Anda di halaman 1dari 4

Klasifikasi Peribumi Malaysia Jumlah penduduk Malaysia pada tahun 1995 berjumlah 29.

69 juta orangdan penduduk peribumi / bumiputera berjumlah 11.95 juta orang seperti yangditunjukkan pada jadual di bawah. Kumpulan Peribumi/bumiputera Cina India Lain lain jumlah Jumlah(juta) 11.95 5.29 1.50 0.64 19.38 Peratus(% 61.7 27.3 7.7 3.3 100

Di Malaysia, masyarakat peribumi terdiri daripada orang Asli, Melayu dannatif di Sabah dan Sarawak. Orang Asli Masyarakat orang Asli terdiri daripada tiga buah rumpun bangsa utamaiaitu Semang-Ngerito, Senoi dan Melayu Asli/Melayu-Proto. Orang Asli menghunidi semua negeri Semenanjung kecuali Pulau Pinang dan Perlis. Catatan sejarahtelah membuktikan bahawa masyarakat orang Asli merupakan manusia pertamamenduduki negara ini. Mengikut beberapa teori sejarah, kumpulan manusia yangpertama sampai ke negara ini adalah kumpulan suku Ngerito. Kumpulanmanusia pertama ini dipercayai sudah sampai ke sini kira-kira 25000 tahun yanglalu. Diikuti oleh kumpulan orang Senoi yang telah sampai ke sini sekitar 60008000 tahun yang lalu dan barulah kumpulan Melayu Asli yang sampai ke sinisekitar 4000 tahun kemudian. Setiap buah rumpun bangsa ini mengandungi enam suku kaum (Jadual 1),menjadikan keseluruhannya 18 suku kaum. Mereka mengamalkan cara hidupyang berbeza dan bertutur dalam bahasa dan dialek yang berbeza juga.Mengikut ahli linguistik, masyarakat Orang Asli bertutur dalam 12 buah bahasa(dan dialek) yang lahir dari dua buah rumpun bahasa yang utama : Austroasiatikdan Austronesia. Orang-orang Semang-Ngerito dan Senoi bertutur dalambahasa dari rumpun Austroasiatik. Bahasa mereka ada persamaan denganbahasa Mon-Khmer. Manakala orang Melayu-Proto pula bertutur dalam bahasadari rumpun Austronesia. Bahasa ini diperuntukkan di seluruh Kepulauan Melayudan di beberapa bahagian Kepulauan Pasifik (Malayo-Polynesia). Kaum orang Asli yang berbeza mempunyai budaya, bahasa dan cara hidup yang berbeza

KUMPULAN ORANG ASLI DI SEMENANJUNG MALAYSIA


NEGRITO KUMPULAN Batek Jahai Kensiu Kintak Lanoh Mendrik KAWASAN PENEMPATAN ANGGARAN JUMLAH Kelantan, Pahang, Terengganu 702 Kelantan, Perak 740 Kedah 130 Perak 103 Perak 224 Kelantan 144

SENOI
KUMPULAN Che Wong Jah Hut Mah Meri Semai Semok Beri Temiar KAWASAN PENEMPATAN ANGGARAN JUMLAH Pahang 203 Pahang 2,442 Selangor 1,389 Pahang, Perak, Selangor 17,789 Kelantan, Pahang, Terengganu 1,746 Kelantan, Pahang, Perak 12,365

MELAYU-PROTO
KUMPULAN Jakun Kanak Orang Laut Orang Selitar Semelai Temok Temuan KAWASAN PENEMPATAN ANGGARAN JUMLAH Johor, Pahang 9,605 Johor 37 Johor 1,625 Johor 497 N. Sembilan, Pahang 3,096 Pahang Johor, Melaka, Pahang, N. Sembilan, Selangor 9,449

Peribumi sabah

Di antara golongan peribumi yang menetap di Sabah, golongan Dusun-Kadazan merupakan penduduk peribumi yang terbesar, mereka merupakan 28.2% daripada jumlah penduduk Sabah keseluruhannya . Asalnya, Orang Dusun-Kadazan menetap di kawasan pedalaman tetapi mereka berpindah beramai-ramai ke kawasan residensi Pantai Barat. Selain daripada

suku kaum Dusun-Kadazan terdapat juga kaum Murut. Mereka tinggal di Residensi pendalaman, dari keningau ke selatan hingga ke sempadan Sarawak dan Kalimantan. Diantara golongan peribumi yang bermastautin di kawasan pendalaman Sabah ialah Lun Dayeh, mereka tinggal dibahagian hulu dan ditengah-tengah Sungai Mengalong didalam daerah Sipitang. Golongan peribumi Sabah yang ramai mendiami kawasan pantai ialah Orang Bajau. Mereka ialah pedagang laut pada masa dahulu. Hari ini mereka masih terlibat dalam perusahaan perikanan dan juga menanam padi. Suku-suku kaum pribumi lain yang menetap di pinggir perairan Negeri Sabah ialah Orang Kedayan, Bisayah, Ilanun, Suluk dan Tidung. Orang Melayu merupakan penduduk minoriti di Sabah.

Peribumi Sarawak Bumiputera asli Sarawak yang lain ialah orang suku bangsa yang disebut orang Kayan, Kenyah, Kenawit, Kedayan, Bisaya, Kelabit, Murut, Melanau dan orang Iban. Diantara semua suku bangsa itu, suku bangsa orang Iban adalah yang paling ramai di Sarawak. Orang Kedayan, Melanau dan Bisaya ramai yang beragama Islam. Diantara Orang Melanau itu ada yang beragama Kristian, dan sebahagian kecil sahaja daripada Orang Melanau itu yang masih pagan (jahiliyyah) tiada mempunyai agama dan masih mengamalkan kepercayaan animisme. Bagi orang Melanau yang masih jahilliyah itu mereka dipanggil orang Liko. Pada masa ini tiga perempat daripada jumlah penduduk negeri Sarawak itu terdiri daripada orang Iban dan Melanau. Orang Kayan dan Kenyah pula, mereka berasal daripada kepulauan Melayu (yakni Indonesia) dan mungkin mereka juga datang dari Tanah Bugis, dan pergi ke Sarawak. Mereka mendiami lembah batang Kayan, Batang Beram dan Batang Rejang Orang Melanau pula ramai mendiami kawasan diantara Tanjung Kedorong dengan Kuala Rejang. Ada diantara ahli kaji purba yang mengatakan bahawa Orang Melanau ialah pecahan daripada bangsa Kayan. Bahasa dan adat resam Orang Melanau hampir serupa dengan bahasa dan adat resam Orang Kayan, tetapi sekarang ini bahasa dan adat resam Orang Melanau itu banyak bercampur dengan bahasa dan adat resam Orang Melayu, kerana mereka telah bergaul dan berkahwin dengan Orang Melayu dan telah beragama Islam.

Orang Kedayan yang ada di Sarawak berasal dari Brunei, kerana mereka telah melarikan diri terhadap pemerintahan yang telah menzalimi mereka, Mereka juga beragama islam dan tahu bercucuk tanam. Orang Bisaya dan Murut pula ramai tinggal di Limbang, Terusan dan Lawas. Warna kulit mereka kekuning-kuningan, bentuk kepala mereka agak bujur dan rambut mereka genjur dan kerinting sedikit. Orang Iban ialah satu puak bangsa yang berketurunan Melayu-Jati atau ProtoMalays bahasa mereka seakan sama bunyinya dengan bahasa Melayu. Ahli sejarah mengatakan mereka berasal dari bahagian Barat Nusantara, mungkin dari Sumatera atau Gugusan Pulau Riau-Lingga. Kedatangan mereka ke Sarawak lebih awal daripada kedatangan orang Melayu. Orang Barat juga juga menyebut Orang Iban itu daripada Dayak Laut tetapi bagi penulis Haji Buyong Adil didalamSejarah Sarawak menyangkal dakwaan itu kerana Orang Iban bukanlah satu bangsa pelaut atau tinggal di tepi laut. Sebelum agama Islam datang ke Sarawak iaitu sebelum pertengahan kurun Ke-15 Masihi, telah ada orang Melayu yang belum beragam Islam datang dan tinggal di Sarawak, Mereka itu berasal daripada Sumatera terutama dari Minangkabau . Apabila agama Islam dibawa masuk ke Sarawak, mereka telah memeluk agama Islam seperti Orang Melanau, Kedayan dan Bisaya. Sekarang ramai orang Melayu di Sarawak tinggal di Kuching, Sadung, Kelkak, Simanggang, Sibu dan ada juga kampung Orang Melayu di Lundu, Saribas, Muara Sungai Rejangdan juga di sepanjang Rantau antara Tanjung Datu dengan Tanjung Sirik. Menurut sejarahnya, Orang Melayu dari Minangkabau yang datang memerintah di Sarawak pada zaman dahulu itu, diketuai oleh Datuk Andi atau gelarannya Raja Jarum

Anda mungkin juga menyukai