Anda di halaman 1dari 1

Assalamualaikum w.b.

Yang dihormati En Rousliluddin bin Ambia selaku ketua jabatan hal ehwal pelajar,yang berusaha Ustaz Md.Isa bin Man selaku ketua jabatan pengajian Islam dan Moral,Ustaz M.Asrar bin Sidon selaku Penasihat Pelakasana (MUTTHQSN),Ustaz Anuar bin Hayan selaku ketua jemaah hakim (MUTTHQSN) dan Muhamad Aimullah bin Mohamad selaku Pengerusi Pelaksana (MUTTHQSN). Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Allah kerana diberi kesempatan kepada saya untuk bersama-sama dalam majlis pada malam ini.Terima kasih kepada pihak Jabatan Pengajian Islam dan Moral (JAPIM) kerana menjemput saya ke Majlis Perasmian Penutupan Ujian Tilawah,Tafsir Ayat,Hafazan Al-Quran.Syarahan dan Nasyid (MUTTHQSN) pada malam ini. Tahniah saya ucapkan kepada Jabatan Pengajian Islam dan Moral kerana telah berjaya menganjurkan pertandingan-pertandingan berunsurkan ilmiah ini bersesuaian dengan keperluan pelatih-pelatih IPG Kampus Tun Hussein Onn sebagai latihan kepada mereka untuk menjadi seorang guru yang lebih berani dan kehadapan dalam segala cabaran yang diterima di samping untuk mencungkil bakat yang sedia ada dalam diri pelatih. Oleh itu saya mengharapkan program-program ilmiah seperti ini perlu diperluaskan bidangnya dan dipertingkat kuantitinya agar lebih ramai pelati-pelatih kita melibatkan diri dan seterusnya menyediakan diri sebagai seorang bakal pendidik yang berjiwa berani dan berfikiran kritis demi menjana anak bangsa yang lebih cemerlang.Semoga program seperti ini diperbanyakan lagi pada masa hadapan.Terima kasih.