Anda di halaman 1dari 14

Metodologi Tafsir Sufi Isyari dalam Haqaiq al-Tafsir

Nazneen binti Ismail Maziah bt Mahmud

Pendahuluan
Konsep tafsir sufi isyari jarang diberi perhatian oleh masyarakat Islam hari ini. Kemunculan praktis dan ucapan-ucapan yang meragukan dari kalangan mereka yang digelar sebagai sufi. Pengaruh keduniaan yang kuat. Kurangnya karya-karya ahli tasawuf.

Karya yang mengkritik dan membuat penilaian ringan terhadap amalan tasawuf dan tarekat lebih diberi perhatian. Di antara kitab tafsir sufi isyari yang ada sehingga hari ini ialah Haqaiq al-Tafsir karangan Imam al-Sulami (m. 412 H).

Pengenalan Tafsir Sufi


Tafsir Sufi Nazari
Tafsiran ahli tasawuf yang sedikit terkesan dengan teori falsafah

Tafsir Sufi Isyari


Dihasilkan oleh ahli sufi yang mendapat panduan secara langsung daripada Allah s.w.t berhubung rahsia-rahsia di dalam al-Quran. Tidak mengabaikan sama sekali maksud zahir Tidak bercanggah dengan alQuran dan Sunnah Mengakui adanya tafsiran lain bagi al-Quran

Tafsiran mereka terkeluar dari maksud zahir ayat Tidak selari dengan syarak Beranggapan bahawa penafsiran bentuk ini sahaja yangbenar.

Tafsir Sufi dari Sudut Syarak


Al-Quran: al-Nisa4: 82, Muhammad 47: 24. Hadis:

Para sahabat: -penafsiran al-Maidah 5:3 -penafsiran al-Nasr 110: 1-3

Syarat Penerimaan Tafsir Sufi Isyari


Tidak menafikan tafsiran dari sudut zahir alQuran. Tiada dakwaan pentafsir bahawa tafsirannya itu paling tepat. Tidak berlaku pertentangan tafsir sama ada dari sudut syarak mahupun akal. Mempunyai penguat (syahid) dari syariat. Meraikan bahasa Arab.

Pengenalan Haqaiq al-Tafsir


Pengarang: Imam al-Sulami Tujuan: memperkenalkan sebuah penafsiran dari sudut ahli tasawuf bentuk

Manhaj: penafsiran sekumpulan para syeikh tarekat terhadap ayat al-Quran dikumpulkan dan disusun mengikut susunan surah.

Pendirian Mengenai Tafsir Zahir


Imam al-Sulami tidak memasukkan penafsiran zahir di dalam kitab tafsirnya sebaliknya hanya mengemukakan tafsir simbolik yang dilakukan oleh ahli sufi lain di samping menyelitkan pendapat beliau sendiri. Namun begitu, ini tidak bermakna beliau menolak sepenuhnya penafsiran zahir. Pendirian ini dapat dilihat menerusi pengakuan beliau dalam mukaddimah kitab ini.

Rangkuman Ayat-Ayat Tafsiran


Imam al-Sulami tidak menafsirkan kesemua ayat al-Quran sebaliknya hanya menafsirkan potongan-potongan ayat tertentu sahaja. Sebahagiannya ditafsirkan secara satu ayat penuh, manakala sebahagian penafsiran hanya dibuat kepada sebahagian ayat sahaja dan dalam beberapa tafsiran cuma satu atau dua kalimah sahaja daripada ayat yang ditafsirkan.

Penafsiran Huruf Muqattacah


Imam al-Sulami menafsirkan separuh daripada kesemua huruf muqattacah iaitu sebanyak 14 huruf muqattacah sahaja. Metode penafsiran beliau: i) penafsiran berpandukan nama-nama Allah s.w.t. ii) sekadar menyatakan bahawa huruf muqattacah mengandungi rahsia al-Quran. iii) terdapat juga unsur israiliyyat dalam penafsiran huruf muqattacah yang dilakukan seperti dalam surah al-Syucara dengan menyebutkan huruf ta sebagai pokok tuba.

Penafsiran beliau ini dilihat lebih cenderung kepada pendapat sebahagian ulama yang menyatakan bahawa huruf muqattacah ini mempunyai tafsiran tersendiri. Ini menunjukkan bahawa tafsiran yang dibuat oleh Imam al-Sulami tidaklah bertentangan dengan pendapat para ulama yang menyetujui adanya al-tafsir bi al-rayi. Tambahan pula, tafsir sufi isyari ini sendiri merupakan sebahagian daripada al-tafsir bi al-rayi.

Petikan Ayat al-Quran dan Hadis Sebagai Penguat (Syahid)


Imam al-Sulami didapati menjadikan ayat al-Quran lain sebagai penguat bagi penafsiran al-Quran yang dibuat. Pendekatan ini pula didapati mempunyai asas dan kesesuaian di antara keduanya. Beliau juga menggunakan hadis sebagai penguat penafsirannya meskipun di antara hadis-hadis yang digunakan tidak tentu statusnya. Namun begitu, sebahagian penggunaan hadis adalah sesuai dijadikan sebagai dalil bagi tafsir yang dibuat manakala sebahagian lagi tidak begitu menepati namun tidaklah tersasar jauh daripada maksud zahir ayat.

Pernyataan Asbab al-Nuzul


Imam al-Sulami secara umumnya tidak menjelaskan sebab penurunan ayat bahkan beliau lebih fokus kepada penafsiran ayat semata. Ini berikutan tujuan utama beliau menghasilkan kitab ini adalah untuk mengetengahkan tafsiran daripada ahli tasawuf. Beliau juga berpendapat bahawa perkara ini telah pun dibincangkan oleh mufassir lain dalam kitab tafsir mereka.

Kesimpulan
Kitab Haqaiq al-Tafsir karya Imam al-Sulami adalah termasuk di antara tafsir sufi isyari yang menepati syarat keharusan penerimaan di kalangan para mufassir. Fokus kitab ini ialah mengetengahkan tafsiran simbolik ahli tasawuf tanpa menafikan tafsir zahir. Kitab ini juga mengutamakan penafsiran ringkas. Pengarangnya juga didapati benar-benar menuruti manhaj yang telah digariskannya sendiri iaitu pengumpulan tafsiran daripada ahli haqiqat tanpa sebarang rujukan terhadap sumber selainnya.

Anda mungkin juga menyukai