Anda di halaman 1dari 24

MEKANISME ISTIBDAL DALAM PEMBANGUNAN TANAH WAKAF: KAJIAN TERHADAP ISU PENGAMBILAN TANAH WAKAF OLEH PIHAK BERKUASA

NEGERI DI MALAYSIA Oleh: DR MOHD AFENDI BIN MAT RANI1

1.0

PENDAHULUAN

Pada dasarnya hukum syarak mengharuskan pengambilan tanah wakaf untuk kemaslahatan umum, justeru, konsep Istibdal dilihat sebagai suatu mekanisme yang boleh mengekalkan kesinambungan tanah wakaf tanpa mengorbankan prinsip asal wakaf. Konsep Istibdal atau lebih dikenali sebagai pertukaran harta wakaf pada hakikatnya merupakan salah satu jalan penyelesaian kepada masalah-masalah yang membabitkan pembangunan harta wakaf.2 Tujuan asal seseorang mewakafkan harta adalah untuk mendekatkan diri kepada Allah dan mengharapkan pahala secara berterusan, selain rahmat, keberkatan dan keredhaanNya. Tujuan asal ini tidak akan kesampaian jika adanya halangan-halangan yang tidak dapat dielakkan. Antaranya seperti pelupusan status wakaf akibat pengambilan tanah wakaf oleh pihak berkuasa. Maka nazir selaku pemegang amanah harta wakaf perlu menyelesaikan permasalahan ini dengan mengambil alternatif dan pendekatan agar manfaat harta wakaf dapat disalurkan untuk selamalamanya sebagaimana niat pewakaf. Berdasarkan kepada kajian yang dibuat secara keseluruhannya, di negeri Terengganu terdapat sekurang-kurangnya 94 lot tanah wakaf yang terlibat dengan pengambilan tanah oleh PBN. Di negeri Pulau Pinang3 sebanyak 17 Lot telah diambil oleh kerajaan untuk tujuan pembangunan dengan jumlah pampasan terkumpul sebanyak RM2.541,762.28. Begitu juga di negeri Selangor,4 terdapat 3 Lot yang terlibat dengan projek pembangunan lebuh raya. Manakala di negeri Kelantan,5 Wilayah Persekutuan6 dan Pahang7 masing-masing hanya 1 Lot sahaja yang diambil
1

Pensyarah, Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam (CITU), Universiti Teknologi MARA, 40450 Shah Alam Selangor 2 Siti Mashitoh Mahamood (2002), Pelaksanaan Istibdal dalam Pembangunan Harta Wakaf di Malaysia, cet.1, Jabatan Syariah dan Undang-undang, Akademi Pengajian Islam, Kuala Lumpur: Universiti Malaya, hlm.1. 3 Temubual: En. Fakhruddin Bin Abd Rahman, Ketua Bahagian Wakaf, Majlis Agama Islam Pulau Pinang, pada 24/11/2005, di Pejabat Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP). 4 Temubual: En. Suhaimi Bin Ismail, Pegawai Wakaf, Majlis Agama Islam Selangor, pada 10/11/2006, di Pejabat Majlis Agama Islam Selangor (MAIS). 5 Temubual: En. Ridhuan Abd. Rahman melalui telefon, Pegawai Wakaf dan Baitulmal, Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK), pada 23/3/2006. Tanah wakaf yang terlibat telahpun digantikan melalui konsep Istibdal. 6 Temubual: En. Ahmad Bin Abdul Ghani, Pegawai Wakaf, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), pada 15/12/2005, di Pejabat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan. 7 Temubual: En. Mohd Fadilah Bin Abdul Manaf, Pegawai Wakaf, Majlis Agama Islam Pahang (MAIP), pada 12/1/2006, di Pejabat Majlis Agama Islam Pahang. Hasil temubual dengan Pegawai Wakaf tidak terdapat tanah wakaf yang terlibat dengan pengambilan oleh kerajaan. Namun demikian, isu ini pernah dibangkitkan oleh Timbalan Yang Dipertua MAIP, Datuk Abdul Mutalib Mohd Ali al-Fakwie pada tahun 1992, terdapat dua kes tanah wakaf

oleh PBN. Di negeri Perak,8 sebanyak dua kes yang melibatkan 2 Lot. Manakala di Negeri Sembilan9 sehingga kajian ini dibuat belum ada tanah-tanah wakaf yang terlibat dengan pengambilan. Di negeri Melaka sebanyak 7 Lot, Jumlah keluasan keseluruhan tanah wakaf yang diambil adalah sebanyak tidak kurang daripada 4.525 ekar.10 Manakala nilai pampasan yang terkumpul oleh MAIM dianggarkan sebanyak RM292,983.34. Di negeri Kedah dianggarkan terdapat sebanyak 26 Lot tanah wakaf yang dapat dikenalpasti dengan Keluasan tanah wakaf yang terlibat adalah dianggarkan sebanyak 28.312 ekar.11

2.0

PENGAMBILAN TANAH WAKAF OLEH PIHAK BERKUASA NEGERI: HALANGAN DAN KEKANGAN

Hasil kajian mendapati bahawa tanah-tanah wakaf yang terlibat dengan pengambilan tanah oleh PBN tidak dibuat penggantian walaupun ia sudah sekian lama pihak kerajaan mengambil tanah wakaf milik MAIN dan bayaran pampasan telahpun dijelaskan. Kelemahan ini boleh dikaitkan bahawa di Malaysia isu Istibdal masih dianggap sebagai suatu isu yang sensitif dan asing di kalangan masyarakat, termasuk yang membabitkan pihak pentadbir wakaf itu sendiri. Keadaan ini dilihat berkait rapat dengan masyarakat di negara ini yang berpegang kuat dengan undangundang wakaf mazhab Syafii yang secara tegas melarang pemakaian Istibdal ke atas tanah wakaf.12 Selain itu, terdapat beberapa faktor berlakunya pembekuan wang pampasan yang diawardkan kepada MAIN. Kajian mendapati pada peringkat awal pihak pentadbir merasakan tidak ada keperluan mendesak untuk mencari ganti tanah wakaf yang telah diambil oleh PBN. Ini ekoran pada suatu ketika dahulu tanah tak bermilik atau tanah kerajaan masih banyak dan boleh dipohon pada bila-bila masa sahaja. Begitu juga dengan nilai pasaran harga tanah juga tidak sebagaimana harga tanah yang ada pada masa sekarang. Manakala pengambilan yang dibuat oleh kerajaan tidak melibatkan lot-lot tanah yang banyak. Oleh itu, mereka tidak membuat permohonan semula dengan kadar segera dan mengambil pendekatan agak perlahan. Perkara ini tidak dianggap sebagai satu masalah atau
tapak kubur di daerah Kuantan yang terlibat dengan projek pembesaran jalan. Pampasan tanah ini dibayar kepada ahli waris pewakaf kerana tanah tersebut belum didaftarkan kepada Majlis Agama Islam Pahang. Lihat: Berita Harian, 5/9/ 1992. 8 Temubual: En. Rohaizat bin Ali melalui telefon, Pegawai Wakaf, Majlis Agama Islam Perak (MAIP), pada 18/4/2006. Lihat juga: Siti Mashitoh Mahamood (2002), Pelaksanaan Istibdal dalam Pembangunan Harta Wakaf di Malaysia, cet.1, Jabatan Syariah dan Undang-undang, Akademi Pengajian Islam, Kuala Lumpur: Universiti Malaya, hlm.28. Temubual: En. Rohaizat bin Ali melalui telefon, Pegawai Wakaf, Majlis Agama Islam Perak (MAIP), pada 18/4/2006. 9 Temubual: En. Kamal Imran melalui telefon, Pegawai Wakaf, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS), pada 22/2/2006. 10 Daripada jumlah ini terdapat 2 lot tanah yang tidak diketahui jumlah keluasan tanah yang diambil. Melihat kepada jumlah pampasan bagi 2 lot tersebut adalah sebanyak RM119, 970.00. Ini bermakna pada anggapan penyelidik jumlah sebenar adalah tidak kurang daripada 10 ekar yang diambil oleh PBN. 11 Daripada jumlah ini terdapat 5 Lot yang tidak direkod jumlah keluasan yang diambil, dengan jumlah pampasan sebanyak RM14,206.00. 12 Siti Mashitooh Mahamod (2002), op. cit., hlm.18. Konsep istibdal ini tidak dijumpai dalam perbincangan fatwafatwa era lama. Ini kerana pandangan ahli Majlis Fatwa banyak dipengaruhi oleh mazhab Syafie yang agak asing dalam penulisannya. Lihat: Noor Naemah Abd Rahman, Luqman Hj Abdullah, Anisah Abd Ghani (2006), Fatwafatwa Wakaf di Malaysia: Analisa Khusus di Negeri Kelantan, (Konvensyen Wakaf Kebangsaan 2006, pada 12-14 September 2006, Anjuran Jabatan Wakaf Zakat dan Haji, di Hotel Legend Kuala Lumpur), hlm.6.

bebanan kepada MAIN kerana banyak lagi tanah wakaf yang terbiar dan tidak dibangunkan sebagaimana yang diniatkan oleh pewakaf. Selain faktor yang dinyatakan di atas, terdapat juga faktor lain yang dikenalpasti antaranya ialah sebahagian besar tanah wakaf yang diambil oleh kerajaan tidak melibatkan kesemua bahagian keluasan tanah tersebut. Oleh itu, jumlah pampasan yang dibayar oleh kerajaan adalah dalam bentuk jumlah yang agak kecil. Bagi wakaf khas manfaat masjid dan wakaf zuriat pula ia sukar untuk diagihkan kepada penerima wakaf kerana melibatkan beberapa buah masjid dan ahli waris yang lain. Kekurangan kakitangan dan maklumat fail kabur juga turut membantut usaha ini.13 Permasalahan utama yang sering dikemukakan kini ialah harga tanah di pasaran amat tinggi dan wang pampasan yang diberikan oleh kerajaan tidak mencukupi untuk menampung harga nilaian semasa. Maka faktor ini dijadikan hambatan utama mengapa isu tanah wakaf yang diambil oleh PBN tidak boleh diganti dengan tanah yang lain. Tanah yang tidak bermilik atau tanah kerajaan semakin berkurangan. Sekalipun ada tetapi lokasinya yang tidak strategik, tidak setanding dengan tanah wakaf yang asal, tidak ekonomik serta tidak berdaya maju. Sekiranya hendak dibeli sebagai gantian, ia akan bertentangan dengan hukum Istibdal harta wakaf yang mesti diganti dengan tanah yang sama nilai atau lebih baik.

3.0

KONSEP ISTIBDAL MENURUT HUKUM SYARAK

Menurut pandangan fuqaha apa yang dimaksudkan dengan Istibdal ialah membeli ayn /aset sebagai ganti untuk diwakafkan semula.14 Manakala Ibdal pula ialah menjual ayn / aset wakaf untuk membeli hartanah/ aset yang lain atau dalam bentuk wang. 15 Dalam konteks pengambilan tanah wakaf yang berlaku pada hari ini ia merujuk kepada konsep penjualan ayn wakaf atau Ibdal kepada pihak kerajaan yang digantikan sama ada dalam bentuk tanah dengan tanah atau wang pampasan.16 Manakala konsep Istibdal adalah merujuk kepada pembelian tanah wakaf lain sebagai ganti oleh nazir wakaf melalui wang penjualan tanah tersebut yang wajib dilaksanakan untuk diwakafkan semula. Perkataan Ibdal dan Istibdal amat berkaitan antara satu sama lain disebabkan Ibdal sesuatu harta wakaf membawa kepada Istibdal harta itu. Setiap penjualan harta wakaf mesti diikuti dengan mengambil ayn lain sebagai pengganti harta wakaf yang telah dijual.17 Penukaran boleh berlaku sama ada dengan mata wang atau ayn harta yang lain.18
13

Temubual-temubual: En. Mohd Hairul Amin bin Mohd Sis, Ketua Bahagian Wakaf dan Sumber Am, Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), pada 15/11/2006, di Pejabat MAIM. Encik Rosli, Pegawai Bahagian Petempatan, pada 15/5/2005 di Pejabat Majlis Agama Islam Terengganu. Hj Mohd Yaakob Bin Abdullah, Penolong Setiausaha Unit Zakat, Wakaf dan Baitulmal MAIDAM, pada 20/2/2006, di Pejabat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu (MAIDAM). 14 Selain perkataan Istibdal, perkataan al-Munaqalah juga digunapakai dalam membincangan pertukaran dan penggantian harta wakaf. Kedua-duanya mempunyai makna yang hampir sama. Lihat Ibn Qudamah (2001), AlMunaqalah wa al-Istibdal bi al-Awqaf, dalam Al-Asyqar, Muhammad Sulayman, et. all (ed) Majmu fi AlMunaqalah wa al-Istibdal bi al-Awqaf , cet.2, Beirut: Lubnan, hlm.49. 15 Badran, Badran Abu al-Aynayn (1986), Ahkam al-Wasaya wa al-Awqaf fi al-Syariah al-Islamiyyah, Kaherah: Dar al-Jamiah, hlm.301. Al-Kubaysi, Muhammad Ubayd (1977), Ahkam al-Waqf fi al-Syariah al-Islamiyyah, jld.2, Baghdad: Matbaah al-Irsyad, hlm.9. Ahmad Farraj Hassan (1986), Ahkam al-Wasaya wa al-Awqaf fi alSyariah al-Islamiyyah, Kaherah: Dar al-Jamiah, hlm.349. 16 Mohd Afandi Bin Mat Rani (2008), Pengambilan Tanah Wakaf Oleh Pihak berkuasa Negeri: Analisis Menurut Hukum Syarak dan Aplikasinya di Malaysia, Tesis Ph.D, Universiti Malaya, hlm.368. 17 Abu Zahrah, Muhammad (1971), Muhadharah fi al-Waqf, cet:2, Kaherah: Dar al-Fikr al-Arabi, hlm.145.

3.0.1 ISTIBDAL TANAH WAKAF MENURUT PANDANGAN FUQAHA

Pada dasarnya para fuqaha bersepakat menerima konsep Istibdal dalam menyelesaikan isu pengambilan tanah wakaf yang diambil oleh kerajaan secara paksaan sama ada melalui penjualan, pertukaran dan pembelian. Apa yang menjadi perbezaan pendapat (mahal al-naza) di kalangan mereka ialah tentang metod atau pelaksanaan Istibdal wakaf dari sudut harta alih dan tak alih kesan daripada perbezaan penggunaan tanah wakaf dari segi Khas dan Am.19 Pengambilan tanah wakaf berasaskan kepada mekanisme Istibdal perlu dibezakan antara jenisjenis atau kategorinya. Ini kerana setiap kategori tersebut memberi implikasi yang berbeza dari segi syarat-syarat penggunaannya yang tertakluk kepada syarat-syarat yang tertentu. Pengambilan yang melibatkan tanah wakaf Khas agak sukar berbanding wakaf Am, lebih-lebih lagi bagi tanah wakaf yang dikhususnya untuk manfaat masjid, tapak masjid, surau dan kubur.20 Sekiranya tanah itu diwakafkan dalam bentuk penggunaan khusus seperti untuk pembinaan masjid, surau, kubur, sekolah agama dan lain-lain, maka tanah wakaf itu termasuk hasil daripadanya tidak boleh digunakan untuk tujuan lain, selain apa yang telah ditentukan oleh pewakaf (Waqif).21 Dalam hal ini pandangan mazhab Maliki dan Syafii mengambil pendekatan yang agak keras dan rigid dalam mengharuskan Istibdal membabitkan tanah wakaf Khas masjid berbanding mazhab-mazhab lain.22 Kedua-dua mazhab ini bersepakat bahawa wakaf masjid tidak boleh dijual atau ditukar ganti, kecuali kerana ada kemaslahatan yang tidak boleh dielakkan.23 Mazhab Syafii dalam membahaskan isu Istibdal al-Manqul atau tanah wakaf mempunyai pendirian yang tegas bahawa tanah wakaf jenis Khas, Am dan Zuriat tidak boleh dijual atau dibeli. Ini bermakna semua jenis hartanah wakaf tidak boleh diambil oleh kerajaan untuk apa jua bentuk pembangunan. Ketegasan hukum dalam mazhab Syafii ini berdasarkan kepada prinsip wakaf yang menjadi pegangan dalam mazhab Syafii bahawa harta wakaf tidak boleh dijualbeli, dihibah dan diwarisi berdasarkan hadith Umar yang mewakafkan tanah di Khaibar dan mensyaratkan tanah tersebut tidak boleh dijual, dibeli, dihadiah dan tidak boleh dipusakai.24 Tujuan sesuatu wakaf yang telah dibuat tidak boleh diubah selain apa yang telah diniatkan oleh pewakaf.25 Mazhab ini melarang pelaksanaan Istibdal secara mutlak kerana penjualan atau penggantian akan membawa kepada hilangnya harta atau aset yang diwakafkan. 26 Namun demikian terdapat juga sebahagian ulama mazhab Syafii mengharuskan pelaksanaan Istibdal
18 19

Ibid., hlm.182. Hassan Abd Allah al-Amin (1994), Idarah wa-Thathmir Mumtalikat al-Awqaf, cet:2, Al-Bank al-Islami li alTanmiyyah al-Maahad al-Islami, hlm.123. 20 Al-Khinn, Mustafa Said (1992), al-Fiqh al-Manhaji ala Madhhab al-Imam al-Syafii, cet.3, Damsyiq: Dar alIlmi, hlm.30. 21 Badran, Badran Abu al-Aynayn (1986), op. cit., hlm.306. 22 Abu Zahrah, Muhammad (1971), op., cit., hlm.156. 23 Ketegasan dalam mazhab Syafii dapat dilihat sekalipun masjid yang telah mengalami kerosakan tidak boleh diistibdalkan. Lihat Al-Syirazi, Abi Ishak (1995), Al-Muhadhab fi fiqh al-Imam al-Syafii, cet.1, jld.2. Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah, hlm.331. Abu Zahrah, Muhammad (1971), op., cit., hlm.154. 24 Al-Nisaburi, Imam Abi Husayn Muslim al-Hajjaj al-Qusyairi (1997), Sahih Muslim, Bab al-Waqf, cet:1, jld. 3. Muassasah Iz al-Din, hlm. 453. Al-Syawkani (t.t.), op. cit., hlm.24. 25 Al-Nawawi, Abu Zakariyya Yahya (2000), Rawdah al-Talibin, jld.4, Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah, hlm.422, Al-Khinn, Mustafa Said (1992), op. cit., hlm.27-28. 26 Al-Kubaysi, Muhammad Ubayd (1977), Ahkam al-Waqf fi al-Syariah al-Islamiyyah, jld.2, Baghdad: Matbaah al-Irsyad, hlm.39

dengan mengsyaratkan bahawa tanah wakaf yang diganti itu boleh mendatangkan hasil yang lebih bermanfaat daripada yang sebelumnya. Mazhab Hanafi dan Hanbali mengambil pendekatan yang agak longgar dan terbuka dalam mengharuskan pelaksanaan Istibdal berbanding mazhab Syafii dan Maliki. Mazhab Hanafi mengharuskan Istibdal dalam semua keadaan, selagimana ia mempunyai kepentingan untuk kemaslahatan orang ramai.27 Ini bermakna tanah-tanah wakaf yang terlibat dengan pengambilan tanah secara paksaan sama ada tanah wakaf Khas atau Am selain masjid, boleh ditukar ganti bergantung kepada Maslahah.28 Mazhab Maliki melarang penjualan hartanah wakaf yang melibatkan tapak atau bangunan masjid secara mutlak.29 Wakaf jenis ini tidak boleh diganti dengan yang lain dan pendapat ini juga merujuk kepada majoriti fuqaha.30 Namun dalam keadaan darurat seperti Istibdal untuk meluaskan saiz masjid, tanah perkuburan atau jalan untuk kegunaan umum, maka ia diharuskan sekalipun diambil secara paksaan. Ini kerana perkara tersebut melibatkan kemaslahatan ummah secara umum. Jika tidak diistibdalkan harta wakaf itu akan memberi kesan negatif yang menyukarkan umat Islam seperti tempat ibadat umat Islam, kemudahan untuk pengkebumian serta jalan untuk mereka lalu-lalang, maka dalam situasi ini wajib mempermudahkan urusan mereka itu.31 Menurut mazhab Hanbali32 transaksi jual beli serta aktiviti menukar dan menggantikan harta wakaf adalah diharuskan bergantung kepada kehasilan dan manfaat harta wakaf. Mazhab Hanbali mengamalkan konsep keterbukaan dalam kes harta wakaf yang berhajat kepada pelaksanaan Istibdal khususnya harta wakaf yang rosak dan sebagainya agar tidak hilangnya manfaat wakaf. Bukti kelonggaran hukum Istibdal dalam mazhab Hanbali ialah mengharuskan Istibdal wakaf berbentuk harta alih seperti masjid. Keharusan ini berlaku apabila masjid tersebut telah rosak atau tidak sesuai lagi untuk digunakan lagi seperti sempit dan tidak boleh diperbaiki lagi kecuali dijualkan dan diganti dengan masjid yang lain.33 Jika kerosakan itu melibatkan
27

Mazhab Hanafi tidak membezakan antara harta alih (al-Manqul) dengan harta tak alih (al-Iqar) sebagaimana mazhab lain. Keanjalan hukum Istibdal dalam mazhab Hanafi adalah ekoran daripada prinsip wakaf dalam mazhab ini bahawa ayn wakaf tetap kekal menjadi milik pewakaf. Pewakaf akan menjadi pengurus kepada hartanya yang diwakaf sama ada untuk menjual, menghadiah dan sebagainya. Keharusan Istibdal dalam mazhab Hanafi tidak dilihat dari aspek darurat, tetapi ia adalah bergantung syarat yang telah ditentukan oleh pewakaf yang menjadi hak kepada mereka. Lihat: Al-Zaylai, Jamal al-Din Abu Muhammad Abd Allah b. Yusuf (1996), Nasb al-Rayah Takhrij Ahadith al-Hidayah, cet.1, jld.3, Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah, hlm.732. Al-Ghazali, Muhammad b. Muhammad b. Muhammad (1997), Al-Wasit fi al-Madhhab, cet.1, jld.4, Dar al-Salam, hlm.255. Hassan Abd Allah al-Amin (1994), Idarah wa-Thasmir Mumtalikat al-Awqaf, cet.2. Al-Bank al-Islami li al-Tanmiyyah al-Maahad alIslami, hlm.124. Ibn al-Humam, Kamal al-Din Muhammad b. Abd Wahid (1977), Syarh Fath al-Qadir, cet.1, jld.6, Beirut: Dar al-Fikr, hlm.203. 28 Al-Maydani, Abd al-Ghani al-Ghanimi (1985), Al-Lubab fi Syarh al-Kitab, jld.1, Beirut: Dar al-Ihya al-Turath al-Arabi, hlm.180. Badran, Badran Abu al-Aynayn (1986), op. cit., hlm.260. Muhammad Kamal al-Din (1998), AlWasaya wa al-Awqaf fi al-Fiqh al-Islami, Muassasah al-Jamiyyah al-Dirasat, hlm.176. 29 Al-Dardir, Abi al-Barakat Ahmad b. Muhammad b. Ahmad (t.t.), Al-Syarh al-Saghir ala Aqrab al-Masalik ila Madhhab al-Imam Malik, t.tp, jld.4, Cairo: Dar al-Maarif, hlm.127, Abu Zahrah, Muhammad (1971), op. cit., hlm.154. 30 Al-Zuhayli, Wahbah (1987), al-Wasayah wa al-Awqaf fi Fiqh al-Islami, cet.1, Damsyiq: Dar al-Fikr., hlm.223. 31 Ibn Qudamah, Muwaffaq al-Din Muhammad Abd Allah b. Ahmad b. Muhammad (1999), Al-Mughni, cet.4, jld.8, Dar al-Alam al-Kutub, hlm.223. Abu Zahrah, Muhammad (1971), op., cit., hlm.154. 32 Mazhab ini tidak membezakan antara harta alih dengan tak alih. Lihat: Ibn Qudamah, Muwaffaq al-Din Muhammad Abd Allah b. Ahmad b. Muhammad (1999), op. cit., hlm. 220-221. 33 Abu Zahrah, Muhammad (1971), op. cit., hlm.158.

sebahagian masjid, maka harus dijual bahagian tersebut. Begitu juga jika kerosakan melibatkan keseluruhan masjid, maka diharuskan menjual keseluruhan dan hasil dari transaksi jual beli ini digunakan untuk membina masjid yang lain sebagai ganti kepada masjid yang diwakafkan.34 Bagi tanah wakaf yang tidak mendatangkan manfaat seperti kedudukannya yang berada jauh daripada kawasan bandar, terpencil dan tidak ekonomi serta tidak berpotensi untuk dibangunkan, berdasarkan pandangan mazhab Hanafi, Hanbali dan sebahagian mazhab Syafii, 35 pihak berkuasa boleh melakukan Istibdal ke atas tanah tersebut dengan tanah lain yang lebih mendatang hasil dan membawa keuntungan kepada penerima wakaf.

3.0.2 ISTIBDAL SEBAGAI MEDIUM PENGEKALAN HARTANAH WAKAF

Keperluan kepada pelaksanaan mekanisme Istibdal bagi tanah wakaf yang terlibat dengan pengambilan oleh pihak kerajaan bukan lagi menjadi satu pilihan. Malah ia adalah satu kemestian yang tidak boleh disangkal kepada pihak yang bertanggungjawab atau pihak berkuasa lain dengan mengkaji serta menyelidiki secara kritikal agar segala tindakan yang diambil dan pelaksanaannya sejajar dan seiring dengan matlamat hukum syarak. Selain melaksanakan kewajipan syarak, Istibdal terpaksa dilakukan kerana faktor-faktor ekonomi atau politik atau undang-undang dan lain-lain lagi.36 Dengan adanya mekanisme ini, tidak bermakna tanah-tanah wakaf boleh diambil dalam apa jua keadaan bagi memenuhi tuntutan dan perkembangan semasa, tanpa melihat kepada beberapa aspek dan persoalan yang lebih penting dan sewajarnya diberi keutamaan. Dengan kata lain, Istibdal bukanlah satu mekanisme yang terpakai kepada semua kategori tanah wakaf yang boleh diambil secara mudah oleh pihak berkuasa. Justeru para fuqaha berselisih pendapat dalam mengharuskan hukum Istibdal terutama dari aspek pelaksaannya. Dalam hal ini terdapat pandangan fuqaha yang agak terbuka dengan menegahnya kecuali dalam keadaan tertentu sahaja. Terdapat juga di kalangan mereka yang berpandangan agak rigik dengan melarang secara keras pelaksanaan Istibdal walau dalam apa jua keadaan. Para fuqaha dalam menentukan hukum Istibdal amat berhati-hati dengan tujuan untuk menjaga kemaslahatan harta amanah orang Islam. Jika tidak sudah tentu akan mengundang kepada kelewehan hukum yang mengakibatkan akan wujudnya penyelewengan dan perlanggaran terhadap prinsip-pinsip hukum wakaf yang telah sedia disusun atur oleh sarjana Islam terdahulu. Secara umumnya, majoriti mazhab menerima konsep Istibdal sebagai satu medium ke arah mengekalkan hartanah wakaf dan manfaatnya.37 Sekiranya hukum syarak tidak menyediakan alternatif lain dalam menangani masalah pengambilan tanah yang melibatkan tanah wakaf, sedangkan pada masa yang sama hukum mengharuskan pihak berkuasa mengambil tanah
34 35

Ibn Qudamah (1999), op. cit., hlm.220-221. Ibn Abidin, Muhammad Amin (1979), op. cit., hlm.589. 36 Mohd Daud Bakar (1999), Amalan Institusi Wakaf Di Beberapa Negara Islam: Satu Perbandingan, dalam Nik Mustapha Nik Hassan et. al. (ed), Konsep dan Pelaksanaan Wakaf di Malaysia, Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), hlm.161. 37 Abu Zahrah, Muhammad (1971), op. cit., hlm.154.

tersebut untuk kepentingan umum, sudah pasti berlakunya pertentangan dan pencabulan antara hukum pengambilan tanah wakaf dengan prinsip utama dalam undang-undang pewakafan harta dalam Islam iaitu prinsip kekekalan dan kelangsungan aset wakaf. Konsep ini juga adalah selaras dengan prinsip bahawa harta wakaf tidak boleh dijual, tidak boleh dihibah kepada orang lain dan tidak boleh diwarisi.38

4.0

METOD PELAKSANAAN ISTIBDAL TANAH WAKAF

Di dalam melaksanakan konsep Istibdal terhadap tanah wakaf ia berkisar sama ada dalam bentuk penjualan, pembelian dan pertukaran atau penggantian. Ketiga-tiga kaedah yang dinyatakan ini pada keseluruhannya adalah bertujuan untuk mengekalkan status harta wakaf agar manfaatnya dapat dinikmati oleh penerima wakaf secara berterusan dan mengaplikasikan apa yang dihajati oleh pewakaf. Oleh itu pelaksanaan Istibdal menekankan dari dua aspek bahawa aset wakaf yang dijual hendaklah diganti semula sebagaimana kedudukannya yang asal atau lebih baik daripada yang sebelumnya. Justeru, pihak yang layak untuk memutuskan sesuatu pelaksanaan Istibdal ialah pihak berkuasa sama ada hakim atau kadi. 4.0.1 Syarat Penggantian Tanah Wakaf Tanah wakaf yang diambil oleh kerajaan secara paksaan berdasarkan kepada konsep Istibdal ia hendaklah diganti semula dalam bentuknya yang asal. Persoalannya, bentuk penggantian ini tidak dinyatakan syaratnya secara jelas oleh para fuqaha sama ada dalam bentuk wang (nuqud) atau tanah (al-Aqar). Jika penggantian dalam bentuk wang ia termasuk dalam maksud pembelian, kerana melalui wang penjualan itu dapat membeli tanah yang lain. Sebaliknya jika penggantian itu dengan tanah juga, ia termasuk dalam makna pertukaran atau penggantian. Ini kerana tanah wakaf yang asal atau yang pertama ditukar ganti dengan tanah lain. Dalam membincangkan status tanah yang diambil oleh kerajaan para fuqaha telah mensyaratkan bahawa pengambilan itu hendaklah disertakan dengan pampasan atau dikenali sebagai al-Tawid. Bentuk pampasan dan penggantian yang biasa dilaksanakan adalah sama ada dalam bentuk wang pampasan atau dengan jenis yang sama (tanah dengan tanah). Bentuk penggantian ini amat penting untuk dibincangkan dalam konteks penggantian tanah wakaf yang berbeza konsepnya dengan tanah milik individu yang lain, dengan mengambil kira kemaslahatan dan situasi semasa pada hari ini. Penilaian dan pertimbangan perlu dibuat dalam menentukan sama ada pampasan dengan wang adalah lebih utama dan relevan berbanding penggantian tanah dengan tanah, atau sebaliknya. Di kalangan ulama fiqh, Ibn Abidin telah membincangkan tentang perkara ini dengan meletakkan syarat bahawa penjualan atau pertukaran tanah wakaf tidak boleh ditukar dengan wang kerana bimbang ia disalahgunakan oleh pihak tertentu.39 Syarat yang dinyatakan ini adalah berkait dengan syarat lain bahawa aset wakaf hendaklah diganti dengan jenis yang sama. Sekiranya pewakaf mensyaratkan dengan rumah, maka tidak boleh diistibdalkan dengan
38

Al-Nisaburi, Imam Abi Husayn Muslim al-Hajjaj al-Qusyairi (1997), Sahih Muslim, Bab al-Waqf, cet:1, jld.3, Muassasah Iz al-Din, hlm. 453. Al-Syawkani, Syaykh Muhammad b. Ali (t.t.), Nayl al-Awtar Min Ahadith Sayyid al-Akhbar Syarh Muntaqa al-Akhbar, jld.6, Kaherah: Mustafa al-Babi al-Halabi, hlm.24. 39 Ibn Abidin, Muhammad Amin (1979), op. cit., hlm.387.

tanah. Merujuk kepada syarat ini, penggantian tanah dengan wang pampasan tidak diharuskan, kerana berlainan jenis, melainkan wang pampasan itu digunakan untuk membeli ayn/ aset wakaf yang sama. Mazhab Hanbali juga mensyaratkan Istibdal berlaku antara bentuk harta yang sama, seperti tanah dengan tanah, bangunan dengan bangunan dan lain-lain. Harta wakaf yang ditukar ganti secara Istibdal hendaklah lebih baik daripada harta yang pertama. Jika sebaliknya maka ia tidak harus. Antara faktor lain mazhab ini mensyaratkan Istibdal tanah dengan tanah kerana berdasarkan kepada apa yang telah berlaku pada kebiasaannya tanah wakaf yang diambil oleh kerajaan tidak diganti dengan tanah yang lain. Hanya sebilangan kecil sahaja tanah wakaf yang diganti. 40 Namun demikian, sesetengah ulama mengharuskan harta wakaf yang diambil boleh diganti dengan wang dengan syarat diyakini orang yang melakukan pertukaran atau penggantian itu adalah seorang kadi yang diakui kejujurannya dan bersifat amanah. 41 Al-Kubaysi di dalam kitabnya meletakkan syarat bahawa tanah-tanah wakaf yang diistibdal tidak boleh diganti dengan wang, tetapi hendaklah dengan tanah.42 Namun beliau mengatakan syarat-syarat yang nyatakan itu boleh diubah dan dipinda agar bersesuaian dengan keadaan semasa masyarakat pada hari ini demi untuk menjaga berkekalannya harta wakaf, seterusnya menjamin kemaslahatan pihak yang diwakafkan.43

4.0.2 Kelayakan Kelulusan Istibdal Aspek pelaksanaan Istibdal perlu diperincikan dengan melibatkan pandangan-pandangan mereka yang berautoriti.44 Ini kerana konsep Istibdal turut membabitkan persoalan ijtihadiyyah. Urusan penggantian tanah wakaf adalah menjadi tanggungjawab pemerintahan atau mahkamah dengan melihat kepada kemaslahatan umum, dan tidak boleh ditolak, kecuali terdapat sebab-sebab yang membawa kepada kemudharatan dan tidak mendatangkan hasil sama ada kepada pewakaf itu sendiri atau orang yang menerima wakaf.45 Dalam hal ini al-Tarsusi telah menggariskan tiga syarat utama yang perlu diamalkan dalam melaksanakan konsep Istibdal:46 i. Kadi hendaklah berusaha sedaya mungkin mengadakan siasatan sendiri sebelum melaksanakan Istibdal; ii. Kadi hendaklah melantik dua orang pakar yang adil dan amanah untuk menyelidik dan menyiasat keperluan Istibdal yang dicadangkan untuk memastikan hasil pelaksanaannya benar-benar membawa kepada kebaikan atau sebaliknya;
40 41

Ibn Abidin, Muhammad Amin (1979), hlm.591. Zuhdi Yakan (t.t.), Ahkam al-Waqf, cet.1, Beirut: Maktabah al-Asriyyah, hlm.213. Sabiq, Sayid (1992), op. cit., hlm.385-386. Ibn Qudamah (1999), op. cit., hlm.220-221, Al-Zuhayli, Wahbah (1987), op. cit., hlm.221. Tarablas (t.t.), Al-Fiqh fi al-Syariah al-Islamiyyah, Beirut: Maktabah al-Hadithah, hlm.49. 42 Ibn Nujaym telah menambah syarat ini kerana dibimbangi berlakunya penyelewengan oleh nazir wakaf. Lihat: Hafiz al-Din al-Nisfi, Abi al-Barakat Abd Allah b. Ahmad (1997), Al-Bahr al-Raiq Sharh Kunz al-Daqaiq, cet.1, jld.5, Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah, hlm.372-373. Lihat juga: Al-Kubaysi, Muhammad Ubayd (1977), op. cit., hlm.28 43 Al-Kubaysi, Muhammad Ubayd (1977), op. cit., hlm.30. 44 Ibn al-Humam, Kamal al-Din Muhammad b. Abd Wahid (1977), op. cit., hlm.228. Ahmad Farraj Hassan (1986), op. cit., hlm.49. 45 Ahmad Farraj Hassan (1986), op. cit, hlm.49. 46 Abu Zahrah, Muhammad (1971), op. cit., hlm.199.

iii.

Kadi hendaklah membuat laporan setelah mendengar keterangan daripada pakar yang dilantik dan menyokong terhadap pelaksanaan Istibdal. Kelulusan Istibdal bergantung kepada keputusan kadi setelah berpuashati dengan apa yang telah dicadangkan bagi menjamin kebaikan wakaf yang dibuat.

Manakala dari aspek pelaksanaan yang lain, tanah-tanah wakaf yang akan diambil oleh kerajaan berdasarkan kepada syarat-syarat yang telah digariskan oleh fuqaha terlebih dahulu hendaklah dirujuk kepada pihak yang berautoriti. Penyiasatan dan kajian terperinci perlu dijalankan agar konsep pengambilan tanah secara paksaan berasaskan kepada konsep Istibdal ini benar-benar menepati dengan syarat dan garis panduan hukum syarak sebagaimana yang telah dibincangkan sebelum ini. Sebagai kesimpulannya, penentuan syarat sama ada penggantian dengan wang atau tanah adalah bergantung kepada keadaan dan situasi semasa di sesebuah negara tersebut. Apa yang penting ialah tanah wakaf yang terlibat dengan pengambilan tanah oleh kerajaan hendaklah dibeli atau diganti dengan tanah yang lain dan wang pampasan itu tidak boleh dimiliki atau disimpan begitu sahaja.47 Namun sekiranya penggantian dengan wang pampasan menimbulkan banyak halangan dan kekangan akibat faktor-faktor yang lain seperti ketiadaan tanah yang sesuai, harga tanah semasa yang terlalu tinggi sehingga menyukar nazir untuk mencari ganti tanah, maka dalam hal ini pertukaran tanah dengan tanah adalah lebih diutamakan. Bahkan dalam keadaan tertentu hukumnya menjadi wajib berdasarkan kepada beberapa kaedah Fiqhiyyah bahawa: Sesuatu yang pada asalnya tidak wajib tetapi jika tidak kerananya tidak akan mencapai matlamat yang dikehendaki maka ia menjadi wajib.48

5.0

FATWA PENGAMBILAN TANAH WAKAF OLEH PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PELAKSANAAN ISTIBDAL

Merujuk kepada hukum syarak pada asasnya wang pampasan yang diterima oleh MAIN hasil daripada pengambilan tanah oleh PBN boleh dianggap sebagai Istibdal dan dimasukkan di bawah kategori Wakf Istibdal jika memenuhi kriteria yang ditetapkan dalam undang-undang wakaf Islam.49 Namun demikian, dalam keadaan tertentu50 wakaf Istibdal ini tidak boleh dianggap sempurna selagi manfaat wakaf yang diniatkan oleh pewakaf tidak dapat dilangsungkan. Jika pihak MAIN menerima wang pampasan ini dan dibekukan tanpa mewujudkan semula aset yang kedua sebagai wakaf menggantikan aset pertama yang diambil, bermakna manfaat yang diniatkan oleh pewakaf turut sama beku dan secara tidak langsung apa yang dihajati oleh pewakaf tidak kesampaian. Amalan ini jelas menyalahi kaedah perundangan
47

Al-Syirbini, Syam al-Din Muhammad b. Muhammad al-Khatib (1994), Mughni al-Muhtaj ila Marifat al-Maani Alfaz al-Minhaj, jld.3, Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah, hlm.548. 48 Al-Asyqar, Muhammad Sulayman b. Abd Allah (2001), op. cit., hlm.37. 49 Siti Mashitoh Mahamood (2001), op. cit., hlm.9. 50 Bagi tanah wakaf Am yang tidak mempunyai nilai ekonomik, dan tidak diusahakan adalah tidak merugikan MAIN jika terlibat dengan pengambilan. Berbeza keadaannya bagi tanah wakaf khas, seperti tanah wakaf manfaat untuk masjid/ surau dan kubur, tanah wakaf Zuriat dan lain-lain yang perlu diistibdal dengan kadar segera.

wakaf dan Istibdal dalam Islam. Justeru, bagi meneruskan niat pewakaf ini, pemegang amanah hendaklah berusaha sedaya upaya mewujudkan aset yang kedua menggantikan aset yang pertama dan segala hasil atau pendapatannya hendaklah diaplikasikan kepada tujuan-tujuan sebagaimana yang diikrarkan oleh pewakaf ataupun kepada benefisiarinya. Dalam usaha untuk merealisasikan kaedah wakaf Istibdal ini bukanlah sesuatu yang mudah dan boleh dilakukan dengan sewenangwenangnya. Aset baru yang hendak diganti itu hendaklah menyamai atau lebih baik daripada yang pertama. Secara keseluruhannya, fatwa-fatwa yang dikeluarkan oleh MAIN telah menetapkan bahawa bagi setiap tanah wakaf yang diambil oleh PBN hendaklah dibayar pampasan sama ada dalam bentuk wang berdasarkan harga nilaian semasa atau dalam bentuk tanah. Sekiranya diberi dalam bentuk wang pampasan hendaklah digunakan untuk membeli tanah lain sebagai ganti wakaf, dan tidak selainnya. Keputusan ini telah disepakati dan dipersetujui oleh semua fatwa negeri yang terlibat dengan pengambilan tanah wakaf. Pihak yang ditugaskan untuk mengendalikan tanggungjawab ini adalah diberikan kepada MAIN dan bukannya Pentadbir Tanah.

5.0.1 Keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan Isu tanah-tanah wakaf diambil oleh pihak kerajaan telah mula mendapat perhatian pihak berkuasa agama. Majlis Fatwa Kebangsaan telah bersidang pada 22 April 1999, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kali Ke-46 telah membincangkan isu ini di bawah tajuk hukum menyerahkan sebahagian tanah wakaf kepada pihak berkuasa. Keputusan fatwa tersebut berbunyi:51 a. Tanah wakaf tidak boleh sama sekali dipindah milik kecuali kerana darurat yang memerlukan demikian berdasarkan syarat-syarat yang tertentu. Tanah wakaf yang diambil dipindah milik kepada kerajaan, hendaklah dibayar pampasan mengikut nilai tanah yang diambil atau menggantikan dengan tanah lain yang setara atau yang lebih baik nilainya. Tanah wakaf yang hendak dibangunkan hendaklah dikecualikan syarat penyerahan tanah untuk tujuan pembinaan kemudahan awam seperti jalan, saliran, tapak pencawang eletrik dan sebagainya. Bagi tanah wakaf khas untuk tujuan-tujuan tertentu seperti masjid, sekolah dan seumpamanya pihak yang mengambil tanah itu hendaklah memperuntukkan bahagian-bahagian yang tertentu sebagai gantian tanah wakaf yang diambil mengikut nilai semasa bagi mengekalkan status wakaf tersebut. Contohnya bangunan bertingkat-tingkat yang didirikan, beberapa unit tertentu mengikut nilai semasa diperuntukkan untuk masjid, sekolah atau sebagainya seperti yang diniatkan oleh pewakaf.

b.

c.

d.

51

http://infad.kuim.edu.my/modules.php

10

Fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan ini menunjukkan bahawa pada dasarnya tanah wakaf tidak boleh diambil oleh kerajaan dengan sewenang-wenang atau tanpa alasan yang munasabah. Keharusan pengambilan tersebut tidak boleh dihukum sebagai mutlak kerana ia terikat dengan syarat-syarat yang terkandung dalam perundangan wakaf Islam. Prasyarat keharusan itu adalah bergantung kepada keadaan. Sekiranya keadaan telah dianggap kritikal dan tiada pilihan lain atau darurah, maka dalam keadaan inilah yang mengubah asal hukum pengambilan tanah wakaf dalam Islam. Dalam hal ini pihak kerajaan telah diberi pilihan sama ada untuk menggantikannya dengan nilai iaitu pampasan berbentuk wang atau menggantikannya dengan tanah lain yang mempunyai nilai yang sama atau lebih baik daripada yang pertama dengan merujuk kepada syarat-syarat yang terkandung dalam konsep Istibdal tanah wakaf. 5.0.2 Fatwa Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Terengganu Di Terengganu, meneliti fatwa-fatwa yang diputuskan oleh Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Terengganu sejak tahun 1951-2006 tidak banyak mengeluarkan fatwa berkaitan masalah pengambilan tanah wakaf dan isu pembangunan Istibdal tanah wakaf.52 Ini berbeza dengan fatwa-fatwa umum berkaitan wakaf banyak dirujuk kepada Jawatankuasa Fatwa dan diputuskan di dalam minit mesyuarat Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu (MAIDAM).53 Pada tahun 1990, Mufti Kerajaan Negeri Dato Engku Alwi bin Engku Hj Ambak telah mengeluarkan fatwa tentang pengambilan tanah dan isu Istibdal dengan merujuk kepada beberapa buah kitab seperti Mughni al-Muhtaj, Hasyiyah al-Jamal, Nihayah al-Muhtaj. Fatwa ini adalah antara yang pertama di negeri Terengganu yang membincangkan isu pengambilan tanah. Fatwa tersebut berbunyi: Sesuatu benda itu apabila diwakafkan maka dengan itu hak milik empunyanya terhadap benda itu terlucutlah dan serentak dengan itu hak miliknya berpindahlah kepada Allah SWT. Oleh itu pengawal harta wakaf hendaklah mempertahankan harta itu yang telah diamanahkannya untuk mengawali harta tersebut supaya ia terus terpelihara dan dapat dimanfaatkan sebagaimana yang ditentukan oleh orang yang mewakafkannya. Pengawal wakaf juga hendaklah mempertahankan sedaya-upayanya harta-harta wakaf di bawah kawalannya supaya tidak disia-siakan tujuan orang yang mewakafkannya. Sekiranya dalam keadaan tertentu berlaku sesuatu terhadap harta wakaf yang menyebabkan harta yang diwakafkan itu terlepas daripada kawalan pengawal dan hal itu adalah diluar keupayaannya, maka harta wakaf itu bolehlah dikira sebagai harta wakaf yang telah dirosakkan dan pengawal berhaklah mendapatkan gantinya iaitu harganya Di dalam membuat keputusan ini Jawatankuasa Fatwa telah menetapkan beberapa syarat berkaitan tanah wakaf yang diambil oleh kerajaan seperti berikut:

52 53

Noor Naemah Abd Rahman, op. cit., hlm.6. Ahmad Hidayat Buang (2004), Analisis Fatwa-fatwa Syariah di Malaysia, dalam Ahmad Hidayat Buang et. al. (ed.), Fatwa di Malaysia, cet.1, Kuala Lumpur: Jabatan Syariah dan Undang-undang Universiti Malaya, hlm.169.

11

i. ii. iii. iv.

v.

Tanah wakaf yang diambil balik hendaklah diganti dengan tanah yang sepertinya dan kemudian dilafazkan dengan Sighah Wakaf; Tanah daripada jenis padi yang diambil balik hendaklah diganti dengan tanah yang sama jenis dengannya; Selagi ada tanah yang sama jenis di dalam kawasan yang sekitarnya maka tidaklah harus dicari ganti di kawasan-kawasan yang lain; Istibdal dilakukan dengan nilaian harga tanah yang diambil dan pihak pengawal hendaklah mempertahankan nilai yang dibayar itu adalah harganya. Dengan itu soal mendapatkan ganti dengan keluasan yang tidak sama disebabkan nilai yang semakin tinggi adalah tidak timbul. Wang lebihan dari membeli gantian wakaf hendaklah dibeli sekadar yang boleh dari bahagian terhadap gantian

Berdasarkan kepada keputusan fatwa Mufti Kerajaan Negeri Terengganu yang dikeluarkan pada tahun 1990 oleh Dato Engku Alwi bin Engku Hj Ambak ini jelas menunjukkan bahawa tanahtanah wakaf yang diambil oleh kerajaan mencukupi hanya PBN menggantikannya dengan bayaran pampasan sahaja. Manakala pihak yang dipertanggungjawab sepenuhnya adalah MAIDAM untuk menggantikannya mengikut syarat-syarat yang ditetapkan. Jawatankuasa Fatwa telah membuat penetapan dan garis panduan bahawa tanah wakaf yang diambil oleh kerajaan hendaklah diganti semula dengan tanah yang lain sebagai ganti wakaf. Tanah-tanah yang hendak diganti itu hendaklah tanah jenis penggunaan yang sama dan berada di kawasan yang berhampiran serta mempunyai nilai yang sama. Begitu juga pada tahun 1997, Jawatankuasa Fatwa telah mengeluarkan fatwa kepada Pengarah Tanah dan Galian Terengganu. Jawatankuasa Fatwa tersebut menggariskan peraturan bahawa sebarang pengambilan yang melibatkan tanah wakaf hendaklah mendapat kelulusan MAIDAM terlebih dahulu. Ini bermakna jika tidak mendapat kelulusan atau keizinan MAIDAM tindakan pengambilan itu adalah tidak sah dan berlawanan dengan Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam 1986, Seksyen 143. Selain itu Pentadbir Tanah Kuala Terengganu hendaklah membayar pampasan sama ada tanah wakaf tersebut didaftarkan atas nama Majlis atau sebaliknya. Pengambilan balik sesuatu yang diwakafkan tidaklah semudah apa yang terjadi di masa-masa lampau, ia perlu kepada kelulusan MAIDAM selaku pengawal tunggal bagi semua wakaf sebagaimana yang diperuntukkan dalam Enakmen Pentabdiran Hal Ehwal Agama Islam 1986 Seksyen 143 dan sekiranya diluluskan maka gantian atau bayaran hendaklah dibuat kepada Majlis Agama untuk diambil tindakan yang sewajarnya. 54

Selain fatwa di atas, Jawatankuasa Fatwa negeri Terengganu juga telah membuat keputusan bahawa semua tanah kerajaan yang digunakan bagi tujuan aktiviti keagamaan hukumnya adalah sama seperti tanah wakaf yang lain. Tanah wakaf hendaklah dikekalkan walau dalam apa jua keadaan sekalipun. Sekiranya berlaku keadaan mendesak dan kepentingan orang ramai perlu
54

Surat Mufti kepada PTD KT( MAIDAM 01-006/14 Bhg 9-9-(50) bertarikh pd 18/Nov/1997.

12

diutamakan, maka tanah tersebut boleh diambil dengan syarat dibayar ganti rugi atau pampasan. Di pihak MAIDAM hendaklah berusaha mendapatkan tanah yang lain sebagai ganti wakaf. 55 Bagi kategori tanah perkuburan pula Jawatankuasa Fatwa secara jelas berpandangan bahawa ia tidak boleh dihapuskan bagi tujuan pembangunan. Mana-mana tanah tapak kubur hendaklah dikekal dengan seadanya. Fatwa tersebut menyatakan:56 Tanah perkuburan Islam tidak boleh dihapuskan kerana ia adalah bercanggah dengan kehendak ajaran Islam yang menghendaki: Islam menghormati dan memberi perlindungan kepada orang-orang Islam yang sudah mati sepertimana diberikan semasa hidup di mana hukum-hukum mengenainya dijelaskan di dalam kitab-kitab Fekah. Di antara lain iaitu kubur di mana seseorang itu ditanam adalah menjadi haknya. Oleh itu haram mencerobohi kubur sama ada dengan mengendali, membongkar atau sebagainya. Tanah perkuburan Islam yang biasanya ditanam orang-orang Islam padanya tidak diketahui pewakafnya adalah diistilahkan oleh ulama fekah dengan musbalah dan tanah perkuburan di dalam bahagian itu terus kekal sebagai tanah perkuburan dan mengikut hukum Islam tidak ada sesiapapun yang boleh mengubahnya. 5.0.3 Keputusan Jawatan Kuasa Fatwa Negeri Kedah Di negeri Kedah, Jawatankuasa Fatwa Negeri telah membuat keputusan bahawa pengambilan tanah yang terlibat dengan tapak, kawasan dan struktur bangunan masjid dan surau hendaklah dikecualikan atau dielakkan terus daripada sebarang pengambilan tanah. Tapak dan bangunan masjid hendaklah dipertahankan dan dikekalkan sebagai tapak masjid. Sekiranya projek yang hendak dijalankan itu adalah bagi tujuan pembinaan jalan atau tujuan awam lain yang tidak boleh dielakkan, maka pengambilan tanah boleh dibuat dengan kedudukannya berjauhan dari kawasan masjid atau surau. Manakala bahagian tanah yang terlibat hendaklah diganti tanah lain dengan keluasan yang sama taraf dengannya. Bangunan masjid dan surau pula mesti dibina bangunan yang baru di atas tapak yang lain. Pengambilan tapak/ kawasan masjid yang terlibat dengan projek menaiktaraf laluan K10 dari Pekan Gurun ke Pekan Sik Kedah dikecualikan sama ada ia terlibat dengan pembesaran jalan atau dijadikan simpanan sahaja. Tapak masjid sama sekali tidak boleh diganggu, diceroboh atau dicemarkan57 Bagi pengambilan tanah yang terlibat dengan tapak perkuburan Islam hendaklah diganti dengan jumlah keluasan yang sama dan kubur-kubur yang terlibat hendaklah dipindahkan ke kawasan berhampiran. Berkaitan dengan tanah kubur ini juga Fatwa Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Kedah telah membuat keputusan untuk membezakan tanah perkuburan yang boleh dipindahkan
55 56

Lihat Fail Pengambilan Tanah Wakaf 03-003 (34). http://infad.kuim.edu.my/modules.php 57 Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah pada 10hb. Julai 2005

13

dengan tanah perkuburan yang tidak perlu dipindah dengan melihat kepada perbezaan usia tanah kubur berkenaan. Keputusan Jawatankuasa ini memberi kelonggaran hukum jika membabitkan tanah perkuburan yang melebihi tempoh 100 tahun, ia tidak perlu dipindah dan dikorek jika terlibat dengan pengambilan tanah untuk tujuan pembesaran jalan. Alasan yang dikemukakan ialah pada kebiasaannya anggota mayat manusia yang berusia 100 tahun ke atas telah hancur. Tetapi bagi tanah perkuburan yang usianya kurang daripada 60 tahun hendaklah digali dan dipindahkan ke tanah perkuburan yang lain. Keputusan fatwa ini menjelaskan bahawa:58 Tiada ketegahan pada syara pengambilan tanah yang melibatkan tanah perkuburan bagi tujuan memperbesarkan ban kampung kerana pembesaran itu adalah maslahah am kepada masyarakat. Mana-mana perkuburan yang terlibat yang sudah berusia 100 tahun bolehlah ditambun di atasnya tanpa dikorek atau digali kubur-kubur itu kerana di dalam tempoh itu pada gholibnya juzu-juzu mayat semuanya telah hancur lebur dan mana-mana perkuburan yang terlebih berusia 60 tahun ke bawah hendaklah digali atau dikorek dengan cermat dan jika didapati juzu-juzu mayat maka hendaklah dihimpunkan dan jika ditanam semula di mana-mana tanah perkuburan Islam. 5.0.4 Keputusan Jawatankuasa Syariah Negeri Melaka Di negeri Melaka, Jawatankuasa Syariah telah mengeluarkan fatwa bahawa semua tanah wakaf yang diambil oleh kerajaan hendaklah dibayar pampasan dan penggantian tanah lain perlu dibuat oleh MAIM sebagai ganti tanah wakaf yang diambil.59 Fatwa tersebut menjelaskan: Bahawa menurut hukum syarak tanah-tanah wakaf tidak boleh dijual beli, tidak boleh diberikan kepada sesiapa dan tidak boleh dipindah milik. Demikianlah sebagaimana yang berlaku pada wakaf sayyidina Umar alKhattab r.a. tanahnya di Khaibar, yang mana menjadi wakaf yang pertama dalam Islam. Bahawa menurut seksyen 37, Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak (Negeri Melaka) 1991, tanah-tanah wakaf di negeri Melaka ini terletak pada Majlis Agama Islam sebagai Pemegang Amanah yang Tunggal. Oleh yang demikian, jika tanah wakaf diambil balik oleh pihak berkuasa negeri kerana apa jua sebab, maka pampasan wajiblah dibayar baginya dan wang pampasan itu hendaklah terletak hak dan dibayar kepada Majlis Agama Islam, supaya diganti tanah lain sebagai mengekalkan wakaf dan menunaikan kehendak yang berwakaf. Berkaitan dengan pengambilan tanah jenis tapak kubur pula, tapak kubur yang berusia kurang daripada 60 tahun tidak boleh diambil dan perlu dielakkan daripada pengambilan.60

58 59

http://infad.kuim.edu.my/modules.php Rujukan pewartaan Fatwa Negeri Melaka, pada 2 Februari 1995. No.54 60 Temubual: En. Mohd Hairul Amin bin Mohd Sis, Ketua Bahagian Wakaf dan Sumber Am, Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), pada 15/11/2006, di Pejabat MAIM.

14

5.0.5 Keputusan Lujnah Fatwa Negeri Johor Di negeri Johor,61 tidak terdapat banyak tanah wakaf yang terlibat dengan pengambilan oleh PBN. Terdapat satu kes permohonan pengambilan balik tanah (PBT) oleh Pejabat Tanah Daerah Johor Bahru bagi tapak tanah wakaf masjid Taman Munsyi Ibrahim Lot PTD 84437 seluas 4.4923 ekar bagi menggantikan tapak masjid Taman Bukit Mewah Lot PTD 39931 seluas 14.776 meter persegi di Mukim Tebrau Johor Bahru. Lujnah Fatwa yang telah bersidang pada 16 Januari 2004, telah membuat keputusan bahawa: Istibdal Syarie adalah diharuskan sama ada dengan tukaran, belian atau jualan yang tidak mengurangkan keluasan tapak asal. Keharusan ini adalah secara bersyarat: Majlis Bandaraya Johor Bahru hendaklah terlebih dahulu membayar nilaian baki keluasan iaitu 0.84 ekar kepada Majlis Agama Islam Negeri Johor dengan nilaian semasa, atau; Majlis Bandaraya Johor Bahru hendaklah terlebih dahulu menggantikan dengan tapak lain di kawasan lain yang memerlukan tapak masjid daripada Majlis Bandaraya Johor Bahru atau memohon daripada pihak kerajaan.

5.0.6 Keputusan Jemaah Ulama Fatwa Negeri Kelantan Perkara yang sama telah dibincangkan secara panjang lebar oleh Jemaah Ulama Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) berkenaan tanah-tanah rakyat yang diambil oleh kerajaan sama ada untuk tujuan pembangunan awam dan juga untuk tapak masjid dan surau. Walaupun keputusan yang dibuat ini mengkhususkan kepada tanah milik individu, namun secara tidak langsung ia juga terpakai juga kepada tanah wakaf milik MAIK. Mesyuarat Jemaah Ulamak MAIK pada 17hb. Julai 1994 telah mempersetujui:62 Bahawa pengambilan tanah rakyat oleh kerajaan untuk pelaksanaan rancangan-rancangan kerajaan yang mempunyai muslihat umum (public purpose) adalah harus Adapun pengambilan tanah rakyat oleh Kerajaan untuk orang perseorangan atau projek tertentu maka hukumnya adalah sebagaimana berikut: Hukumnya harus jika dipersetujui oleh pemilik tanah berkenaan;

Jika ianya tidak dipersetujui oleh pemilik tanah tersebut dan tiada apaapa muslihat umum padanya, maka hukumnya tidak harus;
61 62

Rujukan Fail (2) dlm. JMJ606/ WAKAF (W)-2/2004. http://infad.kuim.edu.my/modules.php

15

Jika pengambilan tanah itu pada pandangan kerajaan sangat mendatangkan kebaikan kepada umum dan tidak ada pilihan lain bagi menggantikannya maka hukumnya harus sekalipun tanpa persetujuan dari pemiliknya; Sebarang pengambilan balik tanah tersebut dengan syarat hendaklah diberi pampasan atau gantirugi yang adil kepada pemiliknya

Segala keputusan yang dibuat oleh Jemaah Ulama adalah berdasarkan kepada dalil-dalil berikut: i. Hadith Rasulullah saw yang bermaksud: Tidak halal harta seseorang Islam melainkan dengan persetujuan tuannya dan hadith: Tiada memudaratkan dan tiada dimudaratkan. Kaedah Syarak yang berbunyi: Sebarang tindakan yang dibuat oleh pemerintah ke atas rakyatnya adalah berasaskan kepada maslahat umum. Kedudukan pemerintah bagi rakyat adalah sama seperti kedudukan wali atau pengurus terhadap anak-anak yatim.

ii.

5.0.7 Keputusan Jawatankuasa Syariah Negeri Perak Di negeri Perak,63 Jawatankuasa Syariah Negeri Perak telah membincangkan isu berkenaan status tanah kurniaan kerajaan yang diberikan kepada Majlis Agama Islam Perak (MAIP) bagi tujuan aktiviti keagamaan. Antaranya tanah tapak pembinaan masjid, surau, tapak perkuburan, tapak sekolah agama rakyat dan lain-lain tujuan bagi manfaat masyarakat Islam di negeri berkenaan. Tanah-tanah ini secara langsungnya turut terlibat dengan pengambilan tanah oleh kerajaan untuk dibangunkan dengan projek-projek pembangunan. Perkara ini telah dibangkitkan sebagai satu masalah kepada MAIP agar penggunaannya tidak menyalahi hukum-hukum wakaf dalam Islam jika sekiranya status tanah tersebut adalah tanah wakaf. Jawatankuasa Syariah Negeri Perak telah bermesyuarat pada 3 Zulqaedah 1422 bersamaan 17 Januari 2002 kali ke 154 dan telah bersetuju bahawa status tanah-tanah pemberian kerajaan untuk tujuan rumah ibadat orang Islam, masjid, surau dan tanah perkuburan adalah termasuk dalam kategori wakaf. Manakala tanah-tanah pemberian kerajaan untuk tujuan pembangunan dianggap sebagai tanah Baitulmal. 5.0 PERANCANGAN ISTIBDAL TANAH WAKAF OLEH MAIN

Setiap negeri di Malaysia telah menubuhkan beberapa jawatankuasa seperti jawatankuasa kerja wakaf, jawatankuasa kawalan wakaf, jawatankuasa pembangunan dan pelaburan dan lain-lain.64

63 64

http://infad.kuim.edu.my/modules.php Azizian Bin Hamid (1999), Pentadbiran dan Pengurusan Harta Tanah Wakaf di Malaysia, (Kertas Kerja Seminar Institusi Wakaf Menuju ke Arah Baru, Anjuran Jabatan Pentadbiran Tanah, Fakulti Kejuruteraan dan Sains Geoinformasi, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Pada 8 Julai 1999, hlm.8.

16

Namun jawatankuasa Istibdal belum diwujudkan kecuali di negeri Kedah.65 Di negeri-negeri lain tidak menubuhkan jawatankuasa ini secara khusus dan diserahkan tugas serta tanggungjawab tersebut kepada unit wakaf untuk melaksanakannya tanpa mewujudkan suatu badan khas yang berasingan dan dianggotai oleh banyak pihak yang berautoriti.66 Di Terengganu Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Zakat, Wakaf dan Baitulmal Kali Pertama pada 9 Ogos 2005 telah mengemukakan beberapa cadangan bagi melaksanakan urusan penggantian atau Istibdal tanah wakaf yang tidak dilaksanakan dalam tempoh yang begitu lama. Pendekatan ini telah diambil setelah melihat sejak sekian lama tanah-tanah wakaf yang telah terlibat dengan pengambilan oleh kerajaan atau PBN tidak diambil sebarang tindakan. Kesan daripada penangguhan ini MAIDAM terpaksa berhadapan dengan kuantiti tanah wakaf yang semakin berkurangan, terutama yang berada di kawasan bandar dan pinggiran bandar. Antara cadangan tersebut ialah MAIDAM akan mencari dan membeli tanah lain sebagai ganti tanah yang diambil balik tersebut sebagaimana pandangan fatwa. Tanah yang diambil balik itu hendaklah diganti dengan tanah yang sepertinya dan kemudian dilafazkan dengan sighah wakaf. Kelemahan ini amat berkait rapat dengan rekod atau maklumat pengambilan tanah. 67 Pihak yang menguruskan tanah wakaf tidak menyenaraikan secara lengkap keseluruhan tanah wakaf yang terlibat dengan pengambilan sejak tahun 1951 lagi. Kajian dan pemantauan secara terperinci tidak dilakukan secara berterusan oleh pihak yang berkenaan. Begitu juga dengan perancangan dan aktiviti MAIDAM yang pada pandangan penyelidik kurang memberikan penekanan dari aspek sejauhmana keberkesanaan dan kejayaan setiap apa yang dirancangkan. Di negeri Kedah,68 agak terkehadapan dalam soal perancangan dan pembangunan Istibdal tanah berbanding negeri lain. Di atas keprihatinan MAIK terhadap tanah-tanah wakaf yang diambil oleh kerajaan, satu Jawatankuasa Pembelian Tanah telah ditubuhkan dengan dipengerusikan sendiri oleh Dato Yang Dipertua MAIK. Tujuan penubuhan jawatankuasa ini adalah untuk melicin dan mempercepatkan lagi usaha pelaksanaan Istibdal bagi tanah-tanah wakaf yang terlibat dengan pengambilan oleh kerajaan agar diganti dengan tanah lain dalam tempoh yang terdekat tanpa berhadapan dengan banyak masalah birokrasi. Di dalam mesyuarat ini

65

Di Singapura, Majlis Agama Islam Singapura MAIS telah melantik anak Syarikat Warees Invenstment Pte Ltd sebagai pihak yang menguruskan hartanah MAIS. Dalam usaha Warees untuk meningkatkan pembiayaan wakaf oleh masyarakat Islam, Warees menguruskan pembelian tanah untuk diwakafkan sama ada di Singapura atau di luar Singapura, memandangkan kesukaran masyarakat Islam untuk membeli tanah pajakan bebas. Warees akan dilantik sebagai pengamanah wakaf umat Islam di Singapura. Lihat: Abdul Halim Ramli, Kamarulzaman Sulaiman (2006), Pembangunan Harta Wakaf: Pengalaman Negara-negara Islam, (Konvensyen Wakaf Kebangsaan 2006, Anjuran Jabatan Wakaf Zakat dan Haji, di Hotel Legend Kuala Lumpur, Pada 12-14 September 2006), hlm.3-6. 66 Majlis Agama Islam Negeri ada melantik anak-anak syarikat yang bertugas membantu Majlis dalam perkara pelaburan dan pembangunan. Di Negeri Kedah syarikat Pengurusan Izzah Sdn Bhd, di negeri Melaka MAIM Properties Sdn Bhd, di negeri Johor Perbadanan Johor, di Selangor Bakti Suci Properties Sdn Bhd. Lihat: Zainal Abidin Mat Nor (2000), Permasalahan Hartanah Majlis Agama Islam Negeri-negeri, dalam Jurnal Penyelidikan Islam, JAKIM, Bil.13, 2000, hlm.32. 67 Menurut Yg. Bhg Dato Hj Alwi Bin Muhamad, Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM, semua tanah-tanah wakaf yang terlibat dengan PBT telah diistibdal sejak sekian lama. MAIDAM tidak pernah berhadapan dengan isu ini. Temubual: Yg. Bhg. Dato Hj Alwi Bin Muhamad, Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM, pada 22/3/2006, di Pejabat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Terengganu (MAIDAM). 68 Lihat: Perkara 63, Cabutan Keputusan Mesyuarat Pelaburan dan Pembangunan Tanah Wakaf dan baitulmal Majlis Agama Islam Kedah (MAIK) Bil.1/2005, pada 25 Julai 2005.

17

Jawatankuasa Pembelian Tanah telah merangka beberapa kaedah pelaksanaan yang telah diputuskan. Antaranya ialah: a) Keputusan Jawatankuasa perlu mengambilkira penilaian daripada Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta bagi memastikan tanah wakaf yang akan diganti mempunyai nilai yang sama atau lebih baik daripada tanah wakaf yang sebelumnya; b) Bagi mendapatkan nasihat tentang kesesuaian tanah jawatankuasa boleh merujuk kepada pandangan daripada Syarikat Pengurusan Izzah SDN BHD, iaitu anak syarikat MAIK atau pihak-pihak lain yang berkenaan; c) Jawatankuasa boleh membuat keputusan untuk membeli tanah ganti dan hanya perlu memaklumkan kepada Mesyuarat MAIK bagi setiap keputusan yang dibuat; d) Pihak pentadbiran MAIK, bahagian Wakaf boleh melaksanakan urusan pindah milik tanah dan pembayaran harga tanah mengikut keputusan jawatankuasa pembelian tanah

Di negeri Melaka, Jabatan Agama Islam Melaka belum merangka apa-apa perancangan berkaitan Istibdal tanah yang telah diambil oleh kerajaan. Ini kemungkinan mereka beranggapan jumlah tanah wakaf yang diambil adalah sedikit dan tidak menimbulkan masalah yang kritikal. Maka keperluan kepada tanah-tanah lain sebagai ganti belum diputuskan oleh MAIM. Tambahan pula pihak kerajaan turut memberi sokongan kepada Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dengan meluluskan tanah tapak kubur seluas 85 ekar untuk dua daerah Melaka Tengah dan Jasin. Manakala bagi daerah Alor Gajah masih dalam proses mendapatkan tanah.69

7.0

KESIMPULAN DAN CADANGAN

Pelaksanaan Istibdal bagi tanah yang diambil oleh kerajaan tidak boleh ditangguh atau dilambatkan. Ia hendaklah dilakukan seberapa segera oleh pemegang amanah bagi menjaga kepentingan pewakaf dan umat Islam seluruhnya serta mengelakkan daripada berlakunya penyalahgunaan wang pampasan, selain kenaikan nilai tanah semasa. Pelaksanaan Istibdal perlu mengambilkira semua pandangan ulama Fiqh tanpa terikat atau dikongkong dengan satu mazhab dan diselaraskan mengikut keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri dan Kebangsaan. Kaedah atau prosedur Istibdal yang dikeluarkan oleh Jabatan Zakat Wakaf dan Haji melalui buku Manual Pengurusan Tanah Wakaf boleh diikuti sebagai panduan bagi mewujudkan keseragaman kerja antara negeri-negeri. Konsep penggantian antara tanah wakaf Am, Khas dan Zuriat hendaklah dibezakan, termasuk tanah wakaf yang diambil secara keseluruhan tanah dengan tanah yang diambil sebahagian. Beberapa cadangan tentang kaedah pelaksanaan Istibdal bagi tanah wakaf Am, Khas dan Zuriat yang terlibat dengan pengambilan tanah oleh PBN adalah sebagaimana berikut:

69

Temubual: En. Mohd Hairul Amin bin Mohd Sis, Ketua Bahagian Wakaf dan Sumber Am, Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), pada 15/11/2006, di Pejabat MAIM.

18

7.0.1 Tanah yang Diambil Secara Keseluruhan Bagi tanah yang diambil melibatkan kesemua tanah atau sebahagian besar daripadanya hendaklah diganti tanah dengan tanah (al-Aqar bi al-Aqar) sepenuhnya sama ada wakaf Am, Khas atau wakaf Zuriat. Keutamaan gantian tanah dengan tanah bagi pengambilan yang melibatkan keluasan yang besar adalah bagi memudahkan urusan pihak agensi dan MAIN mendapatkan tanah lain yang mempunyai keluasan dan jenis yang sama. Saiz keluasan tanah yang luas agak senang untuk dibeli sebagai Istibdal. 7.0.2 Pengambilan Sebahagian Kecil Tanah Wakaf Bagi tanah yang diambil sebahagian kecil sahaja jumlah keluasannya dan bayaran pampasan yang sedikit sukar untuk diganti dengan tanah. Oleh itu ia tidak perlu kepada gantian tanah dengan tanah. Malah mencukupi hanya dibayar dengan wang sebagai pampasan. Sekiranya perlu diganti juga dengan tanah, ia adalah terlalu sukar dan mustahil untuk dilaksanakan. Bagi kategori keluasan tanah seperti ini, adalah dicadangkan agar nilai pampasan tanah-tanah wakaf Khas dan Am masing-masing disatukan. Melalui kaedah ini semua nilai pampasan yang dibayar oleh kerajaan, digabung dan disatukan menjadi jumlah yang besar mengikut kategori wakaf. Dengan jumlah yang besar MAIN mampu membeli tanah lain yang mempunyai nilai komersil sebagai ganti tanah yang telah diambil. Kes yang sama juga boleh diaplikasikan kepada tanah jenis wakaf Zuriat. Segala manfaat daripada aset yang baru itu akan disalurkan kembali atau diagihkan kepada ahli warisnya mengikut cara pembahagian aset yang pertama. Jawatankuasa fatwa hendaklah mengkaji dan mengeluarkan fatwa yang membolehkan wang-wang ini disatukan dan boleh digunakan untuk membeli sesuatu selain tanah yang dianggap menyukarkan pihak MAIN jika ditetapkan tanah hendaklah diganti dengan tanah sebagaimana fatwa sebelum ini. 7.0.3 Pengambilan Tanah Wakaf Tapak Masjid Surau Dan Kubur Bagi tanah jenis wakaf masjid dan surau terdapat dua jenis kategori penggunaan yang disyaratkan oleh pewakaf. Dua kategori ini perlu diambil perhatian kerana bentuk kegunaan manfaatnya berbeza antara satu sama lain. Terdapat pewakaf yang mewakafkan tanah untuk tapak masjid dan surau secara khusus. Tanah ini sememangnya dimanfaatkan untuk didirikan dengan masjid atau surau yang dimaksudkan. Satu laginya ialah tanah yang diwakafkan untuk manfaat masjid dan surau. Segala hasil yang diperoleh dari tanah yang diusahakan itu hendaklah disalurkan kepada masjid dan surau untuk penyelenggaraan masjid berkenaan. Kaedah pelaksanaan Istibdal tanah-tanah jenis ini adalah sepertimana berikut: i. Bagi bangunan masjid/ surau yang terlibat dengan pengambilan tanpa melibatkan keseluruhan tanah dan bangunan, pihak agensi perlu menanggung kos membaikpulih bangunan masjid dan surau sebagaimana bentuknya yang asal dengan mendapat persetujuan daripada Ahli Jawatankuasa Masjid/ surau berkenaan. ii. Manakala bagi tapak masjid dan surau yang melibatkan pengambilan secara keseluruhan termasuk juga bangunan, pihak agensi/ pemaju hendaklah membina semula bangunan masjid/ surau yang baru di atas tapak yang baru dan tanah/ tapak tersebut diganti dengan jumlah keluasan yang sama dengan keluasan pengambilan. Sekiranya pihak pemaju/ agensi hanya menawarkan gantian dengan wang pampasan, maka sudah tentu banyak menimbulkan masalah terutama dari segi tanah sukar 19

iii.

diganti dan pembinaan semula masjid/ surau menelan kos yang tinggi dan sukar untuk dijangkakan. Pihak agensi boleh mendapatkan tanah lain yang berada di lokasi yang berdekatan atau bersebelahan dengan tanah yang asal. Sementara tanah perkuburan Islam yang terlibat hendaklah diganti dengan tanah juga. Kubur-kubur yang lama perlu dipindahkan ke tanah perkuburan Islam yang baru.

Dari aspek Akta Pengambilan Tanah 1960, peruntukan Seksyen 15(1) perlu dikuatkuasakan khususnya dalam memberi hak dan pilihan kepada MAIN, selaku pemilik tanah untuk membuat keputusan. Pihak kerajaan tidak boleh menyelesaikan masalah dengan menyebelahi kepada satu pihak sahaja, dan mengabaikan pihak lain yang dilucutkan hak milik mereka. Dalam kes pengambilan tanah wakaf, MAIN hendaklah diberi peluang yang seluas-luasnya untuk menyertai projek pembangunan yang difikirkan sesuai, atau menggantikan dengan tanah yang sama jenis atau lebih baik daripada yang diambil, selain pemberian wang pampasan yang dilakukan sebelum ini. Selain itu adalah dicadangkan supaya APT 1960, tanah wakaf dikecualikan daripada dipindah milik atau dijual kepada pihak swasta. Konsep pemindahan secara pajakan adalah lebih sesuai diberikan kepada pihak swasta bagi meyelamatkan tanah-tanah ini menjadi hak milik kekal pihak-pihak lain. Konsep pajakan dijamin memberi keuntungan kepada MAIN dan umat Islam seluruhnya dari segi jangka panjang. Selain itu, di pihak MAIN, perlunya penubuhan sebuah jawatankuasa Istibdal yang khusus adalah penting bagi melaksanakan tugas-tugas dan tanggungjawab mengesan tanah-tanah kerajaan atau tanah bermilik yang sesuai untuk dibuat permohonan kepada pentadbir tanah di setiap daerah. Jawatankuasa ini boleh dianggotai bersama oleh mereka yang terdiri daripada ahliahli agama dan golongan profesional dan pihak pentadbir seperti Exco Kerajaan Negeri, pentadbir tanah, pakar-pakar dan perancang ekonomi dan lain-lain pihak yang berkepentingan selain pihak MAIN sendiri. Selain itu bagi melaksanakan misi ini dengan jayanya, jawatankuasa ini boleh diuruskan oleh anak-anak syarikat yang dilantik secara sah oleh MAIN. Segala dasar, prosedur dan kaedah-kaedah Istibdal adalah diputuskan oleh ahli jawatankuasa ini dan anak-anak syarikat yang dilantik akan menjadi pelaksanakan kepada apa jua perancangan yang dibuat oleh Jawatankuasa ini. Jawatankuasa ini juga bertindak sebagai pemantau kepada tugas-tugas yang dilaksanakan mereka yang memikul tanggungjawab ini .

Rujukan

Abu Zahrah, Muhammad (1971), Muhadharah fi al-Waqf, cet:2, Kaherah: Dar al-Fikr al-Arabi Abdul Halim Ramli, Kamarulzaman Sulaiman (2006), Pembangunan Harta Wakaf: Pengalaman Negara-negara Islam, (Konvensyen Wakaf Kebangsaan 2006, Anjuran Jabatan Wakaf Zakat dan Haji, di Hotel Legend Kuala Lumpur, Pada 12-14 September 2006) Ahmad Farraj Hassan (1986), Ahkam al-Wasaya wa al-Awqaf fi al-Syariah al-Islamiyyah, Kaherah: Dar al-Jamiah

20

Ahmad Hidayat Buang (2004), Analisis Fatwa-fatwa Syariah di Malaysia, dalam Ahmad Hidayat Buang et. al. (ed.), Fatwa di Malaysia, cet.1, Kuala Lumpur: Jabatan Syariah dan Undang-undang Universiti Malaya Azizian Bin Hamid (1999), Pentadbiran dan Pengurusan Harta Tanah Wakaf di Malaysia, (Kertas Kerja Seminar Institusi Wakaf Menuju ke Arah Baru, Anjuran Jabatan Pentadbiran Tanah, Fakulti Kejuruteraan dan Sains Geoinformasi, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Pada 8 Julai 1999 Badran, Badran Abu al-Aynayn (1986), Ahkam al-Wasaya wa al-Awqaf fi al-Syariah alIslamiyyah, Kaherah: Dar al-Jamiah Al-Dardir, Abi al-Barakat Ahmad b. Muhammad b. Ahmad (t.t.), Al-Syarh al-Saghir ala Aqrab al-Masalik ila Madhhab al-Imam Malik, t.tp, jld.4, Cairo: Dar al-Maarif Al-Ghazali, Muhammad b. Muhammad b. Muhammad (1997), Al-Wasit fi al-Madhhab, cet.1, jld.4, Dar al-Salam Hafiz al-Din al-Nisfi, Abi al-Barakat Abd Allah b. Ahmad (1997), Al-Bahr al-Raiq Sharh Kunz al-Daqaiq, cet.1, jld.5, Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah Hassan Abd Allah al-Amin (1994), Idarah wa-Thasmir Mumtalikat al-Awqaf, cet.2. Al-Bank alIslami li al-Tanmiyyah al-Maahad al-Islami Hassan Abd Allah al-Amin (1994), Idarah wa-Thathmir Mumtalikat al-Awqaf, cet:2, Al-Bank al-Islami li al-Tanmiyyah al-Maahad al-Islami Ibn al-Humam, Kamal al-Din Muhammad b. Abd Wahid (1977), Syarh Fath al-Qadir, cet.1, jld.6, Beirut: Dar al-Fik Ibn Qudamah, Muwaffaq al-Din Muhammad Abd Allah b. Ahmad b. Muhammad (1999), AlMughni, cet.4, jld.8, Dar al-Alam al-Kutub Al-Khinn, Mustafa Said (1992), al-Fiqh al-Manhaji ala Madhhab al-Imam al-Syafii, cet.3, Damsyiq: Dar al-Ilmi Al-Kubaysi, Muhammad Ubayd (1977), Ahkam al-Waqf fi al-Syariah al-Islamiyyah, jld.2, Baghdad: Matbaah al-Irsyad Al-Nawawi, Abu Zakariyya Yahya (2000), Rawdah al-Talibin, jld.4, Beirut: Dar al-Kutub alIlmiyyah Al-Nisaburi, Imam Abi Husayn Muslim al-Hajjaj al-Qusyairi (1997), Sahih Muslim, Bab alWaqf, cet:1, jld. 3. Muassasah Iz al-Din

21

Noor Naemah Abd Rahman, Luqman Hj Abdullah, Anisah Abd Ghani (2006), Fatwa-fatwa Wakaf di Malaysia: Analisa Khusus di Negeri Kelantan, (Konvensyen Wakaf Kebangsaan 2006, pada 12-14 September 2006, Anjuran Jabatan Wakaf Zakat dan Haji, di Hotel Legend Kuala Lumpur) Al-Maydani, Abd al-Ghani al-Ghanimi (1985), Al-Lubab fi Syarh al-Kitab, jld.1, Beirut: Dar alIhya al-Turath al-Arabi Mohd Daud Bakar (1999), Amalan Institusi Wakaf Di Beberapa Negara Islam: Satu Perbandingan, dalam Nik Mustapha Nik Hassan et. al. (ed), Konsep dan Pelaksanaan Wakaf di Malaysia, Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) Mohd Afandi Bin Mat Rani (2008), Pengambilan Tanah Wakaf Oleh Pihak berkuasa Negeri: Analisis Menurut Hukum Syarak dan Aplikasinya di Malaysia, Tesis Ph.D, Universiti Malaya Muhammad Kamal al-Din (1998), Al-Wasaya wa al-Awqaf fi al-Fiqh al-Islami, Muassasah alJamiyyah al-Dirasat, Qudamah (2001), Al-Munaqalah wa al-Istibdal bi al-Awqaf, dalam Al-Asyqar, Muhammad Sulayman, et. all (ed) Majmu fi Al-Munaqalah wa al-Istibdal bi al-Awqaf , cet.2, Beirut: Lubnan Siti Mashitoh Mahamood (2002), Pelaksanaan Istibdal dalam Pembangunan Harta Wakaf di Malaysia, cet.1, Jabatan Syariah dan Undang-undang, Akademi Pengajian Islam, Kuala Lumpur: Universiti Malaya Al-Syawkani, Syaykh Muhammad b. Ali (t.t.), Nayl al-Awtar Min Ahadith Sayyid al-Akhbar Syarh Muntaqa al-Akhbar, jld.6, Kaherah: Mustafa al-Babi al-Halabi Al-Syirazi, Abi Ishak (1995), Al-Muhadhab fi fiqh al-Imam al-Syafii, cet.1, jld.2. Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah Al-Syirbini, Syam al-Din Muhammad b. Muhammad al-Khatib (1994), Mughni al-Muhtaj ila Marifat al-Maani Alfaz al-Minhaj, jld.3, Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah Al-Zaylai, Jamal al-Din Abu Muhammad Abd Allah b. Yusuf (1996), Nasb al-Rayah Takhrij Ahadith al-Hidayah, cet.1, jld.3, Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah Al-Zuhayli, Wahbah (1987), al-Wasayah wa al-Awqaf fi Fiqh al-Islami, cet.1, Damsyiq: Dar alFikr Zainal Abidin Mat Nor (2000), Permasalahan Hartanah Majlis Agama Islam Negeri-negeri, dalam Jurnal Penyelidikan Islam, JAKIM, Bil.13, 2000 Zuhdi Yakan (t.t.), Ahkam al-Waqf, cet.1, Beirut: Maktabah al-Asriyyah Al-Zuhayli, Wahbah (1987), op. cit., hlm.221. Tarablas (t.t.), Al-Fiqh fi al-Syariah alIslamiyyah, Beirut: Maktabah al-Hadithah 22

Senarai Temubual Temubual: Yg. Bhg. Dato Hj Alwi Bin Muhamad, Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM, pada 22/3/2006, di Pejabat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Terengganu (MAIDAM). Temubual: En. Mohd Hairul Amin bin Mohd Sis, Ketua Bahagian Wakaf dan Sumber Am, Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), pada 15/11/2006, di Pejabat MAIM. Temubual: En. Fakhruddin Bin Abd Rahman, Ketua Bahagian Wakaf, Majlis Agama Islam Pulau Pinang, pada 24/11/2005, di Pejabat Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) Temubual: En. Suhaimi Bin Ismail, Pegawai Wakaf, Majlis Agama Islam Selangor, pada 10/11/2006, di Pejabat Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) Temubual: En. Ridhuan Abd. Rahman melalui telefon, Pegawai Wakaf dan Baitulmal, Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK), pada 23/3/2006 Temubual: En. Mohd Fadilah Bin Abdul Manaf, Pegawai Wakaf, Majlis Agama Islam Pahang (MAIP), pada 12/1/2006, di di Pejabat Majlis Agama Islam Pahang Temubual: En. Rohaizat bin Ali melalui telefon, Pegawai Wakaf, Majlis Agama Islam Perak (MAIP), pada 18/4/2006. Temubual: En. Kamal Imran melalui telefon, Pegawai Wakaf, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS), pada 22/2/2006

Laporan/ Minit Mesyuarat

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah pada 10hb. Julai 2005 Surat Mufti kepada PTD KT( MAIDAM 01-006/14 Bhg 9-9-(50) bertarikh pd 18/Nov/1997. Rujukan pewartaan Fatwa Negeri Melaka, pada 2 Februari 1995. No.54Fail Fail Pengambilan Tanah Wakaf Negeri Terengganu, 03-003 (34). Rujukan Fail Wakaf Johor (2) dlm. JMJ606/ WAKAF (W)-2/2004. Rujukan Laman Web
http://infad.kuim.edu.my/modules.php?op=modload&name=News&file=article&sid=1192, 20 Januari 2007

23

http://infad.kuim.edu.my/modules.php?op=modload&name=News&file=article&sid=2092, 20 Januari 2007 http://infad.kuim.edu.my/modules.php?op=modload&name=News&file=article&sid=2077, 20 Januari 2007 http://infad.kuim.edu.my/modules.php?op=modload&name=News&file=article&sid=4304, 20 Januari 2007

24