Anda di halaman 1dari 54

MENU UTAMA

Laman Utama Berita Latar Institut Visi Misi Piagam Kakitangan Galeri Foto
LAMAN PENDETA

Utusan Pengarah Kursi Zaba Reviu Buku Butir Peribadi

AKTIVITI

WACANA SYARAHAN SEMINAR PERSIDANGAN PENYELIDIKAN DOKUMENTASI HUBUNG JALIN PERSETIAAN RAJA-RAJA

PROGRAM AKADEMIK

Doktor Falsafah Sarjana

PUSTAKA DIGITAL

DSpace Pustaka IPM Jurnal Peradaban Melayu KONGRES BAHASA MANUSKRIP MELAYU UM PUSTAKA SABRI ZAIN

MALAY CON. PROJECT

PAUTAN

ATMA ARKIB NEGARA DBP SUHAKAM RESTU CENTER JALUR GEMILANG MAJALAH SAINS

BLOG PILIHAN

Akmar (Masakan Melayu) Guru Budiman Firdaus Ariff (Fiksyen Sains) Nordin (Permainan Tradisional) AbdulLatip Talib (Novel Sejarah) Amirah (Hiasan & Solekan Melayu) Atiqah (Lagu Kanak-Kanak Melayu dan Puisi Tradisional Melayu)

PERKHIDMATAN

MyUPSI PORTAL MyGuru PORTAL WEBMAIL STAF WEBMAIL STUDENT AKADEMIK DIREKTORI UPSI

Daftar Masuk
Top of Form

Username

Password

Ingat Saya

Log Masuk

Lupa password? Lupa username?


Bottom of Form

Seminar Peradaban Melayu 1: Kertas 4


Selasa, 24 November 2009 23:55 |

GAYA BERBUSANA: ADAT DAN ADAB SELARAS KEINDAHAN PERADABAN MELAYU Siti Zainon Ismail, Ph.D. Bukit Takun-Kanching - Kampung Bandar Dalam, Kuala Lumpur PENGENALAN 1. Adat, adab, dan tata susila memang saling berkaitan. Adat dan adab adalah pinjaman perkataan Arab. Adat secara sederhana diertikan sebagai kebiasaan, iaitu dikaitkan dengan tingkah laku (adab), cara dan gaya kehidupan yang dilakukan dengan perlakuan adab, iaitu sopan santun, budi bahasa yang sudah digalurkan dalam adat kebiasaan (adat resam) dan upacara adat istiadat. Di sini juga adab berkembang menjadi peradaban, sebagai puncak ketamadunan suatu bangsa, seperti yang dikategorikan oleh Taylor sebagai civilization. Tamadun itu menjadi hidup sekiranya ia berkembang melalui tingkah laku upacara seiring dengan pertumbuhan fikiran rasa seni masyarakatnya. 2. Bidalan seperti Anak tidak beradab, sering dikaitkan dengan tingkah laku yang tidak bersopan santun, bersikap biadab, kasar tingkah laku dan tidak mendengar nasihat. Hal ini lebih kepada perlakuan, manakala yang kurang adab bertutur diperikan pula sebagai, Tidak tahu bahasa yang bererti kurang pengetahuan berbahasa, bahasa kasar tidak dapat membezakan tutur kata ketika berbicara dengan orang tua dan di khalayak umum; manakala yang tidak berpengetahuan berbahasa di peringkat budaya diraja pula, dikatakan tidak tahu bahasa istana atau sistem adat istiadat diraja. 3. Dalam budaya Melayu ciri adat istiadat dan adab telah diperikan sejak Sultan Muhamad Syah, Melaka (1424-1444) mula mengatur, pertama-tama meletakkan kekuningan larangan; tidak boleh dipakai oleh orang keluaran, dan diambil akan sapu tangan; dan tiada dapat dibuat tepi tabir dan ulasan bantal besar dan tilam, dan bungkus barang apa-apa, dan akan karangankarangan benda atau perhiasan rumah melainkan kain, baju dan destar, tiga perkara itu jua yang dapat dipakai. 4. Begitu juga tentang susunan tertib adat istiadat diraja sudah mengatur sistem di balai rong, kedudukan ketika mengadap, letak duduk Bendahara, dan Penghulu, Bendahari dan Temenggung dan segala menteri dan orang-orang besar di seri balai. Ini termasuk juga letak segala selengkap alat kerajaan, gendang, serunai, nafiri dan nagara. Siapa yang memikul tombak, letak kipas dan ketur, semua sudah direncanakan sesuai dengan adab dalam adat istiadat.

5. Kajian adat memang meluasi kehidupan budaya Melayu, yang berlandaskan adat resam (rakyat) dan adat istiadat diraja. Namun kajian khusus lebih ditumpukan kepada adat kebiasaan atau adat resam Melayu yang akan ditinjau dari sudut perlakuan budaya terutama dalam gaya berbusana dalam upacara beradat. Upacara beradat inilah yang kerap menampilkan nilai adat istiadat. Terutama dalam upacara istiadat perkahwinan yang dilambangkan sebagai upacara Raja Sehari. Di sinilah tinjauan sistem adat disorot kepada kelengkapan seni hiasan seperti menata ruang dalaman (citra istana, singgahsana iaitu pelamin, bilik pengantin, upacara (tingkah laku) dengan segala kelengkapan dan peralatan budaya yang mengukuhkan lagi makna adat dan adab. ADAT DAN ADAB 6. Adat dan adab ini dirakamkan dalam pantun: Sisir atap disambung atap. Atap disisip di dangau padi. Banyak adat perkara adat. Adat yang mana setuju di hati. 7. Adat adalah peraturan yang sudah diamalkan turun temurun dalam sesuatu kelompok masyarakat, sehingga sebahagiannya menjadi peraturan dan harus dipatuhi. Sehingga kerap diandaikan jika tidak patuh dengan adat dikatakan sebagai kurang adat. Sebaliknya jikalau orang memegang adat maka disebut dia sebagai orangnya beradat. Ini lebih diertikan sebagai bertingkah laku, dengan sopan santun Melayu. 8. Beberapa orang penulis dan sarjana Melayu sudah banyak mengkaji, menulis yang berhubungan dengan adat. Umpamanya tulisan tentang Adat Resam Adat dan Adat Istiadat Melayu sudah dihasilkan dan terbit pada awal tahun 1950 oleh oleh Syed Alwi Al-Hadi (1959, 1980), A. Samad Ahmad menyunting Adat Istana Selangor, (peny, 1966), menyelongkar adab warisan perubatan Melayu (1982) A. Samad Idris memperkatakan asal-usul adat Perpatih di Negeri Sembilan (1966). Begitu juga peranan para sarjana Pengajian Melayu seperti Zainal Kling, Nordin Selat, Mohd Taib Osman, Asmah Haji Omar, Abdullah Hassan, A. Latiff Bakar, Zainal Borhan banyak mengalisis perkara adat, adab dan adat istiadat dan bahasa Melayu. Keagungan adab Melayu juga dikaji oleh Panuti dengan memerikan tentang adat Raja-Raja Melayu yang juga menjadi patokan dalam adat istiadat orang Melayu, dengan sikap, sopan dan adab tertib. Daripada bahasa tuturannya atau daripada adab makan minumnya, dan perjalanannya, kelakuan dan pakaiannya. 9. Bagaimanakah adat istiadat perkahwinan dengan peraturan adab (merisik, melamar, bertunang, bernikah dan bersanding, mandi sampat, bertandang) itu dikatakan mencerminkan adab Melayu? Atau hanya sekadar adat yang boleh dipilih mana yang utama sesuai dengan syarak; iaitu adat yang disyarakkan dengan keutamaan ijab kabul dan mahar atau mas kahwin. Tetapi sesuai dengan tujuan kajian, untuk menilai sejauh mana adat dan adab itu melambangkan keindahan budaya, maka kajian adat istiadat akan menyorot langsung kepada masalah sejauh manakah kesedaran nilai adab itu masih wujud bagi mengekalkan jati diri warisan budaya Melayu terutama dalam adat perkahwinan. Dengan semangat asas bahawa memang sudah wujud

dan masih berlansung ketertiban tingkah laku yang kerap disebut sebagai inilah cara kami atau inilah adat kami. 10. Di sinilah tumpuan kepada adab, santun dan tata susila budaya menjadi titik sorotan. Masih dapatkah segala adat kebiasaan, adat resam yang berlandas kepada peraturan yang berasal daripada adat sebenar adat diterima sebagai, adat yang diadatkan, berlandaskan pula kepada adat bersendi syarak masih bertapak di nurani masyarakat Melayu? Tulisan ini tidak akan menyorot undang-undang adat, terutama di Negeri Sembilan, yang lebih luas ke sudut sistem pemerintahan diraja. ADAT PERKAHWINAN: AKAL BUDI DAN SISTEM TANDA 11. Umumnya pengamal adat perkahwinan masih meneruskan adat istiadat asas Melayu yang diselaraskan dengan nilai yang tidak bercanggah dengan Islam. Hal ini sudah menyatu sejak lama terutama dengan kesedaran gaya fesyen dalam adat menikah dengan pemberian mas kahwin (dengan nilai keIslaman) dan bersanding gaya adat Melayu. Bagaimanakah kesedaran mengamal perlakuan adab merisik, meminang, bernikah, bersanding lengkap dengan sistem lambang dan tanda menghantar tepak sirih, sirih junjung di depan pelangi, bunga telur sehinggalah ciri berbusana dalam majlis persandingan dan keraian yang melibatkan keluarga dan tetamu jemputan? Masih selaraskah dengan nilai adab berlandaskan pegangan agama (Islam)? 12. Umumnya pemikiran dan perlakuan adat sudahpun terjelma dalam ungkapan pantun, bidalan atau gurindam yang memerikan keindahan adat perkahwian termasuk dalam upacara merisik, hinggalah persandingan. Di sini kita dapat melihat hubungan dua hala yang saling melengkapi, iaitu antara adat, dan sopan santun bahasa yang diungkapkan serta perlakuan budaya, maka dipantunkanlah, Laksamana berbaju besi. Masuk ke hutan melanda-landa. Hidup berdiri dengan saksi. Adat berdiri dengan dengan tanda. 13. Di sini ternyata adat itu erat kaitannya dengan akal budi. Akal budi itu kerap pula dilambangkan dengan tanda-tanda, iaitu perlambangan seperti tepak sirih, sirih junjung, bunga telur, termasuk kelengkapan busana dan perhiasannya. Bagaimana dan apakah idea garapan, iaitu yang mencipta pola sehingga terjelmanya reka bentuk busana, olahan cara memakai dan cara menampilkan hiasan yang membentuk pola jati diri Melayu? Dengan kesedaran adab berlandaskan akal budi, maka perlakuan adat penuh adab dapat dilihat melalui acara dan keraiannya termasuk reka bentuk busana Melayu. Akal budi inilah yang kerap diucapkan sebagai baik budi, Dari jauh ke permatang. Tetak dengan papan kemudi. Dari jauh kami datang. Mendengar tuan yang baik budi

KONSEP KEINDAHAN 14. Nilai budaya Melayu tidak dapat dipisahkan daripada keindahan yang berteraskan nilai Islam. Sejak bermula daripada zaman prasejarah, kebudayaan hasil olahan manusia itu terus berkembang. Masyarakat Melayu membawa zamannya yang berubah dengan gabungan cebisan anamisme-dinamisme, Hindu-Budha dan puncak penyatuan keindahan seni ini adalah dengan kemasukan Islam di Nusantara. Teori evolusi membuktikan bahawa kebudayaan itu berkembang iaitu dari tahap pemikiran yang sederhana menuju kepada yang lebih kompleks. Dengan pendekatan nilai kerohanian Islam, segala perasaan, fikiran dan kemahuan harus menjadi kesatuan yang selaras dengan iman yang berasakan Tauhid dengan sumber Al-Quran dan Tauhid (Hamka, 1971, Lois Lamya Faruqi, 1993). Manusia hanya pengolah kerana Pencipta Utama tetap Allah swt. sehingga dijelaskan oleh al-Farabi, bahawa daya fikir manusia juga berkembang; malah dia dapat menerima, mengolah, mencipta sesuai dengan kepercayaan yang dianuti. Kemasukan Islam menyatukan keyakinan umatnya bahawa kehidupan ini adalah Ciptaan Yang Maha Esa. 15. Segala peralatan keperluan hidup itu menjadi lebih indah dan artistik jika berasaskan pada usaha mencipta keindahan demi kesedaran Kecantikan kepada Allah, kerana Allah itu indah. Gambar 1: Haji Husain, Shahadah, kaligrafi Tuluth 16. Inilah kekayaan Ciptaan, Allah juga mmberi kelebihan hambanya hingga dapat mengolah segala unsur alam ciptaan-Nya. Sejak Nabi Adam yang tercipta daripada tiada menjadi ada dengan kun fa ya kun maka terciptalah makhluk pertama. Proses mengenali kehidupan telah diajari melalui Nabi Adam atas petunjuk Malaikat sehingga manusia selepas itu terus diberi daya cipta mengolah sumber alam. Daripada kayu dan tanah liat, jadilah perkakas dapur. Siratan daun dan kapas menjadi benang, ditenun menjadi kain dijahit menjadi pakaian dan dipakai lengkap dengan perhiasan. Pengetahuan ini juga adalah petunjuk yang datang dari Dia Yang Khaliq, mencipta Khalaqa iaitu makhluk-Nya. Manakala makhluknya pula menginsafi bahawa keindahan melalui akal kepercayaan itulah yang mengembang seni budaya. Keinsafan manusia Muslim, menginsafi adanya Pencipta Pertama telah memberi cahaya keindahan (Nur) menyuluh jiwa dan seniman, pandai seni wajar merenung, memikirkan untuk siapakah keindahan itu ditujukan? Kepada jiwa untuk ketenangan, penikmat yang menggunakan hasil karya seni atau hanya untuk melakukan sistem, kadang dengan tidak memperdulikan latar adat dan adab budaya. 17. Daripada sekadar bahan untuk kegunaan menutup dan melindungi dari cuaca panas dan dingin, manusia mengolahnya terus dengan jiwa dan fikiran yang halus sehingga mnjelma keindahan seninya. Malah proses ciptaan itu juga berlandaskan pemikiran dan jiwa bersama di lingkungan adat itu sendiri. Maka terjelmalah aneka perhiasan, dengan konsep keindahan yang hanya terbongkar jikalau kita sebagai penghayat seni mampu mencari makna rahsia warisan. 18. Dalam seni budaya Melayu pula memang diakui mempunyai nilai keindahan, halus budinya. Jelasnya, mengikut Zainal Kling, Nilai dan institusi kebudayaan Melayu banyak memberi kehalusan kepada ketertiban kelakuan seperti terkandung di dalam institusi istiadatnya. Maka ciri halus itu menjadi petanda ketinggiannya dan diiktiraf sebagai martabat dan maruah bangsa dalam Istiadat Perkahwinan

ADAB BERBUSANA DALAM ADAT PERSANDINGAN 19. Saya kecilkan sorotan perbincangan dengan menumpukan kepada nilai warisan adab berbusana dengan pendekatan konsep Pakaian Cara Melayu (PCM). Pakaian cara Melayu sudah disebut sejak sistem adat memberi gelar dan anugerah PCM dalam teks utama kajian; antaranya Sulatus Salatin iaitu Sejarah Mekayu, Hikayat Hang Tuah, Misa Melayu, Salasilah Melayu-Bugis. 20. Bagi memperjelas konsep PCM, nilai tradisi agung sebagai perlakuan budaya istana dapat dilihat melalui peranan pemimpin atau ketua adat. Hal yang sama juga terdapat dalam lingkungan masyarakat umum yang menjadikan pakaian sebagai unsur penting dalam upacara adat istiadat perkahwinan (meniru gaya Raja ) sehingga digelar pengantin sebagai Raja Sehari. Pakaian yang dimaksudkan bukan hanya persalinan busana tetapi pakaian baik-baik yang merujuk kepada tingkah laku/perlakuan adab dalam adat, sehingga diterima sebagai adat pusaka, hingga dipantunkan,

Keduduk dalam kuali. Uratnya dari Melaka. Duduk kita dalam negeri. Elok membilang adat pusaka 21. Syed Alwi Sheikh Al Hadi (1980) memberi tiga fasal utama dalam persiapan aat resam perkahwian iaitu: Fasal Pertama: a. Menengok (Merisik) b. Meminang (Bertunang) c. Menghantar Belanja Akad Fasal Kedua: a. Berandam b. Berinai (Inai Kecil atau Inai Besar) Fasal Ketiga: a. Bersanding b. Berlimau dan mandi sampat c. Sambut menyambut pengantin dan bertandang 22. Sebelum adat bersanding, lebih awal diperikan tentang proses memilih jodoh, merisik, melamar dan bernikah (Fasal Pertama). Semua proses ini melibatkan ketelitian menyusun peralataan adat. Misalnya tepak sirih dibawa oleh pihak lelaki dan disambut dengan tepak sirih juga di rumah perempuan. Tepak sirih dengan kelengkapannya (kapur, daun sirih, bunga cengkih, kepingan pinang) adalah lambang adab untuk pembuka mulut atau dalam adat dinamakan sebagai sirih bertanya yang dilambangkan dengan puan atau tepak sirih.

Gambar 2: Puan atau tepak sirih Keris ini keris sempena. Pakaian anak raja Kelantan. Sirih ini sirih bertaya. Adakah tuan menaruh intan. 23. Setelah disepakati, cincin tanda pun diberi sebagai ikatan pertunangan. Pantun ini mengukuhkan makna adat memberi cincin tanda Laksamana berbaju berbaju besi. Masuk ke hutan melanda-landa. Hidup berdiri dengan saksi. Adat berdiri dengan tanda. KELENGKAPAN ADAB MENYEMPURNAKAN ADAT 24. Adab bernikah; wajib sah nikah (pegangan Islam) (Fasa 1 & Fasa 2) Adat dan Adab perkahwinan, persandingan seni budaya (Fasa 3) 25. Perkara wajib yang mensahihkan pernikahan adalah lafaz: Ijab Kabul antara pengantin lelaki, perempuan dan dua orang saksi, termasuk juru nikah (ayah perempuan atau wakil ayah atau saudara sekandung atau bapa saudara sebelah ayah). Kesempurnaan nikah juga ditentukan dengan mahar atau mas kahwin, sesuai dengan adat sesuatu tempat dan wilayah di mana upacara itu diadakan. Gambar 3: Upacara wajib, pernikahan dengan wali dan saksi Gambar 4: Upacara membatal air sembahyang dengan adat menyarung (bertukar) cincin 26. Namun dalam seni budaya warisan Melayu peristiwa wajib ini disusuli dengan upacara adat yang dilambangkan dengan kelengkapan hantaran belanja termasuk hadiah 7-9 dulang: persalinan, perhiasan, makanan, manisan dan lain-lain. Di sinilah kita akan menemukan keindahan seni budaya yang menampilkan pula keahlian seni budaya warisan itu. Walaupun ini bukan perkara wajib dalam adab Ijab-Kabul tetapi memperlihatkan keindahan adab seni budaya. Orang datang dipersilakan masuk. Tamu membawa hadiah (buah tangan) kita menyambut juga sudi membalasnya. Ini juga diandaikan sebagai budi bahasa hingga dipantunkan, Ada padi ada beras. Bertanak nasi periuk tembaga. Ada budi adalah balas. Orang berbudi kita berbahasa.

27. Di manakah nilai keindahan warisan budaya itu dapat dibuktikan. Selain pantun dan gurindam mengucapkan rasa batin Melayu ia juga dibukti dengan gubahan budaya benda melalui adat membalas dulang. Berbagai citra warisan masih berlangsung walaupun di sana sini sudah diubah bahan atau gubahannya. Antara reka bentuk warisan yang masih dijelmakan antara hadiah persalinan: Gambar 5: Citra keris dari songket, balasan hantaran kepada pengantin lelaki boleh dijadikan samping atau destar Gambar 6: Citra kipas dari songket hantaran kepada pengantin Perempuan - boleh dijadikan sarung atau selendang ADAT PERSALINAN BUSANA DAN PERHIASAN 28. Dalam kajian Pakaian Cara Melayu sudah dikenal pasti ayat yang memerikan, memakai cara Melayu. Hikayat Hang Tuah mencatat peristiwa Raden Wira Nantaja dari Daha (Jawa) datang ke Bentan dan diberi gelar ratu Melayu serta memakai cara Melayu, [Gambar 13] iaitu istilah persalinan, lima persalinan atau persalinan selengkpanya. Misa Melayu, misalannya, memerikannya begini setelah sudah mandi dikurniakan oleh baginda bonda anakanda itu persalinan selengkapnya serba kesumba terlalu indah rupanya dan memakai pakaian kerajaan selengkapnya, [Gambar 14] baju Melayu sudah direka cipta dan diterima umum iaitu baju kurung leher cekak musang bertindih dengan dua butir kancing diikuti dengan tiga butir lagi di bawah leher, lengan besar, labuh, berpesak berkekek (yang sudah dipakai sejak Tun Hassan Temenggung). Butang lima butir mensahihkan lagi bahawa pemakainya orang Melayu beragama Islam (Rukun Islam). Cekak leher juga menutup halkum yang membezakan dengan gaya baju China dan Hindi. Malah jenis atau bahan tekstil baju kerajaan juga diperikan, berbaju geramsut murup dan bulang hulu pelangi, maka semuanya dipercikkan dengan air emas sekaliannya bertelepuk dengan perada terbang. Persalinan lengkap itu merangkumi lima (jenis) persalin atau persalinan: 1. baju 2. kain atau samping [Gambar 15] 3. seluar bulang ulu 4. destar 5. ikat pinggang atau bengkung atau pending berserta keris. Ini adalah ciri khas istana yang dapat dipakai oleh rakyat biasa ketika dia bergelar Raja Sehari. Masalah tradisi ini juga digunakan oleh pemimpin dan para pendukung adat (ketika diberi anugerah gelar) dengan lambang warna khas masing-masing: Putih emas, kuning (raja), Biru (Bendahara), Hijau (Temenggung), Merah (Laksamana), Hitam (ketua adat atau pahlawan atau biduanda atau penggawa).

Walaupun masih dibauri beberapa usur luar (shalawalar, AP seluar. Challana, Hindi celana, badzu, AP baju) tetapi dengan PCM telah tergambar bahawa Raja Melayu itu memakai baju secara sarung (baju kurung), memakai samping gaya dagang dalam, dan rakyat berdagang luar. Pahlawan pula memakai kain lepas, ikat pancung kain punca tergantung. Gambar 7: Kain panjang ikat punca tergantung Gambar 8: Warna putih emas diraja meneruskan tradisi Kerajaaan Melayu Melaka Adapun payung putih itu pakaian raja, sudah kelihatan dari jauh. Gambar 9: Warna kuning tradisi lambang ketuanan DYMM Yang di Pertuan Agong Gambar 10: PCM lima persalinan [Gambar 16]; Biru status Lambang Bendahara; iaitu orang kenamaan, destar tiga lapis ikatan tebing, pucuk kepala menghala ke kiri. Baju Melayu cekak busang butang lima. Gambar 11: Baju Melayu gaya dagang dalam 17 Gambar 12: Baju Melayu gaya dagang luar (18?) [tiada gambar] Gambar 13: Baju Riau Pahang Gambar 14: Baju Melayu Teluk Belanga Gambar 15: Penjawat tombak dan payung, Gambar 16: Orang Bergelar warna hitam baju hitam dan samping, destar dan songket merah ADAB SEBAGAI NILAI WARISAN Adab di Pelamin Bersanding di pelamin bukanlah adat yang sebenar adat atau adat wajib kalau dinilai dari sudut Agama Islam. Malah kerap diandaikan adat ini meniru gaya Hindu. Namun setelah kesedaran nilai Islam dapat diresapi, maka masyakarat Melayu telah dapat menyesuaikan dengan nilai dan pegangan Islam. Malah sudah menjadi pengertian umum bersanding di pelamin bukanlah adat wajib. Malah jikalau ditinjau lebih terperinci kita tidaklah meniru sewenangnya. Ini terbukti dengan ucapan doa selamat yang diucapkan oleh orang tua waris tua yang merenjis air bedak sejuk yang wangi. Begitu juga adab berbusana bukan saja memakai baju Melayu (lelaki) lengkap lima persalinan dan baju kurung atau kebaya labuh (perempuan) tetapi bagaimana adab cara Melayu itu menepati waktu dan ruang penggunannya. Sesuai dengan batas pembicaraan di sini, maka tumpuan utama adalah melalui adat persandingan di pelamin yang diikuti dengan berbagai acara penuh adab. Antaranya menyambut pengantin lelaki di halaman, di sandingkan di halaman. Diraikan dengan pencak silat, yang semuanya

bertujuan untuk mengenalakan kepada saudara mara dan orang kampung, bahawa mereka sudah bersuami isteri.untuk mengelakkan pandangan sumbang masyarakat. Air bedak sejuk direnjis ketika pengantin diarak untuk disandingkan di rumah ibu. Di pelaminan sekali lagi upacara adat dilakukan dengan adab sopan yang indah. Selama acara inilah adat berbusana begitu ketara dengan peralatan budaya yang mempamerkan keindahan adat yang dilakukan dengan penuh adab. Antaranya adalah: Bersanding di pelamin. Pelamin sebagai lambang singgahsana, rumah sempurna sebagai takhta dengan peralatan sirih junjung, Sepahan nasi kuning, berlauk daging atau ayam, bunga telur, sepahan set renjisan air wangi-air bedak sejuk. Sambutan dan restu ayah ibu serta keluarga terdekat, dengan merenjis air wangi sedingin. Makan bersuap; suapan pulut kuning, lambang suami mampu memberi rezki kepada isteri, dan isteri bertanggung jawab menyediakan atau memasak makan. Tanda terima kasih dengan lambang bunga (perempuan) dan telur (lelaki) agar cepat mendapat zuriat. Makan beradat; makan berdamai, kedua pengantin diapit keluarga terdekat. Gambar 17: Pelamin lambang rumah penyatuan Gambar 18: Merenjis air bedak sejuk; air wangi lambang restu ayah bonda, kerabat terdekat Peralatan budaya; lambang adab persandingan: Sirih junjung Bunga telur Hiasan pelamin dan bilik tidur, bantal, ciur, kipas bertekat Gambar 19: Sirih junjung [tiada gambar] Gambar 20: Bunga telur Gambar 21 dan 22: Bantal bertekat, ciur atau tilam bertekat. Gambar 23: Busana tradisi Melaka, citra China Lama (hiasan kepala) dan Melayu (baju labuh panjang, kurung) 24. Pulut kuning dan bunga telur Gambar 25: Jari berinai, memerahkan jari lambang kesucian (tahan 3 bulan) Gambar 26: Pengantin lelaki harus di kanan pengantin perempuan

27. PCM lengkap lima persalinan dan keris Raja Sehari 28. PCM, leher tidak berkancing tidak beradab Gambar 29: PCM lambang: Anak Raja, Bendahara dan Temenggung Gambar 30. Destar telepuk Gambar 31. Tanpa Songkok dalam acara adat - tidak beradab PENYESUAIAN UPACARA ADAT: KE ARAH MELESTARIKAN NILAI WARISAN Pembicaraan di atas cuba menyingkap beberapa perlakuan adat yang masih meneruskan tradisi adat dan adab. Sungguhkah kesedaran ini masih difahami, diikuti atau mula dicampur aduk antara tradisi dengan alasan kreasi baru dan cuba membentuk gaya baru di dunia semasa kini. Memang kita akui, budaya tradisi melalui fasa transisi, antara citra warisan dan unsur moden yang yang melibatkan kerja dan promosi perniagaan. Pereka fesyen saling berlumba menyusun membina nama dan bersaing untuk mendapatkan pelanggan. Pelanggan pula kadang-kadang menyerahkan sahaja kepada pereka fesyen atau juru perancang pesta kahwin (wedding planner). Memang akhir-akhir ini acara perkahwinan sudah dapat dirasakan sebagai pesta. Jikalau pada zaman awal tradisi,pesta itu di raikan oleh warga sekampung, sekarang, pesta itu sudah beralih tempat, ke dewan atau hotel. Perubahan selera ini akan banyak melibatkan suasana baru yang disesuaikan dengan masa, tempat sehingga segala persembahan tradisi harus diselaraskan dengan selera atau kemudahaan pereka acara perkahwinan, termasuk fesyen pakaian, cara tata ruang yang umumnya bukan lagi dirujuk kepada kerabat yang dituakan. Perubahan ini tidaklah menyalahi undang adat itu sendiri. Namun begitu kalau sengaja tidak peduli dengan situasi adat atau majlis keraian, nampaknya semakin terdedahlah kepincangannya. Untuk huraian bahagian ini saya bawa saudara untuk menilai bersama dari sudut penampilan gaya acara dan peragaan perkahwinan semasa seperti dalam carta berikut: Gaya dan Fesyen: satu penilaian antara tradisi dan perubahan Bil Kelengkapan adat dan acara Acara di rumah 1. Merisik, melamar, bertunang, nikah 2 Pakaian nikah (PCM) Busana Pengantin (PCM) 3 Bersanding 4 Alatan pelamin * Kain, samping(a), PCM + Sut barat, Destar, Baju Melayu, kurung, gaun kebaya Songket, broked-lace (b) Dll. Bersila, pelamin Pelamin Bantal, ciur tekat, tepak sirih Kusyen junjung Alat merenjis Alat merenjis Di dewan, Hotel (nilai baru)

5 Persembahan 6 Berinai, renjis air wangi 7. Lain-lain 8. Mandi sampat, berlimau 9. Bertandang

Bunga telur, nasi kuning Bersilat * * *

Coklat, kek Muzik barat * Potong kek Berbulan madi

Adab memakai kain, pengantin, helat jamu, majlis patut Jenis kain: songket, tenunan, cindai, limar Bandingan antara citra adab tradisi Melayu dan perubahan gaya Busana tradisi Melaka Jari berinai; elakkan gaya hiasan Hindi atau Hindu Gaya PCM 5 persalinan + keris Lima persalinan harus lengkap dengan ikat kepala, atau destar, atau songkok Ke rumah pengantin? Pulut kuning dan bunga telur Pengantin lelaki di kiri Baju teluk belanga tidak lengkap tanpa sebutir butang

KESIMPULAN Kertas kerja ini menghuraikan keindahan adat dan adab dalam adat istiadat persandingan. Dalam kesibukan masyarakat mengejar kehidupn, perkahwinan masih diamalkan bagi membiak zuriat dan keluarga. Perkahwian dan persandingan adalah puncak pertanda kedua pasangan itu sudah berpunya. Bagi mengenang hari sejarah inilah keluarga berperanan penting mengadakan, majlis keraian. Bagi menyambut peristiwa inilah berbagai masalah timbul. Sejauh manakah keluaga yang dituakan yang berpengalaman masih turut terlibat untuk mengikuti adab resam warisan. Atau oleh kerana keghairahan perdagangan seni, yang sudah diambil oleh juru andam muda, maka di sinilah terjadinya perubahan gaya melalui fesyen sehingga beberapa perlakuan adat dan adab semakin menipis. Atau terjadi keganjilan yang tidak dapat dielakkan lagi. Namun di sana sini masih ada kesedaran menampilkan warisan di celah-celah perubahan. Masih sudi berpakaian PCM, berbaju Melayu, bersamping dan bersongkok di celah kesegakan tamu lain berbaju, batik atau berkot. Apa lagi tidak kurang juga sikap tidak ambil peduli terutama dalam kalangan muda mudi, dengan pakaian santai berseluar jeans, blaus atau kebaya dipadankan pula seluar. Memang tidak ada yang menegur, orang tua sudah terkunci suaranya, si anak terlebih gaya, ditambah, dengan selera pereka fesyen yang terlalu kreatif tetapi masih meniru ikon warisan ini. Di mana silapnya?

Apakah kita sudah bersedia membetulkan segala etika yang dibagaikan dalam adab Melayu. Bagi membetul sifatkan keacuhan tidak peduli dalam menerima dan menghadiri undangan persandingan (perkahwinan, acara rasmi) atau acara rasmi seperti majlis perayaaan Hari Raya yang dipentaskan, maka setiap individu, peribadi yang terlibat menjaga adab untuk bersama melestarikan warisan. Sudah tiba masanya yang mengendalikan program yang kerap menjadi contoh untuk membetulkan kesilapan atau ketidak pedulian dalam menata ciri-ciri warisan terutama dalam persembahan, peragaan busana adat istiadat. Antaranya dalam upacara perkahwinan hinggalah ke acara persembahan seni budaya. Misalnya seorang penerbit persembahan di mana, seorang pengarah, koreografer, penata pentas, baik untuk dalam negeri apa lagi dibawa keluar negara, seharusnya lebih peka membawa contoh yang kelihatan martabat budaya warisan. Antaranya memastikan para pelakunya, penyanyi, pelakon, juru acara tidak mengabaikan nilai adab di hari bersejarah itu. Malah selama inipun hari Jumaat sebagai hari mulia telahpun diterima dalam kalangan perempuan untuk memakai baju kurung (tidak kira asal keturunan). PCM juga diterima pakai ketika bersembahyang jumaah pada hari raya atau di hari Jumaat . Maka tradisi ini wajarlah dikemaskini, Sehingga kelak tanpa ragu-ragu untuk acara rasmi adat, atau ke majlis patut ke helat jamu juga dengan penuh kesedaran dapat mematuhi selera rasmi ini. Malah seperti menghadiri acara rasmi di istana (menerima anugerah, mengangkat sumpah perlantikan tugas), kenapa tidak ada dalam kad undangan majlis perkahwinan teratan etik pakaian atau berbusa: Pakaian Cara Melayu atau Busana atau Pakaian adat! Sudah wajar masyarakat Melayu menerima hakikat baju Melayu, baju kurung adalah contoh busana yang penuh adap dan perlu dipertingkat pemakaiannya. Bidalan bahasa Melayu tak tahu bahasabukan sekadar tidak dapat bercakap dengan baik, tetapi juga tidak dapat berperilaku menurut kesopanan orang Melayu. Maka sewajarlahnya dibuktikan juga tahu bahasa pakaiandan dapat menyesuaikan busana dalam acara rasmi ketika memasuki ruang berhelat jamu, acara rasmi yang melibatkan adat istiadat Melayu. Semoga kesedaran adab dan adat ini dapat dilestarikan. Hanya kesedaran bersama, dapat menjana keindahan semula jadi yang telah lama terjalin dalam budaya Melayu dan masih berjejak di bumi Melayu yang indah. Benarkah bidalan lama telah menyatakan, adat tak lekang oleh panas, adat tak lapuk oleh hujan masih boleh dipertahankan? Semoga kita bersama merenungnya. InsyaAllah. 5 November 2009

RUJUKAN A. Samad Ahmad, peny. 1982. Warisan Peruabatan Melayu. Kuala Lumpur: Dewnan Bahasa dan Pustaka

A. Samad Ahmad, peny. 1983. Sulatus Salaldin (Sejarah Melayu). Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka A. Samad Ahmad, peny. 1986. Pustaka Selangor. Kuala Lumpur: Dewan bahasa dan Pustaka Asmah Haji Omar, 1985. Bahasa Di Raja. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Bruner, E.M dan Becker, peny, 1979. Art, Ritual and Society. Athens: Ohio University Gombrich, E.H.J. peny. 1972. Art Perception and Reality. Baltimore: John Hopkin University. Hamka, 1971. Filsafat Ketuhanan. Melaka: Abas Bandung Kassim Ahmad, peny. 1966. Hikayat Hang Tuah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Landau, Rom, 1956. The Philosophy of Ibn Arabi. London: George Allen & Unwin Merafak Sembah Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong X111. Jabatan Warisan Negara KPKKWM Norhalim Ibrahim, 2007. Sejarah Kewujudan Adat Perpatihdalam Adat.Perpatih. Kuala Lumpur: Jabatan Warisan Negara. [] 1994. Sekalung Budi Seuntai Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Shellabear, W.G. peny. 1963. Kitab Kiliran Budi. Kuala Lumpur: Pustaka Antara Siti Hawa Salleh, peny. 1987. Cendekia Kesusasteraan Melayu Tradisional. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Siti Zainon Ismail, 2006. Pakaian Cara Melayu. Bangi: UKM Siti Zainon Ismail,1996. Busana Melayu Johor. Yayasan Warisan Johor. Shah Alam: Fajar Bakti Syaed Alwi Sheikh Al-Hadi, 1980. Adat Resam dan Adat Istiadat Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Taylor dan Morgan, 1981. Wood in Archeology. United Kingdom: Shire Publication Tenas Affendy, 1989. Ungkapan Tradisional Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Wan Abdul Kadir dan Zainal Abidin Borhan, peny. 1999, Adat Raja-Raja Melayu dalam Warisan Persuratan Johor 11. Johor: Yayasan Warisan Johor.
Add New Search Comments (0)

Top of Form

Write commentYour Contact Details: Name:


do not notify

Email: Website: Comment: Title: UBBCode:

Message: Security

Please input the anti-spam code that you can read in the image. Powered by !JoomlaComment 4.0 beta2 Terakhir dikemaskini (Rabu, 25 November 2009 07:05)
Bottom of Form

Statistik Laman

counter

Profile

Tan Sri Dr. Nordin Kardi, Pengarah & Penyandang Kursi Za'ba, 01 April 2011 -

Dr. Hj. Idris Radzi, Pengarah, 16 Jun 2010 - 31 Mac 2011

Prof. Emeritus Abdullah Hassan, Pengarah, 1 Julai 2008 - 30 April 2010.

Prof. Dr. Adnan Nawang, Penyandang Ketiga Kursi Za'ba.

Prof. Datuk Dr. Ahmad Bin Haji Zainuddin, Pengarah & Penyandang Kedua Kursi Za'ba, Mac 2006 - Februari 2008.

Prof. Emeritus Datuk Dr. Asmah Haji Omar, Pengarah & Penyandang Pertama Kursi Za'ba, Disember 2001 Ogos 2005.

Komen

2010-01-31 16:22:26 ... Saya sudah memiliki Umar al-Khattab, ... 2010-01-18 12:09:38 ... Dalam asyik kesibukan saya bekerja, a... 2010-01-04 03:54:23 ... Assalamu alaikum Tuan Profesor. Sa... 2010-01-04 03:53:35 ... Tanjung Katung airnya biru, tempat m... 2010-01-04 03:51:36 ... ROH BAHASA Chai Loon Guan Bagaika... 2009-12-23 22:17:40 ... Sedih dan takut, kerana Allah swt mem... 2009 Institut Peradaban Melayu All Rights Reserved.

Joomla Templates designed by Web Hosting Top .org

BERZIARAH dan saling bermaafan adalah tuntutan agama.

AMALAN ziarah-menziarahi sememangnya dituntut oleh agama. Bukan sekadar menziarah kaum keluarga atau sanak saudara bahkan jiran-jiran terdekat hatta individu yang tidak pernah dikenali sebelum ini. Tujuan kunjung mengunjung adalah untuk merapatkan silaturahim dan saling bermaafan. Bukan bertujuan untuk mendapatkan duit raya, memperaga baju raya paling cantik, mahal ataupun melihat setiap hiasan atau susun atur rumah yang kita kunjungi. Islam memperincikan beberapa syarat atau adab yang perlu diamalkan ketika seseorang Muslim berhasrat untuk menziarah jiran atau sanak saudara, bukan sahaja pada hari raya malah ketika hari-hari biasa. Adab-adab tersebut diperincikan bermula daripada sebelum berziarah, semasa menziarah, selepas menziarah dan perkara-perkara yang perlu dihindarkan ketika berziarah. Adab-adab sebelum berziarah *Memilih masa yang sesuai *Memakai pakaian yang sopan dan menutup aurat *Berniat pertemuan dan perpisahan adalah kerana Allah Masa yang sesuai dikira berdasarkan keselesaan pihak yang anda kunjungi, bukan keselesaan pihak anda. Sebagai contoh, kunjungan ke rumah seseorang tanpa perkhabaran terlebih dahulu, melebihi pukul 10 malam kerana masa tersebut dikira sebagai masa rehat, bukanlah masa yang sesuai. Jalan terbaik, khabarkan terlebih dahulu kepada tuan rumah mengenai kunjungan anda. Adab semasa menziarah *Memberi salam dan bersalaman *Meminta izin untuk masuk *Memendekkan tempoh ziarah *Mengawal pandangan *Merendahkan suara Memendekkan tempoh ziarah bermaksud tidak bersenang-senang di rumah tersebut untuk jangka masa yang lama.

Seseorang dikira sebagai tetamu hanya di dalam tempoh tiga hari ziarah. Walaupun begitu, anda perlu peka dengan keadaan dan situasi tuan rumah, agar kunjungan anda tidak menimbulkan ketidakselesaan kepada mereka. Mengawal pandangan pula termasuklah mata anda tidak meliar atau merayau-rayau ke segenap ceruk rumah meneliti setiap hiasan atau susun atur kelengkapan rumah yang anda kunjungi. Adab selepas menziarah *Meminta izin apabila hendak beredar *Memberi salam dan bersalaman sebelum beredar Perkara yang perlu dihindarkan semasa menziarah *Enggan memberi salam *Masa yang tidak bersesuaian *Mengaibkan tuan rumah *Mengumpat Satu perkara yang perlu diingat adalah memberi salam kepada tuan rumah turut mempunyai syarat yang tertentu. Jika pintu rumah terbuka, jangan berdiri di depan muka pintu dan memberi salam. Anda perlu berdiri agak jauh dari muka pintu, anggaran tidak dapat melihat isi rumah termasuk tuan rumah, bimbang terdedah aurat tuan rumah atau apa-apa sahaja yang mungkin tidak mahu diperlihatkan oleh tuan rumah. Mungkin nampak mudah dan agak remeh namun jika tidak diberi perhatian, kunjungan anda mungkin boleh menimbulkan kebencian dan permusuhan. Salam Aidilfitiri dan ziarahlah dengan hati yang suci. kredit : kosmo.com.my

Ayuh Semarakkan Penggunaan Bahasa Melayu Bersama Wikipedia Sepanjang Bulan Bahasa Kebangsaan Ini, Bahasa Jiwa Bangsa!

Adab Menyambut Kelahiran Bayi Menurut Islam


Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Dalam ajaran agama Islam,seseorang ibu yang sudah melahirkan anak dan kemudiannya baru sahaja menimang cahaya mata adalah amat disarankan untuk menyambut kelahiran bayi baharunya.Namun begitu tidak banyak

perbezaan dalam melaksanakan adab menyambut kelahiran bayi dalam Islam sesuai dengan sifat agama Islam itu yang mudah dan praktikal.Panggilan bagi menyambut anak lelaki adalah disebut "Salamun Zakrun" yang bererti: Salam sejahtera anak lelaki.Manakala panggilan untuk menyambut anak perempuan adalah disebut sebagai "Salamun An-Nisaa" yang bererti: Salam sejahtera anak perempuan.

[sunting]Langkah

menyambut anak yang baru dilahirkan

Sesudah sahaja anak yang baru dilahirkan dari rahim ibu,maka adalah diperlukan untuk membersihkan/dimandikan anak itu dengan betul dan baik agar posisi anak itu bersih dan sihat.Selalunya amanah membersihkan anak yang baru lahir itu adalah dibawah tanggungjawab jururawat,bidan,bapa anak atau mereka yang penyayang serta pengasih kepada bayi serta berkebolehan meyempurnakan tugasan itu.Bayi yang sudah dibesihkan perlulah dililit/dipakaikan dengan kain tuala yang bersih dan lembut sebaiknya berwarna putih.

Sunat/Sunnah memberi ucapan tahniah dan mengembirakan mereka yang baru sahaja mendapat anak.Tujuannya adalan untuk menghulurkan rasa kegembiraan bersama kepada siibu dan keluarga yang baru sahaja memperolehi cahaya mata selain mengeratkan kemesraan dan ikatan silaturrahim dikalangan mereka.Adalah disarankan bagi pengucap khabar gembira untuk menghulurkan buah tangan tahniah berupa hadiah,hamper,bunga-bungaan ataupun wang saguhati kepada penimang anak.

Sunat untuk diazankan di telinga kanan bayi lelaki dan perempuan yang masih bayi sesudah kelahirannya.Dan juga disunatkan untuk diiqamatkan di telinga kiri bayi lelaki dan perempuan yang masih bayi sesudah kelahirannya.Serta disunatkan juga membaca ayat-ayat suci Al-Quran pada bayi tersebut.Bacaan tidak perlulah dibaca terlalu kuat cukup sekadar memperdengarkan bacaan pada bayi sahaja.Salah satu hikmah(kelebihan)melakukannya adalah supaya kalimat seruan tersebut tentang kebesaran Allah menjadi seruan pertama yang bayi dengar.

Sunat 'Tahnik' atau belah mulut yang dilakukan selepas anak dilahirkan.Tahnik ialah mengunyah buah kurma(tamar)(selalunya dilakukan oleh orang yang dianggap soleh dan bertaqwa kepada Allah seperti Imam, Bilal(Muazzin), Ulama, Syeikh dan sebagainya), dan seterusnya diletakkan sedikit pada lidah bayi yang baru dilahirkan. Selain daripada Kurma, manisan lain seperti titisanmadu, nira nipah atau kelapa juga boleh digunakan. Tujuannya adalah untuk melazimkan bayi membuka mulut dengan mendapatkan ganjaran benda manis. Amalan ini membuatkan bayi mahu menghisap apabila ibu menyusukan bayi tersebut kerana sentuhan di lidah mempunyai kesan manis dan bukan kesan yang tidak menyelesakan. Selain itu, tujuan lain adalah untuk melancarkan percakapan anak kecil selain mengetengahkan anak kecil itu agar kelak selalu berkata manis dan benar.

Sunat menggunting rambut (tahallul kecil) bagi anak yang baru dilahirkan.Menggunting sedikit rambut anak kecil pada hari ke-7 adalah sunat. Maka oleh itu setiap anak yang dilahirkan perlu menjalani perbuatan ini.Etika

perguntingan rambut adalah dengan cara menggunting sedikit jambul hadapan di kepala anak kecil.Ini sebagai tanda permulaan kehidupan anak kecil sebagai manusia dan hamba disisi Allah selain merancakkan pemikiran dan menggalakkan pertumbuhan rambut baharu.Perbuatan ini biasanya dilakukan bermula pada umur bayi iaitu hari ketujuh sehingga umurnya setahun.Selalunya majlis keramaian diadadakan untuk menyambut kelahiran bayi dan menjalankan aktiviti ini.Sesiapa sahaja dibenarkan untuk menggunting rambut bayi tetapi yang lebih baik penggunting itu adalah dari kalangan orang yang soleh dan keluarga terdekat. Sunat menamakan anak yang baru dilahirkan dengan dengan nama-nama yang baik.Menamakan anak boleh dilakukan pada hari pertama kelahiran anak tersebut sesudah bayi itu diazan dan diiqamatkan atau pada bilabila masa yang difikirkan sesuai.Nama yang kotor buruk serta menjatuhkan maruah perlulah dielakkan sama sekali.

Sunat "Aqiqah" bagi anak baru lahir.Aqiqah yang membawa maksud penyembelihan binatang ternakan seperti lembu,kerbau,unta ataupun kambing yang dilakukan selepas kelahiran bayi(lebih afdhal(yang lebih baik)dilakukan pada hari ketujuh)sebagai tanda kesyukuran kepada Allah Taala.Kurban yang dilaksanakan ini dapat mendekatkan anak kepada Allah dan pelbagai faedah yang lain.Kurban Aqiqah dapat meninggalkan kesan psikologi pada anak kecil yang baru lahir agar dia dapat merasakan dirinya dihargai oleh keluarga dan masyarakat selain menggembleng perasaan kecil agar mampu berkorban dan redha dengan ketentuan Allah.Atucara ini biasanya dilakukan pada majlis kesyukuran yang biasanya turut diselitkan dengan aktiviti mengunting rambut bayi,Nasyid, selawat,bacaan Al-Quran, solat sunat syukur,bacaan Yassin dan Tahlil Kesyukuran.Perbuatan menyembelih binatang selalunya tidak dilakukan dihadapan mata bayi yang hendak diraikan tetapi dilakukan sebelum majlis berlangsung.Makanan dan minuman turut diberikan pada hadirin dan anak fakir miskin dan yatim piatu.

Sunat (berkhatan/berkhitan/bersunat).Perkara ini menjadi sunat kepada kaum perempuan dan merupakan suatu kewajipan bagi lelaki.Namun begitu sesetengah Ulama menafsirkan berkhatan bagi lelaki adalah hanya dikategorikan sebagai Sunat Muakkat(Sunat yang amat dituntut oleh syariat Islamiah).Tujuan berkhatan adalah untuk menjaga kesucian zahir dan batin umat manusia selain untuk menguatkan minda dan badan dan mencantikkan paras rupa dan wajah.Para saintis moden telah menggalakkan khata kepada semua umat manusia bagi membendung masalah jangkitan penyakit kelamin yang merbahaya seperti HIV dan AIDS.Bagi kanak-kanak lelaki yang berumur antara umur 8 hingga 12 tahun boleh disunatkan oleh Tok Mudim manakala kanak-kanak lelaki dibawah umur itu serta kanak-kanak perempuan boleh disunatkan oleh Doktor dan Bidan yang berkebolehan.Bagi kes kanak-kanak dan orang dewasa Muslim yang mencecah umur 13 tahun dan keatas pilihan melaksanakan kewajipan berkhatan boleh ditentukan untuk dilaksanakan oleh Doktor atau Mudim mengikut kehendak dirinya dengan syarat tidak menimbulkan syahwat dan pelaksana pembedahan adalah mereka yang sama jantina atau muhrim.Sesetengah Ulama juga menafsirkan hukuman bagi lelaki Muslim yang tidak berkhatan adalah dihukum bunuh.Bagi melaksanakan ibadah berkhatan

ini,pengetahuan dalam bidang perubatan perlu ada pada pelaksana pembedahan serta Ibadah khatan boleh dilakukan selepas diadakan majlis kesyukuran. [sunting]Rujukan Bab Adat Resam Kelahiran: Kaum Melayu, Buku Kerja Program Integrasi Keagamaan, Program Latihan Khidmat Negara Malaysia; Edisi kedua 2008, m/s 33-35.

Log masuk / buka akaun

Rencana Perbincangan Baca Sunting Lihat sejarah


Top of Form

Bottom of Form

Laman Utama Tinjau Hal semasa Rencana rawak Perhubungan Tentang Wikipedia Portal masyarakat Perubahan terkini Hubungi kami Menderma Bantuan Kedai Kopi Cetak/eksport Cipta buku Muat turun sebagai PDF Versi boleh cetak

M E N D AU L AT K A N M A RTA B AT B A N G S A
A d a t b e r s a u d i p e r t a h a n k a n ; k a m p u n g d i j a g a p e r p a d u a n b a n d a r a , s a u d a r a a d a t b e r k a m p u n g , ; a d a t b e r b a n g s a , g s a d i u t a m a k a n .

Konsep dan Budaya Masyarakat I


Pengertian Budaya Sungguhpun manusia itu dari segi biologi tidak banyak berbeza dari haiwan primat, tetapi perlakuannya amat berbeza. Manusia dapat menggunakan akal fikiran dan peralatan. Perlakuan mereka dikawal dan didorongkan oleh akal. Proses pemelajaran manusia dapat menentukan corak budayanya. Ilmu pengetahuannya bersifat akumulatif, mampu memahami lambang-lambang yang simbolis seperti bahasa. Sistem pembahagian manusia adalah lebih kompleks daripada haiwan. Budaya yang dikonsepsikan oleh orang ramai selalunya meliputi hal-hal mengenai kesenian. Sedangkan pengertian budaya dalam pengajian anthropologi adalah suatu jalinan yang kompleks. Perlakuan manusia yang dipelajari (learned behaviour) adalah menjadi asas kepada pertumbuhan budaya. Perlakuan-perlakuan manusia yang diterima dari proses pemelajaran terjalin dalam suatu sistem yang tersusun rapi, iaitu merupakan budaya. Definisi budaya itu berbagai-bagai sebagaimana yang diberikan oleh sarjan-sarjana anthropologi budaya. A.L. Kroeber dan C. Kluckhohn pernah mengumpul sehingga 160 definisi budaya yang telah digunakan oleh sarjana-sarjana. Kemudian mereka menganalisis dan membuat kesimpulan. Dalam bahasa Melayu budaya itu berasal daripada perkataan budi, iaitu kata Sanskrit yang bermaksud akal. Budaya itu ialah perlakuan-perlakuan manusia yang berkaitan dengan akal fikiran. Dalam intepretasi lain difahamkan bahawa budaya itu daripada rangkaian daya dan budi yang dapat dikatakan segala yang berupa cipta, rasa dan penggunaan fikiran manusia. Kebudayaan itu bermaksud segala hasil dari ciptaan itu. Budaya adalah kata singkat daripada kebudayaan. Adakala budaya itu didapati sama ertinya dengan peradaban, tetapi peradaban itu adalah sebahagian daripada budaya. Dalam budaya itu terdapat berbagai-bagai jalinan unsur, ada unsur yang amat besar dan ada unsur kecil. Unsur-unsur budaya itu dapat dikelasifikasikan kepada beberapa bahagian yang penting bagi memudahkan perbincangan akademik. Sebenarnya unsur-unsur itu saling berkaitan antara satu sama lain. Dan selalunya unsur-unsur itu bertindih sesama sendiri. Antara unsur-unsur budaya itu terdapat unsur-unsur besar yang dikatakan budaya universal (cultural universal) yang dapat dibahagikan kepada: budaya peralatan bagi keperluan hidup manusia, sistem ekonomi, sistem sosial, bahasa, kesenian dan mainan, ilmu pengetahuan dan agama serta magis. Dalam unsur-unsur budaya besar itu terdapat pula bahagianbahagian yang lebih kecil. Dalam berbagai-bagai unsur budaya itu terdapat pula aktivitiaktivitinya yang tersendiri yang dapat dikatakan aktiviti budaya (cultural activities). Segala aktiviti budaya itu terbahagi pula kepada jalinan-jalinan yang lebih kecil yang kita namakan trait complexes dan kemudian boleh dipecah-pecahkan kepada trait-trait yang lebih kecil. Daripada traits ini terdapat pula pecahan yang lebih kecil yang dinamakan unsur atau items. Budaya itu dapat dilihat dari aspek perlakuan dan hasil perlakuan anggota-anggota masyarakat. Perlakuan manusia didorongkan oleh berbagai-bagai aspek lain, seperti norma, nilai, peraturan, adat resam, kepercayaan, undang-undang dan sebagainya. Perlakuan ini adalah hasil dari berbagai-bagai proses dan ini juga yang melahirkan berbagai-bagai peralatan budaya. Sesuatu sistem itu merupakan perlakuan individu dan gabungan dengan alat-alat yang dihasilkan. Dalam penyelidikan anthropologi budaya memerlukan satu proses yang kompleks bagi memahami perhubungan dan interaksi individu dalam sesuatu masyarakat itu. Perlakuan itu harus mencerminkan budaya yang menjadi tumpuan kajian itu. Perlakuan dan Kawalan Sosial

Pola-pola budaya merupakan satu prinsip atau dasar yang berulangkali berlaku dalam budaya, sehingga ia melahirkan aktiviti budaya atau kompleks budaya. Ia melahirkan suatu sistem pola. Dalam penyelidikan sesuatu unsur budaya itu, hendaklah melihat kedudukan pola itu dalam budaya seluruhnya. Tidak lengkap jika penyelidikan itu hanya ditumpukan kepada bahagiannya tanpa pertimbangkan kedudukannya yang lebih luas. Fungsi Dalam penyelidikan, fungsi mempunyai pengertiannya tersendiri. Fungsi dalam pengajian akademik menerangkan hubungan antara suatu hal dengan sesuatu tujuan tertentu; dan menerangkan hubungan variable antara satu dengan yang lain; dan fungsi juga menerangkan jalinan hubungan antara satu hal dengan hal yang lain dalam sistem yang bulat atau sistem yang lebih luas. Fungsi yang selalu digunakan seharian itu juga dengan mudah difahami, iaitu melihat peranan atau kepentingan sesuatu itu dengan hubungan masyarakat atau sistem yang lebih luas. Dalam pengajian akademik, konsep fungsi itu kemudian melahirkan satu pendekatan tersendiri yang dipanggil fungsionalism. Para pengkaji anthropologi berusaha memberi pengertian yang lebih mendalam mengenai pendekatan fungsi ini, iaitu cuba menerangkan bahawa setiap unsur budaya itu mempunyai guna, fungsi dan maknanya tersendiri dalam masyarakat. Setiap unsur itu dapat dihubungkan dengan sesuatu tujuan atau peranan tertentu dalam masyarakat. Selain itu, sesuatu unsur itu mempunyai makna dan pengertian tersendiri dalam budaya. Aspek ini boleh dikaji dan dianalisis dengan lebih mendalam. Sesuatu unsur budaya yang lahir itu, bersangkut paut pula dengan berbagai-bagai aspek dan unsur lain dalam masyarakat. Oleh itu, apabila mengkaji sesuatu unsur itu hendaklah juga dikaitkan dengan minat-minat yang lain. Ini dikatakan pendekatan minat sosial. Anika budaya Budaya dan masyarakat itu didapati berbagai-bagai, diversiti dalam dimensi masa dan ruang. Oleh kerana terdapat diversiti dalam budaya itu maka didapati berbagai-bagai usaha untuk mengkelasifikasikannya; misalnya pembahagian seperti barat dan timur; primitif dan moden; tradisi dan moden, berdasarkan sekitaran alam, kawasan budaya dan ke dalam kulturkreise. Pembahagian itu berasaskan pada masa atau ruang. Dalam proses mengkelasifikasikan budaya terdapat berbagai-bagai kritik, tentangan dan terdapat pula berbagai-bagai sokongan dan ulasan. Pengertian masyarakat Pengertian masyarakat itu luas dan boleh dilihat dari berbagai-bagai sudut. Dalam penggunaan harian, masyarakat difahamkan sebagai kelompok individu. Pengertian masyarakat banyak telah diberikan oleh para pengkaji anthropologi dan sosiologi. Segala pengeritan yang dibincangkan itu adalah benar melihat kepada sudut pandangan masingmasing. Secara umum, masyarakat itu dapat difahamkan sebagai satu kesatuan kelompok manusia yang mempunyai interaksi dalam sistem hidup yang tertentu. Adat resam juga digunakan dalam menentukan cara hidup masyarakat. Jadi, budaya adalah sebagai ikatan kepada wujudnya masyarakat. Budaya dan masyarakat adalah sesuatu hubungan yang tidak dapat dipisahkan. Dalam masyarakat itu juga, pentingnya ialah interaksi antara individu-individu yang menentukan suatu pola hidup yang tertentu. Melalui ini terdapatlah suatu sistem komunikasi yang tersendiri. Proses interaksi itu adalah luas pengertiannya, meliputi pelbagai sistem komunikasi. Perlakuan individu dalam masyarakat itu adalah ditentukan oleh pola-pola interaksi, sebagaimana yang ditentukan oleh nilai-nilai sosial. Pengertian masyarakat adalah sangat luas yang meliputi berbagai-bagai ciri meliputi unitunit sosial dan institusi-institusi sosial yang lebih luas. Kelompok-kelompok interaksi sosial yang kecil itu merupakan unit sosial yang tersendiri sehinggalah kepada unit sosial yang lebih besar. Unit sosial itu wujud atas minat dan kepentingan tertentu dengan sistem

interaksi yang tersendiri. kepentingan tersendiri.

Masing-masing

individu

itu

berinteraksi

bersandar

atas

Unit sosial ini kemudian dapat dipisahkan kepada kategori sosial yang lebih besar iaitu golongan sosial. Golongan bermaksud kelompok sosial yang lebih besar dan selalunya interaksi anggota-anggota itu tidak seerat unit sosial. Golongan sosial ini bergantung kepada asas mana yang dijadikan ukuran atau pembahagiannya. Dalam sesuatu golongan sosial itu terdapat ciri-ciri tertentu yang berasaskan kepada ciri-ciri yang digunakan untuk kategori itu. Kolektif: Berasaskan kepada ciri-ciri tertentu berdasarkan sistem norma di kalangan anggota-anggota masyarakat. Kelompok sosial (social group): Pembentukan kumpulan secara kolektif itu juga melahirkan kelompok seperti kumpulan ras (racial group), kumpulan budaya (cultural group) dan kumpulan ethnik (ethnic group). Setiap kelompok itu mempunyai organisasi dan sistem kepimpinan tertentu. Kumpulan kelompok mempunyai ikatan, seperti tujuan dan minat bersama. Begitu juga anggota kelompok itu terdapat sistem nilai dan norma yang tersendiri. Mereka mempunyai kesedaran bersama. Komuniti: Berasaskan kepada hidup setempat ikatan yang rapat dalam kelompok kecil dan unit sosial yang lebih besar. Institusi sosial: Ini lebih khusus kepada sistem nilai dan norma, mempengaruhi aktivti individu dalam satu kesatuan kemasyarakatan tadi. Mereka mempunyai kepentingan atas minat bersama. Adakala berupa kebiasaan, adat istiadat atau adat resam anggotanya bersama dalam aktiviti, dan menurut sistem norma bersama yang bertujuan untuk memenuhi kompleks tertentu. Institusi pula bermakna badan atau organisasi khusus. Institusi bertujuan memenuhi keperluan kehidupan, seperti institusi kekerabatan, institusi yang bersifat ekonomi, pendidikan, politik dan sebagainya. Struktur Sosial: Konsep struktur sosial dikemuakan oleh A.R. Radcliff-Brown (1939). Sesuatu prinsip kebudayaan itu adalah terdiri dari jalinan-jalinan tertentu yang dapat menjadikannya sebagai struktur sosial. Struktur sosial amat penting dalam memahami budaya dan masyarakat. Masyarakat dan Budaya Dinamiks Sosial: dalam proses ini kita perlu memahami sosialisasi, enkulturasi, evolusi, inovasi, difusi, assimilasi dan akulturasi. Dalam penyelidikan sosio-budaya persoalan ini hendaklah dilihat dalam konteks perubahannya. Proses sosialisasi: meliputi seluruh proses penyesuaian individu dalam budayanya secara mempelajari, baik secara formal mahupun tidak formal bagi memahami masyarakat sekitarnya. Seorang itu mengalami proses sosialisasi sejak lahir sehingga seorang itu meninggal dunia. Seorang itu mempelajari norma, nilai dan peraturan-peraturan hidup dalam masyarakatnya. Proses pembudayaan yang disebut enkulturasi, ialah penyesuaian dengan kehendak-kehendak budaya sendiri. Konflik sosial selalu terdapat dalam proses sosialisasi itu, sehingga adakalanya melahirkan individu yang menyeleweng (deviants). Aspek penyelewengan dalam budaya ini adalah suatu fenomenon yang terdapat dalam semua budaya. Proses perubahan masyarakat dan budaya Perubahan berlaku kerana budaya itu dinamis, iaitu berlaku perubahan dari masa ke masa. Perubahan itu adakala terjadi dalam jangka masa yang lama dan adakala berbentuk reformasi atau revolusi. Evolusi budaya ialah suatu proses perubahan masyarakat dan budaya yang mengambil masa yang lama. Perubahan yang berlaku itu lebih berupa secara bersendirian, iaitu tidak

ada tekanan dari luar. Konsep perubahan budaya pula merupakan perubahan yang terjadi dalam jangka masa yang lebih pendek dan mungkin hasil dari pertembungan dengan luar atau lebih bersifat tekanan dari luar. Perubahan budaya itu terjadi secara asimilasi dan akultrasi. Proses evolusi yang mengambil masa lama itu dalam anthropologi dikatakan directional processes yang dilihat dari jauh. Proses evolusi secara berulang-ulang itu dipanggil proses recurrent. Inovasi ialah proses perubahan budaya yang besar tetapi terjadi dalam jangka masa yang tidak begitu lama. Penemuan baru disebarkan kepada masyarakat, dan budaya itu diterima serta dipelajari dan akhirnya menjadi kebiasaan dalam masyarakat. Penemuan (discovery dan invention) ialah penemuan unsur budaya baru. Bila penemuan itu diserap ke dalam budaya maka ia dikatakan penciptaan. Difusi Difusi bermakna proses penyebaran unsur-unsur budaya daripada seorang individu kepada seorang individu lain, atau dari satu masyarakat kepada satu masyarakat lain. Proses penyebaran unsur-unsur budaya dalam masyarkat yang sama disebut difusi dalam masyarakat yang sama (intra-society diffusion) dan proses difusi antara masyarakat itu ialah inter-society diffusion. Intra-society diffusion selalunya merupakan penyebaran dan peresapan unsur-unsur budaya baru yang ditemui dari proses inovasi dan penciptaan. Dalam anthropologi proses difusi budaya itu dimaksudkan penyebaran dan peresapan unsur-unsur budaya daripada satu masyarakat kepada satu masyarakat lain. Proses ini berlaku mungkin secara dibawa oleh orang-orang yang berpindah, iaitu proses migrasi, terutama dalam zaman pra-sejarah yang kerapkali berlaku migrasi kelompok-kelompok tertentu. Difusi budaya boleh berlaku kerana kedatangan individu-individu dari luar, seperti pengembara, pedagang, pelaut dan sebagainya. Misalnya, dalam perkembangan unsurunsur budaya Hindu ke kawasan ini. Difusi juga boleh berlaku dengan pertembungan kelompok penduduk tempatan dengan kelompok jiran dengan berbagai-bagai cara pertemuan. Cara pertama ialah hubungan dalam bentuk daripada masing-masing budaya itu hampir tidak berubah yang disebut sebagai symbiotic. Difusi peresapan budaya melalui pedagang-pedagang berlaku secara sukarela yang tidak disedari. Difusi budaya juga dilakukan oleh missionary atau pengembang agama, cara ini dilakukan dengan sengaja. Peresapan budaya secara tekanan (imposed) ialah melalui peperangan, penaklukan dan seumpamanya, di sini terdapat unsur paksaan. Kini proses difusi tersangat cepat berlaku kerana terdapat berbagai-bagai kemudahan sistem komunikasi yang tersebar luas, seperti radio, tv dan filem. Unsur-unsur budaya selalu bergerak, tersebar atau meresap dari satu budaya kepada satu budaya lain dengan berbagai-bagai cara dan jalinan difusi itu merupakan satu kompleks yang tersendiri. Perpindahan budaya itu menjadi satu gabungan atau kompleks yang agak sukar untuk dipisah-pisahkan. Sesuatu unsur budaya itu mempunyai kait mengait dengan unsur-unsur budaya lain yang menjadikannya sebagaimana satu kompleks tersendiri, misalnya jualan kereta ke negeri lain, juga melibatkan hal-hal lain berkaitan dengan kereta. Asimilasi Proses ini berlaku dalam kelompok-kelompok yang budaya berbeza, mereka saling bergaul antara satu sama lain, dalam masa yang lama sehingga budaya-budaya dari kelompokkelompok itu berubah saing menyesuaikan menjadi satu. Dalam komuniti Cina dan Siam di Kelantan mengalami proses asimilasi dengan budaya orang Melayu. Proses ini berlaku apabila terdapat pergaulan secara intensif dan luas dalam jangka masa yang lama. Kelompok-kelompok itu mesti mempunyai sikap tolenrasi dan simpati antara satu sama lain. Antara penghalang dalam proses ini ialah bila terdapat perasaan superioriti pada

individu dalam budaya tertentu terhadap budaya yang dihadapinya, dan sifat takut kepada kekuatan budaya lain. Akulturasi Proses akulturasi berlaku bila budaya tempatan bertembung dengan budaya asing, dan kemudian berlaku proses penerimaan budaya asing sesuai dengan kehendak-kehendak tempatan sehingga tidak menghilangkan identiti budaya sendiri. Proses ini berlaku kepada budaya Melayu sejak dulu kala, melampaui batas-batas tempatan. Proses ini berlaku oleh kerana adanya migrasi, pertembungan secara individu dengan budaya asing. Penerimaan unsur-unsur budaya asing itu tidak pula bertentangan dengan kehendak-kehendak budaya sendiri. Proses ini amat pesat berlaku apabila berlaku campur tangan kolonial Barat di negara-negara yang mundur. Bersama dengan penyebaran agama-agama besar di dunia ini juga bermakna penyebaran budaya melalui proses akulturasi ini berlaku secara leluasa. Pertembungan budaya-budaya Afrika, Asia, Oceania, Amerika Utara dengan Ero-Amerika menjadikan proses akulturasi itu pesat sekali berlaku dalam abad ke-20. Dalam pengajian anthropologi budaya, tumpuan kepada penyelidikan proses akulturasi ini semakin diminati dan berkembang luas. Berbagai-bagai method dan pendekatan penyelidikan tentang ini telah dilakukan oleh sarjana-sarjana. Dalam penyelidikan ini memerlukan pengetahuan yang luas kerana ia melibatkan usaha perbandingan antara satu budaya dengan satu budaya lain. Unsur-unsur budaya asing yang mudah diterima ialah yang bercorak atau bersifat konkrit, seperti budaya kebendaan (material culture), dan unsur-unsur budaya yang mempunyai fungsi atau gunanya yang tinggi kepada budaya yang menerima. Sesuatu unsur budaya yang diterima itu adalah yang mudah disesuaikan dengan keadaan masyarakat yang menerima. Unsur-unsur yang tidak sesuai dan dianggap sukar adalah lambat diterima. Unsur-unsur budaya yang sukar diganti ialah unsur-unsur budaya yang sudah meluas dalam masyarakat dan diamalkan secara turun temurun, seperti sistem kekerabatan. Kedua, unsur-unsur budaya yang dialami dalam proses sosialisasi pada peringkat awal juga sukar digantikan, seperti makanan. Makanan itu adalah sukar diubah. Ketiga, unsur yang melibatkan agama dan kepercayaan juga adalah sukar diganti dan diubah. Begitu juga ritual yang berkaitan dengan hal ini. Individu yang dikatakan moden, maju dan progresif lebih mudah menerima unsurunsur budaya asing berbanding dengan individu kolot atau kampungan. Proses urbanisasi juga memainkan peranan penting dalam menentukan pesatnya proses penerimaan. Pendidikan juga menjadi ukuran dalam menentukan mudah atau tidak seorang individu itu menerima unsur-unsur budaya asing. Lagi satu faktor ialah umur, iaitu antara golongan tua dan golongan muda. Golongan muda itu mudah mengalami devian dan menerima unsur-unsur budaya asing berbanding dengan golongan tua yang lebih kuat pegangan kepada tradisi. Konflik dan ketegangan sosial kesan dari akulturasi Peringkat perubahan selalu dikatakan tahap krisis, iaitu transisi antara golongan yang kuat ikatan kepada tradisi dengan golongan muda yang inginkan perubahan. Konflik sosial muncul dan perdebatan atau ketegangan sosial ini kerap berlaku dalam masyarakat. Golongan-golongan itu menentukan dasar dan prinsip masing-masing. Antaranya golongan tua dengan golongan muda; golongan berpelajaran dengan golongan kurang pelajaran; nasionalisme dengan liberalisme; golongan maju, moden dengan golongan kolot; golongan urban dengan golongan kampung. Konflik dan ketegangan sosial ini jelas sekali apabila berlaku tekanan budaya dengan pesatnya penerimaan unsur-unsur budaya asing. Dengan ini juga menyebabkan timbul golongan-golongan penentang. Golongan yang selalu terlibat ialah pertubuhan keagamaan yang berusaha mempertahankan tradisi. Adakala golongan agama ini melarikan diri

daripada masyarakat yang dianggap menghadapi kacau bilau. Inilah yang menimbulkan gerakan-gerakan cults, messianic movements, nativistic movements dan sebagainya. Gerakan-gerakan ini berusaha mempertahankan indentiti sendiri. Ethnologi Bidang ethnologi menjadi persoalan etnografi yang memberikan huraian tentang sesuatu budaya dalam konteks masyarakatnya. Pendekatan dalam bidang ini ialah melihat kepada segala aspek yang menjadi unsur budaya universal. Ini termasuklah unsur-unsur: (1)Budaya kebendaan (Material Culture) dan teknologi, (2)Sistem ekonomi, (3)Sistem sosial, (4)Bahasa, (5)Kesenian, (6)Sistem pengetahuan, (7)Sistem kepercayaan. Dari abad ke-19 lagi penulisan ethnografi menumpukan perhatian serius kepada persoalan teknologi. Pemerhatian pada masa itu lebih merupakan secara luaran sahaja. Dalam bidang ini termasuk berbagai-bagai bahagian teknologi, seperti pakaian, rumah, alat senjata dan sebagainya. Teknologi dalam masyarakat sederhana dapat dilakukan secara terperinci, tetapi dalam masyarakat kompleks teknologi itu tersangat kompleks. Perbincangannya lebih merupakan satu deskripsi secara luaran sahaja, tidak melibatkan tentang fungsi sosialnya. Deskripsi secara terperinci itu penting dilakukan sebagai asas dalam membuat perbandingan tentang penyebaran hasil budaya itu dari satu budaya kepada satu budaya lain. Kemudian dalam tahun-tahun 20-an dan 30-an penulisan tentang teknologi seperti dulu semakin berkurang dalam hasil-hasil ethnografi. Sistem teknologi atau budaya benda itu sendiri adalah luas sekali bidangnya. Oleh itu para pengkaji membahagikan kepada kategori-kategori tertentu yang lebih kecil, seperti alat-alat pengeluaran, senjata, makanan, pakaian, perhiasan, rumah, dan sebagainya. Sistem ekonomi Eknomi sara diri termasuk teknik dan alat-alat yang terdapat dalam masyarakat peringkat ini, terutama dalam masyarakat primitif. Sebenarnya usaha menghubungkan sistem ekonomi secara sederhana itu telah lama dilakukan, malah dapat dikesan sejak abad ke-4 lagi. Dalam sistem ini juga para pengkaji menghubungkan dengan teori evolusi dalam pertumbuhan usaha cari makan dari satu peringkat kepada satu peringkat perkembangan manusia yang lebih tinggi. Cara hidup pertanian meletakkan pertanian secara usaha paling atas. Terdapat banyak kritik tentang evolusi dalam mata pencarian ini, iaitu tingkat-tingkat ekonomi. Sistem ekonomi juga tidak terlepas dari sistem-sistem lain dalam masyarakat. Sistem sosial Pada peringkat permulaan, usaha pengkaji menggunakan teori evolusi dalam menerangkan perubahan sistem sosial. Antara yang terkenal ialah Morgan, L.H. yang mengkaji sistem kinship dalam berbagai-bagai budaya dan menerangkan proses evolusi dalam sistem ini. Beliau tertarik dengan terminologi yang digunakan dalam sistem ini antara berbagai-bagai budaya yang menjadi tumpuannya.
Share this:

StumbleUpon Digg Reddit

Tinggalkan Jawapan
Top of Form

Enter your comment here...

Guest Log Masuk Log Masuk Log Masuk

Email(Not published)

Nama

Tapak Web

Notify me of follow-up comments via email. Notify me of new posts via email.
Hantar Komen
Bottom of Form

Keranamu Malaysia

Oktober 2011
A I S R K J S
Dis

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 31
Islamic Calendar DEMI MASA Meta

Daftar Log masuk RSS Entri RSS bagi komen-komen WordPress.com

Arkib

Blogroll

1 Malaysia 0 ANGIN PERUBAHAN 0 Anwar Ibrahim.com 0 Arah Kita 0 Aspirasi Bangsa 0

BAHASA DAN BUDAYA 0 BELANTAN 0 BLOG MENGHINA ISLAM 0 CARI KERJA MUDAH 0 Cerita Dari Yan 0 Dato'Seri Jamil Khir Baharom0 Dr Khir Toyo 0 DR NOVANDRI 0 E-Solat 0 Ibrahim Yahaya 0 JOM KITA TERJAH!!! 0 Kadir Jasin 0 KAMAR KEHIDUPAN-WaniezNukilan Isteriku.. 0 Kareer 0 KEDAH SEJAHTERA, RAKYAT HURU HARA 0 KELAB PENYOKONG MAYA UMNO 0 Khairy Jamaludin 0 KHAS UNTUK WARGA KERJAPeluang Penigkatan Kerjaya 0 KICKDEFLLA 0 Liga Malaysia 2008 0 Malaysia Web Design 0 MASTER DEDAH 0 MINDA TAJDID-DR ASRI 0 Mohd Saiful Bukhari 0 NIK AMALINA NIK ABDUL AZIZ0 offside.mcoba 0 pakcikli00 0 PAPA GOMO 0 PELANTAQ HUJAH 0 Pembela Melayu 0 PEMBURU DINAR EMAS 0 PEMUDA UMNO JERAI 0 Perlembagaan Persekutuan 0 PEWARIS MELAYU 0 PUSAKA AYAHNDA 0 RIDHUAN TEE 0 Sanusi Junit 0 SEKADAR CATATAN PERIBADI0 Suara Keadilan 0 TEMPURSAKTI 0 Tok Janggut 0 Tun Dr Mahathir 0 Ustaz Moden 0 Wan Muzafar Wan Khamis 0

WordPress.com 0 WordPress.org 0 Zar-Art-MinD 0 `izzatuna 0

MEDIA

Agenda Daily 0 Berita Harian 0 Bernama 0 Harakah Daily 0 Harian Metro 0 Kosmo on line 0 Malaysia Hari Ini 3 Malaysia Kini 0 mStar Online 0 New Straits Time 6 Portal Pendidikan 0 Sinar Harian 0 The Star 5 Utusan Malaysia 1

MENCARI PEKERJAAN

BEST JOB MALAYSIA 0 BLOGCATALOG ASIA 0 CALL CENTRE JOB 0 CARI KERJA 0 CARI KERJA KOSONG 0 CARI KERJA MUDAH 0 CHARITY JOBS MALAYSIA 0 DEPARTMENT CLARIFIES 0 GOVERMENT & PUBLIC SECTOR 0 GRADUATE JOBS MALAYSIA 0 HEALTH NURSING 0 HOME WORKER JOBS 0 IKLAN JAWATAN KOSONG 0 IT JOBS MALAYSIA 0 JAWATAN KOSONG 0 JAWATAN KOSONG KERAJAAN0 JOB IN MALAYSIA 0 JOB MALAYSIA FACE BOOK 0 JOB VACANCY 0 JOBS IN MALAYSAI 0 JOBSDB MALAYSIA 0 JOBSEEKER 0 jobsmalaysia.gov 0 JOBSTREET 0

MALAYSIA INTERNET JOBS 0 MALAYSIA JOB DIRECTORY 0 MONSTER MALAYSIA 0 PLUS JOB MALAYSIA 0 SALES JOBS MALAYSIA 0 SKORCAREER 0 TOPSITE 0

PAUTAN PERTUBUHAN

ABIM 0 BADAN PEGUAM MALAYSIA 0 GPMS MALAYSIA 0 PERKASA 0 PERSATUAN SENI SILAT BUNGA0 SILAT BUNGA 03 0 SUHAKAM 0

PAUTAN PJJ USM

DIREKTORI USM 0 e-POS PJJ 0 EMAIL PELAJAR 0 EPJJ USM 2009 T'Ganu 0 EPJJ USM 2009 PERAK 0 EPJJ USM KOTA BHARU 0 HEALTHY CAMPUS 0 LAMAN UTAMA PPPJJ USM 0 LAMAN WEB RASMI USM 0 PERPUSTAKAAN USM 0 PORTAL E-LEARNING 0 SENARAI PENSYARAH USM 0 SOALAN PEPERIKSAAN LEPAS 0

PAUTAN SEMENTARA

Laman Rasmi Pilihanraya Kecil Permatang Pauh 0 MEMERDEKAKAN PERMATANG PAUH 0

SOALAN PEPERIKSAAN LEPAS

JKA 101- PENGANTAR ANTROPOLOGI & SOSIOLOGI 0 Jul 401 Bahasa Malaysia IV 0

PJJ USM 2009 TGanu Kite


PENGUMUMAN 17 Julai 2010 Mulai Sekarang Blog ini tidak akan di update lagi, segala perkongsian bolehlah dilakukan melalui facebook group PJJ USM 2009/2010 sila klik http://www.facebook.com/group.php?gid=222738188137 untuk

request.Bagi pelajar-pelajar sesi 2010/ 2014 saya mengharapkan semua pelajar dari Pusat Wilayah Terengganu mendaftar di sini, pelajar dari negeri lain turut sama d [] noreply@blogger.com (Cikgu Sabri)

Selamat Menyambut Tahun Baru 2010 31 Disember 2009 Assalamualaikum kpd rakan2 PJJ USM sekalian, lama juga tak jenguk kat blog ni rasanya last b4 g kursus intensif sebulan yang lalu, nampak mcm ada sedikit ketengangan di sini. tapi tak mengapalah sempena tahun baru 2010 ni kita buang yang keruh ambil yang jernih. kita sama-sama dalam 1 pasukan dengan 1 tekad yang sama untuk menggenggam segulung ijazah yang am [] noreply@blogger.com (cik Nor)

Selamat Menghadiri Kuliah dan Peperiksaan Berterusan 10 Disember 2009 Salam Hormat Salam Sejahtera, Khususnya buat rakan-rakan PJJ dari Terengganu,tak kira di mana anda berada.Saya mengambil kesempatan di sini untuk meluahkan perasaan gembira dan seronok kerana dapat menuntut ilmu bersama kawan-kawan di sini termasuk abg-abg dan kakak-kakak senior. Pengalaman ini sungguh berguna buat kita sebagai seorang mahasiswa ( sesuai dis [] noreply@blogger.com (Cikgu Sabri)

Top of Form

Cari

Cari:
Bottom of Form

JENDELA MINDA

Analisis: Enam teori politik Malaysia FAHAMAN-FAHAMAN NEGARA AWAL MUHARRAM (DOA akhir dan awal tahun) BERITA / ARTIKAL Cina, India perlu BN BN pilih wakil paling sesuai WARKAH UNTUK PERMATANG PAUH Bawa tuduhan liwat ke Permatang Pauh Dayus jika Majlis Peguam terlepas Henti bangkit isu beri tanah Tak gentar berdepan Anwar Tidak sabotaj pembangkang Agong diminta campur tangan, hak bumiputera makin terhakis Ahli akademik, pegawai agama pandangan berbeza Anwar Tak Jadi Bersumpah Laknat Di Masjid Penanti? Henti bincang isu jejas perkauman

BN mampu rampas semula Permatang Pauh BN tidak harus berikan kemenangan mudah kepada Anwar, kata Samy Bogelkan PETRONAS : Jerangkap samar ? Boleh Cabar Kerajaan Tapi Jaga Sensitiviti Rakyat Bukti Anwar terdesak Cara Saiful ikut lunas Islam DAP tolak negeri bawah Pakatan contohi Kelantan Dr Koh pertahan BN Pulau Pinang Duta puas hati tiada konspirasi Exco Perak bebas dari tahanan Ezam janji buktikan kebenaran Gelombang suara mahasiswa UiTM HarakahDaily Menipu Pembaca Mereka, Karpal Singh Capai Objektif Hormati hak orang Melayu Isu Kg. Baru Khalid jangan biadap Jangan berkecil hati dengan Nik Aziz Jet & Payung Kuning komplot exco singkir MB Kedah Kerajaan kaji turun harga petrol, diesel Kes liwat: Rumah Petra digeledah polis Kuota UiTM taktik PKR pancing undi Mahu kuota bumiputera kekal Majlis Peguam patut didik rakyat patuhi keputusan mahkamah Majlis Peguam patut lebih peka isu sensitif: MB Kedah Malaysia selar Pro-Koln anjur kongres anti-Islam MANA- BETUL DAN TAK BETUL MB dakwa konspirasi politik Mubahalah tidak sempurna jika Anwar tak bersumpah Muqabalah manfaat bukan Islam Muqabalah: Helah Atau Demi Perpaduan Ummah? Nik Aziz: Bubar Umno dan PAS, tubuh parti baru Pakatan Rakyat diramal berpecah PAS mahu Hadi jadi PM Pakatan Peluru hidup buat ketua Kafir Harbi Malaysia Pemimpin politik boleh masuk IPTA Pemuda bidas Singapura Pemuda: Tegak Islam manhaj malizi Perjanjian Pangkor II Bukti Nizar hanya MB Boneka DAP Pilihan raya tak halang kes liwat PM mahu selesai lima perkara sebelum berundur Rafidah lepas jawatan Jun 2009 Sumpah Ezam : Anwar bukan muslim yang baik Tak hormat bahasa Melayu Tiada konspirasi PM Kononnya wujud usaha untuk menganiaya Anwar menerusi dakwaan liwat Usaha martabat kedaulatan ketuanan Melayu perlu jujur Usul urusetia Melayu-Islam ala Suqiu Budaya Kebangsaan dan Permasalahan Budaya BUMI DI PIJAK MILIK ORANG Adakah UMNO Sesat Lagi Menyesatkan? AGENDA KETUANAN RAKYAT VS AGENDA PELBAGAI KAUM

DAP abang besar PAS, PKR Dasar Ekonomi Baru ( DEB ) Kewajaran Majlis Peguam Mempersoalkan Suara Melayu Utusan Malaysia DiPertikai! Peluang terakhir UMNO Peristiwa 13 Mei Tipisnya iman kenegaraan kita Dasar Dalam Negara : Perpaduan Negara Dasar Dalam Negara : Perpaduan Negara DOA DOA PILIHAN DOASENJATA ORANG-ORANGMUKMIN Amalan Zikir Harian Ayat 1000 Dinar DOA KEBAHAGIAN DUNIA DAN AKHIRAT DOA PEMBUKA HATI Doa Penerang Hati dan Memulakan Bacaan Doa Pengasih IBADAT HAJI DAN UMRAH IBADAH hAJI PEDOMAN MANASIK HAJI Isu Perpaduan Kaum Di Malaysia KEAGUNGAN KERAJAAN MELAKA KEMBALIKAN KEKUATAN ORANG MELAYU Bila orang Melayu lupa UMNO Eksklusif: Catatan Pengorbanan Melayu untuk bangsa lain ! Pemuda MCA mengarut Apa Yang Melayu Mahu? Artikel 153 Perlembagaan Malaysia Asal Usul Bahasa Melayu ASAL USUL BAHASA MELAYU Bila kontrak sosial dikatakan `fiction Elak ketuanan Melayu terhakis Formula Keramat: Satu Kekeliruan Hidup Melayu! Ketuanan Melayu perlu dipertahan KONTRAK SOSIAL MALAYSIA Lahirkan Melayu berkualiti Laporan Persidangan Melayu Bangsa Besar Melayu dan Globalisasi Melayu jangan jadi bacul! Melayu kini berada di persimpangan Melayu perlu bangkit! Melayu: Politik dan Nasionalisme Membina Melayu Berilmu Mencari kepimpinan UMNO Mitos Melayu Pemalas Peristiwa Penting UMNO Rahsia Bangsa Yang Hilang bhg 1

Rahsia Bangsa Yang Hilang bhg 2 Rahsia Bangsa Yang Hilang bhg 3 Rahsia Bangsa Yang Hilang bhg 4 Rahsia Bangsa Yang Hilang bhg 5 Rahsia Bangsa Yang Hilang bhg 6 Rahsia Bangsa Yang Hilang bhg 7 Relevansi UMNO dalam masyarakat generasi baru Rumpun Yang Satu Rumusan dan Kesimpulan: Jangan Melayu Hilang di Dunia Satu renungan- dihargaikah pengorbanan melayu Sumpah Melayu SUMPAH MELAYU Tanah Melayu, Bumi Melayu Titik penyatuan semula Melayu Usaha martabat kedaulatan ketuanan Melayu perlu jujur KEMULIAAN LANGIT ARAFAH DI SAAT WUKUF Dampak Berinfak dan Sedekah KEWARGANEGARAAN BENTUK NEGARA KANDUNGAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN KEBEBASAN ASASI WARGANEGARA MALAYSIA KONSEP PENGASINGAN KUASA SEKATAN TERHADAP KEBEBASAN ASASI WARGANEGARA SISTEM KERAJAAN MASA DEPAN POLITIK ORANG MELAYU Mengusung jenazah Bangsa Melayu Merawat UMNO dan Barisan Nasional Talkin untuk UMNO, bersemadilah Barisan Nasional 16 September Realitikah mimpi Anwar ? Apa nasib kita 52 tahun lagi? APA sudah jadi dengan PAS ? Bangsa Melayu yang bertopeng Melayu ! Bersatulah bangsa Melayu ! Bila kontrak sosial dikatakan `fiction Bila UMNO memberontak Bubar Tingkat 4 reformasi dalam UMNO? Darah Anwar dalam PAS Fikirkanlah Melayu Fikirkanlah Melayu Hilang UMNO, Melayu bagaimana? Isu muqabalah belahkan muktamar Pemuda Kembalikan semangat Mahathirsme? Kemelut Sekular dan Ulama Dalam Kepimpinan Pas Ketua Pemuda : apakah sekadar berharap? KETUANAN RAKYAT HANYALAH KETUANAN ANWAR Krisis Kepimpinan: Pisau dan Mentimun Di Tangan Kita Mahathir lagi: Bilakah akan reda? Maruah PAS makin terhakis Melayu Kecil Di Bumi Sendiri

MELAYU KECIL DI BUMI SENDIRI Melayu mesti bangkit bersatu ! MELAYU: POLITIK dan NASIONALISM Mencari platform bela Melayu Mencari platform bela Melayu Mitos Kerajaan Pakatan Rakyat Orang Melayu mudah cair bila dipuji PAS VS DAP : Apa jawapan soal Negara Islam? Pemuda PAS gempur BN demi Anwar Pemuda UMNO: Mengembalikan Keyakinan dalam Fenomena Baru & Generasi Baru Peringatan sebelum UMNO ditalkinkan Perjuangan Melayu UMNO perlu pendefinisian semula Permatang Pauh: Satu lagi langkah desperado Anwar Reformasi dalam UMNO 1 Reformasi dalam UMNO, satu kesukaran Reformasi UMNO- II Resolusi Permuafakatan Melayu SURAT TERBUKA BUAT UMNO & PAS Tatkala UMNO terlalu sibuk mencari pemimpin Telunjuk sudah lurus tapi kelingking berkait UMNO elak terhegeh-hegeh Warkah Buat Wakil Rakyat PAS MEMPERKASA INSTITUSI KELUARGA Mendefinisikan semula peradaban Melayu (1) Nilai dan Norma Melayu PEMBINAAN BANGSA DAN NEGARA MALAYSIA YANG BERDAULAT 1. Pengenalan: Pengertian Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kebangsaan Dalam Perlembagaan ADAT DALAM MASYARAKAT MALAYSIA DAN KEPENTINGANYA ADAT DALAM MASYARAKAT MALAYSIA DAN KEPENTINGANYA ASPIRASI NEGARA DAN FALSAFAH PENDIDIKAN BAHASA BERBUDAYA: APAKAH ERTINYA? BAHASA DAN PENAMPILANNYA BUDAYA Budaya Popular Melayu Faktor-faktor kemunculan masyarakat majmuk dan perkembangannya di Tanah Melayu sebelum Perang Dunia Kedua. Hargai hari penubuhan Malaysia Identiti Masyarakat dan Budaya Melayu KEADILAN SOSIAL MENYERLAH DALAM GAGASAN 1MALAYSIA Kebudayaan Melayu dan Islam: Analisis terhadap cabaran semasa Kedatangan Imigran Mendefinisikan semula peradaban Melayu (1) Kedatangan Imigran Cina ke Tanah Melayu Kenegaraan: Parlimen Malaysia KEUTUHAN BUDAYA DAN MORAL KONSEP BUDAYA DAN MASYARAKAT MELAYU (2) Konsep dan Budaya Masyarakat I LIBERALISME DAN TAMADUN MELAYU: PEMBACAAN DARI PERSPEKTIF FUTURE STUDIES Bahagian 1 MASYARAKAT MELAYU

Mendefinisikan semula peradaban Melayu (1) Migrasi Manusia Dari Sungai Mekong Ke Dunia Melayu Negara berasaskan sistem beraja Nilai Islam asas bentuk masyarakat majmuk harmoni Pendatang-pendatang Hindu awal Pengajian dan pengertian Budaya PERANANA GENARASI MUDA DALAM PEMBINAAN KEBUDAYAAN MELAYU PERUBAHAN DAN DINAMIKS BUDAYA MELAYU Revolusi Budaya Dan Norma Mengganggu Sistem Nilai Manusia Rukun Negara SEJAUH MANAKAH PENGARUH ISLAM DALAM UNDANG-UNDANG MELAYU LAMA Pemikiran Plato dan Aristoteles tentang Negara PENGENALAN KEPADA SAINS POLITIK-NOTA PENTINGNYA SOSIALISASI POLITIK DALAM PENGEMBANGAN BUDAYA POLITIK SOSIALISASI SOSIALISASI POLITIK dan AGEN SOSIALISASI POLITIK Peranan ibu bapa dalam membentuk masyarakat penyayang. Revolusi Budaya Dan Norma Mengganggu Sistem Nilai Manusia Sejarah Penubuhan UMNO Tanggungjawab Ibu Bapa Membentuk Peribadi , Akidah Anak Sebaik Dilahirkan TIRAI KEMERDEKAAN NEGARA :: DARI TANAH MELAYU KE PENUBUHAN MALAYSIA :: KONFLIK ETNIK DAN RAS Detik-detik Kebangkitan Malaysia di Mata Dunia Era Pembangunan Negaraku Kebolehan rakyat Malaysia dalam pelbagai bidang Kemerdekaan menuntut keinsafan anak bangsa ! Kesyukuran Rakyat Kemewahan Berkekalan Malaysia 52 tahun merdeka MASYARAKAT BERBILANG KAUM DI MALAYSIA MASYARAKAT IMIGRAN DI MALAYSIA Merdekakan pendidikan perkauman PEMBENTUKAN MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA Perpaduan Kaum Kestabilan Negara Sejarah Kemerdekaan Negara Sejarah Kemerdekaan Negara Sejarah Malaysia Sejarah merubah atau terubah 1 Sentuhan Merdeka Tokoh Pemimpin Kebangsaan WASPADA..! MELAYU SEDANG DICATUR

Majlis Peguam harus hentikan kebiadaban terhadap Islam Penghina Islam kian berani! Henti bincang isu jejas perkauman Anwar khianat dasar pro-melayu REALITI KETUANAN MELAYU Bila kilang babi lebih mulia dari Islam Hadhari

Bila UMNO dianggap tidak berkuasa DAP ANTI NEGARA ISLAM PAS DAP kuasai kerajaan Perak tanpa menjadi MB DAP tetap tolak negara Islam Demo pertahan Islam: PKR ambil tindakan ke atas Zul Nordin? Demokrasi Di Dalam UMNO Sedang Di Nilai. Dimana tanggungjawab Cina dan India? Forum Majlis Peguam helah niat jahat Gagasan Malaysian Malaysia Hancurkan Melayu! HAK KEISTIMEWAAN ORANG MELAYU Karpal Singh vs Sultan Perak Kaum lain semakin mencabar? Kesal nafi sumbangan Bapa Kemerdekaan Ketuanan Politik Melayu : Antara UMNO atau PAS yang menjadi teraju Konspirasi Besar DAP, Pas Dalam Kes Liwat Anwar Kontrak Sosial: Habis Madu Sepah Dibuang? Majlis Peguam anti-Islam Zulkifli Noordin Menafsir lawatan John L. Esposito ke rumah Anwar Muqabalah PAS-Umno di kongres DAP Nilai Kemerdekaan Bagi Orang Melayu! Pas ingatkan Pakatan Rakyat Pas, DAP mungkin ada pakatan rahsia PAS-Umno pengkhianatan terbuka Perpecahan Mazhab Muslim adalah salah satu dari agenda Amerika Pertahankan Satu Malaysia! SIAPA LEBIH RACIST : DAP ATAU MCA Teks Ucapan Penuh Dato Ismail Ahmad Teori konspirasi ciri politik Malaysia Terima Hakikat Sebagai Kaum Pendatang Terima Kasih PKR Dan PAS Dari DAP Terima Kasih PKR Dan PAS Dari DAP UMNO dalam BAHAYA AWAL MUHARRAM (DOA akhir dan awal tahun) Garis panduan pembinaan rumah ibadat digubal Memanfaatkan Keistimewaan Zulhijjah SEJARAH HARI RAYA AIDILADHA Haram media di DUN Kedah tetap berjalan Usul potong RM10 gaji AG, ketua SPRM ditolak Zaid Ibrahim tidak akan keluar PKRMustafa Kamil Ayub bagi tempoh 48 jam batalkan pemilihan DAP: Bukan Islam dipaksa ikut cara Islam YB Umno diminta pulangkan gaji wang haram Galas: Muhyiddin lari dari tanggungjawab, kata PAS

Kiriman Terbaru

Label
Add new tag

Pengunjung Sejak Julai 08


304,171 Pelawat

Thanks 4 coming

On Line

Kategori

KOMEN TERBARU

Fakir on Mitos Melayu Pemalas

dimin on :: DARI TANAH MELAYU KE PENUBU

Idris Mohd. Tahir onPEMBENTUKAN MASYARAKAT MAJMUK

Idris Mohd. Tahir onSentuhan Merdeka

satu malaysia on HAK KEISTIMEWAAN ORANG ME

radin mas on ASAL USUL BAHASA MELAYU

ruzanna bt abdul rahon Mahu kuota bumiputera kek

best1of4 on Dr M: Kepercayaan Melayu terha

cikgu on Selamat datang ke mahkamah k

Iklan Percuma onBayan Baru MP Zahrain quits

jonathan onPEMBENTUKAN MASYARAKAT MAJMUK

firdaus on Detik-detik Kebangkitan Malays

akiera on 2010 Malaysia diharap bangkit

SAUT BOANGMANALUon PENTINGNYA SOSIALISASI POLITIK

miphz on 2009 KEBANGGAAN KEGE

Fish

MASTER DEDAH
SKANDAL SEX MAT SABU 11 Oktober 2011 noreply@blogger.com (masterdedah) ANWAR LIWAT AZMIN??? 9 Oktober 2011 noreply@blogger.com (masterdedah) KANTOI BEROMEN DALAM PEJABAT 6 Oktober 2011 ARGHHH GILE SEX TUL MIKE NIH... noreply@blogger.com (masterdedah)

Double Agent? 2 Oktober 2011 Siapa Double Agent? Dalam erti kata mudah agen " Talam dua muka". Jika seseorang yang pernah berkhidmat dan sayang kepada kekanda Anuar sejak zaman kegemilangannya dan kini masih berkhidmat dalam kerajaan tentulah golongan ini paling hampir kepada unsur "double agent". Bolehkah golongan simpatisme dan bekas pekerja Anwar Ibrahim ini insaf [] noreply@blogger.com (masterdedah)

POWER KOTE NUAR 29 September 2011 KOTE CAP CEROK TOK KONDEPAN BOLEH TEMBUSBELAKANG BOLEH TEMBUSCHINA DOLL BOLEH TEMBUSDUA SEKALI DATANG BOLEH TEMBUSCONFIRM TURUN DARAH LEPAS KENA noreply@blogger.com (masterdedah)

MALAYSIAKINI
Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

USTAZ MODEN
Gambar Dr Assri Dengan Lim Guan Eng Makan Tengah Hari 9 September 2011 Makin intim nampaknya Dr Assri sekarang dengan Khalifah Lim Guan Eng. Sebelum ini beliau rapat dengan Malaysiakini. Tentu kenyang makan tengah hari dengan khalifah Dap bergelar Umar Abd Aziz. Makin suburlah ajaran wahabi nanti. Syabas Dr Assri. penulis_cyber

Buku Jangan Tinggalkan Syeikh Alawi Al Makki 12 Ogos 2011 Buku ini ingin mengajak umat Islam agar jangan meninggalkan amalan tertentu. Elok diamalkan untuk kebaikan hidup kita di dunia dan juga di akhirat. Jangan tinggalkan buku ini dari senarai belian anda. Selamat membaca. penulis_cyber

Istilah Bidah Mengikut Pandangan Ulama Termasuk Ibnu Jawzi 5 Ogos 2011 Definisi Bidah Mengikut Ahlul Sunnah wal Jamaah Oleh: Sheikh DR. Gibril Foud Haddd Tulisan ini terbahagi kepada dua bahagian: I. Definisi Bidah oleh Imam al-Shafie (ra). II. Pembahagian Bidah di kalangan Ahlul Sunnah wal Jamaah dan selainnya. I. Definisi Bidah Mengikut Imam Shafie: Sumbangan besar Imm al-Shfi` (ra) dalam ilmu Usul al-Fiqh ialah pe [] penulis_cyber

JEMPUTAN KEPADA 200 FACEBOOKER DAN BLOGGER KE SEMINAR GAGASAN 1MALAYSIA UNTUK KITA 27 Julai 2011 Assalamualaikum wrt wbt & salam 1Malaysia. Satu Seminar Gagasan 1Malaysia Untuk Facebookers dan Bloggers akan diadakan di Akademi Kenegaraan, Jalan Bellamy pada Khamis 28 Julai 2011 bermula 9.30 pagi hingga 4 petang. Ia bertujuan memberi penerangan yang jelas tentang gagasan 1Malaysia kepada bloggers dan facebookers agar mereka dapat membantu menyebarkan [] penulis_cyber

Golongan Tidak Layak Diberi Jawatan Sebagai Pemimpin Umat Islam 18 Mei 2011 Rasulullah tidak melantik sesiapa yang meminta jawatan, sebaliknya menyerahkan kepada yang mempunyai sifat bertanggungjawab. Menyedari pentingnya pemimpin dan kepemimpinan, Allah sendiri menyatakan dalam al-Quran empat kategori manusia yang tidak boleh atau haram diangkat menjadi pemimpin, atau dalam bahasa mudahnya empat golongan atau kategori manusia yang [] penulis_cyber

Artikal
2151 ARTIKAL

MEDIA

Uncategorized

Spam Blocked

1,497spam comments

Penyumbang

Popular

zanas s276.photobucket.com/albu profabdullah1.wordpress.c serisuri.wordpress.com 1malaysia.com.my/index.ph janaduit.com/?ref=1434 google.co.id/search?hl=id chedet.com

google.co.id/search?q=bud cpps.org.my/resource_cent s179.photobucket.com/albu 2.bp.blogspot.com/_qGgvUZ beritamuslim.wordpress.co

Tulisan Terbaik

PENTINGNYA SOSIALISASI POLITIK DALAM PENGEMBANGAN BUDAYA POLITIK Konsep dan Budaya Masyarakat I ADAT DALAM MASYARAKAT MALAYSIA DAN KEPENTINGANYA PEMBENTUKAN MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA BUDAYA Isu Perpaduan Kaum Di Malaysia KONSEP BUDAYA DAN MASYARAKAT MELAYU (2) MASYARAKAT IMIGRAN DI MALAYSIA Peranan ibu bapa dalam membentuk masyarakat penyayang. KONFLIK ETNIK DAN RAS Faktor-faktor kemunculan masyarakat majmuk dan perkembangannya di Tanah Melayu sebelum Perang Dunia Kedua. Kedatangan Imigran Cina ke Tanah Melayu

KESETIAAN KEPADAN RAJA DAN NEGARA

More Photos
Top Rated
Posts | Pages | Comments
All | Today | This Week | This Month

Musa saman Anwar 5/5 (1 vote) Sumpah laknat bermula: Anwar saman Hamzah pula! 5/5 (1 vote) Gambar %u2019super impose%u2019 Elizabeth Wong di Internet 5/5 (1 vote)

MENDAULATKAN MARTABAT BANGSA

<iframe width='450' height='350' frameborder='0' scrolling='no' margin

Kemaskini Twitter
Ka veikiam? 3 years ago Kas gero 3 years ago

Subscribe to MENDAULATKAN MARTABAT BANGSA

Search Engine Optimization and SEO Tools Blog di WordPress.com. Theme: Black-LetterHead by Ulysses Ronquillo.

Follow

Follow MENDAULATKAN MARTABAT BANGSA


Top of Form

Get every new post delivered to your Inbox.


Enter email ad

Sign me up!

Bottom of Form
Powered by WordPress.com

M E N D AU L AT K A N M A RTA B AT B A N G S A
A d a t b e r s a u d i p e r t a h a n k a n ; k a m p u n g d i j a g a p e r p a d u a n b a n d a r a , s a u d a r a a d a t b e r k a m p u n g , ; a d a t b e r b a n g s a , g s a d i u t a m a k a n .

Konsep dan Budaya Masyarakat I


Pengertian Budaya Sungguhpun manusia itu dari segi biologi tidak banyak berbeza dari haiwan primat, tetapi perlakuannya amat berbeza. Manusia dapat menggunakan akal fikiran dan peralatan. Perlakuan mereka dikawal dan didorongkan oleh akal. Proses pemelajaran manusia dapat menentukan corak budayanya. Ilmu pengetahuannya bersifat akumulatif, mampu memahami lambang-lambang yang simbolis seperti bahasa. Sistem pembahagian manusia adalah lebih kompleks daripada haiwan. Budaya yang dikonsepsikan oleh orang ramai selalunya meliputi hal-hal mengenai kesenian. Sedangkan pengertian budaya dalam pengajian anthropologi adalah suatu jalinan yang kompleks. Perlakuan manusia yang dipelajari (learned behaviour) adalah menjadi asas kepada pertumbuhan budaya. Perlakuan-perlakuan manusia yang diterima dari proses

pemelajaran terjalin dalam suatu sistem yang tersusun rapi, iaitu merupakan budaya. Definisi budaya itu berbagai-bagai sebagaimana yang diberikan oleh sarjan-sarjana anthropologi budaya. A.L. Kroeber dan C. Kluckhohn pernah mengumpul sehingga 160 definisi budaya yang telah digunakan oleh sarjana-sarjana. Kemudian mereka menganalisis dan membuat kesimpulan. Dalam bahasa Melayu budaya itu berasal daripada perkataan budi, iaitu kata Sanskrit yang bermaksud akal. Budaya itu ialah perlakuan-perlakuan manusia yang berkaitan dengan akal fikiran. Dalam intepretasi lain difahamkan bahawa budaya itu daripada rangkaian daya dan budi yang dapat dikatakan segala yang berupa cipta, rasa dan penggunaan fikiran manusia. Kebudayaan itu bermaksud segala hasil dari ciptaan itu. Budaya adalah kata singkat daripada kebudayaan. Adakala budaya itu didapati sama ertinya dengan peradaban, tetapi peradaban itu adalah sebahagian daripada budaya. Dalam budaya itu terdapat berbagai-bagai jalinan unsur, ada unsur yang amat besar dan ada unsur kecil. Unsur-unsur budaya itu dapat dikelasifikasikan kepada beberapa bahagian yang penting bagi memudahkan perbincangan akademik. Sebenarnya unsur-unsur itu saling berkaitan antara satu sama lain. Dan selalunya unsur-unsur itu bertindih sesama sendiri. Antara unsur-unsur budaya itu terdapat unsur-unsur besar yang dikatakan budaya universal (cultural universal) yang dapat dibahagikan kepada: budaya peralatan bagi keperluan hidup manusia, sistem ekonomi, sistem sosial, bahasa, kesenian dan mainan, ilmu pengetahuan dan agama serta magis. Dalam unsur-unsur budaya besar itu terdapat pula bahagianbahagian yang lebih kecil. Dalam berbagai-bagai unsur budaya itu terdapat pula aktivitiaktivitinya yang tersendiri yang dapat dikatakan aktiviti budaya (cultural activities). Segala aktiviti budaya itu terbahagi pula kepada jalinan-jalinan yang lebih kecil yang kita namakan trait complexes dan kemudian boleh dipecah-pecahkan kepada trait-trait yang lebih kecil. Daripada traits ini terdapat pula pecahan yang lebih kecil yang dinamakan unsur atau items. Budaya itu dapat dilihat dari aspek perlakuan dan hasil perlakuan anggota-anggota masyarakat. Perlakuan manusia didorongkan oleh berbagai-bagai aspek lain, seperti norma, nilai, peraturan, adat resam, kepercayaan, undang-undang dan sebagainya. Perlakuan ini adalah hasil dari berbagai-bagai proses dan ini juga yang melahirkan berbagai-bagai peralatan budaya. Sesuatu sistem itu merupakan perlakuan individu dan gabungan dengan alat-alat yang dihasilkan. Dalam penyelidikan anthropologi budaya memerlukan satu proses yang kompleks bagi memahami perhubungan dan interaksi individu dalam sesuatu masyarakat itu. Perlakuan itu harus mencerminkan budaya yang menjadi tumpuan kajian itu. Perlakuan dan Kawalan Sosial Pola-pola budaya merupakan satu prinsip atau dasar yang berulangkali berlaku dalam budaya, sehingga ia melahirkan aktiviti budaya atau kompleks budaya. Ia melahirkan suatu sistem pola. Dalam penyelidikan sesuatu unsur budaya itu, hendaklah melihat kedudukan pola itu dalam budaya seluruhnya. Tidak lengkap jika penyelidikan itu hanya ditumpukan kepada bahagiannya tanpa pertimbangkan kedudukannya yang lebih luas. Fungsi Dalam penyelidikan, fungsi mempunyai pengertiannya tersendiri. Fungsi dalam pengajian akademik menerangkan hubungan antara suatu hal dengan sesuatu tujuan tertentu; dan menerangkan hubungan variable antara satu dengan yang lain; dan fungsi juga menerangkan jalinan hubungan antara satu hal dengan hal yang lain dalam sistem yang bulat atau sistem yang lebih luas. Fungsi yang selalu digunakan seharian itu juga dengan mudah difahami, iaitu melihat peranan atau kepentingan sesuatu itu dengan hubungan

masyarakat atau sistem yang lebih luas. Dalam pengajian akademik, konsep fungsi itu kemudian melahirkan satu pendekatan tersendiri yang dipanggil fungsionalism. Para pengkaji anthropologi berusaha memberi pengertian yang lebih mendalam mengenai pendekatan fungsi ini, iaitu cuba menerangkan bahawa setiap unsur budaya itu mempunyai guna, fungsi dan maknanya tersendiri dalam masyarakat. Setiap unsur itu dapat dihubungkan dengan sesuatu tujuan atau peranan tertentu dalam masyarakat. Selain itu, sesuatu unsur itu mempunyai makna dan pengertian tersendiri dalam budaya. Aspek ini boleh dikaji dan dianalisis dengan lebih mendalam. Sesuatu unsur budaya yang lahir itu, bersangkut paut pula dengan berbagai-bagai aspek dan unsur lain dalam masyarakat. Oleh itu, apabila mengkaji sesuatu unsur itu hendaklah juga dikaitkan dengan minat-minat yang lain. Ini dikatakan pendekatan minat sosial. Anika budaya Budaya dan masyarakat itu didapati berbagai-bagai, diversiti dalam dimensi masa dan ruang. Oleh kerana terdapat diversiti dalam budaya itu maka didapati berbagai-bagai usaha untuk mengkelasifikasikannya; misalnya pembahagian seperti barat dan timur; primitif dan moden; tradisi dan moden, berdasarkan sekitaran alam, kawasan budaya dan ke dalam kulturkreise. Pembahagian itu berasaskan pada masa atau ruang. Dalam proses mengkelasifikasikan budaya terdapat berbagai-bagai kritik, tentangan dan terdapat pula berbagai-bagai sokongan dan ulasan. Pengertian masyarakat Pengertian masyarakat itu luas dan boleh dilihat dari berbagai-bagai sudut. Dalam penggunaan harian, masyarakat difahamkan sebagai kelompok individu. Pengertian masyarakat banyak telah diberikan oleh para pengkaji anthropologi dan sosiologi. Segala pengeritan yang dibincangkan itu adalah benar melihat kepada sudut pandangan masingmasing. Secara umum, masyarakat itu dapat difahamkan sebagai satu kesatuan kelompok manusia yang mempunyai interaksi dalam sistem hidup yang tertentu. Adat resam juga digunakan dalam menentukan cara hidup masyarakat. Jadi, budaya adalah sebagai ikatan kepada wujudnya masyarakat. Budaya dan masyarakat adalah sesuatu hubungan yang tidak dapat dipisahkan. Dalam masyarakat itu juga, pentingnya ialah interaksi antara individu-individu yang menentukan suatu pola hidup yang tertentu. Melalui ini terdapatlah suatu sistem komunikasi yang tersendiri. Proses interaksi itu adalah luas pengertiannya, meliputi pelbagai sistem komunikasi. Perlakuan individu dalam masyarakat itu adalah ditentukan oleh pola-pola interaksi, sebagaimana yang ditentukan oleh nilai-nilai sosial. Pengertian masyarakat adalah sangat luas yang meliputi berbagai-bagai ciri meliputi unitunit sosial dan institusi-institusi sosial yang lebih luas. Kelompok-kelompok interaksi sosial yang kecil itu merupakan unit sosial yang tersendiri sehinggalah kepada unit sosial yang lebih besar. Unit sosial itu wujud atas minat dan kepentingan tertentu dengan sistem interaksi yang tersendiri. Masing-masing individu itu berinteraksi bersandar atas kepentingan tersendiri. Unit sosial ini kemudian dapat dipisahkan kepada kategori sosial yang lebih besar iaitu golongan sosial. Golongan bermaksud kelompok sosial yang lebih besar dan selalunya interaksi anggota-anggota itu tidak seerat unit sosial. Golongan sosial ini bergantung kepada asas mana yang dijadikan ukuran atau pembahagiannya. Dalam sesuatu golongan sosial itu terdapat ciri-ciri tertentu yang berasaskan kepada ciri-ciri yang digunakan untuk kategori itu. Kolektif: Berasaskan kepada ciri-ciri tertentu berdasarkan sistem norma di kalangan anggota-anggota masyarakat. Kelompok sosial (social group): Pembentukan kumpulan secara kolektif itu juga melahirkan kelompok seperti kumpulan ras (racial group), kumpulan budaya (cultural group) dan

kumpulan ethnik (ethnic group). Setiap kelompok itu mempunyai organisasi dan sistem kepimpinan tertentu. Kumpulan kelompok mempunyai ikatan, seperti tujuan dan minat bersama. Begitu juga anggota kelompok itu terdapat sistem nilai dan norma yang tersendiri. Mereka mempunyai kesedaran bersama. Komuniti: Berasaskan kepada hidup setempat ikatan yang rapat dalam kelompok kecil dan unit sosial yang lebih besar. Institusi sosial: Ini lebih khusus kepada sistem nilai dan norma, mempengaruhi aktivti individu dalam satu kesatuan kemasyarakatan tadi. Mereka mempunyai kepentingan atas minat bersama. Adakala berupa kebiasaan, adat istiadat atau adat resam anggotanya bersama dalam aktiviti, dan menurut sistem norma bersama yang bertujuan untuk memenuhi kompleks tertentu. Institusi pula bermakna badan atau organisasi khusus. Institusi bertujuan memenuhi keperluan kehidupan, seperti institusi kekerabatan, institusi yang bersifat ekonomi, pendidikan, politik dan sebagainya. Struktur Sosial: Konsep struktur sosial dikemuakan oleh A.R. Radcliff-Brown (1939). Sesuatu prinsip kebudayaan itu adalah terdiri dari jalinan-jalinan tertentu yang dapat menjadikannya sebagai struktur sosial. Struktur sosial amat penting dalam memahami budaya dan masyarakat. Masyarakat dan Budaya Dinamiks Sosial: dalam proses ini kita perlu memahami sosialisasi, enkulturasi, evolusi, inovasi, difusi, assimilasi dan akulturasi. Dalam penyelidikan sosio-budaya persoalan ini hendaklah dilihat dalam konteks perubahannya. Proses sosialisasi: meliputi seluruh proses penyesuaian individu dalam budayanya secara mempelajari, baik secara formal mahupun tidak formal bagi memahami masyarakat sekitarnya. Seorang itu mengalami proses sosialisasi sejak lahir sehingga seorang itu meninggal dunia. Seorang itu mempelajari norma, nilai dan peraturan-peraturan hidup dalam masyarakatnya. Proses pembudayaan yang disebut enkulturasi, ialah penyesuaian dengan kehendak-kehendak budaya sendiri. Konflik sosial selalu terdapat dalam proses sosialisasi itu, sehingga adakalanya melahirkan individu yang menyeleweng (deviants). Aspek penyelewengan dalam budaya ini adalah suatu fenomenon yang terdapat dalam semua budaya. Proses perubahan masyarakat dan budaya Perubahan berlaku kerana budaya itu dinamis, iaitu berlaku perubahan dari masa ke masa. Perubahan itu adakala terjadi dalam jangka masa yang lama dan adakala berbentuk reformasi atau revolusi. Evolusi budaya ialah suatu proses perubahan masyarakat dan budaya yang mengambil masa yang lama. Perubahan yang berlaku itu lebih berupa secara bersendirian, iaitu tidak ada tekanan dari luar. Konsep perubahan budaya pula merupakan perubahan yang terjadi dalam jangka masa yang lebih pendek dan mungkin hasil dari pertembungan dengan luar atau lebih bersifat tekanan dari luar. Perubahan budaya itu terjadi secara asimilasi dan akultrasi. Proses evolusi yang mengambil masa lama itu dalam anthropologi dikatakan directional processes yang dilihat dari jauh. Proses evolusi secara berulang-ulang itu dipanggil proses recurrent. Inovasi ialah proses perubahan budaya yang besar tetapi terjadi dalam jangka masa yang tidak begitu lama. Penemuan baru disebarkan kepada masyarakat, dan budaya itu diterima serta dipelajari dan akhirnya menjadi kebiasaan dalam masyarakat. Penemuan (discovery dan invention) ialah penemuan unsur budaya baru. Bila penemuan itu diserap ke dalam budaya maka ia dikatakan penciptaan.

Difusi Difusi bermakna proses penyebaran unsur-unsur budaya daripada seorang individu kepada seorang individu lain, atau dari satu masyarakat kepada satu masyarakat lain. Proses penyebaran unsur-unsur budaya dalam masyarkat yang sama disebut difusi dalam masyarakat yang sama (intra-society diffusion) dan proses difusi antara masyarakat itu ialah inter-society diffusion. Intra-society diffusion selalunya merupakan penyebaran dan peresapan unsur-unsur budaya baru yang ditemui dari proses inovasi dan penciptaan. Dalam anthropologi proses difusi budaya itu dimaksudkan penyebaran dan peresapan unsur-unsur budaya daripada satu masyarakat kepada satu masyarakat lain. Proses ini berlaku mungkin secara dibawa oleh orang-orang yang berpindah, iaitu proses migrasi, terutama dalam zaman pra-sejarah yang kerapkali berlaku migrasi kelompok-kelompok tertentu. Difusi budaya boleh berlaku kerana kedatangan individu-individu dari luar, seperti pengembara, pedagang, pelaut dan sebagainya. Misalnya, dalam perkembangan unsurunsur budaya Hindu ke kawasan ini. Difusi juga boleh berlaku dengan pertembungan kelompok penduduk tempatan dengan kelompok jiran dengan berbagai-bagai cara pertemuan. Cara pertama ialah hubungan dalam bentuk daripada masing-masing budaya itu hampir tidak berubah yang disebut sebagai symbiotic. Difusi peresapan budaya melalui pedagang-pedagang berlaku secara sukarela yang tidak disedari. Difusi budaya juga dilakukan oleh missionary atau pengembang agama, cara ini dilakukan dengan sengaja. Peresapan budaya secara tekanan (imposed) ialah melalui peperangan, penaklukan dan seumpamanya, di sini terdapat unsur paksaan. Kini proses difusi tersangat cepat berlaku kerana terdapat berbagai-bagai kemudahan sistem komunikasi yang tersebar luas, seperti radio, tv dan filem. Unsur-unsur budaya selalu bergerak, tersebar atau meresap dari satu budaya kepada satu budaya lain dengan berbagai-bagai cara dan jalinan difusi itu merupakan satu kompleks yang tersendiri. Perpindahan budaya itu menjadi satu gabungan atau kompleks yang agak sukar untuk dipisah-pisahkan. Sesuatu unsur budaya itu mempunyai kait mengait dengan unsur-unsur budaya lain yang menjadikannya sebagaimana satu kompleks tersendiri, misalnya jualan kereta ke negeri lain, juga melibatkan hal-hal lain berkaitan dengan kereta. Asimilasi Proses ini berlaku dalam kelompok-kelompok yang budaya berbeza, mereka saling bergaul antara satu sama lain, dalam masa yang lama sehingga budaya-budaya dari kelompokkelompok itu berubah saing menyesuaikan menjadi satu. Dalam komuniti Cina dan Siam di Kelantan mengalami proses asimilasi dengan budaya orang Melayu. Proses ini berlaku apabila terdapat pergaulan secara intensif dan luas dalam jangka masa yang lama. Kelompok-kelompok itu mesti mempunyai sikap tolenrasi dan simpati antara satu sama lain. Antara penghalang dalam proses ini ialah bila terdapat perasaan superioriti pada individu dalam budaya tertentu terhadap budaya yang dihadapinya, dan sifat takut kepada kekuatan budaya lain. Akulturasi Proses akulturasi berlaku bila budaya tempatan bertembung dengan budaya asing, dan kemudian berlaku proses penerimaan budaya asing sesuai dengan kehendak-kehendak tempatan sehingga tidak menghilangkan identiti budaya sendiri. Proses ini berlaku kepada budaya Melayu sejak dulu kala, melampaui batas-batas tempatan. Proses ini berlaku oleh kerana adanya migrasi, pertembungan secara individu dengan budaya asing. Penerimaan unsur-unsur budaya asing itu tidak pula bertentangan dengan kehendak-kehendak budaya sendiri. Proses ini amat pesat berlaku apabila berlaku campur tangan kolonial Barat di negara-negara yang mundur. Bersama dengan penyebaran agama-agama besar di dunia ini juga bermakna penyebaran budaya melalui proses akulturasi ini berlaku secara leluasa.

Pertembungan budaya-budaya Afrika, Asia, Oceania, Amerika Utara dengan Ero-Amerika menjadikan proses akulturasi itu pesat sekali berlaku dalam abad ke-20. Dalam pengajian anthropologi budaya, tumpuan kepada penyelidikan proses akulturasi ini semakin diminati dan berkembang luas. Berbagai-bagai method dan pendekatan penyelidikan tentang ini telah dilakukan oleh sarjana-sarjana. Dalam penyelidikan ini memerlukan pengetahuan yang luas kerana ia melibatkan usaha perbandingan antara satu budaya dengan satu budaya lain. Unsur-unsur budaya asing yang mudah diterima ialah yang bercorak atau bersifat konkrit, seperti budaya kebendaan (material culture), dan unsur-unsur budaya yang mempunyai fungsi atau gunanya yang tinggi kepada budaya yang menerima. Sesuatu unsur budaya yang diterima itu adalah yang mudah disesuaikan dengan keadaan masyarakat yang menerima. Unsur-unsur yang tidak sesuai dan dianggap sukar adalah lambat diterima. Unsur-unsur budaya yang sukar diganti ialah unsur-unsur budaya yang sudah meluas dalam masyarakat dan diamalkan secara turun temurun, seperti sistem kekerabatan. Kedua, unsur-unsur budaya yang dialami dalam proses sosialisasi pada peringkat awal juga sukar digantikan, seperti makanan. Makanan itu adalah sukar diubah. Ketiga, unsur yang melibatkan agama dan kepercayaan juga adalah sukar diganti dan diubah. Begitu juga ritual yang berkaitan dengan hal ini. Individu yang dikatakan moden, maju dan progresif lebih mudah menerima unsurunsur budaya asing berbanding dengan individu kolot atau kampungan. Proses urbanisasi juga memainkan peranan penting dalam menentukan pesatnya proses penerimaan. Pendidikan juga menjadi ukuran dalam menentukan mudah atau tidak seorang individu itu menerima unsur-unsur budaya asing. Lagi satu faktor ialah umur, iaitu antara golongan tua dan golongan muda. Golongan muda itu mudah mengalami devian dan menerima unsur-unsur budaya asing berbanding dengan golongan tua yang lebih kuat pegangan kepada tradisi. Konflik dan ketegangan sosial kesan dari akulturasi Peringkat perubahan selalu dikatakan tahap krisis, iaitu transisi antara golongan yang kuat ikatan kepada tradisi dengan golongan muda yang inginkan perubahan. Konflik sosial muncul dan perdebatan atau ketegangan sosial ini kerap berlaku dalam masyarakat. Golongan-golongan itu menentukan dasar dan prinsip masing-masing. Antaranya golongan tua dengan golongan muda; golongan berpelajaran dengan golongan kurang pelajaran; nasionalisme dengan liberalisme; golongan maju, moden dengan golongan kolot; golongan urban dengan golongan kampung. Konflik dan ketegangan sosial ini jelas sekali apabila berlaku tekanan budaya dengan pesatnya penerimaan unsur-unsur budaya asing. Dengan ini juga menyebabkan timbul golongan-golongan penentang. Golongan yang selalu terlibat ialah pertubuhan keagamaan yang berusaha mempertahankan tradisi. Adakala golongan agama ini melarikan diri daripada masyarakat yang dianggap menghadapi kacau bilau. Inilah yang menimbulkan gerakan-gerakan cults, messianic movements, nativistic movements dan sebagainya. Gerakan-gerakan ini berusaha mempertahankan indentiti sendiri. Ethnologi Bidang ethnologi menjadi persoalan etnografi yang memberikan huraian tentang sesuatu budaya dalam konteks masyarakatnya. Pendekatan dalam bidang ini ialah melihat kepada segala aspek yang menjadi unsur budaya universal. Ini termasuklah unsur-unsur: (1)Budaya kebendaan (Material Culture) dan teknologi, (2)Sistem ekonomi, (3)Sistem sosial, (4)Bahasa,

(5)Kesenian, (6)Sistem pengetahuan, (7)Sistem kepercayaan. Dari abad ke-19 lagi penulisan ethnografi menumpukan perhatian serius kepada persoalan teknologi. Pemerhatian pada masa itu lebih merupakan secara luaran sahaja. Dalam bidang ini termasuk berbagai-bagai bahagian teknologi, seperti pakaian, rumah, alat senjata dan sebagainya. Teknologi dalam masyarakat sederhana dapat dilakukan secara terperinci, tetapi dalam masyarakat kompleks teknologi itu tersangat kompleks. Perbincangannya lebih merupakan satu deskripsi secara luaran sahaja, tidak melibatkan tentang fungsi sosialnya. Deskripsi secara terperinci itu penting dilakukan sebagai asas dalam membuat perbandingan tentang penyebaran hasil budaya itu dari satu budaya kepada satu budaya lain. Kemudian dalam tahun-tahun 20-an dan 30-an penulisan tentang teknologi seperti dulu semakin berkurang dalam hasil-hasil ethnografi. Sistem teknologi atau budaya benda itu sendiri adalah luas sekali bidangnya. Oleh itu para pengkaji membahagikan kepada kategori-kategori tertentu yang lebih kecil, seperti alat-alat pengeluaran, senjata, makanan, pakaian, perhiasan, rumah, dan sebagainya. Sistem ekonomi Eknomi sara diri termasuk teknik dan alat-alat yang terdapat dalam masyarakat peringkat ini, terutama dalam masyarakat primitif. Sebenarnya usaha menghubungkan sistem ekonomi secara sederhana itu telah lama dilakukan, malah dapat dikesan sejak abad ke-4 lagi. Dalam sistem ini juga para pengkaji menghubungkan dengan teori evolusi dalam pertumbuhan usaha cari makan dari satu peringkat kepada satu peringkat perkembangan manusia yang lebih tinggi. Cara hidup pertanian meletakkan pertanian secara usaha paling atas. Terdapat banyak kritik tentang evolusi dalam mata pencarian ini, iaitu tingkat-tingkat ekonomi. Sistem ekonomi juga tidak terlepas dari sistem-sistem lain dalam masyarakat. Sistem sosial Pada peringkat permulaan, usaha pengkaji menggunakan teori evolusi dalam menerangkan perubahan sistem sosial. Antara yang terkenal ialah Morgan, L.H. yang mengkaji sistem kinship dalam berbagai-bagai budaya dan menerangkan proses evolusi dalam sistem ini. Beliau tertarik dengan terminologi yang digunakan dalam sistem ini antara berbagai-bagai budaya yang menjadi tumpuannya.
Budaya atau kebudayaan (daripada perkataan Sanskrit buddayah, yang merupakan kata jamak bagi perkataan buddhi, yang bermaksud budi pekerti atau akal) secara amnya membincangkan hal-hal berkaitan budi dan akal manusia. Di dalam pengertian yang luas pula bermaksud segala sesuatu yang dibawa atau dikerjakan oleh manusia, berlawanan dengan "perkara semula jadi"' yang bukan diciptakan atau boleh diubah oleh manusia. Di dalam bahasa Inggeris, kebudayaan disebut sebagai culture, yang berasal daripada perkataan Latin colore yang bermaksud menanam atau mengerjakan. [sunting]Pengertian Kebudayaan mempunyai hubungan erat dengan masyarakat. Menurut Melville J. Herskovits dan Bronislaw Malinowski, segala sesuatu yang terdapat di dalam sesebuah masyarakat mempunyai hubungkait atau boleh ditentukan oleh kebudayaan yang dimiliki masyarakat itu sendiri. Fahaman ini dikenal di kalangan

ahli antropologi (kajian manusia) sebagai fahaman determinisme (ataupenentuan) budaya. Herskovits seterusnya memandang budaya sebagai sesuatu yang diperturunkan daripada satu generasi ke generasi seterusnya dan konsep ini disebut sebagai organik lampau(atau ringkasnya superorganik). Sementara itu, menurut Andreas Eppink pula, kebudayaan ialah keseluruhan pengertian, nilai, norma, ilmu pengetahuan serta struktur-struktur kemasyarakatan, keagamaan selain penghasilan seni dan intelektual yang membentuk ciri-ciri khas sesebuah masyarakat. Pengertian sebegini dipersetujui oleh Edward B. Taylor. Beliau memandang budaya sebagai satu konsep menyeluruh yang rumit yang mengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, tatasusila, undang-undang, adat resam dan lain-lain kebolehan serta kebiasaan yang diperolehi oleh manusia sebagai anggota masyarakat. Ahli antropologi dari alam Nusantara, iaitu Selo Soemardjan dan Soelaiman Soemardi pula memegang kebudayaan sebagai alat penghasilan karya seni, rasa dan penciptaan di dalam masyarakat. Daripada kesemua pengertian ini, kebudayaan bolehlah disimpulkan sebagai keseluruhan cara hidup manusia termasuk hasil ciptaan dan pemikiran yang sesuai dengan kehendak rohani dan jasmaniyang menjadi amalan untuk kesejahteraan hidup sesuatu kelompok

Anda mungkin juga menyukai