Anda di halaman 1dari 17

KEMAHIRAN LISAN

OLEH : NOR IZZAH BT SAMSUDIN SITI INTAN FARAHANA BT MHD FAUZY

DEFINISI
Lisan merupakan satu daripada kemahiran yang penting dalam menjadi asas dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa. Jika ditinjau dengan teliti, dalam lisan terdapat dua aspek kemahiran kecil iaitu Kemahiran Mendengar dan Kemahiran Bertutur. Kanakkanak mula menguasai bahasa dari apa yang didengar dan dialaminya. Dia akan cuba meniru serta menuturkannya berulang-ulang.

KONSEP KEMAHIRAN LISAN


Komunikasi lisan yang sangat praktikal menyebabkan kita tidak teliti berbahasa. Akibatnya, kita mengalami masalah ketika menggunakan bahasa lisan. bahasa bersifat sangat luas dan manipulatif. Kita selalu memanipulasi bahasa untuk kepentingan dan tujuan tertentu.

Jenis kemahiran lisan


Kemahiran mendengar Kemahiran bertutur

Kemahiran mendengar
Apabila seseorang itu mendengar, dia seharusnya dapat mengecam, mengenal dan mengamatinya; Iaitu mengenal dan mendiskriminasi bunyi-bunyi bahasa yang berlainan. Kemahiran mengenal dan mendiskriminasikan bunyi-bunyi ini bergantung kepada faktor-faktor fisiologi serta neurologi pendengaran setakat mana kadar pendengarannya dan pengamatan pendengarannya.

 Secara ringkasnya seseorang itu boleh dikatakan mempunyai kemahiran mendengar jika ia boleh: - Mendiskriminasi bunyi-bunyi bukan bahasa. - Mendiskriminasikan unit-unit bunyi bahasa. - Memahami perkataan, konsep dan kemahiran mendengar perkataan. - Memahami ayat serta lain-lain elemen linguistik bahasa.

- Mendengar secara kritikal. - auding - Mengikut arahan. - Memahami urutan atau sekuan. - Mengingat kembali. - Menentukan idea utama / terpenting. - Membuat inferen dan penyeluruhan atau kesimpulan.

Kemahiran bertutur
Satu lagi kemahiran yang tergolong dalam kemahiran lisan ialah kemahiran bertutur iaitu kemahiran menyebut dan membunyikan bunyi-bunyi bahasa dengan pengujaran kata-kata atau ayat dalam intonasi, nada (tekanan suara ), jeda serta helaan yang betul. Unsur-unsur ilmu linguistik yang dinamakan suprapenggalan ini merupakan aspek yang nyata dan penting dalam lisan. Bagi setengah-setengah bahasa, perubahan kepada unsur-unsur ini akan melibatkan perbezaan maksud atau makna.

Mengenal pasti intonasi yang berbeza-beza ini amat penting bagi mewujudkan suasana pertuturan yang baik, licin dan lancar. Oleh itu aspek ini juga perlu diberi penekanan dalam pengajaran dan pembelajaran.

Fungsi bahasa lisan kepada muridmurid masalah pembelajaran


Bahasa sebagai Alat Ekspresi Diri Bahasa sebagai Alat Komunikasi Bahasa sebagai Alat Integrasi dan Adaptasi Sosial Bahasa sebagai Alat Kawalan Sosial

Bahasa sebagai Alat Ekspresi Diri


Pada awalnya, seorang anak menggunakan bahasa untuk mengekspresikan kehendaknya atau perasaannya pada sasaran yang tetap, yakni ayahibunya. Dalam perkembangannya, seorang anak tidak lagi menggunakan bahasa hanya untuk mengekspresikan kehendaknya, melainkan juga untuk berkomunikasi dengan persekitaran di sekitarnya. Setelah kita dewasa, kita menggunakan bahasa, baik untuk mengekspresikan diri maupun untuk berkomunikasi.

Seorang penulis mengekspresikan dirinya melalui tulisannya. Sebenarnya, sebuah karya ilmiah pun adalah sarana pendedahan diri seorang saintis untuk menunjukkan kemampuannya dalam sebuah bidang ilmu tertentu. Jadi, kita boleh menulis untuk mengekspresikan diri kita atau untuk mencapai tujuan tertentu.

Bahasa sebagai Alat Komunikasi


Komunikasi merupakan kesan yang lebih jauh dari ekspresi diri. Komunikasi tidak akan sempurna apabila ekspresi diri kita tidak diterima atau difahami oleh orang lain. Manakala, Dengan komunikasi pula kita mempelajari dan mewarisi semua yang pernah dicapai oleh nenek moyang kita, serta apa yang dicapai oleh orang-orang yang sezaman dengan kita.

kita menggunakan bahasa sebagai alat komunikasi apabila menpunyai kepentingan tertentu. Misalnya ketika kita ingin memberi penerangan tentang sesuatu perkara kepada orang lain. Kita juga dapat meyampaikan idea yang dapat diterima oleh orang lain.

Bahasa sebagai Alat Integrasi dan Adaptasi Sosial


Ketika dalam proses menyesuaikan diri kepada persekitaran tertentu, kita akan memilih bahasa yang sesuai dengan situasi dan keadaan kita hadapi. Kita akan memnggunakan bahasa yang berbeza untuk orang yang berbeza.

Bahasa sebagai Alat Kawalan Sosial


Sebagai alat kawalan sosial, bahasa sangat berkesan. Kawalan sosial ini dapat diterapkan pada diri kita sendiri atau kepada masyarakat. Berbagai penerangan, maklumat, mahupun pendidikan disampaikan melalui bahasa.

Ceramah agama atau dakwah merupakan contoh penggunaan bahasa sebagai alat kawalan sosial Buku-buku pelajaran dan buku-buku Arahan adalah salah satu contoh penggunaan bahasa sebagai alat kawalan sosial.

Anda mungkin juga menyukai