Anda di halaman 1dari 29

KONSEPKONSEP-KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK Tiga konsep penting yg ditumpukan ialah:Masyarakat, Budaya, dan Perpaduan

Masyarakat Menurut Roucek & Warren (1979): Masyarakat sebagai satu kumpulan manusia yang berhubung secara tetap dan tersusun dalam menjalankan aktiviti secara kolektif dan merasakan bahawa mereka adalah hidup bersama. Terdapat perhubungan terus menerus di kalangan mereka yang masih hidup dan kekal selama berabadabad.

Satu kumpulan / kelompok manusia yang hidup saling berorganisasi, berbincang, bekerjasama dalam mengatur kerja secara kolektif, mampu menyatukan buah fikiran dan tindakan sehingga terjalin hubungan antara satu sama lain serta lahir satu sistem yang dinamakan sebagai kebudayaan.

Ciri-ciri utama masyarakat: a) berkelompok b) berbudaya c) mengalami perubahan d) berinteraksi (dalaman & dengan pihak luar)

e) mempunyai kepimpinan f) mempunyai aturan sosialnya (susun lapis, kelas, status dan kasta) Konsep Etnik / Kaum - Satu kelompok yang boleh dikaji hubungan persaudaraan mereka melalui nenek moyang yang sama. Etnik boleh didefinisikan sebagai sekelompok manusia yg mengamalkan budaya yang hampir seragam, termasuk adat resam, pakaian, bahasa, & kegiatan ekonomi. - Konsep kelompok etnik digunakan untuk merujuk kepada golongan yang berbeza dari segi kebudayaan.

- Kelompok etnik sering berbeza berdasarkan ciri budaya seperti adat resam, pola keluarga, pakaian, pandangan tentang kecantikan, orientasi politik, kegiatan ekonomi, & hiburan. Konsep Etnik membentuk konsep etnisiti dan etnosentrisme

Etnisiti : Merujuk kepada rasa kekitaan sesuatu kumpulan etnik tertentu. Wujudnya satu kebudayaan atau sub budaya yang jelas dan dapat menyatukan anggotanya berasaskan satu sejarah, nilai, sikap dan tingkah laku yang sama.

Etnosenterisme: - Satu sikap atau kepercayaan bahawa kebudayaan sendiri adalah lebih baik dan lebih tinggi nilainya daripada kebudayaan kelompok lain. - Sesuatu kelompok dikatakan etnosentrik apabila mereka menilaikan kebudayaan lain berdasarkan standard dan nilai kebudayaan sendiri dan menganggap kebudayaan lain mempunyai nilai yang lebih rendah. - Etnosentrisme membayangkan keengganan / ketidakmampuan sesuatu kelompok untuk menghargai pandangan kelompok daripada kebudayaan masyarakat yang lain. - Selagi manusia menjadi etnosentrik , selagi itulah mereka akan melihat kelompok lain berdasarkan stereotaip yang sedia ada (biasanya yg bersifat negatif)

- Walau bagaimanapun Etnosentrisme berfungsi penting


dalam mengukuhkan unsur budaya sesuatu masyarakat dan mengukuhkan perpaduan di antara anggota sesuatu kelompok masyarakat. Cth: Ketaatan kepada budaya dan kelompok diterjemahkan dalam ketaatan kepada parti dapat mengatasi konflik politik dalam sesuatu kelompok masyarakat. Konsep Ras dan Rasisme Ras: Kelompok manusia yang mempunyai persamaan dari segi ciri-ciri fizikal (warna kulit dll). Ciri-ciri fizikal tersebut ditentukan oleh baka yang diwarisi dari generasi ke generasi contoh:Mongoloid, Negroiddan Austroloid.

- Pada dasarnya, ras boleh dikatakan sebagai kelompok

sosial yg mempunyai tanda pengenalan kolektif berasaskan ciri-ciri fizikal-biologikal yang nyata seperti warna kulit, warna mata, warna rambut dsbnya. Ciri yg paling ketara untuk membezakan kumpulan manusia ialah warna kulit. - Ras juga merujuk kepada satu kelompok manusia yg menganggap diri dan atau dianggap oleh kelompok lain sebagai berbeza daripada kelompok mereka berasaskan dasar perbezaan fizikal yang tidak dapat diubah dan sifat-sifat ini berkaitan dgn sifat-sifat atau kebolehan moral & intelek mereka.

Rasisme
- Ditakrifkan sebagai pandangan, pemikiran, atau

kepercayaan negatif oleh sesuatu kelompok sosial atau para anggotanya terhadap sesuatu kelompok lain berdasarkan perbezaan wajah fizikal-biologikal atau ras semata-mata yg dilakukan secara terbuka melalui perilaku atau tindakan.

- Layanan berat sebelah atau sikap bermusuhan terhadap seseorang berasaskan keturunan bangsanya. - Fahaman yg menekankan bahawa suku kaum sendiri sahaja yang paling unggul. - Rasisme wujud pd 2 tahap: 1. Tahap Individu kepercayaan & sikap individu 2. Tahap Institusi melibatkan dasar & pelaksanaan yang bersifat diskriminasi

Konsep Prejudis dan Stereotaip Prejudis - Pandangan negatif mengenai ahli atau kelompok etnik lain yang tersemat dalam hati seseorang atau kelompok etnik tertentu; prejudis tidak diluahkan secara terbuka. Lazimnya pandangan ini tidak berasaskan maklumat yang jelas, tepat atau mencukupi. - Sikap prejudis disalurkan dari satu generasi kepada generasi yang lain. Kesannya semakin mudah dilihat apabila berlaku persaingan bagi mendapatkan sesuatu yang terhad sama ada dalam aspek politik, ekonomi atau sosial. - Apabila prejudis disuarakan, prejudis menjadi stereotaip.

Stereotaip - Merupakan kenyataan-kenyataan umum yang negatif terhadap sesuatu kumpulan etnik seperti semua orang tidak bersifat kasar dan sebagainya. - Stereotaip ialah gambaran yang berlebih-lebihan tentang sesuatu perlakuan baik atau buruk yang ditujukan kepada sesuatu kumpulan etnik oleh etnik yang lain. Hal ini terhasil daripada pertembungan dua atau lebih komuniti etnik. - Fahaman stereotaip ini akan menimbulkan perasaan yang negatif dalam kalangan masyarakat khususnya masyarakat majmuk di Malaysia kerana fahaman ini mengakibatkan sesuatu kumpulan etnik memandang rendah terhadap kumpulan etnik yang lain dan seterusnya membataskan interaksi antara etnik dan menimbulkan semangat perkauman yang menebal.

Konsep Diskriminasi - Bermaksud sebagai pandangan, pemikiran dan kepercayaan negatif oleh seseorang atau sekelompok etnik terhadap anggota atau kelompok etnik lain yang mempengaruhi perilaku pihak yang berpandangan negatif. - Diskriminasi ialah perbuatan membandingbezakan seseorang individu atau sesuatu kelompok etnik lain berasaskan ciri-ciri etnik semata-mata.

- Merupakan manifestasi prasangka yang wujud dalam

kalangan kumpulan etnik dan mudah berlaku apabila wujud prejudis & stereotaip dlm sesebuah masyarakat.

- Diskriminasi berlaku dalam banyak bentuk (individu atau kumpulan etnik) dan mencapai tahap tertinggi apabila melibatkan pembuangan kerja, serangan fizikal secara terbuka atau percubaan penghapusan sesebuah kumpulan etnik.

Konsep Budaya -Kebudayaan : ditakrifkan sebagai satu keseluruhan cara hidup manusia (yang merangkumi cara bertindak, berkelakuan dan berfikir). Kebudayaan meliputi hasil kehidupan kelompok yg bercorak kebendaan dan bukan kebendaan. -Kebudayaan berbeza dari satu masyarakat ke masyarakat yg lain, namun beberapa aspek yg sama didapati wujud dalam kalangan semua masyarakat (seperti bahasa, objek-objek kebendaan, amalan agama, sistem kekeluargaan, nilai kesenian dll). Persamaan tersebut dikatakan sebagai pola kebudayaan sejagat.

Budaya

Budaya kebendaaan : Budaya kebendaan adalah peralatan dan kelengkapan hidup seperti rumah, kereta, perahu, senjata dan rumah, kereta, perahu, sebagainya. Contohnya, sebagainya. Contohnya, orang melayu mempunyai rumah yang reka bentuknya berbeza dengan orang Inggeris atau orang eskimo. eskimo.

Budaya bukan kebendaan: Budaya bukan kebendaan ialah kepercayaan, adat istiadat dan undang-undang. Dalam budaya melayu, faktor agama penting kerana agama bukan sahaja dianggap sebagai satu sistem kepercayaan semata-mata tetapi juga sebagai suatu perlembagaan hidup yang meliputi kepercayaan dan amalan hidup. Bahasa pula penting sebagai alat komunikasi. Adat resam juga mustahak sebagai petunjuk jalan bagi seseorang dalam mengendalikan hidup bermasyarakat dan berbudaya.

Perubahan merupakan sifat yg penting bagi sesuatu kebudayaan. Terdapat dua peranan utama bagi pembentukan sesuatu budaya: 1. Membina imej negara ke arah mewujudkan keperibadian serta identiti. 2. Memupuk kesedaran kebangsaan & kenegaraan bercirikan kerohanian, kemanusiaan, spiritual, & mental.

Ciri-ciri penting sesuatu budaya: 1. Dipelajari. 2. Dikongsi. 3. Bersifat sejagat.

4. 5. 6. 7. -

Diwarisi Berubah-ubah Mempunyai unsur simbolik Adanya pandangan semesta (world view) Terdapat perbezaan budaya antara satu masyarakat dgn masyarakat yg lain. Manusia itu sendiri yg membentuk budaya dan perkembangan budaya akan mengikut perkembangan masyarakat itu sendiri.

Konsep Perpaduan & Integrasi Perpaduan sbg satu proses yg menyatupadukan seluruh masyarakat & negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti & nilai bersama serta perasaan cinta & banggakan tanah air. Integrasi Satu proses penyesuaian bersama pelbagai kebudayaan & ciri-ciri sosial yg diterima oleh semua kelompok etnik dlm negara. Identiti, hak & budaya hidup sesuatu kelompok etnik tidak dihapuskan tetapi disuburkan.

Dalam konteks Malaysia, integrasi merupakan satu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional dlm kalangan kumpulan yg terpisah dari segi kebudayaan, sosial & lokasi dlm sesebuah unit politik. Unsur-unsur integrasi: 1. Integrasi wilayah mengurangkan jurang perbezaan pembangunan ekonomi & sosial antara wilayah 2. Integrasi ekonomi mengurangkan jurang perbezaan ekonomi antara kumpulan etnik 3. Integrasi kebudayaan pembentukan satu kebudayaan kebangsaan

4.

5.

6.

Integrasi sosial usaha menyatupadukan rakyat melalui program sosial (sukan, pendidikan, perumahan, kesihatan dll) Integrasi pendidikan mewujudkan sistem pendidikan yg bercorak kebangsaan dan sempurna dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani & sosial Integrasi politik kerjasama & pembahagian kuasa politik

Proses mencapai sebuah masyarakat integrasi bukanlah sesuatu yg mudah dan integrasi ialah satu proses yg amat kompleks.

Tahap-tahap hubungan etnik boleh dilihat dari segi darjah kedekatan bermula dgn hubungan terpisah iaitu segregasi sehinggalah hubungan yg berbentuk sebati iaitu amalgamasi Konsep Segregasi merupakan pemisahan & pengasingan antara satu kumpulan etnik dgn kumpulan etnik yg lain dlm sesebuah negara. Pemisahan berlaku dlm beberapa keadaan, antaranya dari segi kawasan tempat tinggal, sistem persekolahan, pengangkutan & kemudahan awam. Segregasi wujud sama ada didasari oleh undang-undang atau sebaliknya.

Konsep Akomodasi - merupakan proses yg menyebabkan setiap kumpulan etnik menyedari serta menghormati norma & nilai kumpulan etnik yg lain & tetap mempertahankan budaya hidup masing-masing. Formula: A + B + C = A + B + C A, B & C merujuk kepada budaya
- Satu keadaan atau proses apabila kelompok-

kelompok yg berkonflik bersetuju untuk menghentikan / mengelakkan konflik dengan mengadakan interaksi secara aman damai baik untuk sementara atau untuk selama-lamanya. Interaksi sosial seumpama ini membolehkan kelompokkelompok yang terlibat meneruskan identiti serta sikap mereka yg berasingan.

Pd peringkat pemerintahan pusat, setiap kumpulan etnik mempunyai wakil dlm bidang ekonomi & pendidikan & mereka saling bergantung.

- Proses penyesuaian ini banyak berlaku di Malaysia


kerana setiap kumpulan etnik bebas mengamalkan budaya mereka dlm keadaan harmoni (penggunaan pelbagai bahasa, pengamalan pelbagai agama & kepercayaan secara bebas bagi tiap-tiap kelompok etnik).

- Penyesuaian amat penting sebagai satu dasar untuk


menyelesaikan masalah dalam hubungan etnik.

- Kejayaan atau berkesannya penyesuaian sebagai


satu dasar amat bergantung kepada sikap golongan pemerintah dan kelompok-kelompok etnik berkenaan.

Konsep Asimilasi - Adalah satu proses percantuman dan penyatuan di antara kelompok / individu dari berlainan kebudayaan supaya menjadi satu kelompok dengan kebudayaan dan identiti yg sama. Konsep ini berhubungan dengan penyerapan sehala individu / kelompok ke dalam kelompok lain. - Satu proses yg berlaku apabila mana-mana kelompok berfikir, berperasaan secara berlainan, menjadi satu dlm kesatuan sosial serta budaya yg sama. Asimilasi mutlak atau sempurna menyebabkan berlakunya penghapusan penuh perbezaan dari segi kebudayaan & identiti Formula: A + B + C = A A mewakili golongan dominan, B & C mewakili kumpulan etnik minoriti.

- Proses asimilasi berlaku apabila wujudnya interaksi yg erat antara ahli kumpulan etnik yg berbeza budaya bagi suatu tempoh yg lama. - Kejayaan proses asimilasi bergantung kepada beberapa faktor penting: 1. Kesanggupan golongan minoriti untuk menghilangkan identiti mereka. 2. Kesanggupan golongan majoriti untuk menerima golongan lain. 3. Terdapat banyak persamaan budaya antara kumpulan etnik. - Proses asimilasi juga berkait rapat dengan saiz kumpulan minoriti, tingkat perbezaan di antara golongan minoriti dengan majoriti dan juga kadar imigrasi.

- Umumnya - kumpulan minoriti yg bilangan


anggotanya lebih kecil mudah diasimilasikan berbanding kumpulan minoriti yg bilangan anggotanya besar. Minoriti yg mempunyai kebudayaan dan tradisi yg jauh berbeza daripada golongan majoriti sukar diasimilasikan. - Cth. Di Thailand, org Melayu mengalami proses asimilasi yg menyebabkan nama, bahasa, cara hidup (kecuali agama) disatukan dgn amalan & cara hidup org Thai. - Di Malaysia proses asimilasi berlaku bagi masyarakat Jawa, Cina Kelantan, Baba & Nyonya. Namun asimilasi bagi etnik Cina Kelantan serta Baba & Nyonya berlaku dlm konteks budaya tanpa melibatkan anutan kepercayaan atau agama.

Konsep Amalgamasi - Satu proses penyatuan pelbagai kumpulan etnik dari segi biologi. Dalam proses ini, semua entiti kebudayaan pelbagai kumpulan dicampuradukkan melalui perkahwinan campur dan akhirnya mewujudkan satu bangsa yang baharu. Proses ini memakan masa yang lama dan biasanya melalui beberapa generasi. - Formula: A + B + C = D. A,B dan C mewakili kumpulan etnik yg berlainan dan D mewakili kumpulan baharu yg terhasil drp penyatuan A, B dan C. - Syarat: Kumpulan dominan membenarkan proses ini berlaku dan kumpulan minoriti sudi atau dipaksa berbuat demikian. Majoriti sanggup melepaskan hak istimewa mereka (jarang berlaku).

Konsep Akulturasi - Satu proses penyerapan unsur-unsur kebudayaan daripada suatu budaya kepada budaya yang lain. Perubahan budaya terjadi hasil daripada hubungan yg berkesinambungan antara dua budaya berbeza dalam satu jangka masa yg berterusan dan perubahan tersebut berlaku sama ada dalam satu atau kedua-dua budaya tersebut. - Hasil daripada akulturasi ini, perubahan-perubahan yg bakal terjadi terhadap individu atau kelompok adalah seperti perubahan fizikal, biologikal, budaya, sosial dan psikologikal. - Akulturasi lebih mudah dicapai dlm budaya yg bersifat kebendaan.

Anda mungkin juga menyukai