Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA LAWATAN KE TAIPING, PERAK; 2012

KELAB RUKUN NEGARA KELAB PENCEGAHAN JENAYAH SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI TIRAM 1. Tajuk: LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE BANDAR TAIPING, PERAK. 2. Pendahuluan: 2.1 Lawatan sambil belajar ke Bandar Taiping, Perak ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada murid SKST tentang sejarah bandar-bandar yang terdapat di Malaysia. Memberi peluang kepada peserta rombongan untuk mengenali serta merasai pengalaman sebenar tentang tempat-tempat bersejarah yang terdapat di sekitar Bandar Taiping dan bukan hanya mempercayai fakta atau coretan yang terdapat di dalam buku pendidikan dan media cetak. Mendedahkan tradisi dan budaya masyarakat setempat kepada peserta rombangan supaya dapat membina jati diri yang cemerlang dan mampu menimbulkan perasaan yakin diri dalam diri peserta rombongan. Mempertingkatkan lagi dan menghargai keupayaan murid dari segi Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan Sosial (JERIS).

2.2

2.3

2.4

3. Matlamat dan Objektif: 3.1 Menjadikan kecemerlangan sejarah, budaya serta tradisi masyarakat Malaysia yang unik sebagai salah satu saluran ke arah mewujudkan budaya perpaduan yang mampan di kalangan peserta rombongan. Memperkukuhkan rasa kerjasama, yakin diri pada kemampuan sendiri serta meningkatkan keteguhan perasaan setiakawan dan menghargai pengorbanan tokoh-tokoh sejarah. Merangsang pembabitan murid di dalam kegiatan kokurikulum dengan lebih agresif. Menghargai kebolehan dan keupayaan murid dalam mengaplikasikan pengetahuan sejarah setempat sebagai satu cabang untuk mewujudkan kefahaman tentang budaya yang ada di Malaysia. Melahirkan murid yang lebih berpotensi serta seimbang di dalam bidang kokurikulum yang berlandaskan kecergasan fizikal dan kurikulum yang berpasak kepada kegemilangan mental.

3.2

3.3

3.4

3.5

KERTAS KERJA LAWATAN KE TAIPING, PERAK; 2012

4. Tentatif Program: 4.1 Aturcara Program: Hari Pertama - 04 Mei 2012 (Jumaat) 0700 pagi 0800 pagi 0900 pagi Berkumpul di sekolah. Bertolak ke Stesen Keretapi JB Sentral dengan bas. Bertolak ke Taiping menaiki keretapi. - Pengenalan kepada kawasan-kawasan yang akan dilawati sepanjang perjalanan. Tiba di Taiping Lawatan Stesen Keretapi Taiping. - Merupakan Stesen Keretapi Pertama di Malaysia yang dibina pada tahun 1882. Bertolak ke tempat penginapan Puspanita Homestay. Solat dan makan malam. Program Cerdas Minda. - Menguji kepintaran peserta dalam mengingati tempattempat yang telah dilalui di sepanjang perjalanan. Rehat / Tidur.

0600 petang

0700 petang 0800 malam 0930 malam

1000 malam

Hari Kedua 05 Mei 2012 (Sabtu) 0730 pagi 0830 pagi Sarapan. Lawatan ke Taman Tasik Taiping. - Kawasan perlombongan bijih timah yang tertua di Malaysia yang berukuran 62 hektar. Telah dibuka pada tahun 1880. Lawatan ke zoo yang tertua dan menjadi zoo awam pertama di Malaysia iaitu Zoo Taiping. - Ia merupakan tempat habitat bagi 1300 binatang dengan 180 spesis binatang. Lawatan ke Penjara Taiping. Menuju ke kawasan rekreasi tanah tinggi Perak; Bukit Larut. Program Cerdik Akal. - Menguji kecerdikan peserta dalam mengingati fakta-fakta tempat yang telah dilawati. Makan tengahari dan solat. Bertolak ke Muzium Perak. - Muzium tertua dan pertama di Semenanjung Malaysia yang ditubuhkan sejak tahun 1883. Lawatan ke Kuala Sepetang untuk melihat kawasan paya bakau (Pusat Eko-Pelajaran). Pulang ke tempat penginapan. Solat dan makan malam. Aktiviti Kumpulan. Rehat / Tidur.

0930 pagi

1100 pagi 1200 t/hari

0115 petang 0200 petang

0400 petang 0600 petang 0700 malam 0930 malam 1000 malam

Hari Ketiga 06 Mei 2012 (Ahad) 0730 pagi 0830 pagi 0630 petang 0730 petang Sarapan. Menuju ke Stesen Keretapi Taiping dan bertolak pulang ke Johor Bahru. Tiba di JB Sentral. Dijangka tiba di Sekolah Kebangsaan Sungai Tiram.
2

KERTAS KERJA LAWATAN KE TAIPING, PERAK; 2012

5. Sasaran Peserta Rombongan: 5.1 Penyertaan terbuka kepada semua murid tahun 3 sehingga 6 Sekolah Kebangsaan Sungai Tiram yang berminat menyertai rombongan ini. Namun penyertaan hanya terhad kepada 34 orang sahaja dengan diiringi 6 orang guru pembimbing.

6. Sumber Kewangan: 6.1 Butiran Sumber Kewangan: i) ii) iii) iv) *Peruntukan Ko-Kurikulum = RM 300.00 *Sumbangan PIBG = RM 300.00 Kutipan Bayaran Penyertaan = RM 6000.00 (40 orang x RM 150.00) *Sumbangan JKKK Sg. Tiram = RM 300.00 ________________________________________________________ JUMLAH = RM 6900.00

Butiran Anggaran Perbelanjaan : Sewa bas - pergi & balik (dari SKST JB Sentral) = RM 520.00 Sewa bas sepanjang lawatan di Taiping = RM 1000.00 Bayaran masuk (40 orang x RM 16.00) = RM 640.00 Tambang keretapi pergi & balik (JB ke Taiping) = RM 2700.00 Makan & minum Sarapan - (40 orang x RM 3.00 x 2 hari) = RM 240.00 Makan tengahari - (40 orang x RM 5.00 x 2 hari) = RM 400.00 Makan malam - (40 orang x RM 5.00 x 2 hari) = RM 400.00 vi) Penginapan untuk 3 hari 2 malam = RM 1000.00 ________________________________________________________ JUMLAH = RM 6900.00 Catatan * Anggaran awal sumbangan yang akan diperolehi 7. Guru Pengiring: 7.1 Encik Mohd Tarmizi bin Kamarudin (Ketua Rombongan) No. K/P: Alamat: Batu 17, Jln Sg Tiram, Kg Sg Tiram 81800 Ulu Tiram, Johor. Encik Ahmad Faizal bin Shamsudin No K/P: Alamat: No. 27, Jln Bestari 49/2, Tmn Bestari Indah, 81800 Ulu Tiram, Johor. Cik Nur Kartini binti Razak No. K/P: Alamat: No 591-A, Jln Sg Tiram, 81800 Ulu Tiram, Johor. Puan Salina binti Musa No K/P: Alamat: No.4, Jln Soga 8, Taman Bukit Tiram, 81800 Ulu Tiram, Johor. Encik Mohd Zuhairi bin Zainawi No. K/P: Alamat: Batu 16, Kg Mulia Sg Tiram, 81800 Ulu Tiram, Johor.
3

i) ii) iii) iv) v)

7.2

7.3

7.4

7.5

KERTAS KERJA LAWATAN KE TAIPING, PERAK; 2012

7.6

Puan Fauzi binti Ibrahim No K/P: Alamat: Rumah Guru SKST, Batu 17 , Jln Sg Tiram, 81800 Ulu Tiram, Johor.

8. Maklumat Guru yang Dibenarkan Memungut dan Membelanjakan Wang: 8.1 Encik Ahmad Faizal bin Shamsudin No K/P: Alamat: No. 27, Jln Bestari 49/2, Tmn Bestari Indah, 81800 Ulu Tiram, Johor. Puan Fauzi binti Ibrahim No K/P: Alamat: Rumah Guru SKST, Batu 17 , Jln Sg Tiram, 81800 Ulu Tiram, Johor.

8.2

9. Nama dan Alamat Tempat Lawatan serta Tempat Penginapan: 9.1 Stesen Keretapi Taiping 34000 Taiping, Perak. No. Telefon: 05-8075584 / 05-8072591 Penjara Taiping, Zoo Taiping dan Taman Tasik Taiping Jalan Taman Tasik, 34000 Taiping, Perak. No. Telefon: 05-8086577 Bukit Larut Pejabat Taman Peranginan Bukit Larut, 34000 Taiping, Perak. No. Telefon: 05-8077241 / 05-8077243 Muzium Perak Jalan Taming Sari, 34000 Taiping, Perak No. Telefon: 05-822057 Pusat Eko-Pelajaran Kuala Sepetang Pejabat Hutan Daerah, Larut dan Matang, 34000 Taiping, Perak. No. Telefon: 05-8072762 Puspanita Homestay No. 5, Jalan Kelab Baru, 34000 Taiping, Perak No. Telefon: 05-8081963 Disemak oleh

9.2

9.3

9.4

9.5

9.6

Disediakan oleh

...................... Mohd Tarmizi bin Kamarudin Guru Pembimbing Kelab Rukun Negara SK Sungai Tiram Pasir Gudang, Johor Diluluskan oleh

....... Sarimah binti Md. Ali GPK KoKurikulum SK Sungai Tiram Pasir Gudang, Johor

Anda mungkin juga menyukai