Anda di halaman 1dari 2

FUNGSI KEBUDAYAAN MELAYU Kebudayaan merupakan merupakan tamadun sesuatu masyarakat yang diwarisi.

Kebudayaan bersifat dinamik dan mempunyai ciri ciri menerima dan menolak. ianya juga dapat ditakrifkan sebagai cara hidup kumpulan manusia atau masyarakat melayu. Kebudayaan Melayu berfungsi sebagai teras kebudayaan kebangsaan yang berfungsi sebagai suatu bentuk kebudayaan yang agak liberal. Perubahan dalam kebudayaan dapat membuka ruang kepada unsur unsur kebudayaan sukuan dan kaum yang lain. Antara fungsi kebudayaan Melayu ialah merapatkan jurang perbezaan antara kaum. Hal ini adalah bertujuan supaya rakyat dapat bersatu padu di bawah satu payung kebudayaan yang dimiliki bersama dan menghormati lambang kebangsaan. Contohnya, semasa sambutan hari kemerdekaan Negara, rakyat Malaysia yang pelbagai kaum bersatu padu mempersembahkan variasi tarian yang terdapat di Malaysia seperti zapin, ngajat, inang, dan tarian kipas. Seterusnya kebudayaaan juga berfungsi bagi mewujudkan satu kesatuan kebudayaan dan keselarasan dalam menghasilkan satu kebudayaan yang melambangkan identiti bagi budaya Malaysia. Sebagai contoh, masyarakat Malaysia sering ditekankan untuk mengamalkan budaya ketekunan, tolong-menolong, mengotakan janji, memegang amanah, jujur, menghormati ibu bapa dan juga kepimpinan. Dapat dilihat di sini bahawa walaupun masyarakat Malaysia terdiri daripada masyarakat majmuk yang mengamalkan adat yang berbeza, tetapi mereka masih menerapkan ciri-ciri kebudayan yang sama di mana ia telah menjadi identiti masyarakat Malaysia. Selain itu, kebudayaan turut menjadi landasan bagi menanam nilai-nilai kebangsaan dan menolak nilai-nilai yang hanya mementingkan sesuatu kaum sahaja. Hal ini dapat dilihat dengan jelas di Malaysia iaitu walaupun Negara Malaysia terdiri daripada masyarakat majmuk yang meraikan perayaan yang berbeza, setiap perayaan diraikan dengan meriah oleh seluruh rakyat malah cuti umum turut diberikan bagi memberi peluang kepada rakyat untuk meraikan perayaan tersebut. Banyak majlis rumah terbuka diadakan malah terdapat juga majlis yang diadakan di dewan untuk memberi peluang kepada masyarakat yang tidak meraikan perayaan tersebut untuk turut merasai kemeriahan sesuatu perayaan. Sebagi contoh, perayaan hari raya aidilfitri turut diraikan oleh masyarakat bukan Islam. Akhir sekali, kebudayaan Melayu juga merupakan amalan pada peringkat rasmi dan tertinggi seperti sistem protokol, adat istiadat pengurniaan, pelantikan, pertabalan dan sebagainya. Hal ini adalah seperti yang masih dilaksanakan di dalam istana di mana ianya merupakan kebudayaan daripada yang wujud sejak zaman berzaman. jika dilihat amalan budaya ini masih berkekalan sehingga hari ini, malah sesiapa sahaja yang memasuki istana harus mengikuti segala adat dan protokol

istana tidak kira sama ada mereka berbangsa Melayu mahupun bangsa-bangsa yang lain.

Anda mungkin juga menyukai