Anda di halaman 1dari 5

LONTAR PELURU

Sejarah Lontar peluru merupakan salah satu acara padang dalam kejohanan olahraga. Peluru diperbuat daripada besi padu atau tembaga. Berat peluru adalah berbeza mengikut kategori, untuk murid sekolah rendah, peluru yang digunakan adalah seberat 2.72kg. Terdapat pelbagai teknik lontaran iaitu gaya bersilang langkah, gaya berdiri, gaya langkahan ke belakang dan gaya Parry O Brien.

Asal usul acara lontar peluru tidak mempunyai sejarah yang lama berbanding acara rejam lembing dan melempar cakera. Melontar peluru telah dijadikan pertandingan bermula pada abad ke-19. Orang Scotland dan Ireland dianggap golongan pertama yang mencipta acara lontar peluru. Tetapi ianya tidak diterima sebagai acara sukan di kedua-dua negara. Amerika Syarikat dianggap pencetus arena acara lontar peluru dalam beberapa kejohanan sukan olahraga. Acara ini dipertandingkan di Sukan Olimpik moden pada tahun 1896.

Peraturan 181
Peluru dilontar dari bahu dengan satu tangan sahaja Kedudukan tangan yang melontar peluru tidak boleh rendah dari kedudukan tangan semasa memegang Lontaran dibuat dari dalam bulatan Pembatalan berlaku sekiranya:
 Pelontar menyentuh mana-mana kawasan di luar bulatan  Pelontar keluar dari bahagian hadapan bulatan selepas melontar  Pelontar menyentuh bahagian atas penyendal di hadapan bulatan  Pelepasan peluru yang tidak betul:
 Semasa melontar kedudukan tangan lebih rendah daripada kedudukan tangan sebelum lontaran dibuat  Peluru dibawa ke belakang bahu tangan melontar

 Pelontar melebihi masa 1 minit yang dibenarkan

Jika pelontar perlu melakukan lontaran dua kali berturut-turut, maka masa 2 minit dibenarkan di antara dua lontaran tersebut Bendera kuning diangkat 15 saat sebelum tempoh yang dibenarkan tamat Hakim berkuasa menukar tempat pertandingan tetapi ini mesti dilakukan selepas satu pusingan lontaran dibuat