Anda di halaman 1dari 7

FALSAFAH PEMBELAJARAN KOMPONEN SASTERA DALAM SUBJEK BAHASA MELAYU

Definisi Istilah Sastera Perkataan sastera dalam bahasa Melayu diambil daripada bahasa Sanskrit syastra yang bermaksud alat untuk mengajar, memberi petunjuk atau pengajaran. Sastera dalam bahasa Melayu membawa makna kumpulan buku yang indah bahasanya dan baik isinya. Lebih mendalam lagi, istilah sastera merangkumi karya sastera yang mencerminkan perasaan, nilai, kepercayaan, peradaban, cara hidup, mentaliti, sikap dan tingkah laku manusia dalam sesebuah masyarakat. Atas faktor inilah sastera diakui sebagai wadah untuk membentuk akhlak yang baik di kalangan pembaca kerana nilai-nilai luhur yang ada di dalamnya. Masyarakat Melayu menganggap sastera sebagai khazanah bangsa yang perlu dibanggakan dan diperagakan sebagai tradisi yang wajar diwariskan daripada satu generasi kepada satu generasi.

Fungsi Sastera dalam Kehidupan Manusia Daripada definisi yang diberikan di atas, sastera bertindak sebagai media pembudayaan untuk mengekalkan semua ciri tradisi dan budaya masyarakat daripada satu generasi kepada generasi yang seterusnya. Sastera juga bertindak sebagai media pendidikan untuk menyalurkan dan mengembangkan warisan intelektual dan ketamadunan bangsa dalam bentuk ilmu dan kemahiran mencakupi pelbagai bidang dari zaman ke zaman.

Dalam

masyarakat

Melayu,

bahan-bahan

sastera

yang

digunakan dalam proses pencerminan terdiri daripada hikayat (prosa tradisional), cerpen, drama, sajak, pantun, syair dan novel. Karyakarya ini disebarkan dan dikembangkan oleh golongan sasterawan melalui media pembudayaan dan pendidikan seperti buku, majalah, akhbar, majlis, pertandingan, pementasan, deklamasi dan nyanyian. Karya-karya ini sedikit banyak membina identiti bangsa yang kita banggakan. Karya-karya sastera lebih banyak memberikan penekanan terhadap kekayaan peribadi untuk menentukan hala tuju peradaban satu-satu bangsa. Usaha menanam nilai-nilai murni ke dalam jiwa amat ketara dengan adanya unsur pengajaran yang terkandung dalam karya-karya sastera. Kriteria inilah yang menjadi sebahagian daripada hasrat murni kerajaan dan negara agar dapat melahirkan rakyat yang memiliki realiti hidup yang mulia dengan sifat kehalusan budi dan pemikiran yang rasional. Arus pembangunan negara yang serba moden turut dicemari pergaulan bebas, dadah, gengsterisme, dan seumpamanya tidak boleh dirawat dengan kemajuan sains dan teknologi sematamata. Golongan muda khususnya pelajar wajar diimbangi dengan sains dan teknologi di samping pengisian yang berbentuk kerohanian seperti ilmu kesusasteraan (selain pendidikan agama) kerana kita tidak mahu menyaksikan pelajar robot yang langsung tiada sensitiviti kemanusiaan dan kemasyarakatan dilahirkan melalui sistem pendidikan negara.

Rasional Pembelajaran Komsas dalam Bahasa Melayu Antara rasional pembelajaran komsas dalam subjek Bahasa Melayu: Memupuk sastera Mengenali, menikmati dan mengapresiasi karya sastera Mengenali penulis dan mengetahui perkembangan ringkas sastera tanah air berdasarkan teks yang dipelajari Menilai dan mengulas karya sastera Mendapat pengajaran daripada teks yang dibaca Melahirkan pelajar yang mengenali, menghayati dan minat pelajar untuk membaca bahan-bahan

menghargai karya sastera bagi memperkukuh kemahiran berbahasa serta meningkatkan ketrampilan berbahasa Mendapat pendedahan tentang karya sastera Memartabatkan kesusasteraan Melayu secara meluas

Falsafah Pembelajaran Komsas dalam Bahasa Melayu Antara falsafah yang dapat diselami melalui pembelajaran Komsas dalam Bahasa Melayu di peringkat sekolah menengah ialah: Mempelajari dan menguasai kemahiran berbahasa dari segi kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis Meningkatkan penyerapan bahan serta maklumat sastera serta meningkatkan kemahiran lisan, bacaan dan penulisan Menerapkan pengucapan yang indah, menarik dan memikat Melahirkan pengucapan bertatasusila

Menambahkan minat pelajar untuk membaca karya sastera seterusnya menikmati, menghayati dan mengapresiasi karya sastera. Melahirkan pelajar yang boleh menghasilkan karya dan karya puisi Membuka minda pelajar kepada sesuatu yang baru dalam pelbagai disiplin ilmu tentang manusia dan kemanusiaan Melahirkan pelajar Pembelajaran komsas dalam Bahasa Melayu merupakan satu konsep yang berlandaskan yang falsafah Salah keperluan satu dalam dan kesesuaian adalah Pendidikan penerapan memenuhi ilmu kesusasteraan. daripadanya Falsafah generasi pelajar yang memahami dunia prosa

persekitaran serta membina nilai-nilai murni di kalangan

hasrat

digariskan

Kebangsaan, iaitu mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Perkara ini jelas dilihat melalui karya cerpen, contohnya cerpen Sehijau Warna Daun nukilan Zaen Kasturi yang menonjolkan unsur keindahan kerana memiliki unsur-unsur kesempurnaan, kepadatan, harmonis dan kejelasan. Cerpen ini mempunyai kesan kesatuan lengkap dan berupaya menyampaikan amanat yang tersirat, iaitu tentang isu perpaduan kaum di kalangan masyarakat majmuk di Malaysia. Pengarang cuba menggambarkan ketabahan sikap ibu toleransi tunggal di kalangan mengharungi keluarga hidup yang untuk mewujudkan kaharmonian masyarakat di sebuah desa di samping seorang membesarkan anaknya. jasmani. Jelaslah bahawa cerpen sebegini mampu

mewujudkan insan pelajar yang seimbang dari segi rohani dan

Pembelajaran penguasaan ilmu

komsas yang

dalam

Bahasa

Melayu ilmu

memberikan sastera yang

meluas.

Penguasaan

digabungkan dengan ilmu-ilmu yang terkandung dalam subjek lain berupaya melahirkan pelajar yang lebih berketrampilan dalam setiap kemahiran sama ada bertutur atau menulis dalam bahasa yang dilengkapi dengan pelbagai laras dan gaya bahasa dengan contohcontoh yang menarik. Karya-karya sastera dalam komsas meliputi pelbagai genre menerapkan cerita dengan pelbagai tema, termasuklah hasrat untuk mewujudkan perpaduan negara seperti dalam sajak Negeri Cinta, tema keamanan negara melalui drama Bila Retak Kota Melaka, tema penjagaan alam sekitar dalam sajak Tasik Biru, Bau, Sarawak dan sebagainya. Kesemua karya yang dihasilkan nyata boleh membantu mempertingkatkan kesejahteraan dan sahsiah di kalangan pelajar. Pembelajaran karya sastera dalam Komsas ini memberi peluang kepada pelajar untuk menimba ilmu berdasarkan kisah-kisah lama dan baru. Jika ilmu ini diterapkan oleh setiap pelajar, maka sedikit banyak akan menjadi ikutan dan renungan tentang kepentingan sesuatu perkara dalam kehidupan manusia hari ini. Umpamanya, kisah perhubungan mesra dalam keluarga dan masyarakat dalam cerpen Hadiah Hari Guru dan Sehijau Warna Daun. Melalui pembacaan kedua-dua cerpen ini, diharapkan para pelajar dapat menghargai sepenuhnya pengorbanan seorang guru dan ketabahan seorang ibu serta persahabatan murni antara masyarakat pelbagai kaum di negara ini.

Kemahiran lisan dalam pembelajaran Komsas dapat menerapkan pengucapan yang indah, menarik dan memikat para pendengar, yang merangkumi kesesuaian pengucapan mengikut latar masa dan fokus pengucapan. Contohnya, susunan bahasa yang indah dan berbunga yang terangkum dalam pengucapan masyarakat silam dapat dijadikan panduan generasi masa kini dan akan datang. Pengucapan ini hanya terdapat dalam bahan-bahan sastera. Misalnya, puisi tradisional dalam ungkapan Pantun Budi bagi pelajar Tingkatan 1: Tenang-tenang air di laut, Sampan kolek mudik ke tanjung; Hati terkenang mulut menyebut, Budi sedikit rasa nak junjung. Pemilihan kata yang terdapat dalam contoh pantun di atas amat tepat dan bersesuaian dengan temanya. Terdapat penggunaan beberapa imej alam yang sangat berkesan seperti laut, pulau, gunung, pisang emas, serai, halia dan sengkuang. Contoh-contoh yang terdapat dalam puisi tradisional seperti pantun ini dapat dijadikan panduan kepada pelajar dan boleh digunakan dalam hasil penulisan mereka kelak. Falsafah yang tersirat melalui pembelajaran Komsas dalam Bahasa Melayu adalah diharapkan akan dapat melahirkan pelajar yang mampu menghasilkan pelbagai karya prosa dan karya puisi seperti sajak, pantun, seloka, syair dan gurindam. Akhirnya, diharapkan juga langkah ini akan dapat menambah minat pelajar untuk membaca karya sastera dan karya seterusnya sastera. menikmati, lebih menghayati adalah dan untuk mengapresiasi Yang utama

meningkatkan kemahiran berbahasa pelajar sama ada dari segi mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Melalui pembacaan karya sastera juga dapat membuka minda pelajar tentang sesuatu perkara yang baru dalam pelbagai disiplin ilmu berkaitan manusia dan kemanusiaan. Hakikatnya, Komsas dapat merangsang daya fikir pelajar ke arah lebih kreatif dan kritis dengan menilai, mengulas dan mengkritik karya sastera secara menyeluruh dan berkesan.Di samping itu, diharapkan juga generasi pelajar yang berupaya memahami dunia persekitaran di sekeliling mereka serta memiliki nilai-nilai murni akan dapat dilahirkan. Akhirnya, bersesuaian dengan falsafah dan wawasan yang ingin disampaikan menerusi pembelajaran Komsas dalam Bahasa Melayu ini semoga generasi pelajar yang berketrampilan dan memiliki sahsiah yang tinggi nilainya akan dapat dilahirkan. Komsas dapat membantu melahirkan lapisan generasi pelajar yang mengenali warisan seni sastera dan mengetahui akar budaya bangsanya.Seterusnya, negara tidak akan ketandusan rakyat yang kaya nilai murninya dari rohani mahupun jasmani menerusi penerapan nilai yang terkandung dalam karya-karya sastera yang dipelajari oleh para pelajar di peringkat sekolah menengah. Insan yang seimbang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek dapat dilahirkan dengan mempelajari Komsas dalam Bahasa Melayu bertepatan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menjadi teras pendidikan di Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai