Anda di halaman 1dari 9

PENGANTAR PENDIDIKAN

KONSEP FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN & FALSAFAH PENDIDIKAN GURU

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Pengenalan

Falsafah Pendidikan Negara (FPN) digubal pada 1988; kemudiannya ditukar kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan(FPK) sebagai usaha menaik taraf sistem pendidikan di Malaysia.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan


"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."

Falsafah Pendidikan Kebangsaan


Konsep Merujuk 3 ideologi :  Rukunegara;  Dasar Ekonomi Baru (1971);  Dasar Pendidikan Kebangsaan (1996). Gabungan matlamat, dasar dan amalanamalan pendidikan sebagai satu entiti keseluruhan yang tekal, jelas dan logik. Matlamat Menghasilkan individu secara menyeluruh , bersepadu, seimbang,dan harmonis dari segi J-E-R-I; Menjelaskan secara rasional amalan pendidikan terkini serta membimbing tindakan dan tren pendidikan masa depan.

FPK merupakan dasar kepada pendidikan di Malaysia. Prinsip perdana P&P KBSR dan KBSM adalah keperluan menjadikan FPK sebagai rujukan asas bagi merealisasikan pencapaian FPK di sekolah.

FALSAFAH PENDIDIKAN GURU (FPG)


Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin.

Konsep Falsafah Pendidikan Guru menekankan tiga aspek utama iaitu:


KETUHANAN : Menganjurkan peningkatan ilmu, penghayatan dan amalan individu sebagai insan yang percaya dan patuh kepada ajaran agama. KEMASYARAKATAN : Menekankan peranan guru sebagai pendidik, pemimpin dan sebagai agen perubahan. KENDIRI : Menjurus kepada pembinaan daya ketahanan, patriotisme, pemupukan budaya ilmu, pembentukan sahsiah dan berpekerti mulia

Anda mungkin juga menyukai