Anda di halaman 1dari 21

Pengurusan Kewangan

Pengenalan AVON COSMESTICS (M) SDN. BHD( 12757) Lot 13A,Jalan 219, Seksyen 51A, 46100, Petaling Jaya,Selangor. AVON slogan ialah AVON keranamu wanita. ~ Warisan Kami Masa Depan Kita~ Kita bertuah menjadi peneraju Avon di abad ke 21. Inilah saat istimewa dalam sejarah syarikat sebab kegigihan dan kepercayaan kita akan membantu mencipta hidup yang lebih baik dan membuka peluang-peluang baru untuk generasi wanita akan datang. Bagaimanapun peluang ini membawa tanggungjawa besar. Kita amat bertuah kerana dipimpin oleh visi,misi,nilai dan prinsip kita mengingatkan kita tentang titik permulaan kita dan laluan yang kita terangi. (Pengerusi dan CEO AVON (Malaysia) ~ Andrea Jung). Bila pelanggan mengatakan perkhidmatan Avon sangat Baik Dari hari ke hari, Avon terus maju dalam perniagaan serta membuatkan pelanggan berpuashati dengan layanan yang diberikan. Dengan termetrinya kempen Customer Service Excellence Programme kita akan belajar bagaimana perkhidmatan kita kepada pelanggan kita dari masa ke semasa.Dengan ini kita perlu bekerjasama untuk menjayakan kempen ini. (President AVON Malaysia,Thailand &Vietnam - Mr. Mansoor Bin Wan Abdullah) Didalam negara yang globalisasi, serta kemajuan teknologi dalam bidang perkhidmatan untuk menjadikan Avon sebagai pasaran yang dominan. Pelanggan mempunyai pelbagai pilihan untuk membuat keputusan membeli dan belajar bagaimana cara untuk membuat perniagaan menerusi sistem MLM. Di AVON kita mempunyai seramai 330,000 orang wakil penjual Avon yang sangat inginkan mimpi yang indah, untuk mencapai kejayaan dalam perniagaan AVON.Kita adalah pemimpin untuk membawa mereka menempah kejayaan dalam perniagaan AVON .(Human Resource Director Avon Mr. Azlan Bin Ismail)

Pengurusan Kewangan

Visi Kita. Visi Kita mewakili aspirasi unggul kita. Inilah niat kita, kita wujud sebagai satu syarikat dan ia mencerminkan amalan kita di dunia. AVON keranamu wanita. Menjadi syarikat yang benar-benar memahami dan memenuhi kehendak wanita melalui kepuasan barangan dan perkhidmatan di seluruh dunia. Kita komited untuk mengunjungi lebih ramai wanita dan melayani mereka lebih sempurna Dari mana-mana syarikat di dunia,dengan memupuk nilai hormat,percaya serta prihatin dan menjalinkan pertalian sepanjang hayat.

Pengurusan Kewangan

Misi Kita Misi kita menentukan matlamat jangka panjang terhadap mereka yang kita berkhidmat: Pelanggan kita,Wakil kita, Rakan Sekerja kita, Pemegang Saham kita dan wanita dimana jua mereka berada. Misi kita adalah menyambungkan Visi kita kepada rancangan perniagaan seperti yang dicatat pada Agenda Operasi Tahunan dan strategi korporat. Misi kita adalah untuk menjadi: 1) Pemimpin Kecantikan Dunia Kita akan membina satu rangkaian jenama kecantikan dan yang berkaitan. Ia akan mendahului pesaing-pesaing kita dalam kualiti,inovasi dan nilai serta meningkatkan imej untuk menjdai syarikat kecantikan yang dirujuk oleh setiap wanita di seluruh dunia. 2) Pilihan Wanita Kita akan menjadi butik destinasi wanita,menawarkan kemudahan beraneka jenama dan saluran perniagaan serta menyediakan pengalaman membeli-belah serba canggih dan peribadi yang menjalin pertalian pelanggan sepangjang hayat. 3) Penjual Langsung Terunggul Kita akan memperluaskan kewujudan kita dalam jualan langsung dan menerajui usaha penciptaan semula saluran perniagaan,menawarkan satu peluang usahawan yang memberi pendapatan lumayan,pengiktirafan,perkhidmatan dan sokongan, menjdaikan ia mudah dan beruntung dapat bersama Avon dan meningkatkan imej industri kita. 4) Tempat Kerja Terbaik Kita akan dikenali diatas daya kepimpinan kita yabg berteraskan kesetiaan terhadap piawai kerja berkualiti,penghormatan terhadap kepelbagaian dan komitmen kita terhadap peluang besar untuk memajukan kerjaya supaya rakan sekerja dapat mencapai potensi terhebat.

Pengurusan Kewangan

5) Yayasan Wanita Terbesar Kita akan menjadi juara global yang komited terhadap kesihatan dan kesejahteraan wanita menerusi usaha kebajikan yang menghapuskan kanser payudara dari muka dunia ini dan menyerahkan kuasa ke tangan wanita untuk mencapai kebebasan ekonomi. 6) Syarikat Paling Disegani Kita akan memberi pulangan paling lumayan kepada pemegang-pemegang saham kita melalui usaha gigih terhadap peluang-peluang pembangunan yang baru sambil terus membaiki tahap keuntungan kita satu syarikat beretika dan bertanggungjawab sosial yang diperhatikan dan dicontohi sebagai satu model kecemerlangan.

Pengurusan Kewangan

Nilai Kita Lima nilai asal kita iaitu Amanah,Hormat,Percaya,Insan dan Piawaian Cemerlang telah teruji zaman-berzaman dan merupakan sebahagian daripada warisan Avon. Pada masa yang sama, kita percaya pada nilai baru Maruah akan membantu menunjangkan Avon dalam dunia yang semakin mendesak dan kompleks ini. Bergerak maju, maruah adalah satu komitmen terhadap piawaian beretika cemerlang,mengambil tempatnya sebagai asa wakil Avon. Sementara Piawaian Cemerlang kini dimasukkan ke Misi Avon sebagai sebahagian daripada kepimpinan gemilang kita. Lima Nilai Avon Amanah kita mahu tinggal dan bekerja di satu suasana dimana perhubungannya terbuka dimana masyarakatnya rasa bebas mengambil risiko, memberi pandangan dan bercakap benar mengikut kaca mata mereka sendiri. Bila anda percaya mereka melakukan perkara yang betul dan mereka memahamisebab dan falsafah yang didokong maka mereka tidak akan mengecewakan anda. Hormat membantu kita menilai perbezaan,menghargai kualiti unik yang ada pada diri seseorang. Melalui nilai hormat ini kita membantu menonjolkan bakat mereka. Percaya adalah teras kepada kuasa yang diberikan kepada Rakan Sekerja. Inin membolhkan mereka menunaikan tanggungjawab dengan cemerlang. Bila anda percaya kepada seseorang dan laksanakannya maka orang tersebut akan membuktikan anda betul. Insan anda tidak sentiasa betul anda tidak mepunyai segala jawapan dan anda puntahu. Anda sama seperti rakan sekerja anda dan anda tidak takut memohon pertolongan. Maruah menjadi tunggak kepada setiap Rakan Sekerja Avon. Dalam usaha merancang serta menilai piawai etika cemerlang dan melakukan perkara yang betul, kita melaksanakan satu amanah, bukan saja kepada wakil dan pelanggan dalam masyarakat yang kita bekerja tapiu juga kepada rakan-taulan dan diri kita sendiri.

Pengurusan Kewangan

Prinsip Kita Prinsip yang memimpin kita seperti yang dinyatakan oleh Pengasas kita,telah menjadi satu sumber kekuatan setiap detil sejarah gemilang Avon dan kekal di hati sanubari kita. Bila kita berhenti dan menoleh ke belakang dan kemudian ke hadapan,saban hari kita boleh lihat kuasnya peluang yang ada, namun kita takut mencapai hasil yang sepatutnya dari ruang terbuka di hadapan kita ~ Pengasas Avon ( David H. McConnell). Prinsip Yang Memimpin Avon Kenyataan dari Pengasas Kita

Menyediakan setiap individu satu peluang pendapatan dalam menyokong kebahagiaan dan kesejahteraan mereka. Berkhidmat kepada keluarga diseluruh dunia melalui barangan berkualiti yang disokong dengan jaminan kepuasan. Menawarkan satu perkhidmatan pelanggan yang cemerlang dalam semangat tolong menolong dan bersopan-santun Memberi pengiktirafan kepada pekerja dan wakil dimana sumbangan mereka terhadap Avon amat diharapkan. Berkongsi sesama sendiri penghargaan hasil sari pertumbuhan dan kejayaan Menunaikan tanggungjawab sebagai warga korporat dengan menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat dan persekitan saetempat. Mengekalkan dan memupuk semangat setia kawan Avon.

Pengurusan Kewangan

Sejarah Produk Avon Avon Produk mempunyai jualan diserata dunia mencecah 4.5 Billion USD,dan menjadikan Avon sebagai Peneraju Syarikat Kecantikan didunia. Jenama Avon yang mana merupakan sebuah syarikat yang paling besar pasarannya untuk wangian dan juga penjagaan badan telah berkembang dengan pesatnya diserata dunia. Avon juga mempunyai pasaran di 120 buah negara didunia dan mempunyai pekerja melebihi 30,000 orang ,serta mempunyai organisasi lebih dari 1.9juta ahli. Syarikat Avon ini diusahakan di New York City pada tahun 1886 oleh David H. McConnell. Beliau memberi nama California Perfume Co. kerana beliau merasakan nama tersebut sesuai di hati setiap penduduk New York City. McConnell telah menjual buku dari rumah ke rumah. Beliau juga telah medapat idea untuk membawa produknya dijual melalui pintu ke pintu dan mendapat tempahan dari pelanganpelangan. Oleh yang demikian, beliau telah berhasrat menjual wangian-wangian dan penjagaan badan melalui kaedah dari jualan rumah ke rumah. Oleh kerana mendapat pulangan yang sangat bagus ,beliau akhirnya melebarkan sayapnya dan meluaskan pasaran barangannya ke serata New York City. Akhirnya beliau berjaya dan menjadi orang yang terkenal dan profesional. Kemudian ,beliau mengambil keputusan untuk mencari pekerja wanita untuk urusan jualan dan khidmat di kaunter .Dengan idea yang sangat bernas itu beliau telah mendapat keuntungan sebanyak 2juta pada tahun 1926. Selepas 60 tahun syarikatnya telah beroperasi, beliau akhirnya mengambil keputusan untuk meluaskan empayar syarikat ke serata dunia pada tahun awal 1950.

Pengurusan Kewangan

Dunia Avon dan jenis perniagaan Dunia Avon telah berkembang pesat dan telah dibahagikan kepada 6 bahagian (Commercial Business Units) yang mana telah beroperasi dan berpusat di China, Asia Pasific,Latin Amerika, North Amerika, Western and Eastern Europe & Central Europe,Middle East and Africa. Avon merupakan sebuah syarikat kosmetik yang terunggul dan telah dibawa ke Malaysia pada tahun 1977, dengan seramai 412 orang pekerja pada tahun tersebut. Syarikat Avon ini adalah syarikat monopoli. Serta mempunyai ahli seramai 300,000 orang termasuk Semenanjung Malaysia ,Sabah dan Sarawak. Jenis perniagaan Avon adalah berunsurkan wangi-wangian ,penjagaan badan dan muka,penjagaan kesihatan,aksesori, pakaian dalaman wanita & juga gincu bibir wanita.Struktur pasaran Avon mengunakan kaedah Multi Level marketing(MLM) dan juga cara jualan persendirian serta kumpulan. Avon mempunyai 180 buah butik di Semenanjung Malaysia ,termasuk Sabah dan Sarawak. Setiap butik telah diseragamkan dan mempunyai kakitangan yang diusahakan oleh pemilik butik itu sendiri. Avon mempunyai sebanyak 24 kempen setahun iaitu sebulan akan mengeluarkan 2 kempen (buku risalah untuk pelanggan). Setiap keluaran kempen akan mempunyai sasaran jualan purata sebanyak RM 19juta setiap bulan. Pembekalan produk Avon Malaysia adalah diimport dari negara Filipina,Thailand dan Vietnam dimana harga yang di bekalkan disana lebih murah dibandingkan dibuat di Malaysia. Avon Malaysia hanya menjadi pembekal kepada setiap stokis-stokis atau butik-butik Avon di Malaysia. Untuk permulaan membuka butik Avon adalah sekitar RM 250,000. Cara Butik-butik mendapatkan bekalan dari Avon melalui kaedah jual dahulu kemudian bayar, dan peratus keuntungan setiap produk adalah sebanyak 20%.

Pengurusan Kewangan

Avon Beauty Boutique

Avon Customer relationship


Avon Associates Dealers Call Centre

Avon Customer relationship mempunyai 3 bahagian iaitu Avon Beaty Boutique, Call Centre dan Avon Associates. Sasaran Avon ialah untuk menjadikan perkidmatan khidmat pelanggan yang terbaik di Malaysia. Di pihak pemasaran pula,selain daripada menyediakan barangan bernilai tinggi pada harga istimewa,Avon melancarkan 6 Program Super Hit untuk mereka meingkatkan jualan peribadi dan kumpulan dengan barangan kecantikan Avon iaitu haruman Eternal Magic dan Fergie,barangan jagaan kulit ANEW White,mekap Smooth Mineral Lipstick , Avon Color Mega Impact ( Contoh untuk proses pembelian barangan Avon) di bawah dan terakhir sekali jagaan peribadi Avon Baby.

Pengurusan Kewangan

KONSEP, KLASIFIKASI DAN PENGANGGARAN KOS

2.1 PENDAHULUAN Dalam bab ini, kita akan menghuraikan secara komprehensif tentang konsep asas kos. Kita akan cuba menjelaskan pelbagai jenis kos yang digunakan bagi tujuan yang berbeza didalam mengurus aktiviti sesebuah organisasi. Bagi memudah perbincangan konsep asas kos, kos-kos ini diklasifikasikan berasaskan objektif kos i e. penilaian inventori, pembuatan keputusan dan kawalan Juga, kita akan cuba memberi contohcontoh berkaitan dengan jenis kos yang dibincangkan nanti. Di bawah objektif kos pembuatan keputusan, pengasingan kos kepada tetap clan berubah adalah penting bagi melihat respon kos terhadap perubahan aktiviti. Tetapi, jika kos tersebut mempunyai elemen tetap dan berubah ataupun dikenali sebagai kos campuran, kaedah pengasingan diperlukan. Kaedah yang akan kita pelaj-an' dalam pelajaran ini ialah Kaedah Tinggi Rendah. 2.2 KEPENTINGAN MAKLUMAT KOS KEPADA PIHAK PENGURUS. Apabila seseorang pengurus hendak melaksanakan fungsi-fungsi pengurusan i.e. perancangan, kawalan clan pembuatan keputusan, beliau memerlukan maklumat, di antaranya maklumat yang disediakan oleh akauntan pengurusan. Kebanyakan daripada makiumat ini adalah berfokuskan kepada kos-kos yang dilibatkan di dalam sesebuah orgarusasi. Sebagai ilfustrasi, cuba bayangka;i diri anda sebagai seorang pengurus penerbangan Sistem Penerbangan Malaysia. Ketika merancang untuk merangka jadual perjalanan penerbangan bagi tempoh sebulan, sudah tentu maklumat kos mengenai minyak, gaji kakitangan anak kapal, yuran pendaratan lapangan terbang clan hidangan di dalam kapalterbang perlu diambilkira. Begitu juga dari aspek kawalan ke atas setiap penerbangan, anda perlu mengetahui kos perkhidmatan yang dilibatkan dimana pengukuran dan pengenalpastian kos dilakukan secara berhati-hati oleh akauntan pengurusan. Dalam pembuatan keputusan, contohnya menentukan harga jualan tiket sesebuah penerbangan, anda juga memerlukan maklumat mengenai kos untuk menyediakan perkhidmatan penerbangan. Illustrasi di atas hanya memfokus kepada satu situasi tertentu iaitu syarikat penerbangan. Jenis kos yang dilibatkan akan berbeza dari satu syarikat ke satu syarikat. Oleh itu, pelajaran ini akan dapat memberi kefahaman kepada anda mengenai pelbagai jenis kos yang dilibatkan di dalam organisasi. Kefa}iaman anda mengenai konsep asas dan klasifikasi kos akan meningkatkan keupayaan melaksanakan fungsifungsi pengurusan kelak.

10

Pengurusan Kewangan

2.3. MAKSUD PERKATAAN KOS, BELANJA DAN ASET Perakaunan kos dan pengurusan seperti lain-lain disiplin mempunyai perbendaharaan kata tersendiri. Mempelajari perbendaharaan kata ini amat penting bagi memahami konsep dan prosedur yang akan dibincangkan di dalam kursus ini. Dua istilah yang seringkali digunakan adalah kos dan belanja. Walaupun kedua-dua istilah ini selalu digunakan secara sinonim bagi tujuan kemudahan, tetapi terdapat perbezaan teknikal di antaranya. Kos merupakan sumber yang dikorbankan (dalam bentuk nilai wang atau nilai persamaan wang) untuk mendapatkan keluaran dan perkhidmatan yang akan memberi faedah semasa atau masa hadapan kepada organisasi Dikatakan nilai persamaan wang kerana terdapat kemungkinan bahawa aset bukan tunai; e.g. tanah ditukarkan dengan keluaran e.g. peralatan. Apabila kos lrij diluputkan atau digunakan bagi proses menjanakan hasil, kos luput tersebut dikatakan sebagai belanja. Belanja ini akan ditolak dari hasil dalam setiap tempoh perakaunan bagi rrlenentukan keuntungan. Kos-kos yang tidak luput atau digunakan dalam manamana tempoh masa, kos ini diklasifikasikan sebagai aset dan akan dilaporkan di dalam Kunci Kira-Kira. Telitikan transaksi-transaksi berikut: 1. Syarikat Pengilangan ABC Bhd membeli bahan mentah berharga RM50,000 pada lhb Mac, 1997. Pembelian RM50,000 bahan mentah tersebut merupakan kos kerana ia akan memberi faedah masa hadapan apabila bahan tersebut digunakan untuk proses pengeluaran kemudian. -' 2. Pada lOhb Mac 1997, bahan mentah sebanyak KM20,000 digunakan bagi tujuan pemprosesan. Ini bermakna kos sebanyak RM20,000 telah menjadi belanja kerana kos tersebut telah luput atau digunakan. Jumlah 'rni akan diklasifikasikan di dalam Penyata Pendapatan. 3. Pada 30 hb Mac 1997, baki inventori yang masih belum diguna adalah RM30,000 dan masih mempunyai potensi menjanakan hasil. Jumlah ini akan diklasifikasi di dalam Kunci Kira-Kira sebagai aset. 2.4 KOS BERBEZA BAGI TUJUAN BERBEZA Perkataan kos akan mempunyai maksud berbeza bergantung kepada kontek situasi di mana ia digunakan. Kos-kos data yang diklasifikasikan dan direkodkan bagi sesuatu tujuan mungkin tidak bersesuaian bagi tujuan lain. Sebagai contoh, kos-kos yang dilibatkan didalam pengeluaran petroleum pada tahun lepas adalah penting untuk mengukur pendapatan Mobil Bhd. pada tahun tersebut. Tetapi, bagi merancang operasi kilang penapisan bagi tahun hadanan, kos-kos ini tidak bersesuaian digunakan jika kos minyak adalah berbeza secara signifikan atau kaedah memproses petroleum telah diperbaiki Apa yang ingin kita tekankan ialah kos berbeza akan diaplikasikan bagi tujuan berbeza. Memahami konsep clan klasifikasi kos membolehkan akauntan pengurusan menyediakan data bersesuaian dengan keperluan pengurus.

11

Pengurusan Kewangan

2.5 KLASIFIKASI KOS Seperti yang telah dinyatakan di bahagian pendahuluan, kos-kos yang dilibatkan di sesebuah organisasi boleh dikiasifikasj.mengikut objektif kos iaitu penilaian inventori, pembuatan keputusan dan kawalan. 2.5.1 OBJEKTIF KOS PENILAIAN INVENTORI Bagi objektif kos penilaian inventori, kos-kos dilibatkan akan diklasifikasi mengikut fungsi pemiagaan yang dilaksanakan. Memandangkan organisasi perkilangan mempunyai fungsi perniagaan dan kos-kos yang lebih komplek dibandingkan dengan organisai perkhidmatan dan pembarangarrs kita akan lebih menumpukan kepada jenis operasi perkilangan untuk mengilustrasi klasifikasi kos mengikut fungsi pemiagaan. Walaupun begitu, kebanyakan konsep adalah sama dan boleh diapplikasikan di dalam organisasi bukan perkilangan. Di dalam organisasi perkilangan, klasifikasi kos boleh dikategorikan sebagai perkilangan, jualan dan pentadbiran. Kos perkilangan termasuk semua kos yang diperlukan untuk memperolehi bahan mentah daripada pembekal dan menukarkan bahan tersebut kepada keluaran barang siap boleh jual. Kos jualan adalah semua kos yang dilibatkan untuk memasarkan keluaran siap, seperti pengiklanan, gaji jurujual dan caj penghantaran kepada pelanggan. Kos pentadbiran pula merupakan kos-kos yang diperlukan bagi mengurus hal ehwal organisasi termasuk gaji eksekutlf, perkhidmatan perakaunan clan bekalan pejabat am. Langkah seterusnya kita perlu menentukan manakah kos yang perlu diinventori sebagai aset di dalam kunci kira-kira clan manakah kos yang akan ditolak daripada hasil di dalam penyata kewangan. Kos keluaran @, kos produk adalah kos yang dilibatkan untuk menghasilkan inventori bagi tujuan penjualan semula. Kos-kos ini akan diinventorikan sebagai aset sehingga keluaran dijual. Pada titik jualan, kos keluaran telah digunakan untuk menjanakan hasil; oleh itu tidak mendatangkan faedah lagi kepada syarikat dan dibelanjakan di dalam penyata pendapatan bagi tempoh tersebut. ' Kos tempoh @ kos semasa merupakan kos-kos bukan keluaran clan boleh dikenaI secara khusus dengan tempoh masa. Urutan dari itu, kita dapati kos-kos ini tidak diinventorikan dan dicajkan sebagai belanja pada tempoh masa ia dilibatkan selaras dengan prinsip pcmadanan belanja dengan hasil. Di dalam organisasi perkilangan, kesemua elemen kos perkilangan yang diperlukan t;ntuk mengeluarkan keluaran dalam bentuk boleh dijual dianggap sebagai kos keluaran. Kos pefkilangan ini akan diinventori sebagai aset di dalam kunci kira-kira sehingga ia dijual. Apabila keluaran dial, kos perkilangan ini dip'indahkan sebagai belanja di bahagian kos barang dijual di Penyata Pendapatan Kos bukan keluaran atau kos tempoh yang boleh dicaj kepada tempoh masa khusus diklasifikasikan sebagai belanja jualan atau pentadbiran bergantung kepada kefungsian; dan dibelanjakan pada tempoh penyata pendapatan tersebut disebabkan kos-kos ini tidak dilibatkan untuk mengeluarkan keluaran boleh dijual semua.
12

Pengurusan Kewangan

Organisasi pembarangan jika kita fikirkan, kos keluaran hanya terdiri daripada kos perolehan inventori barangniaga disebabkan inventori ini telah pun bersedia untuk dijual. Lain-lain kos dicaj kepada tempoh masa khusus sebagai belanja jualan atau pentadiran (secara kolektif dikenali sebagai belanja operas:). Organisasi perkhidmatan pula; sebagai contoh klinik perubatan atau agen insuran tidak mempunyai kos keluaran kerana kos perkhidmatan tidak boleh diinventorikan. Oleh itu, kesemua kos adalah kos tempoh disebabkan ia dibelanjakan dengan perakaunan akruan di dalam tempoh masa khusus ia dilibatkan. Jadual 2.1 menunjukkan ringkasan jenis kos keluaran dan kos semasa bagi setiap jenis organisasi. Organisasi Kos Keluarnn Kos Semasa @ Tempub

Pembarangan Kos perolehan inventori barangniaga (kos Kos-kos lain e. belian inventori termasuk insuran, duti g. Kos pengiklanan, impot) pentadbiran Perkilangan Kos perkilangan Kos bukan perkilangan e.g kos pengiklanan, pentadbiran Sernua Kos

Perkhidmatan -

Jadua12.1 Ringkasan Klasifikasi Kos Keluaran dan Kos Tempuh Bagi Setiap Jenis - Organisasi

Sebelum kita membincangkan elemen-elemen kos perkilangan, terdapat dua lagi klasifikasi kos yang perlu diketahui iaitu kos langsung dan kos tak langsung. Kedua-dua klasifikasi kos ini perlu bersandaran kepada kos objek (jabatar., lini keluaran, projek dan sebagainya) untuk menjadi lebih berguna kepada pihak pengurusan. Kos langsung adalah kos-kos yang boleh dikenalpasti secara terus kepada kos objek. Cuba ambil salah satu fakulti di Universiti Kebangsaan Malaysia, katakan Fakulti Pengurusan Perniagaan sebagai kos objek; apakah kos langsung dan kos tak langsung bagi jabatan tersebut? Di sini, kita dapat mengenalpasti gaji professor, pensyarah, setiausaha dan kerani Fakulti Pengurusan Perniagaan adalah kos langsung kerana dapat diieiaki secara pasti kepada jabatan itu. Tetapi, gaji pekerja keselamatan kampus adalah kos tak langsung; tidak dapat dijejaki secara pasti kepada jabatan perakaunan sebaliknya memberi perkhidmatan kepada keseluruhan universiti. Konsep yang sama boleh juga kita aplikasi di dalam organisasi perkilangan bersandarkan kepada fungsi pengeluaran atau keluaran sebagai kos objek. Organisasi perkilangan memerlukan tiga elernen kos perkiiungan untak mengeluarkan keluaran iaitu:

13

Pengurusan Kewangan

1. Bahan Mentah langsung 2. Buruh langsung (Kedua -dua kos adalah kos langsung kepada jungsi pengeluaran alau keluaran ) 3. Overhed perkilangan ( araupun kos rak langsung kepada;ungsi pengeluaran atau keluaran ) Bahan mentah yang boieh dikenalpasti secara terus kepada keluaran sebagai sebahagian daripada keluaran siap adalah dikenali sebagai bahan mentah langsung, Aluminium di dalam industri automobil, dan silicon chip di dalam industri mikro komputer merupakan sebahagian contoh bahan mentah langsung. Pembayaran kepada pekerjapekerja dimana masa dan usahanva boleh dikenalpasti secara terus kepada keluaran merupakan buruh langsung. Contoh buruh langsung ialah gaji operator pemasangan silicon chip di dalam organisasi perkilangan mikro komputer. Overhed pericilangan pula merupakan kos-kos perkilangan selain daripada bahan mentah langsung dan buruh langsung. Ini termasuk koskos seperti buruh tak langsung (penyelia kilang), bahan langsung (amaun kecil bagi gam atau paku) clan lain -lain kos perkilangan yang tidak boleh dikenalpasti secara terus kepada sesuatu keluaran (insuran kilang, cukai harta kilang, susutiulai kilang, kos lebih masa, utiliti). Jumlah kedua-dua bahan mentah langsung dan buruh langsung membentuk satu lagi istilah kos iaitu kos prima. Kos periukaran ialah jundah kos buruh langsung dan kos overhed. Kos pertukaran boleh ditafsirkan sebagai kos penukaran bahan mentah langsung kepada keluaran akhir. Rajah 2.2 menujukkan ringkasan elemen-elemen kos perkilangan yang telah dibincangkan.

2.5.2 OBJEKTIF KOS PEMBUATAN KEPUTUSAN A. Tingkah Laku Kos Salah satu gambaran yang ingin diketahui oleh pengurus apabila menilai keputusan berkaitan dengan keseluruhan keuntungan syarikat ialah bagaimana perubahan unit jualan atau unit pengeluaran akan memberi kesan ke atas keuntungan itu. Bagi membolehkan pengurus melihat gambaran tersebut, beliau mesti meramal apakah yang akan terjadi kepada kos-kos apabila tahap aktiviti di ubah. Setiap kos diklasifikasi mengikut tingkah laku sendiri, dimana ia mengukur sebanyak mana jumlah kos berubah apabila tahap aktiviti berubah. Kos-kos berkaitan dengan aktiviti merupakan kos-kos yang disebabkan oleh aktiviti tersebut. Oleh itu, kita perlu berhati-hati dalam memilih ukuran tahap aktiviti dan ukuran yang dipilih mestilah merupakan faktor penyebab kepada kos aktiviti tersebut. Faktor yang menyebabkan @ mengerakkan kos aktiviti adalah dipanggil pengerak kos. Sebagai illustrasi, jika kerja-kerja di lini pengeluaran di dalam persekitaran perkilangan berintensif buruh merupakan aktiviti, maka kos-kos buruh langsung yang dilibatkan adalah disebabkan oleh aktiviti tersebut. Oleh itu, adalah lebih logikal jika kita memilih jam buruh langsung sebagai pengerak kos berbanding dengan unit keluaran. Aktiviti bukan sahaja merujuk kepada unit keluaran atau bilangan perkhidmatan tetapi juga lainlain pengerak kos seperti jam buruh langsung atau jam mesin langsung
14

Pengurusan Kewangan

Secara tipikal, tiga kategori umum tingkah laku kos boleh dikenalpasti iaitu 1. kos tetap 2. kos berubah 3. kos campuran Kos Tetap Kos tetap merupakan kos yang secara jumlah amaunnya tidak berubah atau malar apabila tahap pengerak kos @ tahap aktiviti berubah. Untuk mengilustrasikan tingkah laku kos tetap, lihat contoh syarikat pengeluar basikal Mountainbike. Definisikan pengeluaran basikal sebagai aktiviti dan. pengerak kosnya adalah unit keluaran basikal. Syarikat berupaya mengeluarkan 1,000 basikal sebulan. Salah satu kos aktiviti yang disebabkan oleh aktiviti pengeluaran basikal adalah belanja susutnilai peralatan kilang sebanyak RM10,000 sebulan.. Berikut ialah belanja susutnilai bagi tahap pengeluaran berbeza. SYARIKAT MOUNTAINBIKE Susutnilai peralatan Unit Keluaran kilang RM10,000 RM10,000 RM10,000 RM10,000 1 10 100 1000 RM 10,000 RM 1,000 RM 100 RM 10 Kos Unit

Dari contoh di atas, kita dapati bahawa belanja susutnilai kekal malar walaupun ia mengeluar 1, 10, 100 atau 1000 buah basikal. Tetapi, perlu diingat bahawa kos ini dianggap tetap hanya pada sesuatu julat unit pengeluaran tertentu. Julat ini, yang disebut sebagai julat revelan, dimana andaian berhubung dengan tingkah laku kos adalah sah. Selepas julat ini, kos tetap akan bertukar. Jika pengeluaran ditingkatkan kepada 1,100 buah basikal, peralatan kilang tambahan diperlukan dan sejumlah belanja susutnilai yang baru Juga dilibatkan. Oleh itu pada tahap pengeluaran 1,100 buah basikal, belanja susutnilai bukan lagi RM 10, 000 sebulan. Di dalam.contoh di atas, kos tetap seunit berubah apabila terdapat perubahan di dalam tahap aktiviti. Apabila tahap aktiviti ditambah, kos tetap akan menjadi lebih kecil, dan begitu sebaliknya apabila tahap aktiviti berkurangan. Kita akan dapat gambaran tambahan mengenai tingkah laku kos tetap dengan menggunakan Rajah 2.3.
15

Pengurusan Kewangan

Kos Berubah Kos berubah pula didefinisikan sebagai kos yang jumlahnya berubah dengan kadar terus kepada perubahan di dalam unit aktiviti. Menggunakan contoh syarikat yang sama, Syarikat Mountainbike, setiap buah basikal memerlukan satu unit bahan langsung tempat duduk plastik. Andaikan juga aktiviti adalah pengeluaran basikal dan pengerak kos ialah unit basikal Setiap unit bahan mentah adalah berkos RM10.00. Berikut adalah kos bahan mentah tangsung bagi pelbagai tahap unit pengeluaran. SYARTKAT MOUNTAINBIKE Jumlah Kos Bahan Mentah RM 5 RM 50 RM 500 RM5000 1 10 100 1000 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 Unit Keluaran Kos Unit

Perhatikan bahawa meskipun jumlah kos berubah ini mengalami perubahan akibat perubahan tahap ak-tiviti pengeluaran, tetapi kos berubah seunit adalah tetap iaifu RM5.00 bagi mana -mana tahap aktiviti pengeluaran. Keluk kos berubah dan keluk kos berubah seunit digambarkan seperti Rajah 2.4. 10 100 1000 10 100 1000 buah basikal buah basikal Rajah 2.4 Hubungan antara Kos Berubah (Jumlah & Seunit) Dengan Aktiviti Di antara kos berubah bagi syarikat perkilangan adalah kos buruh langsung, bekalan, dan konusen jurujual, dan bagi syarikat peruncitan adalah kos barang dijual. Kos Campuran Kos campuran merupakan kos yang terdiri daripada komponen kos tetap dan berubah. Sebagai contoh, seorang operator pengeluaran Syarikat Mountainbike memperolehi gaji tetap bulanan RM400 disamping upah RM10 diberikan bagi setlap unit keluaran. Bayaran kepada operator pengeluaran ini merupakan kos campuran di mana terdapat komponen kos tetap (gaji bulanan) dan kos berubah (upah). Ini bermakna sepanjang
16

Pengurusan Kewangan

julat relevan aktiviti pengeluaran andaikan 1 sehingga 100 unit keluaian, syarikat perlu membayar sejumlah gaji sebanyak RM400 kepada seorang operator tanpa mengambilkira unit keluaran dapat disiapkan oleh seseorang operator. Jika seunit keluaran dapat disiapkan oleh operator, tambahan upah RMIO diperolehi, 10 unit keluaran dapat disiapkan tambahan upah RM100, 100 unit keluaran dapat disiapkan tambahan upah RM1,000 dan seterusnya dengan kos berubah seunit yang tetap iaitu RM10. Berikut merupakan bayaran kepada seorang operator pengeluaran berhubungkait dengan tahap pengeluaran yang berbeza. SYARIKAT MOUNTAINBIKE Gaji Tetap Bulanan RM400 RM400 RM400 Kos berubah Jumlah KosUnit keluaran upah. RM 10 RM 100 RM 1000 RM410 RM500 RM 1400 1 10 100 Jumlah Bayaran Operator Seunit RM410 RM 50 RM 14

Secara graf, kos campuran di wakili oleh garisan yang bersiiang pada paksi X ( di dalam contoh ini RM400). Rujuk Rajah 2.5

Kos campuran mungkin merupakan kos separa tetap ataupun kos separa berubah. Tingkah laku kos separa tetap ialah kos adalah tetap pada satu tahap dan kemudian ianya menjadi berubah. Sebagai contoh, bayaran telefon bagi 100 panggilan pertama adalah tetap -M40 dan panggilan yang melebihi 100 panggilan akan dicaj pada kadar RM0.50 setiap panggilan. Ini boleh diga;nbar secara gambarajah seperti di Rajah 2.6 berikut. Kos separa berubah pula sebaliknya, iaitu kos tersebut berubah pada tahap tertentu dan kemudian ianya menjadi tetap. Ini boleh dilihat di dalam situasi pembayaran upah kepada seorang operator RMSO seunit sehingga 10 unit maksima. Oleh itu upah maksima yang diterima oleh operator adalah RM500.

Bagi membolehkan kos campuran dirancang dan dikawal, kos ini mestilah diasingkar, kepada komponen tetap dan berubah. beberapa teknik boleh kita gunakan untuk pengasingan kos campuran. Di antaranya ialah Kaedah Tinggi Rendah, Analisis Lini Regressi, Kaedah Kuasa Dua Terendah dan Gambarajah Taburan Walau bagaimanapun kita hanya akan membincangkan Kaedah Tinggi Rendah.

17

Pengurusan Kewangan

Kaedah Tinggi Rendah memilih dua titik yang akan digunakan untuk mengira parameter kos tetap dan kos berubah Dua titik yang dipilih merupakan titik tertinggi dan titik terendah. Titik tertinggi didefinisikan sebagai titik yang mempunyai tahap aktiviti tertinggi. Manakala, titik terendah didefinisikan sebagai titik yang mempunyai tahap aktiviti terendah. Berikut merupakan data berkaitan kos utiliti sebulan Syarikat Makmur pada tahap pengeluaran berbeza. Bulan Jan Feb Mac April Unit (X) 6000 7000 8000 9000 Kos Utiliti (Y) 6 500 6 500 7 000 8,000

Biarkan (Xi, Yi) sebagai titik terendah dan (X2, Y2) sebagai titik tertinggi. Daripada data di atas:Titik terendah - (Xi, Yi) ---> (6000, RM6500) Titik tertinggi - (X2,Y2) ---> (9000, RM8000) Kos berubah seunit diperolehi dengan mencari kecerunan persamaan. Perubahan dalam Kos Kecerunan = Perubahan dalam Aktiviti (Y2 Y1) = (X2 X1) (RM8000 - RM6500) = (9000 - 6000) = RM 1500 3000

18

Pengurusan Kewangan

= RM0.5 seunit

Elemen kos tetap dikira dengan menggunakan jumlah kos samada pada (X1,Y1) ataupun (X2, Y2) Komponen kos tetap = Jumlah Kos - Kos Berubah = RM8000 - RM0.5 (9000 unit) = RM8000 - RM4500 = RM3,500

Oleh itu, formula kos menggunakan Kaedah Tinggi Rendah Y = RM3,500 + RM0.5X Ini bermakna jika pengeluaran pada bulan April ialah 10,000 unit maka diramalkan kos keseluruhan adalah RM8,500; kos tetap RM3,500 dan kos berubah RM5,000. B. Kos Relevan dan Kos Tak Relevan Satu lagi konsep yang berguna kepada pihak pengurusan dalam membuat keputusan adalah kerelevanan. Kos relevan merupakan kos masa hadapan yang akan berbeza daripada satu alternatif kepada satu alternatif. Manakala kos tak relevan adalah kos yang tiada bezanya diantara kesemua alternatif Sebagai contoh, jika pihak pengurusan bercadang untuk menentukan mana satu di antara dua mesin yang akan dipilih, kos bahan langsung kemungkitian relevan atau kemungkinan tidak relevan? Sekiranya kos bahan langsung RN::O sekg diperlukan bagi kedua-dua mesin tersebut, kos bahan langsung adalah kos tak relevan. Tetapi jika satu mesin boleh beroperasi dengan bahan langsung berkos hanya RM8 sekg, sementara mesin yang lagi satu memerlukan kualiti bahan mentah yang tinggi berkos RM12 sekg, kos bahan langsung merupakan kos relevan. Kos tenggelam juga dianggap sebagai kos tak relevan. Kos tenggelam ialah kos yang telah dibayar dan tidak dapat dipulihkan. Susutnilai peralatan merupakan kos tenggelarn, di mana, sebagai contoh amaun susutnilai peralatan RM200 sebulan merupakan pengagihan semula kos pembelian peralatan RM12,000 yang dibeli 3 tahun lalu Oleh yang demikian kos peralatan sebenarnya telah pun dilibatkan dan amaun susutnilai ini tidak akan memberi kesan kepada sebarang keputusan yang akan dibuat. Pengurus juga perlu mengetahui satu lagi konsep kos yang berkaitan dengan aktiviti pembuatan keputusan iaitu kos melepas. Kos melepas adalah manafaat yang dilepaskan atau dikorbankan apabila satu alternatif dipilih ke atas satu alternatif yang lain. Jika syarikat mengambil keputusan untuk melabur RM 100,000 di dalam inventori daripada melabur jumlah tersebut ke dalam pelaburan produktif yang boleh memberi
19

Pengurusan Kewangan

pulangan 12% setahun, kos melepasnya adalah faedah yang akan diterima daripada pelaburan produktif iaitu RM12,000 (0.12 x.RM100,000). Dalam mempertimbangkan sesuatu keputusan, kos melepas merupakan kos relevan kerana ia merupakan kos masa hadapan clan berbeza dari satu alternatif ke satu alternatif. Pihak pengurus perlu mendefinisikan secara jelas antara kos relevan dan kos tak relevan supaya mereka tidak membazirkan masa mempertimbangkan kos yang sama yang tidak memberi kesan ke atas mana-mana keputusan yang akan diambil. 2.5.3 OBJEKTIF KOS KAWALAN Penjanaan hasil dan penglibatan belanja di dalam organisasi perlu dikesankan kepada individu yang bertanggungjawab terhadap hasil clan kos tersebut bagi membolehkan penilaian prestasi dilakukan. Ini boleh dicapai melalui Sistem Perakaunan Tanggungjawab, di mana pusat-pusat tanggunjawab bertanggungjawab kepada elemenelemen tertentu di dalam penyata pendapatan. Umumnya terdapat 3 jenis pusat tanggungjawab iaitu : 1. Pusat Kos Pengurus Pusat bertanggungjawab terhadap beianja-belanja pusat tersebut. 2. Pusat Untung Pengurus Pusat bertanggungjawab terhadap kedua-dua hasil jualan dan belanja 3. Pusat Pelaburan Disamping hasil jualan dan belanja, pengunis pusat juga bertanggungjawab terhadap sebahagian keputusan pelaburan. Dalam menganalisa prestasi pengurusan, kesemua hasil clan kos hendaklah diklasifikasikan samada hasil dan kos tersebut dibawah kawalan atau diluar kmvalan pengurus pusat. Pengkiasifikasian ini adalah perlu kerana pada tahap pengurusan tertentu terutarna pengurusan bawahan, terdapat beberapa kos yang diluar kawalannya. Sebagai contoh, kos kos berkaitan dengan pelupusan aset dan penambahan atau pengurangan bilangan pekerja adalah dibawah kawalan pengurus atasan tetapi tidak bagi pengurus bawahan kerana mereka tidak mempunyai kuasa untuk membuat keputusan tersebut. Tanpa pengasingan kos dibawah kawalan dan diluar kawalan maka amatlah sukar untuk menilai prestasi pengurus-pengurus. Tambahan pula, penguruspengurus mungkin akan kehilangan minat didalam mengawal kos apabila mereka mengetahui prestasi mereka dinilai berdasarkan item-item diluar kawalan mereka. Kos dibawah kawalan boleh didefinisikan sebagai kos di mana seseorang pengurus mempunyai pengaruh terhadapnya. Manakala, kos diluar kawalan adalah kos diluar pengaruh pengurus.

20

Pengurusan Kewangan

NOTA RINGKAS OBJEKTIF PFNGKLASIFIKASI: KOS Penilaian Inventori Kos Keluaran / Kos Semasa @ Tempoh Kos Langsung / Kos Tak Langsung Pembuatan Keputusan Kos Tetap / Kos Berubah / Kos Campuran Kos Relevan / Kos Tak Relevan Kos Tenggelam5 Kos,Melepas Kawalan Kos dibawah kawal / Kos diluar Kawal JENIS - JENIS KOS

2.6 RUMUSAN Maklumat kos digunakan bagi pelbagai tujuan pengurusan seperti penilaian inventori, pembuatan keputusan dan kawalan. Berbagai jenis kos yang wujud di dalam organisasi perlu difahami oleh pengurus supaya mereka boleh memilih jenis kos yang betul bagi tujuan-tujuan yang berbeza. Oleh itu, tema " kos berbeza bagi tujuan berbeza" merupakan asas bagi perakaunan untuk pengurusan. Ini bermakna tujuan penggunaan maklumat kos tersebut perlu dikenalpasti secara berhati-hati sebelum memilih apakah jenis kos boleh digunakan. Untuk memenuhi keperluan penggunaan maklumat kos yang berbagai ini, kita mengklasifikasikan kos-kos organisasi mengikut tiga objektif kos iaitu kos bagi penilaian inventori, kos bagi pembuatan keputusan dan kos bagi kawalan. Bagi kos penilaian inventori, kos-kos diklasifikasikan kepada kategori perkilangan dan bukan perkilangan, elemen-elemen kos perkilangan ( kos langsung dan kos tak langsung), kos keluaran dan kos semasa Bagi pembuatan keputusan, kos diklasifikasikan mengikut tingkahlaku kos, kos relevan dan kos tenggelam. Bagi objektif kos terakhir i.e. kawalan, kos-kos di klasifikasikan samada di bawah kawalan atau di luar kawalan.

21

Anda mungkin juga menyukai