Anda di halaman 1dari 11

Kertas Kerja Kolokium Kebangsaan Kepimpinan Instruksional Mencemerlangkan Sekolah : Satu Catatan Pengalaman di SMK Gedong oleh Hj.

Mohamed Pauzan Bin Nuruddin When success is concerned, people are not measured in inches or pounds, or college degrees, or family background; they are measured by the size of their thinking Schwartz D.J. (1987) Pengenalan Menerima cabaran untuk menulis sedikit catatan pengalaman di sini bukan sesuatu pelawaan yang mudah untuk diterima. Ini kerana penulis belum pernah menerima sebarang anugerah besar atau kejayaan besar dalam dunia perguruan atau pengurusan yang bertaraf tinggi. Namun, kesediaan penulis untuk berkongsi sedikit pengalaman mentadbir sebuah sekolah adalah atas dasar demi ilmu yang sedikit jika dikongsikan boleh bercambah menjadi sesuatu yang besar dan dapat dimanfaatkan dan memanfaatkan demi kebaikan bersama. Ini bersesuaian dengan kata-kata Thomas Dewar minds are like parachutes they

only function when open.

Kesediaan untuk kita terus meneroka pelbagai kemungkinan juga banyak bergantung pada nawaitu, rasa tanggungjawab serta keberanian untuk menjelajah ruang-ruang yang kita anggap masih asing atau peratus kejayaannya pada tanggapan kita sendiri masih samar-samar. Fitrahnya setiap individu mahu institusi yang dipimpinnya berjaya dan meraih kecemerlangan. Ini bergantung kepada sejauh mana passion serta burning desire yang meluap-luap untuk menaikkan standard sesebuah institusi yang kita pimpin tadi. Standard atau taraf juga berbeza mengikut konteks masa, tempat serta persekitaraan di sekelilingnya. Bertolak daripada premis inilah, sedikit catatan pengalaman yang dicoretkan di sini lebih berupa pengalaman praktikal meskipun kejayaan yang diraih selama ini tidak semestinya setanding dengan kejayaan besar yang pernah diraih oleh pemimpin institusi yang sekolahnya yang sudah menjadi penanda aras di peringkat kebangsaan. Takrif kejayaan dapat diperluaskan bersesuaian dengan

ungkapan bahawa hari ini lebih baik dari semalam dan esok adalah lebih baik dari hari ini. Faktor-faktor dalaman serta luaran banyak mempengaruhi kejayaan sesebuah sekolah dan keakuran kita terhadap beberapa kekangan seperti sumber sedia ada jika dapat dimanfaatkan semaksimum mungkin boleh membawa sedikit kejayaan. Perspektif perbincangan nanti berupa satu perkongsian pengalaman dalam urusan tadbir urus serta pendekatan yang diambil dalam usaha untuk mencemerlangkan sekolah. Sejarah Ringkas SMK Gedong

MK GEDONG ditubuhkan pada tahun 1980. Ia dibina berhampiran Sungai Sadong dan berkongsi kawasan dengan SK Abang Kadir, Gedong. Gedong dipilih sebagai nama sekolah bersesuaian dengan tempat ia didirikan, iaitu kawasan perkampungan di mana majoriti penduduknya ialah orang Melayu yang menyarakan hidup daripada hasil pertanian dan menangkap ikan sungai. Gedong merupakan sebuah daerah kecil di Bahagian Samarahan yang terletak kira-kira 92 kilometer dari Bandar raya Kuching. Pertumbuhan jumlah murid yang semakin pesat pada setiap tahun dan permohonan dari pihak kampung maka ilham untuk membina sebuah sekolah menengah awal 1979 menjadi realiti. Orang-orang kampung mengadakan pertemuan dengan Ahli Yang Berhormat dan menyatakan hasrat mereka untuk mendirikan sebuah sekolah menengah harian berasrama di Gedong. Sebelum itu anak-anak didik dari Gedong melanjutkan pelajaran di peringkat menengah di SMK Simunjan atau SMK Serian. Maka pada pertengahan tahun 1979 sebuah bangunan kayu dan beratap zink telah dibina secara kilat hasil kerjasama dari semua pihak dengan sedikit bantuan kewangan dari pihak kerajaan. Bangunan tersebut mempunyai 4 bilik yang boleh menampung 30 orang murid bagi setiap bilik. Seramai 155 orang murid memulakan pendidikan peringkat menengah di bangunan tersebut dengan tenaga pengajar seramai 8 orang, seorang kerani, seorang pembantu makmal dan seorang tukang kebun. Murid-murid diagih kepada 4 kelas iaitu 2 kelas Tingkatan 1 dan 2 kelas Tingkatan 2. Pada tahun 1985 keadaan mula berubah bila SMK Gedong berpindah ke tapak baru yang letaknya kira-kira 5 kilometer dari Kampung Gedong. Di tapak baru tersebut didirikan bangunan-bangunan yang baru seperti Blok Akademik, Blok Pentadbiran, Asrama, Dewan Serbaguna, Makmal, Bengkel Seni Perusahaan dan juga Kuarters serta Berek untuk kakitangan sekolah. Sekarang murid SMK Gedong yang seramai 879 orang dapat menikmati suasana pembelajaran dengan begitu selesa. Mereka yang terdiri daripada bangsa Melayu, Iban, Bidayuh dan Cina telah menunjukkan sikap bekerjasama dan saling menghormati dalam suasana kehidupan yang harmoni. Kini SMK Gedong mempunyai pendidik yang berjumlah 51 orang juga memainkan peranan yang utama selaras dengan tanggungjawab yang telah

diamanahkan kepada mereka. Begitu juga halnya dengan kakitangan sokongan yang telah menunjuk komitmen yang begitu tinggi untuk menjamin kecemerlangan yang berterusan. SMK Gedong akan terus berdiri megah dengan kemudahan yang sedia ada dan menjadi sebuah institusi untuk murid-murid menimba ilmu pengetahuan. Sesungguhnya SMK Gedong mampu untuk memberi daya saing sama ada dalam bidang akademik mahupun kokurikulum dengan ribuan sekolah menengah di negara ini selaras dengan motonya Usaha Dedikasi Jujur Jaya. Mengimbas dan Menganalisis Persekitaran Ilmu bantu serta pengalaman lalu banyak membantu dalam mengambil alih teraju kepimpinan sekolah pada bulan Januari tahun 2004. Dilema setiap pemimpin sekolah biasanya adalah untuk mempraktikkan ilmu pengurusan dan instruksional yang telah dipelajari untuk mengurus sekolah yang telah dipertanggungjawabkan. Pertama-tama, saya mengambil pendekatan untuk membuat imbasan persekitaran (environmental scanning) selama beberapa minggu untuk mengenali sekolah saya dengan lebih dekat lagi. Saya telah menggunakan analisis SWOT untuk menilai persekitaran dalaman dan luaran sekolah. Hasilnya, saya dapat membuat penjanaan strategi menggunakan Tows Matrik sebagai titik tolak untuk merangka sebarang pembaharuan serta merancang strategi yang berkesan kemudiannya. Daripada dapatan analisis yang telah dibuat, SMK Gedong mempunyai kekuatan serta kelemahan yang perlu diberi tumpuan khusus. Hasil analisis adalah seperti yang berikut:
Persekitaran Dalaman STRENGTHS S S1 - Guru mencukupi- 99% Terlatih S2 - 65% guru mempunyai sekurang-kurangnya 5 tahun pengalaman S3 - Kemudahan fizikal agak baik serta ceria S4 - Ada makmal komputer yg lengkap WEAKNESS- W W1 30% murid kurang minat BI W2 - 13 % murid belum menguasai 2M untuk setiap Tingkatan W3 Pencapaian A dalam M/pelajaran masih rendah W4 Motivasi murid masih Rendah W5 Latar belakang ibu bapa yang celik huruf serta sosioekonomi yang rendah (WI, W2,W3-O1)

Persekitaran Luaran

OPPORTUNITIES O

(S1, O1)

O1 - Sokongan PIBG O2 - Sokongan JPN & PPG 02 - ADUN memberi Sumbangan 03 - Kawasan sekolah luas (56.4 ekar) O4 - Sekolah jauh dari pusat bandar

Wujudkan permuafakatan antara sekolah dengan PIBG untuk tingkatkan prestasi akademik kelas tambahan dll. (S3, O3) Mempertingkat kecerian persekitaran dan fizikal untuk P&P

Mengambil khidmat pakar dari luar/guru sendiri untuk kelas kecemerlangan dengan biaya PIBG (WI, W2,W3-O2) JPN dan PPG beri sokongan peruntukan program tingkatkan Akademik (W5 O1,O2) Seminar keibu bapaan, ceramah kepada ibu bapa

THREATS T T1 Pengaruh negatif dari kawasan ladang berhampiran

(S1,S2,S4, T1) Meningkatkan penggunaan ICT dalam proses P&P

(WI, W2,W3-T1) Meningkatkan penggunaan ICT dalam proses P&P (W4 T1) Tingkatkan asrama program khas

Analisis di atas sekadar contoh praktikal yang dapat dilaksanakan dan sememangnya mempunyai impak yang mendalam dalam bidang akademik dan motivasi murid. Daripada sudut yang lain pula, perancangan dalam kokurikulum dan aktiviti mempertingkatkan sahsiah murid juga memerlukan proses yang sama. Pada hemat saya, apabila kita sudah dapat mengenalpasti masalah serta puncanya maka kerja-kerja perancangan akan menjadi lebih mudah dan teratur. Memang benar kata-kata bestari if you fail to plan, you are planning to fail . Sebarang program atau aktiviti yang dibuat secara ad hoc kurang memberi kesan serta tidak mencapai objektif seperti yang kita kehendaki. Dalam konteks ini terma rujukan yang paling berkesan dalam mana-mana management tools ialah mewujudkan satu pelan strategik sebagai titik tolak untuk mencapai kecemerlangan. Bagaimanapun, untuk meraih sesuatu kejayaan tidak semudah seperti yang kita rancangkan. Oleh yang demikian, langkah yang juga amat penting adalah untuk mengenal pasti faktor-faktor kritikal yang dapat memacu kemajuan sekolah yang kita terajui. Di antara faktor kritikal adalah seperti yang berikut :

Faktor Kritikal

KPM, JPNS, PPG

ADUN/Agensi luar

PIBG

Sistem sokongan

Kemudahan fizikal sedia ada

Bahan-bahan rujukan seperti Pekeliling, Buku panduan dll.

JPN (Pemantauan SektorSektor berkaitan) Instrumen kawalan (SKPM)

Sistem Kawalan (Luaran dan dalaman)

Pemantauan PPG

JNS (Ibu angkat)

Peraturan Am dan Peraturan sekolah

Perancangan Strategik Dalam perancangan, saya banyak mengambilkira realiti dan sumber yang ada agar objektif dapat dicapai. Hakikat yang tidak dapat disangkal ialah, jika kita hendak membawa orang yang dipimpin untuk mencapai sesuatu maka tuju hala mesti jelas, objektif mesti konkrit dan misi serta visi mesti dikongsi bersama. Secara teorinya memang banyak stail kepimpinan yang boleh dijadikan pendekatan. Banyak stail atau gaya kepimpinan yang sering dibincangkan oleh pakar-pakar dalam bidang pengurusan atau literatur berkaitan stail kepimpinan yang boleh dijadikan panduan. Anataranya : a. b. c. d. e. f. Karismatik Autokratik Demokratik Paternalistik Free-reign (Laissez-Faire) Konsultatif

Bagaimanapun, stail ini dapat diaplikasikan mengikut konteks, latar serta sumber manusia yang ada di institusi kita. Ciri-ciri pemimpin yang berkesan amat berguna untuk dijadikan panduan serta dihayati agar kualiti tersebut dapat diaplikasikan dalam tugasan harian. Daripada literatur, ciri-ciri kepimpinan yang berkesan boleh disenaraikan seperti yang berikut: Ilmu dan Kepakaran Sesuai Kejujuran dan Integriti Kecerdasan dan Kepintaran Matang Kematangan Sosial Stabil Emosi Konsep Kendiri yg. Positif Minda Terbuka Bertanggungjawab Cekap Hubungan Manusia (Interpersonal) Kuat Motivasi Dalaman Berani mengambil Risiko Sabar dan Bertoleransi Rasa Yakin Boleh Mendengar Empatik (Perasa) Boleh Mengawali Diri

we hit at something.

Sebagai ciri tambahan, mindfulness, kretativiti serta inovatif juga amat perlu dalam berhadapan dengan cabaran dan situasi yang di luar jangka. Seperti yang telah disebut pada awal tadi, merangka misi dan visi amat penting. Keberanian profesional perlu dalam konteks ini untuk mengubah misi dan visi sekiranya apa yang sudah sedia ada kurang sesuai dan di bawah tahap mampu-capai. Cendiakawan pernah berkata if we shoot at the sun, but hit the moon. at least

organisations. Its about the practices leaders use to transform values into actions, visions into realities, obstacles into innovations, separateness into solidarity, and risks into rewards . Adakala kita terperangkap dengan dua istilah kepimpinan iaitu, transactional leader dengan transformational leader. Meskipun

Dalam proses merancang strategi, sering kali melibatkan melakukan banyak perubahan. Sesetengah orang yang dipimpin amat phobia dengan perubahan sekiranya mereka sudah berada di kedudukan yang amat selesa (confort zone). Sebaliknya keyakinan kita sendiri dalam melakukan perubahan amat kritikal, serta berlandaskan sokongan hujah yang kukuh serta bukan setakat for the sake of changing atau doing more of the same. Memetik kata-kata Kouzes & Posner (2002), Leaders mobilize others to get extraordinary things done in

kedua-dua ada kekuatan serta kelemahannya yang tersendiri namun ciri-ciri kepimpinan yang kurang berkesan sedapat-dapatnya dielakkan sama sekali. Victor S.L ada menyenaraiakn 8 sifat kelemahan utama kepimpinan (8 common ills leadership) iaitu : 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. Leaders Leaders Leaders Leaders Leaders Leaders Leaders Leaders who who who who who who who who do not listen do not practise what they preach practise favoritism intimidate others demoralize others fail to create direction dont develop their people are complacent

Dalam konteks inilah keberanian profesional amat dituntut seperti melakukan rombakan besar-besar dalam melakukan perancangan dengan menggugurkan program atau aktiviti yang kurang berkesan, menambah baik yang sedia ada dan memperkenalkan sesuatu yang baru asalkan tidak tergelincir daripada dasar serta peraturan yang sedia . Analogi yang mudah ialah, satu ubat tidak boleh menyembuhkan semua penyakit. Beberapa panduan yang berguna seperti yang diutarakan oleh Kurt Lewin iaitu unfreezing (mengenepikan mind set sedia ada), intervensi dan refreezing (mind set baru) nampak mendatangkan hasil yang positif. Syaratnya, kita mesti bersedia untuk membina pendekatan yang terancang kepada perubahan, memaksimumkan usaha secara kolektif semua

orang yang terlibat dalam perubahan dan meminimumkan risiko kegagalan dalam melaksanakan perubahan. Ayuh, Maju Sederap Mencemerlangkan Sekolah Kita mengajak dengan kita menyuruh mempunyai kesan yang amat berbeza. Jika kita mengajak, kita sama-sama terlibat dalam semua aspek yang kita telah rancang. Sumber modal insan yang sedia ada boleh digembleng menjadi sebuah think tank yang berguna dan pelaksana yang komited kepada institusi kita. Pertama-tama, mengapa kita mesti mencermerlangkan sekolah? Jawapannya mungkin pelbagai, tetapi kita harus tegar bahawa tujuan mencemerlangkan sekolah tidak lain selain daripada: Satu Tanggungjawab / AMANAH Satu Kemegahan (A pride to be No: 1) Kehendak Pelanggan (stakeholder) Satu Keupayaan dan Potensi untuk Bertambah Maju (Sky is the Limit) Agenda Bina Negara / PIPP/Tamadun (Nation Building) Sekiranya semua sumber modal insan yang sedia ada sudah berada dalam satu TEAM, maka semua pelaksanaan akan menjadi lebih mudah. Sumber sokongan luaran tidak kurang pentingnya kerana berkesan atau sebaliknya perancangan kita turut disumbang oleh sumber luar seperti para ibu bapa dan agensi luar. Semangat kepunyaan bersama boleh dijadikan senjata yang kuat untuk mengukuhkan institusi kita. Sebenarnya kita juga mengamalkan pendekatan seperti yang sering dilaung-laungkan dengan istilah smart partnersip, strategic alliances, education for all, all for education dan pelbagai lagi. Pelaksanaan Perancangan Perlu ditegaskan bahawa pemilihan strategi yang betul/tepat amat penting. Sewaktu proses perancangan, perubahan pesat di luar alam pendidikan dan dalam dunia pendidikan dijadikan pertimbangan penting. Misalnya perkembangan ilmu pengetahuan, pembangunan teknologi maklumat dan komunikasi, perubahan pandangan masyarakat serta tuntuan semasa banyak mempengaruhi asas pemikiran tadi. Lazimya, pengaruh luar yang kuat boleh menggagalkan niat murni kita. Di sini, pengubahsuaian perlu dilakukan dan pelabagai pendekatan harus digunakan. Misalnya sumber kewangan boleh membantutkan perancangan. Inilah sebahagian besar cabaran yang ditempuhi. Satu hakikat yang diamalkan ialah setiap warga dalam institusi haruslah berfokus. Hal-hal core business lebih diutamakan daripada yang peripheral

sifatnya. Sebagaimana lazimnya, fokus utama ialah untuk mencemerlangkan bidang akademik, kokurikulum serta sahsiah para anak didik. Kesemua perancangan dalam ketiga-tiga fokus ini berpaksikan kepada Fasafah Pendidikan Negara. Senarai perancangan program dan aktiviti dalam kesemua bidang ini sememangnya panjang, namun wajaran yang lebih diberikan kepada programprogram khas dalam setiap bidang dan program-program sokongan dibuat secara berpilih-pilih. Wajaran yang lebih serta masa yang berkualiti yang telah diberikan kepada program-program khas ini sememangnya telah memberikan impak yang mendalam ke atas kejayaan program itu tadi. Keberhasilan pelaksanaan program banyak bergantung kepada sumber manusia yang sedia ada. Pendedahan serta latihan yang secukupnya amat kritikal. Latihan dalaman, outsourcing serta manual/modul khas diguna pakai semaksimum mungkin. Sememangnya banyak kekangan yang telah dihadapi dalam mempertingkatkan kemahiran khusus ini seperti kekangan masa dan kewangan. Namun pelbagai pendekatan digunakan agar sebarang kekangan dapat diatasi. Kekangan ketiga yang tidak kurang pentingnya ialah sikap atau mind set para warga. Meskipun peratusnya sangat kecil, namun peleraiannya mesti dicari dan diatasi. Sikap saling ingat mengingati dan tegur menegur dijadikan sebagai sebahagian daripada budaya dan setiap warga sering diperteguhkan dengan tuntutan profesionalisme dan mengenepikan yang bersifat titik bengik. Cabaran utama ialah untuk mengubah persepsi seseorang yang perlu mengambil masa serta dilakukan dengan cara berhati-hati. Bukan semua warga yang bersedia untuk unlearn dan relearn, bermotivasi tinggi, old habit die hard dan bersikap keterbukaan. Untuk mengatasi kerumitan ini sikap timbal balas amat berkesan dengan memberi tumpuan kepada kebajikan serta mewujudkan rasa keseronokan bekerja. Pelbagai pendekatan boleh digunapakai agar setiap sumbangan yang diberikan diiktiraf dalam pelbagai bentuk tangible dan nontangible seperti insentif dan sebagainya. Pemantauan dan kawalan Setiap pelaksanaan perancangan mesti ada pemantauan, pencerapan dan kawalan. Ini memerlukan kemahiran profesional serta penggunaan instrumen yang mempunyai tahap kebolehpercayaan dan kesahan yang tinggi. Pemantauan pula dilakukan secara konsisten dan berkala untuk memastikan objektif dapat dicapai dengan jayanya. Keberkesan hasil pelaksanaan menurut beberapa literatur ialah dengan merujuk kepada senarai semak atau melihat kepada petunjuk-petunjuk yang berikut:

Halatuju dalam jangkamasa tertentu jelas tercapai Setiap ahli memainkan peranan dengan berjaya Daya usaha secara bersama (TEAM) Komunikasi (Menegak dan Mendatar) jelas dan baik Inovasi dan daya kreatif didokong oleh semua Pelanggan terangsang mencapai prestasi tertinggi Kelihatan kemas, teratur dan cantik (Luar Dalam) Pembaziran tenaga dan sumber yang minimum Disiplin terkawal, budaya bangsa dihayati/ diamali Semua kelihatan ceria dan berminat Dihargai masyarakat dikenangi bekas murid Program dan aktiviti mendapat sokongan

Petunjuk-petunjuk ini merupakan maklumbalas yang boleh dilihat pada tahaptahap yang tertentu. Pada hemat saya, indikator ini tidak semestinya dapat dicapai seratus peratus kerana yang kurang relevan barangkali boleh dikesampingkan. Malah petunjuk-petunjuk ini juga tidak semestinya mengikut hiraki tetapi sekadar menjadi panduan umum sahaja. Penutup Kejayaan sememangnya menjadi misi setiap orang. Kejayaan merupakan satu pakej yang di dalamnya termasuk cabaran, rintangan, kekangan, halangan dan sebagainya. Cabaran utama yang sering dihadapi oleh pengetua ialah untuk membolehkan dengan seberkesan mungkin kedudukan dan peluang kepimpinan yang ada padanya dimanfaatkan sepenuhnya untuk tujuan memeta arah tuju, perjalanan dan pengurusan sekolah supaya ia dapat memainkan peranan sebagai institusi pembentuk dan pembina generasi muda yang sesuai ilmu pengetahuan, kemahiran, ahlak dan sikapnya dengan keperluan sumber manusia negara pada masa kini dan untuk masa depan (Adi Badiozaman Tuah, 2006). Meskipun kejayaan SMK Gedong belumlah seberapa, namun sekurang-kurangnya ada peningkatan dalam ketiga-tiga bidang iaitu bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah murid. Setiap kejayaan dapat diukur kerana kita telah meletakkan TOV (take-off value) dan ETR (expected target result) yang gunakan. Impak ke atas perancangan strategik dapat diukur dengan beberapa kejayaan yang diraih di peringkat bahagian, negeri dan kebangsaan. Kejayaan yang kecil juga boleh dijadikan sebagai pembakar semangat untuk melipatgandakan usaha untuk merancang untuk memperoleh kejayaan yang lebih besar. Di sini sesi refleksi sentiasa dibuat untuk menilai semula setiap perancangan untuk meminimumkan kegagalan. Akhir kata sebagai renungan :

10

Apabila anda mengubah persepsi anda, anda mengubah KEPERCAYAAN anda . Apabila anda mengubah kepercayaan anda, anda mengubah PRINSIP anda Apabila anda mengubah prinsip anda, anda mengubah SIKAP anda Apabila anda mengubah sikap anda, anda mengubah TABIAT anda Apabila anda mengubah tabiat anda, anda mengubah PRESTASI anda Apabila anda mencemerlangkan prestasi anda, anda mengubah KEHIDUPAN anda Untuk mengubah dunia ini, anda hanya perlu melihatnya dengan cara yang berlainan sedikit

Dr. Walter Doyle Staples

Senarai Rujukan Adi Badiozaman Tuah (2006), Memperkasa Sekolah Kebangsaan di Sarawak: Cabaran Pemimpin Kini dan Masa Depan (kertas kerja) Hassan Mahmud (2006), Pengurusan Strategik (nota seramah) Jamalliah Rahmat (2006), Mengurus Perubahan Dalam Pendidikan (nota ceramah) Mary Yap Kain Ching (2006), Pengurusan Sekolah Ke Arah Kegemilangan (nota ceramah) Shuib Dahaban (2006), Kepimpinan Berkesan (nota ceramah)

11

Anda mungkin juga menyukai