Anda di halaman 1dari 18

1.0 Pendahuluan Bimbingan dan kaunseling adalah suatu proses menolong individu bagi memahami diri dan dunianya.

Oleh itu menjadi suatu kewajiban bagi para guru untuk mendidik, menasihati, membimbing dan merancang masa depan yang kian mencabar. Peranan para guru bimbingan adalah membantu para pelajar dengan menjalankan aktiviti seperti menyalurkan maklumat tentang pekerjaan, aktiviti sosial dan kemudahan pendidikan. Dengan cara ini diharapkan akan dapat membantu para pelajar bersedia untuk menghadapi cabaran dan membuat keputusan yang betul.

Dalam konteks pendidikan

masa kini, perkhidmatan bimbingan dan

kaunseling adalah merupakan suatu usaha bertujuan menanam dan menyuburkan nilai, sikap dan kemahiran dalam perkembangan individu. Ini bermakna perkembangan individu merupakan satu usaha yang berterusan agar individu terhindar dari mengalami kekurangan dan halangan demi mengenali diri dan potensinya yang sebenar. Banyak program boleh diatur bagi memberi perkhidmatan menolong bantu pelajar dalam aspek pemulihan, pencegahan dan perkembangan untuk mempetingkatkan pengetahuan, keterampilan dan sikap diri pelajar melalui unit Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling yang berkesan selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.

Justeru itu adalah menjadi tanggungjawab pihak sekolah membuat suatu perancangan teratur dengan menubuhkan unit Perkhidmatan Maklumat Kerjaya supaya kaedah penyampaian perkhidmatan kepada kumpulan sasaran berkesan bagi membentuk pelajar supaya seimbang, berjiwa besar, berwawasan dan berketrampilan.

2.0 2.1

Bimbingan dan Kaunseling Definisi Bimbingan

Berdasarkan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), bimbingan bermaksud perbuatan membimbing, memberi petunjuk, mengajar sehingga selesai sesuatu kerja atau tugas. Definisi lain menjelaskan bimbingan merujuk kepada proses untuk membantu individu meningkatkan pemahaman dan kemahiran bagi menangani isu-isu dab cabaran-cabaran dalam kehidupan secaran berkesan. Othman Mohamed (2000), mengatakan bimbingan merupakan sebahagian daripada proses menolong. Ia melibatkan usaha memberi arahan secara teratur serta mengandungi maklumat sesuai bagi menentukan agar sesuatu matlamat tercapai oleh orang yang menerimanya. Lazimnya bagi penentuan kebajikan dan perkembangan dirinya. Selain dari itu, bimbingan juga bermaksud memberi nasihat dan panduan kepada seseorang yang kebiasaannya menghadapi sesuatu masalah. Dengan erti kata lain, bimbingan adalah suatu proses untuk membantu individu memahami dirinya dan dunia di sekelilingnya supaya ia boleh menggunakan kebolehan, keupayaan dan bakat yang ada dengan sepenuhnya. (Suradi Salim, 1996)

2.2

Definisi Kaunseling

Kaunseling berasal daripada perkataan Bahasa Inggeris Counseling. Kaunseling merupakan suatu proses perhubungan menolong yang sistematik berasaskan prinsip psikologi. Kaunseling juga adalah suatu proses interaksi dua hala yang membolehkan seseorang individu memahami diri dan situasinya. Di samping itu, kaunseling bermaksud proses teratur yang melibatkan perbincangan rapi mengenai tentang masalah yang dihadapi oleh seseorang dan usaha mengatasi dan menyelesaikannya menerusi bimbingan dan nasihat.

2.3

Prinsip Bimbingan dan Kaunseling y y Bimbingan adalah untuk semua murid, untuk perkembangan diri mereka. Fokus utama bimbingan ialah pencegahan masalah sementara ia masih boleh dikawal. y y y Ia mesti dilakukan secara kolaboratif dengan kakitangan lain di sekolah. Murid-murid perlu menyertai bimbingan secara sukarela. Guru bimbingan perlu bertingkah laku prosesional untuk mengelakkan perhubungan tidak sihat. y Perkhidmatan bimbingan merupakan tanggungjawab secara kolektif di antara guru, murid, guru pmbimbing dan sekolah, rakan sebaya dan ibubapa yang berkenaan. y y Bimbingan dan kaunseling mesti diberikan kepada semua pelajar. Semua pihak bertanggungjawab menjayakan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. y Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling harus dijalankan sistematik dan tanpa paksaan. y y Etika bimbingan dan kaunseling mesti dijaga dan dipatuhi. Hanya kaunselor yang bertauliah sahaja dibenarkan mengadakan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. secara

2.4

Matlamat Bimbingan dan Kaunseling y Membantu pelajar menghadapi dan menyelesaikan masalah yang dihadapi. y y y y Membentuk sikap positif pelajar terhadap pelajaran, sekolah dan keluarga. Mendorong pelajar untuk memperkembangkan potensi diri. Memupuk semangat pelajar dalam pelajaran. Memberi panduan kepada pelajar tentang bidang kerjaya yang sesuai dengan diri mereka. y y y y y Menolong mengubah tingkah laku Membantu membuat keputusan Membentuk kemahiran daya-tindak Mempercepatkan seseorang menjadi rasional Memperbaiki hubungan interpersonal

3.0 3.1

Kesesuaian Suasana Bilik, Lokasi Bilik dan Program Bimbingan dan Kaunseling Kesesuaian Suasana Bilik Bimbingan dan Kaunseling Keberkesanan kaunseling bergantung pada keadaan dan tempat kaunseling

itu dijalankan. Satu temuduga kaunseling tidak boleh dijalankan di bilik guru, di kantin di bawah pokok ataupun di dalam kelas. Sesi ini mestilah diadakan di suatu tempat yang khas, walaupun tidak istimewa. Guru bimbingan dan kaunseling mesti memastikan terdapat satu bilik khas bagi menjalankan sesi temuduga supaya tugas sebagai guru bimbingan dan kaunseling dapat berperanandengan lebih berkesan.

Bilik bimbingan dan kaunseling di sekolah seharusnya sentiasa berada dalam suasana yang kondusif, teraputik, selesa dan menenagkan. Hal ini kerana, klien utama perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah terdiri daripada muridmurid yang mempunyai pelbagai masalah atau situasi yang berbeza. Oleh itu, suasana bilik kaunseling memainkan peranan yang cukup besar dalam memastikan bimbingan dan terapi yang dijalankan mencapai objektif dan secara tidak langsung, membantu menyediakan klien dalam keadaan yang tenang dalam menangani masalahnya dengan berkesan. Bilik bimbingan dan kaunseling memberikan persepsi penting terhadap klien yang datang ke bilik ini kerana suasana yang kondusif dapat meyakinkan ketenteraman dalam diri klien.

Berdasarkan pemerhatian saya dan rakan terhadap Bilik Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Kebangsaan Taman Damai Jaya, Johor Bahru, bilik ini merupakan sebuah bilik yang telah diwujudkan khas sebagai Bilik Bimbingan dan Kaunseling yang telah dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dan keperluan yang seharusnya ada dalam kriteria Bilik Bimbingan dan Kaunseling.

3.1.1 Pencahayaan dan Pengudaraan Melalui pemerhatian yang dilakukan ketika berkunjung ke Bilik Bimbingan dan Kaunseling SK Taman Damai Jaya, Johor Bahru saya mendapati bilik ini memenuhi kriteria yang bagus dalam aspek pengudaraan dan pencahayaan. Sebagai sebuah bilik yang sememangnya dikhaskan sebagai bilik bimbingan dan kaunseling, ciri pencahayaan jelas nampak pada tingkap besar yang dipasang. Tetapi, tingkap-tingkap ini tidak dipasang langsir padanya. Selain dari itu, bilik ini turut dilengkapi dengan kemudahan lampu kalimantang yang cukup pada setiap ruang. Dari aspek pengudaraan pula, bilik ini dilengkapi dengan dua pintu iaitu pintu hadapan dan pintu belakang. Bilik ini juga dicirikan dengan pemasangan tingkap-tingkap kecil yang pada atas setiap tetingkap dan lubang-lubang udara di bahagian bawah tingkap bagi membolehkan peredaran udara sentiasa berlaku dan mengekalkan kesegaran udara di dalam bilik ini. Kemudahan seperti kipas juga lengkap tersedia di dalam bilik ini. Terdapat penghawa dingin yang diletakkan di dalam bilik ini yang mampu menyediakan suasana yang nyaman dan segar. Suasana sebegini mampu memberi keselesaan kepada murid (klien) yang menjalani perkhidmatan atau program di bilik ini. Beberapa penambahbaikan boleh dilakukan dalam aspek ini. Antara yang jelas adalah, ruang tingkap telah ditutupi dengan papan kenyataan di sebelah luarnya. Papan kenyataan Bimbingan dan Kaunseling tidak seharusnya digantung pada bahagian tingkap bilik. Keadaan ini akan menyebabkan bilik menjadi lebih gelap kerana terlindung dari mendapat cahaya. Justeru, guru boleh meletakkan papan kenyataan ini pada ruang dinding kosong yang terdapat di sebelah pintu masuk bilik ini. Selain itu juga, pemasangan langsir pada tingkap mampu menceriakan dan mencantikkan lagi bilik ini. Tetapi, langsir haruslah dikelolakan dengan baik dan kemas agar ia tidak mengganggu kesan pencahayaan.

3.1.2 Susun atur perabot dan kemudahan Melalui pemerhatian saya, beberapa susun atur perabot telah pun menepati kesesuaian bagi sebuah bilik bimbingan dan kaunseling. Antaranya, rak atau almari bagi menyimpan fail-fail yang berkaitan diletakkan pada sudut yang sesuai dan keadaan ini tidak mengganggu sama sekali pergerakan di dalam bilik. Terdapat bangku-bangku yang diletakkan dengan teratur dan kemas di tepi ruang bilik sebagai tempat untuk menunggu atau digunakan untuk tujuan kaunseling kelompok. Namun begitu, terdapat juga susunan perabot dalam bilik yang kurang sesuai jika mengikut keperluan perkhidmatan bagi sesuatu ruang yang disediakan. Apa yang boleh saya katakan disini adalah, meja tambahan tidak diletakkan bersama dengan set kerusi sofa. Malahan, di hadapan set sofa diletakkan hamparan dan kerusi-kerusi kecil bagi mewujudkan ruang santai, manakala meja tambahan diletakkan di tengah-tengah ruang tanpa set kerusi sofa. Hal ini mewujudkan ketidaksesuaian susun atur perabot di dalam bilik ini. Selain itu juga, kemudahan seperti komputer tidak diletakkan pada suatu ruang khas agar ia mudah digunakan dan dikendalikan. Ada komputer yang diletakkan di tengah-tengah susunan bangku di ruang menunggu dan ada juga komputer yang diletakkan di sebelah sudut bacaan. Terdapat sebuah cermin besar yang diletakkan di penjuru belakang bilik. Lokasi cermin adalah tidak sesuai kerana ia berdekatan dengan pintu dan bakul sampah. Tambahan pula ia merupakan sebuah kemudahan yang sering digunakan dalam perkhidmatan atau program. Justeru itu, beberapa penambahbaikan boleh dilakukan bagi dalam aspek susun atur perabot di bilik ini. Antaranya adalah, meja tambahan haruslah diletakkan lengkap bersama dengan set kerusi sofa. Ini bagi memudahkan sekiranya tetamu, ibubapa/ penjaga klien atau klien sendiri dalam melakukan perbincangan bersama guru bimbingan dan kaunseling. Susun atur meja tambahan dan set kerusi sofa ini mampu mewujudkan suasana semi-formal yang tenang. Selain itu, ruang santai harus diletakkan di suatu sudut yang tiada sebarang perabot besar seperti rak fail atau meja komputer. Ruang santai seharusnya lebih lapang dan luas. Bagi susunan kemudahan komputer pula, guru boleh menyediakan satu sudut khas bagi meletakkan kemudahan ini. Sebagai contoh, ia boleh diletakkan di sudut

sebelah tingkap yang kosong. Keadaan ini akan mewujudkan kekemasan dalam menyusun atur kemudahan. Bagi kemudahan seperti cermin pula, saya mencadangkan agar ia diletakkan di kawasan yang bertentangan dengan cahaya. Pembalikan cahaya mampu meningkatkan lagi keberkesanan pantulan cahaya pada cermin. Jadi, penggunaan cermin akan menjadi lebih berkesan. Kuantiti perabot juga haruslah bersesuaian dengan saiz ruang bilik bagi mengelakkan berlakunya kesesakan yang menyebabkan ruang

pergerakan lebih terhad dan mewujudkan keadaan yang berserabut.

3.1.3 Susun atur bahan bacaan dan informasi Melalui pemerhatian saya, terdapat beberapa informasi dan hasil kerja murid yang ditampal pada papan informasi di dalam bilik ini. Selain itu, terdapat juda poster-poster seperti Poster Anti-dadah, Larangan Merokok, Kata-kata Motivasi dan sebagainya ditampal di pintu dan di dinding-dinding. Namun begitu, bilik bimbingan dan kaunseling ini masih kurang lengkap dalam penyediaan bahan bacaan seperti buku, majalah, risalah atau artikelartikel yang berkaitan. Justeru, saya mencadangkan agar guru boleh menyediakan lebih banyak bahan bacaan yang menjurus atau berkaitan dengan bimbingan dan kaunseling seperti risala atau artikel berkenaan dengan disiplin diri, pengurusan masa, pengurusan emosi, dan sebagainya. Bahan bacaan ini mampu membantu dalam perkhidmatan atau program yang disediakan selain dari membantu murid menyelesaikan masalah mereka melalui pembacaan yang dilakukan. 3.1.4 Warna Bilik Seperti yang kita tahu, warna dapat memberi kesan kepada diri dan emosi kita. Justeru, pemilihan warna bagi bilik bimbingan dan kaunseling haruslah selari dan sesuai dengan keperluan ruang tersebut. Melalui pemerhatian saya, guru telah memilih warna merah jambu cair untuk melatari setiap ruang di bilik bimbingan dan kaunseling ini. Sebagai penambahbaikan, saya mencadangkan agar setiap ruang di bilik ini dilatari dengan warna yang lebih mendamaikan sebagai contoh warna hijau atau biru cair (light blue/ green). Warna biru mampu mewujudkan

suasana tenang, damai, segar dan tenteram. Warna hijau pula mampu memberikan suatu suasana yang tenang, redup dan aman. Sesungguhnya, warna sangat memainkan peranan dalam mempengaruhi emosi seseorang. Malah, warna juga dikatakan mampu menjadi suatu terapi dalam program atau perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. Sebagai kesimpulan, selain daripada mampu memberikan kesan kepada emosi seseorang, warna juga ternyata dapat menciptakan kesan ruang.

3.1.5 Kebersihan, Keceriaan dan Keselamatan Melalui pemerhatian saya, kebersihan dan keceriaan yang sentiasa melatari bilik bimbingan dan kaunseling ini sentiasa berada pada tahap yang membanggakan. Di tambah pula dengan perhiasan-perhiasan indah dan ringkas bilik ini seperti sebuah bilik yang mampu menghadirkan suasana yang selesa. Selain dari kebersihan dan keceriaan, bilik ini juga dicirikan dengan ciri keselamatan yang cukup. Sebagai contoh, pada setiap pintu bilik ini telah dipasangkan pintu gril. Begitu juga pada tingkap-tingkapnya. Malahan, bilik ini akan sentiasa dipantau oleh guru bimbingan dan kaunseling agar tiada sebarang kecurian atau kehilangan barang berlaku. Namun begitu, ingin saya usulkan beberapa cadangan

penambahbaikan agar kualiti aspek-aspek diatas dapat dipertingkatkan lagi. Bagi aspek kebersihan dan keceriaan, saya mencadangkan agar guru bimbingan dan kaunseling dapat menyediakan jadual waktu bertugas membersih dan menceriakan bilik ini. Fokus murid-murid adalah ahli-ahli Kelab Pembimbing Rakan Sebaya. Sekiranya kelab ini belum diwujudkan, saya turut mencadangkan agar kelab ini diwujudkan kerana kelab seperti ini mampu menarik minat murid untuk mendedahkan diri dalam bidang ini, dan secara tidak langsung dapat melatih mereka mempersiapkan diri dalam menghadapi kehidupan sebagai seorang pelajar.

3.1.6 Unsur Semulajadi Penerimaan manusia terhadap persekitaran adalah suatu kebolehan semula jadi yang mungkin terkawal atau tidak terkawal. Secara asasnya, persekitaran ekologi adalah lebih bersifat fizikal tetapi mempengaruhi manusia dalam aspek fizikal dan juga mental. Topik perubahan emosi yang terkesan daripada persekitaran adalah menjurus kepada sudut tekanan atau stress yang diterima daripada input-input persekitaran. Sama ada ia melalui kedatangan input persekitaran tidak selesa, perubahan drastik, terlalu banyak dan membebankan, atau terlalu berat untuk ditanggung, maka semuanya adalah hasil daripada input berbentuk fizikal. Maka, saya mencadangkan agar unsur semulajadi diwujudkan di bilik ini kerana ia mampu menjadi salah satu alat yang mampu membantu guru dalam memberi suatu suasana yang tenang dan tenteram kepada klien. Hal ini demikian kerana, unsur semulajadi seperti mini air terjun, akuarium ikan dan pokok-pokok hijau sedia memberikan sesuatu keadaan yang mampu menghilangkan dan menenangkan segala tekanan dan stress yang dihadapi oleh klien. Ini memudahkan guru kerana, klien akan merasai sendiri suasana ini lantas memberi kesan kepada dirinya sendiri.

3.1.7 Ruang/ Bilik Yang Disediakan (Kerahsiaan) Melalui pemerhatian saya, bilik bimbingan dan kaunseling ini tidak dilengkapi dengan sebuah bilik khas bagi tujuan perkhidmatan kaunseling individu. Maka, unsur kerahsiaan di bilik ini agak membimbangkan kerana tiada bilik khas yang digunakan yang mampu menjamin kerahsiaan sesuatu perkhidmatan yang dijalankan oleh seseorang klien. Keadaan ini akan membuatkan klien berasa tidak selesa dan takut untuk meluahkan masalah mereka kerana bimbang masalah mereka akan didengari oleh orang lain. Selain daripada itu, suasana yang bising kesan daripada kelas-kelas yang berhampiran menyebabkan suasana senyap tidak dapat diwujudkan di bilik ini. Akibatnya, proses bimbingan dan kaunseling tidak dapat berjalan dengan lancar kerana kebimbangan yang dihadapi oleh klien tadi. Justeru, sebagai cadangan penambahbaikan, saya mencadangkan agar satu bilik khas bercermin (kedap bunyi) diwujudkan agar perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dapat dijalankan dengan sempurna tanpa

gangguan kebisingan di persekitarannya. Ini juga bertujuan untuk melindungi rahsia klien kerana perbincangan antara guru kaunseling dengan klien adalah sulit.

3.2

Kesesuaian Lokasi Bilik Bimbingan dan Kaunseling 3.2.1 Pelan Lokasi Bilik Bimbingan dan Kaunseling Merujuk kepada pelan, bilik bimbingan dan kaunseling terletak di tingkat 3 blok D. Bilik ini terletak di hujung bangunan dan bersebelahan dengan kelas 5 Makmur. Tandas murid perempuan dan murid lelaki pula terletak pada hujung disebelah sana. Pada pendapat saya, lokasi bilik bimbingan dan kaunseling SK Taman Damai Jaya ini adalah agak strategik. Ini kerana kedudukan yang terletak di tingkat 3 dan jauh daripada tandas dapat menjamin kerahsiaan klien, murid-murid dan guru-guru lain tidak mengetahui yang seseorang atau klien itu pergi ke bilik bimbingan dan kaunseling. Kedudukan bilik ini juga agak jauh daripda kawasan tumpuan warga sekolah seperti bilik guru, kantin, ataupun psat sumber. Dengan itu, klien tidak akan merasa malu dan selamat untuk mengunjungi atau pergi ke bilik bimbingan dan kaunseling. Akan tetapi, masih terdapat beberapa aspek yang boleh ditambahbaik. Sebagai contoh, kedudukan bilik bimbingan dan kaunseling yang ada sekarang ini adalah bersebelahan dengan kelas 5 makmur. Apabila terletak bersebelahan kelas, sudah pasti keadaan di dalam bilik kaunseling menjadi agak bising dan hinggar. Adalah lebih baik dan kondusif jika bilik bimbingan dan kaunseling ini diletakkan jauh dari kelas. Sepatutnya bilik kaunseling diletakkan di aras lebih tinggi iaitu tingkat 4. dengan itu, kerahsiaan klien lebih terjamin dan lebih ramai murid akan lebih berminat untuk pergi ke bilik bimbingan dan kaunseling sekaligus mendapatkan khidmat bimbingan dan kaunseling daripada kaunselor.

3.3

Kesesuaian Program Bimbingan dan Kaunseling 3.3.1 Rancangan Tahunan Unit Bimbingan dan Kaunseling Rancangan tahunan adalah satu elelmen yang paling penting dalam suatu organisasi. Rancangan tahunan membantu organisasi perancang dengan lebih teratur dan menjadikan pelaksanaan rancangan menjadi lebih mudah. Penting adalah rancangan tahunan dapat memperlihat hala tuju

suatu organisasi itu sendiri. Tanpa rancangan tahunan, suatu organisasi kelihatan tiada hala tuju dan agak sukar untuk melakukan sesuatu program.

Bagi unit bimbingan dan kaunseling SK Taman Damai Jaya ini, satu rancangan tahunan telah dihasilkan bagi memudahkan pelaksanaan program dam tahun ini. Bagi tahun ini, terdapat banyak program yang telah dirancang. Kesemua prog ram yang dirancang itu dalam dirangkumkan dalam 6 kumpulan besar iaitu program Sekolah Sekolah Selamat, sebelum dan selepas upsr, pengenalan kepada murid tahun 1, kursus kepimpinan, kempen anti dadah, kesedaran kemerdekaan, dan yang paling utama adalah tumpuan kepada murid yang bermasalah.

Program Sekolah Selamat dilancarkan di sekolah-sekolah di Malaysia bagi membendung masalah disiplin para pelajar, warga sekolah di Malaysia bermaksud guru, pelajar, kakitangan sokongan, pentadbir sekolah, kaunselor dan sebagainya. Unit bimbingan dan kaunseling sekolah ini telah merangka untuk melakukan program ini dalam 8 fasa, iaitu minggu keempat bagi setiap bulan bermula pada bulan Mac. Pada pendapat kami, program Sekolah Selamat ini amat sesuai untuk dijalankan di sekolah secara berperingkat. Ini kerada modulnya yang pelbagai topik dan agak banyak. Jika dijalankan secara serentak, murid tentukan akan bosan dan langsung tidak memberi perhatian.

Sebagai

murid

yang

baru

mengenai

dunia

persekolahan

sememangnya pihak sekolah dan unit bimbingan dan kaunseling khasnya perlu merangka sekaligus melaksanakan satu program khas bagi mereka. Ianya bukan sahaja bagi megenalkan budaya sesuatu sekolah, ia juga dapat menghakis stigma murid tahun satu yang sememangnya takut untuk datang

ke sekolah. Unit bimbingan dan kaunseling sekolah ini telah merangka dua program untuk murid tahun satu iaitu Sesi Orientasi Tahun 1 dan Sekolahku Sayang yang diadakan pada bula Januari. Dalam program ini, bukan sahaja murid yang diberi pendedahan tentang sekolah, ibu bapa juga diberi pendedahan yang sama. Masa program dijalankan juga amat baik sekali kerana ia dijalankan diawal tahun ketika mereka baru sahaja masuk ke sekolah. Tindakan unit bimbingan dan kaunseling menjemput ibubapa murid tahun satu hadir sekali juga adalah satu perkara yang dapat membari banyak kelebihan. Ini kerana, ibubapa perlu didedahkan kepada persekitaran sekolah. Mereka juga perlu mengetahui apa yang anak mereka perlu lalui sepanjang masa persekolahan. Tambahan pula, bermula daripada tahun ini sistem KBSR telah diganti dengan system KSSR. Oleh itu, ibubapa perlu membuka mata dan telinga dan mengambil tindakan yang sepatutnya dalam menjamin pendidikan anak mereka sendiri.

Murid tahun enam juga tidak dilupakan oleh unit bimbingan dan kaunseling sekolah ini. Pelbagai program yang dirancang kepada mereka baik sebelum UPSR mahupun selepas UPSR. Pada pendapat saya unit

bimbingan dan kaunseling sekolah ini menjalakan tugas dengan baik kerana unit ini bukan hanya menekankan masa genting sebelum UPSR malahan juga masa selepas UPSR tidak dibiarkan berlalu dengan sia-sia. Masa itu diisi dengan lawatan sambil belajar dan bimbingan ke sekolah menengah.

Aspek kepimpinan juga tidak diabaikan oleh unit bimbingan dan kaunseling sekolah ini. Pemimpin disini merujuk kepada pengawas sekolah, pengawas pusat sumber, pengawas bilik siber, pengawas bilik BOSS, ketua darjah dan penolong ketua darjah. Terdapat beberapa program yang dirancang bagi golongan ini antaranya adalah kursus kepimpinan dan penyampaian watikah sebagai simbolik perlantikan mereka sebagai

pemimpin. Kedua-dua program dijalankan pada awal tahun. Masa program dijalankan iaitu pada awal tahun adalah sangat baik tetapi bagi pendapat saya tempoh pelaksanaan program boleh ditambah baik. Sebagai contoh program Kem Kepimpinan. Unit bimbingan dan kaunseling melaksanakan kem ini hanya sehari pada waktu persekolahan. Tempoh masa ini seharusnya

ditambah menjadi dua hari satu malam atau tiga hari dua malam. Ini kerana,dalam Kem Kepimpinan banyak yang perli disampaikan, hanya beberapa jam tidak cukup untuk menyampaikan ilmu tersebut. Akan tetapi, saya faham, mungik unit kewangan ada perancangan untuk melakukan lebih daripada satu hari tetapi terdapat banyak faktor pengehad, salah satu daripadanya adalah faktor wang.

SK Taman Damai Jaya telah mengistihar bulan Ogos sebagai bulan kemerdekaan dan pihak yang bertanggungjawab adalah unit bimbingan dan kaunseling. Mengikut perancangan, banyak aktiviti telah disediakan bagi warga sekolah termasuklah guru dan pekerja sekolah. Pada pendapat saya, perancangan mengenai bulan kemerdekaan ini adalah sangat baik. Murid perlu didedahkan dengan fakta-fakta kemerdekaan, bagaimana pemimpin negara berhempas pulas memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu. Dengan itu, perasaan cintakan negara dapat dipupuk sejak dari sekolah rendah lagi, dan pabila mereka meningkat dewasa, semangat cintakan negara tetap mekar dalam jiwa mereka. Bukan seperti apa yang berlaku sekarang ini, semangat cintakan negara telah terhakis sedikit demi sedikit.

Apabila memperkatakan tentang unit bimbingan dan kaunseling, perkara yang tergambar difikiran adalah adalah murid yang bermasalah. Sememangnya itu adalah fokus utama unit bimbingan dan kaunseling sekolah ini. Untuk itu, bilik bimbigan dan kaunseling sekolah ini sentiasa terbuka kepada klien yang bermasalah. Klien di sekolah ini terbahagi kepada dua kumpulan iaitu yang dating sendiri atau yang dihantar oleh guru kerana bermasalah. Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling sentiasa tersedia daripada awal tahun hingga ke akhir tahun. Akan tetapi kaunselor disekolah ini mempunyai masalah iaitu beliau tidak boleh fokus hanya kepada unit ini sahaja kerana untuk tahun ini, beliau perlu mengajar seperti guru-guru lain juga. Jadi, beliau tidak selalu di bilik bimbingan dan kaunseling dan ini memberikan impak yang negatif kepada unit ini sendiri. Bukankah seharusnya seorang kaunselor tidak perlu mengajar dan hanya meletakkan fokus kepada unit bimbingan dan kaunseling ini?

4.0

Peranan Guru Biasa sebagai Guru Bimbingan dan Kaunseling di Sekolah Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah bukan semata-mata

dijalankan oleh guru bimbingan dan kaunseling sahaja. Malah, semua guru yang terlatih dianggap sebagai guru bimbingan atau guru pembimbing. Cuba kita rujuk semula apakah yang dimaksudkan dengan bimbingan. Bimbingan bermaksud memberi nasihat atau majlumat demi perkembangan kendiri kanak-kanak, dan elakkan masalah. Dalam hal ini, sudah tentu setiap guru di sekolah, samada guru matapelajaran atau guru kelas, mampu memainkan peranan tersebut dengan mengambil kira pengalaman hidup dan kematangan emosi serta kognitif masingmasing. Komponen pertama dalam perkhidmatan bimbingan dan kaunseling sekolah merujuk kepada inventori, taksiran dan rekod. Sebagai guru pembimbing, guru biasa harus membantu guru bimbingan dan kaunseling untuk mengumpul maklumat mengenai kanak-kanak. Kemudian, maklumat yang terkandung dalam rekod-rekod tertentu boleh disemak oleh guru bimbingan dan kaunseling serta digunakan sebagai rujukan untuk tindakan susulan, samaada dalam bentuk sesi kaunseling atau intervensi lain.

Peranan guru biasa dalam bimbingan dan kaunseling juga adalah mustahak kerana mereka dapat membantu pelajar dalam membuat penyesuaian peribadi, sosial, emosi, akademik, perkembangan mental dan akhlak. Dalam hal ini, guru biasa seperti guru kelas lebih memainkan peranan kerana guru kelas lebih dekat dengan murid-murid dalam sesebuah kelas yang dikendalikan olehnya. Sebagai contoh, dengan mengadakan Program Orientasi bagi murid Tahun 1. Program sebegini mampu menyediakan diri murid-murid dengan alam persekolahan yang bakal mereka tempuhi sepanjang menjalani proses pembelajaran di sekolah. Mereka juga menolong murid dalam pelajaran dengan memperkenalkan sistem pendidikan kepada murid. Guru biasa juga memaparkan kepada murid berkenaan matlamat pelajaran dan penyesuaian mereka dengan suasana persekitaran. Mereka juga menganjurkan kepada murid kaedah belajar secara berkesan, peraturan sekolah dan kepentingan mata pelajaran.

Guru biasa seharusnya memberikan bantuan kepada murid dalam membuat perancangan persekolahan mengikut kebolehan, kemampuan, minat dan

perkembangan murid dengan membangkitkan semangat kesedaran dalam kalangan

murid pada peringkat awal tentang kepentingan pelajaran sehingga mencapai kejayaan yang cemerlang. Guru biasa dapat membantu murid menyelesaikan masalah mereka dalam bidang pelajaran di sekolah dengan membantu murid membentuk tabiat kerja yang baik dan sahsiah yang sempurna selain dari akhlak dan adab yang unggul.

Di samping itu, guru biasa turut terlibat dalam merancang, mengawal selia, dan mengemas kini rekod dan inventori pelajar. Kebiasaanya, peranan ini lebih kepada guru kelas yang memiliki segala rekod berkenaan semua murid dalam kelasnya. Mereka mengumpul, menyedia dan menyebar maklumat serta resos bimbingan dan kaunseling dalam bidang akademik, kerjaya, psikososial dan kesejahteraan mental, keibubapaan dan kemahiran mengatasi masalah kepada murid melalui sebarang media yang sesuai. Sekiranya terdapat masalah, guru biasa merupakan medium perantaraan atau perunding antara pihak sekolah dengan ibubapa bagi tujuan penyampaian maklumat atau masalah murid, seterusnya membuat perbincangan tentang bagaimana masalah tersebut harus diselesaikan dengan berkesan.

Guru biasa juga boleh dilantik menjadi penyelaras aktiviti dan program yang dilaksanakan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling Jabatan Pendidikan Negeri di peringkat sekolah atau menjadi penyelaras program mentor-mentee. Mereka terlibat dalam perancangan program di sekolah, menggunakan prosedur kaunseling untuk mengelola program, menentukan halatuju dan melaksanakan perancangan program, membuat keputusan, membuat garis panduan dan peraturan serta di akhirnya, guru ini akan membuat penilaian terhadap kekuatan atau kelemahan program yang dilaksanakan. Selain daripada itu, mereka juga merancang, melaksana dan mengawal selia program dan aktiviti pembangunan murid seperti kepimpinan, pembimbing rakan sebaya (PRS) dan jati diri. Guru biasa berperanan dalam melaksanakan tugas lain yang diarahkan oleh ketua jabatan dari semasa ke semasa.

Sebagai guru biasa, mereka lebih memahami tingkahlaku murid-murid melalui pemerhatian yang dilakukan semasa murid menjalani aktiviti harian dalam kelas. Guru harus memberi perhatian kepada komunikasi bukan lisan yang ditunjukkan

oleh murid-murid. Pemerhatian oleh guru kelas atau guru matapelajaran merupakan input yang amat berguna tentang tahap literasi bahasa masing-masing. Sebagai contoh, kegagalan seorang kanak-kanak untuk memahami satu-satu bahasa yang digunakan oleh guru atau rakan-rakan sedarjah boleh di salah tafsir sebagai sifat malu dan segan. Justeru, pada ketika inilah guru kelas atau guru matapelajaran memainkan peranan mereka dengan memberi nasihat dan bimbingan kepada murid ini.

Guru biasa atau guru matapelajaran adalah guru yang paling hampir dengan murid-murid. Melalui pemerhatian, guru dapat mengenalpasti gaya pembelajaran murid-murid. Ekoran daripada pemerhatian terhadap aktiviti dalam kelas, misalnya melukis, menggunting atau merekabentuk sesuatu, guru akan dapat menentukan apa yang tidak boleh dilakukan oleh seseorang murid, apa yang boleh dilakukan dengan bantuan orang lain, dan apa yang mampu dilakukan secara berdikari. Bimbingan boleh dilakukan oleh guru terhadap murid-murid yang mengalami masalah agar murid ini tidak mengalami keciciran atau berasa rendah diri berada di kalangan murid-murid lain yang lebih berkebolehan berbanding mereka

Berdasarkan perbincangan di atas, amat jelas bahawa guru biasa sebagai guru pembimbing memainkan peranan yang amat penting dalam membantu guru bimbingan dan kaunseling memperoleh satu profil awal kanak-kanak melalui teknikteknik pengumpulan maklumat yang disarankan. Segala maklumat ini mampu membantu guru bimbingan dan kaunseling untuk merancang intervensi yang wajar demi kepentingan guru amnya dan kanak-kanak khasnya.

5.0

Kesimpulan Penubuhan Unit Bimbingan dan Kaunseling di sekolah rendah adalah amat

penting bagi membantu murid-murid mendapat bimbingan dan khidmat nasihat dalam usaha menyediakan diri mereka untuk menyelesaikan masalah. Proses penubuhan ini memerlukan maklumat-maklumat, masa, tenaga dan sumber kewangan yang besar untuk dilaksanakan. Penganalisisan persekitaran yang teliti perlu ditimbangkan dari segala aspek perancangan dengan menggunakan kekuatan yang ada, mengatasi kelemahan, mengelakan ancaman dan merebut peluang yang. Dan semua ini perlulah dipertimbangkan. Analisa kekuatan seperti tenaga, peruntukan kewangan, maklumat murid, sumber maklmuat murid, kerjasama dengan individu, masyarakat dan organisasi perlulah dititikberatkan. Bagi analisis kelemahan pula seperti tiada kerjasama antara guru dengan murid, murid dengan murid atau guru dengan guru, sumber peruntukan terhad, kelemahan organisasi perlulah dianalisa dan diatasi. Begitu juga analisa peluang yang ada bagi murid yang bermasalah perlu juga diambil kira supaya perancangan penubuhan unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah mencapai matlamat dan objektifnya. Selain itu, analisa ancaman seperti persekitaran negatif yang mengancam murid-murid

dengan budaya buli, dadah dan sebagainya perlu di atasi. Melalui Unit Bimbingan dan Kaunseling, murid akan dibantu untuk

menghadapi pelbagai cabaran di alam persekolahan bagi melahirkan generasi yang seimbang dari segi jasmani, emosi, intelek dan rohani selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. Murid juga akan memperolehi maklumat-maklumat yang berkualiti, membangkitkan motivasi dan berkeyakinan. Seterusnya memberi keyakinan yang tinggi dan kesediaan yang cemerlang dalam diri murid untuk menghadapi segala masalah di sekolah.

RUJUKAN Eh Ah Meng (1995). SIRI PENDIDIKAN SEKOLAH DAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK (ASAS PENIDIDIKAN 4). Fajar Bakti Sdn Bhd. Tang Chee Yee (1997). SIRI PENGURUSAN SEKOLAH, BIMBINGAN DAN KAUNSELING UNTUK SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH. Kumpulan Budiman Sdn Bhd. Mizan Adiliah Ahmad Ibrahim et. al. (2003). Siri Pengajian Tinggi Cerdik : PELAKSANAAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH. Cerdik Publications Sdn Bhd. Choon Lean Keow, PhD. (2007). KAUNSELING : TEORI DAN PRAKTIS PENGETAHUAN DAN PENGALAMAN PENGAMAL untuk Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP); Program Pra-Sarjana Muda Pengajaran; Kursus Dalam Perkhidmatan Guru Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Rendah/ Menengah (KDP). Kumpulan Budiman Sdn Bhd. Majlis Guru Bimbingan dan Kaunseling Dengan Kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri Johor Bersama Guru Bimbingan dan Kaunseling.

Diakses pada 2 Mac 2011, http://yanpiaw0.tripod.com/kpli/Bimbingan.htm http://angrianiworld.com/ubk/index.php?option=com_content&task=view&id=70&Item id=1 http://ebimbel.net/r/973-Definisi-Bimbingan-Konseling http://ebimbel.net/l/634-Definisi-Bimbingan-Konseling-Menurut-Para-Ahli http://www.smktpbaling.com/ptkdg44/NOTA%20PTK%20PNP/BIMBINGAN%20DAN %20KAUNSELING.pdf www.eprints.utm.my/.../ZuraimeyAhmad2008_AmalanPerananTanggungjawabKaun selorSekolah.pdf http://www.scribd.com/doc/4661633/Kaunseling-bimbingan-dan-Psikoterapi http://smkbesout.tripod.com/kaunselor.htm http://cvsar.multiply.com/journal/item/17

Anda mungkin juga menyukai