Anda di halaman 1dari 7

KEPENTINGAN KAJIAN PENYELIDIKAN ISLAM DAN PENYEBARANNYA DALAM USAHA MEMBANGUNKAN UMMAH.

Definisi ISLAM
Islam (Bahasa Arab: ; al-'isl m (bantuanmaklumat); disebut: [ s. la m]) (aslama = , yuslimu = , islaman = ) ialah agama samawi yang terkandung dalam al-Quran, yang dianggap penganutnya sebagai kalam Allah (Bahasa Arab: , All h), kata demi kata, serta ajaran dan contoh normatif nabi terakhir Nabi Muhammad s.a.w., seorang tokoh politik dan keagamaan Arab abad ke-7. Perkataan Islam bermaksud "penyerahan", atau penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah. Seorang penganut Islam dikenali sebagai Muslim, bermaksud "seorang yang tunduk [kepada Allah]". Muslim percaya bahawa Allah itu Esa dan tujuan hidup ialah untuk menyembah Tuhan. [4] Muslim juga percaya bahawa Islam merupakan versi lengkap dan sejagat kepercayaan monoteistik ajaran Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s., dan lain-lain nabi. Nabi Muhammad s.a.w. bukanlah pengasas agama baru, sebaliknya menjadi pemulih keimanan monoteistik ajaran nabi-nabi terdahulu. Tradisi Islam menegaskan bahawa agama Yahudi dan Kristian memutarbalikkan wahyu yang Allah berikan kepada nabi-nabi ini dengan mengubah teks atau memperkenalkan tafsiran palsu, atau kedua-duanya. Amalan keagamaan Islam termasuklah Rukun Islam, yang merupakan lima tanggungjawab yang menyatukan Muslim ke dalam sebuah masyarakat. Selain itu, terdapat syariat Islam ( , syari'ah) yang menyentuh pada hampir semua aspek kehidupan dan kemasyarakatan. Tradisi ini meliputi segalanya dari hal praktik seperti hukum pemakanan dan perbankan kepada jihad dan zakat. Hampir kesemua Muslim tergolong dalam salah satu dari dua mazhab terbesar, Sunah dan Syiah. Islam adalah agama paling berpengaruh di Afrika dan Timur Tengah, serta di sebahagian besar Asia. Komuniti besar juga ditemui di China, Semenanjung Balkan di Eropah Timur dan Rusia. Terdapat juga sebahagian besar komuniti pendatang Muslim di bahagian lain dunia, seperti Eropah Barat. Sekitar 20% Muslim tinggal di negara-negara Arab, 25% di Asia Selatan dan 13% di Indonesia, negara Muslim terbesar mengikut populasi. Terdapat sekitar 1.57 bilion Muslim, atau 23% penduduk dunia, menjadikan Islam agama kedua terbesar di dunia, selepas Kristian, dan boleh dikatakan agama yang berkembang paling pesat di dunia. Dari sini dapat kita fahami bahawa Islam adalah antara yang paling meluas tersebarnya di kalangan penduduk dunia masa kini. Oleh itu,terdapat pelbagai faktor mengapa Islam tersebar dengan meluas sehingga kini.

Menjalankan kajian dan penyelidikan dalam isu-isu yang berkaitan dengan a) akidah dan aliran pemikiran baru; b) isu-isu semasa syariah yang melibatkan hukum syarak; c) isu muamalat dan pengurusan sosioekonomi Islam;

d) bahan-bahan penerbitan media cetak, media elektronik, media baru, bahan gunaan Islam dan pra percetakan berunsur Islam yang mengandungi perkara-perkara yang meragu,mencemarkan dan bercanggah dengan Islam; e) pembangunan falak di Malaysia;

KEPENTINGAN KAJIAN Selepas kewafatan Rasulullah S.A.W, umat Islam telah melalui berbagai-bagai pengalaman dan kejadian. Pergolakan politik, peperangan demipeperangan, pertukaran pentadbiran negara dan perluasan tanahperkembangan Islam telah berlaku. Negara umat Islam kian meluas, kemajuansemakin pesat, pusat pengajian semakin bertambah. Segala ilmu yangmembabitkan kepentingan duniawi dan ukhrawi disebar secara meluas. Tradisikeilmuan dan ketamadunan umat Islam telah melalui berbagai-bagai peringkat kematangan ilmu.Di sebalik kemajuan keilmuan, manusia masih memerlukan bimbinganagar tidak tergelincir dari landasan yang telah ditetapkan oleh syariat. Bagi mencapai kebahagiaan hakiki, jalan yang patut dilalui ialah jalan RasulullahS.A.W. Ini kerana jalan baginda sahajalah yang dijamin oleh Allah S.W.T sebagai 'jalan yang lurus'. Namun, umat Islam telah menghadapi kerencaman pemikiran dan kepercayaan. Ada segelintir manusia yang sanggup meninggalkan panduan agama demi mengejar kehebatan duniawi sematamata. Justeru itu, umat sering tercari-cari manusia yang mampu menanganipersoalan umat dan memandu ke jalan yang lurus. Inilah tugas para sarjana Islam.Sebenarnya tiada manusia yang sempurna (selain nabi) yang sentiasa mampu memberikan buah fikiran yang ampuh untuk menangani semua persoalan umat. Tetapi di dalam sejarah keilmuan Islam telah muncul beberapa individu yang mampu memberikan kesan besar ke atas pemikiran umat. Nama-nama besar seperti Muhammad Bin Idris Al-Syafi i (150-204H), Ahmad BinHanbal (164-241H), Muhammad Bin Ismail AlBukhari (194-256H), Ibn Sina, Al-Ghazali, Ibn Rusyd dan Ibn Taymiyyah adalah di antara contoh manusia yang berkesan terhadap pemikiran dan keilmuan umat. Setiap mereka memberi kesan dalam beberapa aspek keilmuan dan pemikiran serta ketamadunan umat.

MASJID SEBAGAI PEMANGKIN PERBANDARAN DAN PEMBANGUNAN UMMAH

Masjid An Nabawi, Madinah Masjid adalah sebuah institusi yang amat penting di dalam kehidupan orang Islam. Masjid telah memainkan peranan dan fungsinya yang amat besar sejak daripada zaman Rasullulah S.A.W hingga kini. Walaubagaimanapun, pada masa kini kebanyakan masjid hanya menjadi tempat ibadah khusus semata-mata. Di antara fungsi masjid pada zaman Rasulullah ialah: Tempat ibadat, terutama sembahyang berjemaah. Tempat pembentukan peribadi umat Islam Pusat perkembangan ilmu pengetahuan Pusat Kegiatan ekonomi dimana ruang perniagaan berhampiran kawasan masjid. Tempat wahyu diturunkan dan sebagai tempat wahyu disampaikan kepada sahabat. Pusat kegiatan kesusasteraan dan persuratan Islam.

Pusat Kebudayaan dan Kesenian Tempat membincangkan mengenai pentadbiran negara. Pusat kegiatan sosial dan kehakiman dalam perkara yang berkaitan dengan nikah kahwin dan penyelesaian masalah umat Islam. Tempat letaknya Baitulmal negara. Pusat melatih tentera-tentera islam Tempat persinggahan musafir dan tempat menyambut tetamu. Lambang persaudaraan dan perpaduan umat Islam kerana setiap hari lima kali umat Islam bertemu dengan tujuan yang sama tanpa mengira kedudukan dan keturunan. Tempat membuat perisytiharan kepada umat termasuk perisytiharan pelantikan khalifah (Abu Shuhbah, al-Sirat Nabawiyyat Fi al- Qur an Wa al-Sunnat jld: 2 hlm: 31). Rasullulah S.A.W yang telah membentuk kerajaan Islam di Madinah sebenarnya adalah pengasas kepada bandar islam pertama dan baginda menukar nama yathrib kepada madinah yang bermaksud kota atau bandar. Baginda memulakan proses pembandarannya dengan membina masjid, ini menunjukkan pentingnya masjid dalam proses perbandaran. Jika kita meninjau kepada sejarah pembukaan bandar-bandar Islam di dunia pada zaman dahulu, masjid adalah ciri-ciri utama yang perlu di ambilkira bagi pembentukan sebuah Bandar sebagai pusat tumpuan. Misalnya, Imam Malik memutuskan sesebuah penempatan itu adalah bandar apabila ada masjid Jami . Pembinaan bandar-bandar awal dalam sejarah Islam seperti Barah Qairawan di Afrika Utara, Kafah dan Baghdad di dirikan dengan pembinaan Masjid sebagai ciri utamanya. Begitu juga dengan bandar yang dibina oleh orang Islam di Sepanyol seperti Qordoba. Masjid memainkan peranan yang amat penting dalam kehidupan. Kota Istanbul atau Qanstanlinople dahulu adalah ibu kota kerajaan Baizantin. Penaklukannya oleh Sultan Muhamad Al-Fatih pada tahun 1435M telah menambah kota ini kepada kota Islam dengan menjadikan gereja Aya Sofia menjadi Masjid. Seperti bandar-bandar Islam yang lainnya bandar yang dibina pada zaman Uthmaniah juga menjadikan masjid sebagai ciri-ciri utama di dalam perancangan Bandar. Pada hari ini peranan masjid diperluaskan lagi sebagai salah satu pemangkin kepada sektor pelancongan. Contohnya Masjid Terapung dan pembinaan Taman Tamadun Islam di Terengganu. Disamping itu ia juga dirancang dengan pelbagai kemudahan dan tarikan bagi setiap lapisan umur dengan tema utama education dan entertainment . Ikon bagi Taman Tamadun Islam ialah Masjid Kristal, yang menjadi mercu tanda baru bagi Kuala Terengganu. Taman Tamadun Islam merupakan sebuah kembara interaktif monumen Islam di serata dunia. Ia memberikan pendidikan dan hiburan informatif tentang destinasi Islam dunia. Taman Tamadun Islam adalah taman tema pertama yang mengiktiraf senibina Islam.

Taman Tamadun Islam dan Masjid Terapung, Terengganu Melihat kepada proses pembentukan bandar dalam sejarah Islam masa lalu yang menekankan pembinaan masjid sebagai asas dalam pembandaran. Maka hari ini proses ini juga perlu diteruskan. Pembinaan bandar-bandar baru mudah meletakkan pembinaan masjid supaya ciri utama atau keutamaan dalam proses pembinaan Bandar baru. Tidak dapat dinafikan bahawa sejak zaman Rasullulah S.A.W lagi masjid telah memainkan peranannya yang cukup besar dalam proses pembandaran dan pembangunan ummah, cuma bagaimana kita masyarakat hari ini mahu mengabdikan fungsi dan peranan masjid dalam konteks bandar agar pusat pembandaran tidak menghakis kewujudan masjid dan agar warga muslim di bandar tidak lupa pada masjid.

Masjid Negara, Kuala Lumpur

Wakaf dan Peranannya Dalam Pembangunan Ummah

Terminologi wakaf berasal daripada perkataan Arab waqafa yang bermaksud berhenti, menegah dan menahan. Dari segi istilah, wakaf telah diberikan beberapa takrif seperti: 1. Syed Sabiq (Fiqh al-Sunnah) Wakaf ialah menahan harta dan memberikan manfaatnya pada jalan Allah. 2. Sahiban Abu Hanifah; Abu Yusuf dan Muhammad bin Hassan Wakaf ialah menahan ain mawquf (benda) sebagai milik Allah atau pada hukum milik Allah dan mensedekahkan manfaatnya ke arah kebajikan dari mula hingga akhirnya. 3. Dr. Muhammad Al-Ahmad Abu Al-Nur, bekas Menteri Wakaf Mesir Wakaf ialah harta atau hartanah yang ditahan oleh pemiliknya sekira-kira dapat menghalang penggunaannya dengan dijual atau dibeli ataupun diberikan sebagai pemberian dengan syarat dibelanjakan faedahnya atau keuntungannya atau hasil mahsulnya kepada orang yang ditentukan oleh pewakaf. Takrif-takrif di atas telah menunjukkan kedudukan wakaf sebagai sebahagian daripada amalan yang dianjurkan oleh Syariah sebagaimana firman Allah SWT: Bandingan (pahala) orang yang membelanjakan harta mereka pada jalan Allah seperti sebiji benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, dan pada tiap-tiap tangkai itu pula terdapat seratus biji. Allah melipatgandakan (pahala) bagi setiap yang Dia kehendaki dan Allah Maha Luas (Kurniaannya) lagi Maha Mengetahui. (Surah al-Baqarah: Ayat 261) Daripada Abu Hurairah RA, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: Apabila mati anak Adam, terputus amalannya kecuali tiga perkara; sedekah jariah (wakaf), ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakan kepadanya. (Hadith Riwayat Muslim) Istilah wakaf adalah berkait dengan infaq, zakat dan sedeqah. Ia adalah termasuk dalam mafhum infaq yang disebut oleh Allah sebanyak 60 kali dalam al-Quran. Ketiga-tiga perkara ini bermaksud memindahkan sebahagian daripada segolongan umat Islam kepada mereka yang memerlukan. Namun, berbanding zakat yang diwajibkan ke atas umat Islam yang memenuhi syarat-syarat tertentu dan sedeqah yang menjadi sunat yang umum ke atas umat Islam; wakaf lebih bersifat pelengkap (complement) kepada kedua-dua perkara tersebut. Disamping itu, apa yang disumbangkan melalui zakat adalah tidak kekal dimana sumbangannya akan digunakan dalam bentuk hangus, sedangkan harta wakaf adalah berbentuk produktif iaitu kekal dan boleh dilaburkan dalam pelbagai bentuk untuk faedah masa hadapan. wakaf maknanya tahanan, menahan harta dari diwarisi,berfaedah, kekal dan dimanafaat untuk syarak.

Anda mungkin juga menyukai