Anda di halaman 1dari 22

SAINS DAN ISLAM

DISEDIAKAN OLEH: MUHAMMAD AMIRULL BIN ABD HAMID MUHAMMAD HAKIM BIN AZMAN

PENDAHULUAN
}

Islam telah menetapkan bahawa setiap perkara itu adalah tertakluk kepada peraturan yang telah ditetapkan oleh Al Quran dan Sunnah Nabinya, dan tidak terkecuali juga ilmu sains dan teknologi. Oleh itu ilmu sains dan teknologi yang diterima oleh Islam adalah ilmu yang dipimpin dan disuluh oleh Nur Ilahi, kerana hanya dengan itu ilmu tersebut tidak akan bersifat menindas dan menganiaya makhluk lain.

Sebenarnya, di dalam Al Quran itu sendiri sudah terkandung ilmu sains dan teknologi yang hanya menunggu untuk dikaji dan dikembangkan oleh mereka yang memahami dan mengamalkannya. Setiap ayat yang terkandung di dalamnya mempunyai maksud dan makna yang tertentu yang perlu digali, diteliti dan direnungi, sebab Al Quran adalah sumber ilmu pengetahuan yang terbesar dan terpenting. Jika tidak mutiara Al Quran itu tidak akan menyerlah dan memancarkan cahayanya untuk menyinari kehidupan umat manusia. Berdasarkan kepada hakikat inilah maka umat Islam perlu mengambil manfaat daripadanya dengan menggunakan akal fikiran yang dikurniakan oleh Allah untuk menjalankan pengkajian yang bersifat empirikal dan saintifik. Sekiranya ini dapat dilaksanakan, maka tidak syak lagi zaman kegemilangan Islam dapat dikembalikan dan Islam sekali akan menjadi sumber inspirasi kepada kemajuan tamadun dan kekuatan ummah.

Ilmu sains dan teknologi tanpa Islam adalah seperti sebilah pedang di tangan seorang yang mabuk, atau cahaya api di tangan seorang pencuri yang memungkin dia mencuri barang-barang yang terbaik. Atas sebab inilah pemisahan antara Islam dengan sains dan teknologi hanya akan membawa kepada kemusnahan kerana mereka yang menguasai ilmu tanpa pimpinan agama akan dipimpin oleh nafsu haloba. Oleh itu peranan agama adalah sangat penting dalam memastikan segala ilmu termasuk sains dan teknologi tidak disalahgunakan untuk kepentingan individu ataupun golongan tertentu. Senario dunia masakini juga seolah-olah menuntut umat Islam untuk kembali untuk menguasai ilmu sains dan teknologi sebagai saluran untuk mencapai kemajuan dan pemodenan.

HUBUNGAN SAINS DAN ISLAM


}

Hubungan antara Islam dengan sains dan teknologi adalah ibarat isi dan kuku, tidak dapat dipisahkan kerana sama-sama mempunyai peranan dan sumbangan yang penting dalam membina tamadun manusia. Sains dan teknologi membawa kemajuan, kemudahan dan keselesaan, manakala Islam pula memimpin manusia ke arah kebahagiaan dan kesejahteraan hidup di dunia dan juga di akhirat. Sains wujud daripada perasaan ingin tahu manusia terhadap alam sekelilingnya dan merupakan salah satu cabang utama ilmu pengetahuan yang dapat digunakan untuk meningkatkan keimanan. Sungguhpun Islam telah memberikan garis kasar terhadap kaedah dan jawapan kepada banyak persoalan sains, namun ianya masih memerlukan pengkajian yang mendalam untuk membuktikan kebenarannya. Atas sebab inilah maka Islam sangat menuntut umatnya mencari, mengembang dan menguasai ilmu pengetahaun.

MANUSIA DAN ADAM


Secara dasarnya manusia berasal daripada Nabi Adam. Nabi Adam berasal daripada tanah. Dalam Surah al_Haj ayat 5 Allah menjelaskan mengenai proses-proses kejadian manusia ini melalui kata-katanya yang bermaksud, wahai manusia jika kamu meragui hari kebangkitan maka (ingatlah) kami menciptamu daripada tanah, kemudian daripada nuthfah.

} }

Berhubung dgn kejadian manusia daripada tanah Dalam surah Ali Imran ayat 59 Allah berfirman sesungguhnya perumpamaan (penciptaan) Isa di sisi Allah adalah sama seperti (penciptaan) Adam. Allah mencipta Adam daripada tanah kemudian Allah berkata kepadanya, jadilah, maka jadilah dia (seorang manusia). Ayat ini menceritakan kejadian Adam dijadikan tanpa ibu dan bapa dan nabi Isa dijadikan tanpa ayah. Dalam konteks nabi Adam, Allah mengatakan Nabi Adam diciptakan daripada turaab. Mengikut Hans Wehr A Dictionary of Modern Written Arabic oleh J Milton Cowan, perkataan Turaab bermaksud debu, bumi dan tanah.

Pada hari ini penemuan sains menunjukkan permulaan kehidupan secara umumnya bermula daripada tanah liat atau clay. Pandangan ini masih berbentuk hipotesis, pada asalnya di ketengahkan oleh Dr A. Graham Cairns-Smith dari Universiti Glasgow pada tahun 1985. pada tahun 2003, dalam satu artikel yang bertajuk Clays Matchmaking Could Have Sparked Life, yang dilaporkan di Newscientist.com News Service (online) bertarikh 23 Oktober 2003,dinyatakan dua komponen penting menjadi asas kepada permulaan kehidupan. Kedua-dua itu adalah kewujudan bahan genetik dan kewujudan selaput sel. Seterusnya laporan itu menyebutkan kedu-dua komponen ini mungkin bermula daripada tanah liat yang dikenali sebagai montmorillonite clay. Penemuan ini yang pada asalnya dilaporkan di dalam journal sains, adalah hasil kajian Martin Han Czyc, Shelly Fujikawa dan Jack Szostak daripada Massachusetts General Hospital, Boston. Walaupun penemuan ini adalah satu penemuan yang baru dan kajian mengenainya masih lagi berterusan, namun ia sedikit sebanyak menunjukkan tanah liat adalah satu ramuan penting bagi kehidupan. Justerumengaitkannya dengan kejadian manusia mempunyai asas daripada sudut sains.

HIDUPAN BERASAL DARIPADA AIR


} Dalam

surah al-Anbiya ayat 30 Allah s.w.t. berfirman Apakah orang-orang kafir itu todak mengetahui bahawa langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah suatu yang padu kemudian kami pisahkan antara keduanya. Daripada air kami jadikan sesuatu yang hidup.

Air tidak hanya penting dalam proses kejadian langit dan bumi ia juga penting bagi hidupanhidupan lain. Mengikiut BBC News dalam segmen (science and nature)bertarikh 27 Mei pakar-pakar Biologi bersepakat air adalah asas pada kehidupan . Tanpanya kehidupan tidak boleh wujud . Bagi memastikan kehidupan lain yang wujud di planetplanet lain saintis akan mencari kawasan yang mempunyai air. Satu laporan yang terdapat dalam Palcontological Society Special Publication Volume 9(1999), permulaan hidupan sudah semstinya bermula dipersekitaran yang mempunyai suhu yang rendah agar dengan itu air dapat wujud. Air menjadi medium kepada proses-proses dalam kehidupan dan dan hanya dengan air metabolisme boleh berlaku.

FASA KEJADIAN BAYI


percantuman atau persenyawaan berlaku, bermulalah fasa kejadian bayi daripada satu tahap ke tahap yang lain. } Hal ini dinyatakan oleh Allah dalam surah Nuh ayat 14 yang bermaksud, padahal dia menciptakan kamu dalam beberapa tingkatan kejadian.
} Selepas

RAHSIA BERSAHUR
}

Semasa bersahur, umat islam disuruh melewatkannya kerana nabi berkata, Sentiasalah umatku berada di dalam kebaikan selama mana mereka melewatkan sahur dan menyegerakan waktu berbuka puasa. Hadis riwayat Ahmad. Penekanan nabi supaya sahur dilewatkan dan tidak diabaikan adalah penting lagi saintifik kerana ia menepati waktu bersarapan pagi. Kajian menunjukkan makanan yang paling utama dalam masa 24 jam adalah sarapan pagi. BBC News bertarikh 7 Mac melaporkan bersarapan pagi penting bagi memelihara kesihatan seseorang berbanding mengambil makanan pada waktu yang lain.Kajian yang dilakukan oleh Dr. Mark Pereira dan rakan-rakannya dari pusat perubatan Harvard mendapati mereka yang tidak bersarapan pagi berisiko tinggi menjadi gemuk, mendapat sakit jantung, mereka yang sentasa bersarapan pagi, menanggung risiko 50 peratus lebih rendah diserang masalah kesihatan yang berkaitan dengan lebihan kadar gula dalam darah berbanding mereka ang jarang bersarapan pagi.

PENUTUP
}

Sebagai umat Islam yang bijak, agama itu tidak seharusnya dilihat hanya sebagai ibadat ditikar sembahyang sahaja, tetapi ianya perlu dilihat dari perpektif yang lebih luas dan menyeluruh. Hubungan manusia bukan hanya terhad dengan Allah sahaja tetapi juga dengan manusia yang lain dan alam sekelilingnya. Oleh itu, tanggungjawab-tanggungjawab ini perlulah disempurnakan dengan sebaik-baiknya, kerana Islam bukanlah hanya sekadar slogan untuk dilaungkan tetapi menuntut supaya dilaksanakan. Agama tanpa sokongan sains dan teknologi akan mudah pincang dan meletakkan umatnya dalam keadaan serba lemah dan kekurangan. Oleh itu umat Islam perlulah menjadikan dirinya seorang Muslim yang berilmu dan bertaqwa. Gabungan ilmu, iman dan taqwa serta akhlak yang mulia adalah faktor yang utama untuk memungkinkan Islam kembali diterima sebagai agama yang universal dan progresif.

Anda mungkin juga menyukai