Anda di halaman 1dari 3

MODEL ASSURE Berdasarkan Model Assure yang telah dipelajari, kami telah merancang beberapa strategi bagi melaksanakan

pengajaran menggunakan media dengan berkesan dan sistematik. Oleh itu, berikut merupakan beberapa langkah yang telah dirancang oleh kami dengan menggunakan model ini, antaranya :

ANALISIS MURID Kami telah mengenal pasti dan menentukan aktiviti yang sesuai bagi murid Tahun 4 dan aktiviti yang telah dirancang adalah sesuai bagi murid yang bertahap lemah dan sederhana. Aktiviti yang telah dirancang ini bersesuaian dengan pengetahuan sedia ada murid-murid di mana murid-murid telah melihat atau mempunyai pengalaman melihat, mendengar atau membaca berita mengenai kemalangan. Selain itu muridmurid mempunyai pengalaman melihat lalu lintas di jalan raya. Aktiviti yang dirancang ini sesuai dengan latar belakang murid-murid yang berada di bandar mahupun luar bandar kerana kedua-dua. Bagi gaya pembelajaran yang telah dipilih untu diterapkan dalam aktiviti ini pula, kami telah memilih model Dunn dan Dunn dan model Kecergasan Pelbagai Gardner. Bagi model Dunn dan Dunn, penekanan telah diberikan dari aspek emosi, fisiologi, dan sosiologi. Dari aspek emosi, murid-murid akan diberikan peluang untuk melaksanakan tugasan sendiri dan mendapat bimbingan daripada guru sekiranya terdapat beberapa perkara yang tidak difahami. Dari aspek fisiologi pula, aktiviti ini akan menggunakan beberapa carta atau gambar serta audio akan dimuatkan bagi meningkatkan daya pemahaman serta menguji penguasaan murid dalam penggunaan tanda baca yang betul. Manakala dari aspek sosiologi pula, terdapat aktiviti yang dijalankan akan dilaksanakan secara individu dan berkumpulan.

Dalam Model Kecergasan Pelbagai pula, kecergasan verbal-linguistik telah dikenal pasti dalam pelaksanaan aktiviti ini bagi menguji penguasaan murid-murid dalam menggunakan tanda baca dan ejaan yang betul.

NYATAKAN OBJEKTIF / HASIL PEMBELAJARAN Berdasarkan perancangan yang telah dilakukan, kumpulan sasar adalah murid-murid tahun 4 Cempaka dan penglibatan murid adalah aktif secara pembelajaran mental. Objektif pembelajaran yang telah dikenal pasti pula ialah murid dapat menaip dan menggunakan ejaan dengan betul dalam teks yang telah diberikan. Selain daripada itu juga, murid dapat menaip dan menggunakan tanda baca dengan betul di dalam teks yang telah diberikan. Tambahan lagi, murid juga dapat menaip imlak perkataan dan ayat yang telah diperdengarkan dengan ejaan dan tanda baca yang betul berdasarkan audio yang telah diperdengarkan. Bagi mencapai tahap pencapaian minimum, murid sekurang-kurangnya dapat menaip semula teks yang telah dibaca dengan menggunakan tanda baca dan ejaan yang betul sekurang-kurangnya 8 daripada 10 yang betul.

PEMILIHAN KAEDAH, MEDIA DAN BAHAN SUMBER Dari aspek pemilihan media, penggunakan audio akan diselitkan di mana murid-murid perlu mendengar audio sambil menaip perkataan dan ayat yang telah diperdengarkan ke dalam program Word. Perkataan dan ayat yang akan diperdengarkan kepada muridmurid adalah mudah serta mempunyai laras bahasa yang sesuai dengan tahap muridmurid tahun 4. Selain itu, teks juga akan disediakan kepada murid, di mana teks tersebut mengandungi beberapa kesalahan dari aspek tanda baca dan ejaan. Penggunaan perkataan dari aspek kosa kata juga sesuai dengan tahap murid Tahun 4.

GUNAKAN MEDIA DAN BAHAN SUMBER Penggunaan media dan bahan sumber yang telah dirancang adalah berpusatkan murid di mana media-media seperti petikan teks dan audio yang disediakan itu digunakan oleh murid-murid. Hal ini dapat diperjelaskan apabila murid-murid memainkan sendiri audio pada komputer masing-masing. Bukan itu sahaja, teks yang telah disediakan juga perlu diperbetulkan dari aspek ejaan dan tanda bacanya. Aktiviti yang dijalankan ini memberi tumpuan kepada hasil kerja murid-murid dan penglibatan murid dalam aktiviti tersebut. Bahan dan media yang telah dipilih juga adalah sesuai dan bertepatan dengan objektif yang hendak dicapai dimana audio yang disediakan bertujuan untuk mencapai objektif bagi aktiviti imlak di mana murid mendengar audio kemudian menulis atau menaip kembali dalam aplikasi Word dengan ejaan dan tanda baca yang betul.

LIBATKAN MURID DALAM PEMBELAJARAN

NILAI DAN SEMAK SEMULA

Anda mungkin juga menyukai