Anda di halaman 1dari 13

PANDUAN TUGAS PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID BIDANG TUGAS

1. 2. 3. 4. 5. 6. Menjalankan tugas-tugas Guru Besar semasa ketiadaan Guru Besar dan Penolong Kanan. Mengajar sebilangan waktu seperti diarahkan oleh Guru Besar. Membantu Guru Besar dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah. Membantu menyelaras pelaksanaan pemulihan dan pengkayaan pelajar melalui Skim Baucer Tuisyen dan sebagainya. Memastikan program utama KPM seperti KWAMP, RIMUP, RMT dan sebagainya dilaksanakan dengan teratur dan berkesan. Bertanggungjawab kepada Guru Besar dalam hal-hal bimbingan dan kaunseling, keselamatan dan kebajikan pelajar, SPBT, dan bantuan kewangan, penerbitan dan percetakan, program orientasi/transisi pelajar baru dan kantin sekolah.

SENARAI TUGAS Membantu Guru Besar dalam pengurusan sekolah


1. Pentadbiran a. Mengurus dan mengemaskini Buku Jadual Kedatangan Pelajar dan Buku Rekod Pendaftaran Pelajar. b. Menyemak kedatangan harian pelajar serta membuat tindakan susulan yang berkaitan. c. Mengurus surat akuan, sijil-sijil pelajar, pengesahan dan pengedaran sijil berhenti sekolah.

2.

Pengurusan Bimbingan dan Kaunseling a. Menentukan fail yang kemas kini bagi setiap pelajar. b. Bertanggungjawab mengumpul dan merekodkan butiran-butiran berkaitan dengan penilaian dan pentafsiran minat. c. Mengawasi perangkaan corak kehadiran pelajar untuk tujuan kaunseling. d. Menyediakan maklumat objektif mengenai pencapaian, kemajuan dan prestasi pembelajaran pelajar. Bagi pelajar yang lemah, usaha mengadakan kelas bimbingan perlu dijalankan. e. Mengadakan kaji selidik dan menjalankan usaha membantu pelajar ke arah mencapai kemajuan optimum. f. Mengumpul, menyelia dan menyebarkan maklumat selepas UPSR g. Menyelaras lawatan sambil belajar. h. Merancang dan menyelaras aktiviti-aktiviti bimbingan kelompok yang boleh menggalakkan perkembangan kendiri. i. Mengadakan pertemuan dengan ibu bapa/penjaga bagi tujuan menyelesaikan masalah pelajar serta memberi kefahaman tentang bimbingan dan kaunseling. j. Membantu pelajar memilih karier pada masa yang akan datang serta berusaha mengadakan aktiviti bagi pemupukan minat mereka. k. Merancang aktiviti kaunseling peribadi. 3. Pengurusan Pencegahan Penyalahgunaan Dadah a. Mengadakan kempen-kempen yang berkesan di sekolah supaya pelajar memahami mengapa dadah perlu dijauhi. b. Memberi bantuan/pertolongan kepada pelajar untuk mendapatkan rawatan pemulihan sekiranya mereka telah mengambil dadah.

c. d. e. f.

HEM 01 Memberi bantuan kepada pelajar yang keluar daripada pusat pemulihan supaya dapat menyesuaikan diri dengan alam persekolahan dan masyarakat. Membuat penilaian dan membuat laporan kepada pihak sekolah dan seterusnya ke peringkat Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan Pelajaran Negeri serta Kementerian Pelajaran. Menyediakan fail-fail yang kemas kini mengenai kes-kes pelajar yang terlibat dalam hal penyelahgunaan dadah Memastikan semua panduan, pekeliling dan surat-surat mengenai kes-kes dadah dimiliki dan digunakan secara berkesan.

4.

Disiplin a. Mengemaskini peraturan disiplin sekolah berdasarkan situasi dan kondisi sekolah. b. Mengadakan usaha memberi kefahaman mengenai peraturan disiplin sekolah kepada pelajar, guru dan ibu bapa. c. Merangka tatacara hukuman yang dikenakan kepada pelajar yang melanggar peraturan sekolah sesuai dengan kehendak-kehendak pekeliling Kementerian Pelajaran. Tatacara hukuman itu hendaklah dijelaskan kepada pelajar, guru dan ibu bapa. d. Menyimpan rekod pelajar yang dikenakan hukuman. e. Mengadakan kumpulan-kumpulan dinamik atau kursus pengukuhan diri bagi membentuk peribadi yang baik. f. Berusaha menanam sikap cintakan sekolah, hormatkan guru, ibu bapa, orang tua dan rakan sebaya dikalangan pelajar. g. Mengadakan aktiviti-aktiviti yang menuju ke arah pembentukan perilaku kendiri yang baik. h. Berusaha memberikan penerangan kepada semua kakitangan sekolah supaya bersama mengambil berat tentang disiplin pelajar. i. Mengadakan program penerangan kepada ibu bapa/penjaga supaya terlibat sama mengawal dan memperbaiki disiplin pelajar. j. Menanam sikap kesedaran kepada pelajar supaya memahami dan menghayati akan pentingnya hidup berdisiplin. Pengurusan Skim Pinjaman Buku Teks a. Memastikan semua murid mendapat bantuan Skim Pinjaman Buku b. c. d. e. f. g. h. i. Menyediakan senarai buku teks yang diperlukan oleh sekolah setelah dikaji dengan teliti dan dinilai oleh sebuah jawatankuasa pemilih. Membereskan urusan pesanan buku teks. Bertanggungjawab menguruskan pembahagian buku teks. Membuat penilaian tentang buku-buku teks yang dipesan. Mengemaskinikan maklumat, penyimpanan, pengagihan, pengambilan buku teks. Membuat penyeliaan serta mengambil tindakan yang bersesuaian terhadap salah guna SPBT oleh pelajar. Menyenarai dan mengedarkan senarai buku teks kepada pelajar dan ibu bapa pada akhir tahun. Membuat syor-syor memperbaiki sistem pemberian dan pengurusan buku teks.

5. Teks

6.

Pengurusan kesihatan dan kebajikan pelajar a. Menguruskan kemudahan rawatan pelajar. b. Mempastikan program-program kesihatan pelajar dijalankan dengan sempurna seperti menguruskan Kad 001/002, PKS1/PKS2 dan Kad Tenaga Asas. c. Menyelaras penyeliaan dan pelaporan yang berkaitan kantin sekolah.

d. e.

Menyelaras semua aktiviti kesihatan dan kebersihan pelajar. Memastikan bilik sakit, bilik rawatan gigi dan bekalan kecemasan berada pada tahap sedia diguna pada setiap masa.

peti

HEM 02

LEMBAGA DISIPLIN SEKOLAH


MATLAMAT.
Dapat melahirkan murid-murid yang dapat mengamalkan nilai positif, nilai keagamaan dan budaya sekolah berteraskan peraturan dan undang-undang yang menjana ke arah kecemerlangan disiplin sekolah.

OBJEKTIF
Kawalan disiplin diberi perhatian utama oleh pihak sekolah dengan harapan

Mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang konduksif. Semua arahan dan kerja bertulis dapat dilaksanakan dan diselesaikan dengan mudah dalam menangani masalah disiplin dan salahlaku murid.

PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN

perlu

Program Tahun 1 bagi memperkenalkan pada murid-murid Tahun 1 mengenai undang - undang dan peraturan. Mengadakan buku peraturan dan Undang-Undang Sekolah dan setiap murid

memahami dan menghayatinya. Mengadakan papan kenyataan untuk Laporan dan Aktiviti Pengawas Mengemaskini Bilik Bimbingan dan Kaunseling sebagai tempat rujukan murid-murid yang mempunyai masalah disiplin dan salahlaku.

RUMUSAN
Adalah menjadi harapan seluruh warga SKGC agar murid-murid dapat mengamalkan dan merealisasikan budaya sekolah yang berteraskan peraturan dan undang-undang.

SKIM PINJAMAN BUKU TEKS ( SPBT )


PENGENALAN
Semua murid layak mendapat buku teks mengikut arahan KPM ( tanpa mengira jumlah pendapatan dan tanggungan )

MATLAMAT
Dengan pemberian buku teks ini diharapkan murid-murid dapat memanfaatkan keistimewaan mendapat buku teks secara percuma dengan menjaganya sebaik mungkin serta mengamal kan sikap bertanggungjawab.

OBJEKTIF

Melatih murid mengamalkan sikap bertanggungjawab serta menghargai pemberian buku teks ini secara percuma disamping menjaganya dengan baik hingga akhir tahun. Menolong membantu waris meringankan beban membeli buku teks.

PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN

Sebelum sesi persekolahan 2011bermula AJK SPBT, mengemaskini stok buku teks yang lama dan baru, membaik pulih buku teks yang rosak serta menceriakan bilik BOSS. Pengedaran dan pengagihan buku-buku teks kepada semua murid pada minggu akhir sesi persekolahan 2010 dan minggu pertama sesi persekolahan 2011.

HEM 03

Menyemak dan merekodkan senarai jumlah buku teks yang diperlukan untuk sesi persekolahan 2011. Pemulangan buku teks dan pembaikpulihan buku teks rosak pada dua minggu sebelum persekolahan 2011 berakhir. Memaklumkan kepada waris semua murid layak mendapat bantuan Skim Pinjaman Buku Teks tanpa mengira jumlah pendapatan dan tanggungan. Pengedaran borang SPBT G kepada guru-guru kelas untuk Tahun 2011 bagi mengemaskini rekod. Hapuskira buku kerja Tahap 1 2010. Mengagih dan mengedarkan buku-buku teks kepada murid-murid Tahun 1 pada minggu kedua sesi persekolahan 2011. Operasi memantau keselamatan buku teks dari masa ke semasa.

KANTIN
PENGENALAN
Kantin sekolah adalah sumber utama bagi murid-murid sekolah untuk mendapat makanan semasa disekolah. Bahan-bahan makanan yang dijual disekolah mestilah bersih, bermutu, berzat dan selamat untuk dimakan dengan harga yang berpatutan. Kantin juga menjadi tempat menjalankan pelbagai aktiviti samada dikalangan murid,guru,kakitangan sekolah mahupun ibu bapa. Antara aktivitinya ialah seperti - Penjualan dan pembelian makanan dan minuman - Tempat berlansung majlis-majlis perjumpaan, perbincangan dan lain-lain anjuran pihak sekolah mahupun PIBG.

MATLAMAT.
Kantin sebagai tempat bermulanya asas pendidikan kesihatan mengenai pemakanan yang berkhasiat, bersih dan bermutu disamping menerapkan nilainilai ke arah pembentukan Budaya Penyayang, berdisiplin, berhemah tinggi dan berakhlak mulia.

OBJEKTIF

Kantin sekolah sebagai tempat menjual makanan / minuman yang berkhasiat kepada warga SKGC. Kantin sekolah sebagai tempat warga SKGC membeli makanan dan minuman yang berkhasiat Untuk memberi makanan tambahan makanan yang berzat dan seimbang kepada murid-murid yang layak untuk membantu mereka mengatasi masalah-masalah dari segi pertumbuhan badan dan kekurangan tenaga. Untuk menyelenggarakan pendidikan kesihatan dan pemakanan secara lansung dan tidak lansung. Untuk mengendalikan tabiat-tabiat sopan santun, disiplin, timbang rasa dan amalan-amalan yang diingini berkaitan dengan kebersihan diri, kebersihan makanan dan kebersihan alam sekitar.

RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN (RMT) DAN PROJEK SUSU SEKOLAH (PSS)


MATLAMAT.
Untuk memberi makanan tambahan kepada murid-murid sekolah rendah terutama dari luar bandar dan golongan berpendapatan rendah secara imbuhan dan buat sementara waktu untuk memperbaiki taraf kesihatan sebagai satu usaha yang selaras dengan dasar pembangunan negara di samping memupuk amalan meminum susu. HEM 04

OBJEKTIF
Untuk menggalakkan penglibatan dan penyertaan masyarakat dalam usahausaha sekolah dalam pengelolaaan Rancangan Makanan Tambahan (RMT). Untuk menggalakkan murid-murid meminum susu yang mengandungi perlbagai zat yang diperlukan untuk pemakanan dan pembesaran manusia yang seimbang melalui Projek Susu Sekolah. Menolong menjayakan usaha kerajaan untuk mempertingkatkan taraf kesihatan murid-murid sekolah secara tidak lansung merperbaiki prestasi fizikal dan mental muri-murid.

PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN

Mengedarkan borang kepada ibu bapa/waris bagi murid Tahun 1 semasa pendaftaran dan murid Tahun 2 - 6 mengikut borang tahunan sebelumnya. Mengumpulkan kembali borang tersebut dan membuat pemilihan murid yang layak. Menyediakan senarai serta merekodkan maklumat bagi borang KP/RMT/A dan borang KP/RMT/B dan kemudian mengedarkannya kepada guru kelas dan ke pejabat untuk tindakan. Menentukan menu. Menyediakan jadual tugas guru. Menyediakan sistem murid mendapat makanan bagi murid tetap dengan menggunakan tag nama/sistem nombor serta murid ganti. Menyediakan jadual makanan. Menyemak rekod murid iaitu borang KP/RMT/B dan borang KP/RMT/A. Menilai keberkesanan RMT secara fizikal dan akedemik. Menyediakan dan mempamerkan papan kenyataan khas RMT yang mengandungi carta organisasi AJK RMT, nama murid RMT , menu RMT dan Jadual Tugasan Guru RMT.

KEBAJIKAN

MATLAMAT
Membantu murid-murid yang memerlukan bantuan dari segi material mahupun kewangan di samping menjana kebajikan mereka terutama murid-murid yang datang dari keluarga yang berpendapatan rendah disamping menerapkan nilainilai murni budaya suka tolong-menolong dan sentiasa ingin menghulurkan bantuan. Mempertingkatkan taraf kesihatan murid yang secara tidak lansung memperbaiki prestasi fizikal dan mental mereka ke arah menjana kecemerlangan dunia dan akhirat.

OBJEKTIF
Membantu murid-murid terutama dari keluarga yang kurang berkemampuan dari segi material maupun kewangan. Menjaga kebajikan murid dalam segala hal. Melaksanakan pelbagai aktiviti berkaitan dengan kebajikan murid-murid. Menerapkan nilai-nilai murni untuk membantu mereka yang memerlukan pertolongan Memberi kesedaran kepada murid-murid betapa perlu dan pentingnya sikap tolong-menolong dan bantu membantu. Membina perlakuan dan amalan serta sikap sentiasa ingin membantu dan memberi pertolongan sebagai budaya hidup yang berterusan dalam menjalani hidup seharian.

PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN

Memberi sumbangan derma kepada murid-murid miskin dan anak yatim sempena Hari Raya Aidilfitri anjuran PIBG.

HEM 05

Memberi jamuan kepada murid-murid sempena Hari Guru peringkat sekolah. Sambutan Hari Guru juga akan diadakan dengan pelbagai persembahan daripada murid-murid. Murid-murid memasukkan wang yang dijumpai yang tidak dituntut ke dalam tabung amal. Kutipan baju-baju dan kasut lama untuk diberikan kepada murid-murid miskin juga untuk kegunaan murid yang dalam keadaan kecemasan yang perlu untuk menukar pakaian. Aktiviti-aktiviti sempena Hari Kanak-kanak Sedunia peringkat sekolah diadakan.

BIMBINGAN DAN KAUNSELING


MATLAMAT

Untuk membina perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling yang berkesan berlatar belakangkan masyarakat, bangsa dan negara selain dari aspek budaya, sistem kepercayaan dan latar belakang ekonomi. Ianya berlandaskan matlamat Falsafah Pendidikan Negara :

Pendidikan

Malaysia

adalah

satu

usaha

yang

berterusan

ke

arah

memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mengwujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usahaa ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia dan bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kamakmuran masyarakat dan negara. Perkhidmatan inventori individu dan rekod pengumpulan, penyimpanan, penggunaan dan penyebaran maklumat. Perkhidmatan memberi maklumat dan kaunseling. Bimbingan pendidikan dan kerjaya. Bimbingan dan nasihat kepada murid yang menghadapi masalah disiplin dan kesihatan.

OBJEKTIF
Memberi khidmat penyuburan dan pengayaan meliputi semua aspek perkembangan diri murid dengan menyediakan peluang dan pengalaman yang selaras dengan kemampuan dan potensi pelajar. Memberi khidmat pencegahan iaitu menghindarkan murid daripada terlibat dalam perbuatan salahlaku seperti tingkahlaku tidak berdisiplin, penggunaan dadah, merokok, laku musnah, perus ugut dan tingkahlaku anti sosial dan lain-lain. Memberi khidmat bersifat pemulihan dengan tujuan mengorientasikan semula murid yang bermasalah peribadi, pelajaran, kerjaya dan sosial supaya murid mampu menghadapi dan mengatasi masalah mereka. Memberi khidmat kaunseling krisis kepada murid-murid yang memerlukan.

PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN

Mengubahsuai dan menghiasi Bilik Kaunseling. Menubuhkan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) untuk membantu guru kaunseling. Mengadakan kaunseling individu dan kelompok. Mengadakan perjumpaan guru Tahun 1 dengan waris. Mengadakan perjumpaan guru Tahun 6 dengan waris. Mengadakan program motivasi. Program motivasi waris dengan murid Tahun 6 anjuran sekolah dan PIBG. Program motivasi dan pendidikan pengguna, remaja anjuran PSS dan persatuan Pengguna Negeri Pulau Pinang (CAP) untuk murid Tahun 5. Program pendedahan dan teknik menjawab soalan UPSR untuk murid Tahun 6. Program strategi dan teknik belajar untuk murid Tahun 4 dan Tahun 5. Prrogram bimbingan dan kerjaya untuk murid Tahun 6. HEM 06

Program selepas UPSR untuk murid Tahun 6. Program mengenai bimbingan ke arah kerohanian bagi murid Tahun 6. Program menandatangani rekod kemajuan murid oleh waris di sekolah.

PROGRAM 3K - KEBERSIHAN, KESIHATAN, KESELAMATAN


MATLAMAT
Membentuk keterampilan dan keperibadian pelajar yang unggul pengukuhan Program 3K berlandaskan pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) melalui

OBJEKTIF
Melahirkan modal insan yang berkeperibadian unggul menerusi pemupukan pengetahuan, sikap dan amalan yang berkekalan dalam aspek kebersihan, kesihatan dan keselamatan. Membina dan memelihara diri, persekitaran sekolah yang bersih, sihat dan selamat. Meningkatkan jalinan permuafakatan strategik antara Kementerian Pelajaran Malaysia dengan agensi-agensi kerajan dan bukan kerajaan bagi membentuk jalinan kerjsama dalam usaha merealisasikan Pelaksanaan Program 3K.

PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN KEBERSIHAN


Melaksanaan program-program kebersihan - kebersihan diri, kebersihan fizikal, kebersihan persekitaran dan penghayatan kebersihan.

KESIHATAN Melaksanakan Program Kesihatan : - Kesihatan Diri - Kesihatan Persekitaran.

Aktiviti dan program semasa. Program bersama Kementerian Kesihatan Malaysia ( Program Bersepadu Sekolah Sihat ) Kawalan pemakanan sekolah. Pengurusan Penamatan Perkhidmatan kantin Sekolah.

KESELAMATAN Menyediakan manual dan prosedur keselamatan dalam perkara-perkara berikut - Bidang aktiviti murid - Bidang bencana alam - Bidang keselamatan fizikal dan asrama - Bidang sosial - Bidang persekitaran dan lokasi sekolah Mengenal pasti, memantau dan mengambil tindakan dalam menangani permasalahan premis dan kawasan sekitar sekolah yang berkaitanperkara-perkara seperti bangunan lama dan uzur, sistem pendawaian, serangan anai-anai dan bubuk, pintu pagar dan pagar sekolah, lereng bukit, padang, gelanggang dan peralatan sukan, tangki air, bonggol keselamatan jalan raya, garisan kuning. Menyediakan dan melengkapkan peralatan Sistem Kawalan Keselamatan di Sekolah dan asrama yang difikirkan perlu dengan kemudahan seperti - CCTV - Alat penggera - Sistem komunikasi ketika kecemasan, Talian Bomba/Polis, Hospital, JPA. Bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan.

HEM 07

KESELAMATAN

MATLAMAT
Mempertingkatkan tahap keselamatan murid dari semasa ke semasa yang secara tidak lansung mengwujudkan suasana selamat ketika mereka berada dalam kawasan sekolah. Di samping menjana proses P&P yang lebih berkesan dan cemerlang.

OBJEKTIF
Untuk mempertingkatkan tahap keselamatan murid dari semasa ke semasa Untuk memberi kesedaran kepentingan keselamatan mereka sepanjang berada di kawasan sekolah di samping mengambil langkah-langkah yang telah ditetapkan tentang cara-cara menjaga keselamatan.

PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN


Mengadakan latihan mencegah kebakaran berdasarkan pelan yang disediakan. Mengdakan lawatan sambil belajar dan menjemput penceramah-penceramah dari luar. Menyediakann pelan latihan pencegahan kebakaran bagi setiap kelas, bilik, bilik khas dan pejabat.

RUMUSAN
Adalah menjadi harapan setiap warga SKGC berusaha mempertingkatkan tahap keselamatan di samping dapat melahirkan insan yang mementingkan dan memahami erti keselamatan dan menjurus ke arah budaya sekolah selamat.

HEM 08 DASAR PENGURUSAN HAL EHWAL MURID SK GUAR CHEMPEDAK DASAR 1 : TENAGA PENGAJAR 1.1 Semua guru dan kakitangan sekolah ini adalah merupakan ibubapa kedua kepada pelajar. 1.2 Sentiasa meletakkan kepentingan dan kebajikan pelajar dalam semua bentuk dan aspek tindakan dan keputusan yang dibuat. 1.3 Semua guru perlu melayan pelajar dengan adil, saksama, bertimbang rasa dan kasih sayang DASAR 2 : KEMASUKAN PELAJAR 2.1 Menerima kemasukan pelajar ke sekolah ini dari pelbagai kaum, tanpa sekatan. 2.2 Setiap pelajar akan didaftarkan dalam buku rekod pendaftaran. 2.3 Setiap pelajar akan ditempatkan di kelas-kelas berdasarkan prestasi akademik. 2.4 Setiap pelajar dikehendaki hadir pada hari Pendaftaran Sekolah. 2.5 Setiap pelajar diwajibkan memiliki sebuah buku Peraturan Sekolah pada setiap masa. DASAR 3 : DISIPLIN PELAJAR 3.1 Pelajar yang sering atau selalu melanggar Peraturan Sekolah akan dihadapkan ke Lembaga Disiplin Sekolah. 3.2 Ibu bapa / waris yang anaknya dihadapkan ke Lembaga Disiplin akan dipanggil untuk hadir ke sekolah. 3.3 Sekolah akan mengamalkan pendekatan Nasihat , Bimbingan , Amaran dan Hukum dalam menangani permasalahan disiplin. 3.4 Ibu bapa / waris yang anaknya tidak hadir ke sekolah tanpa sebab diperlukan menulis surat kepada Guru Kelas. DASAR 4 : KESELAMATAN PELAJAR 4.1 Keselamatan pelajar akan sentiasa dilindungi sepenuhnya sepanjang mereka berada di kawasan sekolah dari jam 7.00 pagi hingga tamat sesi persekolahan. 4.2 Semua pelajar akan dilindungi dengan Skim Insuran Takaful. DASAR 5 : KESIHATAN PELAJAR 5.1 Sekolah akan mempastikan tahap kesihatan pelajar sentiasa baik melalui program-program yang dirancang seperti :* Pemeriksaan Gigi dan Mata * Pemeriksaan Kesihatan Sekolah * Program RMT * Ceramah dan kempen * Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Jasmani & Kesihatan 5.2 Kebenaran diberikan kepada ibu bapa / penjaga untuk membawa pelajar yang sakit bagi mendapatkan rawatan di hospital / klinik. 5.3 Pelajar yang sakit semasa berada di sekolah akan diberi rawatan awal dan penjagaan yang sempurna di bilik rawatan sebelum ibu bapa / penjaga dihubungi. 5.4 Pihak sekolah akan terus berurusan dengan pihak hospital, tanpa menghubungi ibu bapa / penjaga terlebih dahulu, terhadap kes-kes kecemasan yang kronik. 5.5 Pemeriksaan kesihatan seperti rambut, kuku dan sebagainya akan sering dilaksanakan. 5.6 Pihak sekolah akan berusaha membantu pelajar yang mempunyai masalah kesihatan.

DASAR 6 : KEBAJIKAN PELAJAR 6.1 Pelajar yang menghadapi pelbagai masalah akan sentiasa cuba dibantu melalui jawatankuasa-jawatankuasa yang dibentuk di peringkat sekolah. 6.2 Pihak sekolah sentiasa membuka pintu kepada mana-mana pihak yang ingin memberikan apa jua bentuk bantuan kepada pelajar di sekolah ini.

HEM 09 UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN-PERATURAN TERHADAP MURID YANG MANGKIR KE SEKOLAH. A. Tindakan Terdadap Murid Ponteng Berturut-turut SURAT AMARAN Amaran Pertama Amaran Kedua Amaran Terakhir Buang Sekolah Jumlah Hari Tidak Hadir SALINAN 3 3 3 6 HARI TIDAK HADIR BERTURUT-TURUT 3 hari 7 hari selepas amaran pertama 7 hari selepas amaran kedua 14 hari selepas amaran terakhir 31 Hari Berturutturut DIKELUARKAN PADA HARI KE 3 10 17 31

B. Tindakan Terhadap Murid Ponteng Berkala ( Berselang-selang ) SURAT AMARAN Amaran Pertama Amaran Kedua Amaran Terakhir Buang Sekolah Jumlah Hari Tidak Hadir Berkala SALINAN 3 3 3 6 HARI TIDAK HADIR BERKALA 10 hari 10 hari selepas amaran pertama 20 hari selepas amaran kedua 20 hari selepas amaran terakhir 60 Hari Berselangselang DIKELUARKAN PADA HARI KE 10 20 40 60

Pelajar boleh DIBUANG SEKOLAH mengikut Undang-Undang Perkara 10.2 Ordinan Pelajaran 1957, Peraturan-Peraturan Pelajaran ( Disiplin Sekolah ) 1959.

CARA MENANDA JADUAL KEDATANGAN MURID. SIMBOL / Hadir Tidak Hadir Sakit ( Surat Doktor ) dikira mangkir Surat waris / Kebenaran waris dikira mangkir Lewat dikira hadir PERKARA

o
S K L

Perhatian : 1. Murid dikira hadir sekiranya mewakili sekolah. 2. Hendaklah ditulis secara teratur , kemas dan ditanda pada setiap hari oleh guru kelas pada waktu pertama. Sekiranya guru kelas tidak hadir, Penyelia Kelas bertanggungjawab menandanya. 3. Jadual Kedatangan Murid hendaklah sentiasa berada dalam rak di Bilik PK HEM. 4. Guru tidak dibenar menyimpan Buku Jadual Kedatangan Murid di meja guru dan tidak dibenarkan membawa balik ke rumah. 5. Analisis mesti dibuat pada setiap akhir bulan dan akan disemak oleh JK Jadual Kedatangan. HEM 10 BUDAYA KERJA CEMERLANG CIRI-CIRI ORANG YANG BERBUDAYA KERJA CEMERLANG 1. Pengetahuan Kerja - Dianggap sebagai pakar dalam kerjanya - Mempunyai pengetahuan kerja yang mendalam dan memahami selok-belok kerja yang dijalankan. 2. Mutu Kerja - Penghasilan kerja yang bermutu tinggi - Berusaha dan mempelbagaikan kaedah untuk mencapai tahap mutu kerja yang telah ditentukan. 3. Ketetapan Masa Dalam Menghasilkan Kerja - Penghasilan kerja adalah cemerlang - Dapat melaksanakan dalam tempoh yang ditetapkan 4. Daya Usaha Dalam Menghasilkan Kerja - Berjaya melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang bermutu tinggi atas daya usaha sendiri. 5. Daya kreatif dan Inovatif - Sentisa mencari idea-idea baru bagi tujuan pembaharuan dan perubahan. 6. Hubungan Dengan Kumpulan Sasaran Dan Stake Holders - Mementingkan perkhidmatan yang mesra dan berkualiti - Sentisa berusaha menyelesaikan masalah dengan memahami kehendak orang awam 7. Diplomasi - Bijaksana dalam menguruskan perhubungan antara individu tanpa menyinggung perasaan orang lain 8. Kejujuran dan Keikhlasan - Mementingkan organisasi melebehi kepentingan diri sendiri - Jujur, ikhlas dan amanah dalam menjalankan tugas 9. Jelas Dalam Melaksanakan Tugas - Sentisa jelas dan terang terhadap objektif dan arah matlamat tugas kerja/organisasi 10. Kebolehan memimpin - Sentiasa berusaha dan berjaya membimbing dengan berkesan dalam menggerak pegawai lain. 11. Kerajinan - Sentiasa rajin dan bersungguh-sungguh dalam menjalankan tugas tanpa mengira masa/tenaga 12. Komunikasi - Secara Lisan Penyampaian buah fikiran atau arahan secara lisan adalah amat jelas, senang difahami atau mudah diikuti. - Secara Tulisan Penyampaian buah fikiran atau arahan secara tulisan adalah amat jelas, senang difahami atau mudah diikuti. 13. Kesediaan Untuk Mendengar - Sentiasa menghargai, menghormati, mendengar dan menimbangkan pandangan serta nasihat orang lain. 14. Kebolehan Membuat Keputusan - Keputusan yang dibuat senantiasa tepat dan tegas selaras dengan matlamat organisasi, undangundang dan peraturan yang ada. - Menepati masa dan tepat. 15. Sikap Positif - mempunyai fikiran yang positif dan terbuka - Senantisa menerima dan sanggup mencuba idea-idea baru dalam menjalankan tugas. 16. Perhubungan Dengan pegawai Atasan - Tinggi budi bahasa, taat setia dan hormat menghormati. Bersikap sopan santun dan sentiasa bersedia bekerjasama. 17. Perhubungan Dengan Pegawai Bawahan - Berjaya dengan berkesan dalam mewujudkan semangat kerjasama - Sentiasa memberi bimbingan, tunjuk ajar, teladan, dorongan serta galakkan kepada rakan sekerja

Anda mungkin juga menyukai