Anda di halaman 1dari 41

PMR Tingkatan 1 Arahan : Pilih jawapan yang betul Unit 1 : Kedudukan 1. Dua jenis kedudukan ialah A.

lajur dan baris. B. tempat dan titik rujukan. C. titik rujukan dan koordinat. D. kedudukan relatif dan kedudukan mutlak Jawapan D Kedudukan relatif atau bandingan ialah kedudukan sesuatu objek atau ciri yang dirujuk kepada ciri-ciri lain yang berhampiran dengannya. Manakala Kedudukan mutlak pula ialah kedudukan tepat sesuatu tempat yang ditunjukkan dengan merujuk kepada koordinat, panduan grid, garis bujur dan garis lintang,. 2. Bagaimanakah kedudukan sesuatu tempat di atas peta dan pelan dapat ditentukan dengan tepat? A. Menggunakan skala B. Menggunakan kompas C. Menggunakan koordinat D. Menggunakan titik rujukan Jawapan C Koordinat adalah satu sistem nombor rujukan yang dirujuk kepada titik persilangan lajur (garis menegak) dan baris (garis melintang). Koordinat digunakan untuk menunjukkan kedudukan sesuatu titik, ciri atau objek dalam ruang yang sempit seperti pelan atau peta mudah. 3. Kedudukan yang ditentukan dengan berdasarkan titik rujukan dikenali sebagai A. kedudukan relatif. B. koordinat. C. lajur. D. baris. Jawapan A Kedudukan relatif atau bandingan ialah kedudukan sesuatu objek atau ciri yang dirujuk kepada ciri-ciri lain yang berhampiran dengannya yang digunakan sebagai titik rujukan untuk mengenal pasti kedudukan tempat tersebut.

Rumah Ramasamy terletak di baris yang sama dengan pejabat pos, manakala klinik terletak di depan pejabat pos. 4. Antara berikut manakah digunakan sebagai titik rujukan? A. Pejabat pos dan klinik B. Rumah Ramasamy C. Pejabat pos D. Klinik Jawapan C Kedudukan rumah Ramasamy dan klinik dapat ditentukan dengan merujuk kepada baris dan depan kedudukan pejabat pos. Oleh itu kedudukan pejabat pos menjadi titik rujukan. 5. Antara pernyataan berikut manakah koordinat sesuatu tempat dalam sesebuah peta? I. Kedudukan sekolah Abdullah adalah pada 2454 II. Pekan Kerunai terletak di simpang jalan raya III. Pasar besar terletak berhampiran dengan Kampung Lalang IV. 0723 ialah kedudukan bagi MRSM A. B. C. D. I dan II II dan III III dan IV I dan IV

Jawapan D Koordinat adalah satu sistem nombor rujukan yang dirujuk kepada titik persilangan lajur (garis menegak) dan baris (garis melintang).

6.

Antara berikut yang manakah terletak di koordinat 1623 ? A. Rumah Farah B. Balai Polis C. Hospital D. Bank Jawapan D Koordinat adalah satu sistem nombor rujukan yang dirujuk kepada titik persilangan lajur (garis menegak) dan baris (garis melintang).

7.

Berikut adalah pernyataan mengenai kedudukan mutlak kecuali A. dinyatakan menggunakan set nombor. B. menggunakan lajur dan baris. C. menggunakan titik rujukan. D. dalam bentuk koordinat. Jawapan C Kedudukan mutlak ialah kedudukan tepat sesuatu tempat yang ditunjukkan dengan merujuk kepada koordinat, panduan grid, garis bujur dan garis lintang,.

8.

Kedudukan relatif sesuatu tempat lazimnya dinyatakan dengan merujuk kepada A. arah mata angin B. titik rujukan C. lajur D. baris Jawapan B Kedudukan relatif atau bandingan ialah kedudukan sesuatu objek atau ciri yang dirujuk kepada ciri-ciri lain yang berhampiran dengannya yang digunakan sebagai titik rujukan untuk mengenal pasti kedudukan tempat tersebut.

9.

Kelebihan menyatakan kedudukan sesuatu tempat dengan menggunakan koodinat ialah A. mudah ditentukan. B. mudah disebut. C. boleh diubah. D. lebih tepat. Jawapan D Kedudukan mutlak dan lebih tepat kerana koordinat merujuk kepada satu nombor rujukan titik persilangan antara lajur (garis menegak) dan baris (garis melintang) dalam peta. Lajur Baris

y y

10. Maklumat di atas digunakan untuk menentukan A. jarak di antara dua tempat B. arah tiupan angin C. kedudukan relatif D. koordinat Jawapan D Kerana koordinat merujuk kepada satu nombor rujukan titik persilangan antara lajur (garis menegak) dan baris (garis melintang) dalam peta.

Unit 2 : Arah 11. Ahli pelayaran zaman dahulu menentukan arah mereka dengan menggunakan A. peta. B. kompas. C. tiupan angin. D. matahari dan bintang. Jawapan D Kerana pada zaman dahulu tiada teknologi kompas yang dapat menentukan arah sesuatu tempat. Jadi ahli pelayaran akan merujuk kepada matahari dan bintang untuk menentukan arah perjalanan mereka. 12. Susunan yang betul untuk mencari arah di lapangan menggunakan kompas ialah I II III IV tentukan arah objek. letakkan kompas di atas objek yang berpermukaan rata. pilih satu titik rujukan. orientasikan kompas. I, II, III, IV IV, III, II, I IV, II, I, III III, II, IV, I

A. B. C. D.

Jawapan D Andaikan anda hendak menentukan arah bangunan-bangunan utama di sekolah anda dengan menggunakan kompas magnetik. Langkah yang perlu diikuti ialah:1. Tentukan atau pilih satu titik rujukan. 2. Letakkan kompas di atas objek yang berpermukaan rata. 3. Pusing-pusingkan kompas sehingga jarum bertanda merah menunjukkan ke utara ( ke huruf U ). Ini menunjukkan anda telah menentukan arah utara magnetik 4. Selepas arah utara magnetik ditentukan barulah arah objek ditentukan.

13. Selain menggunakan kompas, arah mata angin juga dapat ditentukan dengan berpandukan A. arah pergerakan awan B. kedudukan matahari C. arah tiupan angin D. arah aliran sungai Jawapan B Arah mata angin dapat ditentukan dengan berpandukan kedudukan matahari dan juga dengan menggunakan kompas.

Soalan 14- 17 berdasarkan peta lakar di bawah.

14. Sungai Kilat mengalir ke arah A. barat daya. B. timur laut. C. tenggara. D. timur. Jawapan A Mengenali 8 arah mata angin utama iaitu:

15. Sekiranya penduduk Kampung Tersusun pergi ke Pekan Rabu, mereka perlu berjalan menuju ke arah A. barat laut. B. tenggara. C. utara. D. timur. Jawapan B Mengenali 8 arah mata angin utama iaitu:

16. Antara berikut, manakah yang terletak di timur jambatan. A. Kilang B. Masjid C. Balai polis D. Sekolah Jawapan D Mengenali 8 arah mata angin utama iaitu:

17. Sungai Kilat berpunca dari arah A. timur laut. B. barat daya. C. barat. D. utara. Jawapan A Sungai atau punca sumber air biasanya bermula di bahagian tanah tinggi, dalam peta topografi tanah tinggi biasanya ditunjukkan dengan menggunakan simbol garisan kontur.

Kawasan ini rendah dan mempunyai saliran buruk. 18. Huraian di atas menerangkan ciri fizikal yang terletak di bahagian.....peta lakar. A. barat B. tenggara C. timur laut D. barat daya Jawapan D Ciri fizikal dalam peta topografi merupakan ciri-ciri yang semula jadi. Soalan ini merujuk kepada kawasan rendah dan bersaliran baik iaitu bermaksud kawasan yang rata dan menangkung air. Jadi kawasan yang tepat ialah kawasan sawah yang terletak di bahagian barat daya peta.

19. Objek yang perlu dijauhi semasa menggunakan kompas magnetik ialah I. barangan besi II. barangan kaca III. barangan plastik IV. pencawang elektrik A. B. C. D. I dan II II dan III III dan IV I dam IV

Jawapan D Perlu dijauhi dari objek yang diperbuat dari besi atau yang bermagnet kerana objek-objek seperti akan dapat memesongkan jarum kompas.

20. Kompas memberi bacaan yang tepat jika I. digunakan di kawasan yang lapang II. dijauhi daripada objek besi dan keluli III. diletakkan pada permukaan yang rata IV. dilindungi daripada pancaran sinaran matahari A. B. C. D. I dan II II dan III III dan IV I dan IV

Jawapan B Berdasarkan kepada panduan menggunakan kompas, kompas dapat memberi bacaan yang tepat jika ia diletakkan dipermukaan yang rata serta jauh daripada objek yang diperbuat dari besi dan keluli. Ini kerana besi dan keluli boleh memesongkan jarum kompas.

Unit 3 : Skala Dan Jarak 21. Antara berikut, pernyataan yang manakah merujuk kepada jarak mutlak? A. Pejabat Pos terletak berhampiran dengan masjid. B. Tambang feri untuk dewasa dari Jeti Kuala Kedah Ke Langkawi ialah RM18.00. C. Masa yang diambil untuk ke Kompleks Bebas Cukai ialah 2 jam. D. Jarak antara rumah Hassan dengan Pekan Kerunai ialah 25 km. Jawapan D Jarak mutlak ialah jarak yang tepat dan tidak akan berubah dalam jangka masa tertentu dan dinyatakan dalam unit meter atau kilometer sahaja.

Soalan 22 dan 23 berdasarkan rajah di bawah.

Jarak Dalam Kilometer 22. Jarak antara Kuala Lumpur dengan Bandar Melaka ialah A. 70 km B. 83 km C. 152 km D. 289 km Jawapan C Untuk menentukan jarak sila rujuk titik persilangan dalam rajah di sebelah.

23. Jarak terdekat ialah perjalanan dari.. ke ......... . A Kuala Lumpur Seremban B Johor Bahru Bandar Melaka C Bandar Melaka Kuala Lumpur D Seremban Bandar Melaka Jawapan A Untuk menentukan jarak sila rujuk titik persilangan dalam rajah di sebelah.

24. Jarak yang ditentukan berdasarkan kos dan masa dikenali sebagai A. jarak kos B. jarak masa C. jarak relatif D. jarak mutlak Jawapan C Jarak relatif atau bandingan adalah berubah dan boleh diukur daripada segi masa dan kos.

25. Jika jarak di antara dua tempat pada peta ialah 7 cm, berapakah jarak sebenar di permukaan bumi berdasarkan skala yang ditunjukkan di atas? A. 3 km B. 3.5km C. 7 km D. 14 km Jawapan D Berdasarkan rajah, skala yang diberi ialah 1cm mewakili 2 kilometer jarak sebenar di permukaan bumi. Oleh itu, jika jarak antara dua tempat ialah 7cm maka jarak sebenar di permukaan bumi ialah 14 km ( 7cm X 2 km = 14km)

26. Antara skala lurus berikut manakah membawa maksud 1 cm mewakili 50 km? A. B. C. D. Jawapan C Skala lurus ialah skala yang dilukis dalam bentuk garisan (seperti dalam soalan di atas) yang mewakili jarak sebenar di permukaan bumi. y Skala A : 1 cm mewakili 1 kilometer y Skala B : 1 cm mewakili 100 meter y Skala C : 1 cm mewakili 50 km y Skala D : 1 cm mewakili 2 km

27. Jarak mutlak rumah Nurlia dari sekolah ialah 4 km. Dia berbasikal ke sekolah dengan kelajuan satu kilometer setiap lima minit. Pukul berapakah Nurlia akan sampai di sekolah jika dia bertolak pada pukul 7.00 pagi? A. 7.10 pagi B. 7.20 pagi C. 7.30 pagi D. 7.40 pagi Jawapan B Jarak rumah Nurlia ke sekolah ialah 4 km. Berdasarkan pernyataan yang diberi 1km dalam masa 5 minit. Maka jarak 4 km X 5 minit =20 minit. Oleh itu, jika Nurlia bertolak pukul 7.00 pagi dari rumahnya maka Nurlia akan sampai pukul 7.20 pagi (7.00 pagi + 20 minit = 7.20 pagi).

Ke Dari Bandar A Bandar B Bandar C Bandar D

Bandar A 15 26 40

Bandar B 15 24 38

Bandar C 26 24 42

Bandar D 40 38 42

28. Berapakah jarak mutlak antara Bandar B dengan Bandar D? A. 15 km B. 38 km C. 40 km D. 42 km Jawapan B Caranya ialah dengan melihat titik persilangan antara Bandar B dengan Bandar D seperti di bawah. Ke Dari Bandar A Bandar B Bandar C Bandar D 15 26 40 24 38 Bandar A Bandar B 15 Bandar C 26 24 42 Bandar D 40 38 42

10

Soalan 29 hingga 30 berdasarkan peta di bawah.

29. Apakah jenis skala yang digunakan dalam peta lakar di atas? A. Skala lurus B. Skala penyata C. Skala mutlak D. Skala pecahan wakilan Jawapan A Jenis-jenis skala : Bil 1. 2. 3. Skala Skala lurus Skala penyata Skala pecahan wakilan 1 cm mewakili 1 km 1: 50 000 Rajah / Keterangan

30. Apakah skala yang digunakan dalam peta di atas? A. 1 cm mewakili 2 km B. 1 cm mewakili 4 km C. 1 cm mewakili 6 km D. 1 cm mewakili 8 km Jawapan A Skala 1cm mewakili 2 km bermaksud 1 cm di atas peta mewakili 2 km di atas permukaan bumi.

11

Unit 4 : Graf 31. Susunan yang betul untuk membina graf bar mudah ialah I. lukis bar-bar. II. tuliskan tajuk graf. III. tentukan skala bagi paksi menegak. IV. lukiskan paksi menegak dan mendatar seperti bentuk L A. B. C. D. I, II, III, IV III, IV, II, I III, I, IV, II IV, III, I, II

Jawapan D Langkah-langkah untuk membina graf bar mudah ialah : 1. Lukiskan paksi menegak dan mendatar seperti bentuk L 2. Labelkan paksi menegak dan mendatar. 3. Tentukan skala bagi paksi menegak. 4. Lukis bar-bar. 5. Lorek atau warnakan yang yang dihasilkan. 6. Lengkap graf dengan tajuk dan petunjuk yang sesuai.

Soalan 32 dan 33 berdasarkan graf di bawah.

Bandar Y 32. Bulan bilakah di Bandar Y yang mengalami keadaan hujan yang paling tinggi? A. Bulan Mac B. Bulan April C. Bulan Oktober D. Bulan November Jawapan B Berdasarkan rajah di atas, bar yang paling tinggi ialah bar pada bulan April iaitu hujan sebanyak 280mm. Jadi jelaslah menunjukkan bahawa bulan tersebut bulan mengalami keadaan hujan yang paling tinggi bagi Bandar Y.

12

33. Antara pernyataan berikut, manakah yang benar? I. hujan minimum pada bulan Julai II. hujan minimum pada bulan Disember III. taburan hujan adalah sekata sepanjang tahun IV. hujan maksimum pada bulan April A. B. C. D. I dan II II dan III III dan IV I dan IV

Jawapan D Berdasarkan rajah di atas, hujan yang paling kurang (minimum) ialah pada bulan Julai dan paling banyak (maksimum) pada bulan April. Graf ini juga menunjukkan taburan hujan adal tidak sekata sepanjang tahun.

Soalan 34 berdasarkan jadual di bawah. Tahun 2000 2001 2002 2003 2004 Jumlah Pendapatan (RM Ribu) 147 150 189 220 280 986

Hasil Pendapatan Koperasi SM Kg. Kerunai 34. Berikut adalah pernyataan yang benar bagi jadual di atas kecuali I. pendapatan semakin meningkat. II. hasil pendapatan semakin menurun. III. pendapatan maksimum adalah pada tahun 2000. IV. hasil pendapatan pada tahun 2002 lebih rendah berbanding tahun 2004. A. B. C. D. I dan II II dan III III dan IV I dan lV

Jawapan B Jadual dalam soalan menunjukan satu data peningkatan dari segi pendapatan. Tahun 2004 adalah merupakan tahun yang paling maksimun iaitu RM280.000 berbanding dengan tahun-tahun sebelumnya.

13

35. Perubahan suhu bagi sesuatu stesen atau kawasan amat sesuai digambarkan dengan menggunakan A. jadual. B. graf bar mudah. C. graf garisan. D. gabungan graf garisan dan graf mudah. Jawapan C Jadual / Graf Jadual Kegunaan / Kesesuaian Jadual merupakan satu cara yang mudah bagi merekod data. Sesuai digunakan untuk menggambarkan maklumat seperti Graf Bar Mudah perubahan nilai eksport, pendapatan, keluaran kilang, dan sebagainya. Sesuai digunakan untuk menggambarkan maklumat seperti Graf Garisan perubahan suhu, tekanan udara, pertumbuhan penduduk, pasaran saham dan sebagainya.

Soalan 36 hingga 38 berdasarkan jadual di bawah. Sektor Pertanian Perkilangan Perlombongan Perikanan Pembalakan Jumlah Pendapatan (RM Juta) 2002 2003 3 200 5 400 6 700 8 900 4 900 3 900 900 750 2 000 1 860 17 000 20 870

Pendapatan Negara Q (2002 -2003) 36. Sektor yang memberi sumbangan yang paling banyak kepada pendapatan Negara Q pada kedua-dua tahun ialah A. pertanian B. pembalakan C. perkilangan D. perlombongan Jawapan C Jadual di atas menunjukan satu data pendapatan negara Q. Perkilangan merupakan sektor yang paling tinggi nilai pendapat berbanding dengan sektor-sektor lain untuk kedua-dua tahun.

14

37. Sektor yang manakah tidak menunjukkan pertambahan nilai dari tahun 2002 hingga 2003 ? I. Perikanan II. Pertanian III. Perkilangan IV. Perlombongan A. B. C. D. I dan II II dan III III dan IV I dan IV

Jawapan D Sektor perikanan dan perlombongan megalami penurunan nilai iaitu perikanan sebanyak RM 150 juta manakala perlombongan pula sebanyak RM1000 juta pada tahun 2003. 38. Berapakah peratus sumbangan sektor perkilangan kepada pendapatan Negara Q pada tahun 2003? A. 18.7 peratus B. 25.9 peratus C. 39.4 peratus D. 42.6 peratus Jawapan D Cara mengira : 8900 X 100 = 42.6% 20870

39. Apakah cara persembahan yang sesuai untuk mengambarkan data jumlah hujan di sesuatu kawasan yang dikaji ?. A. Graf bar B. Carta pai C. Graf garisan D. Rajah aliran Jawapan A Jadual / Graf Jadual Graf Bar Kegunaan / Kesesuaian Jadual merupakan satu cara yang mudah bagi merekod data. Sesuai digunakan untuk menggambarkan maklumat seperti perubahan nilai eksport, pendapatan, keluaran kilang, jumlah hujan dan sebagainya. Sesuai digunakan untuk menggambarkan maklumat seperti perubahan suhu, tekanan udara, pertumbuhan penduduk, pasaran saham dan sebagainya.

Graf Garisan

15

Unit 5 : Peta 40. Apakah maklumat di dalam peta yang boleh dirujuk untuk menentukan jarak antara dua tempat di atas peta? A. Tajuk peta B. Skala peta C. Petunjuk peta D. Tanda arah mata angin Jawapan B Skala ialah nisbah di antara jarak yang diukur pada peta dengan jarak sebenarnya di permukaan bumi antara dua titk yang sama. Ia digunakan untuk menentukan jarak antara dua tempat di atas peta. 41. Singkatan manakah yang mewakili ciri fizikal? I. T.A II. Pmtg. III. TG. IV. TK. A. B. C. D. I dan II II dan III III dan IV I dan IV

Jawapan C Ciri-ciri semula jadi muka bumi sesuatu kawasan termasuk tanah tinggi, tanah pamah, sungai, tasik, pantai, teluk, tanjung, dan sebagainya Soalan 42 hingga 45 berdasarkan peta di bawah.

42. Anda berdiri di jambatan menghala ke timur laut. Apakah ciri fizikal yang dapat anda lihat? A. Paya B. Bukit C. Getah D. Sawah padi

16

Jawapan B Ciri fizikal ialah ciri-ciri semula jadi muka bumi sesuatu kawasan termasuk tanah tinggi, tanah pamah, sungai, tasik, pantai, teluk, tanjung, dan sebagainya. Berdasarkan peta di atas, bahagia timur laut ialah Bt. Tinggi. Jadi jawapan yang tepat ialah B

43. Nyatakan arah simpang tiga jalan raya dari paya. A. Barat B. Tenggara C. Barat laut D. Timur laut Jawapan B Mesti mengenali 8 arah mata angin utama dan lokasi dalam peta iaitu simpang tiga jalan raya dan kawasan paya.

44. Sungai Titi mengalir ke arah A. Barat B. Tenggara C. Barat laut D. Timur laut Jawapan C Mesti mengenali 8 arah mata angin utama dan Sungai Titi dalam peta .

17

45. Antara pernyataan berikut manakah benar tentang kawasan peta? A. Getah merupakan tanaman utama. B. Sebahagian besar penduduk ialah pesawah. C. Bukit Tinggi terletak di kawasan barat daya peta. D. Keseluruhan peta merupakan kawasan tanah pamah. Jawapan A Jika diperhatikan hampir keseluruhan peta ini ditanami dengan tanaman getah. Tanaman padi hanya dilakukan oleh penduduk di Kg. Hijau sahaja. 46. Mengapakah getah ditanam di hampir keseluruhan kawasan dalam peta? A. pekerja yang ramai B. kemudahan pengairan C. sistem pengangkutan baik D. tanah laterit dan bersaliran baik Jawapan D Kerana tanah laterit merupakan tanah yang sesuai untuk tanaman getah dan tanah ini juga bersaliran baik iaitu tidak menakung air.

Soalan 47 hingga 48 berdasarkan peta di bawah.

47. Sungai Lereh mengalir ke arah A. timur. B. selatan. C. tenggara. D. barat laut. Jawapan C Sungai Lereh mengalir dari tanah tinggi ke tanah pamah atau laut. Oleh itu sungai ini mengalir dari barat laut ke tenggara (laut).

18

48. Antara berikut simbol manakah melambangkan ciri pertanian? I. II. A. B. C. D. I, II dan III I, II dan IV I, III dan IV II, III dan IV III. IV.

Jawapan B Jawapan B kerana jika durujuk kepada petunjuk, I ialah getah, II kelapa dan IV tanaman padi. Manakala III ialah paya yang tiada kaitan dengan pertanian.

49. digunakan untuk menggambarkan objek-objek di permukaan bumi pada sesebuah peta. A. Skala B. Pelan C. Simbol D. Gambar Jawapan C Simbol merupakan lambang atau objek yang diterima bagi mewakili sesuatu perkara atau objek untuk melambangkan sesuatu objek di permukaan bumi.

50. Antara berikut simbol manakah menggambarkan ciri fizikal?

I II A. B. C. D. I dan II II dan III III dan IV I dan IV

III IV

Jawapan B Ciri fizikal ialah ciri-ciri semula jadi muka bumi sesuatu kawasan termasuk tanah tinggi, tanah pamah, sungai, tasik, pantai, teluk, tanjung, dan sebagainya. Berdasarkan simbol di atas, II ialah rumput dan III pula ialah pantai berpasir. Manakala I ialah benteng dan IV sawah padi yang merupakan simbol ciri budaya.

19

51. Peta yang lengkap mempunyai perkara-perkara yang berikut KECUALI A. skala . B. warna . C. petunjuk . D. tanda mata angin. Jawapan B Sesebuah peta yang lengkap harus mempunyai perkara- perkara yang berikut: a) Tajuk ringkas b) Arah mata angin c) Skala peta d) Petunjuk peta

52. Peta topografi boleh digunakan untuk mentafsir perkara-perkara yang berikut KECUALI A. keadaan cuaca B. kegiatan ekonomi C. bentuk muka bumi D. tumbuhan semulajadi Jawapan A Peta topografi ialah gambar atau lukisan yang menunjukkan keadaan di permukaan bumi sebagaimana yang dilihat dari udara. Peta ini boleh digunakan untuk mentafsir perkara-perkara seperti kegiatan ekonomi, bentuk muka bumi, tumbuhan semula jadi, kemudahan awam dan sebagainya kecuali ciri-ciri iklim sesuatu kawasan. 53. Apakah simbol yang digunakan untuk menunjukkan ketinggian jalan raya dari aras laut? A. kontur B. batu aras C. tanda tinggi D. stesen trigonometri Jawapan B Ketinggian sesuatu dalam peta seperti jalan raya, jalan keretapi dan sebagainya dari aras laut di tunjukan oleh simbol batu aras seperti di bawah.

20

Unit 6 : Bentuk Muka Bumi

Tasik air tawar pedalaman yang terbesar di Malaysia. 54. Huraian di atas mungkin sekali tentang tasik di kawasan bertanda A. P B. Q C. R D. S Jawapan R R ialah Tasik Bera iaitu tasik semula jadi yang terbesar di Malaysia, keluasannya 61.5km2 yang terletak di negeri Pahang. Tasik ini penting sebagai kawasan pelancongan dan perikanan air tawar.

y y

Panjang kira-kira 563 kilometer Dapat dimudiki hingga ke Kapit

55. Antara berikut sungai manakah yang paling tepat mewakili huraian di atas? A. I B. II C. III D. IV Jawapan C Sungai bertanda III ialah Sungai Rajang (563km) iaitu sungai yang terpanjang di Sarawak dan di Malaysia.

21

y y y

Dikenali sebagai Banjaran Besar Menjadi tulang belakang Semenanjung Malaysia Legeh sungai-sungai utama di Semenanjung Malaysia

56. Pernyataan di atas mungkin sekali merujuk kepada banjaran yang bertanda A. I B. II C. III D. IV Jawapan A Banjaran Titiwangsa y Banjaran terpanjang di Semenanjung Malaysia. y Juga dikenali sebagai Banjaran Besar. y Merupakan 'tulang belakang' bagi Semenanjung Malaysia. y Menjadi legeh utama bagi sungai-sungai di Malaysia. y Kemuncak tertinggi ialah Gunung Korbu(2182m). y Mempunyai tiga pusat peranginan iaitu, Tanah Tinggi Genting, Bukit Fraser dan Tanah Tinggi Cameron. y Terdapat stesen penjanaan kuasa hidroelektrik di Tanah Tinggi Cameron.

y y

Ketinggian 2438 m Terletak di Banjaran Tama Abu

57. Antara berikut gunung manakah yang dapat dikaitkan dengan pernyataan di atas ? A. Gunung Korbu B. Gunung Murud C. Gunung Kinabalu D. Gunung Terus Madi Jawapan B Banjaran Tama Abu merupakan salah satu banjaran gunung yang utama di Sarawak. Gunung yang tertinggi di banjaran ini ialah Gunung Murud iaitu ketinggiannya kira-kira 2438 meter.

22

58. Antara berikut pernyataan manakah yang berkaitan dengan banjaran berlorek dalam peta di atas ? I. Kawasan tadahan air II. Iklimnya yang sejuk dan nyaman III. Kaya dengan longgokan bauksit IV. Pertanian pindah dijalankan secara meluas. A. B. C. D. I dan II II dan III III dan IV I dan IV

Jawapan A Banjaran Titiwangsa y Menjadi legeh atau punca air utama bagi sungai-sungai di Malaysia. y Mempunyai tiga pusat peranginan iaitu, Tanah Tinggi Genting, Bukit Fraser dan Tanah Tinggi Cameron kerana iklimnya yang sejuk dan nyaman.

59. Pusat peranginan Tanah Tinggi Cameron, Bukit Fraser dan Tanah Tinggi Genting terletak di.. A. Banjaran Tahan. B. Banjaran Bintang. C. Banjaran Keledang. D. Banjaran Titiwangsa. Jawapan D Banjaran Titiwangsa y Banjaran terpanjang di Semenanjung Malaysia. y Juga dikenali sebagai Banjaran Besar. y Merupakan 'tulang belakang' bagi Semenanjung Malaysia. y Menjadi legeh utama bagi sungai-sungai di Malaysia. y Kemuncak tertinggi ialah Gunung Korbu(2182m). y Mempunyai tiga pusat peranginan iaitu, Tanah Tinggi Genting, Bukit Fraser dan Tanah Tinggi Cameron. y Terdapat stesen penjanaan kuasa hidroelektrik di Tanah Tinggi Cameron.

23

60. Banjaran Crocker di Sabah boleh dikaitkan dengan A. terdapat air terjun. B. gunung tertinggi di Malaysia. C. kegiatan gunung berapi aktif. D. punca sungai terpanjang di Malaysia Jawapan B Banjaran Crocker y Banjaran tertinggi dan terpanjang di Sabah. y Menganjur dari barat daya ke timur laut. y Kemuncak tertinggi ialah Gunung Kinabalu. y Gunung ini adalah yang tertinggi di Malaysia dan Asia Tenggara. y Banjaran ini memisahkan bahagian pantai barat dengan pedalaman Sabah.

y y y

Terdiri daripada gunung lipat Gunung tertinggi di Semenanjung Malaysia terletak di sini Terdiri daripada batuan granit dan batu kapur

61. Pernyataan di atas sesuai sekali dirujuk pada A. Banjaran Tahan. B. Banjaran Benom. C. Banjaran Crocker. D. Banjaran Titiwangsa. Jawapan A Banjaran Tahan y Banjaran yang tertinggi di Semenanjung Malaysia. y Kemuncaknya yang tertinggi ialah Gunung Tahan (2190 m) dan merupakan kemuncak yang tertinggi di Semenanjung Malaysia. 62. Tasik manakah yang terhasil akibat tindakan manusia? I. Tasik Chini II. Tasik Kenyir III. Tasik Chenderoh IV. Tasik Temenggor A. I, II, dan III B. I, II, dan IV C. I, III, dan IV D. II, III, dan IV Jawapan D Tasik-tasik yang terdapat di Malaysia terbahagi kepada 2 jenis: y Tasik semulajadi (contohnya Tasik Bera dan Tasik Chini). y Tasik buatan manusia (contohnya Tasik Kenyir, Tasik Chenderoh, Tasik Temenggor).

24

63. Antara berikut, manakah yang merupakan kepentingan tanah pamah di Malaysia? I. kawasan pertanian II. kawasan tadahan hujan III. kawasan tumpuan penduduk IV. tapak pembinaan petempatan A. B. C. D. I , II dan III I, II dan IV I, III dan IV II, III dan IV

Jawapan C Kepentingan kawasan tanah pamah a) Sebagai kawasan pertanian : Tanih aluvium sangat sesuai bagi penanaman pelbagai jenis tanaman seperti padi, kelapa sawit, nanas, kelapa. b) Sebagai kawasan perlombongan : Bijih timah, bauksit, tembaga, emas. Sebagai tapak petempatan c) Tapak petempatan atau tumpuan penduduk : Pekan dan bandarbandar besar seperti Kuala Lumpur, Kuching dan Sandakan. d) Sebagai tumpuan jalan raya dan jalan keretapi : Memudahkan pembinaan jalan raya dan keretapi sebagai tapak pembinaan kawasan perindustrian.

y y

Beralun-alun dan berbukit-bukau Ditanami getah, kelapa sawit, dan nanas

64. Kawasan yang dapat dikaitkan dengan pernyataan di atas ialah A. Delta Rajang B. Dataran Johor C. Dataran Selangor D. Dataran Kedah-Perlis Jawapan B Dataran Johor y Merupakan dataran yang terletek di selatan Semenanjung Malaysia y Beralun, berbukit-bakau dan juga berpaya. y Sebahagian besar kawasan ini ditanami dengan getah, kelapa sawit dan nanas.

25

65. Banjaran yang terpanjang di Malaysia ialah A. Banjaran Tahan B. Banjaran Bintang C. Banjaran Titiwangsa D. Banjaran Kedah Singgora Jawapan C Banjaran Titiwangsa y Banjaran terpanjang di Semenanjung Malaysia. y Juga dikenali sebagai Banjaran Besar. y Merupakan 'tulang belakang' bagi Semenanjung Malaysia. y Menjadi legeh utama bagi sungai-sungai di Malaysia. y Kemuncak tertinggi ialah Gunung Korbu(2182m). y Mempunyai tiga pusat peranginan iaitu, Tanah Tinggi Genting, Bukit Fraser dan Tanah Tinggi Cameron. 66. Apakah jenis tanih yang terdapat di Dataran Kedah-Perlis yang sesuai untuk penanaman padi? A. Paya B. Laterit C. Gambut D. Aluvium Jawapan D Tanih aluvium sangat sesuai bagi penanaman pelbagai jenis tanaman padi kerana tanih aluvium dapat menakung air (Saliran tidak baik). Tanih ini terhasil dari pasir, kelodak atau lumpur subur yang dimendapkan oleh sungai di bahagian hilirnya.

67. Pola sungai yang ditunjukkan dalam rajah di atas ialah A. Pola saliran selari B. Pola saliran jejala C. Pola saliran jejari D. Pola saliran reranting Jawapan D Ciri-cirinya: y Berbentuk seperti ranting pokok y Cawangan-cawangan sungai bercantum dengan sungai utama pada sudut kurang dari sudut tepat y Terdapat di kawasan yang mempunyai batuan yang sama kekerasan. y Contoh: Sungai Pahang, Sungai Kelantan, Sungai Rajang

26

68. Di manakah pola saliran di atas lazimnya ditemui? A. Kawasan batuan selari B. Kawasan cerun curam C. Kawasan batuan yang sama keras D. Kawasan lapisan batuan keras dan batuan lembut berselang seli Jawapan D Ciri-cirinya: y Terdapat di kawasan yang mempunyai lapisan batuan keras dan batuan lembut serta berselang-seli. y Anak-anak sungai mengalir dan menghakis lapisan batuan lembut. y Cawangan-cawangan sungai memasuki sungai utama pada sudut tepat iaitu 900. y Contoh: Sungai Perak

69. Pola sungai yang ditunjukkan dalam rajah di atas ialah A. Pola saliran jejari B. Pola saliran jejala C. Pola saliran sejajar D. Pola saliran reranting Jawapan C Ciri-cirinya: y Cawangan-cawangan sungai dan sungai utama mengalir secara selari atau hampir selari antara satu sama lain. y Terdapat di cerun curam y Contoh: Sungai Kinabatangan

27

70. Pola sungai yang ditunjukkan dalam rajah di atas ialah A. Pola saliran jejala B. Pola saliran sejajar C. Pola saliran sepunca D. Pola saliran reranting Jawapan C Ciri-cirinya: y Berbentuk seperti jejari roda y Cawangan-cawangan sungai mengalir turun menghala ke semua arah dari kemuncak sebuah bukit atau gunung. y Cawangan-cawangan sungai bercantum dengan sungai utama di kawasan rendah. y Contoh: Dapat dilihat di Gunung Benom

71. Pola sungai yang ditunjukkan dalam rajah di atas ialah A. Pola saliran jejala B. Pola saliran sejajar C. Pola saliran sepunca D. Pola saliran gegelang Jawapan D Ciri-cirinya: y Cawangan-cawangan sungai mengalir menurun dari puncak gunung dan bercantum dengan sungai utama di kawasan tanah rendah. y Anak-anak sungai yang baru pula akan memasuki cawangan-cawangan sungai.

28

72. Di antara berikut yang manakah yang manakah BENAR berkaitan kawasan teluk? A. Tapak rumah api B. Tapak pelabuhan C. Membekalkan sumber kayu kayan D. Kawasan perlombongan petroleum Jawapan B Teluk y y y y y y y Kawasan antara dua tanjung Menganjur masuk ke daratan Terlindung daripada tiupan angin dan ombak Sesuai sebagai Petempatan nelayan Sesuai sebagai Tapak pelabuhan Kawasan perkelahan Contoh : Teluk Kemang, Negeri Sembilan,Teluk Ramunia, Johor ,Teluk Kimanis, Sabah ,Teluk Mahkota Pahang

73. Kawasan berlorek dalam rajah di atas menunjukkan A. Banjaran Benom B. Banjaran Bintang C. Banjaran Keledang D. Banjaran Titiwangsa Jawapan D Banjaran Titiwangsa y Banjaran terpanjang di Semenanjung Malaysia. y Juga dikenali sebagai Banjaran Besar. y Merupakan 'tulang belakang' bagi Semenanjung Malaysia. y Menjadi legeh utama bagi sungai-sungai di Malaysia. y Kemuncak tertinggi ialah Gunung Korbu(2182m).

29

Unit 7 : Potensi Dan Halangan Bentuk Muka Bumi Terhadap Kegiatan Manusia 74. Kebanyakan jalan darat di Malaysia dibina di kawasan tanah pamah dan dataran pantai kerana I. kos rendah II. tumpuan penduduk III. bebas daripada banjir IV. keselamatan terjamin. A. B. C. D. I dan II II dan III III dan IV I dan IV

Jawapan A Jalan pengangkutan seperti jalan raya dan jalan kereta api mudah dibina di kawasan tanah pamah kerana: y Tidak perlu meratakan tanah tinggi y Tidak perlu menebus guna kawasan paya y Tidak perlu membina jambatan y Menjimatkan kos pembinaan y Tanah pamah merupakan kawasan tumpuan penduduk 75. Perikanan di Tonle Sap penting di Kampuchea. Antara berikut, yang manakah berkaitan dengan kegiatan ini ?. I. kerja sambilan II. sumber protein penting III. kos penangkapan rendah IV. teknologi penangkapan maju A. B. C. D. I, II dan III I, II dan IV I, III dan IV II, III dan IV

Jawapan A Tonle Sap di Kampuchea merupakan tasik air tawar yang terbesar di Asia Tenggara. (Pada musim hujan (Jun-Nov) isipadu air bertambah dan saiznya akan menjadi kira-kira 4 700km2 manakala pada musim kering saiznya menjadi kecil iaitu kira-kira 1 600km2 ) Perikanan merupakan kegiatan ekonomi terpenting di Tonle Sap kerana: y Kegiatan perikanan di Tasik Tonle Sap dijalankan sepanjang tahun. y Ikan mudah ditangkap pada musim kering kerana airnya cetek iaitu hanya 1 hingga 3 meter sahaja dalamnya. y Sumber protein penting y Kerja sambilan y Kos penangkapan yang rendah.

30

76. Mengapakah padi sesuai ditanam di cerun-cerun bukit di Pulau Jawa?. I. suhu lebih rendah II. lava subur di cerun bukit III. kekurangan tanah pamah IV. padi merupakan makanan ruji utama A. B. C. D. I dan II II dan III III dan IV I dan IV

Jawapan B Padi ditanam dicerun gunung berapi / bukit di Pulau Jawa kerana: y Kawasan tanah pamah dan datarannya terhad y Penduduknya padat y Tanah lava besnya subur 77. Antara berikut, yang manakah halangan terhadap pembinaan petempatan di kawasan tanah tinggi ?. I. kos tinggi II. cerun curam III. terjadi hakisan tanah IV. batuan besar dan keras A. B. C. D. I, II dan III I, II dan IV I, III dan IV II, III dan IV

Jawapan A Halangan Tanah Tinggi Terhadap Kegiatan Manusia y Cerun-cerun yang curam di kawasan tanah tinggi boleh menyebabkan kejadian tanah runtuh dan hakisan tanih. y Pembangunan di kawasan tanah tinggi memerlukan kos yang tinggi. y Kejadian hakisan tanih dan tanah runtuh akan memusnahkan tanaman, harta benda dan kemudahan awam serta mengorbankan nyawa. 78. Berikut ialah kepentingan bentuk muka bumi tanah pamah di negara kita kecuali A. untuk tujuan pertanian. B. untuk tujuan petempatan. C. untuk pembangunan industri. D. untuk penjanaan kuasa hidroelektrik. Jawapan D Kawasan tanah pamah di Malaysia mempunyai kepentingan sebagai kawasan: y Pertanian y Pengangkutan y Perlombongan y Petempatan Dan Bandar Utama y Perindustrian

31

79. Apakah halangan bentuk muka bumi terhadap kegiatan manusia? I. Hutan tebal II. Cerun curam III. Kawasan paya IV. Sungai beraliran deras A. B. C. D. I, II, dan III I, II, dan IV I, III, dan IV II, III, dan IV

Jawapan D Contoh halangan bentuk muka bumi terhadap kegiatan manusia ialah seperti: y Halangan Tanah Tinggi y Halangan Tanah Pamah y Halangan Pinggir Laut y Halangan Saliran 80. Berikut merupakan pusat pengumpulan perikanan kecuali I. Kapit, Sarawak II. Kuala Lipis, Pahang III. Lahad Datu, Sabah IV. Kuala Dungun, Terengganu A. B. C. D. I dan II II dan III III dan IV I dan IV

Jawapan A

32

81. Persamaan sungai yang Sungai Menan Chao Praya di Thailand dan Sungai Rajang di Sarawak ialah sebagai I. sumber perikanan. II. jalan pengangkutan. III. menjana tenaga hidroelektrik. IV. pelabuhan perikanan laut dalam. A. B. C. D. I dan II II dan III III dan IV I dan IV

Jawapan A y Sungai Menam Chao Praya merupakan sungai utama yang terpanjang (kira-kira 1 300km) di Thailand. Ia merupakan jalan pengangkutan air utama di Thailand dan digelar sebagai nadi lalu lintas di Thailand. Manakala Sungai Rajang pula merupakan jalan pengangkutan utama di kawasan pedalaman Sarawak.

82. Antara berikut, yang manakah merupakan kepentingan Tanah Tinggi Cameron? I. Penanaman teh II. Perlombongan emas III. Kawasan pelancongan IV. Penanaman sayur-sayuran hawa sederhana A. B. C. D. I, II dan III 1, II dan IV I, III dan IV II, III dan IV

Jawapan C y Kawasan tanah tinggi yang indah, pemandangan yang menghijau serta udara yang nyaman dan segar sesuai dibangunkan sebagai pusat peranginan atau pelancongan. Contoh kawasan tanah tinggi yang dibangunkan sebagai pusat pelancongan ialah: a) Tanah Tinggi Genting e) Gunung Kinabalu b) Tanah Tinggi Cameron f) Gunung Ledang c) Bukit Larut g) Gunung Tahan d) Bukit Bendera y Kawasan tanah tinggi juga ditanam dengan tanaman hawa sederhana dan the di Malaysia seperti di Tanah Tinggi Cameron dan Tanah Tinggi Kundasang.

33

y y y

Pulau Tioman Pulau Redang Pulau Langkawi

83. Apakah persamaan bagi ketiga-tiga pulau di atas? A. Pusat pelancongan B. Pulau bebas cukai C. Pusat industri desa D. Kawasan perikanan Jawapan A Pulau-pulau yang terdapat dipinggir laut Malaysia berjaya memberi daya tarikan kepada pelancong kerana kawasan-kawasan tersebut dikelilingi oleh air yang bersih dan jernih. Pulau-pulau tersebut juga terkenal dengan batu karang dan hidupan laut. Contohnya seperti: y Pulau Bidong y Pulau Tenggol y Pulau Redang y Pulau Langkawi y Pulau Kapas y Pulau Tioman y Pulau Perhentian y Pulau Gaya

84. Apakah faktor yang menyebabkan dataran di Malaysia sesuai untuk tanaman padi? A. Terdiri daripada tanih laterit B. Mempunyai saliran yang baik C. Penggunaan jentera secara meluas D. Tanihnya jenis aluvium yang subur Jawapan D Kawasan dataran yang rendah dan di timbuni tanih aluvium iaitu tanih yang mengandungi pasir, kelodak atau lumpur subur yang dimendapkan oleh sungai di bahagian hilirnya sesuai untuk penanaman padi seperti di Dataran Kedah-Perlis, Dataran Kelantan dan Delta Rajang. 85. Antara sungai berikut, yang manakah penting untukmenghubungkan kawasan pedalaman dengan kawasan hilir sungai? A. Sungai Perak B. Sungai Pahang C. Sungai Rajang D. Sungai Kinabatangan Jawapan C y y Sungai yang sering digunakan sebagai jalan pengangkutan di Malaysia ialah Sungai Rajang (Sarawak) dan Sungai Kinabatangan (Sabah). Sungai Rajang dapat dimudiki kapal dari muaranya sejauh 274km sehingga ke Kapit. Manakala Sungai Kinabatangan pula digunakan untuk mengangkut kayu balak dari kawasan pedalaman ke kilang.

34

86. TasikTonle Sap penting sebagai I. sumber pengairan II. jalan perhubungan III. kawasan pelancongan IV. kawasan perikanan air tawar A. B. C. D. I dan II II dan III III dan IV I dan IV

Jawapan C y y Perikanan merupakan kegiatan ekonomi terpenting di Tonle Sap. Kegiatan perikanan di Tasik Tonle Sap dijalankan sepanjang tahun. Tasik Tonle Sap juga penting sebagai pusat pelancongan. Pelancong dapat menaiki kapal atau bot ke Tonle Sap melalui Sungai Mekong.

87. Antara berikut, yang manakah merupakan pantai berpasir di pantai timur Semenanjung Malaysia yang menjadi tumpuan pelancong? I. Pantai Batu Feringgi II. Pantai Cahaya Bulan III. Pantai Rantau Abang IV. Pantai Teluk Cempedak A. B. C. D. I, II dan III I, II dan IV I, III dan IV II, III dan IV

Jawapan D Kawasan pinggir laut negara yang bersih dan berpasir sesuai dimajukan sebagai pusat pelancongan. Contoh pusat pelancongan pinggir laut yang terkenal ialah: y Rantau Abang y Port Dickson y Teluk Cempedak y Batu Feringgi y Pantai Cahaya Bulan Kehendak soalan ialah pantai berpasir di pantai timur Semenanjung Malaysia jadi yang terlibat ialah Rantau Abang, Teluk Cempedak dan Pantai Cahaya Bulan.

35

Unit 8: Kesan Kegiatan Manusia Terhadap Alam Sekitar 88. Penebangan hutan telah membawa kesan terhadap alam sekitar seperti yang berikut, kecuali A. hakisan tanah. B. keasidan tanih meningkat. C. hidupan liar kehilangan habitat. D. pencemaran sungai berhampiran. Jawapan B Pembalakan yang berlaku secara tidak terancang akan meninggalkan beberapa kesan tehadap alam sekitar. Antara kesan-kesan yang mungkin timbul ialah: y Hakisan tanih dan ketandusan tanih y Banjir dan pencemaran di bahagian hilir sungai y Hidupan sungai / akuatik terancam y Krisis air y Kepupusan flora dan fauna.

89. Apakah kesan pembinaan lebuh raya kepada kawasan persekitarannya? I. kestabilan suhu II. keseimbangan ekosistem III. kemusnahan habitat hidupan liar IV. spesies flora dan fauna berkurang A. B. C. D. I dan II II dan III III dan IV I dan IV

Jawapan C Pembinaan jalan raya akan meninggalkan kesan terhadap alam sekitar. Kesankesan pembinaan jalan raya terhadap alam sekitar adalah seperti berikut: y Hakisan tanih y Perubahan landskap y Kepupusan flora dan fauna y kemusnahan habitat hidupan liar

36

90. Antara berikut yang manakah kesan daripada kegiatan di atas? I. Hakisan tanih II. Ketandusan tanih III. Pencemaran udara IV. Banjir di bahagian hilir sungai A. B. C. D. I, II dan III I, II dan IV I, III dan IV II, III dan IV

Jawapan B Pembalakan yang berlaku secara tidak terancang akan meninggalkan beberapa kesan tehadap alam sekitar. Antara kesan-kesan yang mungkin timbul ialah: y Hakisan tanih dan ketandusan tanih y Banjir dan pencemaran di bahagian hilir sungai y Hidupan sungai / akuatik terancam y Krisis air y Kepupusan flora dan fauna

91. Antara berikut cara manakah paling berkesan untuk mengurangkan hakisan di cerun bukit? I. Pertanian sejenis II. Pembinaan batas III. Pembinaan tarahan IV. Penanaman tutup bumi A. B. C. D. I dan II II dan III III dan IV I dan IV

Jawapan C Pemeliharaan cerun tinggi y Melandaikan cerun-cerun yang curam. y Membuat tarahan untuk mengurangkan kecerunan jalan raya. y Pembinaan longkang konkrit di sepanjang cerun . y Menanam tanaman tutup bumi.

37

92. Antara yang berikut, yang manakah benar sebagai langkah-langkah untuk memelihara alam sekitar di kawasan pertanian? A. baja kimia B. racun serangga C. kaedah biologi D. penggunaan jentera Jawapan C Langkah-langkah untuk memelihara alam sekitar di kawasan pertanian ialah : 1. Penggunaan kaedah biologi seperti penggunaan ular dan burung hantu untuk menangkap tikus di ladang kelapa sawit. Kaedah ini dapat mengurangkan penggunaan racun serangga dan racun rumpai. 2. Penggunaan baja organik atau baja asli seperti dari najis haiwan dan sisa tanaman juga dapat mengurangkan penggunaan baja kimia. Contohnya peladang lada hitam di Sarawak menggunakan 'guano' (najis burung dan kelawar) sebagai baja.

93. Apakah usaha yang dapat dijalankan oleh kaum petani untuk mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar. A. Menggunakan baja kimia B. Menggunakan kaedah biologi C. Mengurangkan penggunaan air D. Mengamalkan pertanian pindah Jawapan B Penggunaan kaedah biologi seperti penggunaan ular dan burung hantu untuk menangkap tikus di ladang kelapa sawit dapat mengurangkan penggunaan racun serangga dan racun rumpai. Penggunaan kaedah ini dapat mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar.

94. Baja organik yang sering digunakan oleh petani di Sarawak ialah A. guano B. tahi ayam C. tahi lembu D. tahi kambing Jawapan A Guano ialah najis burung dan kelawar. Baja jenis ini adalah murah dan tidak perlu diproses. Di Sarawak banyak baja jenis ini kerana terdapat banyak gua-gua batu kapur yang menjadi tempat tinggal bagi burung dan kelawar.

38

95. Apakah langkah-langkah yang dapat mengatasi kejadian seperti yang ditunjukkan dalam gambar di atas ?. I. Sistem tarahan II. Tanaman bergilir III. Cerun dilandaikan IV. Tanaman tutup bumi A. B. C. D. I, II dan III I, II dan IV I, III dan IV II, III dan IV

Jawapan B Langkah-langkah yang dapat mengurangkan kesan kejadian tanah runtuh ialah seperti membuat sistem tarahan, melandaikan cerun, membina longkang konkrit dan menanam tanaman tutup bumi di lereng-lereng bukit.

y y

Lebuh Raya Utara - Selatan Lebuh Raya Timur - Barat

96. Apakah kesan langsung pembinaan lebuh raya di atas terhadap alam sekitar ?. I. Berlaku hujan asid II. Suhu stabil sepanjang tahun III. Kemusnahan flora dan fauna IV. Keseimbangan ekosistem terganggu A. B. C. D. I dan II II dan III III dan IV I dan IV

Jawapan C Pembinaan lebuh raya akan melibatkan penebangan hutan dan ini akan memberi kesan langsung (kesan serta merta / segera) kepada alam sekitar seperti kemusnahan flora dan fauna serta keseimbangan ekosistem terganggu.

39

Racun rumput

Racun serangga

Baja kimia

97. Kesan yang sesuai bagi kawasan berlorek dalam rajah di atas ialah I. Pencemaran air sungai II. Kadar keasidan tanih meningkat III. Hidupan akuatik akan bertambah IV. Kadar kesuburan tanih meningkat A. B. C. D. I dan II II dan III III dan IV I dan IV

Jawapan A Penggunaan racun rumput, racun serangga dan baja kimia yang berlebihan dalam aktiviti pertanian akan memberi terhadap alam sekitar seperti pencemaran air sungai dan akan meningkatkan kadar keasidan tanih yang akan menyebabkan tanih hilang kesuburan semula jadi.

98. Agensi utama yang bertanggungjawab menjalankan penanaman semula hutan ialah A. PERHILITAN B. Universiti Putra Malaysia C. Jabatan Perhutanan Malaysia D. Institut Penyelidikan Hutan Malaysia (FRIM) Jawapan C Jabatan Perhutanan merupakan agensi kerajaan yang berperanan memasti pokok yang telah ditebang secara haram atau sah akan ditanam semula. Jabatan Perhutan Malaysia menguat- kuasakan beberapa undang-undang untuk mengawal pembalakan haram dan pemburuan hidupan liar.

40

99. Antara berikut yang manakah bukan tujuan penebangan hutan di Malaysia ?. A. Kegiatan pertanian B. Pembinaan jalan raya C. Perlombongan petroleum D. Pembangunan perindustrian Jawapan C Tujuan hutan ditebang ialah seperti untuk pembinaan tapak perindustrian, pembinaan jalan raya atau lebuh raya, menjalankan kegiatan pertanian dan untuk aktiviti perhutanan / pembalakan. Di Malaysia perlombongan petroleum hanya dijalankan di kawasan luar pantai. Jadi kegiatan ini tiada kaitan dengan penebangan hutan.

100. Burung hantu dan ular dugunakan untuk makan tikus di kawasan ladang kelapa sawit. Maklumat di atas berkaitan dengan kaedah pengawalan makhluk perosak yang dikenal dengan kaedah A. kimia B. biologi C. pencegahan D. semula jadi Jawapan B Berdasarkan maklumat tersebut, kaedah biologi dijalankan untuk mengawal makhluk perosak untuk mengurangkan penggunaan racun kimia.

41

Anda mungkin juga menyukai