Anda di halaman 1dari 1

Persatuan Ibu Bapa & Guru, SK Abai, Kinabatangan, W.D.T 22, 90200 Kota Kinabatangan, Sabah. U/P En.

Aman Bin Randoh Guru Besar, SK Abai, Kinabatangan, W.D.T 22, 90200 Kota Kinabatangan, Sabah

Tel: 019-5888440 Ruj: XBA 2201/ 07/ 01 (2) Tarikh: 14 Februari 2010

Tuan, MEMOHON KEBENARAN MENGADAKAN TUISYEN BAHASA INGGERIS DI SK ABAI.


Merujuk perkara diatas, kami memohon kebenaran untuk mengadakan tuisyen Bahasa Inggeris di SK Abai yang melibatkan para ibubapa, murid, belia dan beliawanis, serta masyarakat di kampung Abai. 2. Rasional bagi tuisyen ini adalah seperti berikut: i) Bahasa Inggeris merupakan bahasa utama dunia dan penggunaannya amat meluas pada hari ini. Tuisyen ini sedikit sebanyak memberi kesedaran kepada para ibubapa dan seterusnya komuniti kampung akan kepentingan Bahasa Inggeris dan perlunya mereka mempelajarinya. ii) Murid juga dapat melihat secara jelas penggunaan bahasa ini dan boleh berkomunikasi dengan ibubapa mahupun masyarakat dalam Bahasa Inggeris. Selain itu, tuisyen ini dilihat bermanfaat bagi murid kerana masa lapang mereka diisi dengan aktiviti yang berunsur akademik dan berfaedah. iii) Ia juga dilihat sebagai satu usaha PIBG untuk membantu sekolah dan ahli-ahlinya agar lebih maju serta menyokong saranan kerajaan kearah peningkatan mutu pendidikan di sekolah ini. 3. Ketetapan tuisyen ini sekiranya mendapat kebenaran adalah seperti berikut: Masa: 4.00 petang hingga 5.00 petang Hari: Setiap Rabu Tempat: Kelas Tahun 3 4. Perhatian dan kerjasama dari pihak tuan berhubung perkara ini amat dihargai dan didahulukan dengan ucapan terima kasih.. Sekian dan harap maklum. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

. ( AHMAT BIN AMIT ) YANG DIPERTUA PIBG, SK ABAI, KINABATANGAN, SABAH.

S.k- Fail