Anda di halaman 1dari 1

MEMUPUK KREATIVITI MURID TAHUN TIGA MELALUI BUKU SKRAP DALAM PENDIDIKAN SENI VISUAL

Disediakan oleh : Norsarina binti Mohd Noor

ABSTRAK

Penyelidikan ini dijalankan untuk menilai keberkesanan pemupukan kreativiti melalui buku skrap dalam matapelajaran Pendidikan Seni Visual ke atas murid tahun tiga. Responden dalam kajian ini terdiri daripada 40 orang murid dari darjah Tiga Setia Sekolah Kebangsaan Convent Father Barre, Sg. Petani, Kedah. Data dikumpulkan melalui kaedah pemerhatian, senarai semak, rekod anekdot, temubual dan dokumen hasil murid. Hasil analisis data sebelum dan selepas menunjukan peningkatan yang ketara dan jumlah peningkatan markah adalah tinggi. Keputusan kajian menunjukkan bahawa buku skrap sangat berkesan dalam memupuk kreativiti murid. Dapatan menunjukkan murid dapat meningkatkan kreativiti mereka dalam menghasilkan karya apabila matapelajaran Pendidikan Seni Visual diajar dan sekaligus menarik minat murid dalam subjek ini.

Anda mungkin juga menyukai