Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid PN Diana bt Subki Guru Penolong Kanan Kokurikulum,PN Hjh Rohaini Guru-guru dan murid yang dikasihi sekalian.Syukur kita ke Hadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya kita masihlagi dapat menyedut udara segar di kelilingi kawasan yang menghijau ini. DOA Bagi memberkati majlis perhimpunan di pagi yang mulia ini, majlis menjemput saudara _________________ untuk membacakan doa.dengan segala hormatnya majlis mempersilakan.Semoga dengan pembacaan doa tadi akan diperkenankan oleh Allah danakan memberkati lagi majlis kita pada hari ini. NYANYIAN Majlis diteruskan dengan nyanyian 3 buah lagu iaitu lagu NegaraKu,..Lagu wilayah persekutuan dan lagu sekolah dengan iringan muzik .Semua murid dan guru diminta untuk bersedia. IKRAR Majlis diteruskan lagi dengan menjemput .. untuk mengetuai lafaz ikrar Rukun Negara..dan Ikrar Rukun pelajar.Ribuan terima kasih diucapkan kepada saudara ________________.Para guru dan pelajar dijemput duduk. UCAPAN Bagi meneruskan lagi majlis kita di pagi yang mulia ini, majlis menjemput( 1- ) Guru bertugas pada minggu lepas untuk menyampaikan laporan mingguan.Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru bertugas . Majlis seterusnya menjemput . 2- Penolong Kanan Kokurikulum 3- Penolong Kanan Hal Ehwal Murid 4- Penolong Kanan Pentadbiran untuk memberikan sepatah dua kata. Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan. Jutaan terima kasih diucapkan kepada (nama cikgu yang berucap) atas ucapan beliau tadi.Semoga dengan ucapan dan teguran itu tadi dapat kita hayati bersama dan dijadikan sebagai panduan kepada kita semua. Seterusnya, pada hari ini Majlis berbesar hati mengadakan MajlisPerlantikan dan Penyerahan Watikah Pengawas bagi tahun 2012.Guru / murid sekalian,Majlis Perlantikan dan Penyerahan Watikah Pengawas adalah bagi mengiktiraf tugas pengawas sebagi Barisan Kepimpinan Murid dan sebagai pembantu guru dalam merealisasikan visi dan misi sekolah.
UCAPAN PENGETUA Bagi meneruskan acara pada pagi ini, dengan ini majlis menjemput Pn Pengetua SMK Segambut Pn Hazipah untuk memberi ucapan. Dengan segala hormatnya majlis mepempersilakan. Jutaan terima kasih majlis ucapkan kepada Tuan Pengetua. Semoga dengan teguran dan nasihat itu tadi akan kita jadikan panduan dan diamalkan dalam kehidupan kita.Adalah diharapkan dengan adanya Majlis Perlantikan dan PenyerahanWatikah Pengawas Sekolah sebagai agenda tahunan sekolah secara tidak langsung dapat menyuntik semangat dan menjadi pendorong kepada murid-murid yang lain. PENYERAHAN WATIKAH Acara diteruskan dengan penyerahan watikah perlantikan kepada ____orang Pengawas lelaki dan ___orang pengawas perempuan.Untuk itu, majlis mempersilakan GPK kurikulum Pn hjh Rohaini untuk mengiringi Pn pengetua untuk menyerahkan watikah perlantikan.Dipersilakan barisan pengawas untuk bersedia naik ke atas pentas:(Nama-nama pengawas)Terima kasih puan pengetua Demikian berlangsungnya acara penyampaianwatikah pelantikan kepada pengawas sekolah IKRAR PENGAWAS Seterusnya mari kita memperdengarkan bacaan ikrar oleh barisan pengawas sekolah yang diketuai oleh hidayatullah merangkap ketua pengawas sekolah SMK Segambut bagi tahun 2012 PENUTUP Majlis mengucapkan tahniah kepada semua pengawas yang telah dilantik. Harapan kami agar semua pengawas dapat melaksanakan tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan dengan sebaik yangmungkin.Dengan berakhirnya majlis penyerahan watikah ini, maka berakhirlah majlis perhimpunan kita pada hari ini. Segala yang baik datang daripadaAllah swt, manakala yang kurang itu datang dari kelemahan saya sendiri. Wabillahi Taufik Wal Hidayah Wassalamulaikum Warrahmatullahi Wabarakatuh..