Anda di halaman 1dari 3

KAJIAN KES

ABSTRAK :

Kajian ini bertujuan untuk mengetahui persepsi dan tahap pengetahuan pelajar terhadap pemakanan seimbang mereka melalui empat aspek iaitu diet seimbang, faktor utama merancang diet seimbang, jenis nutrient dan piramid makanan. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan borang soal selidik, PENGENALAN Makanan adalah keperluan asas bagi setiap makhluk yang hidup di muka bumi ini. Makananyang dimakan perlulah berkualiti dan diambil dengan cara pemakanan yang betul. MenurutAzimuth (2008) kita akan jadi tidak sihat jika kita mempunyai tabiat makan yang tidak sihat. Jikakita mengamalkan tabiat makan yang sihat dan mengikut saranan pakar nutrisi, kita akan jadilebih sihat.Oleh itu, zat pemakanan yang baik diperlukan untuk menjana perkembangan minda yang baik kepada pelajar. PERNYATAAN MASALAH Berdasarkan kepada latarbelakang masalah yang telah dihuraikan kami ingin melakukan penyelidikan bagi mengetahui persepsi dan tahap pengetahuan pelajar terhadap pemakanan seimbang mereka melalui tiga aspek iaitu diet seimbang, faktor utama merancang diet seimbang, jenis nutrient dan piramid makanan. OBJEKTIF KAJIAN Objektif yang ditetapkan bagi kajian ini adalah untuk: 1 Mengenal pasti tahap pengetahuan pelajar terhadap pemakanan seimbang 2.Mengenal pasti tahap pengetahuan pelajar terhadap piramid makanan 3 Mengenal pasti gaya pemakanan pelajar sekolah.

INSTRUMEN KAJIAN Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah berbentuk borang soal selidik, yang akan diedarkan kepada responden untuk mendapatkan maklumbalas, yang mana ianya merangkumi beberapa item. ANALISIS KAJIAN Seramai 15 orang adalah lelaki manakala seramai 15 orang responden adalah perempuan. Jumlah keseluruhan responden adalah 30 orang. Kesemua pelajar adalah berbangsa melayu. Bagi item kategori diet seimabang rata-rata mengetahui konsep diet seimbang dan dapat mengenal pasti setiap aras di dalam pyramid makanan. Bagi konsep diet seimbang seramai 27 responden menjaya Ya, manakala3 orang menjawab tidak. Secara keseluruhan, peratusan bilangan responden menunjukkan mereka memahami dan mempunyai pengetahuan terhadap diet seimbang dan piramid makanan Seterusnya , seramai 27 orang respon mengatakan mereka menyukai sayur-sayuran manakala seramai 3 orang mengatakan mereka tidak gemar sayursayuran. Bagi buah-buahan pula, seramai 27 orang respon mengatakan mereka menyukai buahbuahan manakala 3 orang respon tidak gemarkan buah-buahan.Seramai 25 orang respon mengatakan mereka menyukai nasi berbanding burger manakala 5 orang responden tidak menyukai nasi tetapi lebih gemarkan burger. Seramai 25 orang responden juga mengatakan mereka lebih gemar makan di rumah berbanding KFC atau MCD manakala 5 orang responden memilih makan di KFC atau MCD. Seramai 13 orang responden adalah dalam kategori kurus, manakala 15 orang responden berada dalam kategori sederhana. Tiada responden dalam kategori gemuk atau obesiti Seramai 19 responden memilih gemar makan roti pada waktu pagi, manakala roti seramai 5 orang lagi memilih nasi lemak dan selebihnya memilih nudget. Pada waktu tengahari seramai 27 responden memilih nasi manakala 3 orang responden memilih burger. Seterusnya pada waktu malam, seramai 27 orang responden memilih nasi manakala 3 orang memilih makanan speggeti.

Dapatan daripada kajian ini menunjukkan keseluruhan responden mempunyai tahap pengetahuan yang baik mengenai pemakanan seimbang.Secara keseluruhan didapati kebanyakkan responden mengamalkan pemakanan yang betul mengikut nutrient yang berada di dalam piramid makanan. RUMUSAN Berdasarkan kajian soal selidik tersebut, rata-rata pelajar mengetahui tentang pemakan diet seimbang tetapi kurang mengamalkan secara berkesan. Oleh itu, penyebaran maklumat perlu dilaksanakan bagi memberi input dan pengetahuan yang berguna kepada mereka melalui persembahan powerpoint, pemplet, penanda buku dan sebagainya