Anda di halaman 1dari 11

Pendahuluan Proses kematangan manusia akan menjadi lebih baik sekiranya berjaya menangani pelbagai cabaran seperti dibelenggu

dengan pelbagai masalah dan sebagainya. Masalah merujuk kepada sesuatu keadaan dimana individu mengalami kesulitan untuk membuat keputusan dan kesukaran dalam menjalani kehidupan yang normal. Kegagalan dalam menghadapi masalah ini akan menyebabkan individu akan hilang keyakinan diri dan gagal untuk berfikir dengan waras seterusnya melakukan perbuatan yang dianggap devian ataupun bertentangan dengan pegangan masyarakat setempat seperti memudaratkan diri sendiri dan sebagainya. Senario ini yang menyebabkan mengapa wujudnya kaunselor untuk membantu mereka yang memerlukan. Secara kasarnya kaunseling merupakan satu proses perhubungan menolong yang sistematik berasaskan prinsip psikologi diantara kaunseling dan klien (orang yang memerlukan khidmat bimbingan). Krumboltz (George & Kristianni, 1990),

mendefinisikan kaunseling merangkumi aktiviti-aktiviti yang beretika yang dilakukan oleh kaunseling dalam usaha membantu klien melibatkan diri dengan jenis-jenis tingkahlaku yang akan menghasilkan penyelesian kepada masalah klien. Hal ini bukannya bermaksud bahawa tugas kaunselor adalah untuk memberi nasihat tetapi kaunseling menggerakkan klien memahami diri dari segi kelemahan yang menghasilkan masalah dalam hidup dan bagaimana klien terdedah kepada permasalahannya. Oleh itu fokus mencapai matlamat yang mereka tentukan sendiri melalui pemilihan-pemilihan yang bermakna, dan melalui penyelesaian masalah yang berbentuk emosional atau antara individu. James (1982) pula telah mendefinasikan bahawa kaunseling sebagai suatu proses pembelajaran yang lebih menekankan kepada proses membantu individu untuk mencapai kehendaknya, membimbing dan menilai potensi yang ada pada diri individu. Jika diteliti dengan lebih mendalam, jelas menunjukkan bahawa aspek-aspek tersebut perlu dimiliki oleh seorang guru di sekolah. Hal ini kerana kurikulum negara Malaysia juga telah mengkehendakkan guru menjalankan pengajaran yang lebih berpusatkan murid dimana guru hanya bertindak sebagai pembimbing dalam membantu murid mendapat input-input dalam pengajaran. Oleh yang demikian adalah menjadi

tanggungjawab seorang guru untuk menilai samaada aspek-aspek Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan sosial muridnya bermalasah ataupun tidak. Jika murid-murid mempunyai masalah dalam aspek-aspek berikut guru boleh bertindak membantu memberi bimbingan yang sepatutnya agar murid mampu mengenalpasti kebolehan diri sendiri seterusnya menentukan corak pembelajaran yang mereka inginkan dalam proses untuk membesar menjadi insan yang sempurna. Namun begitu, kekurangan asas-asas dan kemahiran dalam membimbing akan menyebabkan guru gagal membantu murid menyerlahkan potensi dirinya. Oleh yang demikian, sebagai seorang guru yang berkaliber seharusnya memahami dan mendalami kaunseling. Kemahiran Asas Dalam Kaunseling Sebagai persediaan untuk menghadapi situasi dalam menyelesaikan masalah, seorang guru harus menyediakan diri dengan kemahiran-kemahiran asas supaya, proses bimbingan dapat berjalan dengan lancar. Terdapat banyak kemahiran-kemahiran yang perlu dikuasai oleh guru dan pecahan-pecahan besar bagi setiap kemahiran adalah seperti berikut. Keadaan Fizikal Dan Ruang ilmu-ilmu serta kemahiran-kemahiran asas dalam bimbingan dan

Kemahiran Melaksanakan Intervensi

Penampilan Diri KemahiranKemahiran Asas Dalam Kaunseling

Mengenal pasti dan mentafsir masalah

Melayan Dan Mendengar

Keadaan Fizikal Dan Ruang Sewaktu menjalankan sesi bimbingan dan kaunseling seorang guru harus memberi perhatian kepada keadaan fizikal dan ruang yang akan digunakan diantara guru dengan klien. Hal ini kerana dengan keadaan yang lebih selesa akan membuatkan klien mampu menyatakan masalah dan keadaan ini juga membantu mengurangkan tekanan yang telah dihadapi oleh klien. Antara perkara yang perlu ditiberatkan dalam kemahiran menyediakan fizikal dan ruang adalah seorang kaunselor harus menitikberatkan keselesaan klien. Kaunselor boleh bertindak menjadikan klien berasa lebih selesa dengan tidak bercakap secara berbelit-belit sehingga mengelirukan kilen. Selain itu kaunselor harus bertindak dengan menyatakan sebab pertemuan dengan jelas sambil menekankan bahawa kaunselor sangat prihatin dengan keadaan yang dihadapi oleh klien dan bersedia memberi bantuan (kaunseling individu). Dengan sikap empati seperti klien tidak akan berasa terancam malahan percaya kepada kaunselor yang sedang dirujuk. Oleh yang demikian sikap defensif diri akan dikurangkan seterusnya mampu menceritakan maklumat. Selain itu keadaan fizikal dan ruang ini juga meliputi suasana alam sekeliling perlu diberi perhatian kerana lazimnya sesi terapi mengambil masa yang lama. Fizikal bilik atau kawasan yang digunakan yang tidak kondusif akan menyebabkan klien menjadi kurang selesa atau rimas seterusnya fikiran yang bercelaru akan menjadi lebih bercelaru. Menurut (buku k. individu) kerusi meja yang sesuai perlu disediakan seperti kerusi yang tidak melenguhkan dan sebagainya. Selain itu pengaliran udara di dalam bilik juga haruslah lancar agar bilik tidak menjadi terlalu panas dan terlalu sejuk sehinggakan klien sukar untuk memberi tumpuan yang penuh. Selain daripada suhu bau juga merupakan aspek yang harus dititiberatkan, kaunselor boleh menggunkan pemawangi bilik yang lebih menyamankan dan perkara ini sedikit sebanyak membantu klien secara tanpa sedar. Keadaan-keadaan seperti yang telah disenaraikan boleh merupakan contoh kepada Suasana yang teraputik. Suasana yang dimaksudkan dalah suasana yang tenang tanpa gangguan, membolehkan perbincangan, penghayatan permasalahan yang dihadapinya tanda menyelindung sebarang

perasaan dan penglahiran idea tanpa terancam yang memudahkan berlakunya perubahan. Aspek yang ketiga yang terkandung dalam kemahiran menyediakan ruang dan fizikal adalah jarak diantara kaunselor dengan klien tidaklah terlalu dekat sehingga menggangu perbincangan dan tidak pula terlalu jauh sehingga menyukarkan kedua-dua pihak. Jarak yang mampu menimbulkan rasa selesa adalah diantara 1 meter hingga 1.5 meter (buku choong). Hal ini kerana dengan jarak seperti ini klien akan merasakan lebih bebas dan tindak balas-tindak balas negetif seperti kelihatan resah sehingga memalingkan muka, kurang pendengar penjelasan tidak akan berlaku sesi

perbincangan dapat berjalan dengan lancar. Dalam menentukan jarak yang sesuai, klien perlu mengambil tempat dahulu. Seterusnya, kaunselor membetulkan jarak yang dirasakan selesa oleh kedua-dua pihak untuk berunding.

Keselesaan Klien

Keadaan

Jarak

Fizikal Dan Ruang Bilik

Suasana Alam Sekeliling

Teraputik

Kemahiran Menyediakan Penampilan Diri Pandangan pertama kali amat penting dalam menentukan keberkesanan hubungan yang akan terjalin seterusnya. Sekiranya klien berasa selesa dan gembira dengan keadaan dan raut wajah serta cara kaunselor berpakaian, ini merupakan ciri pertama yang menentukan kejayaan sesi seterusnya. Kaunselor dan klien harus berpakaian mengikut norma-norma tempatan. Penampilan kaunselor yang boleh mengganggu tumpuan klien adalah seperti bau minyak wangi yang terlalu kuat, berpakaian yang menjolok mata, berpakaian terlalu selekeh atau badan terlalu berbau busuk. Antara perkara lain yang perlu difokuskan dalam menampilkan diri adalah seperti ekspresi muka yang dapat membantu menerangkan erti mesej yang hendak disampaikan. Oleh itu, adalah penting bagi para kaunselor mempamerkan ekspresi muka atau wajah yang dapat menyakinkan klien. Wajah atau mimik muka adalah hasil kombinasi daripada sinaran atau pandangan mata, kedutan dahi, muka dan hidung dan riak yang lahir daripada muka semasa berinteraksi. Misalnya muka menjadi merah ketika marah atau malu. Ekspresi muka yang tidak sama dengan kata-kata menimbulkan reaksi kurang senang klien. Misalnya mulut tersenyum tetapi nada suara mengejek. Senyuman begini tidak akan ditafsirkan sebagai petanda persahabatan yang baik. Selain itu kaunselor juga harus bijak membuat kontak mata yang sesuai untuk membolehkan kaunselor memberi tumpuan, menunjukkan minat, menunjukkan tanda hormat, menggalakkan perundingan, menimbulkan rasa penerimaan, menimbulkan rasa percaya mempercayai, menimbulkan rasa keselesaan dan menimbulkan rasa kesungguhan. Kontak mata bukan bererti kaunselor memandang tepat pada biji mata klien, tetapi menumpukan pandangan ke arah muka klien. Ini juga tidak bermakna kaunselor memandang tidak berhenti-henti atau tidak bergerak-gerak kepada klien. Seorang kaunselor itu harus peka serta dapat membaca dan melihat bahasa badan yang dilahirkan oleh kliennya. Kedudukan dan pergerakan badan ini juga memberi nada dan makna dalam hubungan kaunseling. Cara duduk boleh menggambarkan penerimaan kita terhadap orang lain. Seseorang yang bersikap terbuka dan mesra akan duduk condong sedikit ke arah orang yang bercakap dengannya. Manakala orang yang

bersifat tidak menerima, lebih cenderung duduk menyandar ke belakang menjauhi kliennya. Kaunselor yang baik akan duduk condong sedikit ke hadapan menghadapi kliennya yang menandakan beliau menerima dan bersedia untuk membantu. Beberapa ciri penting perlu diamalkan oleh kaunselor iaitu jangan duduk menyandar di kerusi sambil menggoyang-goyangkan badannya secara tidak berhenti, jangan menyilang kaki dengan kaki sebelah di atas lutut, atau sambil tangan diletak di belakang tengkuk dan menyadar. Kaunselor juga jangan menjadi terlalu rigid dan tidak bergerak langsung. Namun begitu kaunselor juga harus menggunakan pergerakan tangan dan kaki yang sesuai sesuai dapat memudahkan komunikasi tetapi pergerakan yang terlalu banyak kadangkala akan menjadi halangan dalam komunikasi antara kaunselor dengan klien. Contohnya klien yang nervous kadangkala melahirkan rasa cemasnya dengan menggoyangkan kakinya dengan tidak berhenti-henti. Senyuman kaunselor boleh meredakan ketegangan emosi di pihak klien. Klien akan berasa lebih selesa dan mudah untuk memulakan perbincangan. Senyuman dan nada suara juga harus diberikan mengikut kesesuaian dalam sesi kaunseling. Sekiranya senyuman tidak sesuai, klien akan silap memberi interpretasi. Senyuman dan nada suara klien juga harus difahami oleh kaunselor. Klien mungkin akan tersenyum untuk menutup rasa takut, risau keliru atau serba salah, malu dan sebagainya. Kepekaan kaunselor melihat senyuman ini sangat penting untuk memastikan sesi kaunseling yang dijalankan itu sesuai menepati matlamatnya.

Boleh menggang u tumpuan klien Nada suara Ekspresi muka

Senyuman

Penampilan diri

Konteks Mata

Gerakan tangan dan kaki Kedudukan dan pergerakan tubuh badan

Tahap tenaga

Kemahiran Melayan Dan Mendengar. Selepas kita membincangkan perihal penampilan diri, seorang kaunselor atau guru bimbingan haruslah mempunyai kemahiran yang lain iaitu kemahiran mendengar dan melayan. Kemahiran mendengar boleh dikatakan sebagai kemahiran yang paling penting di dalam bidang kaunseling. Hal ini kerana terdapat di dalam bidang kemahiran kaunseling, terdapat banyak perkara yang perlu didengari, sebelum ia ditafsir, dan proses mencari ke arah penyelesaian boleh berlaku. Di dalam bahagian mendengar dan melayan ini, terdapat empat bahagian utama iaitu kemahiran mendengar isi, kemahiran mendengar perasaan, cara melayan dan kemahiran mendengar aktif. Di dalam bidang kaunseling, terdapat beberapa perkara yang perlu didengar, iaitu isi

kandungan yang dikatakan, perasaan yang dilahirkan melalui tingkah laku bukan lisan,

dan mendengar perasaan yang dinyatakan. Mendengar isi bermaksud cuba memahami tema perbincangan dan merupakan langkah pertama dalam proses mendengar dengan baik (Kaunseling individu, Apa dan Bagaimana). Di dalam konteks ini, perkara penting yang harus didengar ialah apa yang sedang dikatakan oleh klien. Di sini peranan

kaunselor ialah mendengar dengan baik dan membantu dalam memahami masalah tersebut. Perasaan pula ialah emosi yang dialami pada satu-satu situasi yang dapat digambarkan dengan perkataan dan tingkah laku (Kaunseling dan individu, Apa dan Bagaimana) . Kemahiran mendengar perasaan ini bukanlah seperti yang kita bayangkan bahawa kita mampu mendengar perasaan, sebaliknya ia merupakan lambang kepada cara kaunselor menafsir perasaan. Anda boleh mengambil sedikit masa untuk menyenaraikan perkataanperkataan bagaimana). Kemudian, terdapat satu lagi kemahiran yang dipanggil kemahiran mendengar aktif. Dikatakan bahawa mendengar secara aktif ini ialah kita mendengar secara serius, dan memberi tumpuan sepenuhnya terhadap apa yang dikatakan oleh klien itu. Cara untuk mendapatkan kemahiran mendengar aktif ada empat iaitu berusaha untuk memahami klien sebelum berusaha untuk difahami, bersifat tidak menghukum, memberikan tumpuan sepenuhnya, dan gunakan kesenyapan. Kemahiran yang terkahir ialah kemahiran melayan. Kemahiran melayan ini adalah satu cara untuk cara kaunselor menunjukkan bahawa mereka sudah bersedia untuk mendengar. Di dalam konteks melayan ini, sebagai tanda awal layanan mesra terhadap klien, guru bimbingan dan kaunseling hendaklah menyambut kanak-kanak yang berkenaan di pintu masuk dengan penuh kemesraan, seterusnya memastikan keselesaannya di tempat duduk yang disediakan (Bimbingan dan kaunseling kanakkanak). yang menggambarkan perasaan. (Kaunseling individu, apa dan

Cara Melayan

Mendengar perasaan

Melayan dan Mendengar

Cara Mendeng ar Aktif

Mendengar isi

Kemahiran Mengenal Pasti Masalah Selepas pelbagai jenis masalah diperdengarkan kepada kaunselor atau guru bimbingan, maka timbul lagi satu persoalan yang akan membawa kaunselor kepada satu lagi kemahiran yang baru iaitu kemahiran mengenal pasti masalah. Salah satu daripada strategi yang biasa digunakan untuk mengenal pasti masalah yang timbul dalam kalangan kanak-kanak ialah melalui tinjauan (Bimbingan dan kaunseling kanakkanak). Selain itu, seorang kaunselor juga boleh menggunakan kemahiran membuat refleksi perasaan. Kemahiran ini menyampaikan mesej kepada kanak-kanak bahawa guru bimbingan bahawa guru bimbingan dan kaunselor bukan sahaja memahami malahan berempati terhadap perasaannya. Seterusnya ialah kemahiran

menginterpretasi. Kemahiran merupakan satu proses aktif di mana kaunselor menjelaskan perkara atau isu yang dibawa oleh klien mengikut fahaman kaunselor dan dari segi perspektif yang baru. Selain itu, kemahiran perancangan prasesi juga penting di dalam konteks mengenal pasti masalah ini. Sebelum sesi kaunseling dimulakan, kaunselor seharusnya menyemak rekod-rekod klien untuk mendapatkan maklumat

yang dianggap berguna. Selanjutnya, kemahiran refleksi merupakan salah satu kemahiran yang boleh digolongkan di dalam kemahiran mengenal pasti masalah yang mana refleksi merupakan satu usaha memahami klien dari sudut pandangan klien itu sendiri (kaunseling dan Individu, Apa dan Bagaimana). Kemahiran refleksi terbahagi kepada tiga bahagian iaitu refleksi isi, perasaan, dan pengalaman. Kemahiran prafasa pula bertujuan menunjukkan kepada klien bahawa mesej yang diberikan mula difahami oleh kaunselor. Jadi kemahiran ini jelas menunjukkan bahawa ia boleh digolongkan di dalam kemahiran mengenal pasti masalah. Kemahiran terakhir yang boleh digolongkan di dalam kemahiran mengenal pasti masalah ialah kemahiran menginterprestasi. Ia merupakan satu proses aktif di mana kaunselor menjelaskan makna perkara atau isu yang dibawa oleh klien mengikut fahaman kaunselor dari perspektif yang baru ( kemahiran asas kaunseling, Apa dan bagaimana). Jadi di dalam kemahiran ini, maka kaunselor sedang melalui proses untuk mengenalpasti masalah atau punca sebenar bagi konflik atau masalah yang dihadapi oleh klien itu.

Refleksi

Prafasa

Mengenal pasti Masalah

Menginterp restasi

Perancang an Pra Sesi

Kajian Kes : Klien merupakan seorang kanak-kanak Tahun Lima dan mempunyai seorang kakak yang berumur 14 tahun. Ibu bapa klien telah bercerai. Kini ibu dan bapanya tinggal berasingan dan masing-masing sudah berkahwin lain. Pada mulanya klien tinggal bersama bapa kandungnya setelah mendapat perintah hak penjagaan dari mahkamah. Masalah mula timbul setelah dia sering didera oleh ibu tirinya. Tidak tahan dengan situasi itu, dia telah diambil oleh ibu kandungnya pula. Namun begitu, masalah yang sama tetap timbul. Dia didera pula oleh bapa tirinya. Kemudian Jabatan Kebajikan Masyarakat telah mengambilnya tinggal di rumah Jabatan Kebajikan Masyarakat bersama-sama kakaknya. Di sana, dia mendapati bahawa tiada rakan-rakan yang

sebaya dan satu sekolah dengannya. Masalah ini ditambah pula dengan kehidupan sosial yang terbatas berikutan daripada peraturan-peraturan yang termaktub di rumah Jabatan Kebajikan Masyarakat itu. Kehidupannya tidak bebas seperti kanak-kanak yang sama usia dengannya. Sebagai contoh pada setiap pagi klien akan dihantar ke sekolah dengan menaiki van dan kemudiaannya dijemput pulangh pada tengah harinya. Setelah itu klien tidak dibenarkan lagi untuk keluar dari rumah kebajikan tersebut. Dari segi sifat fizikal (Jasmani) klien tidak mempunyai apa-apa masalah atau kekurangan seperti kecatatan dan sebagainya. Tonggak masalah bagi klien adalah pada aspek emosi. Berikutan dari masalah hidupnya, klien menjadi seorang yang sangat pendiam, tidak mahu bergaul dengan orang lain kerana perasaan tidak yakin dan malu terhadap rakan-rakan yang lain. Jadi, dari segi rohani, klien mula meyalahkan takdir hidupnya. Dia seringkali termenung di dalam kelas seolah-olah bertanya mengapa dia harus begitu dan begini dan klien juga seolah-olah tidak dapat menerima bahawa kehidupan ini yang harus ditempuh olehnya. Sehubungan dengan masalah ini juga, klien mempunyai masalah di dalam pembelajarannya. Berikutan daripada masalah yang dihadapi olehnya, dia tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian terhadap pelajarannya. Akhir sekali, klien juga tidak mempunyai kawan rapat, dan merasa dirinya seolah-olah terpenjara dan terperangkap dengan keadaan ini.