Anda di halaman 1dari 2

Tugasan 1: Berpasangan 1. Noor Hayati binti Muhammad 2.

Mohd Tarmizi bin Sulaiman Analisis Iklan: Iklan Dequadin Pengenalan: Dequadin merupakan jenama makanan ringan yang berfungsi untuk melegakan sakit tekak dan mengembalikan suara pada saat-saat kritikal. Tujuan: Tujuan iklan ini ialah untuk memberi penerangan kepada kumpulan sasaran akan fungsi Dequadin. Selain daripada itu kami akan membuat analisa darisegi perkara berikut: 1. Kreativiti. Dari segi kreativiti iklan ini dibina dengan menggunakan Teknik Idea Dominan dimana para penonton berjaya dibawa menyoroti masalah di dalam iklan iaitu masalah suara yang dihadapi oleh komandan. Kronologi masalah sehingga kepada penyelesaian malah didalam iklan telah dapat di agak dengan tepat oleh penonton. Dan akhir sekali penonton mendapat maklumat yang jelas tentang apakah fungsi Dequadin serta kesesuaian iklan yang dipaparkan. 2. Senario. Dari segi senario yang digunakan amat bertepatan dengan matlamat produk iaitu satu suasana di kem latihan tentera di mana seorang komandan yang mengalami masalah suara, lalu mengambil Dequadin untuk merawat suaranya dan suara kembali menjadi lebih bertenaga setelah mengambil Dequadin. 3. Grafik Dari segi grafik pula iklan ini menggunakan teknik sinema yang mana teknik ini seolah-olah kita melihat filem di panggung wayang. Ia juga amat bersesuaian dengan iklan ini kerana dengan teknik sinema , senario ketenteraan membawa penonton kepada satu semangat . DB100318 DB100319

4. Pelakon. Pelakon yang berlakon didalam iklan ini dapat membawakan watak dengan berkesan kerana berjaya membawa penonton untuk mengetahui tentang keberkesanan produk yang diiklankan.