Anda di halaman 1dari 6

Kerja Di 7 Eleven & Hukum

Tuesday, 12 June 2007 17:22 Hits: 30031 1 2 3 4 5

(29 votes, average 4.59 out of 5) 165Share

HUKUM KERJA DI 7 ELEVEN


SOALAN: Di sini saya ingin ajukan satu soalan, bagaimana hukum pendapatan saya sekiranya saya bekerja di kedai 24 jam yang agak terkenal iaitu 7eleven, kedai ini ada menjual minuman arak, adakah saya termasuk dalam gologan orang yang dilaknat oleh Allah ? JAWAPAN UZAR : Secara umumnya, kerja sebagai cashier di pasaraya termasuk 7 eleven adalah halal. Bagaimanapun jika ada orang membeli arak dan melakukan pembayaran di kaunter anda, tatkala itu anda turut mendapat dosa dan laknat Nabi SAW kerana ia dianggap telah membantu pembelian arak itu. Demikian juga jika pekerja itu seorang pembantu yang menyusun dan semak stok arak dan lain-lain yang diharamkan, apa sahaja yang berkait dengan menyusun arak, mempamerkannya adalah berdosa. Perlu difahami, tidak semua perkara haram sama tahap berat dosanya, ada yang dosa besar dan ada dosa yang lebih kecil. Allah SWT lebih mengetahui, bagi mendapat lebih jelas panduan hukum dalam hal ini adalah hadith Nabi SAW :-


"Rasulullah saw melaknat tentang arak, sepuluh golongan: (1) yang memerahnya, (2) yang minta diperahkan untuknya, (3) yang meminumnya, (4) yang membawanya, (5) yang minta dihantarinya, (6) yang menuangkannya, (7) yang menjualnya, (8) yang makan harganya, (9) yang membelinya, (10) yang minta dibelikannya." (Riwayat Tarmizi dan Ibnu Majah : Tirmidzi : Hadith Gharib : Al-Munziri dalam At-Targhib: Perawinya thiqah )" Dalam menghuraikan hadith ini dan kaitannya dengan cashier :-

:
Ertinya : Pemakan harta dari jualan arak yang dibeli pelanggan : iaitu samada untuk diminum atau untuk dijadikan barang dagangan melalui wakil ( Mirqat al-Mafatih, 6/22) Dan juga sebuah lagi hadith


Ertinya : Dari Jabir r.a berkata ia mendengar Rasulullah SAW bersabda pada hari pembukaan Mekah, sesungguhnya Allah dan rasulNya mengharamkan penjualan arak, bangkai, khinzir dan berhala. ( Riwayat al-Bukhari, 2/779) Secara ringkasnya, ini bermakna kerja sebegini boleh menyebabkan pendapatannya bercampur halal dan haram. Keadaan ini boleh diselesaikan dengan memperuntukan sedeqah sebahagian dari harta setiap bulan kepada faqir miskin. Ia bergantung kepada iman kita, jika ingin rasa lebih tenang, sedeqahlah dalam jumlah yang wajar dengan keterlibatan penjualan arak tadi. Adapun jual kondom di 7 eleven agak sedikit berbeza, kerana kita tidak dinafikan ada suami isteri yang membelinya juga, ia adalah halal Adapun, bagi yang berlagak bagai suami isteri lalu membelinya untuk perzinaan mereka, cashier yang tidak mengetahui tidak terlibat dalam dosa tersebut, kecuali jika dalam sesetengah keadaan ada cashier yang mempunyai rakan-rakan muda yang diketahui kaki berzina, lalu meminta bantuan untuk membeli kondom dari kedai yang dijaga oleh rakannya. Ketika itu, bantuan itu menjadikan tindakannya adalah haram dengan dosa besar. Wallahu'alam.

Sebagai akhirnya, saya berasa lega kerana di beberapa buah pasaraya, mereka memisahkan kaunter pembayaran barangan tidak halal dibuat di kaunter khas yang dijaga oleh bukan Islam. Ia baik bagi menjaga kebajikan pekerja Islam. Sekian Ust Zaharuddin Abd Rahman http://www.zaharuddin.net/ 12 Jun 2007

jawapan : urusan pekerja yang TIDAK melibatkan 100% urusan kerja-kerja haram & terlibat yang 100% haram ( seperti syarikat arak ), bukan diketogerikan sebagai bersubahat...MELAINKAN : 1) Jika dia BENAR-BENAR bekerja di syarikat arak @ judi tersebut & sebagainya yg di"cop" sbg syarikat terlibat 100% haram...maka sudah JELAS dia memperolehi sumber pendapatan yg haram. * sekarang kita sudah ketahui bahawa pekerja di syarikat yg bersumberkan 100% haram maka hasil pendapatannya pun haram. 2)Persoalan yg timbul : bagaimana pula syarikat 7 eleven, giant, tesco yg bercampur aduk barangan-barangan HARAM untuk dijual? Diketogerikan sebagai pendapatan haram juga ke? jawapan : actually kita kena fahamkan dahulu, tesco,giant tu bukan dia buka 24jam semata-mata nak jual produk-produk yg diharamkan oleh syarak, TETAPI mereka juga menyediakan produk & barangan berasaskan dapur,rumah,makanan & minuman yg halal. TIDAK SAMA seperti kedai spot toto@ kedai yg menjual arak semata-mata & barangan haram, pekerjanya tidak kira samada cleaner @ casher @ manager dll sudah pasti hasil pendapatannya dari bersumberkan haram 3) soalan atas semula, Habis tu cashier yg bekerja di syarikat 7 eleven, giant, tesco tu macam mana plak? jawapan : kerja sebagai cashier ini perlu berhati-hati, kalau dia ambil bil pembayaran dari barangan yg halal, maka gaji dia adalah halal. TETAPI jikalau dia juga menerima pembayaran arak atau benda-benda haram di kira sbg berdosa dan

gaji yang tidak halal kerana : Dia tergolong dalam


menerima

10 golongan yang telibat dosa : Nabi : SAW bersabda

"Rasulullah saw melaknat tentang arak, sepuluh golongan: (1) yang memerahnya, (2)

yang minta diperahkan

untuknya, (3) yang

meminumnya, (4) yang membawanya, (5) yang minta dihantarinya, (6) yang menuangkannya, (7) yang menjualnya, (8) yang makan harganya, (9) yang membelinya, (10) yang minta dibelikannya." * jadi kesimpulannya cashier di 7eleven, tesco dan sebagainya syaratnya tidak menerima sebarang pembayaran dari barangan-barangan yg haram ( walaupun kerja di tempat syubhah ) ini kerana dia bekerja, berkhidmat untuk aktiviti yg halal ( cashier = suatu kerja yg asalnya adalah HALAL ),tetapi seperti yg disebut awal-awal :dengan syarat tidak boleh menerima pembayaran barangan yg haram ) persoalan lagi timbul : kalau difikirkan boleh/setuju ke tauke 7eleven,tesco tu nak izinkan kita jadi cashier barangan yg halal-halal je? jawapannya : memang x boleh...sebab kedai tu bukan ayah kita punya. *winkwink* kalau begitu layak la ( malah wajib ) kita cari pekerjaan lain..untuk elakkan dari sumber pendapatan shubhah @ haram ini. * manakala kerja sebagai cleaner, guard, jaga parking tidaklah terlibat dengan kerja-kerja haram tadi. maka gajinya adalah halal .Sebaik-baiknya carilah pekerjaan yg benar-benar 100 percent halal tanpa ragu-ragu, selagi mana mampu, pada masa yg sama perlu berusaha. Pesanan Nabi kepada kita : "tinggalkanlah perkara yang meragukan kepada benda ( sesuatu ) yang tidak meragukan".

Anda mungkin juga menyukai