Anda di halaman 1dari 7

ANALISIS KRITIKAL ARTIKEL JURNAL BERWASIT (TUGASAN 2)

Isi kandungan

m/s

10 Pengenalan

Objektif kajian Subjek kajian

Metodologi Instrumen Kajian

Dapatan kajian

24

2.0 3.0

Kritikan Lampiran jurnal

4-6

Page 1

ANALISIS KRITIKAL ARTIKEL JURNAL BERWASIT (TUGASAN 2)

KAJIAN TAHAP KANDUNGAN KOLESTEROL DALAM BADAN DI KALANGAN PELAJAR-PELAJAR OBES DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DAERAH KUALA KANGSAR PERAK

10

Pengenalan

Menurut Jones (1996) jika tenaga yang dibekalkan oleh makanan melebihi tenaga yang digunakan dalam aktiviti-aktiviti terkawal dan luar kawal, tenaga lebihan itu akan disimpan dalam badan. Hampir semua tenaga lebihan itu disimpan di dalam tisu adipos sebagai lemak, maka berat badan akan bertambah dan akan menyebabkan kegemukan. Menurut Faisal Baraas (1998), seseorang yang mengalami kegemukan cenderung mempunyai paras kolesterol yang tinggi. Berdasarkan

pernyataan diatas, objektif kajian ini dibuat adalah untuk mengetahui tahap kandungan kolesterol dalam tubuh badan pelajar yang didapati obes dan melihat perbezaan aras normal kolesterol di kalangan pelajar obes berdasarkan jantina. Pengkaji juga telah menyatakan dua kepentingan hasil kajian ini iaitu dapat membantu institusi-institusi pendidikan di negara ini dalam usaha untuk menggalakkan pelajar-pelajar supaya dapat mengamalkan sikap yang positif terhadap pengambilan makanan yang seimbang serta membantu pihak sekolah dalam menganalpasti pelajar-pelajar yang obes seterusnya menganalisis kandungan kolesterol yang terdapat dalam
Page 2

ANALISIS KRITIKAL ARTIKEL JURNAL BERWASIT (TUGASAN 2)

tubuh

badan

mereka.

Ini

dapat

membantu

para

pelajar

dalam

mengurangkan risiko berbagai penyakit yang disebabkan oleh kolesterol. Pengkaji telah menggunakan penyelidikan berbentuk klnikal dalam menjalankan kajian tersebut. Seramai 5 orang penuntut perubatan membantu pengkaji menjalankan satu analisis ke atas sampel darah yang diambil dari pelajar-pelajar yang telah dikenalpasti obes. Subjek yang dipilih oleh pengkaji adalah para pelajar dari sekolah-sekolah menengah daerah Kuala Kangsar, Perak. Pengkaji telah mendapatkan semua data subjek yang berkaitan dengan berat badan dan tinggi. Berdasarkan data yang telah dikumpulkan, pengkaji akan menggunakan Body Mass Index (BMI) untuk mendapatkan bilangan subjek yang obes kemudian, menguji kandungan kolesterol subjek tersebut. Untuk

menjalankan ujian tersebut, subjek perlu melalui beberapa prosedur yang telah ditetapkan. Subjek terlebih dahulu akan dibersihkan jarinya dengan alcohol. Setelah kering, dibuat satu tusukan di jari dengan alat penusuk khas san darah yang keluar akan diambil dan diuji dengan menggunakan Reflotron. Data yang diambil akan dibuat penilaian untuk menilai tahap kandungan kolesterol total. Prosedur yang sama juga digunakan untuk menyukat trigliserida, dan HDL (High Density Lipoprotein) dan LDL (Low Density Lipoprotein). Sampel kajian adalah terdiri daripada pelajarpelajar sekolah yang berumur 13 hingga 19 tahun di sekolah-sekolah menengah kebangsaan Daerah Kuala Kangsar. Jumlah subjek yang
Page 3

ANALISIS KRITIKAL ARTIKEL JURNAL BERWASIT (TUGASAN 2)

terlibat ialah 29 orang pelajar lelaki obes dan 25 oarang pelajar perempuan obes. Dapatan kajian menunjukkan pelajar lelaki lebih ramai yang obes iaitu 29 orang berbanding pelajar perempuan iaitu 25 orang. dari aspek kandungan alkohol pula, secara keseluruhan pelajar hanya mempunyai kandungan kolesterol pada tahap rendah dan sederahana sahaja. Didapati tidak ramai pelajar yang mempunyai tahap kolesterol yang tinggi ataupun melebihi daripada aras normal. Berdasarkan hasil dapatan, hanya 2 orang sahaja yang melebihi aras normal. Seterusnya hanya 10 orang pelajar yang mempunyai kolesterol LDL yang melebihi aras normal. Bagi trigliserida, semua pelajar tidak melebihi aras normal. Bagi kolesterol HDL pula, ramai yang kurang dari aras normal. Perbandingan aras kolesterol berdasarkan jantina pula, dapatan

menunjukkan tidak banyak perbezaan antara lelaki an perempuan. Walaupun wujud sedikit perbezaan, namun perbezaan tersebut tidak signifikan bagi keempat-empat kategori kolesterol yang diuji.

2.0

Kritikan Isu di dalam artikel ini sangat bersesuaian pada masa kini

memandangkan pelajar pada masa kini semakin ramai yang obes. Dengan adanya artikel ini, para guru dan ibu bapa dapat mengambil tindakan yang segera untuk mengetahui kandungan kolesterol kanakkanak terutamanya yang telah obes. Melalui artikel ini, saya juga dapat
Page 4

ANALISIS KRITIKAL ARTIKEL JURNAL BERWASIT (TUGASAN 2)

mengubah tangkapan saya bahawa terdapat sejenis kolesterol yang baik dimana ia dapat membantu menghalang kolesterol yang jahat. Jurnal yang dikaji menggunakan penyelidikan berbentuk klinikal iaitu satu bentuk penyelidikan yang sangat telus dan keputusannya mempunyai kesahan yang sangat tinggi. Kesemua subjek diuji

menggunakan peralatan perubatan yang khas oleh 5 orang penuntut perubatan yang mendapat latihan secara khusus dalam bidang

perubatan. Pengkaji juga menggunakan kaedah pengukuran BMI (Body Mass Index) untuk mendapatkan bilangan subjek yang obes. Dapatan kajian yang diberikan dapat menjawab secara spesifik berdasarkan objektif kajian yang telah dinyatakan iaitu secara keseluruhannya, pelajar hanya mempunyai kandungan kolesterol pada tahap yang rendah dan sederhana sahaja. Manakala tiada perbezaan yang signifikan di antara pelajar lelaki dan perempuan yang berusia 13 hingga 19 tahun dari segi aras kolesterol. Keputusan ini juga telah disokong oleh satu artikel iaitu National Health and Nutrition Examination Survey yang dikeluarkan oleh U.S Department Of Health And Human Services. Namun ada perkaitan antara umur dengan tahap kolesterol yang telah dibuktikan dalam jurnal Analysis of the relationship between total cholesterol, age, body mass index among males and females in the WHO MONICA Project yang mengatakan bahawa terdapat interaksi negative yang kuat antara umur dan BMI yang berisiko mempunyai hiperkolesterol bagi kedua-dua
Page 5

ANALISIS KRITIKAL ARTIKEL JURNAL BERWASIT (TUGASAN 2)

jantina. Dapatan dari jurnal ini pula berlainan dengan pengkaji iaitu terdapat perbezaan aras kandungan kolesterol terhadap lelaki dan perempuan pada umur 25 tahun hingga 49 tahun. Jurnal Analysis of the relationship between total cholesterol, age, body mass index among males and females in the WHO MONICA Project juga telah menyatakan bahawa semakin meningkat BMI semakin tinggi risiko untuk mempunyai hiperkolesterol. Data-data yang dikumpulkan telah diinterpretasikan dalam bentuk jadual dan keputusannya dinyatakan dengan

menggunakan peratusan. Data-data yang dikumpulkan juga telah dianalisis dengan menggunakan program SPSS iaitu ujian t untuk membuat perbandingan aras kolesterol berdasarkan jantina. Dapatan yang diperolehi telah disampaikan kepada pembaca dalam bentuk yang mudah difahami serta tiada bias yang berlaku dalam dapatan tersebut kerana pemilihan sampel dilakukan dengan menggunakan ukuran BMI. Pada pandangan saya , kajian ini telah mencapai objektifnya yang bertujuan untuk mengetahui tahap kandungan kolesterol dalam tubuh badan pelajar yang obes. Namun, kajian ini tidak dapat melihat perbezaan kandungan kolesterol berdasarkan jantina kerana dapatan menunjukkan tidak signifikan antara lelaki dan perempuan. Pegkaji mempunyai matlamat yang jelas untuk mencapai objektif kajian kerana sampel kajian yang dipilih terdiri daripada pelajar-pelajar yang

sememangnya obes. Namun dapatan kajian mendapati tahap kolesterol

Page 6

ANALISIS KRITIKAL ARTIKEL JURNAL BERWASIT (TUGASAN 2)

pelajar obes terhadap sampel yang dikaji masih berada pada tahap yang sederhana.

Page 7

Anda mungkin juga menyukai