bersuara tadi. Hush... macam Ninja Turtle. Beg galas punyalah besar gedabak. Kacau daun betul. Tak ada tempat lain ke nak duduk. Dandan kat sini jugak dia nak duduk. Mata Suraya melilau ke arah kerusi-kerusi lain di jeti feri ini. Memang tak ada tempat lain. Cik, boleh saya duduk? ulang pemuda itu lagi apabila gadis itu buat tak dengar. Suraya sedikit tersentak. Sure. Segera dia mengalihkan beg galasnya dan diletak di atas riba. Sila-sila, sambungnya kemudian. Penuh ramah. Pemuda itu mengambil tempat di sebelah Suraya.

21

Iman Suraya

Suraya dengan gaya ramah mesra ala duta Bank Rakyat memberi senyuman buat pemuda di sebelahnya. Tanda hormat. Kita bukankah orang Malaysia? Perlu ada sikap saling menghormati. Tapi senyuman itu langsung tidak diendahkan. Suraya mengetap bibir. Cehh... memanglah betul orang kita sekarang ini sudah kurang nilai budi bahasa dalam kehidupan seharian. Patutlah beria-ia benar kerajaan melancarkan kempen Budi Bahasa Budaya Kita sebab kat Malaysia ni ada jugak spesies yang macam mamat kat sebelah ni, getus Suraya di dalam hati. Mendengar isyarat ketibaan feri, segera Suraya bangun dan menggalas beg ke belakang. Pemuda tadi turut sama berbuat demikian. Cengkerang Ninja Turtlenya digalas. Kemudian dia berpaling. Ketika pemuda itu berpaling dan ingin melangkah, cengkerang Ninja Turtle tadi terkena pada beg galas Suraya menyebabkan dia sedikit terkebelakang. Nasib tak jatuh terduduk. Pemuda tadi hanya buat tidak tahu saja. Terus berlalu. Sikit pun tak ada kata maaf yang keluar dari bibirnya. Suraya mengetap bibir. Mata dijulingkan ke atas. Kemudian dia menggeleng perlahan. Nasib. Nasib. Pagipagi dah jumpa dengan orang macam ni. Suraya terus berjalan menuju ke tepi jeti untuk menaiki feri yang sudah siap menunggu ketibaan penumpang. Suraya antara orang-orang terakhir yang masuk ke dalam perut feri. Malas nak berebut-rebut. Tak apalah. Ada punya tempat duduk dalam ni nanti. Mamat tadi awal-awal lagi dah masuk. Macam mangkuk aje. Boleh mamat ni dengan selamba pergi berebut-rebut dengan orang perempuan masa nak masuk ke dalam feri. Macam perangai budak belum sunat. Tak gentleman langsung. Suraya naik ke atas feri kerana di bawah sudah tidak ada tempat yang kosong. Di atas pun boleh tahan penuh jugak. Dan ada

22

Areila Sahimi

sebuah bangku kosong. Hush... sebelah mamat tadi lagi. Macam petanda tak bagus aje. Suraya berjalan ke arah bangku kosong tadi. Perlahan-lahan dia melabuhkan punggungnya. Mamat tadi menjeling dengan ekor mata. Sah. Mamat ni jiwa kacau. Suraya buat tak tahu. Peduli apa. Dia pun bayar apa duit tambang feri ni. Di dalam feri, Suraya hanya memerhati ke arah luar tingkap feri. Melihat ombak laut yang melambung feri ke Pulau Langkawi ini. Kamera yang tersangkut di leher dionkan. One... two... and snap. Suraya mengambil gambargambar pulau kecil yang kelihatan sepanjang perjalanan ke Pulau Langkawi. Disebabkan tempat duduk Suraya dua dari tingkap dan mamat tadi di tepi tingkap, dengan selamba Suraya ke tepi sedikit agar dapat menangkap gambar dengan lebih jelas. Bila terkena sesekali feri dilambung ombak, siku Suraya turut sama tergerak-gerak. Dan bila feri dilambung sedikit tinggi, dengan tidak sengaja siku Suraya terkena dada Encik Jiwa Kacau tadi. Ops.... Cik, awak ni tak tau nak hormat penumpang lain ke? marah pemuda itu. Matanya memandang ke arah gadis yang menyikunya tadi. Sorry. Kata Suraya. Terus dia duduk diam-diam di tempatnya selepas kena marah dengan Encik Jiwa Kacau tu tadi. Auntie Cina kat sebelah Suraya hanya memandang. Suraya yang diam menikus melirik Encik Jiwa Kacau tadi dengan ekor mata. Atas bawah. Ngeee... mana berani nak lawan. Tengok gaya macam mafia tali rafia aje. Tak pun macam agen pemerdagangan orang. Dengan rambut panjang. Bangle kat pergelangan tangan. Cincin yang berbatu besar kat jari. Ini kalau kena penumbuk ni, mahu berlekuk tulang pipi akibat kena batu yang besar tu. Silap hari bulan boleh

23

Iman Suraya

masuk tujuh biji guli buat main congkak. Nasib tak pakai cincin batu kerikil jalan raya. Dah macam pokok Merry Chrismas aje. Lemas betul tengok lelaki pakai semua ni, sangat tak matang sebab terikut-ikut budaya entah apa-apa ni. Iman mendengus geram. Cik adik kat sebelah ni. Macam sengaja pulak nak cari pasal. Senak dada akibat kena siku dia yang tajam tadi. Tengok tu. Muka sardin aje. Buat macam tak bersalah aje. Iman memberi jelingan maut. Sudahlah badan penat akibat perjalanan yang jauh. Bas express yang dinaiki pulak buat hal. Tiba-tiba rosak dekat lebuh raya. Nasib dekat dengan perhentian Bukit Merah. Tapi berpeluh jugaklah nak berjalan kaki untuk sampai ke sana. Nak mengamuk pun tak ada guna. Bas tu dah nak rosak. Tahan jugaklah bila driver bas suruh berjalan kaki pergi ke Hentian Rehat dan Rawat Bukit Merah sementara menanti bas ganti sampai. Lepas tu, sampai sini boleh pulak jumpa cik adik muka toya ni. Suraya masih diam menikus. Takut benar rupanya dengan Encik Jiwa Kacau kat sebelah ni. Pokok Krismas Bergerak yang hangin tak tentu pasal. Ha ha ha... Suraya ketawa di dalam hati apabila melihat muka Encik Jiwa Kacau tadi berkerut menahan sakit. Amboi. Boleh tahan jugak siku dia ni. Sampai berkerut mamat ni tahan sakit. Aset ni. Lain kali kalau terkena serangan dengan mana-mana lelaki bolehlah guna siku yang tajam ni selain kepala lutut yang keras kematu, kasi kick kat bird-bird lelaki yang ingin mengambil kesempatan. Confirm jatuh terduduk. Beraninya Suraya. Feri sudah pun berlabuh di tepi jeti. Semua penumpang turun dari feri. Suraya berjalan di belakang Encik Jiwa Kacau a.k.a Pokok Krismas Bergerak menuju ke

24

Areila Sahimi

pintu feri. Sengaja dia berhimpit-himpit menolak-nolak dari belakang cengkerang Ninja Turtle Encik Jiwa Kacau itu. Ha ha ha! Jahatnya kau Sue. Sengaja mencari pasal. Sesekali Encik Jiwa Kacau itu menoleh ke belakang dengan mata membuntang tapi Suraya buat muka bersahaja. Mesti dia rimas kena tolak-tolak macam ni. Hei cik abang, tak nak tolak-tolak naik feri sendirilah! Suraya berjalan seorang diri menuju keluar jeti. Segera dia ke tempat menunggu teksi. Di hadapannya kelihatan Encik Jiwa Kacau berjalan laju. Wah! Mahu masuk acara berjalan kaki apa, jalan laju-laju macam tu. Suraya hanya memerhati sahaja pemuda yang aneh itu dari belakang. Sue yang ala-ala vogue da vas ini tidak dipandang. Ops... alamak! Terlebih sudah... (pinjam sekejap tagline Stacy). Sekali lagi Suraya ditimpa perasan.

SURAYA menepuk bahu budak lelaki lingkungan umur lapan belas tahun itu. Baru habis SPM barangkali, fikir Suraya di dalam hati. Budak lelaki itu memandang dengan muka cuak. Ke... kenapa kak? tanyanya perlahan. Sedikit gagap. Samseng dari Kampung Dusunkah ini? Suraya tidak berkata apa-apa. Owh... gagap ek. Dah buat salah lagi mau tanya kenapa akak. Suraya menghulurkan tangan. Macam tukang paw nak kutip duit. Kening dinaikkan sebelah. Ex-otai SMKPPI (SMK. Kg. Pasir Putih Ipoh) sudah kembali. Budak lelaki itu sudah tidak keruan. Tanpa berlengah, cepat sahaja dia melarikan diri. Suraya yang memang sudah awal-awal tadi dapat membaca apa tindakan budak itu segera menyambar tangannya. Pantas tindakan

25

Iman Suraya

Suraya itu. Budak lelaki itu kini sudah berada dalam genggaman tangannya. Kak tolong kak. Jangan bawak saya pergi balai kak, rayu budak tersebut. Suraya menjulingkan mata ke atas. Kemudian matanya teralih pada budak itu. Ni yang lemah ni. Merayurayu pulak budak ni. Masa buat tak nak fikir dulu apa akibat kalau kena tangkap. Ni dah terkena tangkap tau pulak merayu-rayu. Kak, saya janji tak buat lagi, rayu budak itu lagi. Sebelah tangannya mengeluarkan dompet yang dicuri tadi dari poket seluar pendek yang dipakai. Diberikan kepada polis bantuan yang berjaya mencekupnya. Suraya mengambil kasar dompet tadi. Nama siapa? tanya Suraya kasar. Volume suara masih dalam kawalan. Tidak mahu orang lain dengar. Jatuh aib pula budak ini nanti kalau Suraya menempik-nempik bagi tahu semua orang dekat sini yang dia seorang pencuri. Afiq kak, jawab budak itu. Umur? Lapan belas kak. Dah lama buat kerja macam ni? tanya Suraya lagi. Hari ini dia tukar profesion jadi polis pulak. Afiq hanya mendiamkan diri. Tidak tahu mahu menjawab apa. Dah lama buat kerja macam ni? ulang Suraya. Afiq menundukkan kepalanya. Masih senyap. Emak saya sakit kak. Tak ada duit nak beli ubat. Rendah Afiq menuturkannya. Matanya sudah merah. Dia

26

Areila Sahimi

menangis. Memang emak di rumah tengah demam. Nak kerja tiada siapa mahu ambil. Akibat terdesak dia terpaksa mencuri. Ini kali pertama. Afiq yang sudah mengangkat wajah direnung. Mata Afiq ditatap dalam-dalam. Ada cahaya jujur pada apa yang diceritakan tadi. Tangan Afiq dileraikan dari cengkamannya. Lain kali jangan buat lagi. Banyak lagi cara lain yang boleh dapat duit halal. Suraya menasihati dalam sedikit ketegasan pada nada suaranya. Pergilah. Lagi sekali kalau akak tangkap awak buat lagi benda yang sama, siaplah. Amaran daripada Suraya. Terima kasih kak. Segera Afiq berlalu pergi. Lemah. Suraya hanya memerhati. Afiq!!! jeritnya kemudian. Dia berlari anak menuju ke arah Afiq yang sudah berhenti. Afiq belakang. Kak Sue. Suraya memperkenalkan diri. Tadi kata emak sakit. Nak pakai beli ubat berapa ringgit? tanya Suraya lagi. Dalam lima puluh ringgit. Afiq menjawab jujur. Selamba Suraya membuka dompet yang dicuri oleh Afiq tadi. Dikeluarkan not lima puluh ringgit dan dihulurkan kepada Afiq. Afiq hanya memandang sepi not lima puluh ringgit yang dihulurkan itu. Kemudian mengalihkan pandangan ke wajah Suraya. Ambil, kata Suraya lembut sambil tersenyum. terpinga-pinga apabila dia menoleh ke

27

Iman Suraya

Tapi... Tak ada tapi-tapi lagi. Tadi kata emak sakit, kan? Nak pakai duit beli ubat emak, kan? Ambil ajelah buat beli ubat emak. Suraya meraih tangan Afiq. Not lima puluh ringgit tadi berubah tangan. Terima kasih kak, ucap Afiq. Sama-sama. Dah makan belum? tanya Suraya lagi. Afiq menggeleng. Sekali lagi Suraya membuka dompet tadi. Dikeluarkan not sepuluh ringgit pula. Dan diberikan pada Afiq. Pergi makan. Lepas tu balik rumah, balas Suraya. Terima kasih kak. Dah-dah. Pergi balik, arah Suraya. Afiq mengukir senyum segaris. Terus dia berlalu pergi. Suraya berjalan terus berjalan keluar. Ketika melintasi sebuah kedai menjual cenderahati kelihatan Encik Jiwa Kacau sedang mencari-cari sesuatu di dalam poket seluarnya. Pembantu kedai muka sudah lain macam aje. Tunggu masa nak sembur aje Encik Jiwa Kacau tu. Suraya ketawa di dalam hati. Kalau ikut kejam dengan nak balas balik apa Encik Jiwa Kacau tu dah buat tadi memang boleh. Inilah masanya. Tapi nasib baik dia dah jadi budak perempuan yang baik sikit. Terus Suraya menghampiri Encik Jiwa Kacau tu. SuePer dah sampai. Dompet tadi dihulur ke muka Encik Jiwa Kacau. Iman berpaling lipat maut. Keningnya terangkat sebelah. Dia ni lagi. Mana awak dapat dompet saya? tanya Iman kasar.

28

Areila Sahimi

Gadis itu mengisyaratkan kepadanya membayar dahulu duit chewing gam yang dibelinya.

agar

Suraya berlalu. Sombong. Sudah ditolong lagi mahu marah-marah. Apa sakit entah. Hei awak!!! Jeritan dari belakang mematikan langkah kaki Suraya. Segera menoleh. Nak apa? tanya Suraya acuh tak acuh. Awak tak jawab soalan saya tadi lagi. Mana awak dapat dompet saya? Awak yang curi ye? Suraya buat muka toya. Ek... eleh.... Wei mangkuk! Kalau aku curi tak adalah aku senang-senang nak bagi balik. Bengong. Terus Suraya berlalu. Hei... Sekali lagi Suraya berhenti. Ada budak curi. Saya tolong awak dapatkan balik. Orang dah tolong patut cakap terima kasih. Bukan marahmarah macam ni, tutur Suraya. Geram. Geram. Tapi cuba control selagi mahu. Budak mana? Tak tau, jawabnya. Bahunya dijongketkan. Dah hantar balai polis? Suraya menggeleng perlahan. Kenapa tak hantar balai. Budak lagi. Gelap masa depan dia kalau mudamuda dah masuk penjara, jawab Suraya dengan muka yang selamba. Kalau dia buat lagi orang lain pun akan hantar balai tau. Sekurang-kurangnya bukan saya penyebab dia

29

Iman Suraya

masuk penjara. Suraya terus berlalu. Tak lalu lama-lama bercakap dengan orang sombong, bongkak dan berlagak itu. Kemudian dia menoleh ke belakang. Tadi saya ambil enam puluh ringgit dari dompet awak tu. Budak tu nak pakai duit, sambung Suraya lagi. Selamba kau Sue. Buat amal jariah pakai duit orang. What??? Suraya berlalu dengan senyuman meleret. Padan muka. Berlagak sangat. Helo cik abang... apa sangatlah duit enam puluh ringgit tu dari pahala yang dapat sebab tolong orang susah. Sekurang-kurangnya aku tolong kau buat pahala hari ni. Redeem balik sebab marah-marah aku dalam feri tadi, gumam Suraya di dalam hati. Suraya berdiri di luar jeti sambil mata melilau mencari teksi. Lambat pulak teksi ni. Air mineral segera diteguk untuk menghilangkan haus. Lega. Seboleh-bolehnya dia ingin cepat-cepat sampai ke hotel. Badan sudah melekit. Bau pun boleh tahan jugak ni. Estee Lauder yang wangi semerbak dah bertukar jadi bau-bau masam. Chewing gum. Suraya menoleh. Kening dinaikkan. Ni apahal. Nak guna-gunakan aku pakai chewing gum ke? Suraya menggeleng. Takut nak makan. Buat sudah dijampi serapah chewing gum ni tadi bukankah buat naya namanya. Sorry pasal tadi. Saya Iman. Suraya Owwhhh... Iman. hanya memandang pelik. Errkk....

Cess... nama aje Iman, tapi perangai tak beriman langsung. Sue, ujar Suraya pendek.

30

Areila Sahimi

Sue... Iman menaikkan kening. Suraya. Owhh... Sorry, kata Suraya. Mata masih melilau mencari teksi. Untuk apa? tanya Iman pelik. Enam puluh ringgit awak tu. Kalau awak nak, saya boleh ganti balik. Pantas Suraya mengeluarkan purse dari dalam poket seluar. Dia sengaja mahu berpura-pura untuk melihat lelaki bernama Iman ini edisi kedekut ke tidak. Tak payah. Iman menolak laju. Tak ada hal. Lagipun awak kata budak tu nak beli ubat untuk emak dia, sambungnya lagi. Lalalalalala.... Ada hati dan perasaan jugak rupanya. Okeylah tu. Suraya menghadiahkan senyum segaris. Ini hadiah sebab sikap pemurah Encik Iman ni tadi. Dan hadiah sebab tak paw aku bayar balik enam puluh ringgit dia. Hati Suraya berlagu riang. Sorang? Iman bertanya. Taklah. Ada satu batalion lagi sedara mara, sepupu sepapat, jiran sekampung kat belakang tu. Suraya menjawab. Bersahaja. Iman angkat kening. Dia menggeleng perlahan. Buat lawak pulak budak ni. Suraya ketawa kecil. Soranglah. Awak ada nampak orang lain lagi ke dengan saya? Awak? sambung Suraya kemudian bertanya. Taklah. Ada satu batalion lagi sedara mara, sepupu sepapat, jiran sekampung kat belakang tu. Iman memulangkan paku buah keras.

31

Iman Suraya

Ha ha ha! Tak kelakar langsung, balasnya kemudian. Check in kat mana? Twins Peak Resort. Suraya menjawab malas. Samalah. Suraya angkat kening. Awak pun? Iman hanya mengangguk perlahan. Teksilah. Jom! Iman mengangkat jari telunjuk ke arah teksi yang datang. Bonet teksi sudah terbuka. Beg galasnya dimasukkan ke dalam. Dia menoleh ke belakang. Budak Sue itu masih tercegat berdiri. Cepatlah, arahnya kemudian. Muka budak Sue ini dah blur pelik semacam. Saya bayar, sambung Iman. Dengar aje saya bayar cepat-cepat Suraya datang. Beg trolinya dimasukkan ke dalam teksi. Alhamdullilah. Syukur nikmat. Save budget. Iman mengambil tempat duduk di hadapan manakala Suraya di belakang. Twin Peak Resort, pak cik. Beritahu Iman kepada pemandu teksi. Teksi pun berlalu meninggalkan jeti Langkawi.

32

Areila Sahimi

Bab 3
ADAN dihempas lemah ke atas katil beralaskan tilam empuk. Nikmatnya kalau dapat melelapkan mata barang sejam dua. Selamat sudah sampai ke resort. Dengan malas dia bangun mencapai beg galas yang diletakkan di meja tepi katil. Telefon bimbit dikeluarkan. Segera nombor telefon rumah didail. Helo abah. Call balik. Laju-laju Suraya bercakap. Lepas itu talian dimatikan. Ha ha ha nak telefon abah sendiri pun berkira. Ops... bukan berkira. Tapi kredit tak berapa nak cukup. Beberapa ketika kemudian telefon berdering. Abah, Sue dah sampai resort dah ni, kata Suraya. Telefon bimbit dikepitkan pada bahu kiri dan telinga. Pencuci muka, berus gigi dikeluarkan dari dalam beg troli. Ermm... okey-okey. Suraya berdiri perlahan. Berjalan menuju ke bilik air. Faham. Don't worry. Sue tahu jaga diri. Talian sudah dimatikan. Mandi dululah, lepas tu baru telefon Azim.

33

Iman Suraya

HELO sayang. Suraya bersuara manja. Telefon dikepitkan di telinga dengan bahu bila tangan sibuk mengeringkan rambut yang basah dengan tuala. Errmmm... jawab Azim dari hujung talian. Tangan yang rancak mengeringkan rambut terhenti. Hai. Lain macam aje aura suara. Apa yang tak kena. Awak okey ke? Suraya bertanya. Awak kelentong saya ye. Kata pergi sama Anne dengan Ika. Tapi pergi sorang-sorang. Azim menggumam rendah. Alamak! Patutlah lain macam. Sape pulaklah yang pandai-pandai pergi buka cerita ni. Tak mungkinlah abah. Abah dah janji. Ini siapa pulak jadi agen Murai.Com cerita dia ke sini sengsorang. Alah... sayang. Kalau saya cakap kat awak yang saya pergi sorang-sorang, confirm awak tak bagi, balas Suraya kemudian. Suaranya sengaja dimanjakan. Sue, awak tu perempuan. Azim geleng kepala. Tak tau nak buat apa. Terlintas mahu menelefon dengan Hakim, buah hati Si Ika tu tadi. Dan-dan Hakim bagi tahu yang dia dengan Ika tengah keluar jalan-jalan di Kinta City. Mahu tak ternganga yang mana Hakim bagi tahu Ika tak join Suraya sekali ke Langkawi. Anne pulak dia orang bagi tahu tengah sibuk uruskan persiapan perkahwinan kakak dia. Sue... Sue.... Taulah, jawab Suraya pendek. Awak jangan risaulah. Saya dah besar. Tau jaga diri sendiri, sambungnya lagi. Hush... Azim mengeluh perlahan tapi masih dapat didengar dari hujung talian sana.

34

Areila Sahimi

Jangan risau kay. Bukan lama pun sayang. Lima hari aje, sela Suraya seraya memujuk buah hati yang tengah emo semacam aje. Awak jaga diri. Kalau jumpa orang yang pelik-pelik tu jangan pergi dekat, pesan Azim. Kay, ujar Suraya. Lagi satu, mak saya tanya, untuk hantaran masa majlis nanti tu, belah perempuan warna apa? Mak saya nak mula buat hantaran pihak lelaki, ujar Azim. Suraya menggaru kepala yang tidak gatal. Warna apa? Tak fikir pun lagi nak letak warna apa untuk barang hantaran dari pihaknya. Kalau warna-warni macam pelangi boleh tak? Macam ais krim Paddlepop. Suraya menggigit bibir bawah. Kelam pulak bila tiba-tiba Azim bertanya hal barang hantaran yang dari pihak dia ni satu benda pun tak buat lagi. Tak decide lagi, jawabnya senang. Macam mana ni Sue? tanya Azim geram. Dah berapa lama bagi masa pun tak ada satu warna lagi yang Suraya pilih. Awak plan pakai warna apa? tanya Suraya. Silver, jawab Azim sepatah. Okey. Saya gold, putus Suraya. Muktamad?tanya Azim meminta kepastian. Yup. Tak nak pakai talian hayat pergi tanya dekat Anne dengan Ika ke? Tak perlu. Muktamad, putus Suraya lagi. Okey. Orait.

35

Iman Suraya

Take care. You too. Love you. Tersenyum sampai ke telinga. I love you two, three, four... Suraya mula mengira dengan jari kanan yang ada lima tak lebih dan tak kurang itu. Sudah-sudah. Assalamualaikum. Pantas Azim memotong sebelum Suraya melalut lebih panjang. Waalaikummussalam. Talian dimatikan. Seketika kemudian dia menaip SMS pada telefon bimbitnya. Siapa yang kantoikan saya? Azim membalas. Hakim dengan Ika. Hampeh!!! Suraya berkata sendiri. Telefon tadi dilempar di atas katil. Kaki berjalan menuju ke meja solek. Rambut yang masih basah sikit-sikit itu dibiarkan terlepas bebas. Suraya mengenakan T-shirt baby tee lengan panjang garis-garis lintang atas punggung yang sedikit ketat dengan seluar berpoket-poket berwarna coklat air. Cap Adidas berwarna hitam digantung pada tepi pinggang. Kamera digital di meja tepi katil dan talinya disangkut ke leher. Getah rambut kain sudah disauk masuk ke pergelangan tangan. Cermin mata hitam berbingkai besar ala-ala Paris Hilton yang dibeli di Gerbang Malam satu sepuluh ringgit sudah disangkut pada kolar T-shirt yang dipakai. Selipar

36

Areila Sahimi

Crocs dikeluarkan dari beg plastik dan dibawa ke pintu bilik. Beg galas yang tidak berapa besar digalas di belakang. Semua cukup di dalamnya. Dompet, stok makanan ringan, MP3 player, mineral water, bateri spare, bedak kompak, sun block semuanya sudah dimasukkan. Telefon bimbit di atas katil, dicapai bersama brochure yang dirembat dari receptionist resort tadi. Telefon bimbit dimasukkan di poket belakang seluar. Brochure di tangan dibuka. Suraya keluar dari bilik. Masa untuk jalan-jalan!

SURAYA sekadar berjalan-jalan seorang diri di sekitar Pekan Kuah. Kamera di tangan tidak habis-habis mengambil gambar pemandangan di Pekan Kuah ini. Penat berjalan, Suraya singgah di sebuah kedai makan untuk mengisi perut. Baru dia teringat semenjak sampai tadi hanya Mr. Potatoes yang sempat dijamah. Patutlah perut sudah berkeroncong hebat. Petanda suruh diisi dengan segera kalau tak nak kena gastrik. Suraya mengambil tempat di hujung gerai. Beg galas diletakkan di kerusi di sebelahnya. Join sekali boleh? tegur satu suara dari depan tempat dia duduk. Suraya angkat muka. Errkk? Apa lagi mamat ni nak? Duduklah, balas Suraya acuh tak acuh. Pelayan kedai makan datang untuk mengambil pesanan. Nasi goreng ayam dengan teh O ais. Suraya mengalih pandangan pada Iman. Kening diangkat. Sama. Iman berkata kepada pelayan tadi. Setelah mengambil pesanan, pelayan tadi terus berlalu meninggalkan Iman dan Suraya berdua. Suraya tidak

37

Iman Suraya

ambil pusing kehadiran Iman yang tidak diundang duduk semeja dengannya. Sorry ek. Tak ada open table hari ini. Kamera di tangan dibelek. Gambar-gambar yang sempat diambil tadi dilihat semula. Yang mana tidak cantik bolehlah delete. Tak ada la memenuhkan memory stick di dalamnya. Lepas ni nak pergi mana? Iman bertanya memecahkan tembok sunyi antara mereka berdua. Suraya mengangkat mukanya dan menaikkan keningnya sebelah. Balik resort, jawabnya. Kemudian tangan kembali membelek kamera digitalnya. Masih tidak dihiraukan Iman. Takkan nak balik dah? Baliklah. Rehat, jawab Suraya malas-malas. Kat sini berapa hari? Tali penyangkut camera di leher dikeluarkan. Kamera diletakkan di atas meja. Iman dipandang. Yang sibuk nak tahu tu buat apa? Suraya bertanya penuh sinis. Suka hatilah nak duduk berapa lama. Bilik lainlain. Bayar pun asing-asing. Garangnya, tersengih. katanya pendek. Iman sekadar

Suraya menggeleng perlahan. Tiba-tiba jadi mesra alam ni apahal. Mata Suraya merenung Iman atas bawah. Hush.... Tak berat ke pakai benda alah tu semua. Tak rimas ke pakai besi-besi tu semua. Agak-agak kalau timbang kilo kat Jalan Bendahara berapa boleh laku? Nasi goreng ayam dan teh O ais sudah sampai. Suraya makan dengan berselera. Iman di hadapan masih dibuat endah tidak endah. Apa yang pasti, selepas kenyang, dia akan segera pulang ke resort. Mahu merehatkan diri.

38

Areila Sahimi

Cukuplah sekadar pusing-pusing sekitar Pekan Kuah sahaja. Esok masih ada. Lagipun lima hari di sini. Jalan pelan-pelan. Pinggan nasi goreng ayam sudah licin. Teh O ais di dalam gelas sudah kering. Suraya angkat punggung dan menuju ke kaunter pembayaran. Ketika dia ingin membuka dompet duit, Iman terlebih dahulu mengeluarkan not lima puluh ringgit dan dihulurkan kepada adik yang menjaga kaunter. Sekali, katanya sambil jari telunjuk digoyangkan ke arah Suraya dan kembali kepadanya. Suraya menjongket bahu. Okey. Rezeki datang bergolek. Orang nak belanja. Takkan nak eksen tak bertempat, pergi tolak rezeki yang datang. Terus dia berlalu keluar dari restoran. Sue, esok apa program? Iman beramah-tamah. Suraya masih membisu. Hanya bahasa bahu yang dijongketkan itu sahaja yang menjawab pertanyaan Iman. Esok kita keluar sama-sama. Saya pun tak ada kawan kat sini, pelawa Iman. Suraya buat muka pelik. Keluar sama-sama? Suraya bertanya pelik. Sama-sama? ulangnya lagi dengan jari telunjuk digerak ke depan belakang. Sama-sama, together-gether? tanya Suraya lagi untuk meminta kepastian. Telunjuk kiri kanan dirapatkan dan ditala hampir ke muka Iman. Iman dipandang. Matanya dijulingkan ke atas, kemudian dia menggeleng perlahan dan terus berjalan ke hadapan untuk menahan teksi. Pantas kaki Iman mengekori Suraya dari belakang. Suraya yang laju ke hadapan tiba-tiba berhenti. Sebelah

39

Iman Suraya

tangan dicekakkan ke pinggang. Sebelah lagi cuba menahan Iman dari terus datang dekat. Jari manis yang tersarung cincin tunang sengaja ditunjukkan dekat dengan muka Iman. Iman mengerut dahi. Kerut dahi ek. Ingat aku perempuan spesies yang suka simpan spare tyre ke kalau jauh sikit dari boyfriend atau tunang sendiri? Sorry sikit ek. Nak test ayat power cari orang lain bukan dengan Cikgu Suraya. Apa kes tiba-tiba mahu test market depan aku ni pun aku tak tau, gumam Suraya sendiri. Encik Iman, saya ni tunang orang. Jangan awak cuba-cuba nak menggoda saya pulak, kata Suraya keras. Lebih berbunyi kepada satu amaran. Jangan coba-coba datang dekat. Karang ada yang kena karang. Flying kick dia bagi karang ni. Iman ketawa kecil mendengar kata-kata Suraya. Mak oiii... bapak perah-santan budak Sue ni. Bila masa pulak dia nak menggoda Suraya ni. Hush.... Apa Suraya ingat dia ini abang-penggoda-berbisa ke. Dont be perasan la gurl. Saya cuma nak ajak awak keluar sama-sama aje. Tak terlintas pun nak menggoda awak tu. Mula-mula tengok cincin belah rotan kat jari manis awak tadi pun saya dah agak awak orang punya. Lagipun awak bukan taste saya, Cik Sue. Lagipun kita sama-sama tak ada kawan kat sini. Apa salahnya kalau keluar sama. Iman mencuri nafas seketika. Saya ajak aje. Cadangan aje. Lagipun esok saya ingat nak sewa kereta kat sini. Kalau nak awak boleh join. Kalau tak nak saya tak paksa, sambung Iman kemudian. Betul ni? Suraya bertanya. Tak yakin dengan ayat Iman tadi. Betul ni tak ada udang di sebalik mi ni? tanya

40

Areila Sahimi

Suraya lagi. Ah! Takut jugak. Tengok gaya Iman ni pun macam apa aje. Boleh pakai ke apa yang dia cakap tadi ni? Suraya menimbang-nimbang di dalam hati. Betullah, balas Iman yakin. Okey, putus Suraya akhirnya. Tapi... Tapi apa? Pantas Suraya memotong. Sewa kereta tong-tong. Boleh? Suraya tersengih. Okeylah tu. Ada kereta senang nak berjalan. Tak ada hal.

SURAYA menengadah langit malam. Rambut yang dilepaskan itu sesekali melayang lembut dibawa angin malam yang sepoi-sepoi bahasa. Ini kalau Azim ada kat sebelah mesti best. Sama-sama buat hobi kira bintang tepi swimming pool Twin Peak Resort. Tanpa sedar dia tersenyum sendiri apabila terkenangkan Azim. Indahnya perasaan apabila ada orang sayang, ada orang cinta macam begitu. Bahagia sangat-sangat. Tadi aje baru lepas bersembang dengan Azim. Berapalah gamaknya bil telefon Azim setiap bulan kerana selalunya Azim yang jadi tukang telefon. Ha ha ha. Dan dia sekadar tukang hantar miss call minta dihubungi semula. Nasiblah. Belum bekerja lagi. Kalau sudah berkerja nanti, ada pendapatan sendiri, itu lain cerita. Sekarang ini, makan pakai pun masih pakai duit pencen abah jugak campur elaun bulan-bulan yang along dengan angah bagi. Suraya menginjak sedikit ke depan. Semakin menghampiri ke kolam renang. Track suit disenteng

41

Iman Suraya

sehingga ke paras lutut. Kemudian kaki dicelup perlahan ke dalam kolam. Ngeee... sejuk. Kakinya mengocak-ngocak air di dalam kolam. Uittzz!!! Iman menyapa dari belakang. Suraya tersentak. Ces... potong stim betul. Ermmm... Suraya acuh tak acuh. Awak ni peliklah Sue. Iman berkata sambil melabuhkan punggung di sebelah Suraya. Walaupun di sebelah, agak satu meter juga jarak antara mereka di antara mereka. Dia pun tahu jugak batas nak berbual dengan perempuan yang dah nak jadi hak mutlak lelaki lain. Bukan tak tau. Lagi buat diri lebih berhati-hati, bila teringat siku Suraya yang tajam itu. Sampai sekarang kesan rasa senak pada dada pasal kes kena siku dalam feri tadi masih terasa. Suraya menoleh ke arah Iman. Pelik? Saya ada rupa alien ke? Saya tak ada hidung ke? tanya Suraya sinis. Budak Sue nilah. Tunang awak tak risau ke bagi awak datang sini sorang-sorang? tanya Iman tanpa menghiraukan soalan sinis Suraya tadi. Suraya menggeleng perlahan. Pandangan ditala pada tengah kolam renang. Kakinya terus mengocak air di dalam kolam renang. Kemudian dia tersenyum sendiri. Saya memang biasa buat macam ni, berani buat berani tanggung. Jangan sampai terkantoi. Kalau dah terkantoi keadaannya macam sekarang nilah. Suraya angkat kening mengadap Iman. Iman buat muka selenga. Dia pelik. Tak faham akan

42

Areila Sahimi

maksud kata-kata Suraya. Macam tak ada kena mengena dengan dirinya. Setiap sepuluh minitlah dia akan telefon. Tanya itu ini. Okey ke tak, terang Suraya. Hush.... ini semua angkara Hakim dengan Ika. Langsung tak tau nak cover line member sendiri. Balik tadi tiga puluh miss call dalam handphone. Semua dari nombor yang sama. Nombor Azim. Lepas solat Maghrib tadi jenuh kena dengar ceramah dari Azim. Macam-macam pesanan penaja Azim bagi. Katanya jangan sengaja buat silent mode. Peduli apa. Tak sanggup dengar telefon berbunyi setiap sepuluh minit. Azim kalau nak buat pemantauan berkesan pun agak-agaklah. Iman ternganga mendengar cerita Suraya. Biar betul. Selamba gila. Tunang sendiri dia buat macam tu. Dia tak marah ke? tanya Iman lagi. Suraya tersengih. Marah, jawabnya ringkas. Marah tandanya sayang. So, setiap kali kena marah saya tau dia sayangkan saya. Dan, sebab tu saya saja aje suka buat dia marah. Lagi dia marah, lagi saya tahu yang dia concern sangat-sangat dengan saya. Bila dia concern pasal saya, indeks saham dia akan naik dan naik dan naik, sambung Suraya lagi. Jari telunjuknya menari pada udara melakarkan betapa tingginya graf indeks saham Azim itu naik di hadapan Iman. Bertuahlah awak. Ada orang sayang. Iman menutur rendah tanpa nada. Matanya pula ditala pada langit. Kedua belah tangan ditongkat ke belakang. Dia ni langsung tak ada orang yang sayang, malah jadi insan terbuang.

43

Iman Suraya

Awak apa cerita datang sini sorang-sorang? Giliran Suraya pula bertanya. Asyik dari tadi Iman yang bertanya itu ini. Dia juga ingin tahu serba sikit cerita kawan barunya itu. Yang mulamula jumpa macam nak tonyoh muka kerek tak bersalah tu dengan penyental periuk. Tapi bila dah kenal, tak adalah teruk sangat orangnya. Cuma serabut dengan aksesori tu yang buat sakit mata sikit. Just sakit mata. Tak adalah sampai sakit hati. Saje. Iman jawab sepatah. Rendah. Langsung tak berperasaan cara Iman menuturkannya. Suraya mengerut dahi. Kenapa dia ni? Hai... gaya macam putus sudah kasih sayang aje. Mesti sebab perempuan ni. Suraya meneka. Dia tak percaya kalau lelaki macam Iman punya masalah kasih sayang dengan kaum wanita. Iman pada matanya kelihatan boleh tahan tampan. Tapi tampan dan handsome lagi dia punya Azim!!! Sepuluh markah. Thank you, balas Suraya sambil tersengih. Memang macam Nujum Pak Belalang. Sekali teka dah boleh kutip sepuluh markah. Apa cer? tanya Suraya lagi. Drop the subject, Sue, ujar Iman tanda tidak mahu meneruskan topik hati dan perasaan malam ini. Okey. Suraya mengangkat tangan tanda tidak ada lagi soalan-soalan cepu emas selepas ini. Dia akur dengan permintaan Iman. Awak pulak apahal datang sini sorang-sorang. Berani betul. Adik saya yang lebih kurang sebaya awak, nak pergi ke mana pun, ibu saya escort. Iman mengeluarkan

44

Areila Sahimi

kaki dari dalam kolam renang. Dikemaskan sila. Sedikit dia mengiring ke tepi agar Suraya dapat dilihat dengan jelas. Teringat Umairah di rumah. Umairah yang sudah berumur dua puluh tiga tahun itu, masih lagi tidak bebas bergerak ke sana ke mari. Masih ditemani ibu walau ke mana sahaja dia pergi. Maira... Maira.... Anak bongsulah katakan. Awak ingat saya budak kecik ke? Saya dah besarlah. Janji pandai jaga diri. Abah saya tak kisah pun sebab dia tahu saya jenis yang macam mana. Saya bukan stok anak manja. Lagipun saya datang sini untuk melakukan hobi yang paling saya suka, balas Suraya. Dia sudah diajar dari kecil, agar pandai hidup berdikari walau di mana pun dia berada. Abah tak mahu dia terus menerus hidup bergantung pada orang lain. Itu cara abah mendidik Suraya selepas arwah emak meninggal dunia ketika dia berusia tujuh tahun. Semua benda dia buat sendiri. Bila betul-betul sesuatu kerja itu tidak mampu dilakukan barulah dia akan meminta pertolongan dari along, angah ataupun abahnya. Tak ada alasan anak bongsu tak boleh buat semua kerja, lebih-lebih lagi kerja rumah. Sudahlah pula Suraya ini satu-satunya anak perempuan abah. Nak tak nak belajar masak tu memang wajib. Itu cerita bila mana usia baru menginjak ke angka tiga belas tahun. Bila dah masuk tingkatan satu. Ingat lagi macam mana mak ngah marah-marah sebab naik hancur ikan kembung kena siang dengan Suraya. Hari tu, semua orang makan telur goreng aje. Mak ngah adik abah. Tempat Suraya menumpang kasih seorang ibu. Pada mak ngah tempat dia meluahkan perasaan. Nasib mak ngah tinggal berdekatan dengan rumah abah. Selalu kalau boring-boring kat situlah port dia akan melepak. Bersembang merepek-repek dengan mak ngah.

45

Iman Suraya

Lagipun anak-anak mak ngah semuanya lelaki. Kalau ikutkan pada pokok salasilah keluarga belah abah, memang Suraya sorang ajelah cucu perempuan Arwah Haji Taib dan Arwah Hajah Hasnah. Yang lain semua lelaki. Ho ho ho.... Itu sebab, ada masa, terlebih manja. Dan juga terlebih kasar. Tapi kalau belah emak tu ermmm... adalah dua orang sepupu perempuan. Tapi cousin lelaki tetap melebihi dari perempuan. Helo... Suraya tersentak apabila tangan Iman melambailambai ke mukanya. Helo... helo... helo... pergi cakap dalam telefonlah! Errmmm... apa dia? Suraya bertanya malas. Awak ni. Ada masa pulak mengelamun. Bukan mengelamunlah. Mengimbas memori, sangkal Suraya. Dua kali lima jugaklah mengelamun dengan mengimbas memori tu Cik Suraya. Apa hobi awak tu? tanya Iman penuh minat. Ambil gambar. Awak photographer? Suraya menggeleng. Bakal cikgu, beritahu Suraya dengan nada bersahaja. Iman sedikit melopong. Awak ni bakal cikgu? tanya Iman dengan nada tidak percaya. Macam susah nak percaya yang tengah duduk di depan dia sekarang adalah seorang bakal cikgu. Suraya mencebik bila Iman bertanya dengan raut muka macam tu. Dia buat bodoh ajelah. Malas nak melayan Iman. Mulut yang menguap luas ditutup dengan telapak

46

Areila Sahimi

tangan. Mata ni dah berat sangat dah ni. Rasanya sesi temu bual, beramah mesra setakat ni ajelah. Saya mengantuklah. Esok-esok ajelah sambung, pinta Suraya lantas bangun. Iman mengangguk perlahan. Esok macam mana? tanya Iman kemudian. On. Pukul berapa? Pukul sembilan pagi. Awak tak nak Suraya sudah mula ingin menapak ke bilik berpaling semula apabila melihat Iman masih bersila di tepi kolam sambil tangannya bermain hari masih siang lagaknya. Belum lagi. Okey, tapi awak hati-hati sikit kat sini tempat dia keras sikit, bisik Suraya seraya membuat aksi sedang dalam ketakutan. Matanya meliar memandang ke sekeliling kawasan itu. Iman angkat kening. Dia turut sama memandang ke sekeliling kawasan itu. Mukanya sudah berubah. Apalah awak ni. Penakut!!! Memanglah keras. Kat sini kan semuanya batu-bata simen konkrit. Ha ha ha! Pecah ketawa Suraya. Menjadi pulak lawak Jangan Pandang Belakangnya itu tadi. Okeylah. Good night bro. Suraya terus berlalu pergi. Iman yang ditinggalkan seorang diri masih terpinga-pinga. Apa ajelah budak Sue ni. Pandai buat lawak tengah malam buta cenggini. tidur ke? tetapi dia lagi duduk air. Seperti

47

Iman Suraya

Bab 4
WAK ni tak periksa dulu ke kereta ni sebelum pergi sewa tadi? Suraya mengomel marahkan Iman yang cuai. Kereta mana Iman pergi sewa entah. Baru setengah jam bergerak atas jalan raya, sudah mati enjin. Lepas tu tak boleh dihidupkan balik. Haru punya cerita. Iman yang sedang memeriksa enjin kereta mendengus geram. Mak cik ni, bukan nak tolong. Macam mem besar marah-marahkan supirnya. Hesy.... Kemudian dia ke hadapan, duduk di atas pembahagi jalan. Suraya yang sudah merah mukanya akibat terkena sinaran matahari begitu sibuk menghalakan kipas mini berkuasa bateri alkali pada wajahnya. Peluh yang keluar dilap dengan tisu poket. Kena panggil mekaniklah. Saya rasa karburator problem. Iman meneka kerosakan pada kereta Kancil yang disewanya itu. Memanglah masa di oversea buat engineering. Tapi buat sivil, bukan mechanical. Memang tak retilah jawabnya.

48

Areila Sahimi

Cubalah telefon balik dekat orang yang awak pergi sewa kereta ni tadi, arah Suraya. Cermin mata hitamnya disangkut di atas kepala. Kipas mini tadi masih berputar menyejukkan badan yang membahang panasnya. Dah cuba dah tadi. Tapi tak dapat. Awak ni. Habis macam mana ni? Macam mana apa. Jalan kakilah. Jalan kaki? Suraya membulatkan mata. Biar betul ni. Tengahari rembang macam ni nak berjalan kaki. Mahu hitam kulit muka. Bila dah hitam bukannya senang nak jadi putih balik. Mahu taknya gerhana bulan penuh muka ni untuk dua tiga minggu. Awak ada cara lain ke? Iman bertanya tanpa menoleh. Dia malas mahu melayan kerenah Suraya. Malam tadi bukan main rancak Suraya bercerita yang dia bukan anak manja. Kalau bukan anak manja takkanlah tak boleh nak jalan kaki jauh sikit. Bukan patah pun. Paling-paling kuat pun kena tarik mengkarung ajelah. Jauh lagi tak dari Pantai Cenang tu? Suraya bertanya balik. Iman meneliti peta Langkawi di tangan. Kalau nak diikutkan kat mana kita berada sekarang ni, dalam lima belas minit boleh sampai kut kalau naik kereta. Kalau jalan kaki, paling cepat pun empat puluh minit. Luas mulut Suraya ternganga. Tercabut skru kaki ni kalau berjalan kaki sejauh tu. Kemudian kepala ditunduk lemah. Namun cepat dinaikkan semula. Dia bingkas bangun. Beg galas dari dalam kereta dikeluarkan. Jom! putusnya.

49

Iman Suraya

Iman sekadar menurut bila mana mem besar dah bagi arahan. Mereka berdua berjalan beriringan di tepi jalan raya. Sambil-sambil itu, tangannya masih lagi cuba menelefon tuan empunya kereta Kancil itu tadi. Sepanjang perjalanan masing-masing membisukan diri. Mungkin Suraya sudah penat kut. Dia juga begitu. Basah ketiak berjalan dalam panas macam ni. Sudah macam berjalan tengah gurun pulak rasanya. Sue, panggil Iman apabila gadis yang bernama Suraya itu asyik sangat dengan kameranya. Semua benda yang dia nampak semua diambil gambar. Burung terbang di langit pun dia pergi ambil gambar. Yup. Suraya menoleh. Tak boring ke? Asyik ambil gambar aje, tanya Iman. Sebenarnya dah tak tau nak bersembang apa lagi dengan Suraya. Perjalanan pun masih jauh lagi. Bosan jadinya bila berjalan senyap sunyi, yang Suraya tu pulak sibuk semedang dengan kamera dia. Taklah. Dah hobi. Nak boring apa pulak, balas Suraya. Dia terus berjalan ke hadapan. Biasa kalau awak dengan tunang awak pun macam ni ke Sue? Suraya mengangguk. Dia faham saya. Saya faham dia. Kami saling memahami. Dan yang penting kami saling menyayangi, jawab Suraya tenang. Awak ni banyak tanyalah Iman, sela Suraya kemudian. Memang pun Iman ini banyak tanya. Sejak kenal dengan Iman, memang dia ajelah yang bertanya itu ini. Tak letih ke mulut tu? Dah macam pak polisi dekat Bukit Aman pulak.

50

Areila Sahimi

Kenapa? Salah ke? Iman bertanya. Taklah sampai salah pun. Mana ada orang masuk jail sebab temu ramah orang. Polis tak tangkap pun. Tapi saya pelik sebab awak ni tak tau penat ke? Tanya saya itu ini. Saya yang dengar pun naik penat, balas Suraya. Iman sekadar tersengih. Eh, Iman. Awak tak cerita pun pasal awak dekat saya lagi. Semalam bila saya tanya apa cerita awak suruh gugurkan dari topic perbualan, ngomel Suraya. Tak aci. Iman boleh pulak tanya dia macam-macam. Tapi soalan yang satu itu pun Iman tak jawab lagi. Eh, tengok tu! Jari telunjuk Iman dihalakan pada papan tanda jalan yang tertulis Pantai Cenang. Suraya melihat ke arah yang ditunjuk oleh Iman tadi. Mereka berpandangan sesama sendiri. Pecah ketawa akhirnya. Alhamdulillah. Nampak sudah tidak jauh lagi. Iman dan Suraya terus melajukan langkah kaki. Soalan Suraya tadi dibiarkan sepi tanpa jawapan. Suraya pun sudah lupa kut bila terlihat papan tanda ke Pantai Cenang tadi. Dia pun turut sama bergerak pantas untuk menuju ke tempat yang dituju itu.

LAMBATNYA awak bersiap, rungut Iman. Im sorry!! Suraya buat gaya Amir Raja Lawak. Bilik air penuhlah tadi. Itu pun nak bising. Memang pun penuh. Bukannya dia sengaja pun nak lambat. Selepas sampai ke Pantai Cenang tadi. Terus duadua cari bilik air. Membersihkan diri yang sudah berpeluh

51

Iman Suraya

melekit-lekit sebab buat acara berjalan kaki dari tempat kereta sewa rosak sampai ke sini. Nasib memang dah spare awal-awal baju extra dalam beg. Kalau tidak, tahan tak tahan kena pakai baliklah baju yang sudah masam kena peluh. Selepas mandi, kenalah pergi surau tunaikan tanggungjawab mengadap-Nya. Itu dah memang pesan abah sejak dulu lagi, sibuk macam mana, kekangan apa-apa sembahyang jangan tinggal. Semua sudah selesai barulah senang nak pergi makan. Awak dah sembahyang ke? tanya kemudian. Iman sekadar mengangguk perlahan. Jomlah. Perut dah lapar ni, ujar Iman. Dekat mana? Kat kedai makan tu? ujar Iman meminta pendapat. Jom. Setuju Suraya. Suraya

IMAN, awak tak jawab pun soalan saya tadi. Awak ni asal ek. Semedang nak lari aje, tanya Suraya. Ikan siakap bakar dicubit dan dicicahkan ke dalam air asam sebelum diletakkan di atas nasi putih. Sayur kangkung goreng belacan disudu. Suraya makan dengan penuh berselera. Walaupun bukan restoran mewah, tetapi masakannya boleh tahan sedap. Sehingga menjilat jari pun boleh ni. Nasi disuap ke dalam mulut lagi. Iman terdiam. Sangkaannya meleset. Budak Sue ini balik bertanya soalan yang sama. Air sirap limau disedut. Apa yang awak nak tahu? Dia buat-buat tanya.

52

Areila Sahimi

Suraya mengetap bibir. Berhenti makan seketika. Ek... eleh. Ini baru lepas makan pil pelupa ke tadi. Sah dan tidak syak lagi. Mamat ni memang tengah mengalami sindrom jiwa kacau. Simptom-simptom dah nampak dah tu. Saya tanya, apa kes yang buat awak datang sini? tanya Suraya untuk kesekian kalinya. Untuk cari ketenangan, jawab Iman seringkasringkasnya. Cubalah spesifikkan sikit jawapan awak tu. Ikutkan saya datang sini pun sebab nak cari ketenangan jugak lepas habis belajar. Tapi ada reason lain jugak. Sebab hobi saya. Suraya menjuih bibir ke arah kamera di atas kerusi sebelah. Awak frust dengan siapa? tanya Suraya lagi. Sorry lah bro kalau ingat nak lari. Dia ini sama hebat dengan Abang Nas Melodi. Main terjah, main serkap, main cekup, main redah aje. Kalau awak tanya saya frust dengan siapa, of course lah sebab perempuan. Takkan saya frust dengan anak kucing jiran sebelah rumah saya pulak. Iman menjawab. Suraya mendengus geram. Loyar buruk pulak. Perempuan tu tuan punya anak kucing tu ke. Jiran sebelah rumah awak ke? Suraya pun sudah bertukar jadi loyar buruk jugak. Iman ketawa kecil. Nakal tangan kirinya menarik ke depan cap Adidas yang Suraya pakai. Ouchhh. Refleks. Suraya menjeling dengan ekor mata. Dibetulkan kembali kedudukkan cap di kepala. Perempuan tu dah kahwin. Iman menutur rendah. Dengan abang saya sendiri, sambungnya.

53

Iman Suraya

Suraya ternganga. Tidak terkata apa-apa. Berat ni. Kekasih sendiri sudah jadi kakak ipar pulak tu. Memang berat bertan-tan sungguh. Hebat aje perempuan yang dah jadi kakak ipar Iman ini. Macam mana boleh bercinta dengan adik tapi kahwin dengan abang. Tak dapat adik, rembat abang. Sue, tutup mulut. Karang masuk lalat, ujar Iman apabila mulut Suraya masih tidak terkatup-katup lagi. Pantas Suraya menutup bila kena tegur dengan Iman. Susah untuk saya terima keadaan tu Sue. Nak duduk sebumbung, makan semeja. Nak buat macam tak ada apa-apa yang berlaku. Nak kena berlakon. Iman meneruskan cerita. Abang awak tak tau ke yang perempuan tu awek awak? sampuk Suraya. Iman mengangguk kepala. Masa dia orang berdua cintan cintun tu, awak dengan perempuan tu still bf gf ke? tanya Suraya lagi. Iman menggeleng. Suraya mengangkat kening. Tak faham dengan gelengan itu. Maksudnya apa tu? Kita orang dah putus masa tu, jawab Iman. Laju siku kiri Suraya diletakkan di atas meja makan untuk menongkat kepala. Cehh... sudah putus. Mati-mati tadi nak salahkan perempuan tu. Memanglah dia pantang kalau ada spesies tak setia pada yang satu. Pesen main belakang macam tu. Kalau sudah putus yang Iman mesti frust menonggeng, terlentang, berguling-guling apa kes? Suraya menjulingkan mata ke atas. Kalau awak dengan dia dah putus, tak ada hallah kalau dia orang bersama, balas Suraya. Masalahnya saya still sayang dengan dia lagi,

54

Areila Sahimi

gumam Iman perasaannya.

rendah.

Suraya

memang

tak

faham

Ah! Jiwang karat sangat awak ni. Cari lain aje. Apa susah. Kalau awak nak, kawan-kawan saya ramai aje masih single. Masih available. Nak putih? Nak hitam manis? Nak sawo matang? Nak tinggi? Nak rendah? Sebut aje. Saya boleh tolong adjust, beritahu Suraya. Teman satu batch kat UPSI tu macam-macam bentuk, rupa, perangai ada. Boleh... boleh. Tak ada hal kalau setakat nak kenalkan dengan Si Iman ni. Tapi... tapi dengan syarat tolong pergi potong rambut. Set mami jarum ni tolong buang jauh-jauh. Tak ada bakal cikgu yang nak calon suami style macam ni. Iman sekadar tersenyum plastik. Kepala digeleng perlahan. Suraya memang tidak faham. Saya bengang. Abang saya macam tak tau itu exgirl saya. Sengaja betul. Cepat aje masuk line kosong. Keras Iman berkata. Digenggam erat tangan kirinya. Errkk... Suraya menelan air liur. Macam dah masuk perang saudara aje ni. Adoyai. Sebab benda macam ni pun adik-beradik boleh bergaduh ke? Tak faham... tak faham. Along dengan angah tak pernah pun bergaduh pasal perempuan. Pernah aje sejarah dulu-dulu along dengan angah minat pada budak perempuan yang sama. Kak Shira, anak Mak Cik Yah Kutu, ketua main kutu kat kampung Suraya. Tapi kanda-kanda dia ini dua-dua gentleman belaka. Tak pun bergaduh sakan. Wrestling kat rumah. Relaks aje along tolak kat angah. Angah pun selamba aje tolak balik kat along. Last-last dua-dua melepas. Kak Shira kahwin dengan orang lain. Lepas tu sekarang dua-dua membujang lagi, sebab, aura kuciwa dengan Kak Shira masih

55

Iman Suraya

lagi ada dalam hati masing-masing. Lawak, lawak. Kandakanda dia ini punya cerita. Nasib baik sekarang ini masingmasing sudah boleh terima kenyataan. Kehidupan, kematian, jodoh, pertemuan itu semua kerja Tuhan. Hambanya hanya merancang. Apa-apa Tuhan yang tentukan. Bila baru boleh dapat kakak ipar, Suraya sendiri tak tau sebab dia orang berdua ni dah gila dengan kerja masing-masing. Suraya kembali menala pandangan ke arah Iman. Tangan sudah pun dibasuh. Awak berdendam dengan abang awak? tanya Suraya. Iman sekadar mengukir senyum yang dibuat-buat. Macam ada bara api kat dalam badan saya ni bila tengok dia orang berdua berasmaradana. Iman masih berkeras. Parah, parah. Bila sudah pakai bahasa sastera berapi-api tu dengan gaya penuh emosi penghayatan yang amat bagus macam dalam drama bersiri Samarinda, memang petanda tengah marah sangatlah tu. Suraya menelan air liur. Takkan sebab perempuan korang adik-beradik nak bergaduh. Macam entah apa-apa aje. Buat malu aje, ujar Suraya. Sudahlah Sue. Cakap banyak dengan awak pun, bukannya awak boleh faham, Rendah tanpa nada Iman menuturkannya. Lantas dia bangun. Dah habis makan ke belum? Iman bertanya. Suraya mengangguk. Jom. Kata nak ambil gambar tepi laut, arahnya kemudian. Ni siapa yang kena bayar? Suraya bertanya sambil

56

Areila Sahimi

tangannya menunjuk pinggan mangkuk di atas meja yang sudah licin berkilat. Iman buat dek. Terus berjalan menuju ke pantai. Suraya mendengus geram. Akulah tu. Dia berkata sendiri. Kemudian kakinya laju menuju ke kaunter.

SURAYA buat muka selamba badak aje mengambil gambar Iman. Senyum... katanya dengan tawa. Yelah pun. Iman ni pun satu. Selepas sesi temu ramah sejarah hidup dia tadi, terus berangin tak pasal-pasal. Kat tepi pantai ni punyalah romantik dengan angin sepoi-sepoi bahasa gitu. Yang dia nak tsunami apa kes? Senyum lagi! Satu lagi gambar Iman masuk dalam kamera Suraya. Lagi! Dan satu lagi. Iman, senyum sikit. Dan lagi, dan lagi.... Iman berpaling mengadap Suraya. Gagah dia bercekak pinggang. Suraya terkedu. Alamak. Tengok tu. Mulut Iman dah herotlah. Biji mata macam dah nak terkeluar aje tu. Suraya buat tak tau. Muka toya. Muka sardin. Tulun!!! Tulun!!! Sue, awak ni dah tak tau nak ambil gambar lain dah ye? sindir Iman. Keras bunyinya, tapi taklah sampai nak gugur tangkai jantung Suraya. Suraya masih lagi bertahan dengan muka sardinnya.

57

Iman Suraya

Klik! Bunyi kamera. Satu lagi. Cun gila. Muka penuh. Jelas! Sue!!! Suraya mengenyit matanya. Apa lagi. Juara acara berlari dalam guni masa sekolah tadika mula menghayun langkah perlahan-lahan. Slow motion baby. (memori daun pisang betul. Memang boleh ingat sampai bila-bila kenangan kecik-kecik yang amat seronok itu). Terus Suraya berlari bila Iman sudah mahu merampas kamera di tangan. Cabut!!! Dan episod berlari-larian di tepi pantai ala-ala filem Hindustan pun bermula.... Sesekali Iman melihat Suraya yang duduk di belakang dengan cermin sisi teksi. Langsung Suraya tu tak penat dari tadi duk ketawakan dirinya. Sampai kecik mata Suraya menahan tawa. Tangan memang dari tadi tak lekang dari cover mulut dia yang tengah beria-ia ketawa. Kalau Suraya ini Umairah, dah lama kena luku kepala. Awatnya anak ni pak cik tengok dari tadi duk asyik ketawaq geli hati aje ni? tanya pakcik teksi dalam loghat utara yang pekat. Pelik. Apa kenalah budak perempuan yang duduk kat belakang ni. Start masuk teksi sampai dah nak sampai tak berhenti jugak tawanya itu. Ketawa Suraya mati dengan pertanyaan pak cik teksi. Adus... pak cik ni sah dari tadi duk perhatikan dia dari cermin pandang belakang. Suraya menggeleng laju. Tak ada apa-apa pak cik, jawab Suraya dalam loghat KL. Macamlah dia tu orang KL! Dak eh, pak cik tengok anak ni seghonok semacam. Dah pueh jalan ek? Ramah pak cik teksi berkatakata. Terlupa nak bagi makan ubat tadi pak cik. Iman

58

Areila Sahimi

mencelah. Pecah tawa pak cik teksi. Mata Suraya membulat. Amboi... tak ada cover insurans punya mulut. Agak-agaklah sikit kalau nak kenakan aku balik pun. Tak agak-agak betul boleh balas balik depan pak cik teksi ni. Terus Suraya diam. Senyum tidak. Sengih tidak. Ketawa apatah lagi. Sepi di belakang. Hangpa berdua dah sampai, beritahu pak cik teksi. Dua orang penumpangnya itu diturunkan di hadapan pintu masuk resort. Berapa pak cik? tanya Iman. Tiga puluh ringgit. Iman mendapatkan Suraya. Lima tangannya. belas. Iman menghulurkan telapak

Suraya menjulingkan mata ke atas langit. Macamlah tak boleh dahulukan duit dia dulu. Poket seluar diraba. Nah. Lima belas hengget tunai. Not sepuluh ringgit dan lima ringgit bertukar tangan. Suraya hanya memerhati Iman membayar wang tambang kepada pak cik teksi. Kemudian dia terus berjalan tanpa perlu menunggu Iman. Selesai membayar tambang teksi, Iman terus menyaingi Suraya yang sudah jauh berjalan ke hadapan. Esok macam mana? tanya Iman yang sudah pun berada di sebelah Suraya. Suraya diam. Berfikir-fikir mengenai program esok hari. Kita keluar lambat sikit ar. Aku penat gila hari ni, putusnya. Iman mengangguk.

59

Iman Suraya

Okey. Malam ni keluar makan ke tak? tanya Iman lagi. Suraya menggeleng perlahan. On diet, balasnya senang. Iman ketawa. Geli anak tekak saya ni dengan orang kurus cekeding, macam anak cicak kata on diet, kata Iman dengan tawa masih bersisa. Suraya mencebik. Ek eleh.... Ini dah boleh gelak macam tu, tu kira dah redalah angin tsunami dia tu. Malas. Penat. Tapi kalau awak keluar makan, terasa nak buat pahala, tolonglah tapaukan apa-apa pun untuk saya ek. Saya ni jauh di perantauan. Suraya buat muka sebelum menaiki tangga chalet. Buweekk..... Drama queen! Yelah. Iman terus berlalu menuju ke chaletnya yang berada di sebelah.

60

Areila Sahimi

Bab 5
URAYA sudah siap berkemas. Lima hari empat malam sudah pun berlalu. Hari ini dah boleh balik. Semalam dia dan Iman jenuh pusing satu Pekan Kuah. Macam-macam yang dia shopping. Untuk abah, untuk along, untuk angah, untuk mak ngah dan sudah tentu untuk yang tersayang Cik Abang Azim. Mana boleh lupa, sumber inspirasi. Sampul surat bersaiz A4 di atas katil diambil. Isi dalam dikeluarkan. Matanya melihat satu per satu gambar yang sudah siap dicuci. Kemudian dia tersenyum sendiri. Siap semuanya, Suraya keluar dari bilik chalet. Iman sudah pun menunggu di luar. Iman membantu Suraya membawa beg troli miliknya. Amboi... baik pulak mamat ni. Macam gaya budak AF kena tendang dari akademi aje sebab tak dapat undian banyak. Tak ada yang tertinggal ke? Iman bertanya apabila Suraya sudah selesai urusan di kaunter. Suraya menggeleng perlahan. Dah check betul-betul? Iman bertanya lagi.

61

Iman Suraya

Inginkan kepastian. Buatnya ada benda yang Suraya tertinggal nanti tidakkah jenuh mahu patah balik ke chalet. Suraya sekadar mengukir senyuman segaris. Bukan main pulak mamat ni bersoal siasat. Pantas Suraya menganggukkan kepala. Dah, jawabnya sepatah. Awak nak saya hantar sampai ke jeti ke? Suraya menggeleng. Ya Allah Iman ni. Dah macam life guard pulak. Tak pun pak guard. Nak kasi up sikit macam body guard la pulak. Encik Iman, saya ini dah besar. Tak payahlah nak bersusah payah tak tentu hala. Tak apa, saya boleh pergi sendiri, jawab Suraya. Kemudian tangannya menghulurkan sampul surat bersaiz A4 tadi kepada Iman. Iman menyambut. Sampul surat A4 tadi sudah pun bertukar tangan. Dengan perlahan Iman mengeluarkan isi dalam sampul surat tersebut. Bulat matanya memandang gambar-gambar di tangannya. Dilihat satu per satu. Kemudian dia menghalakan pandang pada Suraya yang cuba sedaya upaya menahan tawa dengan telapak tangan. Untuk awak, kata Suraya. Masih ketawa. Iman mengerut dahi. Kalaulah tidak mengenangkan yang tengah ketawa kat depan ni anak orang dan bukannya anak beruang, dah lama Suraya disekeh-sekeh. Selamba betul tunang orang yang sorang ni mengenakannya. Muka tak bersalah aje pergi gelakkan dia berbakul-bakul macam tu. supaya bila awak tengok balik gambar tu, awak akan sedar yang awak tak handsome bila tengah marah. Tengah serabut. Suraya mengangkat kening. Senyuman ditarik di pinggir bibir. Masih tidak lekang dari tadi.

62

Areila Sahimi

Dan gambar yang last sekali tu, pada saya paling cantik. Gambar seorang lelaki di dalam pencarian. Mungkin jugak sedang mencari cinta sejati, sambung Suraya lagi. Sekeping gambar Iman yang diambil dari jarak jauh ketika pemuda itu sedang menanti dia yang sedang pergi ke tandas. Gambar Iman di bawah helang gergasi. Masa itu, angin sedap menghembus perlahan. Iman yang duduk di atas dataran sambil memandang ke laut dengan seribu kekusutan bersarang di dalam kepala. Suraya tidak berminat mahu bertanyakan lebih lanjut apa lagi yang telah berlaku. Dia memang tidak suka mencampuri urusan peribadi orang lain. Kalau Iman ingin bercerita, dia boleh mendengar. Jika tidak, dia tidak memaksa. Tawaran untuk menjadi pendengar setia hanya di sini sahaja. Tidak selepas ini. Kerana itu Suraya tidak berhajat untuk memberi nombor telefonnya kepada Iman. Biar setakat di sini sahaja. Jika dipanjang-panjangkan sampai pulang ke rumah nanti, apa kata abah. Azim pasti mengamuk sakan jika nombor telefonnya diberikan kepada lelaki lain. Azim itu cemburu orangnya. Tak pasal-pasal dituduh main belakang pulak nanti. Tak sanggup. Biasanya orang darah manis memang macam-macam dugaan. Ini salah satu cara nak elak dugaanlah ni. Walaupun dalam hati memang dah tahu, dia dengan Iman tak ada apa-apa sebab dalam hati hanya Azim yang bertakhta. Selama-lamanya. Forever and ever. Cewah... Sue... Sue... sudah masuk mood jiwang karat. Iman yang melihat gambar yang dimaksudkan oleh Suraya itu terus tersenyum. Pandai Suraya menilik setiap gambar yang diambil mengikut pada perspektif dia sendiri. Dan memang Sue ini memandai-mandai aje mengemukakan pandangannya tadi. Yoyooooii aje mak cik ni bercakap. Padahal masa menunggu Suraya di Dataran Helang kelmarin

63

Iman Suraya

bukan sebab dia tengah kusut tapi sebab terpaksa menahan hajat akibat menunggu Suraya yang macam berak batu aje kat dalam toilet tu. Dia pun tengah sakit perut jugak masa tu. Bukan tak nak masuk tandas, tapi Suraya pandai-pandai aje menyuruh dia menjaga tote bag penuh muka Sponge Bob dengan Patrick miliknya sementara dia memerut kat dalam tandas. Malu punya hal untuk mengangkut Patrick dengan Sponge Bob tadi masuk ke dalam toilet lelaki terpaksa hajat yang nak tak nak keluar itu ditahan. Boleh tahan azab jugaklah. Sebab tu dahi berkerut-kerut. Itu sebab sebenar. Memang simpang sangat dengan apa yang Suraya gambarkan tadi. Memanglah Suraya sepatutnya menjadi orang seni. Kalau tak sebab yang kena nilai tu diri sendiri, memang percaya aje apa yang Cik Tukang Tangkap Gambar ni cakap tadi. Awak dah delete ke semuanya dalam kamera awak. Iman bertanya. Suraya mengangguk sambil tersenyum. Sudah. Cuma yang sekeping itu sahaja yang saya tinggalkan. Sebab... Sebab lelaki dalam gambar ni kecik aje, kan? Helang ni lagi besar, kan. Sebab tu awak berani simpan. Iman pantas memotong. Pasti Suraya mahu berhati-hati. Apa kes dalam kamera sendiri penuh gambar lelaki lain. Mahu mengamuk tunangnya itu. Dalam hati Iman tersenyum sendiri, mengenangkan dirinya yang sebenar. Suraya macam pakai balik trick yang dia pernah guna dulu aje. Memang dia kategori abang-penggoda-berbisa. Sebab tu Amelia tidak tahan. Sebab tu Amelia mintak putus. Sebab tu Amelia mengubah kasih beralih pada Abang Adam. Dan bila rasa diri

64

Areila Sahimi

tu terlepas sesuatu yang berharga sebab perangai mata keranjang sendirilah yang buat Iman betul-betul rasa kehilangan. Memang pun dia terasa sangat bila Amelia nak kahwin dengan Abang Adam. Macam tak ada lelaki lain. Tapi bagus jugak, sekurang-kurangnya dia sendiri sudah terasa insaf. Buat diri berubah. Sudah taubat dari pegang gelaran lelaki buaya darat. Nasib hakikat sebenar tidak dicerita pada ibu. Kalau tak, jenuh kena brainwash sebab ibu selalu ingat anak teruna dia yang bernama Iman Radhiff ini seorang lelaki yang pandai menghormati wanita sebab dia kalau depan ibu memang perangai pijak semut pun tak mati. Konon!!! Tau tak pa. Lagipun serius, gambar tu cantik. Sayang saya nak buang. Balik nanti saya kasi edit sikit, sure lagi lawa, ujar Suraya. Dia masih lagi berpegang pada teorinya yang tadi. Tidak berubah pandangannya mengenai gambar Iman yang satu itu. Itu gambar tercantik sepanjang dia mengambil foto-foto selama berkampung di sini. Baguslah macam tu. Saya tak naklah nanti tunang awak fikirkan yang bukan-bukan. Iman menterbalikkan gambar tadi ke belakang. Tertulis sesuatu di setiap belakang gambar-gambar di tangannya. Keep In Touch. ~Sue_Nia~ Sue_Nia? Iman bertanya. Keningnya terangkat sedikit. Siapa ini Sue_Nia? Peguam? Majistret? Ahli muzik? Suraya Dania, beritahu Suraya. Iman hanya mampu menarik senyum segaris. Iman Radhiff. Pecah ketawa mereka berdua. Hari terakhir baru

65

Iman Suraya

mereka berdua tahu nama penuh masing-masing. Teksi sudah sampai. Suraya menarik beg trolinya perlahan menuju ke teksi yang sudah menunggu. Perlahan-lahan dia masuk ke dalam perut teksi. Ketika pintu teksi ingin ditutup, Iman berlari sambil membawa sekeping kertas. Suraya mengangkat kening. Alamat, nombor telefon saya, beritahu Iman. Cebisan kertas kecil yang dikoyak dari sampul surat tadi diberikan kepada Suraya. Tak mintak pun. Suraya berkata selamba. Iman menjulingkan mata ke atas. Ni satu sebab kenapa sejak lima hari yang lalu mengenali bakal cikgu yang sorang ni membuatkan dirinya rasa senang. Ini kerana bakal cikgu yang sorang ni memang selamba. Tak pernah pun mak cik ni tahu nak pakai filter bila dia bercakap. Relevankah mak cik ni buat ayat penyata macam tu? Orang dah bagi tu. Ambil ajelah. Saya tahu. Awak tak akan bagi alamat awak. Sekurang-kurangnya kalau nak kahwin nanti, jangan lupa kirim kad. Iman menjelaskan keadaan. Ini mesti kes Suraya ditimpa perasan lagi. Konon-konon dia nak mengorat. Cehh! Suraya tersenyum. Kemudian dia mengangguk perlahan. Sorrylah Iman. Nombor telefon aku itu biarlah rahsia, bisik hati Suraya. Sue, kita kawan sampai mati, kan? Iman bertanya lagi. Bukan apa, pada Iman, Suraya itu teman yang baik. Sue gila-gila, tapi Sue penuh dengan nasihat berguna, Sue itu kadang-kadang senget juga, tapi Sue pandai menghidupkan suasana, Sue itu... ermmm... Sue itu lawa jugak. Tapi sayang dah ada orang punyalah pulak.

66

Areila Sahimi

Suraya mengangguk. Senyuman manis terukir di pinggir bibir. Ingat. Jangan kerana perempuan awak adikberadik berantakan. Apa-apa pun, benda dah jadi. Awak kena terima. Mungkin jodoh awak dengan orang lain. Sempat lagi Suraya berpesan. Jangan berdendam dengan darah daging sendiri. Sambung Suraya lagi. Iman sekadar tersenyum. Sebijak-bijak Suraya bercakap ada jugak ngok-ngeknya. Tak tau cerita sebenar Suraya boleh bagi nasihat macam tu. Tapi ikutkan aje. Nasihat yang diberi tu pun berguna jugak. Tambah-tambah dah dekat sebulan lebih dia tidak bercakap dengan Abang Adam. Agak-agak mesti Suraya mengamuk sakan kalau tau dia ni dulu orang gatal yang kerjanya duk kejar perempuan aje. Iman tak tau nak cakap apa dah. Kemudian dia mengangguk perlahan. Pintu teksi ditutup. Iman mengenggam tangan kanannya dan dibawa ke dada. Memberi isyarat kepada Suraya yang gadis itu akan sentiasa diingati sebagai seorang sahabat yang banyak memberi nasihat kepadanya agar menjaga perhubungan dia adik-beradik. Dilihat Suraya hanya tersenyum memandang apabila teksi yang membawa gadis itu sudah mula bergerak. Tangan dilambaikan. Sebaik sahaja teksi yang membawa gadis itu hilang dari pandangan mata. Iman segera melangkah menuju ke chalet untuk berkemas apa yang patut kerana penerbangannya akan berlepas ke KLIA pukul lima petang karang.

67

Iman Suraya

Bab 6
I ABAH punya. Ni along punya. Dan yang ini untuk angah. Suraya mengagihagihkan buah tangan yang dibeli untuk abah dan abangabangnya. T-Shirt aje? Along Sham bersuara tidak puas hati. T-shirt gambar helang besar itu dibentang di atas karpet. Dahinya berkerut. Punya rajin tak rajin jugak tadi mahu ke rumah abah sebab adinda yang seorang ini beria-ia suruh balik segera sebab ada hadiah istimewa dari Pulau Langkawi, tengok-tengok hanya T-shirt berwarna hitam gambar helang besar ini aje. Sudahlah sama pulak dengan angah dan abah cuma warna sahaja yang lain. Apa la budak Suraya ini, mahu abah dan abang-abangnya buat trio masuk pertandingan boria anak beranak ke apa. Sah ini T-shirt tiga sepuluh hinggit!! Suraya mencebik. Dah orang nak bagi tu pun kira okeylah tu. Cakaplah terima kasih. Ini banyak bunyi pulak. Nak

68

Areila Sahimi

kompelin-kompelin. Angah dengan abah tarak hal pun. Suraya menjuih bibir. Matanya melirik pada alongnya. Angah yang duduk sambil menonton televisyen tidak cakap apa. Bukan malas mahu masuk campur, tapi sebab timing tak kena. Maklumlah siaran televisyen favourite angah tengah main kat TV. Bukan Suraya tak tahu. Angah paling minat gila pada pelakon Hollywood, Kakak Jessica Alba tu. Ini sudah kali ke berapa HBO buat siaran ulangan Fantastic Four pun dia main layan tak kedip mata pun tengok kakak yang seorang itu berlakon. Abah pula buat tidak tahu. Abah memang Suraya dah faham sangat. Memang tak akan ambil port kalau anak-anaknya buat hal, bikin kecoh satu rumah mulut pot-pet-pot-pet macam ni. Along nak perfume ni. Pantas tangan Along Sham mencapai kotak Issey Miyaki berwarna putih itu. Rakus tangannya membuka kotak minyak wangi tersebut. Macam terkena tindakan refleks Suraya merampas botok minyak wangi di tangan Along Sham sebelum sempat Along Sham menyembur pada pergelangan tangannya. Ni bukan along punya! marah Sue. Kotak minyak wangi yang sudah sedikit terkoyak itu diambil semula. Botol minyak wangi itu dimasukkan semula ke dalam kotaknya. Ini bukan lelaki punya ke? Along Sham buat-buat tanya. Dia bukan tak tau. Itu mesti untuk Azim. Amboi special sungguh buah tangan untuk Azim. Ini buat dia jadi jealous. Azim dibelinya minyak wangi Issey Miyaki. Dia yang tukang keluar satu riban Ringgit Malaysia ini hanya dapat sehelai T-shirt aje. Tak aci. Untuk Azim tunangku yang tercintalah. Suraya tersengih. Dia sekarang memang direct aje nak bercakap apa mengenai orang yang dia sayang. Langsung tak rasa malu

69

Iman Suraya

nak bercakap pasal Azim dengan along, dengan angah ataupun abah. Siapa kata adik-beradik lelaki tak boleh berkongsi perasaan dengan adik perempuan sebab ada yang kata lelaki lebih senang bercakap dengan lelaki. Perempuan dengan perempuan. Bahasa senang kalau dah sama jenis mudah nak faham apa yang dirasa. Tu teori yang tak boleh pakai. Sebab pada Suraya, along dengan angah adalah insan yang paling faham apa yang dia rasa. Perasaan dia. Mungkin kerana itu yang membuatkan mereka bertiga rapat. Dan dia pun rasa sangat-sangat bahagia bila ada dua orang hulubalang yang menjaga keselamatannya. Yang sama-sama ambil berat kalau ada masalah. Dan yang sama-sama atur plan macam mana nak pujuk Azim kalau tiba tang mamat tu merajuk manja dengan dia. Paling penting along dan angah adalah banker dia yang paling tak berkira kalau setiap kali dia nak mintak duit. Dia orang berdua takkan sampai hati punya membiarkan Suraya hidup macam manusia papa kedana sebab tak ada sen dalam purse. Along Sham mencebik. Suraya masih tersengih. Nampaknya Along Sham memang tak puas hati. Abah tengok budak kecik ni. Untuk Azim bukan main lagi. Minyak wangi, minyak gamat, semua benda dia belikan. Kita ni abah dapat T-shirt printed satu patern lain color aje. Along Sham buat-buat merajuk. Dia berdrama dengan memek muka yang memang tak tahan innocent. Dengan tune bunyi sadis sangat. Samarinda... samarinda.... Suraya memandang Along Sham. Kekanda dia ni dah mula dah. Nak buat sinetron malam-malam buta macam ni, ingat ada orang boleh layan ke? Suraya menjeling dengan ekor mata apabila Along Sham mula meminta simpati abah dan angah. Nak buat pakatanlah konon. Dan nampaknya

70

Areila Sahimi

memang tak ada orang nak layan Along Sham malam ni sebab abah dengan angah sibuk melayan Kakak Jessica Alba kat televisyen. Lan, kau tengok budak kecik ni bagi kita apa Lan. Along Sham menyua T-shirt berwarna biru itu kepada Azlan. Cuba menarik perhatian. Suraya menarik senyum mengejek apabila Along Sham tengah berusaha sedaya upaya mendapatkan perhatian Angah Lan yang ternyata sikit pun tidak mudah terpedaya dengan kata-kata Along Sham itu. Ya. Nampaknya memang Angah Sham sedang kemarukkan Kakak Jessica Alba di depan mata. Tengok aje gayanya. Langsung tak berganjak dari tadi. Pegun. Batu. Terarah pada satu hala matanya memandang Jessica Alba di kaca televisyen. Gila punya minat. Lan, kau tengoklah ni... Along Sham berkata lagi. Masih lagi berusaha. Lengan Azlan ditarik. Apa ni long. Kacau ar. Orang tengah layan cerita ni! marah Azlan. Nak kena ni. Ada ke patut diganggunya orang yang tengah layan feeling tengok pujaan hati dekat TV, Along Sham sibuk pulak nak suruh tengok T-shirt yang Suraya belikan. Meletus ketawa Suraya tanpa dapat ditahan-tahan. Padan muka. Kena sebijik. Tu la yang pergi kacau orang tengah tengok TV tu sapa suruh. Kan tak pasal-pasal adik sendiri melangkah daulat pergi marah abang kandung dia sendiri. Suraya menjelirkan lidah. Hadiah untuk orang yang baru kena marah dengan Angah Lan tadi. Buekk!!! Tangan Along Sham pantas mencapai kusyen kecil di atas sofa. Laju sahaja dia membaling ke arah Suraya. Dan

71

Iman Suraya

memang pun balingannya tepat terkena pada kepala berjambul adik bongsunya. Suraya yang tersentak dengan tindakan Along Sham tadi segera memberi serangan balas. Dia tidak hebat dalam acara baling membaling ni. Tapi, sebabkan Along Sham yang mula dulu, dia mesti berusaha kuat supaya balingannya terkena tepat pada sasaran. Ass Mati salam yang diberikan secara tiba-tiba. Gedebuk! Kusyen kecil tadi melayang tepat terkena pada tetamu yang tiba-tiba muncul di pintu rumah. Suraya menepuk dahi. Alamak! Bakal abang ipar kena baling dengan kusyen ar. Suraya sekadar tersengih memandang Abang Norman yang sudah masuk ke dalam rumah dengan kusyen terbang yang terhinggap ke kepalanya tadi. Abang Norman terlebih dahulu memberi kusyen tadi kepada Suraya sebelum dia bersalaman dengan abah, along dan angah. Sorry Abang Man. Sue tak sengaja. Suraya masih tersengih. Abah menggeleng kepala. Along dan angah samasama ketawa. Tak apa. Macam mana holiday. Best ke? Abang Norman bertanya ramah. Suraya mengangguk perlahan. Ooo... okey... okey, Abang Man. Suraya menjawab gagap. Dia malu lagi ni. Sejak bila Sue jadi gagap ni? Sengaja Along Sham cari sebab nak mengacau Suraya. Takkan dengan bakal abang ipar pun dah cuak. Bukannya depan bakal mak mertua pun, sambung Along Sham lagi. Suraya mencebik geram. Dilihat Along Sham, angah dengan Abang Norman sama-sama ketawa. Diorang

72

Areila Sahimi

dah jumpa kroni satu kepala. Habislah dia. Memang bungkus ar kalau dah tiga-tiga ekor ni boleh ketawa bersama-sama sambil tepuk-tepuk bahu ketawakan dirinya. Along ni memang nak kena. Tak agak-agak betul buat kelakar maut macam tu depan Abang Norman. Langsung tak reti nak cover. Dia bukan malu. Tapi kurang selesa. Suraya melangkah kaki ke dapur. Terlupa yang tetamu tak diundang itu sudah hampir sepuluh minit tiba tapi secawan air pun tak dijamu lagi. Norman yang masih bersisa tawanya menghantar Suraya ke dapur dengan pandangan mata. Dia pasti, Suraya mesti perasan dengan tindak tanduknya selama ini. Mana mungkin orang yang ada mata, tak perasan perubahan sikapnya. Dia bukan sengaja nak buat Suraya jadi tak selesa. Dia bukan tak tau yang Suraya itu bakal adik iparnya. Tapi entah tak tau apa yang sudah terjadi pada hati, pertama kali Azim memperkenalkan Suraya pada seluruh ahli keluarga membuatkan dia jadi tidak keruan. Tidak tau apa istimewanya Suraya. Tapi kenyataan yang susah untuk diterima adalah dia juga berperasaan pada gadis yang bakal dinikahi adiknya sendiri. Dan kehadirannya acap kali ke rumah di tanah lot Chempaka Sari ini, bukan sekadar nak tolong tengoktengokkan Suraya seperti yang dipesan adiknya, tapi lebih untuk melepaskan rindu di hati. Dia datang ke sini kerana ada agenda tersendiri. Sementara menunggu air yang dijerang di atas dapur masak, Suraya memanjangkan leher menjenguk ke ruang tamu rumah. Dilihat along, angah, abah dan Abang Norman sedang bersembang. Entah apa butir bicara mereka berempat Suraya tidak ambil tahu. Apa yang pasti. Kehadiran Abang Norman ke sini benar-benar buat dia rasa serabut dan pening kepala. Tak tau nak halau macam mana dekat tetamu

73

Iman Suraya

yang tak diundang ni. Tak tau nak cakap macam mana supaya Abang Norman tidak lagi datang ke sini. Kalau Abang Norman bukan abang Azim, dah lama mamat ni kena baling dengan selipar Jepun bilamana dia nak melangkah masuk ke dalam rumah. Suraya melabuhkan punggung pada kaunter hidangan di kabinet dapur. Dia melepaskan keluhan lemah. Dia memang kurang selesa dengan pandangan mata abang Azim ini. Bukan nak perasan diri. Tapi memang cara Abang Norman memandang dia sejak kali pertama diperkenalkan oleh Azim dahulu membuatkan dirinya rasa lain macam. Terasa lemas. Lagi tak tahan. Semenjak dia tamat belajar dan tinggal bersama abah di Ipoh ni, lagi kerap Abang Norman datang melawat di rumah. Pernah juga disuarakan rasa tak sedap hati ini pada Azim dulu akibat selalu sangat Abang Norman melawatnya di rumah, tetapi Azim hanya berkata itu hanyalah lawatan untuk beramah mesra. Azim menyuruh dia menganggap kehadiran Abang Norman ke rumah, sebagai merapatkan tali persaudaraan yang bakal terjalin tidak lama lagi. Azim menyuruh dia menganggap Abang Norman sama seperti along dan angah. Eh... helooo... along dan angah tu abang kandung seabah seibu. Dan kalau nak ikutkan hukum agama pun memang mahram dia sendiri. Yang bersentuhan kulit pun takkan batal air sembahyang. Yang Abang Norman ni pulak hanya bakal abang ipar. Macam tak masuk akal aje bila bakal abang ipar datang melawat dengan bawak bunga ros merah. Apa rasionalnya bunga ros merah tu. Kalau bagi Ferrari color merah tu sedap ar jugak. Abah pun memandang lain macam aje. Dan tak pasal-pasal dia terpaksa merangka cerita bohong mengatakan bunga ros itu pemberian dari Azim yang

74

Areila Sahimi

mewakili abangnya sendiri untuk jadi tukang hantar. Dan tak pasal-pasal jugak dia mendapat dosa kering. Memang serabut dalam kepala otak ni, bila duk memikirkan buat apa tuan timbalan pendakwa raya ni selalu sangat datang ke rumah. Apa dah tak ada kerja nak kena buat ke kat Mahkamah Sesyen Ipoh tu? Dah tak ada fail yang nak kena baca ke? Dah tak ada kes yang nak kena settle ke? Bunyi cerek air panas yang sudah masak mengejutkan Suraya yang dari tadi duduk termenung. Segera teko kaca dikeluarkan dari kabinet atas. Tangan mencapai botol kopi Che Nah dan gula pasir. Disudu kopi Che Nah dan gula mengikut sukatan yang betul dan dimasukkan ke dalam teko. Air panas dari dalam cerek dituang dengan berhati-hati. Kemudian tangannya mengacau perlahan bancuhan kopi di dalam teko. Siap. Suraya mengeluarkan pula empat biji cawan dan piring lalu disusun di atas dulang. Kopi yang siap dibancuh dituang ke dalam cawan yang sudah tersusun. Biskut empat segi Hup Seng dikeluarkan dari dalam tin dan diletakkan di atas piring. Piring biskut diletakkan di atas dulang bersama-sama dengan cawan yang sudah berisi air kopi panas. Perlahanlahan dia mengatur langkah membawa dulang tadi ke ruang tamu rumah. Di ruang tamu, Suraya menyusun cawan kopi dan piring biskut di atas meja kopi. Kemudian dia melabuhkan punggung di atas sofa bersebelahan dengan angah. Sue, hulurkanlah cawan kopi tu pada bakal abang ipar. Along Sham bersuara apabila Suraya sudah pun duduk di sebelah Angah. Sekali lagi Suraya membuntangkan mata. Along ni memang saja nak kena tau. Dia sekarang pun dalam dilema sama ada patut bangun atau tak semata-mata nak hulurkan

75

Iman Suraya

secawan kopi Che Nah ni pada Abang Norman. Akhirnya, Suraya akur juga. Dia bangun. Cawan kopi dihulurkan pada Abang Norman. Tiba-tiba... Ouchh!!! Habis tertumpah air kopi pada T-shirt Abang Norman. Angah cepat-cepat menghulurkan kotak tisu pada Suraya. Suraya yang sedikit kalut segera mengambil kotak tisu tersebut dan mengeluarkan dua tiga helai lalu tangannya pantas mengelap air kopi yang terkena pada T-shirt Abang Norman. Apa sudah jadi Sue. Macam mana boleh secuai ini. Sorry Abang Man. Sue memang tak sengaja. Suraya berkata sambil tangannya masih lagi mengelap baju Abang Norman. Selesai mengelap baju Abang Norman, Suraya bergegas ke dapur untuk mengambil kain lap pula. Karpet di ruang tamu sudah habis kotor kena air kopi yang tertumpah tadi. Kalau ye pun bengang dengan Norman, janganlah sampai lecurkan dia dengan kopi panas. Azlan menegur dari belakang. Memang dia nampak apa yang dah terjadi tadi. Memanglah patut Suraya tersentak campur terkejut bila tibatiba jari-jemari Norman dengan sengaja menyentuh jari-jari runcingnya. Tapi tak sangka pulak kopi hitam likat itu boleh terlepas dari tangan Suraya dengan tindakan Norman tadi. Suraya berpaling lipat maut. Memandang angahnya yang duduk bersandar di kabinet dapur. Tuala Good Morning putih dikeluarkan dari laci. Kemudian dia mengisyaratkan dengan tangan agar angah datang sedikit dekat dengannya di sebalik dinding dapur. Azlan yang faham isyarat yang diberikan segera menghampiri adiknya. Suraya memandang kiri kanan. Line clear.

76

Areila Sahimi

Angah nampak ke apa Abang Man buat tadi? Suraya berbisik ke telinga Azlan. Nampak. Nampak??? Suara Suraya sedikit kuat. Tapi masih lagi terkawal. Sue tak sukalah dia tu. Bengang betul. Ambil kesempatan tak kena tempat. Suraya merungut-rungut mengutuk Norman di hadapan Azlan. Dia syok dengan Sue kut? Azlan cuba menduga. Eeee... please ar! Mintak simpang. Sue dah ada Azim. Suraya buat muka. Memang dia tengah geram. Apa ke halnya jari-jari Abang Norman merayap sampai terkena jarijarinya. Padan muka kena mandi dengan kopi. Sepatutnya Abang Norman itu dimandi dengan kopi yang betul-betul panas, bukan suam-suam kuku macam tadi. Menyesal pulak pergi tuangkan kopi ke dalam cawan awal-awal. Azlan hanya ketawa melihat Suraya buat muka. Nak kata apa yang Suraya buat tadi salah, tak juga. Memang patut juga Norman disiram dengan air kopi. Yang nak miang sangat dengan tunang adik sendiri siapa suruh. Dahlah tu. Pergi lap kopi yang tumpah kat atas karpet tu, ujar Azlan perlahan. Angahlah pergi lap. Apa pulak angah. Sue yang tumpahkan tadi. Sue tak bolehlah nak mengadap muka mamat tu. Rasa macam nak cungkil-cungkil aje biji mata dia dengan scoop ais krim tau, kata Suraya dengan ekspresi muka yang sungguh menjadi. Tangannya pula seolah-olah sedang mengorek ais krim dari bekasnya untuk dijadikan banana split bertoping

77

Iman Suraya

coklat Hershe bersama taburan coklat M n M berwarna warni. Buat-buat tak tau sudah. Suraya mendengus perlahan. Nak tak nak memang dia jugak yang kena ke depan dan mengelap kopi yang tumpah tadi. Harap hanya angah aje yang perasan. Dan hari ini dia memang sedang bengang sangat dengan along. Kalau tak sebab along yang suruh berikan cawan kopi kat Abang Norman tadi, mesti semua ni tak jadi.

78

Areila Sahimi

Bab 7
Iman yang sedang berehat menikmati angin malam tersentak dengan kehadiran kakak iparnya itu. Hai. Dia menjawab sepatah. Thanks. Iman angkat kening. For what? Ringkas dia bertanya. Untuk scarf batik yang Iman belikan untuk kakak. Tersekat-sekat Amelia berbicara. Ini adalah kali pertama dia berborak dengan Iman semenjak dia menjadi isteri Adam. Agak kelam-kabut jugak patah kata yang keluar. Maklumlah. Dulu bersaya-awak. Berdarling-honey. Sekarang jadi Imankakak pulak. Suka? tanya Iman. Amelia hanya mengangguk perlahan. Suasana malam dihambat sunyi. Abang Adam

AI. Amelia lembut.

menyapa

79

Iman Suraya

outstation di Johor Bahru. Mungkin di kesempatan ini, Amelia boleh terasa selesa untuk berbual dengan Iman. Bukan mahu membelakangkan suami apatah lagi mahu menduakan lelaki yang sudah sah menjadi suaminya itu, tetapi dia sendiri sentiasa dihambat dengan perasaan bersalah, bilamana sehingga sekarang pun Iman dan suaminya masih tidak bertegur sapa. Dia adalah punca segalagalanya. Masakan soal hati yang terlalu subjektif ini boleh dihuraikan dengan mudah. Dulu bukan dia tak sayangkan Iman. Dulu bukan dia tak cintakan Iman. Tetapi, dia tidak sanggup lagi untuk terus membutakan mata, memekakkan telinga dengan cerita-cerita yang didengar dari teman-teman yang sama-sama belajar dengan Iman di luar negara. Iman selalu sahaja berkepit dengan junior-junior dari Malaysia yang baru menjejakkan kaki di sana. Konon-konon Iman adalah abang senior yang paling hensem jadi semua perempuan dia mahu sapu. Sapu bersih. Habuk pun tak ada. Dia sendiri tak pasti Iman mewarisi perangai siapa di dalam ahli keluarganya yang suka bermain perempuan. Iman tak setia. Iman menduakan kasihnya. Dia sudah tidak tahan lagi. Akhirnya dia terpaksa memutuskan untuk menamatkan hubungan ini. Sakit. Memang sakit. Sakitnya hati. Terseksanya perasaan apabila cinta yang disemai itu putus di tengah jalan. Di saat hati dirundung pilu, Adam datang. Lelaki itu berusaha memulihkan keadaan. Lelaki itu juga yang berusaha memujuk dia untuk jangan bertindak terburu-buru. Hubungan dia dan Iman masih boleh diselamatkan. Dia tidak mengendahkan semua itu. Iman sudah terlalu banyak diberi peluang. Iman Radhiff perlu diberi pengajaran. Adam menghormati pendirian dirinya. Tak tau kenapa. Sikap ambil

80

Areila Sahimi

berat Adam pada dirinya membibitkan rasa cinta pada lelaki itu. Dia bukan berkahwin dengan Adam kerana ingin membalas dendam dengan Iman. Tidak sama sekali. Dia setuju berkahwin dengan Adam kerana lelaki itu cukup sempurna pada pandangan matanya. Jika dibezakan dengan Iman memang mereka berdua bagai langit dengan bumi walaupun DNA mereka berdua adalah sama. Iman, kakak minta maaf andai kehadiran kakak di dalam keluarga ini membuatkan Iman jadi tak selesa. Amelia bersuara rendah. Kakak faham jika Iman tak sukakan kehadiran kakak di sini. Tapi jangan kerana kakak, Iman dengan abang Iman jadi musuh. Kesian ibu, sambung Suraya lagi. Tak ada apa nak dimaafkan. Kakak tak buat salah pun. Dah ditakdirkan benda ni nak jadi. Siapa kita nak menolak ketentuan yang Tuhan dah tentukan. Iman bersuara datar. Sedikit sebanyak dia terkesan juga pada nasihat Suraya. Dia pun tidak berminat mahu mengulas lebih lanjut pasal benda ini. Dia pun tak pasti, sama ada Amelia itu sudah dimaafkan atau tidak. Dia pun keliru sama ada Amelia dulu pernah buat salah dengan dia atau tidak. Seingat-ingat dia tidak pernah sekalipun Amelia melakukan sebarang kesalahan semasa mereka masih bersama. Yang selalu buat salah pun dia jugak. Amelia memang tak pernah. Kesalahan yang dilihat pada diri Amelia yang dia perasan pun masa gadis itu membuat keputusan untuk berkahwin dengan abangnya sendiri. Tu bukan benda salah. Dah hubungan mereka memang dah lama putus masa tu. Kira kalau dia rasa salah pun, sebab dialah yang perasan sendiri kut. Kalau tak perasan mesti dia akan jadi selamba aje. Buat macam tak ada apa-apa yang berlaku. Agak-agaknya dulu tu, masa diorang kahwin

81

Iman Suraya

dia terkena sawan meraban kekasihku-diambil-orang kut. Agaknyalah. Nasib sekarang keadaan sudah terkawal. Kalau tak. Memang jenuh. Iman mendongakkan pandangan ke dada langit. Suasana kembali senyap. Dia sebenarnya malas mahu bersembang-sembang dengan Amelia. Nak kata dia masih berperasaan terhadap kakak iparnya itu, mungkin juga. Maklumlah, Amelia adalah perempuan yang paling lama bertahan dengannya. Pendek kata, Amelia ini memang jenis tahan sabar sebab boleh tahan dengan sikapnya. Lagipun dia memang dah lama couple dengan Amelia. Yang membuatkan dia malas beramah mesra sangat dengan kakak iparnya ini adalah disebabkan tidak mahu Abang Adam salah anggap. Ibu pun sudah berkali bagi amaran, hari-hari bagi peringatan, yang Amelia itu sudah menjadi kakak iparnya. Jangan nak buat hal dengan isteri abang sendiri. Dan dia pun memang tak berniat atau memang pasang niat nak buat hal dengan perempuan yang sudah menjadi isteri orang itu. Apa barang. Taste dia, tetap anak dara, solid-molid, cutting cantik. Iman Radhiff memang susah nak berubah. Ha ha ha... Yang gaya frust berguling dulu tu hanya drama Akasia ala-ala Spa Q semata-mata. Kakak harap Iman boleh berubah. Jangan sesekali melukakan hati perempuan. Kakak takut nanti bila sekali Iman kehilangan orang yang betul-betul Iman sayang, yang Iman cinta, Iman akan merana, nasihat Amelia jujur setelah agak lama mendiamkan diri. Iman Radhiff perlu berubah. Dia tidak mahu melihat Iman mempermain-mainkan perempuan lain seperti dirinya. Kalau boleh dia mahu Iman belajar menghargai apa yang dimilikinya. Walaupun pada dirinya cinta Iman tidak sepenuh hati, dia amat berharap Iman dapat menghargai dan

82

Areila Sahimi

mencintai wanita lain yang diciptakan untuknya dengan sepenuh hati. Cerita dia dan Iman sudah tamat. Iman buat muka bosan. Sejak bila Amelia berubah menjadi seorang doktor cinta dia pun tak tau. Yelah. Mesti belajar dari Abang Adam. Abang Adam bukankah memang terror bab-bab kasi nasihat dekat orang. Bernanah juga telinga duduk di sini lama-lama. Takut makin panjang pulak syarahan Amelia kepada dirinya. Memanglah dia pun ada buat salah. Salah pada kaum hawa. Tapi salah yang dibuat tu pun asalnya dari perempuan-perempuan tu jugak. Habis tu yang datang menyerah diri semuanya kategori cek mek molek. Yang datang tu kategori berdahi licin. Yang datang tu kategori hot habis. Yang datang tu kategori aweks-aweks. Siapa dapat tahan. Dia pulak jenis kategori iman tak kuat walaupun nama kat surat beranak terang-terangan tertulis Iman Radhiff. Lagipun semua ni dulu untuk suka-suka. Semua ni dulu untuk main-main. Tak pernah pulak selama dia buat semua ni dulu, dia tak pernah masuk sampai acara touch-n-go. Tak pun fesyen cuba-try-test. Tak pernah. Memang tak pernah kerana dia masih tau dosa pahala, syurga neraka lagi. Iman melepaskan keluhan lemah. Kemudian dia bangun. Dia mesti beredar dari sini. Dah lama sangat pulak duduk di luar bertemankan rembulan purnama dengan Amelia. Tak manis. Lagipun, dia takut kalau-kalau Amelia berhasrat nak panjangkan lagi sesi syarahannya tadi. Kak, Iman masuk dulu ar. Ngantuk. Iman buatbuat menguap walaupun hakikatnya dia bukannya nak tidur pun. Cuma cari akal untuk melepaskan diri. Amelia sekadar mengangguk perlahan.

83

Iman Suraya

BADAN dihempas lemah di atas tilam. Tangan dilapangkan selagi mahu. Macam kapal terbang. Seketika kemudian lengan kanannya dibawa ke dahi. Dia menimbang-nimbang kembali apa yang dikatakan oleh Amelia tadi. Betul. Tadi dia cuma mengikut rasa egonya. Sebab itu tak nak mengaku salah sendiri. Lagipun, tiba masa untuk dia berubah. Umur pun dah tua. Dia perlu ada perancangan hidup. Iman bangun dari baringnya. Dia menuju ke arah cermin panjang pada dinding bilik. Diri sendiri ditilik dari atas ke bawah. Hujung rambut ke hujung kaki. Kemudian dia tersenyum sendiri. Patutlah ibu bising. Tengok gaya pun macam samseng Kampung Dusun. Kalah Sarip Dol. Patutlah Suraya masa mula-mula jumpa dulu pun pandang lain macam aje. Suraya??? Apa khabar gadis senget itu sekarang. Bertahan betul Suraya. Sampai sekarang, satu mesej, satu panggilan telefon pun tak ada dari dirinya. Iman mengetuk kepala. Ne no ne no. Twikle-twinkle little star keliling kepala. Pening. Sakit sikit. Apa ke halnya tiba-tiba boleh naik nama perempuan yang dah jadi tunang orang tu. Agaknya aku dah mengantuk kut. Iman berkata sendiri. Segera dia mematikan suis lampu. Baring. Dan... kroh... kroh... kroh.

84

Areila Sahimi

Bab 8
EPALA Suraya ditunduk mengadap pinggan chicken chop yang baru sampai tadi. Chicken chop dah sampai. Fresh orange dah sampai, tapi dia dan Azim masih lagi tak cakap apa-apa. Dari dalam kereta tadi, masingmasing senyap aje. Azim muka berkerut semacam. Mesti mamat ni hangin lagi pasal kes hari tu. Hesy... macam perempuan. Aku dah seminggu selamat balik rumah. Tapi dia tetap nak berangin, apa hal? gumam Suraya di dalam hati. Nak ikutkan hangin, dia pun hangin jugak. Bukan apa, masa Azim sampai rumah tadi, punyalah dia bermanis muka say hai sayang, hai darling, hai baby, tapi Azim boleh buat batu aje. Buat dek aje mamat ni. Sudahlah tu. Beg kertas gambar love-love ni pun haram Azim nak tengok isi dalamnya. Dah dibelikan buah tangan pun boleh buat muka macam tu. Muka empat belas yang tegang semacam, macam baru lepas kena cucuk dengan botox. Ni kalau tak fikir tunang sendiri, bakal suami, memang nasib-nasib kena tangan aje mamat kat depan ni.

85

Iman Suraya

Suraya kembali merenung wajah Azim sekilas. Kemudian dia menghalakan kembali pandangan mata pada pinggan besar berisi chicken chop yang masih lagi tidak berusik. Tengok tu. Macamlah lawa sangat buat muka garang macam tu. Tak takut pun. Ni diam aje pun sebab saja, malas nak langgar daulat tunang sendiri. Kalau ikut tak tahan sabar, memang dah blah aje dari restoran ni. Sudah sepuluh minit berlalu selepas hidangan chicken chop sampai. Tu belum campur, minit-minit masa menunggu pesanan. Ah, sudah! Perut dah lapar. Dah berirama lagu yang tak tau apa jenis. Suraya mengangkat muka. Dilihat Azim masih lagi statik macam batu. Tak tau ini ada rupa Si Tenggang ke atau Malin Kundang yang dah kena sumpah jadi batu. Bila sudah bosan jadi orang bisu, dia pun dengan selamba tanpa menghiraukan Azim terus mengangkat tangan. Baca doa makan. Baca doa makan kuat-kuat. Bagi Azim dengar. Selesai doa, dia mula memegang pisau dan garpu. Garpu dicucuk pada daging ayam, pisau memotong kecil. Cicah dalam sos black pepper. Kemudian dimasukkan ke dalam mulut. Walawei... tak hengat! Walaupun sudah suam-suam kuku, masih lagi sedap untuk dimakan. Sedap sehingga menjilat pinggan pun boleh ni kalau kena pada gayanya. Sesekali, Azim dilirik dengan ekor mata. Suraya ketawa dalam hati. Padan muka. Nak mogok sangat tak nak makan. Sekarang jadilah tukang tengok aku makan. Nak buat hal sangat. Rasakan! kata Suraya dalam hati. Azim yang dari tadi memerhati Suraya hanya menggeleng kepala melihat tunangnya di hadapan. Punyalah dia tahan beku kat sini. Konon nak bagi Suraya takut sikit, tapi sikit pun Suraya tak makan saman. Sikit pun tak ada gaya macam nak rasa takut. Sikit pun tak macam

86

Areila Sahimi

orang bersalah. Ikutkan hati, hendak sahaja Suraya dimarah. Tapi dia bukan jenis lelaki macam itu. Dia bukan jenis lelaki yang gemar meninggi suara. Dia bukan lelaki yang senang hendak mengasari wanita. Tapi ada masa, dirasakan Suraya terlalu melampau. Tengok ajelah. Ada pulak Suraya pergi ke Langkawi seorang diri tanpa memberitahunya terlebih dahulu. Sudahlah ditipunya hidup-hidup kata pergi dengan Ika dan Anne. Taulah dia sekadar tunang. Tapi sedikitsebanyak terasa juga di dalam hati kalau benda-benda macam ni Suraya membelakangkannya. Dia bukan mengongkong tapi sekadar mengambil berat. Dia ambil berat pun sebab dia sayangkan Suraya. Siapa tak sayang tunang sendiri. Orang yang paling dicintainya. Sue, saya tak fahamlah dalam keadaan macam ni pun awak boleh ada selera nak makan. Akhirnya Azim bersuara juga. Dia sebenarnya bengang jugak dengan Suraya. Suraya macam sengaja nak mencabar dirinya. Sudah separuh chicken chop ditelannya. Memang kepala batu betul. Pisau dan garfu yang sibuk berkerja berhenti bila mendengar Azim tiba-tiba bersuara. Suraya mengangkat muka. Alhamdullillah. Ingat Azim sakit gigi sampai tak boleh cakap tadi. Bersuara jugak pak cik ni. Yes. Nampaknya dia berjaya. Azim kalahlah tu sebab dia bukak mulut dulu. Dan Suraya masih juara. Juara batu paling keras. Ops... suara kepala batu paling keras sebenarnya. Saya lagi tak faham dengan perangai awak ni Azim. Suraya membalas balik. Kemudian dia menyambung menghabiskan sedikit lagi chicken chop di dalam pinggan. Azim mendengus geram. Pinggan Suraya pantas ditarik dan diletak ke tepi. Apa ni??? Suraya bersuara keras. Keningnya

87

Iman Suraya

terangkat sebelah. Owhh main kasarlah tu. Tak tau ke orang tengah makan. Yang pergi tarik-tarik pinggan ni apahal. Tau tak rezeki dalam pinggan tu ada lagi. Ni kalau nak ajak bergaduh pun tunggu-tunggulah orang habis makan. Suraya mendengus geram. Memang geram plus bengkek sekali kalau depan-depan rezeki yang Tuhan bagi ada orang sengaja datang cari pasal. Memudaratkan selera nak makan walaupun sebenarnya chicken chop tadi hanya tinggal sikit aje lagi. Sue, awak tau tak yang saya tengah marah dengan awak? Azim bertanya. Suraya yang masih lagi marah akibat pinggan chicken chopnya ditarik ke tepi melempar pandangan pada luar restoran tanda protes. Keningnya masih terangkat sebelah. Tau! jawabnya rendah tapi kedengaran agak kasar. Sue, kenapa awak ni degil sangat hah??? Azim bertanya lagi. Keras. Memang dia ingin berjumpa dengan Suraya hari ini. Semalam habis sahaja waktu sekolah terus dia memandu dari Putrajaya ke Ipoh. Nasib Abang Norman ada di sini. Jadi dia tidak perlu risau akan hal tempat tinggal. Lagipun, dia sudah biasa untuk turun ke Ipoh jika ingin keluar dengan Suraya. Nak diangkut Suraya keluar sehingga ke Putrajaya nun, pak cik tak izinkan. Kata pak cik, kalau sekadar bertunang bukan lesen boleh buat sesuka hati. Dia faham dengan kata-kata pak cik. Yang dia tak faham sekarang ini, perilaku anak pak cik yang seorang ni. Makin dekat nak jadi bini orang, makin dia buat perangai. Bikin dia sakit kepala. Patutlah sejak kebelakangan ini kepala sering

88

Areila Sahimi

berdenyut-denyut. Sedikit sebanyak Suraya jadi puncanya. Selain dari kena tahan perangai student yang kadang-kadang naik tocang juga kalau jadi cikgu yang terlalu baik ni. Suraya mengeluh perlahan. Dia malas nak bertekak dekat tengah-tengah restoran ini. Malas nak buat babak siri Sembilu Kasih, Zetty bergaduh dengan Fendi kat sini. Benda dah settle, kan. Saya dah selamat balik. Dah elok-elok duduk kat depan awak ni. Cukup kaki tangan. Kenapa awak nak panjang-panjangkan hal ni, balas Suraya selamba. Orang dah belikan buah tangan dari Langkawi pun tak cakap terima kasih, sambung Suraya rendah. Azim memandang wajah Suraya dengan pandangan berapi-berasap-panas. Sekali lagi Suraya buat dia hangin. Sekali lagi Suraya menjawab dengan benda yang buat dia sakit hati. Tak boleh ke Suraya mengaku kesalahannya aje. Pandai betul Suraya cover diri sendiri dengan ayat-ayat berapinya tu. Menyakitkan hati sungguh. Azim menekan dahi dengan jari-jarinya. Seketika matanya dipejam celik. Tiba-tiba pandangan kelam. Sakit kepalanya datang kembali. Ah... migrain datang tak kena tempat. Mungkin jugak migrain dia datang kena masa tapi tak kena tempat. Kena masa sebab sekarang ni dia memang tengah mode panas membara dengan budak kat depan ni. Tak kena tempat sebab sekarang bukan kat atas katil dalam bilik tapi kat tengah-tengah restoran. Sekali Azim memejamkan matanya. Cuba melawan sakit yang tiba-tiba datang tanpa sebarang isyarat. Suraya menundukkan sedikit kepalanya. Mencaricari wajah Azim yang menunduk. Dilihat Azim sedah memicit dahinya. Macam teruk aje pak cik ni. Sebab dia ke Azim jadi macam ni?

89

Iman Suraya

Azim, awak okey ke? Suraya bertanya lembut. Tetapi tiada balasan. Kepala dia masih lagi menunduk cuba melihat wajah Azim yang berkerut seperti menahan sakit yang amat sangat. Azim, awak okey ke tak ni? Suraya bertanya lagi. Kali ini lebih kuat. Lebih jelas. Sepatah-sepatah. Pandangan mata Azim semakin kelam, kelam... kelam... dan gelap gelita. Dia pengsan.

MACAM MANA boleh jadi macam ni? Norman bertanya kepada Suraya sebaik dia tiba di Ipoh Specialist Centre. Hampir terlepas fail tebal di tangan tadi apabila Suraya mengkhabarkan dari hujung talian yang Azim sekarang berada di hospital. Dia yang dari pagi memerap di pejabat hari Sabtu begini dengan niat untuk membaca fail-fail berkenaan kes untuk hari Selasa ini terbantut macam tu aje. Akhirnya failfail lama berkaitan kes yang akan naik court hari Selasa ini dimasukkan ke dalam beg troli untuk dibawa pulang ke rumah. Sambung revision di rumah ajelah. Tanpa berlengah dia terus memecut memandu keretanya ke Ipoh Specialist Centre. Suraya sudah menangis teresak-esak. Mak ngah di sebelah masih setia memujuk dari tadi. Mak ngah pun tak tau apa dah jadi. Mak ngah datang ke sini apabila abangnya memberitahu Azim masuk hospital. Tak bersebab tiba-tiba boleh masuk hospital. Memanglah dia pelik. Nak bertanya lebih lanjut mak ngah tak berapa nak berani. Bukan masa yang sesuai. Suraya pun dari tadi tak berhenti menangis.

90

Areila Sahimi

Abahnya pun tak tau nak buat apa. Inikan pula dia yang sekadar mak ngahnya sahaja. Sue, apa dah jadi dengan Azim. Norman berbicara selembut mungkin. Dia pun tak tau jika adiknya itu ada menghidapi sebarang penyakit. Setahu Normanlah memang tak ada. Azim orang yang cukup menjaga kesihatannya. Rajin bersukan. Amalan-amalan yang boleh memudaratkan kesihatan memang dia tak pernah buat. Sue, Abang Man tanya elok-elok tu. Jawablah. Kalau nangis macam ni sampai ke sudahlah kami tak tau apa yang dah jadi. Abah pula bersuara setelah agak lama mendiamkan diri. Suraya mengesat air mata dengan belakang telapak tangan. Kemudian dia memandang abah, mak ngah, Abang Norman silih berganti. Betul dia tak tau apa yang dah jadi pada Azim. Yang dia tau, tadi dia orang ada bertekak sikit. Tapi ini bukan pertama kali dia dan Azim bertekak macam ni. Selalu aje dia dan Azim buat gaya-gaya macam ni. Biasanya setiap kali jumpa benda macam ni mesti berlaku. Sebab suka sangat buat adegan merajuk manja. Bila bertekak mesti ada yang merajuk. Bila merajuk mesti ada yang datang pujuk. Ini, nak merajuk pun tak sempat tiba-tiba Azim pengsan macam tu. Memanglah dia kelam. Terus telefon abah. Terus telefon Abang Norman. Nasib ada dua tiga orang kat restoran tadi yang tolong hantarkan Azim ke sini, manakala pelanggan yang lain cuba menenangkan dirinya yang sudah meraungraung bila melihat Azim tak sedarkan diri walaupun air fresh oren baki di dalam gelas dia curahkan ke atas muka Azim sebab tak tau nak buat apa. Ingat kena fresh oren setengah gelas Azim boleh sedar, tapi memang Azim tak sedar. Dia yang tak tau apa nak buat dah terus menjerit meminta tolong dan meraung sekuat mungkin walaupun masa itu orang

91

Iman Suraya

ramai dah berdiri keliling dia dan Azim yang sudah terbaring. Azim, jangan macam ni. Sue sayang Azim. I love you. Love you. Love you. I love you very much sayang! Sue... panggil mak ngah lembut. Bahu Suraya dipegang lembut. Susahnya nak buat dengan budak sorang ni. Yang doktor ni pulak apa halnya lambat sangat nak periksa si budak Azim ni? Dah hampir satu jam tunggu kat luar ni tapi sebarang berita pun tak ada lagi ni. Teruk sangat ke sakit Azim ni. Kalau teruk, sakit apa? Azim tiba-tiba pengsan masa kat restoran tadi, kata Suraya tersekat-sekat. Dia masih tersedu-sedu. Suara pun sudah bertukar sikit-sikit sengau akibat menangis tadi. Air mata memang masih mengalir. Takut sebenarnya jika ada apa-apa yang terjadi pada Azim. Mungkin salah dia Azim jadi macam ni. Azim jangan macam ni. Sue janji lepas ni Sue jadi tunang yang paling baik sekali. Tak buat benda-benda gila yang macam selalu Sue buat. Ini janji. Betul-betul. Tak tipu. Sebab tipu dosa. Sue takkan tipu Azim lagi. Sue sayang Azim. I love you very much sayang. Sebab apa dia boleh tiba-tiba pengsan? tanya Norman lagi. Suraya masih tersedu-sedu. Tangisannya sudah berhenti. Namun air mata masih tetap mengalir perlahanlahan. Isk, Abang Norman ni. Banyak pulak benda yang dia nak pergi tanya. Salah oranglah. Manalah aku tau sebab apa Azim pengsan. Aku bukan doktor. Kalau aku doktor taulah aku apa sakit Azim, desis Suraya. Ni bukan masa nak pergi marah orang, Suraya. Suraya melepaskan keluhan lemah. Dia menggeleng perlahan. Bila difikir-fikirkan, Azim jadi macam ni memang sebab dia pun. Memanglah dia penyebabnya. Ya. Dan memang

92

Areila Sahimi

sah dan tidak ada syak lagi sebab dia Azim terlantar sakit sampai boleh masuk hospital. Tak ada benda yang boleh buat Azim pening, sakit kepala, migrain kalau tak sebab dia puncanya. Kesian Azim. Selalu menjadi mangsa. Azim jangan macam ni. Sue janji lepas ni Sue tak buat Azim sakit kepala, pening, migrain lagi. Sue sayang Azim. Bunyi pintu dikuak dari dalam membuatkan semua mata tertumpu pada satu arah. Kemudian keluar seorang lelaki yang berpakaian kemas bersama stateskop yang tersangkut di lehernya. Pantas semua bergegas mendapatkan doktor yang baru keluar dari dalam bilik Azim. Macam mana dengan adik saya, doktor? Norman bertanya. Macam mana dengan tunang saya, doktor? Suraya pantas menyambung. Pandangannya dijatuhkan pada doktor muda di hadapannya kini. Doktor, tolonglah cakap sesuatu. Apa dah jadi pada Azim sebenarnya. Dan benar, dia takut sangat sekarang ni. buatnya ada benda tak baik berlaku pada Azim. Ya Allah. Nauzubillah. Mintak dijauhkan. Azim... janganlah buat Sue risau macam ni. Doktor muda itu memandang raut wajah Norman dan Suraya silih berganti. Kemudian dia mengeluh perlahan. Ya Allah. Sue memegang erat tangan mak ngah. Sue nak pengsan sekarang ni. Apa dah jadi sebenarnya pada Azim ni. Macam mana dengan tunang saya, doktor? bentak Suraya. Kuat. Ada mata-mata yang melihatnya. Ah, pedulikan apa orang nak kata. Katalah dia tak cukup adab ke, tak ada pekerti ke, tak tau nak hormat orang ke, ada dia kisah? Yang dia tau, sekarang ni dia nak tau apa dah jadi dengan Azim. Macam mana keadaan Azim sekarang ini. Sue... Norman memandang Suraya. Tajam. Hesy...

93

Iman Suraya

budak sorang ni, taulah yang dalam tu tunang Suraya. Habis tu, yang dalam tu bukan adik dia ke. Dia pun risau jugak. Tapi tau macam mana nak kawal emosi walaupun rasa macam nak baling aje cawan plastik kat doktor ni sebab bagi semua orang suspen macam ni. Control lah sikit. Betullah perempuan ni, penuh dengan emosi. Encik Azim sudah sedar tapi dia terpaksa kami tahan di sini dahulu. Untuk pemeriksaan lanjut. Akhirnya keluar juga butir bicara dari mulut doktor ini. Suraya menarik nafas lega. Begitu juga mak ngah, abah dan Abang Norman. Bercakap juga doktor ini akhirnya. Ingat kat dalam mulut tu tadi ada emas yang kalau ditempa boleh buat cincin belah rotan ke, rantai tangan ke. Nak cakap macam tu pun susah. Buat suspen aje tadi. Alhamdulillah. Nasib baik tak ada apa-apa yang berlaku. Suraya, mak ngah, abah dan Norman melangkah ke bilik yang menempatkan Azim setelah doktor muda tadi berlalu.

94

Areila Sahimi

Bab 9
BU!!! jerit Iman kuat. Hajah Maimon yang sibuk memasak di dapur tersentak dengan jeritan anak bujangnya. Segera dia menoleh. Matanya tidak berkelip melihat Iman yang sedang berdiri di hadapan pintu dapur rumah. Atas bawah dia memandang wajah anak bujangnya yang seorang itu. Hajah Maimon diam tidak berkata apa-apa. Mulutnya sahaja yang luas terlopong. Macam ternampak hantu. Iman berjalan menghampiri ibunya. Digerakgerakkan tangannya di hadapan ibu. Kenapa ibu ni. Tiba-tiba jadi patung cendana. Apa? Tak cukup hensem ke penampilan aku yang baru ni, desis Iman bila melihat ibu memandang tidak berkelip. Ibu! Iman memegang bahu ibunya. Lembut. Hajah Maimon tersentak sekali lagi. Apa yang kamu dah buat ni Iman? Dia bertanya. Iman sekadar mengukir sengih selamba. Buat apa bu? Iman sekadar bertanya.

95

Iman Suraya

Ibu Ibu ha ha ha Iman ketawa di dalam hati melihat reaksi ibu yang semacam ini. Ada ke patut ibu pergi tanya soalan macam ni. Bukan dulu ibu yang suruh ke dia pergi potong rambut. Dan setelah hampir lima tahun dia bela rambut panjang ni, jam tiga petang tadi Muthu tuan empunya kedai gunting rambut yang terletak berhampiran dengan rumahnya yang tolong korbankan. Memang satu pengorbanan besar setakat ni yang dia pernah buat. Dah tak nampak rock dah. Tapi nak buat macam mana. Kes surat temu duga di sebuah syarikat pembinaan yang diterima semalamlah yang buat dia rela dalam terpaksa pergi ke kedai Muthu hari ini. Satu jam lebih duduk berteleku dekat kedai gunting rambut Muthu tu. Duk ralit melihat fesyen rambut-rambut yang terkini. Muthu pun macam bengkek aje. Lama sangat nak pilih gaya mana yang dia nak. Dia bukan sengaja. Dah memang blur sebab tak tau nak potong ikut fesyen mana. Dia kalau boleh nak fesyen yang kalau pendek pun masih boleh nampak macho, handsome dan bergaya. Dan akhirnya, fesyen ini yang dia pilih. Ala-ala angkasawan negara punya rambut gitu. Kira okey. Smart. Walaupun, memang nampak skema gila. Macam budak sekolah. Tapi nak buat macam mana. Takkan nak pergi temu duga jadi jurutera dengan rambut panjang mengurai. Bukan nak pergi audition Rhythm of Champion yang memang tak kisah pun nak pakai apa janji jangan datang bulat aje. Hajah Maimon memegang rambut Iman yang sedikit terpacak. Apa yang kamu dah buat dengan rambut kamu ni Iman? Sekali lagi Hajah Maimon bertanya. Soalan yang berlainan. Tetapi inti pati maksudnya masih sama. Masih pasal rambut Iman yang sudah ditransformasikan dari gaya

96

Areila Sahimi

penyanyi rock kapak dah bertukar jadi macam rambut angkasawan negara. Pecah ketawa Iman akhirnya apabila melihat muka ibu berkerut-kerut begitu sambil membelek-belek rambut barunya. Kemudian dia beralih pada peti ais di dapur tanpa menjawab soalan ibunya. Mengeluarkan air sejuk di dalam botol. Gelas kaca dicapai dari rak pengering di tepi singki. Air sejuk dituang. Kemudian diteguk perlahan. Iman bersandar pada cabinet dapur. Hajah Maimon masih lagi memandang wajah anak bujangnya itu. Memanglah susah nak percaya Iman sanggup potong rambut kesayangannya itu. Kadang-kadang pelik juga. Iman macam dah berubah sikit selepas pulang dari Langkawi hari tu. Dengan abangnya pun dia sudah boleh bertegur sapa. Tidaklah seperti masa mula-mula Iman balik menjejakkan kaki ke Malaysia dulu. Dengan kakak iparnya, Hajah Maimon tak berapa perasan pulak. Bukan apa. Dia pun jarang juga melihat Iman duduk bersembang, bermesra dengan menantu sulungnya itu. Mungkin Iman ikut cakap kut. Yelah. Dia pun pernah berpesan kepada Iman jangan nak ada apa-apa dengan kakak ipar sendiri. Bagus kalau Iman tahu apa yang patut dan tak patut dia buat. Hajah Maimon pun tau jugak. Bukan senang kalau nak terima bekas kekasih menjadi kakak ipar sendiri. Harap Iman boleh kawal perasaannya. Dia pun tak nak anak-anaknya bergaduh sebab seorang perempuan. Kenapa ibu tanya macam tu. Tak hensem ke anak ibu kalau macam ni? Iman bertanya balik tanpa menjawab soalan ibunya tadi. Jari telunjuk dan ibu jarinya diletakkan pada dagu sambil badannya disengetkan sikit untuk memperagakan bentuk badan, wajah dan rambut baru yang

97

Iman Suraya

kononnya menyerlahkan lagi ketampanan dia. Memang dia mewarisi wajah sedap dipandang dari ayah. Ayah tu sampai tua pun maintain sahaja gayanya. Tengok sahajalah Abang Adam, tergolong dalam lelaki pujaan ramai juga semasa belajar di sekolah menengah dulu. Memang brand Hashim Manaf terbaiklah!!! Bukan ibu cakap tak hensem, anak ibu kan ke memang hensem. Ibu pelik. Tak ada angin. Tak ada ribut. Kamu pergi potong rambut, sela Hajah Maimon. Iman melirik senyum segaris. Dia ke singki dapur untuk membasuh gelas yang digunakan tadi. Hajah Maimon juga kembali menyambung kerjanya tadi. Dia nak menyediakan kuih gula Melaka untuk hidangan minum petang. Tapi kerjanya terbantut sekejap akibat dikacau anak terunanya itu. Masih ligat tangan Hajah Maimon menguli adunan tepung pulut di dalam besen kecil. Sesekali Iman dilihat. Iman masih di dapur. Takkan nak tunggu angin ribut baru Iman boleh potong rambut bu. Iman menjawab bersahaja. Hajah Maimon yang sibuk menggentel kuih gula Melaka berhenti seketika. Iman sudah pun melabuhkan punggung di kerusi makan. Berhadapan dengannya. Cubalah kalau jawab tu, jawab betul-betul Iman Radhiff oii, balas Hajah Maimon. Kemudian dia menyambung kembali kerja gentel mengentel tadi. Iman mencapai sedikit adunan kuih gula Melaka tapi pantas tangannya dipukul lembut oleh Hajah Maimon. Dah basuh tangan ke? tanya Hajah Maimon. Buatnya tadi Iman pegang benda-benda kotor tak ke nanti keracunan orang yang makan kuih gula Melaka ni. Hajah Maimon menggeleng kepala.

98

Areila Sahimi

Dahlah ibu, jawab Iman mendatar. Iman potong rambut sebab nak pergi temu duga. Iman menyambung. Menjawab soalan ibunya tadi. Temu duga? Hajah Maimon mengangkat kening. Sekali lagi dia berhenti menggentel. Banyak betul iklan. Kalau macam ni bila mau siap daa.... Iman mengangguk. Dia masih lagi menggentel kuih gula Melaka. Temu duga apa? tanya Hajah Maimon lagi. Temu duga kerjalah bu. Kerja apa? Adalah. Iman cuba berahsia. Dengan ibu pun nak berahsia ke? perli Hajah Maimon. Alah bu. Kerja-kerja biasa aje. Kerja biasa tu kerja apa?tanya Hajah Maimon tidak puas hati. Ibu, Iman kan ada degree dalam Civil Engineering. So temu duga jadi engineer lah, jawab Iman akhirnya. Iyaiya aje nak buat part Biarlah Rahsia tadi. Mata Hajah Maimon kembali bersinar. Alhamdullilah. Semoga dipermudahkan segala urusan anaknya itu nanti. Iman pun sudah hampir enam bulan menanam anggur di rumah. Kalau sudah bekerja bagus juga. Tak adalah Iman pergi mengulat merata-rata tempat. Lagipun, Iman dah besar. Dah tamat belajar. Memang patut Iman bekerja. Dah siap baju, seluar semua ke? Pergilah beli baju baru. Baru semangat nak datang temu duga nanti, soal Hajah Maimon bertanya girang kepada Iman.

99

Iman Suraya

Memang dia paling gembira. Masa Adam hendak pergi temu duga dulu pun dia macam ni jugak. Macam hari raya. Siap beli persalinan baru lagi. Dan, dia pun tak berhentihenti berdoa kepada Tuhan agar memudahkan segala urusan anak-anaknya. Kali ini, turn Iman pulak. Baju kan banyak bu. Iman menjawab. Setakat datang temu duga. Penting sangat ke pakai baju baru. Baju dalam almari tu pun melambak-lambak. Tak pun. Boleh selongkar wardrobe Abang Adam. Dia mesti banyak baju kemeja ala-ala skema gila tu. Pinjam ajelah. Rembat barang sehelai dua pun, bukannya Abang Adam perasan. Lainlah kalau Amelia... ops... Im sorry, Kakak Amelia rajin sangat hari-hari pergi kira kemeja yang suami dia pakai. Isy... mana boleh macam tu. Temu duga tu penting. Kat situ orang nak menilai diri kita, balas Hajah Maimon. Iman ni memang macam tu. Suka tak ambil kisah. Buat endah tak endah. Kalau boleh soal kerja, Hajah Maimon mahu Iman lebih serius. Iman bukan budak kecil yang sampai benda yang mudah macam ni pun kena bagi penerangan A sampai Z. Yelah bu. Tapi ibu sponsor la. Iman tak ada kerja lagi. Mana nak ada duit nak pergi shopping baju baru. Iman mengalah. Dalam mengalah pun sempat lagi dia pergi ketuk ibunya. Memang pun. Orang yang tak kerja manalah ada duit nak shopping baju baru. Ibu yang suruh. Ibulah yang kena melabur. Yelah. Kamu ni. Ada-ada aje. Nanti ajak Abang Adam temankan. Dia mesti tau, baju apa yang kamu nak pakai nanti.

100

Areila Sahimi

Iman mengeluh perlahan. Alahai bu.. takkan nak shopping baju kemeja kerja pun nak Abang Adam temankan. Macamlah dia tak tau nak bezakan baju orang nak pergi kerja dengan baju orang nak pergi... ermm... pergi bersukan. Hentam ajelah Iman. Dah pening dengan ibu. Sikit-sikit Abang Adam. Sikit-sikit Abang Adam. Tak payahlah ibu. Iman taulah nak pergi sendiri. Nanti baju yang entah apa-apa yang kamu beli. Hajah Maimon bersuara apabila usulnya tadi ditolak. Tau bu. Iman tau. Ibu!!! Suara Umairah tiba-tiba bergema satu dapur. Terpacul wajah Maira di pintu dapur. Iman menoleh. Anak dara apalah ni. Mau terkejut bakal mak mertua kalau menantu duk menjerit kat dapur tiba-tiba macam ni. Dan tiba-tiba.... Idea!!! Iman pergi dengan Maira ajelah. Iman berkata kepada ibu. Maira teman abang ek. Kita pergi shopping. Dia beralih pula pada Maira. Maira yang sedang menuju ke peti ais tiba-tiba mati langkah. Shopping? Dia bertanya. Macam tak percaya. Biar betul. Abang Iman ajak aku keluar shopping dengan dia, desis Umaira. Tak pernah dibuat sebelum ni abang yang sorang ni nak beramah mesra dengan adik bongsu dia. Ini apahal ni. Ada tertelan apa-apa ubat yang buat hormon Abang Iman jadi tak seimbang ke petang-petang macam ni. Sudahlah tadi masa terserempak di tangga rumah macam nak tergelak pun ada bila tengok rambut Abang Iman dah jadi ala-ala budak

101

Iman Suraya

sekolah. Maira patah balik ke belakang. Tak jadi ke peti ais. Kerusi meja makan ditarik. Dia duduk bersebelahan ibunya. Yelah. Temankan abang. Nanti abang belanjalah makan, kata Iman rendah. Nak ajak pergi shopping pun Maira boleh buat muka pelik. Bukannya ajak pergi terjun bangunan pun. Shopping apa? Maira bertanya lagi. Temankan Abang Iman pergi shopping baju kerja. Dia nak pergi temu duga, sampuk Hajah Maimon pula. Dulang berisi kuih gula Melaka yang sudah siap digentel dibawa ke dapur. Air di dalam periuk telah pun mendidih. Kuih tadi dimasukkan satu per satu ke dalam air yang sudah mendidih panas. Maira memandang abangnya. Memandang dengan dahi yang berkerut. Abang Iman interview kerja apa? Engineer, jawab Iman sepatah. Jari-jemarinya bermain dengan adunan kuih yang sengaja ditinggalkan sedikit. Macam main tanah liat pulak. Wah!!! Maira tersenyum bangga. Yelah. Siapa tak bangga. Dalam rumah ni. Ada dua orang jurutera. Abang Adam pun jurutera jugak. Tapi Abang Adam jurutera mechanical di sebuah kilang yang boleh tahan besar jugaklah dekat Shah Alam tu. Ni Abang Iman pulak. Sorang lagi jurutera kalau dia lepas lah temu duga tu nanti. Maira tersengih sendiri apabila mengenangkan abangabangnya yang sudah memeterai perjanjian damai. Alhamdullilah. Kalau tak. Mendung semacamlah keadaan dalam rumah ni kalau dua-dua ada kat rumah. Tak payahlah buat muka macam tu. Nak teman ke

102

Areila Sahimi

tak nak ni? Iman bertanya. Mahukan keputusan terakhir dari Umairah. Okey. Maira mengenyit mata. Hajah Maimon meletakkan kuih gula Melaka yang sudah siap dimasak ke atas meja makan. Kuih gula Melaka yang sudah digaul dengan parutan kelapa muda. Umairah memandang pelik kuih gula Melaka di hadapan mata. Bu, apasal kuih ni ada besar ada kecik ni. Dah lah tu, besar-besar gedabak pulak, tanya Maira. Yelah. Macam bola golf aje besarnya. Biasa kalau kuih ni, comel-comel aje orang pergi gentel. Tu pergi tanya Abang Iman. Dia yang gentel sampai jadi bola golf, balas Hajah Maimon. Pecah ketawa Maira. Bakal jurutera, mana tau nak buat kuih. Nak jugak tunjuk skil kat dapur. Fail. Memang fail. Iman yang bangun terus menuju ke singki. Mencuci tangan. Sebelum dia bergerak ke ruang tamu, tocang Umairah ditarik nakal. Oucchhh!!! jerit Maira. Ibu tengok abang... Maira merengek manja. Hajah Maimon tidak ambil pusing. Buat air. Nanti bawak kuih ni ke depan. Segera Hajah Maimon berlalu meninggalkan Umairah sorang-sorang di dapur. Umairah mengetap bibir. Memang kalahlah macam ni bila anak bongsu lelaki ibu yang sorang tu dah balik. Hesy... dia akur juga kemudian pergi menjerang air di dalam cerek elektrik. Buat air Nescafe susu seperti biasa untuk minum petang. Ayah pun sikit lagi akan balik dari masjid.

103

Iman Suraya

Bab 10
AYA nak tau apa sakit saya doktor? Azim bertanya kepada Doktor Syafiq yang merawatnya. Sudah seminggu dia menerima rawatan di situ, masakan sampai sekarang pihak doktor tidak tahu apa penyakit yang dia alami. Dia cuma sakit kepala. Apa kes sakit kepala sampai boleh kena tinggal di hospital selama seminggu pulak! Doktor Syafiq merenung wajah sugul pesakitnya. Kemudian dia merenung kembali laporan kesihatan Azim di tangan. Pemeriksaan rapi telah dibuat ke atas Azim. Dan dia sudah ada jawapan untuk penyakit Azim itu. Tetapi, perkara yang paling berat sebagai seorang doktor adalah terpaksa memberitahu penyakit yang dihidapi oleh pesakit itu. Apatah lagi, penyakit Azim amat kronik. Saya harap Encik Azim dapat bersabar dengan apa yang akan saya katakan ini, balas Doktor Syafiq. Dia harus profesional walaupun lidah terasa berat mahu mengatakan yang hayat Azim tidak lama.

104

Areila Sahimi

Azim melihat wajah Doktor Syafiq yang masih tenang tidak berkocak. Apa sakit saya doktor? tanya Azim lagi. Dia tidak betah untuk tinggal di sini lagi. Dia tidak betah untuk terus dicucuk dengan jarum. Dia tidak betah untuk hari-hari makan ubat. Dan... dia tidak betah melihat Suraya datang ke sini dengan wajah yang sedih setiap kali melihat keadaannya yang terlantar di katil hospital. Dia harus segera pulang. Banyak yang perlu diselesaikan. Tentang tanggungjawab di sekolah. Tentang persiapan perkahwinan. Semuanya perlu diberi perhatian dengan segera. Emak pun sudah seminggu berkampung di sini. Tentu kalau boleh emak pun ingin segera pulang ke rumah. Doktor Syafiq menarik nafas dalam-dalam sebelum bersuara. Encik Azim menghidap penyakit barah otak peringkat akhir, ucap Doktor Syafiq lancar dengan satu nafas. Hampir luruh jantung Azim mendengarnya. Ya Allah. Betapa besarnya dugaan yang engkau galaskan di bahuku ini. Apa cara yang saya boleh buat untuk sembuh doktor? Azim bertanya. Lirih. Ada getar. Dan air mata lelakinya tumpah ke bumi. Doktor Syafiq hanya mendiamkan diri untuk seketika. Dia faham apa perasaan pesakitnya itu sekarang ini. Encik Azim hanya boleh bertahan dalam jangka masa tiga ke enam bulan sahaja lagi, ujar Doktor Syafiq berhati-hati. Bagai halilintar membelah bumi dirasakan, saat mendengar perkataan bertahan dari mulut Doktor Syafiq.

105

Iman Suraya

Azim meraut wajahnya dengan telapak tangan. Dia reda jika ini yang Tuhan turunkan untuk dia sebagai hamba di muka bumi ciptaan-Nya. Dia pasrah andai ini yang terpaksa dia hadapi. Tetapi, bagaimana dengan emak. Bagaimana dengan abang. Dan... bagaimana dengan Suraya? Bagaimana penerimaan mereka semua? Doktor... panggil Azim perlahan. Saya. Saya harap doktor dapat rahsiakan penyakit saya dari pengetahuan ahli keluarga dan tunang saya. Tapi... Tolong doktor. Saya tak nak melihat mereka semua bersedih. Saya tak mahu mereka semua simpati pada saya, terang Azim. Apa-apa pun, biarlah dia sendiri yang memberitahu semua ini. Itu pun jika dia sudah bersedia. Doktor Syafiq tidak ada pilihan. Dia mengangguk lemah. Azim bangun dari duduknya. Terus melangkah longlai keluar pintu bilik Doktor Syafiq. Kemudian dia berpaling seketika. Saya nak keluar dari sini, katanya. Tapi... Saya nak keluar doktor. Biar saya habiskan hayat saya di rumah saya sendiri. Bukan di sini, balas Azim. Kaki terus melangkah keluar. Dia perlu berkemas. Dia perlu pulang.

106

Areila Sahimi

ASSALAMUALAIKUM... Waalaikummussalam. Suraya memandang Azim yang sedang sibuk berkemas. Awak dah boleh keluar ke? Dia bertanya. Azim tidak menjawab. Dia hanya mengangguk perlahan. Tangannya masih lagi memasukkan baju-baju yang sudah siap dilipat ke dalam beg. Dah sihat? tanya Suraya lagi. Lembut. Azim menghalakan pandangan ke arah Suraya. Sudah. Dia menjawab ringkas. Suraya menghela nafas lega. Alhamdulillah. Syukur. Gembira rasanya apabila Azim sudah sihat. Dah seminggu Azim duduk di hospital, tentu Azim pun sudah bosan. Tetapi sampai sekarang, Suraya pun tak tau, apa sakit Azim yang sebenarnya. Doktor ada bagi tau, awak sakit apa? Migrain biasa, tipu Azim. Dia tidak akan memberitahu perkara ini kepada Suraya. Belum masanya lagi. Suraya mengangguk perlahan. Tulah awak. Banyak sangat fikir. Bila dah kena macam ni, siapa yang susah? Saya... jugak. Suraya berseloroh. Saja nak menimbulkan suasana gembira hari ini. Suraya membantu memasukkan termos minuman ke dalam bakul kecil. Tuala Azim dilipat dan diletakkan sekali bersamasama termos tadi. Azim hanya membatukan diri. Dia hanya memerhatikan Suraya. Tangan Suraya berhenti bekerja apabila dia perasan dengan renungan mata Azim. Aikk... salah ke apa aku cakap tadi? Ermmm...

107

Iman Suraya

Suraya menimbang-nimbang di dalam kepala. Kenapa Azim pandang macam tu. Nak kata apa dia cakap tadi salah, dia pun tak perasan apa yang dia cakap tadi. Rasa macam cakap biasabiasa aje. Macam cakap dengan Azim selalu. Gamaknya orang sakit ni mungkin mudah tersentuh kut. Cepat sangat touching pada apa yang orang keliling kata. Azim, kalau Sue salah cakap, sorrylah. Sue tak sengaja. Suraya memukul lembut mulutnya. Tulah. Kerana pulut santan binasa, kerana mulut padan muka Azim buat tak layan aje. Azim menghadiahkan senyuman untuk Suraya. Dia menggeleng perlahan. Awak tau, kan. Saya suka awak yang macam ni. Awak tak hipokrit. Awak jadi diri awak yang sebenarnya. Tu sebab saya sayangkan awak, balas Azim. Masakan dia perlu tunjuk perasaannya saat ini kepada Suraya. Dia tidak mahu kantoi di awal-awal begini. Dan kalau boleh, sikit pun dia tidak mahu Suraya sedih dengan apa yang dia tanggung. Suraya tersengih. Tersengih gaya orang malu-malu kucing. Lembutnya Azim ni bercakap. Memang bertuah badan jumpa lelaki macam Azim ni. Sue sayang Azim. Suraya berkata cepat-cepat. Satu nafas tanpa henti. Terang dan jelas. Azim mengangguk. Tau. Kemudian pecah ketawa mereka berdua. Dah siap? Suara Abang Norman yang tiba-tiba muncul di muka pintu bilik mematikan ketawa Suraya dan Azim. Dah, jawab Azim.

108

Areila Sahimi

Norman membantu Azim membawa beg pakaiannya. Sempat dia mengerling ke arah Suraya. Suraya buat-buat tak nampak. Dia buat muka bila kena kerling macam tu. Di belakang Norman dan Azim yang sudah bergerak ke hadapan dia mengetap bibir. Hesy... mamat ni. Pantang tengok Romeo dengan Juliet tengah syok-syok dia pulak boleh muncul kat tengah-tengah ni. Jadi extra yang mengacau daun. Sue nak Abang Man hantarkan Sue balik sekali? Norman bertanya apabila mereka sudah sampai ke tempat parking kereta. Suraya menggeleng perlahan. Tak payahlah. Sue drive kereta abah hari ni. Suraya menolak. Selamat.... Nasib hari ni dia terdetik nak pinjam kereta abah. Kalau tak mahunya kena naik sekali satu kereta dengan Abang Norman. Tak rela I. Norman menjongket bahu. Suraya dan Azim dipandang sekilas sebelum dia masuk ke dalam perut kereta. Suraya dan Azim diberi ruang seketika untuk berbicara sesama mereka. Dia pun tau jugak etika bila jadi orang yang berada kat tengah-tengah pasangan yang bercinta. Takkan nak menyibuk mencapap kat tengah-tengah diorang. Dia suka Suraya. Boleh juga dikatakan dia pun sayang Suraya. Tapi Suraya, Azim punya. Dia tidak tergamak mahu mengambil kepunyaan adik sendiri. Biarkanlah. Sue, saya nak terus balik Putrajaya ni, beritahu Azim. Suraya mencebik. Dia memandang Azim. Takkan cepat sangat.... Dia berkata manja. Sue, saya dah lama duduk kat sini. Saya dah malas nak susahkan Abang Norman, emak dan awak Sue.

109

Iman Suraya

Sue tak pernah pun rasa susah sebab Azim tau. Abang Norman tu bukan ke abang Azim? Takkan dengan adik sendiri pun dia nak merungut susah. Suraya bagai membebel satu ribu patah perkataan. Mulutnya pot-pet-potpet tanda tak puas hati. Mulut Suraya sudah menjuih. Panjang sedepa. Muka yang tadi manis terus jadi masam mencuka. Bagai baru kejap tadi dia pergi telan sebotol cuka Cap Tamin. Dia memeluk tubuh. Dia nak merajuk. Azim ni tau. Memang tau. Suka macam tu tau. Extralah dua tiga hari kat sini lagi. Biar betul-betul sembuh. Dia pun senang nak datang melawat. Kalau dah balik Putrajaya tu nanti, takkan nak datang melawat hari-hari. Nak tidur rumah parents Azim kat sana mesti segan gila. Abah pun mesti awal-awal akan tolak usul yang akan dikemukakan untuk bermalam di rumah keluarga Azim. Abah bukan suka. Abah tu straight gila pada benda yang abah tak suka. Nanti pasti sahaja abah akan kata nak jadi anak dara apa sibuk memerap rumah keluarga lelaki yang belum menjadi keluarga sendiri. Kalau sudah jadi suami isteri abah sendiri sanggup menghantar Suraya ke sana kerana di situlah tempat Suraya kelak. Itu kelak punya cerita. Bukan sekarang punya cerita. Sue janganlah macam ni. Banyak benda saya kena siapkan kat sana. Azim memujuk lembut. Jauh di mata dekat di hati, kan... sambung Azim lagi cuba berjenaka. Matanya dikenyitkan. Suraya menggigit bibir bawah. Ni ar yang buat kan teman sayang bebenor dengan miker (awak) ni Azim. Isy... malunya kena pujuk macam tu. Hati Suraya berbunga gembira walaupun dia memang tak berapa nak bergembira bila Azim bagi tau nak balik Putrajaya terus. Ingat bila Azim dah sembuh boleh ar jugak ajak dia pergi pekena laksa kat Taman Polo sambil menghirup udara nyaman kat situ. Dia

110

Areila Sahimi

tahu Azim memang berkenan sangat dengan laksa buyung yang dijual di Taman Polo itu. Tak apalah. Nak buat macam mana, kan. Lemah tanpa nada Suraya menuturkannya. Sebenarnya Suraya memang tak ikhlas pun nak sebut perkataan tak apa tu. Macam dah menyerah kalah aje bunyinya. Nanti saya telefon bila dah sampai sana. Suraya mengangguk. Azim membuka pintu hadapan. Cermin diturunkan separuh. Jaga diri ye. Sempat dia berpesan. Suraya sekadar mengangguk sahaja. Kereta Abang Norman sudah keluar dari parking. Dan terus memecut laju. Suraya hanya menghantar dengan pandangan mata. Setelah bayang-bayang kereta Abang Norman hilang, tangan kanan menyeluk ke dalam saku belakang jeans yang dipakai. Telefon bimbit dikeluarkan. Pantas jari-jemari mencari nama Anne di dalam directory. Helo... jom teman aku! Suraya berhenti sejenak. Memberi ruang orang di hujung talian sana pula bercakap. Seketika dia mengangguk. Kemudian mencebik. Jomlah... inilah kawan. Time aku tengah keseorangan tak ada sorang pun nak tolong temankan. Nak tolong hiburkan hati yang sedang berduka nestapa ni. Berdramalah pulak. Over acting. Melebih-lebih. Biarkan. Biar Anne jadi serba salah. Dan itu memang point Suraya. Tak sampai setengah minit Suraya berdrama tadi, bibirnya menguntum senyum segaris. Nampaknya lakonan tampak berkesan dan sudah menjadi. Tempat biasa. Pekena laksa buyung kat Taman

111

Iman Suraya

Polo. Setting port. Port biasa kalau teringin nak makan laksa Penang yang boleh dikatakan famous jugak dekat Ipoh. Aku belanja. Putus Suraya lagi. Okey. Chow! Talian dimatikan. Segera Suraya melangkah ke kereta abah yang diparkir di belakang hospital.

112

Areila Sahimi

Bab 11
BANG IMAN dah betul-betul okey ke dengan Abang Adam? Maira bertanya ketika mereka baru sahaja sampai ke pusat membeli-belah Mines, Seri Kembangan. Apasal Maira tanya macam tu? Iman bertanya balik. Umairah ditenung sekilas sebelum dia melangkah ke butik Orlando yang menjual pelbagai pakaian lelaki. Tak adalah. Dulu-dulu tu ingat Maira tak tau cerita ke? Iman membelek-belek kemeja yang bergantung. Ermmm... warna biru macam pengawas sekolah. Warna hijau macam nak pergi sekolah rakyat. Warna pink... er... yuhuu... tak sesuai. Warna apalah yang nak pakai ni. Memang tak tau. Ini okey tak? Iman meminta pandangan Umairah. Sehelai kemeja berwarna oren dikeluarkan dari penyangkut. Hesy sakit matalah. Umairah memberi komen. Apa punya taste entah. Ada ke nak pergi temu duga pakai baju yang gila punya terang macam ni. Ini bukan nak pergi

113

Iman Suraya

tengok konsert Zahid yang ala-ala yang-oren-bangun-yangoren-bangun tu. Umairah menggeleng kepala. Tangan dia turut sama mencari-cari kemeja yang sesuai untuk abangnya itu. Banyak pilihan. Tapi dia pun tak tau mana satu yang sesuai. Dia pun mana pernah pergi beli baju kemeja lelaki. Abang Iman ada rasa something-something lagi ke dengan Kak Melia? Umairah bertanya lagi. Dia nak korek habis-habisan. Hal dulu-dulu dia memang tau. Tapi tau sekadar dari mulut ibu. Ibu pun tak ada maknanya nak cerita semua. Mesti ada benda yang ibu tak ceritakan jugak. Alang-alang dah ada dengan tuan punya badan baik tanya sendirilah. Lagi puas hati. Iman yang masih sibuk membelek-belek baju yang terdapat di butik ini terdiam sejenak. Sejak bila Maira jadi wartawan ni? Semua benda nak ambil tahu, getus Iman. Umairah tersengih apabila kena sindir macam tu. Adakah dia terlalu straight to the titik bila pergi tanya direct macam tu kat Abang Iman. Rasanya tak. Apa salah ke benda yang dia tanya tu. Dia pun nak jugak tau. Apa benda yang dah berlaku yang dia tak tau lagi. Dia pun kena tahu jugak selagi dia duduk satu rumah dengan insan-insan ini. Tak naklah nanti dia jadi terpinga-pinga tak tau apa-apa kalau ada apaapa jadi kat dalam rumah tu. Dia dulu pun dahlah sibuk memanjang dengan kuliah. Sekarang ajelah yang okey sikit sebab dah grad. Harap time macam ni ajelah boleh korek cerita. Update story. Kita kan ke adik-beradik. Takkan benda macam tu pun nak berahsia. Umairah cuba berdiplomasi dengan cara tersendiri. Dia pun ada skil jugak macam mana nak korek cerita orang sampai ke dalam.

114

Areila Sahimi

Abang Iman tak layak ke untuk Kak Melia? Iman balik bertanya. Dia tak menjawab soalan Umairah sebaliknya dia pulak yang mengajukan soalan pada Umairah. Tu kan ke kakak ipar kita, balas Umairah rendah. Iman hanya ketawa kecil mendengar jawapan tak beremosi, tak ada nada, rendah aje dari Umairah itu. Apa ke benda entah soalan dia pergi tanya dekat Maira tu tadi. Budak ni bukan tau apa-apa pun. Yang ini okey tak? Iman menunjukkan sehelai kemeja berwarna hitam. Umairah tersengih lagi. Hitam. Hitam itu menawan. Hitam lambang keunggulan. Cantik. Sangat-sangat maskulin walaupun warna hitam ni nampak macam nak pergi ziarah orang mati aje. Tapi boleh aje. Cubalah dulu. Tengok sesuai ke tak. Try sekali dengan tie warna merah ni. Umairah mencapai sehelai tali leher sutera kosong berwarna merah di tempatnya. Lalu dihulurkan kepada abangnya itu. Iman memandang tali leher di tangannya. Amboi... merahnya mak ngah. Dia ikutkan jugak cita rasa adik bongsu yang sorang ni. Merah ni warnanya terang. Kalau dia pening masa temu duga nanti. Jawab yang bukan-bukan. Lepas tu fail. Umairah akan dia persalahkan. Hesy... sampai ke situ pulak. Tak patut... tak patut. Tak pasal-pasal nak menyalahkan orang lain. Iman masuk ke dalam fitting room. Mencuba kemeja dan tali leher merahnya mak ngah tadi. Seketika kemudian dia keluar. Umairah sudah bersedia dengan sehelai slack berwarna hitam di tangan. Pakai ni sekali. Dia memberi seluar slack berwarna hitam itu.

115

Iman Suraya

Iman ikut aje apa yang imej consultant tak bergaji ni suruh buat. Dia ambil slack tadi. Masuk semula. Dan menyalin semuanya. Apabila sudah lengkap dengan slack, kemeja sudah dikemaskan ke dalam seluar, tie sudah siap diikat sekali lagi dia keluar. Okey tak? Iman bertanya. Umairah menarik senyum segaris. Baru perasan. Abang Iman kalau pakai kemas-kemas macam ni, dengan rambut baru dia lagi tu, tanpa sebarang aksesori mengarut tu, boleh tahan kacak bergaya sungguh orangnya. Errrmmm patutlah dulu aweks-aweks keliling pinggang. Memang handsome. Ini kalau rekomen kat budak-budak satu U ni, memang laku ni. Perfect. Sepatah Umairah memberi komen. Iman tersenyum. Okey. Jom! Iman menarik tangan Umairah. Umairah brek pakai kaki. Eh... sat, sat. Nak pergi mana? Dia bertanya pelik. Pergi bayarlah. Umairah menepuk dahi. Hatoii... abang aku yang sorang ni. Kalau ye pun seronok dapat baju baru pergilah salin dulu. Takkan nak scan harga baju kat badan dia kut. Salinlah dulu. Sela Umairah. Iman yang baru terperasan terus ketawa. Belum apa-apa dah pening lalat dengan warna tie yang Maira pilih ni. Dia masuk kembali ke dalam bilik persalinan tadi. Umairah hanya menggeleng kepala melihat abangnya. Harap Abang Iman boleh luluslah temu duga tu nanti. Preparation tip-top. Top to toe semua baru. Kalau tak lepas jugak, tak tau nak cakap lagu mana dah.

116

Areila Sahimi

ABANG IMAN... Umairah memanggil panjang. Iman hanya buat tidak tahu. Dia masih mengunyah Pizza Hut. Abang Iman... panggil Umairah lagi. Dia mengetap bibir bila orang kat depan dia ni sedap aje makan piza dan dia kat sini dibuat macam tak ada aje. Abang Iman!!! panggil Umairah lagi. Sedikit kuat. Hampir tersedak Iman bila disergah Umairah macam tu. Nasib tak tercekik. Tak boleh ke tolong suspect sikit orang yang tengah makan ni. Sengaja Iman mengguna pakai perkataan suspect tu. Alah... Umairah tu budak universiti. Dari darjah satu pergi sekolah. Takkanlah tak tau suspect tu sebenarnya nak guna untuk respect. Saja pinjam lawak Senario sekejap. Sekali lagi Umairah mengetap bibir. Banyaklah Abang Iman punya suspect. Ingat dia ni tunggul kayu ke. Orang dah panggil elok-elok pesal tak nak menyahut? sela Umairah sambil merungut-rungut. Iman hanya ketawa di dalam hati melihat memek muka Umairah yang dah berkerut-kerut. Ye adikku sayang. Intan payung. Ada apa panggil abang macam tu. Nak kasi abang mati tercekik sebab makan piza ke? Iman berkata lembut. Sekejap kepalanya dilentok ke kiri. Kejap ke kanan. Macam daun pokok kelapa kena tiup angin laut. Macam gaya-gaya gedik manja kakak-kakak make-up artis yang ala-ala tu. Iman Radhiff yang gagah perkasa tiba-tiba jadi lembut gelang patah macam tu. Tibatiba aje dia jadi adik-adik. Kalau ayah ada kat sebelah sah dia kena luku. Bikin malu brand Hashim Manaf aje! Umairah terus ketawa sambil memegang perut dengan lawak yang abangnya buat. Kalau kat rumah ni dah

117

Iman Suraya

tentu gelak terguling-guling. Nasib aje sekarang kat tengahtengah Pizza Hut. Sejak bila Abang Iman pandai buat lawak-lawak antarabangsa yang memang lawak gila ni? tanya Umairah dengan tawa yang masih bersisa. Setahu Umairah, dulu-dulu Abang Iman memang jenis kepala tiga suku, macam tak berapa nak betul jugak. Pak lawak yang memang kerjanya duk buat lawak aje. Cuma yang buat Abang Iman jadi macam senyap sikit, semenjak Abang Adam dan Kak Melia kahwinlah. Tu yang pelik. Balik aje dari oversea terus Abang Iman bertukar paksi. Jadi orang lain. Nampaknya sekarang, keadaaan memang dah back to normal. Abang Iman dah memang berada di landasan yang betul. Berpaling dan kembali ke paksi asal sebagai seorang Iman Radhiff Hashim Manaf. Abang Iman ada gaya buat lawak ke tadi? Iman buat-buat tanya. Yelah. Ingat dah tak reti nak buat lawak macam tu lagi. Iman tersenyum. Faham maksud Umairah. Alah... Iman Radhiff, kan. Setakat frust sekejap-sekejap tu adatlah. Tapi sekarang keadaan dah terkawal. Dia pun dah boleh control feeling pada Amelia sebab dia nak jadi Iman Radhiff yang baru. Yang dah berubah walaupun ada certain-certain part yang dia patut kekalkan. Macam yang Umairah cakaplah. Pandai melawak. Tu memang bakat semula jadi. Walaupun ada lawak yang dia buat tu lawak bodoh, lawak kotor, tapi selagi masih dalam kelompok lawak, boleh buat orang gelak apa ada hal dengan bodoh, kotor semua tu, kan. Abang Iman patut join Raja Lawak tau. Umairah menyambung lagi.

118

Areila Sahimi

Malaslah. Nanti pelawak-pelawak kat Malaysia ni tak boleh cari makan. Maklumlah, Abang Iman kan ke full package. Ada talent. Muka hensem. Iman kembang hidung. Ketawa Umairah mati. Ek eleh... mula la kembang. Ni mesti ambil masa nak kempis balik dia punya kembang tu. Pantang dipuji, mula perah santan. Poyolah, getus Umairah geram. Segera dia menghabiskan piza yang tinggal lagi sepotong tu. Abang Iman memang hantu piza. Set regular yang dipotong enam ini Abang Iman makan empat. Dia makan dua aje. Sabar ajelah. Makan cepat. Nak balik ni. Ayah nak pakai kereta petang ni, arah Iman. Sebelum keluar tadi awal-awal ayah dah pesan jangan balik lambat. Dia nak pakai kereta pergi ke masjid. Nak tak nak memang kena ikutlah. Insya-Allah, kalau sudah kerja nanti, dah ada gaji sendiri dia pun berhajat nak pakai kereta sendiri jugak. Biarlah pakai yang biasa-biasa aje pun tak apa. Dia bukan kisah pun. Takkan asyik nak pinjam kereta ayah aje. Ayah memang dah pencen. Dah tak kerja. Tapi ayah guna jugak kereta dia tu untuk pergi ke masjid dengan bawak ibu ke pasar. Nak pinjam kereta Abang Adam. Errr... takutlah nak drive Camry dia tu. Buat tercalar sikit nanti, teruk kena bambu. Hakikatnya Iman tahu, Abang Adam bukan fesyen orang macam tu. Berjaga-jaga lebih baik sebelum terkena.

119

Iman Suraya

Bab 12
ITTT!!! Suraya tersentak dengan sergahan dari belakang itu. Hai ini macam tempah tiket nak kena tangan free aje ni. Main kejutkejut macam tu. Tak ke kencing manis kalau kena macam ni selalu. Nak kena betullah Si Anne ni. Kau ni tak tau nak bagi salam dah ke Anne? marah Suraya. Dia memang tak suka kena sergah macam tu. Sesak nafas. Tu belum lagi kalau dia termelatah berterabur itu ini. Annisa hanya ketawa. Alah mak cik ni. Macam tak biasa kena sergah macam ni pulak. Assalamualaikum.... Annisa memberi salam berserta senyuman melirik. Tangan kanannya dibawa ke dahi sambil kepala ditunduk sedikit. Waalaikummussalam, jawab Suraya mendatar tanpa nada. Apahal muka monyok semacam ni. Anak kucing baru lepas mati ke? Annisa bertanya.

120

Areila Sahimi

Memang dia perasan, semenjak dua menjak ini Suraya macam stres semacam. Tak tau apa masalahnya. Selalu muka Suraya memang hari-hari ceria. Sekarang ni, sugul semacam. Tu sebab kena sergah macam selalu tu pun dia boleh melenting. Kau ni janji pukul berapa. Datang pukul berapa, ujar Suraya. Jam tangan Adidas berwarna hitam bermuka besar itu, ditala dekat-dekat mata Annisa. Ooo apahal ni? Annisa membelakangkan sedikit mukanya. Macam dia buta tak nampak jam tangan Suraya yang besar gedabak tu. Anei!!! panggil Annisa lagi sebelum Suraya sempat membuka mulut menjawab pertanyaannya tadi. Sat ek Sue. Bagi aku order dulu. Annisa tersengih memandang Suraya. Ya adik manis. Mau makan apa? Semua ada, tanya anei mapley Nasmir agak ramah. Suraya hanya tersengih apabila menerima layanan ramah mesra dari anei mapley Nasmir ni. Bagus betul tokei mapley Nasmir ni. Pandai dia train mamat Madras ni layan customer. Dahlah pandai cakap bahasa Melayu. Teh o ais laici satu. Roti tisu kon besar tutup muka satu, pinta Annisa. Itu memang favourite dia. Teh O ais laici memang kena dengan tekak yang kering ni. Roti tisu kon besar tutup muka ni memang special. Punyalah besar roti tisu kon yang mamak tukang buat roti canai ni buat. Dia pun kalau keluar dating dengan abang tersayangnya memang selalu pesan menu ni. Romantik gila makan roti tisu besar ni, sambil tengok air pancut kat sini. Patahkan sikit-sikit. Jimat pun jimat. Satu roti tisu boleh share dua.

121

Iman Suraya

Sambung cerita Sue. Annisa memberi laluan kepada Suraya setelah anei ambil order tadi berlalu. Aku ingat kau dah tak minat nak tau cerita aku. Suraya berkata mendatar. Pandangannya dilempar jauh di tengah Sungai Kinta yang mengalir. Apahal ni Sue. Kau ni. Lain macam aje. Jangan buat aku serba salah. Suraya memandang Anisa semula. Aku tengok Azim dah lainlah. Annisa mengerut dahi. Lain? Dia bertanya sepatah. Suraya mengangguk. Lain macam mana? Annisa bertanya lebih lanjut. Dia lain. Lepas aje dia keluar hospital bulan lepas, terus senyap. Aku boleh kira tau, berapa kali aje dia mesej aku. Berapa kali dia call aku. Kalau dia tak mesej kau, tak call kau, kau lah pulak mesej dia. Call dia. Habis cerita. Tu aku tau. Tapi kalau mesej aku dia tak reti nak reply. Call aku dia tak reti nak jawab. Tu sape nak explain. Annisa menjuling mata ke atas. Ooo... itu kisahnya. Bunyi macam berat aje ni. Dia orang berdua ni berdarah manis. Macam-macam boleh jadi. Dia busy kut. Sekarang ni kan ke musim budakbudak periksa. Kau kena faham. Annisa cuba memberi jawapan yang terbaik. Takkan nak dicurah minyak petrol pulak ke dalam api yang panas. Tau sangat. Suraya tu mesti tengah berapi. Mambang api dah naik sheh. Kalau tak, dia takkan cakap macam ni. Serius semacam.

122

Areila Sahimi

Suraya menimbang-nimbang. Jawapan Annisa boleh pakai. Tapi dulu Azim boleh aje call. Mesej. Siap turun Tanjung Malim sekali semasa dia di UPSI dulu. Apasal sekarang payah sangat. Aku rasa dia ada perempuan lainlah. Suraya mula syak wasangka. Perubahan terlalu drastik. Biasa kalau lelaki dah jadi macam ni, maknanya dia memang pasang spare tyre lah. Itu ikut dari sejarah pengalaman kawan-kawan dulu. Hesy... kau ni Sue. Takkan sampai ke situ. Kau tu fikir banyak sangat. Tenang ajelah. Kau tak faham Anne. Kita orang tak macam korang. Kau dengan Faiz satu bendera. Satu negeri. Satu daerah. Satu kawasan. Satu kampung. Satu tempat tinggal. Kau boleh nampak apa Faiz buat setiap masa. Macam aku dengan Azim jauh. Dia kat sana. Aku kat sini, balas Suraya. Anne bolehlah cakap macam tu. Dah Faiz tu jiran selang dua buah pintu dari rumah dia. Bolehlah kalau nak buat pemantauan berkesan. Macam dia situasi lain. Dahlah tu Sue. Azim tu sayang kau sorang ajelah. Aku tau. Kau relaks ye. Tak pun cuba kau korek dari Encik DPP (Deputy Public Procecutor) tu. Takkan dia tak tau. Dia orang kan ke adik-beradik, usul Annisa. Suraya mengeluh lemah. Tak naklah aku. Terserempak dengan dia pun aku mintak simpang. Inikan pulak nak datang jumpa berdepandepan. Idea Anne memang tak boleh pakai. Takkan dengan rela dia nak pergi jumpa Abang Norman. Tak kuasa eh! Habis tu. Apa lagi yang kau boleh buat? Entah. Selagi aku boleh sabar. Aku sabarlah lagi ni. Suraya menjongket bahu.

123

Iman Suraya

Korang tu darah manis. Tu sebab macam-macam syak wasangka timbul. Biasalah tu. Adat orang bertunang. Aku nak buat preparation kahwin aku pun macam dah tak semangat dah, ujar Suraya lemah. Janganlah sampai macam tu. Nanti tak pasal-pasal Si Ahmad Kacau Gelang Patah tu berhangin karang. Kau dah janji nak ambil dia jadi wedding planner kau nanti, kan? Ahmad Kacau Gelang Patah? Alamak! Suraya menepuk dahi. Baru dia teringat, yang dia belum lagi bagi ukuran badan untuk baju sandingnya nanti. Mesti mamat kepit ni berleter panjang. Adoiii... Sue. Benda macam ni pun boleh lupa. Nak kahwin ke tak ni? Nak sangat!!! Apesal? tanya Annisa pelik apabila Suraya tibatiba menepuk dahi. Aku lupa nak pergi butik mamat tulah. Nak ambil ukuran. Kau ni. Itu pun boleh lupa. Tulah. Entah ke mana fikiran kau tu. Sampai benda macam tu pun tak ingat. Annisa berhenti seketika. Memberi laluan kepada anei mapley tadi meletakkan pesanan yang dipesan tadi. Tengok tu. Rambut kau tu pun dah aku tengok macam Tina Tunner aje. Karan semacam, sambung Annisa lagi apabila anei tadi sudah pergi. Suraya menjulingkan mata ke atas. Kemudian dia mengelus rambut panjang aras bahunya itu. Bila masa pulak rambut aku macam Tina Tunner pulak ni. Elok aje lurus, lembut guna jari pun boleh. Pandai-pandai aje Anne ni. Kau ni. Main belasah aje nak cakap apa, gumam Suraya. Annisa hanya tersengih. Tau sangat. Mesti Suraya

124

Areila Sahimi

tengah hot tu. Yelahkan. Dah pergi kutuk rambut dia yang cantik tu. Hesy... Sue... Sue. Bila nak insaf pun tak tau. Dah berbuih nasihat suruh pakai tudung dia tetap macam tu jugak. Suraya pernah cakap yang dia tak bersedia ke arah itu. Dan kalau dia nak bertudung nanti, biarlah dia bertudung dengan ikhlas. Tak ada paksaan dari mana-mana pihak. Tu kata Suraya dulu. Dulu punya cerita tu. Dah lama. Tapi sampai sekarang nampaknya Suraya masih belum sampai seru lagi kut. Pelik. Nak buat benda yang memang wajib, memang dituntut pun kena tunggu sampai seru ke? Annisa berkata sendiri di dalam hati. Sue, bila kau nak bertudung ni Sue? Erk... Annisa terperasan yang benda dia cakap dalam hati tadi boleh terkeluar ke mulut. Suraya memandang Annisa. Kemudian dia terkulatkulat malu. Ini bukan kali pertama Anne pergi tanya soalan macam ni. Azim pun dah banyak kali suruh berubah. Abah memang dari zaman sekolah lagi dah berbuih mulut suruh pakai tudung. Along dengan angah, dah banyak kali perli bila dia nak jadi muslimah sejati. Nak jawab belum sampai seru, benda tu dah biasa sangat. Orang pun dah boleh agak. Akhirnya... Nantilah, jawab Suraya pendek. Kau lawa tau Sue, kalau bertudung. Apesal? Sekarang ni aku ada rupa pontianak ke kalau free hair macam ni? Hesy... kau ni Sue. Tapikan kalau muka kau sapu cat putih, rambut kau ni kasi serabut sikit. Memang adalah sikit-sikit macam kembar Maya Karin dalam Pontianak Harum Sundal Malam tu. Selamba Annisa berkata. Suraya membuntangkan matanya. Wah... mak cik

125

Iman Suraya

ni. Baru beli insurans ke untuk mulut tu. Bercakap main direct aje. Langsung tak cover. Dia cakap sikit aje. Anne pulak yang bukan main lagi pergi tambah dengan garam gula secukup rasa. Dasar nasi tambah! Tisu yang baru digunakan untuk mengelap mulut tadi dibaling ke arah Annisa yang sudah menahan tawa dengan telapak tangan. Hampeh kau Anne... Pecah ketawa Annisa akhirnya. Tidak lagi dia cover dengan tapak tangannya. Eh, sibuk-sibuk cerita ni, kau dah tau ke kau posting kat mana? Annisa bertanya dengan tawa yang masih lagi berbaki. Rasanya nak dekat sebulan lebih Suraya grad dari UPSI. Sampai sekarang tak dengar cerita pun pasal tempat pertama yang akan Suraya mengajar. Suraya menjongket bahu. Tak tau. Ikutkan dia pun dah boring buat projek menanam anggur di rumah. Dah la tu, along angah bukan main lagi semenjak dia jadi suri rumah tangga sepenuh masa kat rumah abah tu. Tiap-tiap hari dia orang balik singgah makan kat rumah. Siap letak menu apa lagi nak suruh dia masak. Sudahlah tu, setiap hari Jumaat mesti dorang berdua bawakkan satu bakul besar kain setiap sorang. Suruh dia tolong cucikan. Tolong gosokkan. Bila suruh kahwin macammacam alasan. Kau doa mintak kat mana? Kat sini aje. Aku kalau boleh nak mengajar dekat sekolah lama kita tu dulu. Dekat pun dekat. Biar betul? Suraya mengangguk.

126

Areila Sahimi

Aku bajet kau nak mengajar dekat Putrajaya jugak. Dekat dengan Azim. Malaslah aku jauh-jauh. Kat sini pun okey. Kalau dah kahwin nanti macam mana? Dialah kena tukar. Anisa menggeleng perlahan. Jomlah. Temankan aku pergi ke butik Ahmad Kacau tu. Suraya mengajak Annisa. Dia melambai tangan memanggil anei pelayan tadi untuk mengira harga makanan dan minuman. Selesai membuat bayaran mereka berdua beriringan menuju ke tempat parking kereta. Kau follow aku, arah Suraya. Annisa mencebik. Bajet macam aku tak tau aje mana letaknya butik Ahmad Kacau tu. Suraya tersengih. Aku takut kau kona pergi tempat lain aje nanti. Tak adalah. Aku temankan kau aje hari ini. Date aku bawak ke esok. Okeylah tu. Jomlah. Terus Suraya memboloskan diri ke dalam kereta abah yang dipinjam setelah kena tahan leter hampir setengah jam dari abah tadi. Biarlah. Janji dapat. Abah berleter pun bukan sebab apa. Dia keluar dengan kereta abah. Tapi yang tuang minyak tetap abah. Ha ha ha.... Tu yang abah tak puas hati. Abah kata pandai aje nak drive kereta yang dah penuh tangki minyak. Suraya ketawa di dalam hati bila mengingatkan kes nak keluar rumah tadi. Annisa pula sudah masuk ke dalam keretanya. Bersedia untuk mengikut Suraya dari belakang. Tempat yang ingin dituju sekarang ini adalah Butik Ahmad Kacau yang terletak di Greentown Nova tu.

127

Iman Suraya

Bab 13
Waalaikumussalam. menjawab tegas semacam.

SSA LA M UA LA IKUM . Suraya bersuara manja. Orang di hujung sana

Suraya mencebik. Ni berhangin lagi la ni. Jawab macam tu. Datang bulan tiga ratus empat puluh lima hari ke mamat ni. Sejak bila Azim jadi straight sangat ni pun dia tak tau. Macam gaya Abang-Misai-Polis-Trafik aje cara Azim jawab salam. Sejak bila pulak Azim pergi bertapa dekat Pulapol tu pun Suraya tak tau. Yang tau, tune suara tu memang sipi-sipi macam Abang-Misai-Polis-Trafik aje. Awak... panggil Suraya. Manja. Buat trick gedik manja. Harap Azim boleh kasi cair punya. Ye. Suraya menjuling mata ke atas siling. Hush... trick gini punya manja pun Azim tak layan jugak. Sue dah dapat tau posting kat mana. Suraya terus

128

Areila Sahimi

kepada isi yang dia ingin katakan. Mukadimah panjangpanjang pun bukan ada maknanya. Sudah Azim tu pun macam nak tak nak aje layan. Kat mana? Sekolah lama Sue dulu. Dekat Sekolah Menengah Kampung Pasir Putih. Start masuk lapor diri minggu depan. Suraya memberitahu berita yang baru diterima siang tadi dengan perasaan riang gembira. Memang inilah impian dia sejak dahulu lagi. Mahu mencurahkan bakti di tempat dia pernah menuntut ilmu dulu. Tak kiralah di sekolah ni dulu menempatkan ramai otai Sri Kinta, otai Pasir Puteh, otai Temiang, otai Tok Chendang, tapi memang inilah yang dia mahukan. Dia dulu pun apa kurangnya. Termasuk dalam senarai budak-budak otai Chempaka Sari jugak. Owhh... sela Azim pendek. Tidak berperasaan. Suraya mendengus perlahan. Dia punyalah excited bercerita tentang benda ni. Azim boleh aje pulak buat nada tak berperasaan macam tu. Nasib tak ada kat depan mata. Kalau tak, memanglah dia akan tarik muncung sedepa. Kalau nak tarik muncung dua tiga depa sekarang ni pun tak ada maknanya. Azim tu nun di sana. Dia nun di sini. Buang karan aje. Azim... Suraya memanggil panjang. Dia masih mampu untuk berlembut dengan Azim walaupun kat dalam hati ni macam panas membara aje bila Azim buat-buat dingin sejuk beku macam baru keluar dari dalam peti ais aje gayanya. Suraya memintal-mintal telinga Bug Bunny hadiah pemberian Azim dulu. Rasanya kalau ini telinga Azim, dah lama tercabut kut kalau kena pintal macam tu. Tak ke

129

Iman Suraya

sepatutnya Azim kena rasa happy. Happy untuk dia. Sebab dia dah ada kerja. Dah tak payah nak susahkan abah. Tak payah susahkan along. Tak payah susahkan angah. Azim pun patut jugak rasa happy sebab lepas ni tak adalah asyik nak tolong top-up kan handset dia aje. Sebab dia pun dah ada duit untuk top-upkan handset sendiri. Kecil hati, limpa, pancreas bagai bila orang yang diharap akan rasa seronok dan gembira dengan benda ni buat tak tau aje. Macam tak ada apa-apa. Macam biasa-biasa aje. Memang salahlah ada yang mengatakan perempuan terlalu complicated dalam perhubungan. Lelaki pun sama. Contohnya macam mamat Azim ni la. Suraya mengomel sendiri di dalam hati. Ada apa Sue? Azim bertanya. Dia masih lagi macam tadi. Beku. Kaku. Tepu. Suraya mula rasa semacam. Tadi dia gembira riang ria dengan cerita yang dia nak sampaikan. Sekarang dia rasa poyo semacam aje bila dah terasa macam kena sentap dengan tingkah laku Azim yang buat tak tau tu. Tubir mata dah rasa panas. Dia hampir meleleh. Dia tak nak menangis semasa Azim masih di dalam talian. Nanti takut kantoi kalau suara tiba-tiba jadi sengau. Mesti Azim boleh bajet yang dia tengah menangis, sedih, berduka nestapa kat sini. Tak maulah Azim tau yang dia tengah terasa hati tahap gaban di atas layanan yang diberikan. Tak ada apa-apalah. Suraya terus mematikan talian. Adoii... ni sejak bila jadi minah leleh yang cepat sangat sentap ni? Mamat tu baru cakap macam tu. Mamat tu baru buat tak tau sikit. Entah-entah mamat tu cuma nak try test aje kut. Itu pun nak sedih. Itu pun nak sentap. Itu pun nak meleleh ke? Suraya Dania mesti jadi orang kuat walaupun tak sempat nak telan maajun kuat. Bertahan Sue, bertahan! Selang beberapa minit selepas talian dimatikan,

130

Areila Sahimi

telefon bimbit Suraya kembali berdering. Skrin telefon bimbit dilihat. Azim telefon. Kalau jawab sekarang ni, memang akan kantoi ar. Sebab tangisan masih belum reda lagi. Tengah sengau pun ye. Tengah tersedu sedan pun betul jugak. Telefon mati. Kemudian menjerit lagi. Azim telefon lagi. Wah!!! Bersungguh-sungguh benar mamat ni nak bercakap dengan aku. Masih lagi berusaha nak menghubungi aku. Apa nak buat? Suraya menimbang-nimbang di dalam kepala.Walaupun macam tak rela nak jawab panggilan Azim ini, digagahkan jugak. Butang answer ditekan. Helo.... Terang-terangan dah keluar tone sengau semacam. Sok... sek... sok... sek. Bunyi hingus sedang tarik dan lepas pun boleh jelas kedengaran. Sue... Azim memanggil lembut. Ye... Sorry... Kenapa? Suraya buat-buat tanya bila Azim tibatiba cakap sorry. Elehh... anak kucing tercekik tauhu, bajet macam tak tahu. Suraya tersenyum di dalam hati. Memang mengharapkan Azim akan call balik mintak maaf. Tapi tak harap pun maaf Azim tu akan datang secepat ini. Kadangkadang pakai taktik air mata pun berkesan jugak. Saya tau Sue, awak terasa dengan saya, ujar Azim perlahan. Suraya mengesat air mata dengan belakang telapak tangan. Kemudian dia menarik nafas dalam-dalam. Dia dah standby nak bercakap. Kalau boleh dia pun nak bincangkan apa sebenarnya yang dah terjadi pada Azim sampai Azim boleh jadi dingin macam ni. Jaga-jaga Azim. Saya tak kisah kalau awak nak marahkan saya,

131

Iman Suraya

kalau saya memang buat salah terhadap awak. Suraya berhenti sejenak. Tapi saya nak jugak tau apa salah saya. Setiap kali saya tanya, awak kata saya tak salah apa-apa, sambung Suraya. Memang betul punya standby. Terus menerus soalan ditujukan untuk Azim segera menjawab. Awak memang tak salah apa-apa... Tengok tu. Tak salah apa-apa lagi. Habis kenapa awak jadi macam ni? Saya rasa macam dah tak kenal awak dah tau. Suraya pantas memotong tanpa sempat Azim menghabiskan ayat-ayatnya tadi. Sue, awak memang tak salah. Sampai masa saya akan ceritakan apa yang berlaku sebenarnya pada awak nanti. Azim bersuara agak tinggi dari kebiasaannya. Kalau tak buat macam ni, sampai ke sudah pun dia tak boleh nak habiskan barang satu ayat pun. Suraya asyik main potong aje. Suraya menelan air liur. Apa benda ni. Azim nilah. Buat-buat suspens pulak malam-malam macam ni. Nak cakap, cakap ajelah. Dia masih betah lagi untuk mendengar apa benda yang Azim nak cakap tu. Ini nak tunggu nantinanti pulak. Nanti-nanti tu bila. Apahal ni Azim. Awak ada perempuan lain? Suraya bertanya dengan penuh kemusykilan. Dia memang tengah curiga sekarang ni. Memang lawak gilalah Azim malam ni kalau dia mengaku yang dia ada perempuan lain. Memang lawak sampai menangis ar dia kat sini kalau benda ni betul-betul terjadi. Dalam hati saya hanya ada awak sorang aje Sue, sela Azim. Suraya menarik nafas lega. Syukur. Azim ni orang

132

Areila Sahimi

baik-baik. Dia mana pandai cakap tipu-tipu. Kira boleh pakai apa yang Azim cakap. Habis apa benda yang awak nak ceritakan pada saya tu. Suraya kembali bertanya. Memang dia nak tau sangat apa benda yang Azim ingin ceritakan itu. Disebabkan bunyi macam lain macam aje tu lagilah buat dia nak sangat ambil tau. Sue, saya mengantuk dah ni. Lain kalilah kita bersembang lagi. Apa-apa pun tahniah sebab dapat posting kat tempat yang awak nak tu. Saya sentiasa doakan kejayaan awak. Assalamualaikum. Azim terus mematikan talian telefon. Suraya terpinga-pinga melihat telefon bimbit di tangan yang mana talian sudah pun dimatikan. Hesy... dia mendengus perlahan. Azim melarikan diri dari soalannya tadi. Ini yang rasa macam nak guna talian hayat aje ni. Telefon Abang Norman. Untuk tau apa yang dah jadi pada Azim yang sebenarnya. Kepala berfikir macam tu. Tapi hati pulak kata lain. Jangan nak cari pasal. Nanti dibuatnya Abang Norman melebih-lebih pulak nanti macam mana? Lagipun Abang Norman sekarang pulang ke kampung halamannya di Dengkil tu. Dah tentu-tentu dia sekarang berada sebumbung dengan Azim kat rumah mak ayah dia orang. Tak apa. Cukup untuk malam ni. Esok-esok ke, minggu depan ke, bulan depan ke cuba lagi untuk paksa Azim cerita apa yang dah jadi sebenarnya. Suraya menutup lampu tidur yang menyala. Sekarang dia ingin beradu. Sedih-sedih pun sudah tak ada lagi. Yang ada hanyalah satu tanda soal besar yang sampai sekarang buat dia masih tertanya-tanya. APA SUDAH JADI SAMA AZIM???

133

Iman Suraya

SAMPAI bila nak rahsiakan perkara ni dari Suraya? Norman bertanya sebaik sahaja Azim menamatkan panggilan telefonnya dengan Suraya tadi. Dari tadi dia berdiri di sini sambil memerhatikan apa yang dilakukan oleh Azim. Sebelum ini, dia dengan Azim memang tidak berapa nak rapat. Tapi semenjak mengetahui Azim sakit, dia rasa bertanggungjawab untuk menjaga kebajikan Azim. Terasa rugi masa-masa lalu yang diabaikan untuk bermesra sesama adik-beradik sendiri disebabkan sibuk dengan urusan dan hal masing-masing. Jika dulu pun dia mula beramah mesra dengan Azim adalah disebabkan dia ingin rapat dengan Suraya. Itu sahaja. Mungkin ada hikmahnya atas apa yang menimpa. Jika tidak, mungkin sampai sekarang pun, mereka masih lagi dengan dunia sendiri. Sedangkan mereka hanya dua beradik sahaja. Azim yang masih memerhati telefon di tangan tersentak. Kemudian dia mendongak kepala ke atas. Melihat keindahan langit dengan bintang yang bertaburan. Dia pun tak tau sampai bila dia mampu lagi untuk melihat keindahan ciptaan yang Maha Esa. Entah-entah esok sudah tiada lagi untuk dia. Entahlah. Azim menjawab ringkas. Entah? Come on lah. Suraya patut tahu. Dia tunang kau. Kenapa kau ambil berat sangat pasal Suraya? Norman terdiam apabila mendengar soalan yang tidak disangka-sangka itu. Aku ambil berat pasal Suraya sebab dia tunang kau. Bakal adik ipar aku, tipu Norman. Masakan rahsia hati perlu diluahkan saat-saat ini.

134

Areila Sahimi

Azim tersenyum sinis mendengar jawapan dari mulut abangnya itu. Kau sebenarnya dah lama sukakan Suraya, kan? Tenang dia menuturkannya. Apa kau cakap ni? Norman bertanya. Sudahlah tu Man. Dah lama aku tau. Aku rasa kau patut makan ubat sekarang ni. Norman cuba mengelak. Kemudian dia bangun. Tidak berhajat mahu memanjang-manjang perkara ini lebih lama. Tak mungkin dia akan bertegang urat hanya kerana seorang perempuan. Tunggu dulu Man. Langkah Norman termati sekerat jalan. Azim pantas bangun. Perlahan dia berjalan dan berdiri di hadapan abangnya. Aku tau kau sayang Sue. Aku nak kau jaga dia kalau aku dah tak ada nanti. Norman memandang wajah Azim yang tidak beriak itu. Apa kau mengarut ni? Norman berkata keras. Aku tak mengarut. Aku nak mati dah Man. Aku tau. Aku tak boleh nak jaga Suraya. Aku harap, kau boleh jaga Suraya untuk aku kalau aku tak ada nanti. Perlahan tidak bernada Azim berkata. Dia pasrah, andai tempat dia dapat digantikan dengan abangnya. Lagipun dia sudah lama tahu, abangnya itu memang menyimpan perasaan terhadap Suraya. Sue perlukan kau dan kau perlukan Sue. Takkan aku yang macam ni mampu nak jaga dia

135

Iman Suraya

Man! bentak Azim. Pantas dia membuka hood pada sweater yang dipakainya. Kulit kepalanya sudah ketara kelihatan akibat banyak rambut yang telah gugur. Norman keluhan lemah. memandang Azim. Dia melepaskan

Sudahlah Zim. Aku tau kau penat. Lebih baik kau berehat dulu. Bahu Azim ditepuk perlahan sebelum dia terus berlalu. Dia tak tau kenapa malam ni dia jadi kusut semacam dengan permintaan dari Azim. Semenjak dia tahu Azim menghidap barah otak dia sentiasa dihambat perasaan bersalah yang amat sangat. Dia tau. Dia tidak sepatutnya menyimpan apa-apa perasaan pada Suraya. Itu yang membuatkan dia berasa amat bersalah. Tambahan lagi, Azim yang sedang sakit itu pun sudah dapat mengesan perasaannya yang satu itu. Terdetik juga di hati untuk memberitahu Suraya hal yang sebenar ini. Tapi Azim pantas menghalang. Katanya, biarlah keadaan sebegini. Kerana Azim tidak bersedia untuk berdepan dengan Suraya dalam keadaan diri yang semakin lemah ini.

136

Areila Sahimi

Bab 14
ATA UMAIRAH masih lagi melihat dua tiga keping gambar di tangan. Buat pertama kalinya dia memecah masuk ke dalam privasi hidup orang. Bibir mengukir senyum segaris tatkala melihat gambar-gambar itu. Patutlah abang yang sorang ini menyorok gambar yang special kat bawah tilam. Kalau tak sebab ibu yang paksa untuk tolong kemaskan tongkang pecah ni, dah tentu-tentu dia terlepas peluang untuk melihat gambar yang teramatlah comelnya ni. Tersengih sendiri jadinya bila melihat muka Abang Iman yang sedemikian rupa. Mengerikan. Gambargambar tadi diterbalikkan. Sue_Nia??? Siapa ni. Kalau ikut pada nama, memang sah nama seorang perempuan. Tapi kalau perempuan siapa pulak orangnya. Tak pernah dengar pun nama budak Sue_Nia ni. Wah... patutlah semenjak balik dari Langkawi dulu muka Abang Iman bukan main berseriseri jadinya. Ada benda yang dia sorok rupanya. Ermmm... ada ekor di balik bontot lembu rupanya. Maira!!! jerit Iman dari belakang. Hampagas tak

137

Iman Suraya

ada gas punya budak. Berani-berani sungguh masuk ke dalam bilik orang, lepas tu geledah semua tempat. Umairah yang terkejut dengan jeritan dari belakang itu berpaling lipat maut. Alamak! Baik punya kembang kempis hidung Abang Iman tahan marah ni. Sebijik macam salah satu gambar kat tangan dia sekarang ni. Lalalalala Umairah buat tak tau. Dia tersengih. Gaya sengih memang macam orang bersalah. Bersalah sebab curi-curi tengok sampul surat Private and Confidential Abang Iman yang disembunyikan di bawah tilam dia ni. Bersalah sebab dari tadi tongkang pecah ni tak berkemas pun. Makin tunggang langgang jadinya adalah. Iman memerhati wajah Umairah yang tersengih macam kerang busuk tu. Kemudian matanya melirik perlahan ke arah sampul surat di tangan kiri Umairah. Matanya bulat tatkala kembali memandang wajah Umairah. Bak sini!!! Iman berkata keras. Tangan kanannya dihulurkan. Keningnya terangkat sebelah. Ni bukan gaya Ziana Zain lagi ni. Dah macam The Rock Is Cookin aje. Umairah masih lagi sama macam tadi. Tersengih panjang. Selamba aje dia buat muka tengin (selamba) macam tu depan abangnya. Dia menggeleng perlahan. Bak sini!!! Iman berkata lagi. Segera dia menghampiri Umairah. Umairah yang sudah dapat menjangka apa yang ingin dilakukan abangnya terus menyorok sampul surat tadi ke belakang. Lalalala.... Tak boleh! Dia menjerit perlahan. Kemudian dia ketawa manja. Muka Iman sudah naik merah macam udang kena bakar lepas tu curah sos cili Cap Kipas Udang aje. Budak kecik

138

Areila Sahimi

ni, ada yang nak kena ni. Iman terus mengejar Umairah. Haru punya cerita main kejar-kejar dalam bilik padahal dua-dua dah sama-sama masuk tahap tua bangka. Umairah meloncat laju ke atas katil queen size. Iman terus menerkam. Sampul surat tadi terpenyek akibat kena henyak dengan badan Iman yang sebenarnya tak adalah gemuk pun tapi kalau kena henyak macam tu memang logiklah nak penyek, nak koyak, nak renyuk macam keadaan sampul surat kat tangan dia sekarang ni. Umairah... memang betul budak sorang ni teringin sangat nak kena dengan aku, gumam Iman. Melihat sampul surat tadi yang sudah jadi renyuk macam paper bungkus belacan, Umairah mula jadi serba salah. Abang Iman, sorry. Maira tak sengaja. Dia berkata perlahan. Dia jadi serba salah. Diam. Abang Iman, sorry. Orang tak sengaja. Cubaan kali kedua setelah yang pertama didapati gagal. Diam. Errr... cubaan kali kedua pun tak menjadi. Dia gagal lagi. Percubaan masuk untuk kali ketiga. Abang Iman, sorrylah. Betul-betul tak sengaja. Iman memandang. Kemudian tangannya laju sahaja meluku kepala Umairah yang tengah terpinga-pinga minta maaf. Ouch... sakit ar! Refleks Umairah menjerit bila kepala kena luku macam tu. Dia mencebik. Kepala yang terasa ne-no-ne-no digosok perlahan. Iman ketawa.

139

Iman Suraya

Padan muka. Sapa suruh pandai-pandai aje selongkar bilik abang ni? Dia bertanya sambil melabuhkan punggung di atas katil. Tangannya kemudian mengeluarkan isi sampul untuk meneliti kondisi gambar tersebut sama ada masih di dalam keadaan baik atau tidak. Argghh... memang sudah teruk renyuknya. Nak dimarah budak Umairah ni, adik sendiri. Nanti mengadu lebih pula pada ibu. Tapi, beberapa keping gambar yang ada ini memang dah menjadi sebahagian koleksi, harta benda yang dia sayang. Dia sayang pada cantiknya gambar itu. Dia sayang pada kenangan yang ada pada gambar itu. Dia sayangkan... Iman Radhiff menggeleng perlahan. Itu memang tak masuk akal. Dia tak pernah menyayangi tukang ambil gambar ni pun. Cuma sekurang-kurangnya gambar-gambar ini mampu mengingatkan dia pada Si Tukang Ambil Gambar yang tak tau kat ceruk pelusuk mana dah pergi. Dia hilang macam tu aje. Iman terhanyut dalam kenangan. Tanpa sedar dia senyum sorang-sorang. Umairah memandang Abang Iman dengan pandangan mata tidak berkelip. Whoaa!!! Gila punya special Sue_Nia ni. Sampaikan abang kat sebelah ni boleh terduduk lepas tu senyum sorang-sorang macam kena sakit angau tahap kronik. Lalalala.... Abang Iman!!! Umairah mengibas-ngibas telapak tangan. Sipi-sipi terkena muka Abang Imannya. Iman tersentak. Tak tau macam mana dia dah boleh terbang sejauh ini, mengingati kembali memori Pantai Chenang, memori Tugu Helang ala-ala memori daun pisang dia dengan Suraya dulu. Hanya kerana beberapa keping gambar yang sudah kemek, renyuk ini buat fikiran dia kembali kepada saat-saat itu.

140

Areila Sahimi

Apa dia? Iman bersuara. Sedikit keras agar dapat menyembunyikan perasaaan malu yang dah mula menerjah dalam diri bila terkantoi depan Umairah. Umairah mencebik. Eleh. Control maco la tu. Abang Iman. Umairah menyiku perlahan. Apa dia!!! Naik sikit frekuensi suara Iman. Umairah tersengih. Apa yang special pada gambar tu? Orang tengok abang sampai terganggu emosi sebab gambar-gambar ni semua. Umairah sudah mula menyoal siasat. Tak ada apa-apalah. Iman menjawab malas. Eh... heloo.... Kalau tak special takkan boleh senyum sorang-sorang. Yang orang tau, orang yang bila tengok gambar, lepas tu senyum sorang-sorang pulak, maknanya orang tu sakit. Sakit??? Iman bertanya seolah tidak mengerti apa yang dimaksudkan oleh Umairah tadi. Sakit angaulah. Umairah berkata laju. Sejak bila Abang Iman jadi slow, pending dan lambat pick up ni pun dia tak tau. Pandai ajelah. Sejak bila jadi Nujum Mak Belalang ni? Abang jangan nak kona-kona. Meh sini bagi tau. Siapa Sue_Nia tu? Amoi kedai gambar. Hah??? Umairah ternganga. Iman bangun. Kemas balik bilik ni. Iman memberi arahan sebelum dia keluar dari bilik dengan sampul surat di tangan.

141

Iman Suraya

CERMIN MATA dilurutkan ke bawah. Mata kembali menilik gambar yang sudah renyuk itu. Akhirnya kepala digeleng berlahan. Payah ni. Izwan berkata perlahan. Alah kau ni. Aku ingat datang jumpa kau bolehlah tolong selesaikan masalah. Iman merampas gambar di tangan Izwan itu. Izwan yang memang bekerja sebagai jurufoto pun tak boleh nak tolong kembalikan gambar ini kepada keadaan asalnya. Ni mula nak mempertikaikan kredibiliti sebagai jurugambar majlis orang kahwin yang boleh tahan famous jugak kat KL ni. Tuan punya Impiana Photo. Teman ni photographer. Kalau dah jadi macam ni. Mana ke gayanya teman nak buat. Kalo kome pergi scan pun, garis-garis renyuk ni tetap boleh nampak jugak. Tapi kalo kome nak suruh teman edit kasi licin sikit pakai Photoshop teman akan usahakanlah. Yang pasti gambor ni tak boleh le kome nak samakan dengan yang original ni. Benda dah kena editkan. Nampak macam tiruan ar. Lagipun gambor yang discan mana nak sama dengan gambor yang betul-betul ambik dari memory stick kamera yang kome pakai tu. Izwan memperjelaskan keadaan yang sebenarnya kepada Iman dengan pelat telor bahasa suku sakat family dia kat Parit nun. Apa ke halnya sebab gambor tak semenggah ni kome boleh jadi serabut aje teman nengoknya. Dia menyambung. Iman geleng kepala. Wan Teman... Wan Teman. Nasiblah dah lama jadi kawan. Boleh ar paham lidah Perak dia yang memang dari dulu dah tak boleh nak dilembutkan lagi. Dia kenal dengan Wan Teman ni dulu pun lepas secara

142

Areila Sahimi

tak sengajanya dia jumpa dengan orang Malaysia yang bukan student kat oversea dulu. Punya jauh Wan Teman ni menjelajah untuk hobi dia yang satu ni. Dan akhirnya, dari hobi bertukar menjadi profesion sepenuh masa. Dari apa yang dia tahu, dulu Wan Teman belajar engineering jugak. Tapi last-last kerja ini yang dia pilih. Minat punya pasal tak membataskan segalanya. Macam sekarang. Wan Teman mesti berbangga dengan perniagaan yang sudah tegak berdiri. Wan Teman sudah punya Impiana Photo yang gah dan dikenali ramai. Iman masih mendiamkan diri. Dagu ditongkat dengan telapak tangan. Matanya masih lagi terpaku pada gambar di atas meja kaca di kedai Wan Teman. Teman ada idea. Izwan memetik jari. Ting-tong. Iman mengangkat muka. Idea? Dia mengerut dahi. Jom. Kome ikut teman masuk dalam kejap. Iman sekadar menurut mengikut Izwan masuk ke dalam bahagian dalam studio. Darling, jaga kedai ye. Abe nak gi tolong settlekan problem saing (kawan) abe ni kejap. Izwan berkata kepada pembantunya sebelum dia masuk ke dalam studio. Nakal juga matanya mengenyit ke arah pembantu barunya itu. Iman di belakang hanya menggelengkan kepala. Wah... bukan main sungguh Wan Teman ni. Selamba aje dia pergi panggil Mek Siti Kelate ni darling. Tadi bukan main lagi dia dengan pelat Perak dia tu. Tiba-tiba pulak dia boleh bertukar loghat, terus kecek Kelate pulok. Tadi teman. Sekarang dah tukar jadi abe pulak dah. Lantak kau lah Wan Teman. Asalkan kau bahagia.

143

Iman Suraya

Iman masuk ke dalam studio yang sederhana besar ini. Dia terus mengikut Izwan sehingga ke satu sudut yang menempatkan iron board dan seterika di situ. Apa fungsinya benda-benda alah kat studio ni pun dia tak tau. Apa kau nak buat ni? Iman bertanya. Hairan. Izwan angkat kening. Dia tidak menjawab sebaliknya terus plug seterika dilekatkan pada soketnya. Seterika tadi dibiarkan panas seketika. Iman sekadar memerhati apa yang ingin dilakukan oleh Izwan. Dia mengerut dahi kerana sampai sekarang dia tak tau apa sebenarnya idea Izwan ini. Sudahlah soalannya tadi dibiarkan macam tu aje. Izwan mengaturkan gambar-gambar tadi di atas iron board. Kemudian sehelai kain pelikat yang digunakan untuk sembahyang di dalam studio ini dilapikkan di atas gambar-gambar tadi. Iman bagaikan sudah tahu apa yang ingin dilakukan oleh Izwan. Dia membulatkan matanya. Cuba menahan geram. Izwan yang tersengih dengan selamba sahaja menggosok gambar-gambar yang telah pun dilapik dengan kain pelikat tadi. Dia menggosok seterika panas berkali-kali di atas gambar yang telah dilapik dengan kain pelikat. Dibibirnya sudah mula terbit ilai tawa. Lawak yang menjadi. Setan kau Wan Teman! Aku ingatkan bila datang berjumpa dengan pakar adalah idea yang lagi brilliant, yang lagi intelligent kau boleh bagi. Idea bongok yang sudah sepuluh kali aku cuba kat rumah tadi yang kau persembahkan. Berbakul Wan Teman kena kutuk di dalam hati. Iman mendengus geram. Dia sudah malas mahu melayan Wan Teman dengan lawak antarabangsanya itu. Kalau tak disebabkan Wan Teman ni ada tali pinggang hitam dalam tae kwan do dah lama dia aku luku. Hangin betul dia dibuatnya.

144

Areila Sahimi

Bab 15
URAYA mengetuk-ngetuk perlahan mejanya. Kemudian dia menoleh ke kiri ke kanan. Hari ini, hari pertama dia melaporkan diri sebagai seorang guru di sekolah tempat dia belajar dahulu. Banyak keadaan yang telah berubah di sini. Paling ketara perubahan yang terdapat di sini adalah berdirinya satu blok dua tingkat yang menempatkan makmal komputer yang baru dibina setahun yang lepas. Dahulu tapak makmal ini adalah padang bola jaring. Di tepi padang, belakang blok A bangunan sekolah ini pula tempat dia, Anne dan Ika selalu melepak kalau tiba time rehat. Memang kat sini banyak kenangan tercipta semasa zaman persekolahan. Tu belum lagi kalau pergi jalan-jalan sekitar bengkel Teknologi Kejuruteraan. Masih megah berdiri lagi projek mega yang dia dan teman-teman seangkatan bina untuk taman teknologi ini. Sebuah monumen berbentuk buku yang diperbuat daripada simen dan konkrit. Seingat Suraya, masa nak bina buku gergasi ni dulu, sampai jadi legam dan berbelang muka sebab berjemur tengah panas. Memang bajet macam pekerja

145

Iman Suraya

kontrak betul. Tengah-tengah hari rembang dia, Haikal, Yasrul, Anne, Ika dan Mail bertungkus lumus membancuh simen untuk buat benda ni. Nak buat macam mana. Sudah masa tu ambil Sains Kejuruteraan. Nak tak nak mesti kena turun padang jugaklah untuk buat projek akhir. Nanti cikgu Teknologi Kejuruteraan tu marah. Siapa lagi kalau bukan Cikgu Saari tu. Dan nak dijadikan cerita, dan payah sangat nak percaya yang Cikgu Saari sekarang ni dah naik pangkat sampai boleh jadi pengetua. Mahunya mula-mula jumpa Cikgu Saari tadi buat dia sampai tersengih memanjang bila ingat-ingat saat jadi pelajar dulu. Punyalah dulu Cikgu Saari ni cikgu dia. Tapi sekarang dah jadi big bos pulak. Bila dia ingat cerita-cerita lama, mulalah senyum pun sampai ke telinga. Apa yang senyum sorang-sorang tu Sue? Suraya tersentak. Dia senyumlah bila kena tegur macam tu. Takkan nak sound balik orang yang tegur tu sebab kejutkan dia macam tu. Itu bukan etika baik untuk budak baru masuk kerja macam dia. Lagipun yang tegur ni pun Kak Maizura. Kira cikgu senior jugak kat sekolah ni. Kira bolehlah nak jadi mentor bab nak menangani masalah para pelajar. Kak Mai orang lama. Dah banyak pengalaman menjadi seorang guru. Dia pulak masih hijau. Masih merangkak. Diri sendiri pun abah masih bela lagi. Inikan pulak nak bela anak-anak orang dekat sekolah ni. Tak ada apa-apa kak. Suraya menjawab malumalu. Cehhh... punya plastik lakonan. Macam perempuan melayu terakhir aje. Akak tengok Sue senyum meleret-leret aje tadi, kata Kak Maizura lagi. Sue teringat zaman dulu-dulu masa belajar kat

146

Areila Sahimi

sini Kak Mai. Suraya menjawab. Tudung bawal yang menutupi kepalanya dibetulkan sikit kedudukannya. Hush... ini azam baru dia, bila masuk kerja. Benda pertama nak dibuat, adalah pakai tudung. Itu pun jenuh hari Sabtu hari tu, pergi borong tudung bawal sampai lima helai dekat Pasar Tani Stadium. Nasib abah sponsor. Anak nak buat benda baik. Abah support ajelah. Dan, dah alang-alang abah bermurah hati nak sponsor, memang dia balun sampai lebamlah. Semua bawal satu, dengan batu keliling dia pergi sambar. Anak bongsulah katakan. Pagi-pagi sebelum pergi sekolah tadi, hampir sepuluh keping gambar dia ambil melalui telefon bimbit canggihnya itu untuk dihantar kepada Azim. Tapi sampai sekarang sekeping gambar pun Azim tak komen lagi. Tak apalah. Mungkin Azim sibuk. Dia fahamkan sahaja sikap Azim itu. Tulah Sue. Pengetua ada bagi tahu akak tadi. Yang Sue bekas student dia. Kak Mai memberitahu. Errr... Suraya menelan air liur. Dia jadi malu sendiri. Apa benda ajelah Cikgu Saari dah bocorkan pada Kak Mai ni. Dia senyum dalam terpaksa. Macam mana kelas pertama tadi. Student okey ke? Kak Mai kembali bertanya. Dia faham. Mungkin Suraya orang baru di sini. Mungkin sebab itu masih malu-malu lagi. Suraya mengangguk perlahan. Dan betullah sekarang ini dia memang betul-betul jadi orang poyo. Control ayu sana sini. Padahal tadi, masya-Allah. Punya tahan sabar ajelah tengok perangai pelajar-pelajar tu sorang-sorang. Taulah dia ni muda remaja lagi. Lebih kurang baya-baya budak-budak ni jugak. Punya selamba aje tiga orang budak dalam kelas 4Sc2 ni panggil dia sayang, darling, kekasih

147

Iman Suraya

kuSeru dalam kelas tadi. Kalau tak disebabkan ini hari pertama dia masuk dalam kelas, dah lama budak bertiga yang meletakkan gelaran merapu tu dia bawak masuk menghadap guru disiplin. Din, Apeh dan Zairul. Nama dorang ni memang dah melekat dalam kepala untuk dia sentiasa ingat. Budak pandai. Tapi kepala degil ya amat. Nak buat macam mana. Dah tiga-tiga otai Sri Kinta. Ingat dah pupus otai-otai ni semua lepas super duper otai dulu-dulu keluar dari sekolah ni. Rupa-rupanya ada jugak cuba menyambung tradisi abangabang diorang yang dulu ni. Penyambung warisan! Kak Mai ketawa kecil. Suraya masih baru. Dia pun tak tau sama ada Suraya boleh tahan atau tidak dengan pelajar-pelajarnya itu nanti. Sue tak payah risau. Budak-budak tu memang macam tu. Tapi pelajaran tip-top. Nakal aje yang lebih. Kak Mai memberi semangat. Suraya mengangguk lagi. Dan betullah dia sekarang ni dah macam OKU aje. Main pakai bahasa isyarat. Main angguk-angguk. Macam burung belatuk. Adoiii... Sue. Sesaklah kalau macam ni. Ingat ini edisi Ahli Fiqir anggukangguk, geleng-geleng apa!!! Dia bukan malas nak berborak dengan Kak Mai. Tapi sebenarnya dia memang tak tau nak berborak apa buat masa ni. Yang dia tahu, dari tadi dia duk mengetuk meja sambil melihat jam besar di dinding bilik guru ni. Kira masa nak cabut aje dari sini. Perut pun dah berkeroncong aje ni dari tadi. Di dalam kepala dah terbayang lauk apa yang abah masak tengah hari ni. Rehat tadi dia tak jamah apa-apa pun. Bukan tak lapar. Tapi tak tau apa yang buat dia malu sangat nak jejak kantin sekolah ni pun dia tak tau. Selamba aje mulut dia lancar mengatakan kepada Kak Mai yang dia puasa sunat Isnin hari ni. Sudahnya. Air pun dia tak teguk. Memang

148

Areila Sahimi

tak sabar sangat nak balik rumah ni. Lagipun tadi semasa telefon abah, abah kata tengah masak gulai tempoyak. Gulai tempoyak tu. Favourite!!! Sue!! Suraya tersentak. Kakak sorang nilah. Masuk yang ni, campur dengan yang pagi tadi, tu belum kira nak ajak pergi rehat tadi, dah masuk berapa kali entah Kak Mai mengejutkan dia macam ni. Bisa kena sakit jantung kalau setiap masa kena kejut macam ni. Suraya terpinga-pinga. Kak Mai yang masih tegak berdiri di hadapan dipandang atas bawah. Jom balik!!! Beritahu Kak Mai dengan gembiranya. Terus Kak Mai berlalu ke muka pintu bilik guru. Suraya merenung jam di dinding. Kemudian matanya dilirik pula pada jam di tangan. Dia tersenyum. Macam mana boleh terlepas seminit tiga puluh dua saat ni dan macam mana Kak Mai yang rasanya dari tadi berdiri kat depan ni boleh dengan sepantas kilat berkemas dan balik dulu dari dia. Suraya menggeleng perlahan. Kak Mai memang boleh jadi satu kroni kalau kepala dia patern gila-gila macam ni. Tanpa berlengah segera Suraya mengemas meja terlebih dahulu. Laci di bawah meja ditarik. Beg tangan Guess hantaran semasa majlis pertunangan dulu diambil lalu disangkut ke bahu. Fail kuning berisi biodata pelajar kelasnya di atas meja dicapai lalu dibawa ke dada. Dia terus keluar dan menuju ke tempat letak kereta.

149

Iman Suraya

SURAYA masih lagi meneliti biodata-biodata pelajarnya. Dia mahu mengenali serba sedikit tentang latar belakang pelajarpelajarnya itu. Itu assignment pertama yang diberikan untuk hari ini. Walaupun bunyi macam standard budak darjah satu, dia tak kisah. Dia nak mulakan sesi pembelajaran dengan gaya yang santai. Rasionalnya adalah untuk mengelakkan budak-budak tu jadi boring dengan subjek yang diajar. Tak perlu terlalu menekan. Anggap mereka sebagai kawan. Biodata milik Din, Apeh dan Zairul masih di tangan. Alahai... memanglah budak bertiga ni tadi memang buat dia macam kawan pun tadi. Hari pertama bagi dia sakit kepala. Suraya tersenyum. Dia dulu pun macam tu jugak. Suraya tersengih sendiri. Alunan irama lagu I Just Call To Say I Love You dari telefon bimbit mengejutkan Suraya. Segera telefon dicapai. Tak perlu diteka siapa yang memanggil. Sudah setting di dalam telefon yang ring tone itu khas untuk Azim. Panggilan Azim dijawab. Assalamualaikum, hulur orang di hujung talian. Waalaikummussalam. Buat apa? Tengah studi pasal budak-budak dalam kelas saya ni. Cantik awak Sue. Inilah benda yang saya nak sangat tengok awak buat. Suraya tersenyum. Dia puji akulah. Bunga-bunga cinta dah mula berkembang di dalam taman hati. Thanks, jawab Suraya malu-malu. Merah mukanya bila menerima pujian dari Azim. Memang dari tadi inilah yang dia tunggu-tunggu.

150

Areila Sahimi

Saya harap awak kekal macam ni. Jangan hanya sebab nak pergi kerja aje. Lepas kerja semua tu terbang. Suraya mencebik. Azim... Azim. Ada jugak nak kenakan aku. Pantang ada point-point penting mesti dia nak bagi ceramah free, gumam Suraya di dalam hati saat dia sudah bersedia untuk menadah telinga. Ye pak ustaz. Selamba Suraya bersuara. Jangan nak main-main Sue. Azim bersuara. Yelah. Saya ingat pesan awak tu. Azim, awak okey ke? Masih tak sihat lagi ke? Bertubi-tubi dia bertanya. Dalam hati dia rasa macam lain aje. Dia pelik. Azim bersuara macam orang tengah sakit. Sakit lagikah dia? Bila memikirkan keadaan kesihatan Azim dia mula jadi tidak sedap hati. Okey. Saya tak ada apa-apa, jawab Azim dari hujung talian. Saya dengar suara awak macam tak bermayalah. Saya okey. Jangan risau. Ubat hari tu, dah habis makan ke? Sudah. Okey. Sue masuk tidurlah. Esok nak kerja, kan. Okey. Assalamualaikum. Waalaikummusalam. Talian telah pun diputuskan. Kertas-kertas biodata sudah pun dimasukkan ke dalam fail kuning. Suraya sudah merebahkan badan ke atas katil. Dia mula bermain hujung rambut lurusnya. Tabiat yang langsung tak boleh hilang sedari dia kecil lagi. Dia pasti akan bermain dengan rambut setiap kali ingin tidur.

151

Iman Suraya

Mata masih lagi tertala pada kipas siling yang ligat berpusing. Rindunya pada Azim. Memanglah sekarang ni dia sedang menanggung rindu gila. Kali terakhir jumpa Azim pun, masa Azim terlantar kat Ipoh Specialist Centre tu ajelah. Lepas tu mana ada dia berjumpa dah. Kalau tak silap sudah hampir tiga bulan jugak dia tak bertemu dengan Azim. Sekadar melepaskan rindu dalam telefon mana puas. Azim dah lama tak turun Ipoh. Dia memang jangan haraplah nak jejak kaki sampai ke Dengkil tu. Mulut yang menguap luas ditutup dengan telapak tangan. Dia mengiring ke sisi kanan. Panjang tangannya mencapai suis lampu tidur di meja sisi katil. Walaupun jam baru menunjukkan pukul sepuluh setengah malam mata yang bagai diletak gam gajah sudah tidak bisa untuk berjaga lagi. Nak kena tidur sebab esok nak kerja.

152

Areila Sahimi

Bab 16
A ALLAH ibu ni. Menangis sampai macam ni sekali. Dia bukan nak pergi berperang ke negara bergolak. Pun bukan nak lari sampai ke luar negeri lagi. Dia nak pindah duduk Ipoh. Dia pindah duduk Ipoh pun sebab dia dapat kerja di sana. Ibu tengah buat drama stesen televisyen swasta ke ni? Iman menggeleng kepala. Ibu... ibu. Macamlah Iman ini anak dara. Ibu... Iman anak teruna. Siapa pulak yang berani nak mengambil kesempatan. Kalau ada yang berani sentuh pun akan dia layangkan buku lima dia ini. Dia mungkin memang tak punya tali pinggang hitam, tapi sekurang-kurangnya jadi anak jantan mesti pandai bergasak. Boleh bertumbuk gedebakgedebuk. Tak payahlah ibu risau sampai macam ni. Sekali lagi Iman menggeleng kepala bila tangisan ibu masih belum menunjukkan tanda ingin reda. Alamak wei... di luar sana sudah satu jam hujan berhenti. Apahal kat dalam ni tak nak berhenti-henti lagi. Luar tak hujan. Takut dalam bilik ni pulak yang naik banjir. Ibu sudahlah tu ibu. Dah habis sekotak tisu ni buat

153

Iman Suraya

lap air mata ibu. Iman berkata selamba. Hinggap cubitan pada lengan kirinya. Anak bertuah betul. Ibu menangis betul-betul, kamu boleh pulak buat main-main. Sekali lagi lengan kiri Iman menjadi mangsa cubitan ibu. Sakitlah bu. Iman mengaduh. Dia menggosok perlahan lengan yang sudah naik merah. Yelah. Ibu punya nangis macamlah takut Iman tak balik dah. Bukannya jauh ibu. Kat Ipoh tu aje. Dua jam perjalanan dah sampai, sambung Iman lagi. Dia masih lagi menggosok lengannya. Masih merah. Hebat betul penangan cubitan dari ibu. Macam kena kepit ketam. Manalah tahu. Kamu bukan tak pernah buat macam tu dulu. Hajah Maimon berkata geram. Memang benda itulah yang paling dia risaukan. Iman Radhiff bukan boleh dijangkakan apa yang dia nak buat. Ayahnya sendiri sudah malas mahu masuk campur. Asal Iman tak buat yang bukan-bukan ayahnya jalan ajelah. Tapi dia seorang ibu. Mana tahan berpisah lama-lama dengan anak sendiri. Tak kiralah Iman tu anak lelaki. Anak lelaki pun anak dia jugak. Kalau nak merindui anak yang dilahirkan dari rahimnya dulu bukan kira lelaki atau perempuan. Itulah tanda kasih seorang ibu. Taklah ibu. Iman dah besar. Iman cuba meyakinkan ibunya. Dia tak nak ibunya bersedih macam ni. Tak senang hati dia nak pergi. Habis yang dulu tu kamu baru lepas habis tadika ke yang pergi tak tau nak balik rumah sendiri tu. Hajah Maimon masih tidak berpuas hati. Kalau ikut Iman memanglah dia pandai bercakap. Manalah tahu Iman masih tidak dapat melupakan menantu sulungnya itu. Manalah

154

Areila Sahimi

tahu Iman guna alasan tawaran kerja di Ipoh tu untuk keluar dari rumah ini. Manalah tahu Iman tak tahan nak tengok abangnya hidup bahagia suami isteri. Maklumlah sekarang ini Amelia telah pun berbadan dua. Ibu... Iman memanggil lembut. Kepalanya dilentok pada bahu ibu. Hajah Maimon hanya membiarkan sahaja. Iman kalau di hadapan ibunya memang hilang gaya maco. Dia bertukar menjadi anak manja. Iman tak buatlah benda-benda tu semua. Ibu pun tahukan yang Iman dengan Abang Adam dengan Amelia dah okey, ujar Iman perlahan-lahan. Dia memang anak lelaki bongsu paling manja dengan ibunya. Sebab itu kalau Umairah tengok pasti mak cik tu bengkek. Anak tengah rampas hak istimewa anak bongsu untuk bermanja-manja dengan ibu. Ehemm... Hajah Maimon berdehem kecil. Jagajaga ini tanda amaran. Cepat Iman mengangkat kepala. Sederas itu dia angkat dua-dua belah tangannya pula. Okey. Silap okey. Kakak Amelia. Iman membetulkan panggilan yang sepatutnya dia panggil. Sengaja dia menekan perkataan Kakak Amelia itu kuat-kuat. Apalah sangat dengan satu perkataan kakak tu pun ibu boleh bagi amaran berbunyi macam tu sekali. Ni nanti kalau duduk kat rumah pak ngah kamu tu jangan pulak kamu ajar dia yang bukan-bukan. Ibu memberi peringatan. Iman mengangguk. Alahai. Banyaknya benda ibu suruh ingat. Pasal aktiviti yang bakal dilakukan dengan pak ngah yang masih lagi memegang title teruna Malaya tu pun ibu kasi warning jugak ke.

155

Iman Suraya

Okey ibu. Iman menjawab lemah. Ni kalau duduk dengan pak ngah tu jangan pulak kamu buli dia suruh buat itu ini, pesan Hajah Maimon. Okey ibu. Kepala Iman mengangguk perlahan. Jangan pulak hari-hari memeram makan kat kedai aje. Belajar masak. Tak membazir. Kat luar tu bukannya berkhasiat pun makanannya. Hajah Maimon tidak berhenti bercakap lagi. Okey ibu. Iman tabah mendengar segala pesanan dari ibunya. Nanti kalau... Sudahlah tu Mon. Bernanah telinga budak tu dengar awak berleter tak berhenti-henti. Haji Hashim Manaf menyapa dari muka pintu bilik. Umairah hanya menahan ketawa di belakang ayahnya bila ibu mencebik manja bila kata-katanya dipotong. Iman melepaskan nafas lega. Ayah dan Umairah datang tepat pada masanya. Kalau tidak, dia pun tak tau siaran radio tak berbayar ni bila boleh habis. Hajah Maimon bangun. Baju-baju Iman sudah siap dikemas. Semuanya sudah siap dimasukkan ke dalam bagasi besar. Esok Iman akan berangkat ke Ipoh. Mereka sekeluarga akan menghantar Iman ke Ipoh. Cuma Adam dan Amelia sahaja tidak turut serta. Amelia tengah mabuk. Tadi pun lepas makan dia awal-awal dah masuk bilik. Tak tahan katanya. Tak boleh berjalan jauh. Tak apalah. Adam ada untuk menjaga isteri dia. Hajah Maimon pun ada agenda sendiri. Dia dah berpakat dengan Umairah sejak dari semalam lagi. Dah alang-alang pergi ke Ipoh bolehlah sambil menyelam minum

156

Areila Sahimi

air. Boleh jalan-jalan. Boleh juga kalau pergi membeli pasu dan bunga-bunga hiasan di Jalan Kuala Kangsar. Untung juga ada anak perempuan. Boleh sama-sama kongsi hobi. Jom ayahnya kita keluar, kata Hajah Maimon seakan berbisik. Mata Haji Hashim Manaf bersinar. Dah tua-tua pun boleh jugak nak bermanja. Mereka keluar dari bilik meninggalkan Iman yang masih lagi duduk di atas katil dan Umairah yang masih lagi dengan sengihnya yang tak habishabis dari tadi. Ni apahal tersengih lagi ni. Tak tau nak tidur ke? tegur Iman. Alah biarlah. Nak tersengih ke. Nak apa ke, jawab Umairah dengan muncung panjang sedepa. Kurang dari sepuluh saat muncung dia kembali ke bentuk asal. Dia berjalan menghampiri katil. Punggung dilabuhkan bersebelahan dengan abangnya. Bestlah Abang Iman dapat kerja kat Ipoh tu. Orang pun ingat nanti nak mintak kerja kat sanalah, luah Umairah. Bajet macam ibu nak kasi lepas aje, ujar Iman sarkastik. Dia yang lelaki pun sampaikan meleleh ibu nak kasi pergi. Inikan pulak Umairah yang anak dara. Jangan haraplah adikku. Ibu mesti kasi punyalah. Orang dah boring dengan KL. Nak tukar angin. Abang pergi sana bukan nak makan angin. Abang pergi sana nak kerja. Ada paham?Tocang Umairah ditarik. Sakitlah. Umairah mengaduh. Apalah dosanya pada tocang yang satu ni. Semedang kena tarik. Dulu dengan Abang Adam. Tapi semenjak dah kahwin abang yang sorang

157

Iman Suraya

tu memang dah jarang nak main tarik-tarik tocang ni. Yelah. Lebih baik Abang Adam pergi main tarik-tarik tocang bini dia. Sekarang Abang Iman pulak. Hesy.... Tocangnya dibetulkan kedudukannya yang sudah pun sedikit senget. Tapi apa salahnya kalau orang pun nak kerja kat sana? sambung Umairah lagi. Salah memang tak salah. Takut nanti ibulah yang bermasalah. Ibu okeylah kalau kena cara pujuknya. Umairah angkat keningnya. Suka hatilah. Dah sekarang pergi keluar. Abang nak tidur. Pergi main jauh-jauh. Syuhh... Syuhhh! Iman menghalau Umairah keluar dari bilik macam menghalau anak ayam masuk ke reban. Segera pintu bilik ditutup dan dikunci dari dalam bila Umairah sudah berjaya ditarik keluar. Susah sangat nak suruh keluar. Kena guna kekerasan baru menjadi. Iman merebahkan badan perlahan ke atas katil. Dibawa lengan kirinya dan letak ke dahi. Siapa sangka. Dalam dia menjawab macam main-main masa interview hari tu boleh buat dia berjaya diterima menjawat jawatan sebagai jurutera di syarikat pembinaan yang boleh tahan besar jugak ni. Rezeki, kan. Mungkin transkripsi yang dia tunjuk nampak cantik kut. Itu buat dia ada kredit untuk pegang jawatan ini. Jurutera memang cita-cita dia sejak kecil lagi. Dia jurutera. Abang Adam pun jurutera. Tak tau gen daripada siapa yang kami berdua ikut. Ayah bukan jurutera. Ayah dulu adalah pegawai kerajaan skim PTD (Pegawai Tadbir dan Diplomatik). Yang sempat memangku Jusa C sebelum ayah membuat keputusan untuk pencen awal dari yang sepatutnya. Mungkin kami berdua terikut dengan pak ngah kut. Pak ngah

158

Areila Sahimi

dulu belajar kejuruteraan. Tapi pak ngah tak jadi jurutera. Sebaliknya pak ngah lebih suka memilih profesion perguruan. Pak ngah pernah kata, kalau semua mahu jadi jurutera, siapa pula mahu mengajar bakal jurutera. Pak ngah memang guru. Tapi gaji dia memang sedaplah. Sebab degree engineering yang dia ada yang membuatkan gajinya sedikit tinggi dari guru biasa. Esok dia akan pergi ke Ipoh. Harap bolehlah sesuaikan diri dengan suasana di sana nanti. Tak apa. Pak ngah ada. Pak ngah yang dah jadi pengetua sekolah tu pun ada masa nak bawak dia ke hulu ke hilir pusing-pusing Bandar Ipoh tu. Memanglah bertuah ada pak ngah kat situ. At least ada jugak sedara mara suku sakat tempat mengadu. Tempat menumpang. Pak ngahlah orang yang paling excited bila dia memberitahu yang dia mendapat kerja di Ipoh. Pak ngah terus offer duduk serumah. Jadi housemate. Pak ngah pun terus kasi offer yang dia boleh pakai kereta Volvo panjang milik pak ngah tu untuk pergi kerja sebab pak ngah baru aje keluarkan Perdana V6 baru. Duduk serumah okey. Nak bawak kereta panjang tu yang macam berat sikit. Boleh jatuh saham kalau bawak kereta yang dah season macam tu. Tapi kalau tak ada pilihan bolehlah daripada tak ada. Orang dah kasi. Ambil ajelah. Sambil tu, simpan duit sikit-sikit. Boleh buat bayar muka kereta. Tak payah yang mahal-mahal. Tak payah yang made from oversea pun tak apa. Dapat pakai barang Waja atau Gen 2 pun dah okey. Bunyi jam berdetik ke angka dua belas tengah malam mengejutkan Iman. Wei... belum apa-apa dia sudah berangan sampai ke kayangan. Iman bangun untuk menutup lampu bilik. Kembali ke katil. Selimut ditarik.

159

Iman Suraya

Bab 17
Dah pak ngah, jawab Iman. Matanya masih tertancap pada siaran bola sepak di hadapannya itu. Dia penyokong kuat Manchester United. Apa ajelah bola yang satu tu sibuk sampai dua puluh dua orang pergi kejar. Kenapalah tak dibagi satu sorang, kan senang, ngomel Pak Ngah Saari sorang-sorang. Dia duduk di atas sofa. Surat khabar siang tadi yang tak sempat dibelek dicapai dari atas meja kopi. Cermin mata yang tersangkut pada kolar baju disangkut pada dua-dua belah telinga. Surat khabar mula diselak satu per satu. Meneliti apa isu dunia yang tengah hangat sekarang ini. Iman hanya diam. Pak ngah bukan minat bola pun. Harap pak ngah janganlah mengacau dia yang tengah sedap melayan Man U menentang Arsenal ni. Kalau Umairah yang tiba-tiba pergi tukar channel sebab nak tengok sinetron di Aruna bolehlah dia luku kepala budak tu. Ni dibuatnya malam-malam macam ni pak ngah nak tengok siaran Astro

AH MAKAN? tanya Pak Ngah Saari.

160

Areila Sahimi

Oasis. Ah... sudah. Takkan nak gaduh dengan pak ngah pulak. Iman berdoa-doa di dalam hati agar siaran ESPN ini tidak menerima gangguan ataupun terlari channel. Esok macam mana? Nak pak ngah hantar ke nak pergi sendiri? Pak Ngah Saari bertanya lagi. Cermin mata dilurutkan sikit. Matanya mencerun sedikit melihat Iman yang masih leka dengan perlawanan bola sepak yang dia tonton. Pak ngah hantarlah. Iman tak tau tempat tu kat mana. Datar Iman menjawab tanpa memandang wajah pak ngah. Dia ralit dengan perlawanan di kaca televisyen. Kalau nak pak ngah hantarkan kamu kena bangun awal. Pak ngah esok ada mesyuarat dekat PPD, kata Pak Ngah Saari cuba mengingatkan. Iman ni jenis liat bangun pagi. Itu kata ibu ayahnya semalam. Okey bos! Kuat Iman menjawab dengan tangan diletak ke atas dahi. Tabik spring. Mata dia memang tak beralih arah lagi. Pergilah tidur. Esok nak bangun awal, arah pak ngah. Tak apa pak ngah. Iman dah standby dua biji alarm. Bersahaja Iman menjawab. Pak Ngah Saari hanya menggeleng kepala. Budak ni memanglah hantu bola. Tak apa. Kita tengok ajelah esok macam mana. Kalau lambat dia tinggal aje. Pak ngah bingkas bangun. Dia berlalu untuk masuk ke bilik. Nanti jangan lupa tutup lampu. Check semua tingkap pintu, pesan pak ngah ketika dia melangkah mendaki anak tangga untuk ke tingkat atas. Okey. Good night pak ngah. Kata Iman agak kuat.

161

Iman Suraya

Tangannya dilambai. Babai. Okey. Sorang-sorang layan bola pun jalan ajelah. Sekurang-kurangnya tak ada yang mengganggu.

IMAN tercungap-cungap masuk ke dalam perut kereta. Hesy... macam mana boleh tak dengar bunyi alarm tadi. Kiri kanan jam loceng dipasang. Tapi satu pun tak berjaya mengejutkan dia tidur. Fesyen tidur mati. Mana nak dengar. Kalau di rumah, ada tambahan bunyi pintu bilik kena ketuk macam nak pecah gegendang telinga. Ini pun tiba-tiba tersedar bila rasa hari dah macam terang semacam. Dan hari ini, dia ponteng solat subuh. Kalaulah ibu tahu dia buat perangai macam ni, memang bernanah lagilah telinga kena tahan leter. Duduk dengan pak ngah tak tau lagi protokol macam mana nak kena ikut. Entah-entah lagi teruk. Pak ngah hanya diam. Sebaik sahaja Iman masuk ke dalam kereta, terus masuk ke gear reverse. Keluar dari garaj rumah teres dua tingkat. Kereta bergerak meninggalkan kawasan perumahan itu dan menuju ke tempat kerja Iman. Macam mana semalam? Pak ngah bertanya bila tiba di lampu isyarat merah. Pagi-pagi begini memang jalan agak sesak sikit untuk masuk ke bandar Ipoh. Kereta bergerak pun merangkak-rangkak. Iman di sebelah pak ngah pandang sekilas. Itulah. Sudah dipesan. Tidur awal. Ini sudah setiap saat melihat jam tangan. Semalam? Iman bertanya balik. Dia tidak faham. Game semalam siapa yang menang. Pak ngah memperjelaskan soalannya tadi dengan lebih spesifik. Owhh... Man U lah pak ngah. Iman menjawab

162

Areila Sahimi

girang. Gusar akibat takut lambat masuk kerja tadi hilang tiba-tiba bila cerita Man U menang bangkit pagi ini. Gilalah. Semalam pukul tiga pagi baru dia masuk tidur semata-mata nak tunggu sampai perlawanan tamat. Tak sia-sia. Janji teamnya itu menjadi juara. Penyokong Arsenal berputih matalah malam semalam. Menang... menang ye... menang... sela pak ngah panjang. Sedikit sinis. Yelah pak ngah. Iman menjawab antara dengar dan tidak. Tu dah mulalah tu. Bila buat tiga nada tak berperasaan macam tu. Dah tau dah apa yang pak ngah nak cakapkan sekejap lagi. Patutlah boleh lambat tadi. Pak ngah terus menuju point dia nak cakap. Isu bangun lambat. Isu terlepas subuh. Isu buat main-main soal kerja. Isu sampai sekarang masih tak matang lagi walaupun umur dah meningkat. Iman menggaru kepala yang tidak gatal. Okey. Telinga. Memang sudah bersedia. Tadah jangan tak tadah. Kita kalau nak pergi mencari rezeki jangan lupa minta doa dari Allah. Sembahyang subuh tu benda wajib nak mintak berkat dari Tuhan. Kalau subuh pun boleh terlepas, macam mana pintu rezeki nak terbukak. Itu tiang agama Iman Radhiff. Soal agama jangan nak dipandang enteng. Jangan dibuat remeh. Keseronokan duniawi bukan boleh menjamin kebahagian di akhirat kelak. Kalau tak cukup macam mana nak masuk syurga? Jangan disebabkan pulang dari luar negara sampai boleh terlupa asal usul diri, sampai boleh lupa tiang agama. Kita orang Islam. Orang Islam tidak sepatutnya lupa pada Tuhannya. Ingat tu. Pak ngah memulakan mukadimah. Iman mengetuk-ngetuk kepala lutut. Mukadimah

163

Iman Suraya

yang panjang meleret. Slot di pagi hari yang mesti to be continue sampai ke malam ni. Pasti sangat tu. Alahai... dengar ajelah. Dah salah sendiri pun siapa suruh tidur mati. Dengar ke apa pak ngah cakap ni? Pak ngah menyoal bila Iman hanya bertindak untuk mendiamkan diri sahaja. Dengar... jawab Iman. Perlahan sekali. Ni yang tak lalu duduk dengan cikgu ni. Dibuatnya aku macam anak murid dia di sekolah. Nasib tak kena ketuk ketampi seratus kali. Iman mengomel di dalam hati. Pak Ngah Saari berhenti dari sesi brainwash kepala anak saudaranya yang seorang itu. Malas nak ditekan-tekan orang yang baru masuk kerja. Dia bukanlah nak control Iman yang lelaki tu. Dia pun tak kisah apa yang Iman nak buat. Budak dah besar panjang macam tu, bukan boleh kita tegur sangat. Tapi kes yang tak sembahyang subuh tu yang buat dia berceramah pagi-pagi dalam kereta ni. Benda yang dah jadi rukun Islam jangan ditinggalkan. Kalau dia tak tegur dia pun turut sama tanggung dosa. Sebab buat buta buat bisu. Ceramah ni kira untuk menjalankan misi tanggungjawab sejagat menyelamatkan umat akhir zamanlah dari terus hanyut. Tengok bola boleh berjegil mata sampai ke pagi. Nak sembahyang subuh boleh langgar macam tu aje. Sedar tak sedar kereta Pak Ngah Saari sudah berhenti di hadapan bangunan Tembaga Properties. Di sinilah tempat Iman bekerja. Sebuah syarikat pembinaan yang beribu pejabat di Kuala Lumpur. Iman turun dari kereta. Okey pak ngah. Balik nanti Iman ambil cab ajelah. Ujar Iman dan terus dia bergegas masuk ke dalam bangunan setinggi lima tingkat itu.

164

Areila Sahimi

Bab 18
IR MATA masih terus mengalir. Ya Allah selamatkanlah Azim. Suraya menangis teresak-esak di dalam kereta. Mak ngah ada di sebelah bertindak sebagai penenang. Along masih lagi menumpukan perhatian pada pemanduannya di hadapan. Angah akan datang lewat sedikit. Dia ada kerja yang perlu dibereskan. Abah yang berperanan sebagai co-pilot diam seribu bahasa. Abah pun tak tau nak cakap apa. Abah pun terkejut sama. Along juga. Angah juga. Mak ngah juga. Semua terkejut bila mendapat panggilan daripada Dengkil pagi tadi. Azim tenat. Azim tenat? Azim sakit apa? Bagai melayang tubuh badan apabila dari hujung talian sana mengatakan Azim menghidap penyakit barah otak yang kronik. Nasib Suraya sempat berpaut pada dinding. Dia kumpul seluruh kekuatan yang ada untuk mendengar apa yang Abang Norman ingin katakan. Kejam Azim. Benda begini serius pun dia tak bagi tahu. Suraya malas mahu berfikir apa-apa. Hari ini dia ambil EL. Dia mahu segera sampai ke Hospital Serdang. Dia mahu bertemu dengan Azim. Takutnya dia andai tidak sempat berjumpa

165

Iman Suraya

dengan Azim. Dua jam perjalananan terasa jauh sangat dirasakan. Macam dari utara nak pergi ke selatan aje gayanya.

AZIM.... Lirih Suraya memanggil Azim. Ya Allah. Ujian apakah yang Engkau turunkan pada hamba-Mu ini. Tidak terdaya Suraya melihat Azim yang sudah baring di atas katil. Keadaan Azim amat menyedihkan. Sakit. Badan Azim sudah kurus. Rambutnya pula sudah habis gugur ke bumi. Azim memang tenat. Dia sekarang sedang berperang dengan maut. Suraya memegang erat jari jemari Azim. Azim... panggil Suraya lagi. Azim masih boleh mendengar. Cuma dia seperti tidak mampu untuk menuturkan apa-apa pun. Makin kuat pegangan tangannya. Dia tidak mahu lepaskan. Suraya... Suraya! panggil Mak Som berulang kali. Suraya pandang Mak Som. Kenapa tak bagi tau Sue, Mak Som? Abang Man? Suraya bertanya. Suaranya serak. Mak Som dan Abang Man dipandang silih berganti. Dia inginkan penjelasan. Kenapa perkara ini dirahsiakan dari pengetahuan dia. Dia tunangan Azim. Kenapa dia dibelakangkan dalam hal ini. Terkilannya dia apabila dia tiba hari ini dan melihat keadaan Azim yang sebegini. Sue... panggil Norman lembut. Kenapa Abang Man tak bagi tahu Sue? Bergetar suara Suraya. Air mata dibiarkan meleleh sahaja. Dia sudah tidak kisah apa rupa sekali pun sekarang ini. Suraya dapat merasakan Azim makin erat

166

Areila Sahimi

menggenggam jari jemarinya. Kepala pantas berpusing. Wajah Azim yang pucat dipandang. Azim ingin katakan sesuatu. Suraya mendekatkan sedikit kepalanya kepada Azim. Sue jangan marah Abang Man. Saya yang mintak dirahsiakan perkara ini. Tersekat-sekat Azim bersuara. Perlahan. Tapi Suraya masih boleh menangkap satu per satu butir bicara yang ingin Azim sampaikan. Tapi kenapa Zim Sa... sa... saya tak nak Sue sedih. Nafas Azim turun naik. Dadanya berombak. Makin jelas tangisan Suraya. Air mata yang bercucuran bagai tidak mahu berhenti. Sue sayang Azim... Azim menggeleng perlahan. Berhenti dari sayang saya. Sue berhak dapat orang lain yang jauh lebih baik dari saya, balas Azim. Dia tersenyum. Senyum untuk melindungi rasa sakit yang amat sangat ini. Abang Man... Azim memanggil abangnya. Norman yang duduk di penjuru bilik datang menghampiri. Azim pegang tangan Norman lalu diletakkan di atas tangan Suraya. Janji dengan Azim, jaga Sue baik-baik, pesan Azim. Norman mengurut pangkal hidung. Matanya dipejam. Suraya pula sedikit kaget dengan tindakan Azim yang tidak disangka-sangka itu. Dia ingin menarik tangannya dari tangan Abang Norman tapi dia tidak mampu untuk berbuat demikian.

167

Iman Suraya

Janji dengan Azim, Abang Man. Jaga Sue. Bahagiakan dia. Sekali lagi Suraya menjadi kaget dengan kata-kata Azim. Azim... panggil Suraya. Sue, awak bertuah sebab Abang Man sayangkan awak. Dia mampu buat awak bahagia. Azim masih lagi mahu bersuara walaupun ada ketika apa yang dia katakan bagai tidak dengar dek telinga. Abang Man janji dengan Azim. Sekali lagi Azim meminta. Terasa kesakitan yang amat sangat apabila mendengar Azim bersuara. Norman tidak ada pilihan. Dia mengangguk perlahan. Suraya dipandang. Dia mengangguk sekali lagi. Dia sedia memikul tanggungjawab yang Azim galaskan pada bahunya. Azim tersenyum. Mengucap nak. Abah datang ke depan. Mengajar Azim mengucap dua kalimah syahadah. Innalillahhiwainnalillahhirajiun. Sesungguhnya daripada Dia kita datang dan kepada Dia jugak kita kembali.

168

Areila Sahimi

Bab 19
UMPUT-RUMPUT kecil dicabut dengan tangan. Bunga-bunga kemboja yang jatuh berguguran di atas pusara ini dibuang ke tepi. Telah setahun Azim pergi meninggalkan dunia ini. Di pusara ini, Suraya masih setia berdiri. Bersama doa-doa, tak putus diberikan. Sebagai tanda kasih. Kasih yang sebenar. Titisan mutiara jernih yang menitis dikesat dengan belakang telapak tangan. Cinta Azim akan Sue sanjung selagi nyawa dikandung badan. Terima kasih kerana memberi peluang kepada Sue untuk Sue jatuh cinta, sayangku, Ikmal Hazim. Wajah dan senyum Azim akan sentiasa tersemat di hati ini. Sue sayang Azim. Perlahan-perlahan Suraya berjalan menuju ke kereta. Abah telah menunggu di dalam kereta. Abah bagi ruang untuk dia bersendiri sebentar di tepi pusara Azim. Dia perlu pulang semula ke Ipoh. Lagipun esok penggal baru persekolahan akan bermula. Di pertengahan jalan, dia menoleh kembali, dan air mata pun jatuh ke pipi. Sungguh dia akan secara automatiknya berasa sebak bila menjejakkan

169

Iman Suraya

kaki di tanah perkuburan itu. Di sini Azim disemadikan. Setiap bulan pasti dia akan ke sini. Abah akan temankan. Ika juga. Anne juga. Along dan angah juga. Ya, Norman juga. Mereka adalah orang-orang yang memberi semangat untuk dia terus hidup walaupun tanpa Azim di sisi.

SETIBA DI RUMAH Suraya terus masuk ke dalam bilik. Pintu ditutup rapat dan dikunci dari dalam. Suraya bersandar di belakang pintu. Perlahan-perlahan dia duduk di belakang pintu. Air mata merembes keluar tanpa perlu dipaksa. Sungguh. Walaupun sudah setahun, dia tidak dapat melupakan Azim. Masakan semudah itu dia mampu melenyapkan bayangbayang Azim dalam hidup ini. Dengan Azim dia belajar mencintai dan dicintai. Entah kenapa selepas Azim pergi dia sudah tidak mampu menerima kehadiran lelaki lain lagi dalam hidup. Walaupun lelaki itu Abang Norman sekali pun. Apa yang dia tahu rawan dia masih berpanjangan. Dia reda dengan ketentuan dari-Nya. Tapi dia tidak mampu untuk menghalang air mata ini untuk keluar tatkala hati dipalu rasa rindu pada Azim. Sue... panggil along dari luar. Suraya segera mengesat air mata. Kacaulah along ni. Sehari tak mengganggu hidup orang tak boleh ke. Tudung yang menutupi kepala ditanggalkan kemudian disangkut pada penyangkut tuala. Dia duduk mengadap cermin pada meja solek. Adoii... mata dah naik bengkak sikit. Sembab pun ye. Kalau keluar dari bilik dengan keadaan sembab semacam ni, confirm kena dengar nasihat motivasi yang dah basi tu dari along dan dia punya assistant, angah.

170

Areila Sahimi

Dah setahun along dan angah kasi motivasi free. Dah setahun jugaklah along dengan angah pindah balik kat rumah abah ni. Memanglah pada dasarnya dia orang ni kerja tak jauh mana dari Ipoh. Sengaja aje dulu dia orang duduk luar. Konon nak berdikari. Tak mau duduk bawah ketiak abah lagi. Last-last bila Suraya berkeadaan macam ni lepas Azim pergi, terus diorang buat keputusan balik duduk dengan abah sekali. Alasan dia orang takut Suraya sunyi, dan buat yang bukan-bukan. Kalau ikutkan Suraya okey aje. Dia jadi macam ni bila hati jadi rindu pada Azim. Yang buat kecoh tu bukan apa, lepas kes dia pengsan dekat sekolah tu lah. Dia pengsan hari tu sebab kepala betul-betul berpusing kerana berpanas terik tengah-tengah padang semasa latihan sukan. Yang dia pun satu, siapa suruh pakai tudung hitam kalau nak berjemur bawah cahaya matahari. Along dengan angah punya hipotesis kata dia terlebih ambil ubat untuk hilang stres. Fuhhh!!! Tuduhan yang diletakkan pada adik dia orang ni amat-amat tak berasas. Dia nak telan panadol time pening pun payah lagi mau kata dia ambil ubat-ubat tu semua. Suraya mencari-cari botol concealer pada kotak alat soleknya. Suraya mendekatkan wajah pada cermin solek di depan. Concealer tadi disapu sedikit di bawah mata yang membengkak. Tak rugi pergi bengkel grooming masa dekat UPSI dulu. Boleh jugak dipraktikkan. Ingat dulu tak berapa nak penting jugak, sebab bukan keluar UPSI terus nak jadi model ke, pelakon ke, penyanyi ke. Sebagai perempuan, sedikit-sedikit benda-benda ni kena tau, macam Maya Karin selalu cakap dalam iklan Loreal Kerana Dirimu Begitu Berharga. Concealer ni dapatlah jugak nak kasi cover mata yang dah bengkak sikit tu walaupun kegunaannya adalah untuk menutup cela. Belasah ajelah.

171

Iman Suraya

Suraya membuka pintu bilik. Along masih tercegat. Dia pandang Suraya. Sue okey? Along bertanya. Prihatin dengan keadaan adik bongsu yang paling disayanginya itu. Suraya mempamer senyum segaris. Along amatamat prihatin pada adik dia. Perhatian yang along bagi amatamat tip-top. First class. Dia terasa bagai tuan puteri di dalam rumah ini. Semua orang sayang. Walaupun dia tidak lagi memperolehi kasih sayang dari seorang ibu, tetapi kasih sayang yang ditumpahkan oleh abah, along dan angah sudah cukup melimpah ruah sehingga sikit pun dia tidak merasakan kekurangannya. Alhamdulillah. Dia bersyukur dikurniakan sebuah keluarga yang bahagia seperti ini. Sue okey. Suraya menjawab perlahan. Dia tidak berani untuk melihat mata along. Nanti kantoi. Mesti along dapat tangkap dia menangis untuk kesekian kalinya. Along mengusap lembut kepala Suraya. Suraya mengelak sikit. Apa ni along. Sue okey. Usap-usap kepala orang. Ingat Sue anak kucing ke? ngomel Suraya. Kepalanya dialihkan laju bila tangan along ingin mengusap kepalanya lagi sekali. Along mengetap bibir kerana geram. Dia punyalah nak pastikan semua dalam keadaan okey. Budak ni boleh pulak cakap macam tu. Jom lepak depan. Ajakan along itu bagai satu arahan. Malaslah along. Orang penat ni. Suraya menjawab malas. Yela pun. Kut ye nak buat perhimpunan anak beranak takkanlah masa-masa ni jugak. Tau tak orang dah penat. Tadi memandu tiga jam dari Dengkil ke Ipoh. Ingat dekat ke. Jauh

172

Areila Sahimi

tu. Lenguh pinggang kaki semua. Abah nak offer diri gantikan tempat driver. Tapi dialah tak nak. Bukan tak percaya abah pegang stereng Gen 2 yang baru dua bulan keluar dari kilang ni, tapi abah tak berapa nak mahir bawak jenis auto. Abah dah biasa bawak manual, masuk auto walaupun buat orang yang memang tak berapa nak reti main tukar-tukar gear macam dia ni amat-amatlah senang menggunakan yang automatic punya ni, pada abah benda ni tetap nampak susah. Tak apa. Selagi masih boleh memandu biar dia aje yang pandu. Alhamdulillah selamat sampai. Apa pulak malas. Jom. Kita tengok Zombie Kampung Pisang sama-sama, ajak Along lagi. Suraya membulatkan mata. Masuk yang ini sudah tak terkira berapa kali dia tengok Zombie Kampung Pisang. Along kata cerita ini macam kasi terapi sikit. Biar dia boleh tersenyum, tersengih dan kemudian ketawa. Nak buat terapi sekali pun takkanlah sampai seratus kali nak tengok cerita yang sama. Along bagi terapi nak buat diri happy guna ceritacerita Mamat Khalid. Disuruhnya tengok Zombie Kampung Pisanglah, Man Laksa la, Rock la, macam-macam. Malaslah along. Penat. Penat. Penat. Suraya merengek bagai kanak-kanak Ribena sahaja gayanya. Apa pulak. Jom. Jom. Kasi happy sikit. Angah, abah dah tunggu kat depan tu. Cepatlah. Along masih mengarah lagi. Nak mandi. Orang tak mandi lagi. Badan dah bau ni, bohong Suraya. Malaslah nak tengok benda ni lagi. Dah boleh hafal semua dialog dalam filem ni. Silap hari bulan boleh jadi tukang karang skrip untuk buat sequal cerita ni pulak. Laa... budak ni. Tak mandi lagi. Kita orang kenduri

173

Iman Suraya

dululah Popia SS Ali favourite Sue tu. Angah beli tadi. Along cuba memancing Suraya. Sedikit bersinar mata Suraya. Sajalah along ni pakai taktik macam ni. Nak! Nak! Nak! Suraya berkata dengan kepala terangguk-angguk. Bibirnya mengukir sengih. Pengotorlah Sue ni. Pergilah mandi dululah. Busuk punya olang. Marah along. Suraya menahan tawa. Along memang pantang kalau orang tak menjaga kebersihan diri. Dia tu pembersih yang amat sangat. Nasib ar ada along dengan angah kat rumah. Dia orang ni memang buat dia rasa terhibur. Tak rasa boring langsung.

USAI sembahyang Isyak, Suraya duduk di atas katil. Mata belum mengantuk. Seketika kemudian dia bergerak ke meja belajar. Fancy box di bawah meja diangkat naik ke atas. Penutup kotak dibuka. Suraya tercari-cari sesuatu di dalamnya. Hampir lima minit dia menjalankan operasi mencari, dia mengeluarkan sekeping sampul surat berwarna pink. Isi dalam sampul surat itu dikeluarkan. Bagai ada kuasa, setiap kali surat itu dibuka, tangan pasti menggigil. Surat merah jambu yang sudah sedikit lunyai akibat terlalu kerap dibuka katup-dibuka katup dengan kesan-kesan air mata menitis di atas helaian tersebut yang membuatkan dakwat di atasnya mengembangkan sedikit Suraya tatap. Dalam perlahan dia membaca isi-isi surat merah jambu itu.

174

Areila Sahimi

Assalamualaikum sayang... Surat ini Azim titipkan buat Sue sebagai kenang-kenangan terakhir untuk kita berdua. Serasa Azim, ini kali kedua Azim memberi surat berwarna yang sama pada Sue. Kalau Sue masih ingat semasa mula-mula Azim mengirim surat yang berwarna merah jambu ini kepada Sue dulu, Sue masih lagi junior Azim. Budak mentah. Yang sangat-sangat berhingus. Sue nampak sangat poyo dan gedik jugak bila memakai baju warna pink (jangan marah.) Dari situ Azim tau, Sue sangat-sangat suka pada warna ini. Betulkan? Azim tak pernah tersilap dalam apa-apa perkara mengenai diri Sue. Sebelum surat itu Azim titipkan buat Sue, jenuh tau Azim buat research pada teman-teman Sue pasal apa sahaja yang Sue suka. Sue suka makan apa. Sue suka buat apa. Sue suka warna apa. Sue suka lagu apa. Sue suka filem apa. Gila punya kaji selidik Azim buat sebelum betul-betul berani nak luahkan isi hati. He he he... Betullah Azim sudah angau dibuat awak, Sue. Saat Sue kata okey (walaupun masa Sue kata tu, Sue sangat-sangat kerek) untuk menerima Azim, Azim rasa macam nak melompat setinggi langit. Tak sangka. Usaha berbaloi. Sue, Sepuluh jari Azim susun untuk memohon maaf di atas kesilapan Azim yang lalu. Azim juga mohon maaf kerana merahsiakan segalagalanya dari pengetahuan Sue. Bukan tidak

175

Iman Suraya

mahu memberitahu, Azim tak mahu Sue sama-sama menderita. Biar Azim tanggung sendiri. Azim tahu Sue sedikit terkilan, tapi percayalah Azim lakukan ini semua kerana Azim tak sanggup melihat orang yang Azim paling sayang menangis setiap hari melihat keadaan diri Azim yang semakin hari semakin teruk. Sungguh Azim tak sanggup Sue. Sue, Jangan ratapi pemergian Azim. Azim cuma pohon Sue kirimkan pada Azim bacaan ayat suci al- Quran dan Yassin untuk kesejahteraan Azim di sana. Doakan Azim, Sue. Jangan menangis untuk Azim. Sue, Abang Norman sentiasa akan berada di sisi Sue. Saya tau Sue tak suka dia. Tapi dia abang saya. Saya kenal dia Sue. Dia sayangkan Sue. Dia mampu bahagiakan Sue. Azim amat-amat berharap Sue boleh hidup bahagia dengan Abang Norman. Jangan diragui perasaan dia pada awak Sue. Dia ikhlas. Dia ikhlas mengasihani awak Sue. Azim dapat lihat cinta yang hadir di mata dia hanya untuk awak, Sue. Percayalah Sue. Sue, Apa yang penting pada Azim adalah kebahagian Sue. Jangan tutupkan pintu hati untuk menerima kehadiran orang lain. Besar harapan Azim, Sue bisa memilih Abang Norman kerana Azim mempercayai kasih

176

Areila Sahimi

sayang dia pada awak, Sue. Tak ada keraguan untuk itu kerana dia lelaki yang setia. Walau apa pun, Sue bebas memilih sesiapa sahaja selepas Azim tiada lagi nanti. Jangan paksa diri untuk membuat pilihan Sue. Soal pada hati. Tanya ada siapa? Azim rasa cukup setakat ini yang ingin Azim sampaikan. Harap Sue akan terus berbahagia dan dirahmati-Nya. Cuma ingat, walaupun Azim tiada lagi, cinta Azim tetap pada Sue. Selamat tinggal sayang. Yang benar, Ikmal Hazim Inilah kebiasaannya. Setiap kali pulang dari menziarah pusara Azim, pasti surat ini dibaca kembali. Setiap kali usai membacanya, pasti mata turut sama berkaca. Menitiskan mutiara-mutiara jernih. Suraya melipat kembali surat berkenaan dan dimasukkan ke dalam sampulnya seperti asal. Kemudian diletakkan kembali ke dalam kotak. Inilah yang membelenggu perasaan. Azim meletakkan harapan di akhir hayatnya. Harapan yang amat-amat payah untuk dia terima. Dia tak mampu nak menerima kehadiran Abang Norman di dalam hidup ini. Abang Norman itu hanya dianggap sebagai seorang abang sahaja. Tidak lebih dari itu. Suraya menatap muka jam pada meja tepi katil. Kalau nak dilayan sangat perasaan ini satu kerja pun tak jadi. Baju dan tudung sudah sedia digosok. Esok dia perlu ke sekolah. Cuti seminggu sudah pun tamat. Esok aktiviti berjalan seperti sedia kala.

177

Iman Suraya

Bab 20
ANA karangan yang saya suruh buat? Latihan untuk Komponen Sastera tak serah lagi, kan? Suraya bertanya bertalu-talu pada tiga orang muridnya itu. Ngeee... geramnya tengok sorang-sorang ni. Boleh buat muka sardin aje tu bila dia marah-marah macam ni. Tak tau ke yang dia orang bertiga ni dah buat salah. Dan tak tau ke cikgu diorang ni tengah marah gila ni. Lagi boleh buat macam tak ada apa-apa. Jawab Meor Haffizzudin Meor Omar, Mohd Hafiz Mohd Syariff, Zairul Amri Borhan! kata Suraya lagi. Ditekantekan sekuat yang boleh nama budak-budak bertiga ini. Siap full name dengan bin-bin sekali dia tak tinggal. Dia sebenarnya sudah pening sangat macam mana nak uruskan budak-budak ini. Mereka bertiga bukannya tak cerdik. Cerdik. Pandai. Tapi apasal la susah sangat nak diajar supaya jadi pelajar yang berdisiplin. Jadi pelajar yang bilamana cikgu bagi kerja sekolah tu boleh hantar on time. Fuhh... apa nak jadi dengan budak-budak sekarang ni pun dia tak tau. Asyik nak jolly frog aje kerjanya. Ni yang tiga orang

178

Areila Sahimi

ni tak tau ke tahun ni nak ambil SPM. Tak tau ke SPM ni penentu nak pergi mana lepas ni. Suraya menggeleng kepala melihat budak-budak bertiga ni. Nak dipukul anak orang. Karang tak pasal-pasal masuk mahkamah pulak. Sekarang ni pun ada aje kes ibu bapa saman guru sebab merotan pelajar. Habis kalau dah degil macam ni, nak guna cara apa lagi. Kenapalah susah sangat nak membentuk biar betul-betul jadi orang. Alah cikgu. Nanti hantarlah. Din menjawab bagi pihak kawan-kawannya. Suraya merenung tajam pada pelajarnya yang berani-berani menjawab itu. Berani betul budak bertuah ni menjawab macam tu. Dalam ramai-ramai ni memang Din nilah yang paling berani nak membidas balik apa yang dia kata. Macam ada aura loyar aje dalam diri dia. Memanglah. Aura loyar buruk yang kadang-kadang sangat-sangat melampau. Dengan kereknya dia menjawab menambahkan sakit di dalam hati. Tak tau ke bahasa nak mintak maaf kalau dah buat salah tu. Kalau maaf pun dah bernanah telinga dengar. Semedang (selalu sangat) mintak maaf. Boleh tahan baik pun seminggu aje. Lepas tu minggu depannya buat balik. Hari ini, saya nak kamu bertiga siapkan semua latihan komponen Sastera tu, dan juga latihan penulisan yang saya bagi semalam. Kalau kamu berani-berani langgar arahan saya kali ini, saya tak akan teragak-agak untuk ambil tindakan ke atas kamu bertiga! Suraya berkata dengan tegas. Itu aje yang mampu untuk dia lakukan. Letakkan hukuman. Ingat, kalau kamu langgar arahan saya kali ini, saya akan report pada pengetua. Ibu bapa kamu akan dipanggil ke sekolah, sambung Suraya lagi. Okey. Idea

179

Iman Suraya

brilliant. Selama ni tak pernah terfikir pun sebab benda macam ni nak mengadu pada tuan pengetua. Kalau dah degil sangat macam ni ajelah caranya. Kita letak nama tuan pengetua dengan nama ibu bapa dalam satu ayat. Gerenti budak-budak ni jadi cuak. Beranilah dengan Cikgu Sue ni. Kalau diaorang bertiga ni boleh kerek jangan ingat dia tak berani jadi lebih sepuluh kali ganda kereknya. Alah Cikgu Sue, takkan itu pun nak bagi tahu emak ayah, ujar Zairul pula. Sedikit gelabah. Dia dah terasa cuak bila memikirkan perilakunya di sekolah diberitahu kepada bapak di rumah. Bapak tu garangnya mengalahkan singa. Wasalamulah jawabnya kalau bapak di rumah tahu. Mengamuk sakan orang tua tu. Kenapa? Suraya bertanya. Keningnya sudah terangkat sebelah. Memang tak makan saman. Tak tau ke kalau dah buat salah memang patut terima hukuman. Tapi cikgu... Apeh menyela. Tak ada tapi-tapi. Saya kata buat sekarang, buat sekarang. Suraya pantas memotong. Cuaklah tu. Biarlah hari ini kena balik pukul lapan malam pun dia sanggup. Tak kisahlah nak berkorban jadi pemantau budak bertiga ni siapkan latihan semalam. Dia sanggup. Nilah tanggungjawab sebagai seorang guru. Rela berkorban supaya diorang ni jadi orang yang betul-betul orang. Din, Apeh dan Zairul berpandangan sesama sendiri. Akhirnya mereka terpaksa akur jugak dengan arahan Cikgu Sue. Nak mati kalau emak ayah tau. Nak bungkus kalau Cikgu Sue betul-betul report pada tuan pengetua yang garangnya mengalahkan askar komando baru pencen tu. Mereka mengambil tempat duduk masing di belakang sekali. Tak ada nak duduk belakang tu. Waktu sekolah

180

Areila Sahimi

dah habis ni. Duduk kat depan, arah Suraya kepada pelajarnya itu. Dia masih lagi lantang berkata-kata saat ini. Sama aje Cikgu Sue, depan ke belakang ke janji buat kerja. Okeyla tu, balas Din lagi. Alamak Cikgu Sue ni, entah siapa yang hanginkan dia hari ini tak pasal nak letupkan meriam mortar dekatdekat sini jugak. Selalunya okey aje. Dia diam aje kalau tak buat homework. Hari ini garang mengalahkan ibu singa aje. Suraya memandang Din mercun yang gemar membidas itu dengan pandangan nak telus aje ke dalam anak mata anak muda ni. Ek elehh... aselehe punya budak. Macam ni ke adab bercakap dengan guru sendiri. Banyaklah dia punya okeyla tu. Bertindak mengikut arahan boleh tak! Boleh tak jangan nak banyak cakap. Siapa cikgu sekarang ni. Saya ke awak? hentam Suraya. Cikgu Sue.... Mereka bertiga menjawab serentak. Kemudian terus berjalan lemah longlai ke depan. Duduk jarak-jarak. Nanti kerja tak siap, bercakap yang lebih, kata Suraya lagi bila dia orang bertiga duduk sebelah menyebelah. Cikgu Sue betul-betul jadi kejam sangat hari ini. Dah macam Rika Sumanto dalam sinetron Bawang Merah Bawang Putih. Dari tadi tak habis-habis mengarah budak-budak ni. Din dan Zairul bangun untuk duduk di tempat lain. Semakin lama semakin lemah tidak bermaya. Cergas sikit boleh tak? Ni macam tak makan seminggu saya tengok awak semua ni! Makin lantang suara Suraya berkumandang di blok A ini. Mentang-mentang orang dah tidak ada, beranilah nak bersuara macam ni. Kalau tidak, jenuh jugak nak control ayu. Suraya memalingkan

181

Iman Suraya

badan mengadap papan hitam. Tersengih dia sejenak bila tengok muka budak-budak ni toya aje mengikut arahan macam tak rela. Main-mainlah dengan aku! Suraya kembali berpusing mengadap Din, Apeh dan Zairul yang sedang tekun menyiapkan tugasan yang diberikan. Dia buat-buat serius. Nak ketawa pun ada saat ni bila tengok otai-otai ni tekun aje buat kerja. Selalu dalam kelas bukan main lagi. Kecut perutlah tu bila nama pengetua tiba-tiba naik tadi. Taktik yang menjadi! Syabas Cikgu Sue!!! Suraya berjalan ke hulu ke hilir sambil memerhati budak bertiga ni buat kerja. Sebenarnya budak-budak ni bukan tak boleh buat. Boleh. Tapi sengaja biarkan virus M tu dalam badan. Cikgu Sue... panggil Apeh perlahan. Apa dia? soal Suraya. Iramanya masih tegas seperti tadi. Kenapalah Sastera Melayu sangat susah? Apeh bertanya lemah. Apa yang susahnya? Awak baca. Lepas tu cuba faham, jawab Suraya. Boringlah, sela Zairul pula. Kita orang Melayu. Kalau anak Melayu sendiri tak tau nak martabatkan sastera kita siapa lagi. Boringlah, kata Zairul lagi. Suraya mengetap bibir. Dah tak ada boring-boring. Cepat siapkan kerja. Nak balik ke tak ni? Gertak Suraya lagi.

182

Areila Sahimi

AGAK-AGAK kau kan apa hal Cikgu Sue tiba-tiba naik angin dengan kita hari ni ye? tanya Apeh kepada Din dan Zairul. Tu la pasal. Aku tengok tadi gaya dah macam mak tiri pun ada, ujar Zairul pula. Aku pun pelik. Biasa dia okey aje. Hari ni pulak berasap tak tentu hala, sela Din pula. Sepanjang perjalanan pulang mereka sibuk membincangkan hal Cikgu Sue. Yelahkan, Cikgu Sue tu mana pernah marah-marah macam tu. Biasa dia cool aje. Relaks aje kalau student buat tak tau dengan homework yang dia beri. Lepak aje kalau ada student melawan cakap dia. Tak tau pulak sekali bila dia dah meletup, teruk macam ni sekali. Empat jam bertapa dalam kelas siapkan tugasan-tugasan dia. Tapi nasib jugaklahkan, dia tak mengadu pada pengetua pasal kes kita dulu-dulu. Kalau tak bungkus wei, kata Apeh dengan nada yang macam takut sangat bila Cikgu Sue sebut pasal nak report pada pengetua. Tengok aje misai pengetua yang melentik tu pun boleh menggigil kepala lutut. Tak sanggup!!! Pin!!! Pin!!! Pin!!! Terkejut tiga sekawan ini bila tiba-tiba mendengar bunyi hon kereta yang tak berhenti-henti. Mereka berpusing lipat maut untuk melihat orang yang memandu kereta tersebut. Cikgu Sue??? Nak pergi mana? tegur Suraya. Kesian pulak tengok budak-budak ni balik berjalan kaki. Macam Do Re Mi. Nak baliklah cikgu, jawab Din. Jom saya hantar. Apeh dan Zairul sudah terkulat-kulat. Din masih menahan rasa machonya. Dia tak nak machonya jatuh hanya

183

Iman Suraya

kerana menumpang kereta Cikgu Sue. Dia dan Cikgu Sue bukannya sebulu. Tak payahlah, kata Din. Pantas tangannya ditarik Apeh. Aku dah tak larat nak berjalan dah ni. Cikgu Sue dah nak hantar, okeyla tu, bisik Apeh di telinga Din. Pin! Pin! Sengaja Suraya membunyikan lagi sekali hon keretanya. Nak naik ke tak nak ni? Kalau tak saya gerak sekarang, katanya selamba. Punat kunci kereta dibuka. Tunggu apa lagi. Cepatlah. Saya hantar. F.O.C. Free of charge, pelawa Suraya lagi. Segera budak-budak ini masuk ke dalam kereta Suraya. Berhimpit-himpit duduk di belakang. Suraya memandang melalui cermin depan. Amboii!!! Macam bos besar pulak dia orang ni. Din duduk depan, arah Suraya. Din akur kemudian keluar dari kereta dan masuk duduk di depan. Rasanya tidak ada apa lagi yang ingin dibanggakan dengan kemacoannya bila dia sudah duduk betul-betul di sebelah Cikgu Sue. Hesy.... Cikgu nak pergi mana ni? Din bertanya bila melihat kereta Cikgu Sue membelok ke kiri simpang. Ini simpang nak pergi Kampung Chempaka Sari. Rumah kita orang bertiga ikut simpang kanan. Kita orang semua duduk Kampung Seri Kinta. Bukan dekat Kampung Chempaka Sari. Ermmm... lepak rumah saya sekejap. Kemudian makan malam sekali. Jawab Suraya selamba kepada pelajarnya. Hahh??? Budak-budak ini sudah ternganga.

184

Areila Sahimi

MAKANLAH. Asal tak makan? Semua dah bagi tahu family masing-masingkan tadi, pelawa Haji Rahim kepada pelajarpelajar anaknya itu. Ni ambik lauk ni. Apa malu-malu. Kat rumah cikgu tak payah malu-malu. Abah cikgu masak sedap tau, sampuk Suraya pula sambil tangannya sibuk menyudu lauk daging masak kicap ke pinggan sorang-sorang. Sempat pula dia memuji masakan abah yang memang sedap-sedap sangat di hadapan tetamu istimewanya itu. Din, Apeh dan Zairul masih terkulat-kulat di depan meja makan. Nampak lauk-lauk ni semua menyelerakan. Mereka makan dengan perlahan-perlahan. Suraya tersenyum bila melihat anak-anak muridnya makan dengan tertib. Dia bukan sengaja nak bagi budakbudak ni malu. Manalah tahukan bila abah yang tegur diorang boleh jadi baik sikit. Dia pun dah pesan awal-awal pada abah janganlah brainwash lebih-lebih sangat anak-anak orang tu. Sikit-sikit sudah. Yang selebihnya terpulang pada diri mereka sendiri. Tapi dia yang di dapur tengah siapkan meja makan pun boleh cair tahi telinga dengar ceramah yang abah bagi pada budak-budak ni. Nasiblah korang. Cikgu adikberadik kecik-kecik dulu pun azab menadah telinga. Nanti kalau ada apa-apa yang tak faham tanya cikgu. Abang Sham dengan Abang Lan pun ada kalau ada mana-mana subjek yang tak faham tu, sampuk along bila tengok budak-budak ni diam menikus menadah ceramah yang diberikan. Along, sudahlah tu. Ujar Suraya. Dah kesian sangat tengok dia orang ni. Tolong bagi budak-budak ni makan dengan tenang.

185

Iman Suraya

CIKGU terima kasih, ucap mereka bertiga kepada Cikgu Sue. Suraya menurunkan mereka sekali kerana rumah masingmasing berhampiran sahaja. Tak jauh mana pun. Lagipun itu yang diaorang inginkan. Tak payah susah-susahkan Cikgu Sue. Itu kata Zairul. Errmm, balas Suraya. Nanti jangan takut nak datang rumah cikgu lagi. Awak semua dah macam adik-adik saya dah. Jangan malu nak bertanya, pesan Suraya. Baik cikgu. Jawab mereka serentak. Okeylah. Saya nak balik dulu. Jumpa hari Isnin. Sabtu ahad jangan lupa tengok buku. Trial nak dekat dah tu. Sempat Suraya berpesan sebelum kereta yang dipandu bergerak meninggalkan Din, Apeh dan Zairul.

186

No. ISBN:- 978-967-5067-61-7 Jumlah muka surat: 488 Harga Runcit:- Semenanjung Msia: RM19, Sabah/Sarawak: RM22 Harga Ahli KKN:- Semenanjung Msia: RM15, Sabah/Sarawak: RM18

Sinopsis:Ajal maut, jodoh pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Di Tanah Mahsuri Iman Radhiff dan Suraya Dania bertemu. Suraya ke sana mahu menghiburkan diri sebelum bergelar seorang isteri. Iman pula membawa diri apabila kisah cintanya tidak menjadi. Di sana mereka berkenalan dan berkawan. Sekembalinya di tempat masing-masing, mereka meneruskan kehidupan seperti biasa. Suraya sudah bersedia untuk menjadi isteri, Iman pula sedang belajar untuk menerima realiti. Takdir Tuhan, mungkin sudah tertulis jodoh Suraya bukan dengan Azim apabila lelaki itu pergi mengadap Ilahi. Dia tabah meneruskan hidup bersama kenangan dengan lelaki itu. Iman pula, sekembalinya ke rumah, seringkali kenangan bersama kekasih lama yang dikahwini abangnya sendiri datang bertubi-tubi. Selang beberapa tahun mereka berdua bertemu semula tanpa diduga. Di situ persahabatan kembali terjalin. Isyarat dari tingkah Suraya meyakinkan Iman yang dia tidak bertepuk sebelah tangan. Cinta tanpa isyarat. Datangnya tanpa sedar. Mereka jatuh cinta untuk kali kedua. Namun, di belakang gadis itu sentiasa ada Norman Hakim, lelaki yang punya potensi untuk mana-mana gadis di luar sana jatuh cinta padanya. Susahkan? Bila kisah cinta sudah jadi ala-ala filem Hindustan. Mujur ada Wonder Pets yang sudi membantu dan melengkapkan kisah cinta mereka. Copyrighting text Benarkah, cinta sejati walau telah pergi akan datang lagi?

Untuk mengetahui kisah selanjutnya, dapatkan IMAN SURAYA di rangkaian kedai buku MPH, Popular dan kedai-kedai berdekatan anda. Anda juga boleh terus melanggan dengan Kaki Novel Enterprise melalui online ataupun pos. Untuk melanggan melalui online, sila layari laman web kami di:www.kakinovel.com. Untuk melanggan melalui pos, anda hanya perlu tuliskan nama, alamat lengkap, no. telefon, tajuk novel yang ingin dilanggan dan jumlah naskhah berserta wang pos/kiriman wang atas nama:- KAKI NOVEL ENTERPRISE dan poskan ke alamat berikut:Kaki Novel Enterprise No. 33-2, Jalan Wangsa Delima 12, DWangsa, Wangsa Maju, 53000 Kuala Lumpur. No. Telefon:- 03-4149 0096 No. Faks:- 03-4149 1196