Anda di halaman 1dari 5

Definisi  Etika merupakan salah satu cabang utama falsafah yang merangkumi kelakuan betul dan kehidupan baik.

 Istilah etika adalah berasal dari perkataan Greek Ethos, perkataan tersebut membawa maksud seperti perwatakan dan keperibadian ataupun character dalam Bahasa Inggeris.Gluck (1986 : 176)  Gluck (1986 :176 ) telah mendifinasikan etika sebagai, kajian filosofikal terhadap moraliti  Shea (1988: 17) pula mendefinasikan etika sebagai prinsip-prinsip bertingkahlaku yang mengawal individu atau profesyen dan sebagai satu standard tingkahlaku.  Etika kerja dapat diringkaskan sebagai prinsip prinsip ataupun panduan tingkahlaku yang diikuti oleh insan insan yang mulia dan mempunyai kaitan rapat dengan kehidupan, khususnya dikalangan yang meminggirkan agama di dalam kehidupan mereka. Tidak mengira Negara, bangsa dan agama telah menekankan norma moral yang berlandaskan ketinggian akhlak mereka yang mengamalkannya.  Etika kerja juga merupakan salah satu prinsip ataupun cara yang diikuti oleh masyarakat supaya membolehkan mereka mengawalkan tingkahlakunya sendiri.

Kesan 1. Inspirasi dan panduan Kod etika kerja telah mengelaskan pelbagai tingkahlaku yang patut diamalkan dalam sesebuah organisasi atau jabatan tersebut. Etika kerja juga boleh dianggap sebagai landasan dalam menjalankan pelbagai kerja dengan lebih teratur dan tersusun dan lebih baik. Dengan panduan, prinsip-prinsip dan peraturan amalan-amalan kerja, etika kerja juga boleh memandu dan mengingatkan ahli-ahli professional mengenai keputusan yang perlu diambil dan tingkahlaku yang sepatutnya apabila berada di dalam sesuatu keadaan. 2. Pencegahan dan disiplin Etika kerja digunakan khususnya oleh badan-badan professional sebagai asas untuk menyiasat sebarang penyelewengan ahli-ahlinya apabila terdapat sebarang aduan diterima. Aduan-aduan ini aan dapat mengurangkan penyalahgunaan kuasa oleh mereka yang berkuasa dan berpangkat serta mempunyai kedudukan tertentu dalam sesebuah organisasi atau jabatan. Etika kerja juga dapat mengelakkan penggunaan maklumat-maklumat rahsia syarikat atau jabatan untuk kepentingan diri-sendiri. 3. Memelihara maruah profesyen Etika kerja memberi satu gambaran kepada semua pihak tentang imej yang baik bagi setiap profesyen kerana setiap ahli harus terikat dengan satu tahap etika kerja yang tinggi. Etika kerja juga merupakan satu panduan kepada professional untuk membina, meningkat dan meneruskan integriti, kejujuran dan maruah profesyen masing-masing. Jujur kepada diri sendiri, majikan, masyarakat dan pelanggannya serta sentiasa berusaha untuk meningkatkan pengetahuan untuk terus memberi perkhidmatan yang lebih cermelang dari semasa kesemasa. 4. Memelihara keharmonian Etika kerja menggariskan tahap tingkahlaku yang harus dipatuhi dan diamalkan sepenuhnya agak kepentingan semua pihak dapat diperlihara. Ini dapat mengelakkan daripada berlakunya pertembungan di antanra kepentingan diri dan kepentingan umum. Setiap ahli professional dalam bidang masing-masing perlu mengiktiraf kehidupan, keselamatan, kesihatan dan kebajikan setiap anggota masyarakatnya. Pengamalan etika kerja juga dapat meningkatkan imej seseorang itu dalam masyarakat.

Punca-punca 1. Ceramah etika kerja Kerajaan boleh menganjurkan ceramah yang berkaitan ataupun berasaskan etika kerja kepada semua rakyat khususnya yang dalam bidang perniagaan. Kerajaan boleh menjalankan ceramah tersebut di mana-mana syarikat, kilang dan sebagainya ataupun di tempat awam. Selain itu, majikan sesebuah syarikat juga boleh mengadakan ceramah tersebut di syarikatnya sendiri. Dengan mengadakan ceramah tersebut, banyak perkara dapat didedahkan. Sebagai contohnya, kesan-kesan buruk jika etika kerja tidak diamalkan, sebab-sebab etika kerja penting dalam kehidupan, dan juga mendedahkan kod etika kerja yang harus diamalkan sentiasa dalam kehidupan kita. 2. Hukuman Kerajaan boleh menjatuhkan hukuman yang berat kepada mereka yang didapati bersalah atau melanggar peraturan yang telah ditetapkan berasaskan kod etika kerja. Contohnya, seseorang peniaga yang tidak mengamalkan etika kerja, menjual barangan dengan harga yang tinggi berbanding dengan harga yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Peniaga tersebut harus dijatuhkan dengan hukuman yang lebih berat berbanding dengan hukuman yang biasa dijatuhkan agar mereka yang bersalah tidak akan mengulangi perbuatan yang salah lagi. Dengan cara ini, kerajaan dapat menyerdakan ramai para peniaga dan orang yang berkaitan bahawa betapa pentingnya etika kerja.

3. Pentingkan diri sendiri Kebanyakan orang yang terlibat dalam peniagaan hanya mementingkan keuntungan diri sendiri disebabkan itu mereka sentiasa melakukan penipuan dalam perniagaan supaya keuntungan mereka dapat mecapai tahap yang tertinggi. Penipuan yang biasa dilakukan ialah menjual barangan dengan harga yang tidak bermoral ataupun yang lebih tinggi berbanding dengan harga yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Selain itu, teknik menyembunyikan barangan yang perlu digunakan dalam kehidupan harian kita sehingga kerajaan meningkatkan harga barangan yang tersembunyi itu, mereka akan menjualkan barangan selepas peningkatan harga untuk mendapat untung yang terbesar. Mereka melakukan perbuatan yang tidak beretika kerana mereka hanya mementingkan diri sendiri tanpa menjaga kesan kesan buruk yang mereka menyebabkan kepada pihak lain. Kesan buruk yang ditanggung oleh

masyarakat ialah kos barangan keperluan harian telah meningkat. Golongan peniaga ini harus mempunyai etika kerja kerana ia mengawal segala tindak-tanduk mereka dalam semua hal.

Kesimpulan Etika kerja diwujudkan adalah untuk mengawal tingkahlaku semua pihak yang terlibat agar mereka dapat menjalankan tugas mereka dengan cara yang betul dan sempurna. Selain itu, mereka juga dapat menggunakan segala pengetahuan, kepakaran dan kemahiran yang ada untuk kebaikan semua pihak dengan mematuhi kepada etika kerja. Walaubagaimanapun, bagi mencapai tujuan ini tidaklah dinafikan bahawa etika kerja memainkan peranan yang penting untuk menjadikan masyarakat yang beretika dan Berjaya. Terdapat banyak faktor yang boleh mempengaruhi dan menentukan tingkahlaku seseorang individu dan keputusan yang diambilkan. Oleh itu, langkah-langkah untuk mengawal tingkahlaku seseorang individu perlu mematuhi etika kerja. Ini kerana terdapat banyak punca yang boleh menjejaskan dan menentukan tingkahlaku seseorang individu dan keputusan yang dilakukannya. Oleh itu, faktor-faktor lain seperti keperluan kehidupan, nilai-nilai hidup, penguatkuasaan undang-undang, pendidikan agama, budaya kerja dan lain-lain perlu diambil kira supaya mewujudkan satu persekitaran kehidupan yang sentiasa mendorong seseorang individu melakukan sesuatu yang hanya mendatangkan faedah dan kebaikan semua pihak. Etika kerja professional bukanlah jalan penyelesaian masalah yang kompleks, tetapi ia masih penting dan memainkan peranan yang amat penting bagi mengawal tingkahlaku semua pihak yang terlibat. Etika kerja professional telah menentukan asas-asas hubungan di antara para professional dengan masyarakat, majikan, pelanggan dan rakan sekerja. Etika kerja professional telah wujud sejak dahulu lagi sehingga ke hari ini masih dianggap penting dan berfaedah. Sesiapapun tidak terkecuali daripada patuh kepada prinsip dan nilai etika kerja..

Anda mungkin juga menyukai