Anda di halaman 1dari 10

Pengenalan Pendidikan prasekolah merupakan pengalaman awal yang penting dalam dunia persekolahan kepada kanak kanak.

Pengalaman persekolahan dan pembelajaran yang berkesan, bermakna dan menggembirakan dapat membekalkan mereka dengan kemahiran , keyakinan diri dan sikap yang positif sebagai persediaan untuk memasuki alam persekolahan formal dan pendidikan sepanjang hayat.Peluang pendidikan prasekolah diberikan kepada semua kanak-kanak tanpa mengira latar belakang sosial, agama, lokasi tempat tinggal, keadaan kesihatan mental dan fizikal kanak-kanak serta perkembangan intelek mereka.Program pendidikan prasekolah hendaklah bersesuaian denga tahap perkembangan kanak-kanak supaya dapat meransang pemikiran, membina sikap positif dan akhlak yang baik, meningkatkan kecergasan dan kesihatan ke arah penyuburan potensi yang optimum dan memberi fokus secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu. Program prasekolah di Malaysia telah bermula pada era 1950-an dan berkembang pesat bermula pada tahun 1960. Konsep penubuhan prasekolah asalnya adlah untuk menyediakan pengalaman pembelajaran kepada murid murid yang berumur 4 hingga 6 tahun tahun bagi menyuburkan potensi mereka dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan memasuki alam persekolahan di peringkat rendah. Akta Pendidikan 1996 telah memberi satu perubahan yang sidnifikan bagi pendidikan prasekolah. Pendidikan Prasekolah juga merupakan pendidikan asas yang penting bagi kanak-kanak dalam perkembangan hidup seseorang individu selepas menerima pendidikan di rumah. Sealain itu, pendidikan prasekolah juga memberi pendedahan tentang pengetahuan, kemahiran dan nilai murni kepada kanak-kanak secara praktikal dan secara tidak normal dalam suasana yang menyeronokkan melalui pendekatan bermain sambil belajar. Pendekatan ini merupakan satu kaedah yang fleksibel, dinamik,komprehensif, interaktif dan pembabitan dalam aktiviti bilik darjah yang mementingkan penerokaan dan naluri ingin tahu di kalangan kanak-kanak.

Kurikulum Prasekolah Kebangsaan( KPK) digubal sebagai usaha untuk menyelaras dan meningkatkan kualiti pendidikan prasekolah. Ianya menjadi satu dokumen rujukan standard kepada semua pengusaha tadika seperti yang terdapat dalam pindaan Akta Pendidikan 1996 ( Pendidikan Prasekolah). Perancangan dan peggubalan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan berlandaskan prinsip Rukun Negara Dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan sebagai pendokong matlamat dan wawasan Negara. Ia juga mengambil kira pandangan dan falsafah serta teori pendidikan awal kanak-kanak psikologi dan perkembangan kanak-kanak serta trend pembelajaran terkini seperti teori pelbagai kecerdasan , teori keccerdasan emosi dan konsep epembelajaran. Dokumen Kurikulum Prasekolah Kebagsaan ini mengandungi model konseptual kurikulum, matlamat, objektif, organisasi, kandungan kurikulum, komponenkomponen kurikulum, pendekatan pengajaran dan pembelajaran, cadangan bahan kurikulum, pengurusan ruang dan penilaian serta rekodperkembangan murid.Bagi menjelaskan perkara di atas, maka huraian Kurikulum Prasekolah disediakan. Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) pula digubal berdasarkan kepada prinsip Amalan Bersesuaian dengan Perkembangan Kanak-kanak dan teori pembelajaran kanak-kanak. Pendekatan pembelajaran berpusatkan murid, inkuiri penemuan, belajar melalui bermain, pendekatan bertema, pendekatan bersepadu adalah ditekankan. Kriteria pemilihan aktiviti member keutamaan kepada pengalaman yang menyuburkan( enriching), penglibatan aktif( engaging), selamat( safe), dan menyeronokkan(fun). KSPK mermberi peruntukkan masa yang lebih panjang untuk pengajaran dan pembelajaran dalam Bahasa Inggeris berbanding dengan apa yang terdapat dalam Kurikulum Prasekolah Kebangsaan 2003.Ia juga digubal berdasarkan rekabentuk kurikulum berasakan standard, berbentuk modular, dan berkisar pada enam tunjang yang akan diteruskan pada sekolah rendah dan menengah. Penggubalan KSPK mengambil kira keperluan bagi memastikan kesinambungan antara KSPK dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah ( KSSR).

Oleh yang demikian, terdapat pelbagai perbandingan dalam tunjang-tunjang yang terdapat dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan dengan komponen yang terdapat dalam Kurikulum Prasekolah Kebangsaan iaitu seperti :-

Perbandingan Tunjang-tunjang dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) dan Komponen dalam Kurikulum Prasekolah Kebangsaan ( KPK). 1.Matlamat

2. Objektif

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan ( KSPK) menyediakan peluang kepada kanak-kanak berumur 4 hingga 6 tahun untuk mencapai objektif dalam aspek jasmani, emosi dan social, intelek dan rohani seperti :Membina kecerdasan badan Mempunyai tubuh badan yang sihat

Mempraktikkan amalan kesihatan yang baik Mempraktikkan langkah-langkah menjaga keselamatan diri Menguasai kemahiran motor halus dan kasar Mempunyai kematangan emosi Mempunyai konsep kendiri yang positif dan jati diri Berani menyuarakan pandangan dan perasaan Berkebolehan berinteraksi dengan orang lain Boleh bekerja secra bersendirian dan kumpulan Menghormati perasaan serta hak orang lain untuk membentuk perhubungan yang positif dengan orang dewasa dan rakan sebaya Mengamalkan nilai murni Mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian untuk murid beragama Islam Berkomunikasi menggunakan bahasa Malaysia, bahasa Inggeris dan bahasa pengantar dalam kontek kehidupan harian. Meneroka persekitaran menggunakan kemahiran proses sains asas Menggunakan kemahiran matematik asas dalam tugasan harian dan menyelesaikan masalah Menggunakan kemahiran berfikir kritis, kreatif dan inovatif dalam pembelajaran dan kehidupan seharian Mengembangkan daya kreatif dan estetika Menghargai keindahan alam dan warisan budaya

3. Organisasi Kurikulum

5. Kandungan Kurikulum

6. Tunjang/Komponen

Tunjang KSPK

Komponen KPK

7. Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran KPK Berasaskan konsep dan prinsip pendidikan Prasekolah dan mempunyai empat pendekatan pembelajaran iaitu : Pendekatan Belajar Melalui Bermain yang menekankan ciri-ciri: Aktiviti yang menggembirakan Penerokaan dan interaksi dengan persekitaran Permainan bebas dan terancang Kelonggaran masa Percubaan idea sendiri Peluang untuk me,beri tumpuan dan perhatian Pendekatan Bertema yang berasakan : Boleh merentas semua komponen Bersesuaian dan berkaitan dengan pengalaman dan kehidupan murid,situasi, masa atau peristiwa Kemudahan untuk mendapatkan bahan sumber yang diperlukan Guru berminat terhadap tema yang dipilih KSPK Menegaskan penggunaan pelbagai pendekatan P&P seperti :a. Hands-on learning b. Inkuiri penemuan c. Belajar melalui bermain d. Pembelajaran secara konsteksual( menggun akan pengalaman murid, alam persekitaran murid ) e. Pembelajaran berasaskan projek f. Pembelajaran Masteri ( terutamanya dalam penguasaan bahasa dan kemahiran ) g. Pembelajaran kepelbagaian kecerdasan ( multiple Intelligence) h. Pembelajaran berpusatkan murid i. Pembelajaran di luar bilik darjah Pendekatan yang digunakan

Pemeringkatan tema yang mudah kepada yang lebih mencabar. Pendekatan Bersepadu yang melibatkan : Kesepaduan antara komponen Kesepaduan kemahiran, kemahiran dan nilai murni Kesepaduan aktiviti dalam dan luar kelas Kesepaduan aktiviti berfokuskan guru dan murid Kesepaduan pelbagai kaedah dan teknik

mesti membei peluang pembelajaran yang tidak terhad kepada murid. Menggunakan pendekatan yang bersesuaian dengan tahap perkembangan kanakkanak supaya pembelajarn akan berkesan dan akan membawa makna kepada murid.

Teknologi Maklumat dan Komunikasi

digunakan untuk : Membantu proses P&P Memperolehi maklumat Berinteraksi dengan bahan untuk belajar sendiri dan bersama rakan sebaya Memperkayakan pengalaman pembelajaran

8. Pengelolaan Pengajaran dan Pembelajaran

Anda mungkin juga menyukai