P. 1
Proposal Kaji Selidik Merokok

Proposal Kaji Selidik Merokok

|Views: 183|Likes:
Dipublikasikan oleh Najihah Zakaria

More info:

Published by: Najihah Zakaria on Feb 13, 2012
Hak Cipta:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

02/18/2015

pdf

text

original

NEGERI SEMBILAN.FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PELAJAR MEROKOK DI KALANGAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT DI TIGA BUAH SEKOLAH MENENGAH DI BANDAR PORT DICKSON. KRISHNA KUMARI A/P LETCHUMANAN Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian syarat penganugerahan ijazah Sarjana Muda Teknologi Pendidikan (Kejuruteraan Elektrik ) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia APRIL 2006 .

.

Kayalvizi .Thibagaran. L. A.Santha Kumari. semoga usaha-usaha aku dan kalian diberkati Tuhan rakan-rakan seperjuangan yang dikasihi R.Letchumanan dan P. P. S. L.Ganeswari teruskan usaha-usaha mu dalam mencapai cita-cita.iii DEDIKASI ingatan khas untuk ibubapa.Yogalakshimi.Krishna Veni berkat dan jasa pengorbanan kalian amat kuhargai adik beradik yang ku sayangi L. Manjula K.Vijayashamila.Parveen Gayesthire. V.

Penghargaan juga diucapkan kepada Bahagian Penyelidikan dan Pendidikan Dasar Pendidikan. Jutaan terimakasih kepada penyelia dan pembimbing saya iaitu Puan Hjh Norani bte Mohd Noor yang telah memberikan saya ilmu. 1792 Taman TKK. Sekian. terima kasih Krishna Kumari A/P Letchumanan. serta kakitangan dan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Port Dickson. Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Saujana dan Sekolah Menengah Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Haji Abdul Samad dalam memberikan kerjasama disepanjang kajian. Mudah-mudahan Tuhan sahaja yang dapat membalas jasa mereka. Negeri Sembilan. Kementerian Pendidikan Malaysia kerana memberikan kebenaran untuk menjalankan kajian in. Penghargaan turut ditujukan kepada semua rakan-rakan seperjuangan dan sesiapa sahaja yang terlibat sama ada secara langsung dan tidak langsung. . 71000 Port Dickson. tunjuk ajar serta kekuatan dalam menyempurnakan kajian sebaik yang mungkin.iv PENGHARGAAN Segala kesyukuran diucapkan kepada Tuhan Yang Maha Esa kerana keberkatanNya sahajalah saya diberi kekuatan bagi menyempurnakan penulisan kajian ini.

sekolah. pengaruh persekitaran dan penguatkusaan disiplin di sekolah. Seterusnya berdasarkan nilai frekuensi dan peratus akan ditentukan nilai purata peratusan keseluruhan secara manual. . diikuti dengan faktor ibu bapa dan ketiga pula faktor rakan sebaya yang mempengaruhi pelajar merokok. Hasil kajian menunjukkan faktor persekitaran merupakan faktor utama yang mempengaruhi pelajar merokok.v ABSTRAK Faktor-faktor yang mempengaruhi remaja merokok.82. media massa. Data-data dianalisis menggunakan perisian SPSS bagi mendapatkan nilai frekuensi dan nilai min. undang-undang dan pelajar. Sebelum soal selidik digunakan ia diuji untuk melihat kebolehpercayaannya dan hasilnya menunjukkan nilai indeks kepercayaan adalah 0. Hasil kajian juga menunjukkan penguatkusaan disiplin di sekolah ada di jalankan di setiap sekolah yang dikaji. pengaruh rakan sebaya. Kajian yang berbentuk deskriptif ini bertujuan untuk mengetahui faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar merokok. terutamanya dikalangan pelajar-pelajar tingkatan empat telah menarik perhatian para penyelidik. Sampel kajian ialah seramai 262 orang pelajar tingkatan 4 lelaki dan perempuan. Kajian ini meliputi empat faktor iaitu pengaruh ibu bapa. Berdasarkan kepada dapatan kajian beberapa cadangan telah dibuat kepada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia. Kajian ini telah dijalankan di tiga buah sekolah menengah di daerah Port Dickson. ibu bapa. Kajian ini menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian.

the overage percentage was determined manually based on the frequency and percentage values. 262 male and female Form 4 student are the sample of this research. parents. it was tested for reliability. law and students. especially among Form 4 students. all data were analysed using SPSS software to obtain the frequency and mean values. This research also shows that each school researched. The research was carried out in three secondary schools in Port Dickson. several suggestion have been made to the Ministry of Education. This research covers four factors which are parental factor. The reliability index obtained was 0. Based on the research outcome. The research result shows that influence from the surrounding environment is the main factor contributing towards student smoking. schools. Questionnaires were used as the research instrument. influence from surrounding environment and the enforcement of discipline at school.vi ABSTRACT The factors that influence teenagers to smoke. mass media. peer influence. followed by parental factor and thirdly is peer influence. Subsequently. This descriptive research is aimed at identifying the factors that influence student to smoke.82. has dicipline enforcement. have attracted the attention of researchers. . Before the questionnaire was distributed.

5.9 Kesimpulan 1 2 3 4 4 4 5 5 6 8 .2 Penyataan Masalah 1.0 Pengenalan 1.7. Objektif Kajian 1. Persoalan Kajian 1. Kepentingan Kajian 1.4.8. Batasan Kajian 1. Definisi Istilah 1.3.vii ISI KANDUNGAN BAB PERKARA MUKASURAT JUDUL PENGAKUAN PENULIS DEDIKASI PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI SINGKATAN SENARAI LAMPIRAN i ii iii iv v vi vii xi xii xiii xiv BAB 1 PENDAHULUAN 1.6 Skop Kajian 1.1 Latar Belakang Masalah 1.

Pengenalan Kepada Merokok 2.5.8.4 Instrumen Kajian 3. Pengenalan 2.7.0. Prosedur Kajian 3. Pengaruh Ibu Bapa Dengan Pelajar 2.9 Penutup 29 29 30 30 32 32 35 36 37 39 BAB 4 ANALISIS DATA 4.viii BAB 2 SOROTAN PENULISAN 2.3 Pengaruh Penguatkuasaan Disiplin Sekolah Dengan Pelajar 2.5 Pembinaan Soal Selidik 3.4.6.1 Jantina 4.2 Kawasan Kajian 3. Penutup 9 9 15 18 21 25 27 BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 3.2 Pengaruh Rakan Sebaya Dengan Pelajar 2.2 Bilangan Adik-Beradik 39 39 40 40 .3.0 Pendahuluan 4. Pengaruh Persekitaran Dengan Pelajar 2.1 Bahagian A: Analisis Biodata Responden 4. Analisa Data 3.0 Pengenalan 3. Sampel dan Populasi 3.6 Kajian Rintis 3.1.1.1.1 Rekabentuk Kajian 3.

3.3 Faktor Persekitaran yang Mempengaruhi Pelajar Merokok 4.1 Faktor Rakan Sebaya yang Mempengaruhi Pelajar Merokok 4.3.2 Bahagian A: Latar Belakang Keluarga Responden 4.1 Ibu Bapa 5.5 Undang-Undang 59 59 72 73 74 75 76 76 77 . Cadangan 5.2.1 Perbincangan 5. Bahagian B: Analisis Item Soalan 4.3. KESIMPULAN DAN CADANGAN 5.3 Pekerjaan Ibu 4.3.3.2 Sekolah 5.3.3.3 Tempat Tinggal Responden Semasa Persekolahan 4.2.5 Hubungan Responden dengan Penjaga 4.3.4 Media Massa 5.2 Pendapatan Bapa/Penjaga 4.1.2.2.3.2.3.3.1 Pekerjaan Bapa/Penjaga 4.ix 4.3 Kementerian Pelajaran Malaysia 5.4 Faktor Penguatkuasaan Disiplin Merokok Di Sekolah 4.4 Kesimpulan 56 58 53 50 47 42 42 43 43 44 45 46 46 41 BAB 5 PERBINCANGAN.0 Pengenalan 5.2.6 Hubungan Ibu Bapa/Penjaga 4.4 Pendapatan Ibu 4.2 Kesimpulan 5.2 Faktor Ibu Bapa Yang Mempengaruhi Pelajar Merokok 4.

x 5.5 Penutup 78 79 BIBLIOGRAFI 80 LAMPIRAN 85 .4 Cadangan Kajian Lanjutan 5.

1 4.7 4.3 3.2 4.6 4.12 4.11 4.4 3.7 4.3 Taburan Soalan Mengikut Setiap Pembolehubah Skala Likert Pekali Alpha Conbach Analisis Keseluruhan Mengikut Aspek Tahap Pengaruh Setiap Faktor Tahap Purata Min Respon Pelajar Mengikut Jantina Respon Pelajar Mengikut Bilangan Adik-Beradik Respon Pelajar Mengikut Tempat Tinggal Semasa Persekolahan.10 4.4 4.5 3. 34 35 36 38 38 38 40 41 41 42 43 44 45 4.5 4. JADUAL PERKARA MUKA SURAT 3.9 4. 45 Respon Pelajar Mengikut Hubungan Ibu Bapa/ Penjaga Respon Pelajar Mengenai Faktor Rakan Sebaya Respon Pelajar Mengenai Faktor Ibu Bapa Respon Pelajar Mengenai Faktor Persekitaran Respon Pelajar Mengenai Faktor Penguatkuasaan Disiplin Sekolah 56 46 47 50 53 .1 Pemilihan Sampel Mengikut Sekolah-Sekolah yang Dikaji 31 3.13 Respon Pelajar Mengikut Pekerjaan Bapa/Penjaga Respon Pelajar Mengikut Pendapatan Bapa/Penjaga Respon Pelajar Mengikut Pekerjaan Ibu Respon Pelajar Mengikut Pendapatan Ibu Respon Pelajar Mengikut Hubungan Responden dengan Penjaga.6 3.xi SENARAI JADUAL NO.8 4.2: 3.

xii SENARAI RAJAH NO. RAJAH PERKARA MUKA SURAT 5.1 Fasa Perkembangan Am Merokok 71 .

xiii SENARAI SINGKATAN KPM SPM SPSS SMK WHO : : : : : Kementerian Pendidikan Malaysia Sijil Pendidikan Malaysia Statistical Packages for Social Sciences Sekolah Menengah Kebangsaan World Health Organization .

C Surat Kebenaran Menjalankan Kajian dari Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan.xiv SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN PERKARA A B Soal Selidik Surat Kebenaran Menjalankan Kajian dari Kementerian Pelajaran Malaysia. D Jadual Penentuan Saiz Sampel .

Matlamat pendidikan pada masa sekarang juga adalah melengkapkan pelajar dengan ilmu dan kemahiran disamping menerapkan aspek nilai seperti yang disebutkan dalam Falsafah Pendidikan Negara. . Walaupun akta pendidikan berubah tetapi pendidikan di Malaysia sekarang adalah tertakluk kepada Falsafah Pendidikan Negara.0 Pengenalan Pada era teknologi maklumat yang semakin berkembang sekarang. Di dalam falsafah ini disebutkan dengan jelas di mana pendidikan adalah untuk melahirkan masyarakat yang berakhlak mulia dan bertanggungjawab (Mohd Salleh. Tingkah laku dan pengamalan akhlak yang baik sangat diharapkan oleh ibu bapa dan juga seluruh masyarakat terhadap generasi pelajar sekarang. Ibu bapa menghantar anak-anak mereka ke sekolah adalah untuk mendapatkan seberapa banyak ilmu yang ada. Aspek nilai ini akan diterapkan sama ada secara langsung atau tidak langsung secara bersepadu dan dilaksanakan merentasi kurikulum selain diajar melalui pelajaran Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral bagi bukan Islam (Dewan Siswa.BAB 1 PENDAHULUAN 1. Melalui pendidikan segala tingkah laku dapat berubah dan terbentuk dalam diri pelajar. 2000). semua sekolah adalah tertakluk di bawah Akta Pendidikan 1996 bagi menggantikan Akta Pendidikan 1961. Februari 1999).

di negara ini terdapat kira-kira 10. Jumlah tersebut menggambarkan kepada kita terdapat 38 kematian sehari atau 1. ponteng kelas. melarikan diri dari rumah. Remaja didedahkan dengan pelbagai perkara negatif sama ada melalui media massa. Wawasan murni yang diharapkan kelak hanya dapat dilihat kepada keratan-keratan akhbar sahaja tanpa berlaku perubahan pada masyarakat jika sekiranya masalah sosial ini tidak diatasi dengan segera dan ditangani dengan sebaik mungkin. Kegiatan merokok adalah merupakan salah satu aktiviti yang tidak sihat yang sering dilakukan oleh pelajar-pelajar sekolah pada hari ini. gangsterisme. bohsia dan bohjan. berjudi.1 Latar Belakang Masalah Masalah disiplin dan keruntuhan moral remaja pada hari ini menjadi satu isu yang sering diperkatakan pada hari ini. 1. Sekiranya masalah ini dibiarkan berterusan. Maka terjadilah pelbagai masalah seperti ponteng sekolah. negara tidak akan mencapai seperti mana yang dikehendaki dalam wawasan 2020 iaitu mewujudkan sebuah masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan etika dengan warganya mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh dan ditunjangi oleh budi pekerti yang luhur (Mahathir. melepak. merokok. peras ugut serta pergaduhan sama ada secara individu atau berkumpulan.000 dan 100. Berdasarkan catatan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) antara 80.000 kanak-kanak mula merokok setiap hari yang mana separuh daripadanya adalah dari Asia. penagihan najis dadah. Isu kemerosotan moral ini meresahkan ibu bapa yang mempunyai anak serta pihak sekolah yang melaksanakan disiplin.2 Sehubungan dengan itu sekolah. Menurut Mohamed Idris. rakan sebaya. mencuri. vandalisme.2 kematian setiap jam berpunca daripada perbuatan merokok (Utusan . alam sekitar serta masyarakat sendiri. ibu bapa dan masyarakat perlu sehaluan dan bergabung tenaga dalam menangani masalah disiplin dan akhlak pelajar. 1991).000 kematian yang dikaitkan dengan amalan merokok setiap tahun dan kadar tersebut semakin membimbangkan berdasarkan peningkatan kes.

31 Mei 2004). Kempen juga dijalankan sama ada melalui media cetak. pelbagai kempen dilakukan oleh kerajaan bagi mencegah remaja dari merokok dan penyingkiran pelajar dari sekolah setelah diberi amaran bukanlah tindakan baru oleh Kementerian Pendidikan.2 Pernyataan Masalah Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar merokok dalam kalangan pelajar?. Inilah menunjukkan seriusnya masalah merokok dalam kalangan pelajar sekarang. .3 Malaysia. 1. Perangkaan menunjukkan antara 50 hingga 60 remaja mula merokok setiap hari dan golongan pelajar merangkumi kira-kira lapan peratus daripada 4. Tabiat buruk merokok dalam kalangan remaja perlu dikekang dari sekarang kerana amalan itu didapati ketara meresap kuat dalam jiwa generasi muda di negara ini. Tindakan pelajar yang merokok tanpa menghiraukan papan-papan tanda larangan merokok sama ada di dalam kawasan sekolah atau di tempat-tempat awam amatlah ketara ketika ini. Perbuatan ini wajar dihentikan bagi membentuk golongan remaja yang sihat demi untuk pembangunan negara pada masa akan datang. Kajian ini adalah bertujuan untuk mengetahui faktor-faktor yang menyebabkan pelajar menjadikan rokok sebagai pengamalan mereka setiap masa. Remaja khususnya pelajar pada hari ini sering dikaitkan dengan masalah rokok. Menurut Dewan Masyarakat (Ogos 1997). media elektronik serta penyebaran poster ke sekolah-sekolah.6 juta perokok di Malaysia (Berita Harian. Mereka tidak takut untuk mengisap rokok terutamanya ketika berada di luar kawasan sekolah serta tempat awam. 11 Februari 2004).

3 Objektif Kajian Kajian yang dijalankan ini adalah bertujuan untuk: (i) Mengenal pasti pengaruh rakan sebaya terhadap masalah merokok di kalangan pelajar.4 Persoalan Kajian Berdasarkan dari objektif kajian di atas. (iii) Mengenal pasti pengaruh persekitaran terhadap masalah merokok di kalangan pelajar.4 1. beberapa persoalan dapat ditentukan seperti: (i) (ii) (iii) (iv) Bagaiamanakah rakan sebaya mempengaruhi pelajar untuk merokok? Bagaimanakah keluarga mempengaruhi pelajar untuk merokok? Bagaimanakah persekitaran mempengaruhi pelajar untuk merokok? Bagaimanakah penguatkuasaan disiplin merokok dijalankan di sekolah? 1. Dapatan yang diperolehi dalam kajian ini dapat: (i) Membantu pihak pentadbir sekolah menangani masalah merokok di kalangan pelajar sekolah.5 Kepentingan Kajian Kajian ini diharapkan dapat mengesan punca-punca yang menyebabkan pelajar merokok. . (iv) Mengenal pasti penguatkuasaan disiplin terhadap masalah merokok di sekolah. 1. (ii) Mengenal pasti pengaruh keluarga terhadap masalah merokok di kalangan pelajar.

You're Reading a Free Preview

Mengunduh
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->