Anda di halaman 1dari 2

Anda seorang guru tetapi telah diminta oleh Pegawai Pendidikan Daerah untuk menggantikan Karam Singh yang

sakit perut. Suatu hari anda diarahkan untuk membuat liputan tentang muara Sungai Tuang yang dipenuhi sampah sarap. Lakonkan watak Karam Singh Walia sedang membuat laporan berita di televisyen. Anda sedang beriadah dan berada di Hutan Simpan Sungai Udang. Sedang anda berjalanjalan menikmati keindahan alam tiba-tiba anda disergah seekor monyet yang mengamuk kerana habitat mereka diceroboh. Lakonkan semula watak bagaimana anda ketakutan ketika disergah oleh monyet tersebut.

Anda sedang bercuti seorang diri di Pulau Konet. Suatu petang ketika di pantai anda merenung ke laut yang tenang, damai dan bersih. Sebagai seorang pencinta alam timbul ilham kepada anda untuk ciptakan sebuah sajak. Deklemasikan satu rangkap sajak tersebut dengan penuh perasaan.

Anda mempunyai kesedaran tentang penjagaan alam sekitar. Suatu ketika anda melihat seorang murid meletakkan 3 buah beg plastik yang berisi pampers yang telah digunakan di hadapan rumah anda. Pilih seorang rakan anda dan lakonkan bagaimana anda memarahi budak tersebut dalam loghat anda sendiri.

Anda bersama ekspidisi kajian penyu di Pulau Tinggi, Johor. Pada suatu malam anda bertuah kerana bertemu seekor penyu betina yang sedang naik ke darat untuk bertelur. Lakonkan semula bagaimana penyu merangkak naik daripada lautan ke pantai dan bertelur.

Anda seorang murid yang nakal di dalam kelas dan telah mematahkan cermin mata guru disiplin anda. Pilih seorang kawan sebagai guru disiplin dan lakonkan watak anda semasa dimarahi oleh guru disiplin tersebut.

Anda mungkin juga menyukai