Anda di halaman 1dari 5

KEMAHIRAN BERNILAI TAMBAH; KEMAHIRAN BERFIKIR, KEMAHIRAN

ICT DAN KEMAHIRAN BELAJAR CARA BELAJAR.

Pengenalan Mengikut Huraian Sukatan Pelajaran KBSM Bahasa Melayu, Kemahiran Bernilai Tambah mengutamakan pengalaman bilik darjah sesuai dengan situasi kehidupan dunia sebenar murid serta senario dunia yang global. Sebenarnya, kurikulum Bahasa Melayu menyepadukan pelbagai kemahiran agar memenuhi keperluan semasa pengajaran dan pembelajaran. Kemahiran Bernilai Tambah merupakan aspek yang sangat utama dalam menjadikan pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar. Kemahiran bernilai tambah merujuk dunia sebenar seseorang pelajar. Kemahiran ini yang merangkumi kemahiran berfikir, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran belajar cara belajar, kajian masa depan, kecerdasan pelbagai, pembelajaran konstruktivisme dan pembelajaran kontekstual. Sungguhpun semua kemahiran ini wajar diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran, guru masih tidak dapat menggunakan kemahiran ini sepenuhnya. Kemahiran Berfikir Belakangan ini, guru-guru banyak terdedah dengan teknik pengajaran yang bermatlamat untuk memperbaik keupayaan berfikir dan pengaplikasiannya dalam pembelajaran. Namun begitu, sebahagian besar pengajaran guru tertumpu pada

bavani@hotmail.com

2008 penggunaan buku teks. Dengan hanya membaca buku tidak akan memberikan pemahaman yang secukupnya untuk menghadapi cabaran pada masa hadapan. Kaedah penyoalan digalakkan bukan sahaja dalam kalangan murid malah juga dalam kalangan guru untuk memastikan kesahihan sumber-sumber informasi (Siegel, 1980). Tambahan pula, guru perlu menerapkan kemahiran berfikir dalam kalangan murid kerana kajian menunjukkan kebanyakan murid sekolah menengah tidak menguasai kemahiran berfikir secara kritikal. Guru bertindak mengambil jalan mudah untuk menghabiskan sukatan pelajar dengan cepat tanpa merangsang kemahiran berfikir murid. Ada juga guru yang tidak selalu mengajar untuk merangsang minda kreatif murid malah membantutkan perkembangan pemikiran mereka. Contohnya dalam pengajaran pemahaman, guru sering membaca dan juga menjawab soalan pemahaman yang diberikan, khususnya soalan yang memerlukan pandangan atau pendapat murid. Tujuan sebenar guru adalah untuk memastikan objektif pelajaran tercapai. Walaupun guru disarankan untuk menjalankan pengajaran yang berpusatkan murid, didapati guru masih lupa untuk mengaplikasikannya semasa dalam situasi sebenar. Dalam masa yang sama, bukan semua murid diberi peluang untuk menyatakan pandangan masing-masing. Ada kalanya murid-murid perlu disoal atau ditanya dengan menggunakan pendekatan yang berbeza. Misalnya, murid yang malu atau takut memerlukan guru menggunakan cara yang sesuai untuk membolehkan mereka menyatakan pandangan mereka. Guru juga sering mempersendakan atau menjadikan jawapan murid sebagai bahan humor yang akhirnya menghalang minat murid di samping membantutkan proses pemikiran mereka. 2

bavani@hotmail.com

2008 Ketidakpelbagaian soalan dan teknik penyoalan yang kurang berkesan turut menjadi kekangan dalam merangsang kemahiran berfikir murid. Penyoalan yang lemah seperti menggunakan kata soal apa, siapa, bila dan sebagainya tidak menggalakkan kemahiran berfikir secara maksimum. Guru tidak sedar bahawa penyoalan amat penting dalam merangsang minda murid. Selain itu, penggunaan bahan rangsangan seperti gambar, carta, jadual dan bahan lain juga kadang kala tidak bersifat merangsang kemahiran berfikir murid. Bahan rangsangan yang biasa dilihat, tidak menarik, atau tidak bersifat luar biasa kemungkinan besar tidak akan menarik minat murid untuk berfikir untuk memberikan pandangan atau pendapat. Tambahan pula, bahan pelajaran yang disediakan guru juga tidak pelbagai. Kebanyakan guru bahasa Melayu sering menggunakan bahan bacaan semasa mengajar berbanding sumber yang boleh didengar atau ditonton. Alat bantu mengajar seperti radio, televisyen dan komputer jarang digunakan manakala bahan bercetak pula digunakan kerap kali digunakan. Ini sebenarnya menyebabkan murid bosan seterusnya tidak menggalakkan kemahiran berfikir. Sebahagian besar pengajaran guru tertumpu pada penggunaan buku teks. Dengan hanya membaca buku tidak akan memberikan pemahaman yang secukupnya kepada murid-murid untuk menghadapi cabaran pada masa hadapan. Justeru, guru seharusnya perlu membantu murid-murid untuk memperkembang kemahiran berfikir dan mental untuk membolehkan mereka berfikir secara kreatif dan kritis, khususnya dalam membuat keputusan. Guru perlulah merancang strategi yang dapat menghasilkan keputusan yang efektif dengan meminta murid-murid membuat refleksi terhadap keputusan yang dibuat oleh mereka. 3

bavani@hotmail.com

2008 Guru bahasa Melayu perlulah sentiasa menggalakkan keseluruhan perkembangan diri murid dengan menekankan aspek persediaan akademik, nilai-nilai moral, pengurusan emosi, kemahiran sosial, pemikiran yang efektif dan kebolehan menyelesaikan masalah. Kadang-kala, pembawaan juga merujuk kepada kemahiran. Misalnya, kemahiran berfikir secara kritis iaitu kebolehan menganalisis, menilai dan menginterpretasi dalam cara yang munasabah, efektif, berhati-hati dan serius. Pembawaan guru dikatakan tidak kukuh atau kuat sekiranya mana-mana kemahiran ini tidak kena pada tempatnya. Untuk mengaplikasikan kemahiran-kemahiran ini, guru bahasa Melayu perlu bersikap terbuka dan adil. Kemahiran berfikir bergantung kepada pembawaan dan keinginan guru dalam memastikan aliran pengetahuan yang sempurna (Halpern 1998; Wright 2002). Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran mempunyai nilai yang sangat tinggi. Kini, guru-guru telah diberi tugasan untuk mengintegrasikan ICT dalam kurikulum. Sejauhmanakah guru-guru mencari jalan untuk menggunakan kemahiran ICT dalam dunia teknologi yang sentiasa berkembang dan berubah dari masa ke masa? Dan sejauhmanakah guru sendiri mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam menggunakan ICT secara berkesan? Apakah yang sebenarnya dapat dilakukan untuk meningkatkan dan memperbaik tahap keberkesanan

ICT di sekolah? Kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi jarang sekali diaplikasikan di dalam kelas. Umumnya, ini kerana kemudahan makmal komputer untuk mempelajari bahasa sangatlah terhad di kebanyakan sekolah. Namun begitu, ada juga sekolah yang 4

bavani@hotmail.com

2008 mempunyai kemudahan lengkap untuk mempelajari kemahiran ICT. Sikap positif dan inisiatif guru unuk menggunakannya adalah sangat penting dalam soal ini. Adakah semua guru bahasa Melayu berupaya menyediakan perisian atau bahan bantu mengajar yang sesuai sebelum menjalankan pengajaran bahasa yang menggunakan komputer? Tambahan pula, guru bahasa tidak diberikan apa-apa bahan bantu mengajar elektronik seperti komputer riba atau LCD untuk menyampaikan pengajaran bahasa seperti yang diberikan kepada guru subjek lain. Ketandusan ilmu ICT dalam diri guru sendiri juga menjadi faktor kemahiran ICT tidak dapat diajar secara sempurna kepada murid. Kekurangan perisian bahasa Melayu sering dijadikan alasan oleh guru sedangkan guru sendiri boleh membina perisian sendiri. Ini menunjukkan guru bahasa Melayu mempunyai sikap rendah diri yang menghalang mereka bersifat inovatif dalam pengajaran. Tidak semestinya perisian yang dibina oleh seseorang guru itu hebat atau mempunyai teknologi yang tinggi. Guru bahasa Melayu masih boleh menghasilkan perisian yang mudah, cepat dan berkesan. Kebanyakan pengajaran guru dan topik pembelajaran bahasa Melayu hanya tertumpu di dalam bilik darjah yang merangkumi aspek kemahiran bahasa yang biasa. Walaupun kemahiran ICT turut digabungkan, namun penekanan terhadap kemahiran ini sangatlah dingin. Keseluruhannya, guru-guru yang telah mengenal pasti faedah-faedah penggunaan ICT didapati lebih cenderung menggunakan ICTkerap kali di dalam bilik darjah. Manakala, guru-guru yang sentiasa risau dan bermasalah pula sudah tentunya tidak sedar akan faedah-faedah ICT, seterusnya mengekang mereka menggunakan ICT di dalam bilik darjah. Dan keadaan ini banyak berlaku dalam kalangan guru bahasa Melayu. 5

bavani@hotmail.com

2008 Penggunaan ICTjuga banyak bergantung kepada guru-guru yang memiliki dan menggunakan komputer kerap kali. Pemberian komputer riba kemungkinan besar dapat menggalakkan dan meningkatkan keyakinan dan persaingan dalam kalangan guru bahasa dan juga menggalakkan murid-murid mengambil bahagian dalam penggunaan ICT. Guru-guru yang kerap menggunakan komputer didapati lebih meminati ICT di samping meningkatkan kualiti pengajaran. Pendek kata, guru-guru yang sudah biasa dan menggunakan komputer secara berterusan membolehkan mereka menggabungkan ilmu ICT dalam pengajaran secara berkesan. Kalau diperhatikan dengan teliti, golongan guru yang menghadiri kursus adalah dalam kalangan guru yang ada inisiatif sendiri. Kebanyakan guru sering memberi alasan bahawa mereka tidak atau kurang mempunyai masa untuk mengikuti kursus. Ini mungkin kerana kurangnya motivasi dan minat dalam kalangan guru yang dijadikan sebagai alasan supaya tidak melibatkan diri dalam kursus. Murid-murid pula didapati tidak dapat mengurus masa dengan baik untuk mempelajari cara menggunakan

komputer. Mereka juga didapati tidak mahir menggunakan komputer dan kurang mendapat bantuan daripada rakan atau guru yang mahir dalam kemahiran tersebut. Hanya segelintir guru yang menggunakan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. Ini kerana mereka menghadapi masalah dalam mengintegrasi ICT dalam bilik darjah, masalah dalam membahagikan masa untuk menggunakan komputer dan kekurangan dalam kemahiran serta pengetahuan ICT. Kemahiran Belajar Cara Belajar Sekiranya guru ingin mengekalkan cabaran untuk menerapkan kemahiran belajar cara belajar, seseorang guru itu sendiri haruslah meneruskan pembelajaran dan dalam masa yang sama disokong oleh pihak sekolah. Bagaimanakah guru menilai dan 6

bavani@hotmail.com

2008 mengamalkan pembelajaran yang professional? Penilaian tersebut boleh dilihat melalui sifat-sifat guru di dalam bilik darjah dan refleksi pengajaran yang dibuat oleh guru tersebut. Penggunaan pelbagai sumber pengetahuan dan aktiviti yang kolaboratif serta perbincangan dan penilaian terhadap pembelajaran juga turut memperdalam pembelajaran guru. Melalui pemerhatian yang dibuat, didapati guru bahasa Melayu tidak begitu mengutamakan pembelajaran seumur hidup. Matlamat guru untuk menghabiskan sukatan pelajaran dalam masa tertentu menyebabkan guru mengabaikan penguasaan kemahiran belajar cara belajar. Guru seakan-akan kesuntukan masa untuk mengajar kemahiran tersebut kepada murid. Guru kurang berusaha untuk menyalurkan maklumat atau informasi yang baharu dan terkini kepada murid. Buktinya, guru sering menggunakan bahan pelajaran yang sedia ada seperti menggunakan buku rujukan, latih tubi dan bahan pembelajaran lain. Jarang sekali guru menggunakan bahan bercetak mahupun alat elektronik yang berupaya menyalurkan informasi yang terkini. Maka, bukan sahaja murid tidak menerima ilmu-ilmu baharu malah guru sendiri cetek pengetahuan. Apabila murid tiada pendedahan mengenai perkara yang berlaku di persekitaran mereka atau dalam dunia semasa, sudah tentunya mereka tidak dapat mengikuti perkembangan semasa dalam semua aspek. Malahan murid juga tidak mungkin menghadapi dunia yang sering berubah. Ini kerana pengajaran guru tidak banyak bersifat menguji kebolehan minda atau menjurus kepada penyelesaian masalah. Pengajaran guru yang tidak meliputi dunia sebenar dan kurang menggunakan contoh sebenar dalam pengajaran akan menyebabkan murid tidak mahir dan tidak cekap bertindak dalam menangani sesuatu masalah atau situasi. 7

bavani@hotmail.com

2008 Guru sebenarnya dapat membezakan pembelajaran yang terhasil di dalam bilik darjah dan di luar bilik darjah. Maka, guru perlulah ingat bahawa tahap pembelajaran di dalam bilik darjah adalah lebih rendah berbanding pembelajaran di luar bilik darjah. Disebabkan risiko yang lebih tinggi dalam pembelajaran di luar bilik darjah, guru mungkin tidak dapat menghasilkan kualiti pembelajaran yang dikehendaki di sekolah. Selain itu, guru haruslah memahami dan mengamalkan kemahiran belajar cara

belajar untuk tujuan membangundan meneruskan pengujian dalam kalangan guru sendiri mahupun murid-murid. Maka, guru sewajarnya membuat kajian kecil untuk membantu murid-murid untuk belajar cara belajar. Di samping itu, guru juga perlu memastikan sejauhmana ciri-ciri sekolah dapat menjayakan usaha seseorang guru untuk mengurus dan menghasilkan kemahiran dan pengetahuan belajar cara belajar. Penggunaan rangkaian pendidikan, termasuklah rangkaian elektronik yang sebenarnya dapat menyokong pembentukan, pengurusan dan pemindahan pengetahuan dan kemahiran belajar cara belajar juga perlu dikaji oleh guru. Dalam masa yang sama, guru juga perlu cuba untuk membangunkan inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran yang dapat mengintegrasi aktiviti di dalam bilik darjah, sekolah dan juga rangkaian pendidikan. Walaupun tidak ada langkah yang spesifik dalam merangsang kemahiran belajar cara belajar, terdapat beberapa usaha yang boleh dilakukan. Guru seharusnya menekankan peranan dan hubungan antara guru dengan murid dan murid dengan murid. Pihak sekolah pula boleh memberi sokongan yang secukupnya kepada guru-guru dan juga murid-murid dalam menerapkan kemahiran ini. Dengan kata lain, pembelajaran menjadi lebih efektif apabila murid-murid mendalami pembelajaran mereka, hasil penghayatan guru terhadap pengajaran. 8

bavani@hotmail.com

2008 Belajar cara belajar dapat dibangunkan dengan amalan pembelajaran yang baik, khususnya kerana kemahiran ini dapat membina model pengajaran dan pembelajaran yang memfokus secara luaran dan kritikal terhadap proses dan kandungan pembelajaran. Pendek kata, langkah ini dapat membantu murid-murid untuk lebih mengutamakan pembelajaran. Pemberian peluang yang secukupnya kepada murid-murid dapat membantu mereka mengenal pasti kekuatan, kelemahan dan perkara yang boleh dilakukan oleh mereka dalam pelajaran. Dengan refleksi yang kritikal, murid-murid juga dapat membuat keputusan tentang langkah seterusnya dalam pembelajaran dan mengenal pasti cara untuk memperbaik pembelajaran mereka. Dalam mengggabungkan kemahiran belajar cara belajar dengan pengujian dalam kalangan murid-murid, guru mempunyai peranan yang eksplisit dalam pengajaran dan pembelajaran . Murid-murid tidak akan membantah guru mereka, malah akan menguasai proses pembelajaran dengan sendiri. Kemahiran belajar cara belajar dapat dilihat apabila tumpuan murid-murid tertumpu ke arah proses pembelajaran dan membuat keputusan. Murid-murid yang sudah menguasai kemahiran belajar cara belajar akan menunjukkan kefahaman mereka terhadap matlamat pembelajaran, memahami cara pembelajaran di samping memahami perkara yang sedang dipelajari dan mampu membuat refleksi terhadap kekuatan dan kelemahan pembelajaran mereka. Penutup Oleh itu, guru-guru memerlukan pengetahuan dan kemahiran profesional untuk merancang pengujian, memerhatikan pembelajaran, menganalisis dan menginterpretasi pembelajaran, memberi tindak balas kepada murid-murid dan menyokong murid-murid

http://mohdnorizwansulaiman.blogspot.com/search/label/KEMAHIRAN%20BERNILAI%20TAMBAH;% 20KEMAHIRAN%20BERFIKIR

Anda mungkin juga menyukai