Anda di halaman 1dari 14

MTE 3110

Pengajaran Pemulihan Matematik


Disediakan oleh :

Nurul Ain Nur Nabilah Nurul Nazihah Hasdhatul Nor Faezah


5 PiSMP PBM 1 (2012)

Pengenalan
 Matematik sering wujud dan banyak digunakan dalam urusan kehidupan manusia.  Penguasaan ilmu matematik akan memberi keselesaan dalam kehidupan seseorang apabila pelbagai urusan dapat diselesaikan.  Manusia yang buta matematik akan berhadapan dengan penyelesaian masalah yang berlarutan.  Kemahiran penyelesaian masalah matematik dalam kehidupan seharian dapat merangsang perkembangan intelek seseorang individu.  Membantu meningkatkan perkembangan kognitif dan mempercepatkan keupayaan seseorang supaya untuk menyelesaikan masalah yang sering berlaku dalam kehidupan.

Tajuk :
10 situasi berbeza bagaimana kanak-kanak pemulihan dapat mengaplikasikan konsep matematik dalam kehidupan seharian mereka

1. Menyusun pakaian dalam almari


Murid perlu mengelaskan pakaian-pakaian mengikut jenis. Konsep pengelasan akan diaplikasikan oleh murid ketika menyusun pakaian. Susunan pakaian juga haruslah kemas dan teratur.
Memastikan bilangan pakaian bagi setiap baris adalah sama. Saiz lipatan harus sekata agar susunan baju berada dalam keadaan stabil.

2. Berkongsi makanan dengan orang lain


Murid perlu tahu bilangan orang yang akan berkongsi makanan tersebut. Murid harus faham bahawa makanan tersebut cukup untuk dibahagikan atau tidak. Cth. : Berkongsi 10 gula-gula dengan 4 orang rakannya.
Murid faham bahawa bilangan orang adalah 5 termasuk dirinya. Murid akan membahagikan gula-gula secara satu persatu kepada setiap orang yang berkongsi.

3. Mengingat waktu siaran di televisyen


Murid akan mengingat maklumat bagi siaran televisyen yang diminatinya. Konsep masa dan waktu dipraktikkan oleh murid. Cth. : Rancangan kartun Boboboi
Murid mengetahui siaran tersebut adalah pada hari Sabtu di TV3. Waktu siaran adalah pada pukul 6.30 petang hingga 7.00 malam. Murid akan faham bahawa rancangan tersebut berlangsung selama 30 minit.

4. Mengingati turutan angka sambil menaiki tangga


Kanak-kanak dapat membuat pengiraan semasa menggunakan tangga. Sambil melangkah anak tangga satu persatu, kanak-kanak melatih dirinya menyebut dan mengingati angka secara berturutan. Cth. : Menaiki anak tangga di rumah
Murid memulakan kiraan langkah yang diambil secara menaik. (1..2..3..)

5. Kanak-kanak memahami konsep asas pecahan Kanaksetengah (1/2) Kanak-kanak membuat pembahagian yang sama rata (setengah) Cth. : membahagikan kek cawan kepada dua bahagian yang sama rata.

6. Kanak - kanak mengenali konsep bentuk


Ketika bermain kanak kanak akan menyentuh alatan permainan dan mula mengenali nama bentuk berkenaan. Ibu bapa atau orang yang lebih dewasa akan memberikan keterangan mengenai nama bentuk dan cirinya. Kanak kanak mula mengenali nama bentuk dan cuba mengaitkannya dengan objek yang berada di sekitar mereka.
Contoh : Permainan Lego

7. Kanak kanak mengenali konsep isi padu cecair


Kanak kanak mengisi air di dalam botol Mula mengenali konsep penuh, separuh dan kosong isi padu cecair di dalam bekas
Contoh : menuang air ke dalam bekas minuman

8. Kanak kanak mengenal nama dan simbol nombor


Kanak kanak memadankan nama nombor dengan simbol nombor pada butang telefon Dapat mengenalpasti sama ada kanak kanak dapat mengenali konsep nombor dengan baik atau tidak
Contoh : membuat panggilan telefon

9. Kanak kanak mengenali konsep wang


Kanak kanak menggunakan wang kertas dan wang syiling dalam melaksanakan aktiviti seharian Mengenali bagaimana memberikan wang bersesuaian dengan jumlah yang dikehendaki
Contoh : membuat pembayaran wang tambang bas

10. Kanak kanak mengenali warna


Kanak kanak mengenali warna melalui pemilihan warna sesuatu objek Contoh : Ibu meminta mengambil sebiji cawan berwarna merah di dapur

SEKIAN, TERIMA KASIH!

Anda mungkin juga menyukai