Anda di halaman 1dari 10

PENGHARGAAN Alhamdulillah segala puji dan syukur ke hadrat Allah S.W.T dan junjungan besar Nabi Muhammad S.A.

W serta para sahabat dan Tabi in. Dengan ini sukacitanya saya kerana telah menyiapkan kertas kerja yang bertajuk BLOG PEMBELAJARAN . Syukur kepada Allah S.W.T kerana dengan taufiq dan inayah-Nya, telag mengizinkan saya menyiapkan kertas kerja ini. Semoga usaha yabg tidak seberapa ini mendapat hikmah daripada Nya. Pada kesempatan ini juga, saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih buat penyelia yang disanjung tinggi dan dihormati iaitu PUAN IDA NERINA BINTI ROSDI diatas kesudian beliau memberi bimbingan dan tunjuk ajar serta dorongan sepanjang kami menyiapkan blog pembelajaran ini. Seterusnya, saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada keluarga saya diatas pelbagai bentuk kerjasama dan pertolongan yang telah mereka hulurkan sepanjang proses pembikinan blog ini. Tidak lupa juga kepada para sahabat dan rakan-rakan yang sudi meluangkan masa membantu dan memberi tunjuk ajar dalam menyiapkan tugasan ini. Mudah-mudahan Allah S.W.T merahmati dan merdhai hidup kalian hanya Allah S.W.T sahaja yang dapat membalas jasa kalian semua Insya-Allah. Semoga blog pembelajaran ini dapat memberi manfaat kepada semua dan dapat memudahkan mereka mempelajari sesuatu di dalam blog pembelajaran saya ini.

PENGENALAN Pada zaman ini penggunaan teknologi maklumat sangat meluas. Ini disebabkan beberapa faktor kurikulum menyebabkan berkembangnya penggunaan teknologi maklumat. Disini saya menyarankan penggunaan teknologi maklumat dalam pembelajaran dan pengajaran amat diperlukan mengikut peredaran zaman ke zaman. Ini kerana anak-anak kita zaman ini majoritinya sangat meminati dengan teknologi maklumat dan sesuai dengan alam kehidupan mereka yang mana kehidupan kanakkanak lebih menggemari dengan alam kartun dan sebagainya. Blog yang saya bina ini bukan sahaja boleh digunapakai oleh kanak-kanak malah dari semua golongan boleh menggunakannya kerana terdapat unsur-unsur kegamaan melalui fardhu ain dan fardu kifayah yang wajib kita sebagai umat Islam wajib mempelajarinya. Jadi, pendekatan saya dalam pembelajaran dan pengajaran pendidikan Islam iaitu dengan menggunakan BLOG PEMBELAJARAN yang semakin popular ketika ini bukan sahaja dalam malah perbincangan, perniagaan online juga

pendedahan ilmu pengetahuan menggunakan laman web blog.

PENGENALAN BLOG PEMBELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM.BLOGSPOT.COM Blog http://ustaznizamjais.blogspot.com adalah satu blog pembelajaran yang boleh membantu anak-anak mempelajari dan mengulangkaji pembelajaran lebih-lebih lagi mata pelajaran pendidikan islam dan bahasa arab yang perlu banyak latih tubi jika mahu mahir dalam mata pelajaran tersebut.

ALAMAT BLOG

Nama Blog

PEMBELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM ( BAHASA ARAB ) http://ustaznizamjais.blogspot.com

Alamat Blog :

OBJEKTIF  Membolehkan pelajar yang mempunyai kemahiran web menggunakan sumber maklumat kegemaran mereka, iaitu Internet, secara sah dan sesuai serta mengaplikasikan kemahiran mereka dalam program tersebut.  Dapat meningkatkan motivasi pelajar untuk bergiat aktif dalam proses pembelajaran kerana menulis blog sangat menyeronokkan dan menarik.  Pelajar membina kemahiran komunikasi pelajar yang kurang mahir internet melalui pembelajaran rakan sebaya.  Dapat memberi pelajar maklumat terkini mengenai bahan pembelajaran mereka.  Dapat membina pemikiran kritis (dan juga cara-cara yang sesuai untuk mengutarakan pemikiran tersebut dalam bentuk tulisan) melalui penggunaan ruang komen dan bentuk maklum balas yang lain.  Merupakan portal kreativiti dan inisiatif sendiri, kerana idea yang bagus bukan sahaja diberi ganjaran melalui markah yang tinggi, malah mendapat respon secara langsung daripada pembaca blog.  Membolehkan program anda lebih mudah dilihat di Internet dan memberikan imej positif yang jelas, seterusnya boleh menghasilkan komitmen yang tinggi daripada pelajar terhadap program tersebut dan perasaan bangga terhadap hasil kerja mereka.  Dapat menjadikan pembelajaran lebih sama rata, bukan secara hierarki, dan guru bertindak sebagai titik kawalan, bukan sebagai satu-satunya sumber maklumat dan tafsiran.

KELEBIHAN PEMBELAJARAN BLOG Pengajaran berasaskan laman web merupakan alternatif atau cara baru pengajaran yang mempunyai banyak potensi untuk menghasilkan pengajaran yang lebih bermakna. Ciri-ciri antara muka dan fizikal laman web mempunyai impak yang berlainan berbanding pengajaran konvensional. Antara kebaikan pengajaran berasaskan laman web ialah penyediaan ciri-ciri hiperteks, hipermedia dan hyperlink dengan Laman web lain dari seluruh dunia. Keadaan ini menjadikan penyampaian pengajaran dapat disampaikan dalam bentuk tidak linear. Format hypermedia memudahkan pendekatan berpusatkan pelajar. Pembelajaran seperti ini tentunya dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang aktif dan bermotivasi (Becker & Dwyer, 1994). Laman web juga mendokong dan menggalakkan inkuiri dan eksplorasi, yang biasanya berkaitan dengan pembelajaran pemikiran tahap tinggi (high-order thinking skills) (Thuring, Mannemann & Haake, 1995). Pengajaran menyediakan peluang untuk menghantar maklumat yang bukan sahaja terdiri daripada teks, tetapi juga termasuk audio dan video yang menyediakan interaktiviti visual pada masa sebenar dengan keupayaan berhenti dan main semula rakaman video tersebut. Pengguna dapat mengawal maklumat dan berinteraksi dengan penyampaian maklumat. Keadaan ini tentunya berbeza dengan bahan pengajaran bercetak seperti buku. Pengajaran berasaskan Laman web juga boleh ditambah dengan penyediaan kemudahan komunikasi secara sinkroni, misalnya melalui sesi perbualan (chat) dan juga asinkroni seperti menghantar e-mil. Kemudahan seperti ini dapat menyediakan peluang kepada pengguna berkomunikasi dan bekerjasama merentasi jarak yang jauh, terutama ketika cuti sekolah. Komunikasi sinkroni (chat) membolehkan interaksi berlaku pada masa sebenar antara pelajar, seperti dalam diskusi bilik darjah, bezanya pelajar dalam suasana Internet menggunakan papan kekunci untuk menaip mesej. Manakala komunikasi asinkroni (e-mel) membolehkan interaksi berlaku pada masa dan lokasi berlainan antara dua atau lebih pengguna. Pengguna boleh berkomunikasi pada bila-bila masa sahaja. Kedua-dua jenis komunikasi ini mengembangkan akses maklumat pengguna, sumber, bekerjasama, dan meningkatkan sikap pelajar terhadap kerjasama dan pencapaian. Berbeza dengan buku, Laman Web lebih mudah di tambah dengan maklumat-maklumat terbaru atau membuangkan maklumat-maklumat lama yang kurang sesuai. Perubahan tersebut boleh dilakukan dalam masa yang singkat.

Sebaliknya buku teks akan digunakan sehingga beberapa tahun dengan kandungan yang sama, walaupun keadaan serta situasi penggunaan sentiasa berubah. Disamping itu kandungan Laman web juga boleh disimpan sebagai arkib untuk rujukan jika diperlukan.

KUMPULAN SASARAN Kumpulan sasaran dalam pembelajaran blog saya iaitu khusus untuk murid sekolah rendah antara 7 hingga 12 tahun. Namun ia juga terbuka kepada sesiapa sahaja kerana isi pembelajaran di dalam blog saya berkaitan dengan fardhu ain dan fardhu kifayah. Setiap umat islam wajib mempelajarinya. Namun disini mereka bukan sahaja dapat memantapkan dari segi kognitif sahaja malah ia bertepatan dengan Falsafah Pendidikan kebangsaan yang membawa kepada peningkatanan dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual.

DAPATAN KAJIAN Blog PEMBELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM adalah satu blog yang menekankan pembelajaran pendidikan islam. Saya telah memuat naik serba sedikit dan gambar bagi memudahkan murid memahami dengan lebih cepat berbanding pembelajaran dengan membaca buku. Ia bertujuan untuk menarik minat murid dalam pembelajaran bagi memperkenalkan teknologi terkini yang telah saya memuatkan di dalam blog pembelajaran saya. Blog pembelajaran ini sesuai dikunjungi oleh semua peringkat umur dan fokus penekanan terhadap murid-murid sekolah bagi memotivasi mereka di dalam bidang agama lebih-lebih lagi dalam bidang makrifatullah dan ibadah serta percakapan di dalam bahasa arab. Ia bertujuan untuk menarik minat dalam penggunaan bahasa atau istilah arab yang semakin merudum kerana anak-anak zaman ini lebih gemar menggunakan bahasa pasar atau bahasa nenek moyang mereka. Murid-murid juga bukan sahaja dapat skor di dalam peperiksaan melalui pembelajaran blog ini malah dapat meningkatkan lagi ibadah mereka kepada Allah S.W.T dengan lebih cemerlang, gemilang dan terbilang.

Semoga blog

PEMBELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM

ini dapat memberikan

manfaat seterusnya dapat membantu setiap individu yang mengunjungi blog ini mudahmudah dapat mengundang keberkatan dan rahmat bagi mereka yang menyokong blog saya ini.

PENUTUP Blog adalah salah satu bahan bertujuan untuk perkongsian sumber maklumat dari masa ke semasa bagi memantapkan pemerolehan ilmu pengetahuan. Ia bertujuan menarik minat murid-murid kerana ada sebilangan murid yang tidak gemar membaca buku namun disebalik pembelajaran blog ini sekurang-kurangnya mereka dapat mengaplikasi penggunaan blog pembelajaran secara langsung atau tidak langsung. Ia juga bertujuan membantu setiap individu tentang sesuatu perkara dengan lebih terperinci disamping dapat mengeratkan ukhuwah diantara guru dan murid melalui pembelajaran blog ini. Mudah-mudahan segala maklumat yang disebarkan dapat member manfaat untuk kita di dunia dan di akhirat.

RUJUKAN

1. www.belajarbahasaarab.com 2. http://wanrusli.net/ 3. http://badaronline.com/

LAMPIRAN

Anda mungkin juga menyukai