Anda di halaman 1dari 30

KE ARAH PEMBANGUNAN FIQH WAKAF LESTARI: SATU PENILAIAN HUKUM TERHADAP ISU PENGAMBILAN TANAH WAKAF OLEH PIHAK

BERKUASA NEGERI DI MALAYSIA1 Oleh: DR MOHD AFENDI BIN MAT RANI2

Abstrak Pengambilan tanah wakaf secara paksaan adalah sebahagian daripada hukum fiqh semasa yang bersifat Ijtihadiyyah yang diasaskan kepada konsep Maslahah Ammah dan mekanisme Istibdal yang terdapat dalam Undang-undang wakaf Islam. Perkara ini tidak dinyatakan secara jelas dan terperinci hukumnya oleh para fuqaha Islam di dalam penulisan mereka. Maka kajian dari perspektif hukum syarak perlu dilihat untuk mengenalpasti dan menjelaskan hukum pengambilan tanah wakaf oleh kerajaan ini terutama membabitkan pengambilan tanah wakaf oleh pihak swasta untuk tujuan pembangunan ekonomi negara yang telahpun dilaksanakan di Malaysia sejak sekian lama. Justeru, bagi menampung keperluan hukum semasa ini, beberapa prinsip dan kaedah Fiqh yang terpakai dalam Syariat Islam dirujuk dan diyakini mampu mencorak ke arah pembentukan fiqh wakaf lestari yang lebih dinamik dan komprehensif sejajar dengan pembangunan Negara.

1.0

PENDAHULUAN

Menurut perspektif Islam, setiap individu diberi hak untuk memiliki harta termasuk tanah yang didiami oleh setiap manusia. Tanah adalah suatu harta yang amat bernilai kepada manusia. Allah SWT telah mencipta manusia daripada tanah dan Allah juga menjadikan tanah untuk kepentingan manusia. Banyak ayat al-Quran yang menyebut tentang kepentingan tanah untuk manusia. Tanah merupakan sumber kekayaan untuk manusia, baik untuk individu, mahupun masyarakat dan negara.3 Islam tidak menghalang umatnya untuk membangunkan hartanah. Bahkan ia adalah selaras dengan tuntutan kejadian manusia itu sendiri. Dalam konteks pengambilan tanah wakaf yang dilaksanakan oleh kerajaan menerusi peruntukan undang-undang tanah negara yang berlaku sejak sekian lama telah mengundang pelbagai isu dan pandangan oleh setiap lapisan masyarakat.
1

Kertas kerja ini dibentang di Seminar Fiqh Lestari, Anjuran Universiti Sains Islam Malaysia, pada 29 Oktober 2008. 2 Pensyarah, Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam (CITU), Universiti Teknologi MARA, Shah Alam Selangor. 3 Nik Abdul Aziz bin Nikmat (2005), Pandangan Islam Terhadap Pemilikan dan Pengurusan Tanah, Jurnal KIAS, bil.2, 2005/1426H, hlm.1.

Memandang perkara ini adalah termasuk dalam perbincangan fiqh semasa yang tidak dinyatakan secara jelas dan terperinci hukumnya oleh para fuqaha Islam. Maka kajian dari perspektif hukum syarak perlu dilihat untuk mengenalpasti dan menjelaskan hukum pengambilan tanah wakaf oleh kerajaan terutama untuk tujuan pembangunan agar segala pelaksanaannya selaras dan konsisten dengan perundangan tanah Islam. Namun pada prinsipnya, asas kepada hukum tersebut telahpun sekian lama dibincangkan oleh para fuqaha Islam, khususnya dalam bab Intiza al-Milkiyyah li al-Manfaah al-Ammah dan konsep Istibdal yang dibincangkan secara panjang lebar di dalam penulisan di bawah tajuk pewakafan harta. Oleh kerana terdapatnya persamaan dari aspek pelaksanaan dan hukum pengambilan tanah milik indivu dengan tanah wakaf milik umum, maka secara tidak langsung melalui perbincangan, kajian dan analisis kepada kedua-dua konsep ini serta sokongan daripada nas-nas syarak serta kaedah-kaedah Fiqhiyyah mampu memberi natijah hukum syarak yang jelas, selaras dengan ajaran Islam yang bersifat syumul dan komprehensif.

2.0 PENGAMBILAN TANAH WAKAF OLEH KERAJAAN MENURUT HUKUM SYARAK Para ulama fiqh klasik mahupun kontemporari tidak membincangkan secara jelas hukum pengambilan tanah wakaf oleh pihak berkuasa di dalam kitab-kitab dan penulisan mereka. Sekalipun ada, penulisan mereka lebih tertumpu kepada pengambilan tanah milik individu secara umum sebagaimana yang telah dibincangkan sebelum ini. Ekoran daripada kelompangan ini, timbul pelbagai kerumitan dan kekeliruan kepada para perundangan Islam untuk menentukan hukum pengambilan tanah wakaf. Kerumitan ini berlaku apabila berlakunya pertembungan atau kontradiksi antara dua Maslahah, namun pada masa yang sama ahli perundangan Islam cuba untuk meraikan Maslahah wakaf yang terikat dengan syarat dan hukumnya yang tersendiri. Penilaian yang berbeza ini sering bertembung antara pihak pemerintah dengan ahli hukum.

Merujuk kepada sejarah pengambilan tanah dalam Islam tidak terdapat tanah-tanah wakaf terlibat dengan pengambilan oleh pihak berkuasa. Malahan tanah individu yang diambil adalah untuk pembinaan masjid, kubur, jalan dan lain-lain kepentingan umum, bukannya untuk

pembangunan sebagaimana yang dilakukan pada hari ini. Apa yang berlaku pada hari ini adalah disebalik apa yang berlaku suatu ketika dahulu. Perkara ini tidak berlaku pada zaman mereka dan aktiviti pengambilan tanah banyak membabitkan tanah milik kerajaan yang belum dimiliki oleh individu yang kemudiannya diwakafkan kepada orang ramai.4 Begitu juga kepesatan pembangunan dan kemajuan negara pada zaman mereka tidak sebagaimana pada zaman moden hari ini. Keperluan mendesak kepada tanah sebagai aset utama bagi tujuan pembangunan tidak boleh dinafikan.

Berdasarkan kepada perbincangan fuqaha berkaitan undang-undang pengambilan tanah dalam Islam, hukum syarak tidak membezakan antara tanah milik individu dengan tanah wakaf dari sudut pelaksanaannya. Namun apa yang perlu dibezakan antara dua kategori tanah ini ialah natijah atau implikasi daripada pengambilan tersebut terutama jika membabitkan tanah wakaf Khas seperti tapak masjid, surau dan kubur dan lain-lain. Ini kerana tanah-tanah wakaf terikat dengan syarat-syarat dan hukum pewakafan yang khusus. 3.0 PENGERTIAN MASLAHAH AMMAH

Ahli Usul telah memberikan definisi al-Maslahah dengan beberapa takrifan. Imam al-Ghazali mengatakan bahawa al-Maslahah ialah memelihara tujuan syarak iaitu menjaga agama, nyawa, akal, keturunan dan harta benda. Oleh itu apa sahaja yang membawa kepada terpeliharanya lima perkara itu adalah maslahah. Sebaliknya apa sahaja yang membawa kepada kerosakan salah satu daripada lima perkara di atas atau seluruhnya, maka itu adalah keburukan atau rosakan yang mesti ditentang.5

Contoh-contoh yang dikemukakan oleh para fuqaha di dalam kitab-kitab fiqh berkisar tentang pengambilan tanah bagi tujuan pembinaan masjid, jalan, kubur dan lain-lain yang sememang satu keperluan yang tidak dinafikan dan bukan dalam bentuk pembangunan yang dilaksanakan pada hari ini seperti perumahan awam, hotel, pusat membeli belah dan lain-lain. Lihat contoh yang dibawa oleh fuqaha seperti dalam kitab al-Dardir, fatwa Abi Said. Begitu juga di dalam kitab Taj Aklil Syarh Mukhtasar Khalil yang dinaqalkan oleh Abu Zahrah di dalam kitabnya. Al-Dardir, Abi al-Barakat Ahmad b. Muhammad b. Ahmad (t.t.), Al-Syarh al-Saghir ala Aqrab al-Masalik ila Madhhab alImam Malik, t.tp, jld.4, Cairo: Dar al-Maarif, hlm.128. Abu Zahrah, Muhammad (1971), Muhadarah fi al-Waqf, cet.2, Kaherah: Dar al-Fikr al-Arabi, hlm.154-155. 5 Al-Ghazali, Abi Hamid Muhammad b. Muhammad (1994), (1994), Al-Mustasfa min Ilm Usul, jld.1, Beirut: Dar al-Arqam, hlm.174.

Dr. Said Ramadan al-Buti memberi takrifan maslahah sebagai manfaat yang menjadi tujuan syarak (Allah) yang Maha Bijaksana kepada hambanya semata-mata untuk memelihara agama, nyawa, akal, keturunan dan harta mereka menurut susunan kepentingan yang ditentukan antara lima perkara tersebut.6 Dr Abd al-Karim Zaydan menjelaskan bahawa maslahah dari segi positifnya mendapatkan manfaat dan dari segi negatifnya menolak kemudaratan. Oleh sebab itulah beliau menyatakan bahawa maslahah bermaksud menolak kemudaratan terlebih dahulu untuk mendapatkan manfaatnya.7

Daripada beberapa definisi yang dikemukakan oleh para ulama usul, menunjukkan bahawa makna maslahah dari sudut istilahnya tidak terkeluar daripada mencapai manfaat dan menolak kerosakan semata-mata untuk memelihara tujuan dan kehendak syarak (Maqasid al-Syariah). Ini kerana segala kepentingan manusia di dunia ini telahpun dijamin dan dipelihara oleh syarak. Dalam keadaan tertentu terdapat perkara yang pada penilaian manusia adalah dianggap baik dan sesuai, tetapi pada hakikatnya ia tidak baik dan bertentangan dengan kehendak syarak yang sebenarnya, dan begitu juga disebaliknya.8

4.0

PENGAMBILAN TANAH WAKAF BERDASARKAN KONSEP MASLAHAH AMMAH DAN DARURAT

Asas kepada keharusan pengambilan tanah wakaf dalam Islam adalah berdasarkan kepada Maslahah Ammah. Ini bermakna tanah wakaf tidak boleh diambil dengan sewenang-wenang terutama jika melibatkan tanah wakaf masjid, surau dan kubur yang harus dihormati oleh orang ramai.9 Imam Ibn Taymiyyah10 menggariskan dua syarat keharusan pengambilan tanah wakaf oleh pihak berkuasa. Syarat yang pertama ialah sekiranya terdapat suatu keperluan atau kepentingan tertentu (hajat). Manakala syarat yang kedua ialah pengambilan tanah wakaf disebabkan oleh kemaslahatan yang jelas (al-Maslahah al-Rajihah). Kedua-dua syarat yang dikemukakan ini termasuk dalam lingkungan Maslahah Ammah dan Darurat.
6

Al-Buti, Muhammad Said Ramadan (1965), Dawabit al-Maslahah fi al-Syariah al-Islamiyyah, Damsyiq: Maktabah al-Umawiyyah, hlm.23. 7 Zaydan, Abd al-Karim (1994), op. cit., hlm.236. 8 Al-Quran, Surah al-Baqarah 2:216. 9 Al-Quran, Surah al-Jin 18:29. 10 Sabiq, al-Sayyid (1992), Fiqh al-Sunnah, jld.3, Beirut: Dar al-Fikr, hlm.385-386.

Ketentuan dan keharusan pengambilan tanah wakaf yang bergantung kepada Maslahah Ammah ini hendaklah terlebih dahulu mendapat keizinan dan persetujuan daripada nazir wakaf yang diamanah untuk menguruskan hartanah wakaf tersebut. Ini kerana nazir adalah pihak yang berperanan sebagai wakil kepada pewakaf semasa hayatnya dan bertanggungjawab sebagai pemegang amanah selepas pewakaf meninggal dunia. Selain itu nazir juga adalah pihak yang menjaga dan memelihara ayn wakaf agar manfaatnya berterusan.11

Keharusan pengambilan tanah wakaf yang dilaksanakan oleh kerajaan secara paksaan adalah bergantung kepada keperluan atau hajat. Pelaksanaan pengambilan itu hendaklah dilakukan melalui dua kaedah yang terkandung dalam konsep Istibdal iaitu sama ada dijual tanah wakaf tersebut kepada pihak kerajaan dan hasil daripada jualan itu dibelikan tanah yang lain sebagai ganti wakaf. Manakala kaedah yang kedua ialah melalui pertukaran atau penggantian tanah dengan tanah yang lain. Apabila kerajaan mengambil tanah wakaf secara paksaan, pihak nazir atau pihak pemerintah wajib menggantikan atau menukarnya dengan tanah yang lain berdasarkan kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh hukum syarak.

Imam al-Masnawi yang merujuk kepada fatwa Abi Said menjelaskan bahawa penjualan tanah wakaf Khas (muayyanayn) secara paksaan oleh pihak berkuasa adalah diharuskan untuk tujuan Darurat seperti jalan, kubur dan lain-lain yang dihajati oleh orang ramai. Pihak yang mengambil tanah itu dikehendaki membayar nilai tanah tersebut untuk membeli tanah yang lain sebagai ganti tanah yang pertama. Sebaliknya jika tanah wakaf Am yang tidak ditentukan kepada manamana pihak seperti untuk fakir miskin sebagai contoh, dan pengambilan itu bertujuan untuk maslahah umum, maka pampasan tidak dikenakan atau tanah tersebut tidak perlu diganti. Alasannya ialah tanah yang tidak ditentukan tidak berkait dengan hak-hak penerima wakafnya. Pampasan hanya akan diberikan jika ada penerimanya/ orang yang menuntut. Hasil daripada

11

Al-Syirbini, Syam al-Din Muhammad b. Muhammad al-Khatib (1994), Mughni al-Muhtaj ila Marifat al- Maani Alfaz al-Minhaj, jld.3, Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah, hlm.393 dan 233.

manfaat yang digunakan oleh orang ramai, pahalanya adalah lebih besar yang kembali kepada pewakaf.12

Pengambilan tanah wakaf yang berasaskan kepada keperluan adalah menepati dengan kaedah Fiqhiyyah bahawa sesuatu keperluan itu berada pada darjat Darurat.13 Sekiranya tanah wakaf yang mempunyai nilai yang ekonomik, berdaya saing dan jelas memberi manfaat kepada penerima wakaf, namun pengambilan tanah itu adalah lebih mendatangkan hajat atau manfaat yang lebih besar kepada masyarakat selain daripada penerima wakaf, maka tindakan pengambilan ke atas tanah wakaf tersebut adalah diutamakan. Konsep ini menepati dan sejajar dengan kedudukan dan susunan Maslahah Daruriyyat, Hajiyyat dan Tahsiniyyat yang mengandungi Maslahah Ammah dan Maslahah Khassah. Maslahah Khassah adalah merujuk kepada penerima wakaf dan maslahah Ammah adalah kembali kepada masyarakat umum.

Dalam keadaan demikian, dengan mengutamakan Maslahah Ammah bukanlah bermakna mengabaikan Maslahah Khusus atau menjejaskan kedudukannya. Oleh itu pengambilan tanah wakaf disertai dengan penggantian atau pertukaran dengan tanah yang lain adalah untuk menjaga kepentingan khusus. Jika penggantian dan pertukaran ini tidak dilakukan ia bertentangan dengan konsep yang dinyatakan di atas kerana mengetepikan hak Maslahah yang Khusus. Dalam hal ini menepati dengan kaedah Fiqhiyyah antaranya La Darara wa la Dirar,14 al-Darar Yuzalu Darar la Yuzalu bi al-Darar,16 dan al-Idtirar la Yubtilu Haq al-Ghayr.17
15

al-

12

Al-Dardir, Abi al-Barakat Ahmad b. Muhammad b. Ahmad (t.t.), op. cit., hlm.128. Abu Zahrah, Muhammad (1971),op. cit., hlm.154-155. 13 Al-Zarqa, Syaykh Ahmad b. Syaykh Muhammad (1989), Syarh al-Qawaid al-Fiqhiyyah, cet.2, Damsyiq: Dar alQalam hlm.209. 14 Ibid., op. cit., hlm.165. 15 Ibn Nujaym, Zayn al-Abidin b. Ibrahim (1993), Al-Ishbah wa al-Nazair, cet.1, Beirut: Dar al-Kutub alIlmiyyah, hlm.85. Al-Zarqa, Syaykh Ahmad b. Syaykh Muhammad (1989), op. cit., hlm.179. 16 Ibn Nujaym, Zayn al-Abidin b. Ibrahim (1993), op. cit., hlm.87. 17 Al-Zarqa, Syaykh Ahmad b. Syaykh Muhammad (1989), op. cit., hlm.213.

Mazhab Hanafi menjelaskan bahawa jika membabitkan harta wakaf adalah tanah (aqar), maka harus bagi pihak berkuasa melakukan penjualan dan pertukaran dengan sebab-sebab Darurat berdasarkan beberapa syarat berikut:18 i. ii. iii. iv. Harta yang diwakafkan itu tidak lagi memberi manfaat secara keseluruhannya Harta wakaf itu tidak lagi mendatangkan hasil dan tidak berpotensi untuk dibangunkan Tidak berlaku penipuan dalam transaksi jual beli Istibdal Pihak berkuasa yang mengendalikan urusan Istibdal mempunyai kepakaran dan pengalaman secara praktikal supaya tidak menjejaskan status dan kedudukan harta wakaf. Harta wakaf hendaklah diganti dengan harta tak alih dan tidak boleh ditukar dengan wang agar ia tidak disalah gunakan oleh pihak tertentu, memandangkan amat sedikit yang membeli ganti harta wakaf. Harta wakaf yang ditukar ganti secara Istibdal hendaklah lebih baik daripada harta yang pertama. Jika sebaliknya maka ia tidak harus. Asset wakaf hendaklah diganti dengan jenis yang sama. Sekiranya pewakaf mensyaratkan dengan rumah, maka tidak boleh diistibdal dengan tanah. Hakim tidak boleh melaksanakan transaksi jual beli harta wakaf itu dengan pihak yang tidak diterima penyaksiannya ataupun dengan mereka yang berhutang dikhuatiri adanya tohmah.

v.

vi. vii. viii.

5.0

STANDARD DAN PIAWAIAN MASLAHAH DALAM PENGAMBILAN TANAH WAKAF

Hukum yang berasaskan kepada mekanisme Maslahah dalam semua keadaan memerlukan kepada suatu garis panduan atau prosedur yang jelas. Kemaslahatan hidup manusia di dunia ini sentiasa berubah mengikut peredaran zaman dan masa. Kesan daripada kekeliruan dan ketidakjelasan mekanisme ini akan memberi kesan kepada hukum semasa yang banyak terbina di atas hukum Maslahah. Dalam isu pengambilan tanah wakaf oleh pihak pemerintah para sarjana Islam juga menerimapakai konsep Maslahah sebagai mekanisme yang menentukan keharusan hukum pengambilan tanah dalam Islam. Konsep ini menjadi kayu ukur dalam mengaplikasikan sama ada hukum tersebut melarang secara tegas, atau keharusan bersyarat, atau mengambil pendekatan sederhana dengan bergantung sepenuhnya kepada keputusan yang dibuat oleh pemerintah.

18

Ibn Abidin, Muhammad Amin (1979), Hasyiyah Radd al-Mukhtar ala al-Durr al-Muktar, cet.2, jld.4, Dar alFikr, hlm.591.

Pemahaman yang jelas terhadap konsep Maslahah dalam menentukan piawai atau standard yang jelas dan konsisten amat penting agar tindakan pengambilan tanah wakaf dengan mengutamakan kedudukan sesuatu kepentingan dan pada masa yang sama tidak mengabaikan kepentingan yang lain. Ini kerana Maslahah bukanlah dalil yang tersendiri sepertimana dalil-dalil yang lain seperti al-Quran, al-Sunnah, Ijmak dan Qias. Ia hanyalah makna Kulliy yang dirumuskan daripada himpunan hukum-hukum yang berbentuk Juzi yang disandarkan daripada dalil-dalil syarak. Kesinambungan antara maknanya yang Kulliy dengan dalil-dalil hukum yang bersifat Tafsiliy adalah menjurus untuk menjaga kemaslahatan manusia di dunia dan akhirat.19

Pengambilan tanah wakaf untuk kepentingan umum hendaklah merupakan kepentingan umum yang sebenar-benarnya (Haqiqiyyah) atau Qatiyyah dan bukannya kepentingan yang bersifat Wahmiyyah.20 Pelaksanaan pengambilan tanah yang dibuat oleh kerajaan untuk tujuan pembinaan jalan raya, hospital, lapangan terbang, masjid dan lain-lain jelas manfaatnya boleh digunakan oleh masyarakat ramai dan disepakati oleh fuqaha tentang keharusannya. Tindakan yang dibuat ini telah menepati apa yang dimaksudkan dengan Maslahah Haqiqiyyah atau Qatiyyah yang dibincangkan oleh fuqaha Islam. Tujuan-tujuan pengambilan yang dinyatakan ini benar-benar mendatangkan kebaikan kepada masyarakat umum dan menghindarkan daripada berlakunya kesusahan dan kesulitan kepada orang ramai yang berhajat. Kewujudannya amat diperlukan dan sememangnya mendatangkan manfaat tanpa adanya sebarang syak atau keraguan.

Konsep kepentingan umum dalam Islam mengambilkira batas dan sempadannya selaras dengan kaedah Fiqhiyyah bahawa Sesuatu perkara yang dibenarkan oleh syarak kerana darurat ditentukan mengikut kadarnya.21 Tidak semua kepentingan umum kepada masyarakat diambilkira. Lebih-lebih lagi dalam suasana di mana Perundangan Sivil tidak memberi takrifan

19

Al-Buti, Muhammad Said Ramadan (1965), Dawabit al-Maslahah fi al-Syariah al-Islamiyyah, Damsyiq: Maktabah al-Umawiyyah, hlm.115. 20 Maslahah Haqiqiyyah ialah Maslahah yang statusnya diyakini yang dinyatakan secara jelas di dalam nas dan tidak membawa kepada sebarang pentakwilan. Manakala Maslahah Wahmiyyah ialah Maslahah yang disangka adanya manfaat dan kebaikan namun apabila dibuat penelitian ia didapati membawa kepada kemudharatan. Lihat: Al-Zuhayli, Wahbah (1989), Usul al-Fiqh al-Islami, cet.1, jld.2, Damsyiq: Dar al-Fikr, hlm.1029. 21 Al-Zarqa, Syaykh Ahmad b. Syaykh Muhammad (1989), op. cit., hlm.187-188.

yang jelas tentang definisi Public Purpose.22 Begitu juga halnya jika berlaku pertembungan antara dua kepentingan (Maslahah), keutamaan hendaklah diberikan kepada yang lebih penting dan lebih umum walaupun ia memberi kesan negatif terhadap tindakan tersebut. Kaedah Fiqh menjelaskan bahawa:23 Ditanggung kemudharatan yang khusus, dengan tujuan untuk menolak kemudharatan yang ditanggung oleh umum. Sebagai contoh tanah wakaf masjid yang juga dimanfaatkan untuk umum, manakala pembinaan jalan raya juga termasuk dalam kepentingan umum. Tetapi dalam hal ini manfaat daripada penggunaan jalan raya lebih utama yang pastinya akan digunakan oleh semua lapisan masyarakat. Maka hukum syarak adalah mengutamakan pembinaan jalan raya untuk dinikmati oleh masyarakat umum daripada penerima wakaf (mawquf alayh). Sebaliknya jika tapak wakaf kubur yang diambil untuk tapak pembangunan dan ia lebih membawa keuntungan kepada sebahagian masyarakat tertentu sahaja, maka konsep pengambilan tanah bagi tujuan ini adalah menyalahi dengan konsep Maslahah dan kaedah Fiqhiyyah sebagaimana yang telah dijelaskan.

Bagi menjamin keadilan sejagat, Islam telah mengatur hukumnya mengikut susunan kemaslahatan manusia. Pembahagian kepentingan (Maslahah) kepada Mutabarah, Mulghah dan Mursalah oleh para ahli usul menunjukkan bahawa para ulama Islam cukup berhati-hati dalam menentukan hukum berdasarkan Maslahah. Tanpa asas yang jelas dalam memahami susun atur dan tingkatan kepentingan, penentuan hukum berdasarkan Maslahah akan membawa kepada penyelewengan dan kebatilan.

Pengambilan tanah wakaf di dalam Islam yang juga berasaskan kepada konsep Maslahah amat menekankan aspek tujuan dan matlamat sesuatu tindakan itu dibuat, dan pada masa yang sama turut menjaga kemaslahatan pewakaf yang diambil hak mereka secara paksaan. 24 Oleh yang demikian, apabila membabitkan hartanah wakaf segala pelaksanaan yang dibuat oleh pihak kerajaan hendaklah mengambil kira beberapa aspek sebelum pengambilan tanah dibuat sebagai
22

Lihat kes kes Yew Lean Finance development (M) Sdn. Bhd. lwn. Pengarah Tanah dan Galian Pulau Pinang, [1977] 2 MLJ 45. Lihat juga kes S. Kulasingam & Anor lwn. Commisioner of Land, Federal Territory & Ors, [1982] 1 MLJ 204. 23 Ibn Nujaym, Zayn al-Abidin b. Ibrahim (1993), op. cit., hlm.87. Al-Zarqa, Syaykh Ahmad b. Syaykh Muhammad (1989), op. cit, hlm.197-198. 24 Al-Syatibi, Abi Ishak (t.t.), Al-Muwafaqat fi Usul al-Syariah, jld.2, Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah, hlm.275.

dasar atau polisi yang diaplikasikan daripada konsep Maslahah dalam Islam. Dasar-dasar ini merangkumi: a) Tujuan sesuatu pengambilan tanah wakaf berdasarkan kepada keperluan yang mendesak sama ada dari segi keagamaan, pendidikan, ekonomi, sosial dan lain-lain. b) Kesan atau implikasi daripada pengambilan itu sendiri kepada pewakaf, pemegang amanah dan manfaat yang diperoleh hasil daripada pengambilan tanah. c) Alternatif lain yang boleh dibuat seperti mencari tempat yang lain sebagai ganti atau lainlain pertimbangan yang menyebelahi kedua-dua pihak (tuan punya tanah dan pihak yang mengambil tanah). d) Pendapat dan pandangan pihak yang berautoriti perlu diambilkira sebagai suatu kajian dalam menentukan status/ standard keharusan. 6.0 KONTRADIKSI ANTARA MASLAHAH PENGAMBILAN TANAH WAKAF DAN MAFSADAH DALAM

Sebagaimana yang telah dijelaskan bahawa pengambilan tanah secara paksaan sering terdedah kepada penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa oleh pihak-pihak yang berkepentingan. Sehubungan dengan itu, dalam pengambilan tanah wakaf, ia bukan sahaja berlaku pertentangan antara dua Maslahah, tetapi juga berlaku kontradiksi antara Maslahah dan Mafsadah yang melibatkan banyak aspek terutama dari segi tujuan pengambilan dan prosedur semasa pengambilan dibuat. Kesukaran dalam menentukan standard piawaian Maslahah juga antara faktor berlakunya mafsadah dalam pengambilan tanah yang membawa kepada terbatalnya hukum keharusan yang pada asalnya diharamkan di dalam Islam.

Islam meletakkan garis panduan yang jelas bahawa perkara yang membawa kepada kerosakan atau Mafsadah itu hendaklah diutamakan daripada aspek kebaikan (Jalb al-Masalih). Ini bermakna, dalam semua keadaan termasuk tindakan pengambilan tanah, perkara-perkara atau aspek yang boleh membawa kerosakan, kesulitan atau apa jua implikasi negatif yang timbul pada masa akan dating perlu dilihat terlebih dahulu daripada melihat aspek kebaikan yang terhasil daripada tindakan tersebut. Prosedur ini menepati dengan kaedah Fiqhiyyah menjelaskan bahawa Daru al-Mafasid Awla min Jalb al-Masalih25 Dalam konteks ini tanah-tanah wakaf yang diambil secara paksaan oleh PBN dan tidak diganti semula sudah pasti mengundang mafsadah bukan hanya kepada pewakaf malah juga kepada umat Islam seluruhnya.

25

Al-Zarqa, Syaykh Ahmad b. Syaykh Muhammad (1989), op. cit., 205-206.

10

Selain itu, apabila berlakunya kontradiksi antara dua keadaan yang bertentangan ini juga, kaedah pentarjihan berdasarkan konsep rajih dan marjuh boleh diimplimentasikan. Konsep ini menilai berdasarkan aspek yang mendominasikan antara dua aspek sama ada maslahah atau mafsadah. Kuantiti kebaikan dan keburukan menjadi ukuran yang menentukan batas dan sempadan hukum antara larangan dan suruhan. Sebagai contoh pengambilan tanah wakaf yang digunakan untuk tujuan pembinaan perumahan awam pada pandangan penyelidik adalah dikategorikan di dalam Maslahah Wahmiyyah26 atau kepentingan umum yang pada mula dilihat membawa keuntungan dan manfaat kepada orang ramai, tetapi pada hakikatnya ia mengandungi unsur-unsur yang meragukan dan tidak memenuhi syarat keharusan hukum yang diasaskan kepada konsep Maslahah. Pelaksanaan ini pada awalnya dilihat membawa kebaikan kepada sektor pembangunan ekonomi negara, namun apabila diteliti ia membawa kesan jangka panjang terhadap tanah-tanah bermilik yang diambil. Antara syarat keharusan pengambilan tanah termasuk tanah wakaf ialah tanah yang diambil itu adalah untuk kegunaan orang ramai (alKulliyyat) dan bukannya hanya dimanfaat oleh segolongan kecil (al-Juziyyat) individu tertentu sahaja.

Dari aspek yang lain pula, pembinaan projek-projek perumahan yang dilaksanakan oleh kerajaan hari ini adalah dipelopori oleh golongan-golongan tertentu yang terdiri daripada ahli-ahli korporat yang meraih keuntungan yang berlipat ganda hasil daripada jualan lot-lot rumah dengan harga yang tinggi.27 Manakala pembeli-pembeli rumah ini pula bukanlah terdiri daripada golongan yang miskin atau orang-orang yang berhajat, malah terdiri daripada orang-orang kaya yang mampu membelinya dengan kadar harga yang tinggi. Malah di kawasan-kawasan tertentu pihak-pihak yang bukan Islam mengambil kesempatan dengan membeli seberapa banyak mungkin semata-mata untuk mendapatkan tanah.

26

Maslahah Wahmiyyah ialah maslahah yang disangka adanya manfaat dan kebaikan namun apabila dibuat penelitian ia didapati membawa kepada kemudharatan. Lihat Al-Zuhayli, Wahbah (1989), op. cit., hlm.1029. 27 Dasar Pengswastaan Negara perlu dikaji semula yang banyak memberi impak negatif kepada negara. Menurut format yang diamalkan selama ini, impak pemberian hakmilik aset dan bisness strategik negara kepada beberapa inidvidu pasti akan mengakibatkan lahirnya sistem ekonomi eksklusif. Ini kerana aset dan bisness strategik yang hak miliknya berpusat kepada beberapa kerat individu ini pasti menyebabkan harta kekayaan cuma berputar di kalangan segelintir golongan kecil elit sahaja. Lihat: Muhammad Ali Hashim (2004), Pengkorporatan Wakaf dalam Pembangunan Ekonomi Ummah: Satu Potensi, (Kertas Kerja Seminar Pembentukan Sistem Muamalat dan Ekonomi Berteraskan Islam, Anjuran Kerajaan Negeri Johor, IKIM, Johor Corporation dengan Kerjasama Institut Pembangunan Pengurusan Johor (IPPJ), Pada 12-13 Oktober 2004), hlm.11.

11

Pengambilan tanah untuk projek pembinaan perumahan ini juga menyalahi dengan konsep Maslahah yang lain bahawa tindakan pengambilan tanah pada dasarnya tidak boleh menghilangkan atau meluputkan kepentingan lain yang lebih penting daripadanya atau setaraf dengannya. Dalam hal ini menampakkan bahawa PBN lebih mengutamakan kepentingan kepada golongan tertentu (pemaju-pemaju) berbanding kepentingan lain seperti keperluan orang-orang miskin yang lebih berhajat dan sepatutnya diutamakan. Malahan diketahui umum bahawa pembinaan projek-projek perumahan pada masa sekarang adalah suatu sektor pelaburan yang begitu menguntungkan pihak kerajaan dan pemaju.

Sebagai kesimpulannya, hukum pengambilan tanah berdasarkan maslahah bukanlah bersifat mutlak. Keharusan tersebut adalah bergantung sepenuhnya kepada syarat-syarat berikut: a. Pengambilan tanah yang dibuat itu hendaklah seiring dengan maksud dan tuntutan syarak, tidak menafikan sesuatu hukum yang asal, tidak berlawanan dengan nas ataupun dalil yang telah disabitkan hukum secara Qatie.28 Ia juga hendaklah bertepatan dengan kemaslahatan yang dikehendaki dan diterima oleh syarak al-Quran, al-Sunnah dan Qias.29 Ia selaras dengan kaedah Fiqhiyyah bahawa setiap perkara atau sesuatu urusan itu bergantung kepada tujuan atau niat.30 b. Kepentingan pengambilan tanah itu hendaklah termasuk dalam tujuan syarak (Maqasid al-Syariyyah) bertujuan untuk menjaga lima perkara iaitu agama, nyawa, akal, keturunan dan harta,31 walaupun melibatkan hak individu. c. Tindakan pengambilan tanah atau melucutkan hak milik seseorang itu semestinya laksanakan oleh pemerintah atau kerajaan.32 Berdasarkan kepada kaedah umum bahawa segala tindakan yang dilakukan oleh pemerintah terhadap rakyat adalah bergantung kepada maslahah.33 d. Kepentingan umum yang disandarkan hukum ke atasnya hendaklah merupakan kepentingan umum yang sebenar-benarnya (Haqiqiyyah) atau Qatiyyah dan bukannya kepentingan yang bersifat Wahmiyyah. Apa yang dimaksudkan dengan haqiqiyyah di sini
28 29

Abu Zahrah, Muhammad (t.t), op. cit., hlm.268. Al-Zuhayli, Wahbah (1989), op. cit., hlm.799. Al-Asyqar, Muhammad Sulayman b. Abd Allah (2001), Al-Wadih fi Usul al-Fiqh, cet.1, Jordan: Dar al-Nafais, hlm.150. 30 Al-Zarqa, Syaykh Ahmad b. Syaykh Muhammad (1989), op. cit., hlm.47-53. Ibn Nujaym, Zayn al-Abidin b. Ibrahim (1993), op. cit., hlm.27-28. 31 Al-Namlah, Abd al-Karim b. Ali b. Muhammad (1999), Al-Muhazzab fi Ilm Usul al-Fiqh al-Muqarin, cet.1, jld.3, Riyad: Maktabah al-Rusyd, hlm.1009. 32 Al-Abbadi, Abd al-Salam (2000), Intiza al-Milkiyyah al-Khassah li al-Manfaat al-Ammah, Mutamar Majma al-Fiqh al-Islami, Bil. IV, jld.2, Jeddah, hlm.992-993. 33 Al-Zarqa, Syaykh Ahmad b. Syaykh Muhammad (1989), op. cit., hlm.309-310. Ibn Nujaym, Zayn al-Abidin b. Ibrahim (1993), op. cit., hlm.123-126.

12

ialah kepastian pelaksanaan itu mendatangkan kebaikan kepada manusia dan menghindarkan daripada segala kemudharatan, tanpa wujud sebarang kesamaran atau keraguan tentang keberhasilan terhadapnya. Sekiranya kepentingan umum itu sematamata sangkaan yang samar-samar (waham) pada pandangan kita ada kebaikannya, maka ia tidak boleh dijadikan hujah dalam penetapan hukum.34 e. Tanah yang diambil itu digunakan untuk semua atau al-Kulliyyat iaitu ia mendatangkan kebaikan dan menolak kemudaratan kepada seluruh manusia. Sekiranya kemanfaatan itu hanya dimonopoli oleh sebilangan kecil manusia (Juziyyat), maka ia tidak boleh dijadikan asas dalam penetapan sesuatu hukum.35 f. Tindakan pengambilan tanah itu pada dasarnya tidak menghilangkan atau meluputkan kepentingan lain yang lebih penting daripadanya atau setaraf dengannya. g. Keputusan pengambilan tanah itu hendaklah relevan, munasabah dan boleh diterima oleh akal manusia dan melupuskan kesulitan yang biasa berlaku.36 Kepentingan yang terhasil daripada pengambilan itu telah dikemukakan oleh pakar yang profesional.37 Ia terdiri sama ada dari kalangan ahli perundangan agama atau mereka yang mempunyai kepakaran dalam bidang berkaitan.38 h. Hasil daripada pengambilan tanah itu secara langsung boleh menghindarkan kesusahan yang pasti akan berlaku dan membawa kepada kesenangan dan kemudahan serta bermanfaat.39 Syarat ini selaras dengan Firman Allah Taala yang bermaksud: dan tidak aku jadikan kepada kamu dalam urusan agama daripada kesusahan40 Majlis Mutamar al-Fiqh al-Islami telah menetapkan beberapa resolusi hasil daripada muktamar ke-4 yang diadakan di Jeddah pada 6-11April 1988, berkenaan pelucutan hak milik secara paksaan untuk kemaslahatan umum. Resolusi tersebut adalah sebagaimana berikut:41 i. Hendaklah menghormati hak pemilikan individu dan memberi perlindungan kepada mereka dalam apa jua keadaan. Kerajaan tidak boleh menghadkan batasan dalam
34

Al-Zuhayli, Wahbah (1989), op. cit., hlm.800. Al-Khallaf, Abd al-Wahab (1995), Ilm Usul al-Fiqh, cet.7, Kaherah: Dar al-Fikr al-Arabi, hlm.82. Al-Wazir, Ahmad b. Muhammad b. Ali (2002), Al-Musaffa fi Usul al-Fiqh, cet.1, Kaherah: Dar al-Fikr, hlm.373. 35 Al-Zuhayli, Wahbah (1989), op. cit., hlm.800. Al-Wazir, Ahmad b. Muhammad b. Ali (2002), op. cit., hlm.373. 36 Muhammad Abd al-Jawwad Muhammad (1971), Milkiyyah al-Aradi fi al-Islam Tahdid al-Milkiyyah wa alTamim, Kaherah: al-Tabah al-Alamiyyah, hlm.345. 37 Abu Zahrah, Muhammad (t.t), op. cit., hlm.261. 38 Muhammad Abd al-Jawwad Muhammad (1971), op. cit., hlm.369. 39 Syarat ini dikemukakan oleh Imam Malik yang difahami daripada definisi maslahah. Lihat Abu Zahrah, Muhammad (t.t), op. cit., hlm.261. 40 Al-Quran, Surah al-Haj 22:78. 41 Majlis Mutamar al-Fiqh al-Islami, Kali Ke-4, Pada 11 April 1988, bersamaan 18-23 Jamadil Akhir 1408H, di Jeddah, Saudi Arabia. Peraturan No. (4) 4/80/88, hlm.1797-1798.

13

pemilikan dan pemilik mempunyai hak terhadap apa yang dimiliki oleh mereka berdasarkan ruang lingkop yang telah ditentukan oleh hukum syarak. ii. Tidak diharuskan mengambil tanah hak milik untuk kepentingan umum kecuali berdasarkan kepada prosedur dan syarat-syarat yang ditetapkan oleh hukum syarak seperti berikut: a. Hendaklah pengambilan atau pelucutan hak milik tanah disertai dengan bayaran pampasan dengan kadar segera dan mencukupi berdasarkan kepada jumlah yang diputuskan oleh mereka yang berkelayakan dengan tidak kurang daripada nilai yang sepatutnya; b. Pengambilan tanah itu hendaklah dilaksanakan oleh pihak pemerintah atau wakilnya; c. Pengambilan tanah itu adalah bertujuan untuk kepentingan umum (Darurah Ammah) atau keperluan umum seperti pembinaan masjid, jalanraya dan sebagainya; d. Tanah yang diambil daripada pemiliknya tidak boleh digunakan untuk pelaburan sama ada untuk orang ramai ataupun untuk individu tertentu. e. Tidak boleh mengambil tanah bermilik sebelum sampai tempoh yang benar-benar diperlukan.

7.0

PENGAMBILAN TANAH WAKAF BERDASARKAN KONSEP ISTIBDAL

Tujuan asal seseorang mewakafkan harta adalah untuk mendekatkan diri kepada Allah dan mengharapkan pahala secara berterusan, selain rahmat, keberkatan dan keredhaanNya. Tujuan asal ini tidak akan kesampaian jika adanya halangan-halangan yang tidak dapat dielakkan. Antaranya seperti pelupusan status wakaf akibat pengambilan tanah wakaf oleh pihak berkuasa. Maka nazir selaku pemegang amanah harta wakaf perlu menyelesaikan permasalahan ini dengan mengambil alternatif dan pendekatan agar manfaat harta wakaf dapat disalurkan untuk selamalamanya sebagaimana niat pewakaf.

Oleh kerana berlakunya pengecualian hukum asal yang mengharuskan pengambilan tanah wakaf untuk kemaslahatan umum, maka konsep Istibdal dilihat sebagai suatu mekanisme yang boleh mengekalkan kesinambungan tanah wakaf tanpa mengorbankan prinsip asal wakaf. Konsep 14

Istibdal atau lebih dikenali sebagai pertukaran harta wakaf pada hakikatnya merupakan salah satu jalan penyelesaian kepada masalah-masalah yang membabitkan pembangunan harta wakaf.42 Kebanyakan perbincangan tentang Istibdal oleh para fuqaha lebih tertumpu dalam menyelesaikan masalah tanah wakaf yang tidak mendatangkan hasil untuk digantikan dengan tanah lain yang lebih baik dan menguntungkan. Ini kerana maksud Istibdal itu sendiri memberi beberapa makna iaitu penggantian, pertukaran, penjualan dan pembelian. Justeru, di dalam kitabkitab fiqh dan perbincangan fuqaha konsep Istibdal tidak dibincangkan di dalam bab-bab yang lain, kecuali dalam bab pewakafan harta yang dibincangkan secara tersendiri.43 Oleh yang demikian, dalam membincangkan isu pengambilan tanah wakaf maka sewajarnya konsep Istibdal perlu dirujuk secara bersama dengan konsep Maslahah Ammah sebagai metod penentuan dan pentarjihan hukum syarak. Menurut pandangan fuqaha apa yang dimaksudkan dengan Istibdal ialah membeli ayn /aset sebagai ganti untuk diwakafkan semula.44 Manakala Ibdal pula ialah menjual ayn / aset wakaf untuk membeli hartanah/ aset yang lain atau dalam bentuk wang.45 Dalam konteks pengambilan tanah wakaf yang berlaku pada hari ini ia merujuk kepada konsep penjualan ayn wakaf atau Ibdal kepada pihak kerajaan yang digantikan sama ada dalam bentuk tanah dengan tanah atau wang pampasan.

Manakala konsep Istibdal adalah merujuk kepada pembelian tanah wakaf lain sebagai ganti oleh nazir wakaf melalui wang penjualan tanah tersebut yang wajib dilaksanakan untuk diwakafkan semula. Perkataan Ibdal dan Istibdal amat berkaitan antara satu sama lain disebabkan Ibdal sesuatu harta wakaf membawa kepada Istibdal harta itu. Setiap penjualan harta wakaf mesti

42

Siti Mashitoh Mahamood (2002), Pelaksanaan Istibdal dalam Pembangunan Harta Wakaf di Malaysia, cet.1, Jabatan Syariah dan Undang-undang, Akademi Pengajian Islam, Kuala Lumpur: Universiti Malaya, hlm.1. 43 Pada dasarnya Istibdal adalah satu mekanisme untuk mengekal dan membangunkan harta wakaf agar penerima wakaf mendapat manfaat wakaf secara berterusan. Oleh itu kewujudan Istibdal hanya dikhususkan kepada harta wakaf sahaja. Oleh itu hukum pengambilan tanah selain wakaf tidak dirujuk kepada konsep Istibdal, tetapi berdasarkan kepada maslahah Ammah dan darurat. 44 Selain perkataan Istibdal, perkataan al-Munaqalah juga digunapakai dalam membincangan pertukaran dan penggantian harta wakaf. Kedua-duanya mempunyai makna yang hampir sama. Lihat Ibn Qudamah (2001), AlMunaqalah wa al-Istibdal bi al-Awqaf, dalam Al-Asyqar, Muhammad Sulayman, op. cit., hlm.49. 45 Badran, Badran Abu al-Aynayn (1986), Ahkam al-Wasaya wa al-Awqaf fi al-Syariah al-Islamiyyah, Kaherah: Dar al-Jamiah, hlm.301. Al-Kubaysi, Muhammad Ubayd (1977), Ahkam al-Waqf fi al-Syariah al-Islamiyyah, jld.2, Baghdad: Matbaah al-Irsyad, hlm.9. Ahmad Farraj Hassan (1986), Ahkam al-Wasaya wa al-Awqaf fi alSyariah al-Islamiyyah, Kaherah: Dar al-Jamiah, hlm.349.

15

diikuti dengan mengambil ayn lain sebagai pengganti harta wakaf yang telah dijual.46 Penukaran boleh berlaku sama ada dengan mata wang atau ayn harta yang lain.47

8.0

JUSTIFIKASI PENGAMBILAN TANAH BERDASARKAN KONSEP ISTIBDAL

Keperluan kepada pelaksanaan mekanisme Istibdal bagi tanah wakaf yang terlibat dengan pengambilan oleh pihak kerajaan bukan lagi menjadi satu pilihan. Malah ia adalah satu kemestian yang tidak boleh disangkal kepada pihak yang bertanggungjawab atau pihak berkuasa lain dengan mengkaji serta menyelidiki secara kritikal agar segala tindakan yang diambil dan pelaksanaannya sejajar dan seiring dengan matlamat hukum syarak. Selain melaksanakan kewajipan syarak, Istibdal terpaksa dilakukan kerana faktor-faktor ekonomi atau politik atau undang-undang dan lain-lain lagi.48 Dengan adanya mekanisme ini, tidak bermakna tanah-tanah wakaf boleh diambil dalam apa jua keadaan bagi memenuhi tuntutan dan perkembangan semasa, tanpa melihat kepada beberapa aspek dan persoalan yang lebih penting dan sewajarnya diberi keutamaan.

Dengan kata lain, Istibdal bukanlah satu mekanisme yang terpakai kepada semua kategori tanah wakaf yang boleh diambil secara mudah oleh pihak berkuasa. Justeru para fuqaha berselisih pendapat dalam mengharuskan hukum Istibdal terutama dari aspek pelaksaannya. Dalam hal ini terdapat pandangan fuqaha yang agak terbuka dengan menegahnya kecuali dalam keadaan tertentu sahaja. Terdapat juga di kalangan mereka yang berpandangan agak rigik dengan melarang secara keras pelaksanaan Istibdal walau dalam apa jua keadaan. Para fuqaha dalam menentukan hukum Istibdal amat berhati-hati dengan tujuan untuk menjaga kemaslahatan harta amanah orang Islam. Jika tidak sudah tentu akan mengundang kepada kelewehan hukum yang mengakibatkan akan wujudnya penyelewengan dan perlanggaran terhadap prinsip-pinsip hukum wakaf yang telah sedia disusun atur oleh sarjana Islam terdahulu.

46 47

Abu Zahrah, Muhammad (1971), op. cit., hlm.145. Ibid., hlm.182. 48 Mohd Daud Bakar (1999), Amalan Institusi Wakaf Di Beberapa Negara Islam: Satu Perbandingan, dalam Nik Mustapha Nik Hassan et. al. (ed), Konsep dan Pelaksanaan Wakaf di Malaysia, Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), hlm.161.

16

9.0

ISTIBDAL SEBAGAI MEDIUM PENGEKALAN HARTANAH WAKAF

Secara umumnya, majoriti mazhab menerima konsep Istibdal l sebagai satu medium ke arah mengekalkan hartanah wakaf dan manfaatnya.49 Sekiranya hukum syarak tidak menyediakan alternatif lain dalam menangani masalah pengambilan tanah yang melibatkan tanah wakaf, sedangkan pada masa yang sama hukum mengharuskan pihak berkuasa mengambil tanah tersebut untuk kepentingan umum, sudah pasti berlakunya pertentangan dan pencabulan antara hukum pengambilan tanah wakaf dengan prinsip utama dalam undang-undang pewakafan harta dalam Islam iaitu prinsip kekekalan dan kelangsungan aset wakaf. Konsep ini juga adalah selaras dengan prinsip bahawa harta wakaf tidak boleh dijual, tidak boleh dihibah kepada orang lain dan tidak boleh diwarisi.50 10.0 ISTIBDAL TANAH WAKAF MENURUT PANDANGAN FUQAHA

Pada dasarnya para fuqaha bersepakat menerima konsep Istibdal dalam menyelesaikan isu pengambilan tanah wakaf yang diambil oleh kerajaan secara paksaan sama ada melalui penjualan, pertukaran dan pembelian. Apa yang menjadi perbezaan pendapat (mahal al-naza) di kalangan mereka ialah tentang metod atau pelaksanaan Istibdal wakaf dari sudut harta alih dan tak alih kesan daripada perbezaan penggunaan tanah wakaf dari segi Khas dan Am.51

Pengambilan tanah wakaf berasaskan kepada mekanisme Istibdal perlu dibezakan antara jenisjenis atau kategorinya. Ini kerana setiap kategori tersebut memberi implikasi yang berbeza dari segi syarat-syarat penggunaannya yang tertakluk kepada syarat-syarat yang tertentu. Pengambilan yang melibatkan tanah wakaf Khas agak sukar berbanding wakaf Am, lebih-lebih lagi bagi tanah wakaf yang dikhususnya untuk manfaat masjid, tapak masjid, surau dan kubur.52

49 50

Abu Zahrah, Muhammad (1971), op. cit., hlm.154. Al-Nisaburi, Imam Abi Husayn Muslim al-Hajjaj al-Qusyairi (1997), Sahih Muslim, Bab al-Waqf, cet:1, jld.3, Muassasah Iz al-Din, hlm. 453. Al-Syawkani, Syaykh Muhammad b. Ali (t.t.), Nayl al-Awtar Min Ahadith Sayyid al-Akhbar Syarh Muntaqa al-Akhbar, jld.6, Kaherah: Mustafa al-Babi al-Halabi, hlm.24. 51 Hassan Abd Allah al-Amin (1994), Idarah wa-Thathmir Mumtalikat al-Awqaf, cet:2, Al-Bank al-Islami li alTanmiyyah al-Maahad al-Islami, hlm.123. 52 Al-Khinn, Mustafa Said (1992), al-Fiqh al-Manhaji ala Madhhab al-Imam al-Syafii, cet.3, Damsyiq: Dar alIlmi, hlm.30.

17

Sekiranya tanah itu diwakafkan dalam bentuk penggunaan khusus seperti untuk pembinaan masjid, surau, kubur, sekolah agama dan lain-lain, maka tanah wakaf itu termasuk hasil daripadanya tidak boleh digunakan untuk tujuan lain, selain apa yang telah ditentukan oleh pewakaf (Waqif).53 Dalam hal ini pandangan mazhab Maliki dan Syafii mengambil pendekatan yang agak keras dan rigid dalam mengharuskan Istibdal membabitkan tanah wakaf Khas masjid berbanding mazhab-mazhab lain.54 Kedua-dua mazhab ini bersepakat bahawa wakaf masjid tidak boleh dijual atau ditukar ganti, kecuali kerana ada kemaslahatan yang tidak boleh dielakkan.55 Mazhab Syafii dalam membahaskan isu Istibdal al-Manqul (tanah wakaf) mempunyai pendirian yang tegas bahawa tanah wakaf jenis Khas, Am dan Zuriat tidak boleh dijual atau dibeli. Ini bermakna semua jenis hartanah wakaf tidak boleh diambil oleh kerajaan untuk apa jua bentuk pembangunan. Ketegasan hukum dalam mazhab Syafii ini berdasarkan kepada prinsip wakaf yang menjadi pegangan dalam mazhab Syafii bahawa harta wakaf tidak boleh dijualbeli, dihibah dan diwarisi berdasarkan hadith Umar yang mewakafkan tanah di Khaibar dan mensyaratkan tanah tersebut tidak boleh dijual, dibeli, dihadiah dan tidak boleh dipusakai.56

Tujuan sesuatu wakaf yang telah dibuat tidak boleh diubah selain apa yang telah diniatkan oleh pewakaf.57 Mazhab ini melarang pelaksanaan Istibdal secara mutlak kerana penjualan atau penggantian akan membawa kepada hilangnya harta atau aset yang diwakafkan. 58 Namun demikian terdapat juga sebahagian ulama mazhab Syafii mengharuskan pelaksanaan Istibdal l dengan mengsyaratkan bahawa tanah wakaf yang diganti itu boleh mendatangkan hasil yang lebih bermanfaat daripada yang sebelumnya.

Mazhab Hanafi dan Hanbali mengambil pendekatan yang agak longgar dan terbuka dalam mengharuskan pelaksanaan Istibdal berbanding mazhab Syafii dan Maliki. Mazhab Hanafi
53 54

Badran, Badran Abu al-Aynayn (1986), op. cit., hlm.306. Abu Zahrah, Muhammad (1971), op., cit., hlm.156. 55 Ketegasan dalam mazhab Syafii dapat dilihat sekalipun masjid yang telah mengalami kerosakan tidak boleh diistibdalkan. Lihat Al-Syirazi, Abi Ishak (1995), Al-Muhadhab fi fiqh al-Imam al-Syafii, cet.1, jld.2. Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah, hlm.331. Abu Zahrah, Muhammad (1971), op., cit., hlm.154. 56 Al-Nisaburi, Imam Abi Husayn Muslim al-Hajjaj al-Qusyairi (1997), Sahih Muslim, Bab al-Waqf, cet:1, jld. 3. Muassasah Iz al-Din, hlm. 453. Al-Syawkani (t.t.), op. cit., hlm.24. 57 Al-Nawawi, Abu Zakariyya Yahya (2000), Rawdah al-Talibin, jld.4, Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah, hlm.422, Al-Khinn, Mustafa Said (1992), op. cit., hlm.27-28. 58 Al-Kubaysi, Muhammad Ubayd (1977), op. cit., hlm.39

18

mengharuskan Istibdal dalam semua keadaan, selagimana ia mempunyai kepentingan untuk kemaslahatan orang ramai.59 Ini bermakna tanah-tanah wakaf yang terlibat dengan pengambilan tanah secara paksaan sama ada tanah wakaf Khas atau Am selain masjid, boleh ditukar ganti bergantung kepada Maslahah.60

Mazhab Maliki melarang penjualan hartanah wakaf yang melibatkan tapak atau bangunan masjid secara mutlak.61 Wakaf jenis ini tidak boleh diganti dengan yang lain dan pendapat ini juga merujuk kepada majoriti fuqaha.62 Namun dalam keadaan darurat seperti Istibdal untuk meluaskan saiz masjid, tanah perkuburan atau jalan untuk kegunaan umum, maka ia diharuskan sekalipun diambil secara paksaan. Ini kerana perkara tersebut melibatkan kemaslahatan ummah secara umum. Jika tidak diistibdalkan harta wakaf itu akan memberi kesan negatif yang menyukarkan umat Islam seperti tempat ibadat umat Islam, kemudahan untuk pengkebumian serta jalan untuk mereka lalu-lalang, maka dalam situasi ini wajib mempermudahkan urusan mereka itu.63 Menurut mazhab Hanbali64 transaksi jual beli serta aktiviti menukar dan menggantikan harta wakaf adalah diharuskan bergantung kepada kehasilan dan manfaat harta wakaf. Mazhab Hanbali mengamalkan konsep keterbukaan dalam kes harta wakaf yang berhajat kepada pelaksanaan Istibdal khususnya harta wakaf yang rosak dan sebagainya agar tidak hilangnya

59

Mazhab Hanafi tidak membezakan antara harta alih (al-Manqul) dengan harta tak alih (al-Iqar) sebagaimana mazhab lain. Keanjalan hukum Istibdal dalam mazhab Hanafi adalah ekoran daripada prinsip wakaf dalam mazhab ini bahawa ayn wakaf tetap kekal menjadi milik pewakaf. Pewakaf akan menjadi pengurus kepada hartanya yang diwakaf sama ada untuk menjual, menghadiah dan sebagainya. Keharusan Istibdal dalam mazhab Hanafi tidak dilihat dari aspek darurat, tetapi ia adalah bergantung syarat yang telah ditentukan oleh pewakaf yang menjadi hak kepada mereka. Lihat: Al-Zaylai, Jamal al-Din Abu Muhammad Abd Allah b. Yusuf (1996), Nasb al-Rayah Takhrij Ahadith al-Hidayah, cet.1, jld.3, Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah, hlm.732. Al-Ghazali, Muhammad b. Muhammad b. Muhammad (1997), Al-Wasit fi al-Madhhab, cet.1, jld.4, Dar al-Salam, hlm.255. Hassan Abd Allah al-Amin (1994), op. cit., hlm.124. Ibn al-Humam, Kamal al-Din Muhammad b. Abd Wahid (1977), Syarh Fath alQadir, cet.1, jld.6, Beirut: Dar al-Fikr, hlm.203. 60 Al-Maydani, Abd al-Ghani al-Ghanimi (1985), Al-Lubab fi Syarh al-Kitab, jld.1, Beirut: Dar al-Ihya al-Turath al-Arabi, hlm.180. Badran, Badran Abu al-Aynayn (1986), op. cit., hlm.260. Muhammad Kamal al-Din (1998), AlWasaya wa al-Awqaf fi al-Fiqh al-Islami, Muassasah al-Jamiyyah al-Dirasat, hlm.176. 61 Al-Dardir, Abi al-Barakat Ahmad b. Muhammad b. Ahmad (t.t.), op. cit., hlm.127, Abu Zahrah, Muhammad (1971), op. cit., hlm.154. 62 Al-Zuhayli, Wahbah (1987), al-Wasayah wa al-Awqaf fi Fiqh al-Islami, cet.1, Damsyiq: Dar al-Fikr., hlm.223. 63 Ibn Qudamah, Muwaffaq al-Din Muhammad Abd Allah b. Ahmad b. Muhammad (1999), Al-Mughni, cet.4, jld.8, Dar al-Alam al-Kutub, hlm.223. Abu Zahrah, Muhammad (1971), op., cit., hlm.154. 64 Mazhab ini tidak membezakan antara harta alih dengan tak alih. Lihat: Ibn Qudamah, Muwaffaq al-Din Muhammad Abd Allah b. Ahmad b. Muhammad (1999), op. cit., hlm. 220-221.

19

manfaat wakaf. Bukti kelonggaran hukum Istibdal dalam mazhab Hanbali ialah mengharuskan Istibdal wakaf berbentuk harta alih seperti masjid. Keharusan ini berlaku apabila masjid tersebut telah rosak atau tidak sesuai lagi untuk digunakan lagi seperti sempit dan tidak boleh diperbaiki lagi kecuali dijualkan dan diganti dengan masjid yang lain.65 Jika kerosakan itu melibatkan sebahagian masjid, maka harus dijual bahagian tersebut. Begitu juga jika kerosakan melibatkan keseluruhan masjid, maka diharuskan menjual keseluruhan dan hasil dari transaksi jual beli ini digunakan untuk membina masjid yang lain sebagai ganti kepada masjid yang diwakafkan. 66 Bagi tanah wakaf yang tidak mendatangkan manfaat seperti kedudukannya yang berada jauh daripada kawasan bandar, terpencil dan tidak ekonomi serta tidak berpotensi untuk dibangunkan, berdasarkan pandangan mazhab Hanafi, Hanbali dan sebahagian mazhab Syafii, 67 pihak berkuasa boleh melakukan Istibdal ke atas tanah tersebut dengan tanah lain yang lebih mendatang hasil dan membawa keuntungan kepada penerima wakaf.

11.0

METOD PELAKSANAAN ISTIBDAL TANAH WAKAF

Di dalam melaksanakan konsep Istibdal terhadap tanah wakaf ia berkisar sama ada dalam bentuk penjualan, pembelian dan pertukaran atau penggantian. Ketiga-tiga kaedah yang dinyatakan ini pada keseluruhannya adalah bertujuan untuk mengekalkan status harta wakaf agar manfaatnya dapat dinikmati oleh penerima wakaf secara berterusan dan mengaplikasikan apa yang dihajati oleh pewakaf. Oleh itu pelaksanaan Istibdal menekankan dari dua aspek bahawa aset wakaf yang dijual hendaklah diganti semula sebagaimana kedudukannya yang asal atau lebih baik daripada yang sebelumnya. Justeru, pihak yang layak untuk memutuskan sesuatu pelaksanaan Istibdal ialah pihak berkuasa sama ada hakim atau kadi.

65 66

Abu Zahrah, Muhammad (1971), op. cit., hlm.158. Ibn Qudamah (1999), op. cit., hlm.220-221. 67 Ibn Abidin, Muhammad Amin (1979), op. cit., hlm.589.

20

11.0.1 SYARAT PENGGANTIAN TANAH WAKAF Tanah wakaf yang diambil oleh kerajaan secara paksaan berdasarkan kepada konsep Istibdal ia hendaklah diganti semula dalam bentuknya yang asal. Persoalannya, bentuk penggantian ini tidak dinyatakan syaratnya secara jelas oleh para fuqaha sama ada dalam bentuk wang (nuqud) atau tanah (al-Aqar). Jika penggantian dalam bentuk wang ia termasuk dalam maksud pembelian, kerana melalui wang penjualan itu dapat membeli tanah yang lain. Sebaliknya jika penggantian itu dengan tanah juga, ia termasuk dalam makna pertukaran atau penggantian. Ini kerana tanah wakaf yang asal atau yang pertama ditukar ganti dengan tanah lain.

Dalam membincangkan status tanah yang diambil oleh kerajaan para fuqaha telah mensyaratkan bahawa pengambilan itu hendaklah disertakan dengan pampasan atau dikenali sebagai al-Tawid. Bentuk pampasan dan penggantian yang biasa dilaksanakan adalah sama ada dalam bentuk wang pampasan atau dengan jenis yang sama (tanah dengan tanah). Bentuk penggantian ini amat penting untuk dibincangkan dalam konteks penggantian tanah wakaf yang berbeza konsepnya dengan tanah milik individu yang lain, dengan mengambil kira kemaslahatan dan situasi semasa pada hari ini. Penilaian dan pertimbangan perlu dibuat dalam menentukan sama ada pampasan dengan wang adalah lebih utama dan relevan berbanding penggantian tanah dengan tanah, atau sebaliknya.

Di kalangan ulama fiqh, Ibn Abidin telah membincangkan tentang perkara ini dengan meletakkan syarat bahawa penjualan atau pertukaran tanah wakaf tidak boleh ditukar dengan wang kerana bimbang ia disalahgunakan oleh pihak tertentu.68 Syarat yang dinyatakan ini adalah berkait dengan syarat lain bahawa aset wakaf hendaklah diganti dengan jenis yang sama. Sekiranya pewakaf mensyaratkan dengan rumah, maka tidak boleh diistibdalkan dengan tanah. Merujuk kepada syarat ini, penggantian tanah dengan wang pampasan tidak diharuskan, kerana berlainan jenis, melainkan wang pampasan itu digunakan untuk membeli ayn/ aset wakaf yang sama.

68

Ibn Abidin, Muhammad Amin (1979), op. cit., hlm.387.

21

Mazhab Hanbali juga mensyaratkan Istibdal berlaku antara bentuk harta yang sama, seperti tanah dengan tanah, bangunan dengan bangunan dan lain-lain. Harta wakaf yang ditukar ganti secara Istibdal hendaklah lebih baik daripada harta yang pertama. Jika sebaliknya maka ia tidak harus. Antara faktor lain mazhab ini mensyaratkan Istibdal tanah dengan tanah kerana berdasarkan kepada apa yang telah berlaku pada kebiasaannya tanah wakaf yang diambil oleh kerajaan tidak diganti dengan tanah yang lain. Hanya sebilangan kecil sahaja tanah wakaf yang diganti.69

Namun demikian, sesetengah ulama mengharuskan harta wakaf yang diambil boleh diganti dengan wang dengan syarat diyakini orang yang melakukan pertukaran atau penggantian itu adalah seorang kadi yang diakui kejujurannya dan bersifat amanah. 70 Al-Kubaysi di dalam kitabnya meletakkan syarat bahawa tanah-tanah wakaf yang diistibdal tidak boleh diganti dengan wang, tetapi hendaklah dengan tanah.71 Namun beliau mengatakan syarat-syarat yang nyatakan itu boleh diubah dan dipinda agar bersesuaian dengan keadaan semasa masyarakat pada hari ini demi untuk menjaga berkekalannya harta wakaf, seterusnya menjamin kemaslahatan pihak yang diwakafkan.72

11.0.2 KELAYAKAN KELULUSAN ISTIBDAL

Aspek pelaksanaan Istibdal perlu diperincikan dengan melibatkan pandangan-pandangan mereka yang berautoriti.73 Ini kerana konsep Istibdal turut membabitkan persoalan ijtihadiyyah. Urusan penggantian tanah wakaf adalah menjadi tanggungjawab pemerintahan atau mahkamah dengan melihat kepada kemaslahatan umum, dan tidak boleh ditolak, kecuali terdapat sebab-sebab yang membawa kepada kemudharatan dan tidak mendatangkan hasil sama ada kepada pewakaf itu
69 70

Ibn Abidin, Muhammad Amin (1979), hlm.591. Zuhdi Yakan (t.t.), Ahkam al-Waqf, cet.1, Beirut: Maktabah al-Asriyyah, hlm.213. Sabiq, Sayid (1992), op. cit., hlm.385-386. Ibn Qudamah (1999), op. cit., hlm.220-221, Al-Zuhayli, Wahbah (1987), op. cit., hlm.221. Tarablas (t.t.), Al-Fiqh fi al-Syariah al-Islamiyyah, Beirut: Maktabah al-Hadithah, hlm.49. 71 Ibn Nujaym telah menambah syarat ini kerana dibimbangi berlakunya penyelewengan oleh nazir wakaf. Lihat: Hafiz al-Din al-Nisfi, Abi al-Barakat Abd Allah b. Ahmad (1997), Al-Bahr al-Raiq Sharh Kunz al-Daqaiq, cet.1, jld.5, Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah, hlm.372-373. Lihat juga: Al-Kubaysi, Muhammad Ubayd (1977), op. cit., hlm.28 72 Al-Kubaysi, Muhammad Ubayd (1977), op. cit., hlm.30. 73 Ibn al-Humam, Kamal al-Din Muhammad b. Abd Wahid (1977), op. cit., hlm.228. Ahmad Farraj Hassan (1986), op. cit., hlm.49.

22

sendiri atau orang yang menerima wakaf.74 Dalam hal ini al-Tarsusi telah menggariskan tiga syarat utama yang perlu diamalkan dalam melaksanakan konsep Istibdal:75

i.

Kadi hendaklah berusaha sedaya mungkin mengadakan siasatan sendiri sebelum melaksanakan Istibdal;

ii.

Kadi hendaklah melantik dua orang pakar yang adil dan amanah untuk menyelidik dan menyiasat keperluan Istibdal yang dicadangkan untuk memastikan hasil pelaksanaannya benar-benar membawa kepada kebaikan atau sebaliknya;

iii.

Kadi hendaklah membuat laporan setelah mendengar keterangan daripada pakar yang dilantik dan menyokong terhadap pelaksanaan Istibdal. Kelulusan Istibdal bergantung kepada keputusan kadi setelah berpuashati dengan apa yang telah dicadangkan bagi menjamin kebaikan wakaf yang dibuat.

Sebagai kesimpulannya, penentuan syarat sama ada penggantian dengan wang atau tanah adalah bergantung kepada keadaan dan situasi semasa di sesebuah negara tersebut. Apa yang penting ialah tanah wakaf yang terlibat dengan pengambilan tanah oleh kerajaan hendaklah dibeli atau diganti dengan tanah yang lain dan wang pampasan itu tidak boleh dimiliki atau disimpan begitu sahaja.76 Namun sekiranya penggantian dengan wang pampasan menimbulkan banyak halangan dan kekangan akibat faktor-faktor yang lain seperti ketiadaan tanah yang sesuai, harga tanah semasa yang terlalu tinggi sehingga menyukar nazir untuk mencari ganti tanah, maka dalam hal ini pertukaran tanah dengan tanah adalah lebih diutamakan. Bahkan dalam keadaan tertentu hukumnya menjadi wajib berdasarkan kepada beberapa kaedah Fiqhiyyah bahawa:

Sesuatu yang pada asalnya tidak wajib tetapi jika tidak kerananya tidak akan mencapai matlamat yang dikehendaki maka ia menjadi wajib.77

74 75

Ahmad Farraj Hassan (1986), op. cit, hlm.49. Abu Zahrah, Muhammad (1971), op. cit., hlm.199. 76 Al-Syirbini, Syam al-Din Muhammad b. Muhammad al-Khatib (1994), Mughni al-Muhtaj ila Marifat al-Maani Alfaz al-Minhaj, jld.3, Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah, hlm.548. 77 Al-Asyqar, Muhammad Sulayman b. Abd Allah (2001), op. cit., hlm.37.

23

Manakala dari aspek pelaksanaan yang lain, tanah-tanah wakaf yang akan diambil oleh kerajaan berdasarkan kepada syarat-syarat yang telah digariskan oleh fuqaha terlebih dahulu hendaklah dirujuk kepada pihak yang berautoriti. Penyiasatan dan kajian terperinci perlu dijalankan agar konsep pengambilan tanah secara paksaan berasaskan kepada konsep Istibdal ini benar-benar menepati dengan syarat dan garis panduan hukum syarak sebagaimana yang telah dibincangkan sebelum ini.

12.0

APLIKASI ISTIBDAL DALAM KONTEKS PENGAMBILAN TANAH WAKAF DI MALAYSIA

Pelaksanaan Istibdal bagi tanah yang diambil oleh kerajaan tidak boleh ditangguh atau dilambatkan. Ia hendaklah dilakukan seberapa segera oleh pemegang amanah bagi menjaga kepentingan pewakaf dan umat Islam seluruhnya serta mengelakkan daripada berlakunya penyalahgunaan wang pampasan, selain kenaikan nilai tanah semasa. Pelaksanaan Istibdal perlu mengambilkira semua pandangan ulama Fiqh tanpa terikat atau dikongkong dengan satu mazhab dan diselaraskan mengikut keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri dan Kebangsaan.

Kaedah atau prosedur Istibdal yang dikeluarkan oleh Jabatan Zakat Wakaf dan Haji melalui buku Manual Pengurusan Tanah Wakaf boleh diikuti sebagai panduan bagi mewujudkan keseragaman kerja antara negeri-negeri. Konsep penggantian antara tanah wakaf Am, Khas dan Zuriat hendaklah dibezakan, termasuk tanah wakaf yang diambil secara keseluruhan tanah dengan tanah yang diambil sebahagian. Beberapa cadangan tentang kaedah pelaksanaan Istibdal bagi tanah wakaf Am, Khas dan Zuriat yang terlibat dengan pengambilan tanah oleh PBN adalah sebagaimana berikut:

12.0.1 TANAH WAKAF YANG DIAMBIL SECARA KESELURUHAN

Bagi tanah yang diambil melibatkan kesemua tanah atau sebahagian besar daripadanya hendaklah diganti tanah dengan tanah (al-Aqar bi al-Aqar) sepenuhnya sama ada wakaf Am, Khas atau wakaf Zuriat. Keutamaan gantian tanah dengan tanah bagi pengambilan yang 24

melibatkan keluasan yang besar adalah bagi memudahkan urusan pihak agensi dan MAIN mendapatkan tanah lain yang mempunyai keluasan dan jenis yang sama. Saiz keluasan tanah yang luas agak mudah untuk dibeli sebagai Istibdal.

12.0.2 PENGAMBILAN SEBAHAGIAN KECIL TANAH WAKAF

Bagi tanah yang diambil sebahagian kecil sahaja jumlah keluasannya dan bayaran pampasan yang sedikit sukar untuk diganti dengan tanah. Oleh itu ia tidak perlu kepada gantian tanah dengan tanah. Malah mencukupi hanya dibayar dengan wang sebagai pampasan. Sekiranya perlu diganti juga dengan tanah, ia adalah terlalu sukar dan mustahil untuk dilaksanakan. Bagi kategori keluasan tanah seperti ini, adalah dicadangkan agar nilai pampasan tanah-tanah wakaf Khas dan Am masing-masing disatukan.

Melalui kaedah ini semua nilai pampasan yang dibayar oleh kerajaan, digabung dan disatukan menjadi jumlah yang besar mengikut kategori wakaf. Dengan jumlah yang besar MAIN mampu membeli tanah lain yang mempunyai nilai komersil sebagai ganti tanah yang telah diambil. Kes yang sama juga boleh diaplikasikan kepada tanah jenis wakaf Zuriat. Segala manfaat daripada aset yang baru itu akan disalurkan kembali atau diagihkan kepada ahli warisnya mengikut cara pembahagian aset yang pertama. Jawatankuasa fatwa hendaklah mengkaji dan mengeluarkan fatwa yang membolehkan wang-wang ini disatukan dan boleh digunakan untuk membeli sesuatu selain tanah yang dianggap menyukarkan pihak MAIN jika ditetapkan tanah hendaklah diganti dengan tanah sebagaimana fatwa sebelum ini.

13.0.3 PENGAMBILAN TANAH WAKAF TAPAK MASJID SURAU DAN KUBUR

Bagi tanah jenis wakaf masjid dan surau terdapat dua jenis kategori penggunaan yang disyaratkan oleh pewakaf. Dua kategori ini perlu diambil perhatian kerana bentuk kegunaan manfaatnya berbeza antara satu sama lain. Terdapat pewakaf yang mewakafkan tanah untuk tapak masjid dan surau secara khusus. Tanah ini sememangnya dimanfaatkan untuk didirikan dengan masjid atau surau yang dimaksudkan. Satu laginya ialah tanah yang diwakafkan untuk manfaat masjid dan surau. Segala hasil yang diperoleh dari tanah yang diusahakan itu hendaklah 25

disalurkan kepada masjid dan surau untuk penyelenggaraan masjid berkenaan. Kaedah pelaksanaan Istibdal tanah-tanah jenis ini adalah sepertimana berikut: i. Bagi bangunan masjid/ surau yang terlibat dengan pengambilan tanpa melibatkan keseluruhan tanah dan bangunan, pihak agensi perlu menanggung kos membaikpulih bangunan masjid dan surau sebagaimana bentuknya yang asal dengan mendapat persetujuan daripada Ahli Jawatankuasa Masjid/ surau berkenaan. ii. Manakala bagi tapak masjid dan surau yang melibatkan pengambilan secara keseluruhan termasuk juga bangunan, pihak agensi/ pemaju hendaklah membina semula bangunan masjid/ surau yang baru di atas tapak yang baru dan tanah/ tapak tersebut diganti dengan jumlah keluasan yang sama dengan keluasan pengambilan. Sekiranya pihak pemaju/ agensi hanya menawarkan gantian dengan wang pampasan, maka sudah tentu banyak menimbulkan masalah terutama dari segi tanah sukar diganti dan pembinaan semula masjid/ surau menelan kos yang tinggi dan sukar untuk dijangkakan. Pihak agensi boleh mendapatkan tanah lain yang berada di lokasi yang berdekatan atau bersebelahan dengan tanah yang asal. iii. Sementara tanah perkuburan Islam yang terlibat hendaklah diganti dengan tanah juga. Kubur-kubur yang lama perlu dipindahkan ke tanah perkuburan Islam yang baru.

KESIMPULAN Hukum pengambilan tanah wakaf secara paksa tidak dinyatakan secara jelas sama ada daripada al-Quran atau hadith Rasulullah saw. Amalan ini juga tidak berlaku pada zaman Baginda dan para sahabat. Justeru, pelaksanaan pengambilan tanah wakaf yang dilakukan oleh pihak berkuasa adalah termasuk dalam perbincangan fiqh semasa yang memerlukan kepada persoalan ijtihadiyyah dengan merujuk kepada kaedah-kaedah usul (Qawaid al-Fiqhiyyah) yang mampu menyelesaikan pelbagai permasalahan semasa yang berlaku pada zaman ini.

Islam telah meletakkan kaedah yang jelas dalam perkara hak dan pemilikan. Setiap apa yang dimiliki oleh seseorang tidak boleh dilucutkan dengan sewenang-wenangnya tanpa mendapat keizinan dan persetujuan pemilik harta. Hak individu atau orang perseorangan dijamin dan dilindungi dalam Islam. Sebagai agama yang menjaga kepentingan individu dan masyarakat 26

secara kolektif, terdapat pengecualian hukum yang mengharuskan pengambilan hak milik secara paksaan berasaskan kepada konsep Maslahah. Pembatalan hak milik berdasarkan kepada konsep Maslahah Ammah atau kepentingan umum turut disokong oleh nas al-Quran, hadith dan amalan para sahabat. Sehubungan dengan itu, hukum pengambilan tanah wakaf di dalam Islam walaupun tidak dinyatakan hukumnya secara jelas dan terperinci, tetapi melalui pengaplikasian kaedahkeadah dan instrumen fiqh ini mampu memberi natijah hukum yang jelas selaras dengan roh syariat Islam dan objektif hukum syarak yang bersifat syumul dan komprehensif.

Hukum pengambilan tanah wakaf di dalam Islam yang diadaptasikan daripada pengecualian hukum asal memerlukan kepada suatu prosedur yang konkrit dan jelas agar pelaksanaannya tidak mencetuskan kezaliman dan menimbulkan penganiayaan kepada salah satu pihak terutama kepada pemilik tanah yang dilucutkan hak milik mereka. Pengambilan tanah wakaf oleh kerajaan adalah bergantung kepada syarat-syarat yang ketat berbanding pengambilan tanah individu atau orang perseorangan. Ini berikutan konsep ibadat wakaf dalam Islam dan pengambilan tanah oleh pihak berkuasa mempunyai matlamat dan tujuan yang sama iaitu untuk kepentingan umum.

Oleh itu Islam mengambil pendekatan bahawa apabila berlakunya kontradiksi atau pertentangan antara dua maslahah maka hendaklah diutamakan mafsadah yang lebih berat dengan menanggung mafsadah yang lebih ringan. Hukum mengutamakan kepentingan yang besar atau lebih khusus sekalipun pengambilan tanah wakaf pada asalnya tidak dibolehkan dan perlu dielak. Islam meletakkan garis panduan yang jelas berhati-hati (Ihtiyat) dalam menyusun atur maslahah mengikut susunan keutamaannya dari segi Daruriyyat, Hajiyyat dan Tahsiniyyat yang terkandung di dalamnya Maslahah Ammah dan Khassah dari sudut keperluan.

27

RUJUKAN
Abu Zahrah, Muhammad (1971), Muhadarah fi al-Waqf, cet.2, Kaherah: Dar al-Fikr al-Arabi Al-Buti, Muhammad Said Ramadan (1965), Dawabit al-Maslahah fi al-Syariah al-Islamiyyah, Damsyiq: Maktabah al-Umawiyyah Al-Abbadi, Abd al-Salam (2000), Intiza al-Milkiyyah al-Khassah li al-Manfaat al-Ammah, Mutamar Majma al-Fiqh al-Islami, Bil. IV, jld.2, Jeddah Al-Asyqar, Muhammad Sulayman b. Abd Allah (2001), Al-Wadih fi Usul al-Fiqh, cet.1, Jordan: Dar al-Nafais Ahmad Farraj Hassan (1986), Ahkam al-Wasaya wa al-Awqaf fi al-Syariah al-Islamiyyah, Kaherah: Dar alJamiah, Badran, Badran Abu al-Aynayn (1986), Ahkam al-Wasaya wa al-Awqaf fi al-Syariah al-Islamiyyah, Kaherah: Dar al-Jamiah Al-Dardir, Abi al-Barakat Ahmad b. Muhammad b. Ahmad (t.t.), Al-Syarh al-Saghir ala Aqrab al-Masalik ila Madhhab al-Imam Malik, t.tp, jld.4, Cairo: Dar al-Maarif Al-Ghazali, Abi Hamid Muhammad b. Muhammad (1994), (1994), Al-Mustasfa min Ilm Usul, jld.1, Beirut: Dar al-Arqam __________________________________________ (1997), Al-Wasit fi al-Madhhab, cet.1, jld.4, Dar al-Salam Hafiz al-Din al-Nisfi, Abi al-Barakat Abd Allah b. Ahmad (1997), Al-Bahr al-Raiq Sharh Kunz al-Daqaiq, cet.1, jld.5, Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah Hassan Abd Allah al-Amin (1994), Idarah wa-Thathmir Mumtalikat al-Awqaf, cet:2, Al-Bank al-Islami li alTanmiyyah al-Maahad al-Islami Ibn al-Humam, Kamal al-Din Muhammad b. Abd Wahid (1977), Syarh Fath al-Qadir, cet.1, jld.6, Beirut: Dar alFikr Ibn Qudamah (2001), Al-Munaqalah wa al-Istibdal bi al-Awqaf, dalam Al-Asyqar, Muhammad Sulayman, et. all (ed) Majmu fi Al-Munaqalah wa al-Istibdal bi al-Awqaf , cet.2, Beirut: Lubnan Ibn Qudamah, Muwaffaq al-Din Muhammad Abd Allah b. Ahmad b. Muhammad (1999), Al-Mughni, cet.4, jld.8, Dar al-Alam al-Kutub Ibn Nujaym, Zayn al-Abidin b. Ibrahim (1993), Al-Ishbah wa al-Nazair, cet.1, Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah Ibn Abidin, Muhammad Amin (1979), Hasyiyah Radd al-Mukhtar ala al-Durr al-Muktar, cet.2, jld.4, Dar al-Fikr Al-Khinn, Mustafa Said (1992), al-Fiqh al-Manhaji ala Madhhab al-Imam al-Syafii, cet.3, Damsyiq: Dar alIlmi Al-Kubaysi, Muhammad Ubayd (1977), Ahkam al-Waqf fi al-Syariah al-Islamiyyah, jld.2, Baghdad: Matbaah al-Irsyad Al-Khallaf, Abd al-Wahab (1995), Ilm Usul al-Fiqh, cet.7, Kaherah: Dar al-Fikr al-Arabi

28

Al-Maydani, Abd al-Ghani al-Ghanimi (1985), Al-Lubab fi Syarh al-Kitab, jld.1, Beirut: Dar al-Ihya al-Turath alArabi Muhammad Kamal al-Din (1998), Al-Wasaya wa al-Awqaf fi al-Fiqh al-Islami, Muassasah al-Jamiyyah alDirasat Muhammad Ali Hashim (2004), Pengkorporatan Wakaf dalam Pembangunan Ekonomi Ummah: Satu Potensi, (Kertas Kerja Seminar Pembentukan Sistem Muamalat dan Ekonomi Berteraskan Islam, Anjuran Kerajaan Negeri Johor, IKIM, Johor Corporation dengan Kerjasama Institut Pembangunan Pengurusan Johor (IPPJ), Pada 12-13 Oktober 2004) Muhammad b. Muhammad b. Muhammad (1997), Al-Wasit fi al-Madhhab, cet.1, jld.4, Dar al-Salam Muhammad Abd al-Jawwad Muhammad (1971), Milkiyyah al-Aradi fi al-Islam Tahdid al-Milkiyyah wa alTamim, Kaherah: al-Tabah al-Alamiyyah Majlis Mutamar al-Fiqh al-Islami, Kali Ke-4, Pada 11 April 1988, bersamaan 18-23 Jamadil Akhir 1408H, di Jeddah, Saudi Arabia. Peraturan No. (4) 4/80/88 Mohd Daud Bakar (1999), Amalan Institusi Wakaf Di Beberapa Negara Islam: Satu Perbandingan, dalam Nik Mustapha Nik Hassan et. al. (ed), Konsep dan Pelaksanaan Wakaf di Malaysia, Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) Al-Namlah, Abd al-Karim b. Ali b. Muhammad (1999), Al-Muhazzab fi Ilm Usul al-Fiqh al-Muqarin, cet.1, jld.3, Riyad: Maktabah al-Rusyd Al-Nisaburi, Imam Abi Husayn Muslim al-Hajjaj al-Qusyairi (1997), Sahih Muslim, Bab al-Waqf, cet:1, jld.3, Muassasah Iz al-Din Nik Abdul Aziz bin Nikmat (2005), Pandangan Islam Terhadap Pemilikan dan Pengurusan Tanah, Jurnal KIAS, bil.2, 2005/1426H Al-Nawawi, Abu Zakariyya Yahya (2000), Rawdah al-Talibin, jld.4, Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah Syaykh Ahmad b. Syaykh Muhammad (1989), op. cit., hlm.213. Sabiq, al-Sayyid (1992), Fiqh al-Sunnah, jld.3, Beirut: Dar al-Fikr Al-Syirbini, Syam al-Din Muhammad b. Muhammad al-Khatib (1994), Mughni al-Muhtaj ila Marifat al- Maani Alfaz al-Minhaj, jld.3, Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah Al-Syatibi, Abi Ishak (t.t.), Al-Muwafaqat fi Usul al-Syariah, jld.2, Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah Al-Syirazi, Abi Ishak (1995), Al-Muhadhab fi fiqh al-Imam al-Syafii, cet.1, jld.2. Beirut: Dar al-Kutub alIlmiyyah Siti Mashitoh Mahamood (2002), Pelaksanaan Istibdal dalam Pembangunan Harta Wakaf di Malaysia, cet.1, Jabatan Syariah dan Undang-undang, Akademi Pengajian Islam, Kuala Lumpur: Universiti Malaya Al-Syawkani, Syaykh Muhammad b. Ali (t.t.), Nayl al-Awtar Min Ahadith Sayyid al-Akhbar Syarh Muntaqa alAkhbar, jld.6, Kaherah: Mustafa al-Babi al-Halabi Tarablas (t.t.), Al-Fiqh fi al-Syariah al-Islamiyyah, Beirut: Maktabah al-Hadithah Al-Wazir, Ahmad b. Muhammad b. Ali (2002), Al-Musaffa fi Usul al-Fiqh, cet.1, Kaherah: Dar al-Fikr

29

Al-Zaylai, Jamal al-Din Abu Muhammad Abd Allah b. Yusuf (1996), Nasb al-Rayah Takhrij Ahadith alHidayah, cet.1, jld.3, Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah Al-Zarqa, Syaykh Ahmad b. Syaykh Muhammad (1989), Syarh al-Qawaid al-Fiqhiyyah, cet.2, Damsyiq: Dar alQalam Al-Zuhayli, Wahbah (1987), al-Wasayah wa al-Awqaf fi Fiqh al-Islami, cet.1, Damsyiq: Dar al-Fikr _________________(1989), Usul al-Fiqh al-Islami, cet.1, jld.2, Damsyiq: Dar al-Fikr Zuhdi Yakan (t.t.), Ahkam al-Waqf, cet.1, Beirut: Maktabah al-Asriyyah

KES MAHKAMAH Lihat kes kes Yew Lean Finance development (M) Sdn. Bhd. lwn. Pengarah Tanah dan Galian Pulau Pinang, [1977] 2 MLJ 45. kes S. Kulasingam & Anor lwn. Commisioner of Land, Federal Territory & Ors, [1982] 1 MLJ 204.

30